45
1 Selamat Datang ke kursus MQA 101 Bahasa Melayu dan Komunikasi

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

1

Selamat Datang ke kursus MQA 101

Bahasa Melayu dan Komunikasi

Page 2: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

Nama : Faizah binti Datuk OthmanAsal : MelakaKelulusan : Sarjana Psikologi Pendidikan, UKM : Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian), OUM : Diploma Pengajian Agama Emel : izzah_zahh @ yahoo.com.my faizahothman @ ymail . com

Blog : faizahothman.wordpress.com

BIODATA PENSYARAH:

Page 3: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

3

SINOPSIS KURSUS :Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk meningkatkan kecekapan berbahasa, setaraf dengan peringkat intelek mereka dengan merangkumi aspek sejarah perkembangan bahasa, sistem ejaan, tatatingkat tatabahasa (morfologi, sintaksis), apriasasi komunikasi penulisan dan lisan. Ini juga bertujuan untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi menghayati dan melahirkan fikiran tentang ilmu pengetahuan, hal-hal persendirian dan kemasyarakatan dalam konteks rasmi, kreatif dan bukan kreatif melalui lisan dan penulisan, serta memupuk daya pengembangan berbahasa pelajar bagi kepentingan pendidikan tinggi dan kerjaya.

HASIL PEMBELAJARAN :

Diakhir kursus ini, anda akan dapat:

1. Menghuraikan maksud Bahasa Kebangsaan. 2. Membincangkan maksud Bahasa Kebangsaan. 3. Menghuraikan kedudukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan. 4. Membincangkan isu-isu dalam Bahasa Melayu.

Page 4: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

4

RUJUKAN :

1. Nik Safiah Karim et.al, (1993). Tatabahasa Dewan Edisi Baru, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.  2. Abdullah Hasssan dan Ainon Mohd, (1994). Tatabahasa Dinamika, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.  3. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1994). Panduan Ejaan Rumi, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.  4. Ab. Rahman Ab. Rashid dan Yap Kim Fatt (1998) Bahasa Melayu Komunikasi 3, Kuala Lumpur; Longman.  5. Arbak Othman, (1981). Tatabahasa Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.  6. Arba’ie Sujud et. al, (1997). Pengajian Melayu 1: Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Page 5: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

5

RUJUKAN :

7. Asmah Haji Omar,(1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.  8. Hashim Hj Musa, (1990). Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Agensi Penerbitan.  9. Ismail Dahaman, (2000). Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.  10. Kamarudin Hj Husin, (1995). Laras Bahasa, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.  11. Kamus Dewan (edisi ketiga) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.  12. Ramli Hj Salleh, (1995). Sintaksis Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.  13. Sulaiman Masri, (1995). Penulisan dalam Bahasa Melayu Baku, edisi kedua, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Page 6: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

6

PENGENALAN :

B

A B

1

BAHASA ???

BAHASA merupakan alat perhubungan yang amat penting dalam kehidupan manusia sehari-hari

Page 7: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

7

PENGENALAN

B

A B

1

KEGUNAAN BAHASA ???

Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, gagasan, pengetahuan , mendapatkan maklumat, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya. Semakin baik penguasaan seseorang itu terhadap kemahiran-kemahiran bahasa maka semakin tinggilah keupayaannya untuk berkomunikasi secara berkesan sama ada secara lisan, bacaan mahupun penulisan

Page 8: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

8

PENGENALAN

B

A B

1

SIFAT BAHASA ???

• Simbolik• Dinamik• Tidak statik• Berkesinambungan dan mengalami perubahan• Boleh berkembang dari dalam • Boleh berkembang disebabkan oleh pengaruh luar.

Page 9: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

9

DEFINISI BAHASA

B

A B

1

Bahasa ialah sistem lambang bunyi yang digunakan oleh manusia dalam keadaan semula jadi.

Apabila perkataan 'bahasa' digunakan kepada bahasa Inggeris, Cina, Melayu, Swahili dan sebagainya maka perkataan itu digunakan dengan tepat. Tetapi jika sekiranya perkataan 'bahasa' digunakan kepada berbagai-bagai sistem komunikasi, sistem simbol atau pengiraan, ketetapan dapat dipersoalkan. Contohnya, ahli matematik, logik dan komputer biasa mencipta sesuatu simbol untuk pelbagai tujuan tertentu. Persoalan yang timbul ialah sama ada sistem simbol ini patut disebut sebagai bahasa atau tidak. Yang jelas ialah sistem simbol ini lebih berbentuk rekaan daripada asli.

