13
1. Menghuraikan konsep budi, budi bahasa, kesantunan bahasa, sistem sapaan dan gaya bahasa. Konsep budi di dalam bahasa boleh diterjemahkan sebagai kebajikan, ini membawa maksud kebajikan-kebajikan yang di bawa di dalam bahasa contohnya nilai-nilai murni di dalam pertuturan kita manakala bahasa didefinasikan sebagai sistem lambang. Di Malaysia, sistem lambang yang digunakan ialah Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Jika digabungkan maksud budi bahasa ia merujuk kepada tuturkata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak mulia. Setiap gerak laku, tuturkata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Kesantunan berbahasa membawa maksud timbang rasa kita yang kita berikan kepada orang yang sedang kita bercakap. Ia juga merujuk kepada sifat-sifat bahasa yang membolehkan kita menolak permintaan oarang tersebut tanpa menyakitkan hatinya. Kesantunan berbahasa juga merujuk kepada 2 bahagian iaitu verbal atau non verbal. Ketika berkomunikasi, kita tunduk pada norma-norma budaya, tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang kita fikirkan. Tatacara berbahasa harus sesuai dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat tempat hidup dan dipergunakannya suatu bahasa dalam berkomunikasi. Apabila tatacara berbahasa seseorang tidak sesuai dengan norma-norma budaya, maka ia akan mendapatkan nilai negatif, misalnya dituduh sebagai orang yang sombong,angkuh mahupun kurang ajar. Sistem sapaan membawa maksud kata panggilan di dalam keluarga mahupun di dalam masyarakat. Ia juga merangkumi panggilan hormat di dalam majlis-majlis tertentu. Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan mengikut situasi dan konteks yang sesuai. Ia merujuk kepada panggilan di dalam keluarga, masyarakat mahupun majlis-majlis rasmi. Penggunaan bahasa sapaan yang sesuai dalam mewujudkan keharmonian di dalam perhubungan. Gaya bahasa pula membawa erti cara penggunaan dan pemakaian bahasa di dalam komunikasi kita. Sebelum bertutur kita 3

Bahasa Melayu Komunikasi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bahasa Melayu Komunikasi

1. Menghuraikan konsep budi, budi bahasa, kesantunan bahasa, sistem

sapaan dan gaya bahasa.

Konsep budi di dalam bahasa boleh diterjemahkan sebagai kebajikan, ini

membawa maksud kebajikan-kebajikan yang di bawa di dalam bahasa

contohnya nilai-nilai murni di dalam pertuturan kita manakala bahasa

didefinasikan sebagai sistem lambang. Di Malaysia, sistem lambang yang

digunakan ialah Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Jika digabungkan maksud budi bahasa ia merujuk kepada tuturkata,

kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan

yang tercantum dalam kata-kata akhlak mulia. Setiap gerak laku, tuturkata,

tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi

mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa.

Kesantunan berbahasa membawa maksud timbang rasa kita yang kita

berikan kepada orang yang sedang kita bercakap. Ia juga merujuk kepada sifat-

sifat bahasa yang membolehkan kita menolak permintaan oarang tersebut tanpa

menyakitkan hatinya. Kesantunan berbahasa juga merujuk kepada 2 bahagian

iaitu verbal atau non verbal. Ketika berkomunikasi, kita tunduk pada norma-

norma budaya, tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang kita fikirkan.

Tatacara berbahasa harus sesuai dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam

masyarakat tempat hidup dan dipergunakannya suatu bahasa dalam

berkomunikasi. Apabila tatacara berbahasa seseorang tidak sesuai dengan

norma-norma budaya, maka ia akan mendapatkan nilai negatif, misalnya dituduh

sebagai orang yang sombong,angkuh mahupun kurang ajar.

Sistem sapaan membawa maksud kata panggilan di dalam keluarga

mahupun di dalam masyarakat. Ia juga merangkumi panggilan hormat di dalam

majlis-majlis tertentu. Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan

mengikut situasi dan konteks yang sesuai. Ia merujuk kepada panggilan di dalam

keluarga, masyarakat mahupun majlis-majlis rasmi. Penggunaan bahasa sapaan

yang sesuai dalam mewujudkan keharmonian di dalam perhubungan.

