Upload
others
View
14
Download
0
Embed Size (px)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenanan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦♦♦♦ JUDUL : MEMBANGUNKAN MESIN SHUTTLECOCK LAUNCHER
UNTUK LATIHAN PUKULAN SMASH DALAM SUKAN BADMINTON (SISTEM PELANCAR)
SESI PENGAJIAN : 2011/2012
Saya SAIFUL AMRI BIN MOHD ALI .
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( � )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau Kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
______________________________ ______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
NO 214, FELDA LAWIN SELATAN, ... 33300 GERIK , . PN. NOR FADILA BINTI MOHD AMIN PERAK DARUL RIDZUAN. Nama Penyelia
Tarikh: Tarikh: 0
.
�
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : …………..……………………......................
Nama Penyelia : PN. NOR FADILA BINTI MOHD AMIN
Tarikh : ………………………………........................
ii
MEMBANGUNKAN MESIN SHUTTLECOCK LAUNCHER UNTUK
LATIHAN PUKULAN SMASH DALAM PERMAINAN BADMINTON
(SISTEM PELANCAR)
SAIFUL AMRI BIN MOHD ALI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
iii
Saya mengakui tesis yang bertajuk “Membangunkan Mesin Pelancar Bulu Tangkis
Untuk Latihan Pukulan Smash Dalam Permainan Badminton (Sistem Pelancar)”
adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan :........................................................
Nama Penulis : SAIFUL AMRI BIN MOHD ALI
Tarikh :........................................................
iv
DEDIKASI
YA Allah, Ya Tuhanku, Aku memohon ilmu yang berguna, rezeki yang baik dan
hidayah dari-MU.
Abah dan Emak,
Mohd Ali bin Ijar dan Saodah binti Saidin
Doa, jasa dan pengorbananmu mengiringi kehidupan dan kejayaanku.Sekalung budi
dan terima kasih yang tidak terhingga.
Abang, kakak, adik-adik serta seluruh keluargaku,
Saiful Affendi, Mastura dan Saipul Azlan
Terima kasih diucapkan kerana memberi dorongan dan semangat. Budi dan jasa
kalian, akan ku kenang hingga akhir hayat
Buat tunang tersayang,
Siti Fatimah binti Said
Terima kasih diucapkan atas kesabaranmu, Sokongan dan pengorbanan yang tidak
ternilai amat dihargai.
Pensyarah dan rakan-rakan
Terima kasih atas tunjuk ajar serta dorongan dari kalian semua.
Hanya kepada Allah S.W.T daku berserah, moga diberkati-NYA, insan-insan yang
menjadi nadi perjuanganku ini. Amin.
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah
kurnianya-NYA saya dapat menyiapkan kajian Projek Sarjana Muda ini. Penulis
ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang sudi
memberi maklum balas dan membantu penulis, sama ada dalam bentuk data, idea,
cadangan atau komen-komen yang bernas.
Ribuan terima kasih dan penghargaan yang setinggi tingginya kepada Pn.
Nor Fadila Binti Mohd Amin, selaku penyelia Kertas Projek, atas nasihat, dorongan
dan sokongan beliau kepada penulis dalam melengkapkan kertas projek ini.
Kesudian beliau meluangkan masa untuk membantu dan membimbing penulis
menyiapkan projek ini amat dihargai.
Selain itu, penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli
keluarga, tunang tersayang dan rakan-rakan seperjuangan yang memberi sokongan
serta pandangan sepanjang proses penyediaan Projek Sarjana Muda ini.
Akhir sekali, kajian ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan
yang dapat dimanfaatkan oleh pengkaji, para pendidik dan penyelidik yang berminat
serta cenderung ke usaha memartabatkan taraf mutu pendidikan.
Wassalam,
Saiful Amri Bin Mohd Ali
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi membangunkan prototaip mesin pelancar bulu
tangkis untuk pukulan smash dalam latihan sukan badminton yang memberi fokus
kepada sistem pelancar. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh pemain sukan badminton semasa menjalani sesi latihan pukulan smash
bersama jurulatih, mengenalpasti ciri-ciri fizikal komponen mekanikal sistem
pelancar shuttlecock launcher yang sesuai untuk latihan pukulan smash,
mengenalpasti lain-lain komponen yang terlibat dengan mesin shuttlecock launcher
untuk latihan pukulan smash dan Membangunkan sistem pelancar shuttlecock
launcher untuk tujuan latihan. Hasil kajian menunjukkan pemain dan jurulatih amat
memerlukan mesin pelancar bulu tangkis untuk membantu mereka membuat latihan
pukulan smash. Dalam merekabentuk sistem pelancar, elemen jarak, ketinggian,
kekerapan serta halaju diambil kira dalam sesebuah mengikut kehendak pemain.