Page 10: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

10

BEBERAPA DEFINISI BAHASA

B

A B

1

Edward Sapir (1921) : 'Bahasa adalah semata-mata suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi dan keinginan melalui ciptaan simbol-simbol yang lahir secara sedar'.

Definisi ini mempunyai beberapa kekurangan. Walau bagaimana luas sekalipun kita menganalisis istilah ídea', émosi', dan 'keinginan', jelas sekali istilah ini tidak dapat mencakupi banyak daripada perkara yang dikomunikasi oleh bahasa.

Page 11: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

11

BEBERAPA DEFINISI BAHASA

B

A B

1

Bloch & Trager (1942) : 'Bahasa' ialah suatu sistem simbol arbitrari untuk sesuatu kumpulan sosial bekerjasama'.

Definisi ini berbeza dengan definisi Sapir kerana definisi ini menanamkan ciri-ciri arbitrari dan dengan jelas ia menghadkan bahasa kepada bahasa percakapan sahaja.

* Arbitrari = tidak berasaskan pertimbangan yang tertentu atau yang teliti, tidak berasaskan pemikiran (analisis dan sebagainya), mengikut sekehendak hati, sewenang-wenang

Page 12: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

12

ASAL USUL BAHASA MELAYU

B

A B

1

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan. Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:

(a) Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

* Perkataan /istilah Melayu pada awalnya hanya dikaitkan dengan konsep kerajaan. Hal ini terbukti apabila bukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa perkataan/istilah Melayu tidak langsung merujuk kepada bangsa, sebaliknya menunjukkan kepada kawasan atau kerajaan.

Page 13: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

13

ASAL USUL BAHASA MELAYU

B

A B

1

(b) Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.

(c) Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

(d) Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

Page 14: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

14

PENDAPAT LAIN TENTANG ASAL USUL BANGSA MELAYU B

A B

1

(a) Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.

(b) Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi). Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.

(c) Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi. Keturunannya orang Melayu di Malaysia. Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto. Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto. Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.

Page 15: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

15

PENDAPAT LAIN TENTANG ASAL USUL BANGSA MELAYU B

A B

1

d) Masyarakat ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.

(e) Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

Page 16: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

16

PENDAPAT LAIN TENTANG ASAL USUL BANGSA MELAYU B

A B

1

Page 17: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

17

BATU BERSURAT DAN CANDI

B

A B

1

Salah satu bukti sejarah bahasa Melayu yang penting ialah batu bersurat. Beberapa batu telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu sejenis tulisan yanb berasal dari selatan India. Berikut adalah antara batu bersurat yang ditemui.

(a) Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605,Tahun Saka bersamaan dengan 683M. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava.

(b) Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684M. Batu.

(c) Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686M.

(d) Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692M.

.

Page 18: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

18

BATU BERSURAT DAN CANDI

B

A B

1

(e) Batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832M) ditulis dalam huruf Nagiri.

(f) Batu Bersurat Pagar Ruyung (1356M).

Pengaruh agama Hindu dan Buddha cukup kuat dalam bahasa dan budaya pada zaman bahasa Melayu kuno.

Prasasti Gondosuli

Page 19: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

19

B

A

B

1

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

BAHASA MELAYU KUNO

BAHASA MELAYU KLASIK

BAHASA MELAYU MODEN

Page 20: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

20

BAHASA MELAYU KUNO

B

A B

1

- Merupakan keluarga bahasa Nusantara. - Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. - Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan

Sumatera.- Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran

kerana:

(a) Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.

(b) Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.

(c) Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Page 21: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

21

BAHASA MELAYU KUNO

B

A B

1

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

(a) Pengaruh agama Hindu (b) Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi. (c) Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan. (d) Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa.