Gaya bahasa pula membawa erti cara penggunaan dan pemakaian

bahasa di dalam komunikasi kita. Sebelum bertutur kita hendaklah memastikan

3

Page 2: Bahasa Melayu Komunikasi

cara penggunaan bahasa kita bersesuaian dengan orang yang kita

berkomunikasi. Tambahan pula, jika kita mengayakan bahasa yang menarik, ia

dapat mendorong dan menarik perhatian orang yang kita hendak berkomunikasi.

Terdapat gaya bahasa yang biasa digunakan seperti metafora, simile, hiperbola,

personafikasi, imejan, paradoks, simbol, ambiguiti, konotatif, denotatif, bahasa

sindiran dan kiasan dan peribahasa.

2. Bagaimana mengaplikasi budi bahasa, kesantunan bahasa dan bahasa

sapaan dalam masyarakat melayu dan Malaysia?

Di dalam masyarakat melayu dan Malaysia, bahasa yang digunakan

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Oleh itu salah satu cara bagi

mengaplikasikan budi bahasa, kesantunan bahasa dan bahasa sapaan di dalam

masyarakat adalah melalui bahan media cetak seperti surat khabar, novel dan

juga cerpen. Kita boleh mengaplikasikan elemen-elemen ini seawal di bangku

sekolah lagi kerana di bangku sekolah murid-murid telah didedahkan dengan

penggunaan buku teks. Di dalam buku teks terdapat cerpen-cerpen pendek yang

menitik beratkan elemen-elemen tersebut. Guru pula akan bertindak sebagi

pembimbing bagi murid-murid supaya mereka menitik beratkan penggunaan

bahasa yang betul dalam komunikasi mereka seharian. Selain itu, media

elektronik juga memainkan peranan yang penting bagi menyalurkan informasi-

informasi yang berguna dalalm berbudi bahasa contohnya kempen ‘budi bahasa

budaya kita’. Kesimpulannya, pelbagai cara boleh dilaksanakan bagi

mengaplikasi budi bahasa, kesantunan bahasa dan bahasa sapaan di dalam

masyarakat melayu dan Malaysia. Kita sebagai orang melayu dan Malaysia

hendaklah menilai dan menjaga budi serta bahasa kita.

4

Page 3: Bahasa Melayu Komunikasi

3. Mengenalpasti gaya bahasa

Gaya bahasa ialah cara penulis menggunakan bahasa sebagai alat untuk

menyampaikan pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu tema atau

persoalan melalui karya mereka. (arif 2009)

Berikut diberikan beberapa istilah-istilah gaya bahasa yang perlu difahami:-

1. Diksi

i. Bermaksud pemilihan kata.

ii. Penulis akan menggunakan dan memilih kata-kata yang sesuai dengan tema

dan persoalan, latar, watak dan mesej yang ada dalam karya mereka.

2. Ayat

i. Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat dalam

karyanya.

ii. Ayat yang digunakan sama ada ayat panjang atau ayat pendek mengikut

kesesuaian karya yang diolahnya.

3. Personafikasi

i. Dikenali juga perorangan yang bermaksud memberikan sifat manusia kepada

benda-benda lain.

ii. Sifat manusia itu meliputi perwatakan, perasaan, tindak-tanduk dan perlakuan.

iii. Antara contoh-contoh personafokasi yang pernah digunakan ialah daun nyuir

melambai-lambai dan rumput menari-nari ditiup angin.

4. Simile

i. Perbandingan setara yang digunakan oleh penulis bagai menyatakan sesuatu

perkara.

ii. Kata-kata yang biasa digunakan seperti, umpama, bak, bagai, ibarat dan

sebagainya.

iii. Contoh penggunaan simile: seperti anjing dengan kucing, kurus macam lidi

dan bagai aur dengan tebing.