Selain itu, faktor pemilihan rekabentuk juga diambil kira supaya mesin yang
dihasilkan adalah tahan lasak, kukuh, mempunyai ciri komersil dan tahan lama.
Penggunaan tenaga elektrik yang paling minimum, paparan digital untuk tujuan
penilaian pemain turut dibina untuk menjadikan mesin shuttlecock launcher ini lebih
bernilai untuk tujuan kejurulatihan. Cadangan pereka pada masa akan datang adalah
untuk membina satu sistem pelancar yang boleh digunakan untuk pelbagai pukulan
dan menambah nilai sistem untuk tujuan latihan badminton dalam semua jenis
latihan pukulan statik dan dinamik.
vii
ABSTRACT
This research was conducted to develop a prototype of launcher machine for
badminton training and focuses in launcher system. The objective of this study is to
identify the problem faced by badminton player during a smash training session with
coach, identify the physical characteristic of the mechanical component and
shuttlecock launcher system in ideal for smash training, to identify other component
involved in the shuttlecock launcher machine for training and develop a shuttlecock
machine for smash training. The result showed players and coach are required
shuttlecock launcher machine to help them make a smash training. In designing the
launcher system, element of distance, height, frequency and velocity are taken into
account in accordance with the requirement of a player. In addition, the design of the
selection factors is taken into consideration so that the resulting machine is durable,
sturdy, commercial features and durable. Uses of electricity at a minimum, a digital
display for evaluating players were built to make the machine more valuable
shuttlecock launcher for the purpose of coaching. Designer suggestions for the future
is to create a launcher system that can be used for a variety of shot and add value to
the system for badminton training in all types of static and dynamic shot .
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN PENYELIA i
HALAMAN JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
SENARAI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xvi
01 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 2
1.2 Penyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Kepentingan Kajian 6
1.6 Skop Dan Batasan Kajian 7
1.7 Kerangka Konsep Kajian 7
ix
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Mesin Pelancar Bulu Tangkis 9
1.82 Pukulan Smash 9
1.8.3 Mesin 9
1.8.4 Automatik 9
1.8.5 Penderia (sensor) 10
1.8.6 Kawalan mekanikal 10
1.8.7 Rekabentuk 10
1.9 Kesimpulan 11
2 SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 12
2.1 Sukan Badminton 13
2.1.2 Permainan perseorangan 13
2.1.3 Permainan bergu 14
2.2 Teknik Pukulan 15
2.2.1 Pukulan smash 15
2.2.2 Jenis-jenis pukulan smash 16
2.2.3 Pukulan Smash Penuh 16
2.2.4 Pukulan Smash Potong (Iris) 17
2.2.5 Pukulan Smash Melingkar 17
2.2.6 Smash Petik (Flick Smash) 17
2.2.7 Pukulan smash kilas 18
2.3 Latihan 18
2.3.1 Latihan Fizikal 18
2.3.2 Latihan Permainan 20
2.3.3 Tujuan dan syarat 20
2.3.4 Latihan perseorangan 21
2.4 Rekacipta 22
2.5 Inovasi 22
x
2.6 Invensi 23
2.7 Rekabentuk 23
2.8 Proses rekabentuk 24
2.9 Inovasi dalam Sukan dan kepentingannya 25
2.10 Kajian-kajian Inovasi dalam Sukan Badminton 26
3.0 Kesimpulan 29
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Pengumpulan Maklumat dan Data 30
3.2.1 Soal selidik 31
3.2.2 Temubual 31
3.3 Analisis Masalah 32
3.4 Membuat Keputusan 32
3.5 Pemilihan Idea Baru 33
3.6 Lakaran Projek 34
3.6.1 Lakaran 34
3.6.2 Lukisan Kerja 34
3.7 Pemilihan Rekabentuk 35
3.7.1 Perancangan Pembinaan Prototaip 35