Page 22: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

22

BAHASA MELAYU KUNO

B

A B

1

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno: (a) Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit (b) Susunan ayat bersifat Melayu (c) Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan) (d) Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan) (e) Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas) (f) Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat) (g) Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta) (h) Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Page 23: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

23

BAHASA MELAYU KUNO DAN KERAJAAN MELAYU

B

A B

1

Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang diguna pakai dalam kerajaan Melayu kuno. Kerajaan-kerajaan Melayu kuno yang diketahui antaranya ialah:

(a) Srivijaya (b) Kerajaan Angkor (c) Majapahit (d) Kedah Tua (e) Melaka

Page 24: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

24

PERALIHAN BAHASA MELAYU KUNO KE BAHASA MELAYU KLASIKB

A B

1

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13. Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

(a) Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis dalam huruf India mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit. bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

Page 25: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

25

PERALIHAN BAHASA MELAYU KUNO KE BAHASA MELAYU KLASIKB

A B

1

(b) Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakai abjad India buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

c) Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) ditulis dalam tulisan Jawi membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Page 26: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

26

PERALIHAN BAHASA MELAYU KUNO KE BAHASA MELAYU KLASIKB

A B

1

(b) Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakai abjad India buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

c) Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) ditulis dalam tulisan Jawi membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Page 27: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

27

B

A

B

1

3 ZAMAN PENTING

ZAMAN KERAJAAN MELAKA

ZAMAN KERAJAAN ACHEH

ZAMAN KERAJAAN JOHOR-RIAU

BAHASA MELAYU KLASIK

Page 28: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

28

BAHASA MELAYU KLASIK

B

A B

1

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. Ciri-ciri bahasa klasik:

(a) ayat: panjang, berulang, berbelit-belit. (b) banyak ayat pasif . (c) menggunakan bahasa istana. (d) kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) (e) banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun. (f) ayat songsang (g) banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Page 29: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

29

HASIL KARYA BAHASA MELAYU KLASIK YANG TERKENALB

A B

1

(a) Hikayat raja-raja pasai (b) Hikayat Muhammad Ali Hanafiah (c) Hikayat Amir Hamzah (d) Bustanus Salatin (e) Sulalatus Salatin (f) Sejarah Melayu (g) Hikayat Iskandar Zulkarnain (h) Hikayat Hang Tuah (i) Misa Melayu (j) Tajus Salatin

Page 30: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

30

BAHASA MELAYU (ABAD KE 13 – 18 MASIHI )

B

A B

1

Pada zaman ini tiga buah batu bersurat yang menunjukkan perkembangan bahasa Melayu telah dijumpai:

(a) Batu Bersurat Pagar Ruyong, Minangkabau (1356M) – tulisan India dan memperlihatkan pengaruh Bahasa Sanskrit.

(b) Batu Nisan di Minye Tujuh, Acheh (1380M) – tulisan India dengan beberapa perkataan Arab

(c) Batu Bersurat Terengganu –tarikh sebenar tidak dapat dipastikan, tetapi ia dipercayai ditulis antara tahun 1303 M hingga 1387 M. Ia ditulis

dalam tulisan Jawi.

Page 31: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

31

BAHASA MELAYU (ABAD KE 13 – 18 MASIHI )

B

A B

1

- Abad ke –13 adalah waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini.

- Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab.

- Zaman penting bagi bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka.

- Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi “lingua franca” para pedagang.

.

Page 32: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

32

BAHASA MELAYU (ABAD KE 13 – 18 MASIHI )

B

A B

1

- Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu.

- Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi.

- Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.

- Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 masihi tidak menamatkan pengaruh bahasa Melayu.

- Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu.

Page 33: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

33

BAHASA MELAYU (ABAD KE 13 – 18 MASIHI )

B

A B

1

(a) Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521

(b) Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa bahasa Melayu dianggap sebagai bahasayang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

Page 34: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

34

BAHASA MELAYU (ABAD KE 13 – 18 MASIHI )

B

A B

1

c) Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis mengenai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan bahasa Melayu seperti berikut:

“Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”

Page 35: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

35

BAHASA MELAYU (ABAD KE 13 – 18 MASIHI )

B

A B

1

Satu bukti tentang tingginya martabat bahasa Melayu dan luas penggunaannya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-raja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah:

(a) Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601) (b) Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602) (c) Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)

• Ketiga-tiga surat ini tersimpan di Perpustakaan Bodelein, London.

Page 36: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

36

BAHASA MELAYU (ABAD KE 13 – 18 MASIHI )

B

A B

1

Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah telah menggantikan Melaka sebagai pusat keintelektualan Melayu. Antara tokoh-tokoh di Acheh ialah:

(a) Sheikh Nuruddin Al-Raniri (“Bustanul Salatin”) (b) Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”) (c) Abdul Rauf Singkel (“Mirat Al-Tullab”) (d) Hamzah Fansuri (“Syair Perahu”)

Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab “Hikayat Al-Salakin”.