5

Page 4: Bahasa Melayu Komunikasi

5. Metafora

i. Perbandingan setara secara terus atau langsung yang digunakan oleh penulis.

ii. Contoh penggunaan metafora: samudera hampa dan lautan fikiran.

6. Hiperbola

i. Merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan oleh penulis untuk

menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud sebenar.

ii. Contoh penggunaan hiperbola: lautan api sanggup kurenangi.

7. Sinkope

i. Bermaksud penyingkatan kata.

ii. Contoh penggunaan sinkope: "Apa dah jadi ni?"

8. Asonansi

i. Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris puisi.

ii. Contohnya pengulangan bunyi vokal u dalam baris 'Tikar pucuk tikar

mengkuang'

9. Aliterasi

i. Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris puisi.

ii. Contohnya pengulangan bunyi konsonan k dalam baris 'Tikar pucuk tikar

mengkuang'

10. Perlambangan

i. Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda,

keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau makna yang

lebih mendalam.

ii. Contohnya bunga melambangkan perempuan, senja melambangkan usia yang

telah tua dan pagi melambangkan usia muda .

6

Page 5: Bahasa Melayu Komunikasi

4. Berdasarkan sebuah cerpen yang ditulis dalam era 70-an hingga era 90-

an terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, anda dikehendaki menganalisis,

mengulas dan menghuraikan aspek-aspek berikut:-

a. penggunaan gaya bahasa

b. kesantunan bahasa

c. sistem sapaan

d. kepentingan gaya bahasa, kesantunan bahasa dan sistem sapaan

KEJADIAN YANG TIDAK TERDUGA oleh YACOB ELSHAROUNY

Sinopsis Cerpen

Cerpen ini adalah mengenai serorang murid perempuan yang cerdik bernama

Mahasin. Dia bersedih kerana guru Bahasa Arab dan Matematiknya tiada untuk

satu jangka masa yang lama. Ini penting kerana dia ingin melanjutkan pelajaran

di Kaherah seperti abangnya, Yusuf. Mahasin bercita-cita ingin menjadi seorang

doktor seperti Doktor Sawsan. Dikala kerisauan Mahasin, guru besarnya telah

berjaya meminta pertolongan Pak Cik Amin, seorang guru bimbingan di

kampung Sharunah. Pak Cik Amin telah membantu Mahasin dan murid lain

untuk berjaya di dalam Peperiksaan Sijil Rendah mereka dan Mahasin telah

berjaya menjadi murid cermerlang di dalam wilayah tersebut. Pak cik Amin

disanjung tinggi oleh masyarakat setempat diatas jasa baik beliau mengajar

tanpa meminta sebarang wang atau balasan. Akhirnya Mahasin telah berjaya

mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang doktor dan dia juga dilantik sebagai

Ketua Majlis Perkampungan.

a. pengunaan gaya bahasa

Penulis, Yacob Elsharouny menggunakan gaya bahasa yang amat mudah

difahami oleh pembaca. Tambahan pula, beliau menulis cerpen ini adalah untuk

golongan kanak-kanak. Maksud-maksud perkataan di dalam cerpen ini juga tiada

yang sukar untuk di fahami. Pada pendapat saya, beliau hanya menggunakan

gaya bahasa biasa sahaja tanpa menggunakan ayat-ayat metafora, simile,

7

Page 6: Bahasa Melayu Komunikasi

hiperbola, asonansi, aliterasi, personifikasi dan perlambangan yang sukar untuk

kanak-kanak fahami. Tetapi beliau masih menggunakan diksi, ayat dan sinkope.

Diksi

Penulis mengutarakan tema kejadian yang tidak terduga antaranya guru bahasa

Arab dan Matematik yang tiada untuk jangka masa yang panjang, kejadian

limpahan rezeki makanan kepada Pak Amin yang mengajar tanpa meminta wang

dan kejayaan Mahasin mendapat keputusan cemerlang di seluruh wilayahnya.