3.8 Kos projek 38
3.8.1 Kos Bahan 38
3.8.2 Kos Upah 38
3.8.3 Kos Sampingan 38
3.9 Kos Pengeluaran 39
3.9.1 Kos Bahan Mentah 40
3.9.2 Kos Upah 42
3.9.3 Kos Sampingan 42
3.10 Pembinaan prototaip 43
3.11 Prosedur Kerja Menghasilkan Shuttecock launcher 45
3.12 Proses Penghasilan Projek 47
3.13 Pengujian Fungsi Prototaip 47
xi
3.14 Kesimpulan 48
4 ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 49
4.1 Analisis Data Temubual 50
4.2 Proses Penghasilan Mekanisma
Pelancar Shuttlecock launcher 60
4.3 Proses Menghasilkan Bahagian Mekanikal Pelancar 61
4.3.1 Bahagian Kerangka 62
4.3.2 Bahagian Penghantar kuasa 65
4.3.3 Bahagian Penyentak Mekanikal 71
4.3.4 Bahagian Penahan Impak 76
4.3.5 Bahagian Penetap Kedudukan Bulutangkis 79
4.4 Proses Menghasilkan Bahagian Elektronik 81
4.5 Kesimpulan 84
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 85
5.1 Perbincangan Kajian 85
5.1.1 Masalah Penghasilan Produk 86
5.1.2 Kelebihan dan Kekurangan Produk 88
5.2 Rumusan 89
5.3 Cadangan 91
5.4 Kesimpulan 91
RUJUKAN 92
LAMPIRAN 95
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
Jadual 3.1 Prosedur kerja menghasilkan Shuttecock launcher 46
Jadual 4.1 Masalah latihan pukulan smash 51
Jadual 4.2 Latihan konvensional dan penggunaan
shuttlecock Launcher 52
Jadual 4.3 Masalah kesihatan, masa, masalah
diri di dalam latihan 53
Jadual 4.4 Jadual Rekabentuk round shape pitcher pada
shuttlecock launcher 54
Jadual 4.5 Jadual Rekabentuk impact pedal pada
shuttlecock launcher 55
Jadual 4.6 Fungsi alat digital counter pada shuttlecock launcher 56
Jadual 4.7 Pemilihan kendalian mesin pelancar 57
Jadual 4.8 Penggunaan kuasa pada shuttlecock Launcher 58
Jadual 4.9 Gangguan gegaran pada alat bantuan 59
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
Rajah 1.1 Shuttlecock-Shooter model SS – Y1- 8 dari China 4
Rajah 1.2 Model Kerangka Konsep Pengujian 8
Rajah 2.1 Proses Rekabentuk Kejuruteraan 25
Rajah 3.1 Senarai bahan serta kos bahan yang
terlibat dalam proses merekacipta 41
Rajah 3.2 Carta aliran kerja penghasilan prototaip
Shuttecock launcher 44
Rajah 3.4 Proses penghasilan Shuttecock launcher 47
Rajah 4.1 Jumlah responden pemilihan rekabentuk
round shape pitcher 54
Rajah 4.2 Jumlah responden pemilihan impact pedal 55
Rajah 4.3 Alatan yang lazim digunakan di setiap bengkel 60
Rajah 4.4 Rangka kerja penghasilan bahagian mekanikal 61
Rajah 4.5 Aktiviti memotong akrilik 63
Rajah 4.6 Akrilik yang telah siap ditebuk 63
Rajah 4.7 Aktiviti memasang akrilik penyambung 64
Rajah 4.8 Proses menghasilkan shaft power transfer dan
sistem coupling 66
Rajah 4.9 Power window motor dan soket gandingan yg akan
digabungkan dengan power transfer shaft 66
Rajah 4.10 Proses menghasil dan mengemas power transfer shaft 67
xiv
Rajah 4.11 Aktiviti penandaan 68
Rajah 4.12 Aktiviti pemotongan 68
Rajah 4.13 Hasil pemotongan untuk round shape pitcher 68
Rajah 4.14 Lubang berdiameter 10mm ditebuk untuk
dijadikan pitcher stand hole 68
Rajah 4.15 Pitcher yang telah siap dipasangkan pada
round shapeitcher 68
Rajah 4.16 Bush yang telah siap dipotong dan dikemaskan setelah
melalui proses penggulungan pada skru setebal 8mm. 69
Rajah 4.17 Power transfer stub 70
Rajah 4.18 Bahagian penghantar kuasa yang lengkap 70
Rajah 4.19 Lukisan yang telah dicetak di atas kertas
pelekat (sticker) 72
Rajah 4.20 Lukisan yang ditekap pada polyethylene 72
Rajah 4.21 proses pemotongan polyethylene 72
Rajah 4.22 Tiga kepingan yang telah dicantumkan dan
diskrukan membentuk pedal impak yang lengkap 73
Rajah 4.23 Lokasi untuk meletakkan spring dan juga
mechanical impact pedal 74
Rajah 4.24 Swing shaft dipadankan dengan mechanical impact pedal 74