Page 37: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

37

BAHASA MELAYU (ABAD KE 19 – 20 MASIHI )

B

A B

1

- Kemuncak kegiatan alam persuratan Melayu melalui bahasa Melayu dan tulisan Jawi adalah di Penyengat, sebuah pulau di Kepulauan Riau yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Johor-Riau.

- Banyak karya terhasil (rujuk modul ms 13)

- Sebelum Inggeris bertapak di Semenanjung Tanah Melayu, bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelas agama. Perhubungan antara rakyat juga menggunakan bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura.

Page 38: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

38

BAHASA MELAYU (ABAD KE 19 – 20 MASIHI )

B

A B

1

- Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi .

- Pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki mempelajari bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan.

- Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi terhadap Bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford.

Page 39: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

39

BAHASA MELAYU (ABAD KE 19 – 20 MASIHI )

B

A B

1

- Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta peranan bahasa Melayu mula terancam.

- Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap bahasa Melayu membawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi nilai-nilai baru yang diperkenalkan.

- Orang-orang Inggeris menjadi “tuan” dan segala yang bersangkutan dengan cara hidup mereka diberi nilaian yang tinggi termasuk bahasa mereka.

Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem persekolahan.

- Dalam keadaan bahasa Melayu menerima tekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan,(cerdik pandai lulusan sekolah Melayu atau Arab.

Page 40: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

40

BAHASA MELAYU (ABAD KE 19 – 20 MASIHI )

B

A B

1

- Kemerosotan bahasa Melayu tidak berterusan. Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan bergema dan orang-orang Melayu mula mengorak langkah untuk memperjuangkan bahasa ibunda mereka. Wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru Melayu dan ahli-ahli politik berganding bahu memperjuangkan cita-cita ini. Akhbar dan majalah menjadi saluran utama untuk menyuarakan hasrat ini. Perjuangan bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan politik membebaskan tanah air daripada penjajahan.

- Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut bahawa “Bahasa Kebangsaan negara ini adalah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”. Dengan perakuan ini, maka bermulalah era baru bagi bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah menjadi lingua franca bagi seluruh Kepulauan Melayu

Page 41: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

41

BAHASA MELAYU MODEN

B

A B

1

- Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

- Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

- Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

- Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

- Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

- Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Page 42: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

42

BAHASA MELAYU

B

A B

1

Bahasa rasmi merupakan bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan seharian negara dan fungsinya pula dapat memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti:

(a) Bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu menjalankan tugas-tugas rasmi negara. (b) Media dalam segala urusan surat-menyurat dalam dan antara jabatan. (c) Penulisan dokumen dan rekod kerajaan. (d) Media untuk menulis semula undang-undang dan peraturan negara. (e) Penulisan semua jenis borang urusan rasmi kerajaan.

BAHASA KEBANGSAAN???

Identiti nasional dan lambang bagi sesuatu bangsa atau negara.

BAHASA RASMI??

Page 43: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

43

KOMUNIKASI =

Hovland, Janis & Kelley:1953Komunikasi adalah proses penyampaian informasi, gagasan, emosi, keahlian dan lain-lain. Melalui penggunaan simbol-simbol seperti kata-kata, gambar-gambar, angka-angka dan lain-lain.

Berelson dan Stainer, 1964Komunikasi pada dasarnya merupakan suatu proses yang menjelaskan siapa, mengatakan apa, dengan saluran apa, kepada siapa? Dengan akibat apa atau hasil apa? (Who? Says what? In which channel? To whom? With what effect?)

INTERAKSI = tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak

Page 44: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

44

KEGUNAAN BAHASA??

- dapat berkomunikasi dengan orang lain - untuk menyampaikan kehendak, - untuk menyampaikan perasaan, - untuk menyampaikan pendapat, - untuk menyampaikan pengalaman, - untuk menyampaikan gagasan,- untuk mendapatkan maklumat,- menambahkan ilmu pengetahuan- memahami orang lain dan sebagainya.

Page 45: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)

Terima Kasih&

Wassalam

faizahothman.wordpress.com