Ayat

Penulis mengarang membina dan menyusun ayat dalam karyanya dengan

mudah supaya sesuai dengan golongan pembaca.

Sinkope

Penulis ada menggunakan gaya bahasa sinkope.

Mahasin pula bertanya, “apa hal ni?” (muka surat 24)

b. kesantunan bahasa.

Di dalam cerpen ini, terdapat banyak contoh yang menunjukkan kesantunan

bahasa, yang merujuk kepada timbang rasa di dalam komunikasi. Contohnya:-

1. “Selamat datang, wahai Mahasin, masuklah sayang” (muka surat 6).

Dialong di atas menunjukkan kesantunan Doktor Sawsan mempelawa Mahasin

masuk ke dalam klinik beliau.

2. “Adakah kamu mahu saya mengajar bahasa arab dan matematik?”

“Tidak...tidak....saya mahu Pak Cik Ismail meminta Pak Cik Amin al-Afendi

mengajar anak perempuan kamu, supaya dia mendapat markah yang tinggi

dalam peperiksaan supaya dia dapat menyambung pelajaran ke sekolah

menengah rendah di Kaherah” (muka surat 13 dan 14)

8

Page 7: Bahasa Melayu Komunikasi

Dialog di atas menujukkan kesantunan di dalam penolakan di dalam komunikasi

antara guru besar dan Pak Cik Ismail.

c. sistem sapaan

Sistem sapaan yang digunakan di dalam cerpen ini juga pelbagai, ia merangkumi

panggilan dalam keluarga, masyarakat dah juga majlis rasmi. Contohnya:-

i. Cikgu Fikriah - (gelaran kurniaan ikhtisas kerana kejayaan di dalam

bidangnya) . Mahasin mengelarkan Fikriah sebagai Cikgu Fikriah

kerana beliau mengajar di sekolah Mahasin.

ii. Doktor Sawsan -(gelaran kurniaan ikhtisas kerana kejayaan di dalam

bidangnya). Masyarakat setempat mengelarkan beliau sebagai Doktor

di atas peranan dan jasa beliau yang telah diberikan kepada

masyarakat setempat.

Terdapat banyak lagi bahasa sapaan yang digunakan seperti Pak Cik Ismail, Pak

Amin al-Afendi, Datuk Bandar dan lain-lain lagi.

d. kepentingan gaya bahasa , kesantunan bahasa dan sistem sapaan

Kesimpulannya, penggunaan gaya bahasa, kesantunan bahasa dan sistem

sapaan adalah penting di dalam cerpen, kejadian yang tidak terduga ini kerana

ketiga-tiga elemen ini berhubung kait bagi sesebuah cerpen pendek. Gaya

bahasa yang mudah difahami akan menarik golongan pembaca yang bersesuai.

Kesantunan bahasa secara tidak langsung akan menggambarkan norma-norma

kehidupan masyarakat kita dan bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi kita.

Manakala sistem sapaan menggambarkan penggunaan sapaan kepada individu

yang terlibat, sistem sapaan yang baik dapat mengharmonikan penutur dan

pendengar. Hal ini jelas menunjukkan masyarakat Melayu adalah bersopan

santun dan berbudi bahasa.

9

Page 8: Bahasa Melayu Komunikasi

Sub-Tugasan

1. Buat pemerhatian dan kumpul bahan sumber yang berkaitan kesantunan

berbahasa dalam folio.

2. Dengan merujuk mana-mana sumber sama ada media cetak atau

elektronik, huraikan secara terperinci tajuk berikut:-

a. Menghuraikan konsep kesantunan berbahasa verbal dan non-verbal.

Kesantunan bahasa Menurut Amat Juhari Moain (1992), kesantunan bererti kesopanan dan

kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau

tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf atau orang yang lebih rendah

kedudukannya daripada kita. Menurut beliau juga, seseorang yang menyapa seseorang yang

lain mengikut sistem yang telah terbaku dalam masyarakat dianggap sebagai orang yang

berbudi bahasa dan di beri nilai yang tinggi dalam kebudayaan melayu.