Rajah 4.25 Load spring yang telah diubahsuai 75
Rajah 4.26 Pengujian pada load spring dan kesan mechanical
impact pedal keatas bulu tangkis 75
Rajah 4.27 Spring stopper yang telah dipasangkan bersama
load spring 76
Rajah 4.28 Shaft stopper 77
Rajah 4.29 shaft stopper yang telah diikat kemas pada swing shaft 77
Rajah 4.30 Kedudukan akhir mechanical impact pedal yang telah
disetkan bersama shaft stopper dan juga body stopper pole 78
Rajah 4.31 shuttlecock blocker 79
Rajah 4.32 Shuttlecock sliding truss 80
Rajah 4.33 Two digit counter up circuit 81
Rajah 4.34 Sambungan litar motor pada suis 82
xv
Rajah 4.35 Set litar pengecas bateri 83
Rajah 4.36 Bahagian elektronik dan mekanikal yang telah
siap digabungkan 84
Rajah 5.1 Pembangunan model menggunakan polisterin 86
Rajah 5.2 Lukisan kejuruteraan menggunakan perisian
AUTOCAD 2007 87
Rajah 5.3 Susunan kerja menghasilkan komponen mekanikal 90
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
LAMPIRAN A DOKUMENTASI 95
LAMPIRAN B LUKISAN OTOGRAFIK 100
LAMPIRAN C PENGUJIAN INSTRUMENT 106
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Sukan adalah salah satu aktiviti riadah yang digemari oleh semua lapisan
masyarakat. Sukan merupakan aktiviti yang mengandungi latihan kemahiran berguna
secara rekreasi dan juga mempunyai peraturan-peraturan tertentu. Sukan juga adalah
elemen penting pembangunan sesebuah negara di dalam era kemajuan dan
goblalisasi ini (Mohd Najib Tun Razak, 2011). Banyak negara-negara di dunia
mengeluarkan modal yang besar untuk pembangunan teknologi dan infrastruktur di
dalam kemajuan sukan. Jika ditinjau Pembentangan Bajet Malaysia (2011), sebanyak
Ringgit Malaysia tiga ratus enam puluh lima juta telah diperuntukkan oleh kerajaan
adalalah untuk mempertingkatkan mutu sukan negara. Perkara ini termasuklah
pembangunan infrastruktur, kemudahan sukan, penggunaan teknologi di dalam sukan
dan lain-lain. Perkara ini menunjukkan bahawa pihak kerajaan sedar akan implikasi
yang besar terhadap perkembangan negara.
Menurut Aziz Mohammed (1993), diperingkat antarabangsa, Malaysia boleh
dianggap sebagai gergasi badminton kerana pasukannya yang telah lima kali
memenangi Piala Thomas. Dalam mengukuhkan pencapaian sukan ke arah
kegemilangan imej negara, Malaysia melalui Dasar Sukan Negara telah menjalani
semakan berkala agar ianya dinamik bersesuaian dengan kaedah, pemikiran dan
2
teknologi terkini selaras dengan perkembangan dan keperluan sukan di persada
antarabangsa. Kesungguhan Malaysia untuk terus kekal sebagai juara terbukti
dengan tertubuhnya Akademi Badminton Malaysia pada tahun awal 1993. Bakat-
bakat muda yang terpendam dan masih diperingkat sekolah dilihat perlu diberi
bimbingan menyeluruh supaya barisan pemain handal bertaraf antarabangsa sentiasa
mempunyai pemain pelapis untuk mewakili Negara.
Perkembangn inovasi terhadap sains dan teknologi masa kini telah menjadi
keperluan setiap negara untuk terus maju. Perkembangn ini telah banyak membawa
perubahan kepada peralatan kegunaan harian dan memudahkan manusia dalam
melaksanakan aktiviti seharian. Perkembangan ini juga tidak terkecuali di dalam
bidang sukan. Jika dilihat, penggunaan teknologi banyak membantu dalam
meringankan beban, meningkatkan produktiviti dan menambahkan kemahiran di
dalam penggunaannya. Menurut Spencer (1994), inovasi teknologi berupaya dalam
memahirkan dan memaksimumkan keupayaan seseorang dalam melaksanakan
tugasan harian. Justeru itu, penggunaan mesin latihan berteknologi dilihat merupakan
satu cara yang amat berkesan dalam meningkatkan mutu prestasi pemain badminton
negara.
1.1 Latar Belakang Masalah
Di dalam permainan badminton, seseorang pemain perlu menguasai beberapa
teknik pukulan yang penting. Pukulan – pukulan ini yang akan menentukan kejayaan
seseorang pemain dengan berkesan. Jika pemain dapat menguasai teknik-teknik ini,
mereka akan menguasai gelanggang dan dapat bermain dengan efektif disamping
dapat mengurangkan penggunaan tenaga (Tohar, 1996). Oleh yang demikian, latihan
merupakan satu cara yang amat berkesan di dalam menguasai teknik-teknik ini.
Terdapat beberapa kaedah yang telah dikenalpasti digunakan di dalam latihan
antaranya ialah latih tubi pukulan. Menurut Misbun Sidek (2003), terdapat beberapa
jenis pukulan yang perlu dikuasai oleh pemain badminton terutamanya pukulan
3
smash. Pukulan ini adalah pukulan popular yang digunakan pada 1990an dalam
menguasai gelanggang permainan kerana pukulan ini dikatakan dapat memberi
tekanan serta sukar diambil oleh pihak lawan. (Abdullah Fadzli Che Wan, 1993)
Pukulan smash adalah satu pukulan tajam dan laju menghala ke lantai pihak
lawan. Pukulan ini adalah pukulan yang amat penting di dalam permainan untuk
mematikan pukulan dari pihak lawan dan berfungsi untuk memberi tekanan kepada
lawan supaya melakukan kesilapan. Pukulan smash yang tajam menyebabkan lawan
tidak dapat mengembalikan bulu tangkis kepada lawannya semula (Misbun Sidek,
2003). Oleh yang demikian, latihan pukulan smash amatlah penting dan perlu
dikuasai oleh pemain badminton (Grice, 2007).
Di dalam perlaksanaa latihan untuk pukulan smash ini, seseorang jurulatih
memerlukan pembantu yang terdiri daripada jurulatih itu sendiri atau pembantu
jurulatih untuk membuat pukulan smash ke arah yang dikehendaki .Contoh salah satu
latih tubi mengembalikan pukulan smash adalah jurulatih melakukan smash ke arah
dalam gelanggang, pemain pula bergerak mengambil pukulan smash tersebut dengan
jurulatih memegang lima hingga sepuluh bulu tangkis. Langkah ini dilakukan
sebanyak tiga puluh kali. Kaedah ini akan mengambil masa yang lama dan
menyukarkan jurulatih untuk bertindak lebih pantas (Misbun Sidek,2003).
Jika dilihat, perkembangan teknologi kepada bidang sukan membangun
dengan pesatnya. Keupayaan jurulatih di dalam melatih atlit dilihat lebih berkesan
dengan bantuan peralatan latihan sukan yang berteknologi (Kaye, 1980). Penggunaan
teknologi masa kini dilihat menjadi trend bagi kebanyakan jurulatih di dalam latihan
sukan sekaligus menampakkan hasil yang memberangsangkan dalam masa yang
singkat. Sebagai contoh, kini telah terdapat mesin pelancar bulutangkis yang telah
direkacipta oleh syarikat-syarikat luar negara untuk tujuan latihan permainan
badminton ini. Bukan itu sahaja, malah terdapat inovasi-inovasi teknologi bagi lain-
lain sukan yang lebih terdahulu seperti sepak takraw, tenis, ping pong dan lain-lain
lagi. Kebanyakan inovasi bagi sukan-sukan ini adalah berkonsepkan pelancaran
peralatan untuk latihan bagi sukan tersebut.