Konsep kesantunan verbal

Jalaluddin Rakhmat (1994), mendefinisikan bahasa verbal secara fungsional dan

formal. Secara fungsional, bahasa diertikan sebagai alat yang dimiliki bersama

untuk mengungkap sesuatu. Ia menekankan dimiliki bersama, kerana bahasa

hanya dapat difahami apabila ada kesepakatan di antara anggota-anggota

kelompok sosial untuk menggunakannya. Secara formal, bahasa diertikan

sebagai semua ayat yang terbayangkan, yang dapat dibuat menurut peraturan

tatabahasa. Setiap bahasa mempunyai peraturan bagaimana kata-kata harus

disusun dan dirangkaikan supaya memberi erti.

Pada pendapat saya, konsep kesantunan verbal membawa maksud cara

komunikasi yang disampaikan secara lisan atau tulisan di dalam masyarakat

kiata seharian. Kebiasanya idea-idea, maklumat-maklumat atau kenyataan lebih

mudah dihantar melalui keadah verbal dan ia mudah difahami. Di dalam cerpen

kejadian yang tidah terduga antara contoh kesantunan verbal ialah:

”Selamat pagi, wahai doktor. Sudahkah doktor melawat hospital, hari ini?”

Doktor Sawsan ketawa sambil berkata, ”Saya tahu kamu mahu bertanyakan

10

Page 9: Bahasa Melayu Komunikasi

tentang Muhsin kawan kamu yang kecil itu. Saya belum melawatnya lagi, wahai

Mahasin..marilah kita pergi melawatnya bersama-sama.” (muka surat 8)

Konsep kesantunan non-verbal

Jalaluddin Rakhmat (1994)Komunikasi nonverbal adalah komunikasi yang

menggunakan pesan-pesan nonverbal. Istilah nonverbal biasanya digunakan

untuk melukiskan semua peristiwa komunikasi di luar kata-kata terucap dan

tertulis.

Manakala, bagi kesantuan berbahasa non-verbal pula membawa maksud

komunikasi yang disamapaikan secara bahasa isyarat, eksperi wajah, simbol-

simbol, pakaian, warna dan juga intonasi suara. . Di dalam cerpen kejadian yang

tidak terduga, antara contoh kesantunan non-verbal ialah:

Cikgu Fikriah menghampirinya sambil bertanya, ”Adakah kamu melakukan apa-

apa sehingga kamu didenda oleh guru besar?” Mahasin menggelengkan

kepalanya. (muka surat 3 dan 4)

Kesimpulannya, kedua-kedua jenis komunikasi verbal dan non-verbal

memainkan peranan yang penting di dalam komunikasi masyarakat kita. Kedua-

dua komunikasi ini saling berhubung kait dalam menyampaikan maklumat.

b. Jelaskan fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi

muda dan nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhinya.

Pada masa kini, masyarakat generasi muda semakin tidak menitik beratkan

nilai-nilai kesantunan berbahasa di dalam komunikasi seharian mereka. Mereka

semakin hilang berbudi bahasa semasa bertutur dalam kehidupan harian

mereka. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi hal ini ialah:

1. Media massa - media massa memainkan peranan yang penting bagi

menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Tetapi kebanyakan media

masa sekarang seperti televisyen menyampaikan bahasa-bahasa yang

11

Page 10: Bahasa Melayu Komunikasi

tidak sesuai untuk generasi muda sekarang contohnya filem-filem aksi

yang gemar menutur ayat-ayat yang tidah baik. Secara tidak langsung

anak-anak muda dan kecil akan meniru perkataan-perkataan dan ayat

tersebut.

2. Ibubapa – Kebanyakan ibu bapa semakin tidak menitik beratkan

kesantunan di dalam komunikasi mereka dan anak mereka. Ibu bapa

sekarang masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing, justeru itu

mereka tidak mempunyai peluang untuk mengajar anak-anak mereka

berbudi bahasa. Anak-anak hanya berpeluang belajar di sekolah sahaja.

Tulis satu refleksi mengenai pengalam anda sepanjang menyiapkan

tugasan ini. Refleksi anda harus meliputi aspek berikut;

a. Kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar mutakhir ini.

b. Keyakinan penguasaan sepanjang melaksanakan KKP.

c. Kesedaran kepentingan kesantunan berbahasa (kemahiran bertutur

dan mendengar) bagi anda sebagai seorang guru.

Kebanyakan murid-murid dan pelajar-pelajar sekarang semuanya bijak

pandai tetapi mereka masih mampunyai masalah di dalam kesantunan

berbahasa di dalam komunikasi seharian mereka. Mereka tidak menggunakan

nilai berbahasa dengan betul tetapi mereka menggunakan ‘bahasa pasar’ atau

bahasa yang mudah untuk mereka fahami di kalangan mereka tanpa

menghiraukan nilai kesantunan tersebut. Kadang kala, mereka tidak sedar

bahawa bahasa yang mereka gunakan kurang sesuai apabila berkomunikasi

dengan guru khususnya. Walaupun mereka di ajar di sekolah, mereka lebih

mudah terpengaruh dengan media massa dan juga rakan sebaya. Di sini, guru

memainkan peranan penting untuk memperbetulkan dan menegur bahasa yang

digunakan agar bahasa kita kekal terpelihara.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya mendapati keyakinan terhadap

nilai penggunaan gaya bahasa, kesantunan bahasa dan sistem sapaan semakin

12

Page 11: Bahasa Melayu Komunikasi

tinggi. Ketiga-tiga elemen ini penting di dalam komunikasi harian kita. Kita sering

mendengar slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ dan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ .Saya

tertarik dengan penggunaan slogan tersebut kerana bahasa menunjukkan nilai

bangsa kita. Dengan bahasa juga orang lain boleh menilai perilaku kita kerana

apa yang dituturkan mencerminkan peribadi seseorang individu. Apa yang

dituturkan juga mencerminkan nilai intelek seseorang individu. Bahasa juga

penting untuk menyampaikan maklumat. Oleh itu, bukankah bahasa yang sopan

dan berhemah lebih baik untuk diterima sebagai bahan maklumat? Justeru,

bahasa yang mempunyai nilai kesantunan dan gaya bahasa yang sesuai adalah

sangat penting.

Sebagai seorang guru, saya menjadi model ikutan oleh anak-anak murid

yang memerhati setiap hari. Bahasa yang digunakan perlulah sopan dan

bersantun agar dapat menjadi ikutan anak-anak didik. Ini amat penting kerana

anak murid lebih mendengar dan mempercayai kata-kata gurunya. Apa yang

didengar setiap hari, itulah yang akan menjadi ikutannya. Selain bertutur dengan

bahasa yang sopan, guru juga perlu mempunyai kemahiran mendengar. Luahan

dan pendapat daripada anak murid tidak harus dipandang sepi kerana daripada

kemahiran inilah, guru dapat mengenali anak murid dari segi sahsiahnya. Ini

penting untuk menghasilkan modal insan yang seimbang dari segi intelek,

rohani, jasmani dan emosi seperti yang sedang diusahakan oleh Kementerian

baru-baru ini.

13

Page 12: Bahasa Melayu Komunikasi

Bibilografi

Institut Pendidikan Guru Modul Bahasa Melayu Komunikasi (WAJ3115)

2011: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Yacob Elsharouny (1997). Kejadian Yang Tidak Terduga & Cerita-cerita

Lain. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arif (2009) Arifbahasamelayu1.blogspot.com/2009/03gayabahasa.html

Dilayari pada 10 Ogos 2011.

ms.wikipedia.org/wiki/Komunikasi.

Dilayari pada 10 Ogos 2011.

Rusmanmalilli (2010) www.rusmanmalili.com/pdf/kesantunan-dalam-

pragmatik.html. Dilayari pada 11 Ogos 2011.

14