4
Kejayaan inovasi alat pelancar bulutangkis telah meningkatkan mutu
permainan kepada para pemain di luar negara. Namun sayangnya, alat ini masih
belum berada di pasaran tempatan. Selain itu, melalui pemerhatian di beberapa buah
laman web bagi alat pelancar bulutangkis ini, masih terdapat beberapa kelemahan
yang telah dikenalpasti oleh penulis melalui analisis produk mengikut spesifkasi
yang telah diberikan oleh syarikat-syarikat tersebut menerusi laman web mereka iaitu
saiz yang besar yang mana ianya memerlukan lebih dua orang untuk penyediaan ,
harga yang mahal iaitu sekitar tiga belas ribu, sangat berat, serta bergantung kepada
tenaga elektrik seperti yang di tunjukkan pada Rajah 1.1 iaitu model shuttlecock-
Shooter model SS-Y1- 8 yang telah dibangunkan dari negara China.
Adalah wajar, dalam mempertingkatkan mutu sukan serta mengekalkan imej
negara sebagai sebuah negara pelopor sukan badminton, inovasi mesin shuttlecock
launcher perlu dilaksanakan di peringkat tempatan. Perkara ini bukan sahaja dilihat
membantu mutu sukan negara, malah turut meningkatkan pertumbuhan ekonomi
negara sejajar dengan perlaksanaan budget 2011 yang memperuntukkan sebanyak
tiga ratus lapan puluh lima juta ringgit malaysia untuk pembangunan sukan di
Malaysia pada tahun 2010 (Mohd Najib Tun Razak, 2010).
Rajah 1.1 Shuttlecock-Shooter model SS – Y1- 8 dari China
5
1.2 Penyataan Masalah
Perkembangan sukan badminton telah memberi kesan positif terhadap
industri sukan negara. Walaupun begitu, latihan sukan badminton di negara ini masih
menggunakan sistem latihan konvensional yang mempunyai banyak kelemahan di
dalam meningkatkan keupayaan pemain dengan lebih berkesan. Penggunaan mesin
shuttlecock launcher di negara luar dilihat memberi kesan yang amat positif kepada
pemain berbanding latihan konvensional. Namun, penggunaan teknologi shuttlecock
launcher ini masih belum sampai di Malaysia selain mesin ini juga adalah terlalu
mahal dan masih tiada di dalam pasaran tempatan. Oleh itu, kajian ini dijalankan
adalah bertujuan untuk membangunkan satu mesin bantuan latihan latih tubi pukulan
smash yang diberi nama shuttlecock launcher. Selain itu, mesin ini juga perlu
dihasilkan dengan memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki oleh pemain serta memenuhi
kriteria pukulan smash.
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:
i. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pemain sukan badminton semasa
menjalani sesi latihan pukulan smash bersama jurulatih.
ii. Mengenalpasti ciri-ciri komponen mekanikal sistem pelancar shuttlecock
launcher yang sesuai untuk latihan pukulan smash.
iii. Mengenalpasti lain-lain komponen yang terlibat dengan mesin shuttlecock
launcher untuk latihan pukulan smash
iv. Membangunkan sistem pelancar shuttlecock launcher
6
1.4 Persoalan Kajian
Secara umumnya, persoalan kajian ini melibatkan kemampuan mesin
shuttlecock launcher dalam membantu atlit sukan badminton serta jurulatih.
Persoalan kajian adalah khusus kepada aspek-aspek berikut:
i. Apakah masalah yang sering dihadapi oleh pemain sukan badminton semasa
menjalani sesi latihan pukulan smash bersama jurulatih ?
ii. Apakah ciri-ciri fizikal komponen mekanikal sistem pelancar shuttlecock
launcher yang sesuai untuk latihan pukulan smash?
iii. Apakah lain-lain komponen yang terlibat dengan mesin shuttlecock launcher
untuk latihan pukulan smash?
iv. Bagaimana membangunkan sistem shuttlecock launcher?
1.5 Kepentingan Kajian
Penggunaan mesin shuttlecock launcher yang memenuhi ciri-ciri yang
dikehendaki oleh atlit badminton dapat memberi kebaikan dan manfaat
kepadapemain dan jurulatih sukan. Berikut adalah kebaikan yang diperolehi oleh
pemain serta jurulatih sukan semasa menggunakan mesin shuttlecock launcher:
i. Pemain dapat memberi penumpuan terhadap pukulan smash.
ii. Pemain sukan badminton dapat membuat latihan tanpa bantuan jurulatih
(sendirian).
iii. Mesin pelancar mudah dikendalikan oleh pemain tanpa bantuan jurulatih atau
pembantu.
iv. Jurulatih dapat menilai pemain mengikut tahap pencapaian dalam latihan
pukulan.
v. Mesin shuttlecock launcher boleh didapati di pasaran tempatan dengan harga
yang berpatutan.