17
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013 Maruwiah Ahmat 1 CTU 151: PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM Maruwiah Ahmat 1 PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan Konsep Tamadun Islam dan Sumbangannya Kepada Tamadun Dunia • Menjelaskan Perkembangan dan Pengaruh Islam di Alam Melayu Menghuraikan Sistem Kemasyarakatan dan Kenegaraan Islam Serta Cabaran yang Dihadapi oleh Umat Islam Kini 2 ISI KANDUNGAN: 1. Persamaan nilai antara tamadun 2. Interaksi antara tamadun 3. Faktor interaksi antara tamadun

Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filePeranan agama dalam semua tamadun sangat penting ... sebagai anugerah tuhan. Dalam Islam, ... yang beragama Kristian dan

  • Upload
    vuquynh

  • View
    334

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filePeranan agama dalam semua tamadun sangat penting ... sebagai anugerah tuhan. Dalam Islam, ... yang beragama Kristian dan

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013

Maruwiah Ahmat 1

CTU 151: PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM Maruwiah Ahmat

1

PENGENALAN

HASIL PEMBELAJARAN

• Menerangkan Konsep Tamadun Islam dan Sumbangannya Kepada Tamadun Dunia

• Menjelaskan Perkembangan dan Pengaruh Islam di Alam Melayu

• Menghuraikan Sistem Kemasyarakatan dan Kenegaraan Islam Serta Cabaran yang Dihadapi oleh Umat Islam Kini

2

ISI KANDUNGAN:

• 1. Persamaan nilai antara tamadun

• 2. Interaksi antara tamadun

• 3. Faktor interaksi antara tamadun

Page 2: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filePeranan agama dalam semua tamadun sangat penting ... sebagai anugerah tuhan. Dalam Islam, ... yang beragama Kristian dan

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013

Maruwiah Ahmat 2

PENDAHULUAN

DEFINISI NILAI:

Nilai universal = nilai yang sesuai dipraktikkan bila-bila

masa dan di mana-mana sahaja demi kesejahteraan

ummah

Nilai = darjah, kualiti, mutu, taraf dan sifat ketinggian.

PEMBAHAGIAN NILAI

Kebendaan

Kerohanian

3

[email protected]

PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN

4

Nilai Kepercayaan

Peranan agama dalam semua tamadun sangat penting kerana ia membantu memantapkan struktur sosial dan intelektual sesuatu tamadun.

Semua tamadun sama ada berasaskan kepercayaan samawi atau budaya, tetap menjunjung tinggi doktrin keagamaan, malah dari agama inilah lahirnya kebudayaan dan sains.

Nilai kepercayaan dalam tamadun Islam adalah tamadun yang menitikberatkan persoalan ketuhanan dan kerohanian yang bersumberkan wahyu. Agama memberi tenaga, fikiran dan penggerak kepada dinamisme sesebuah tamadun.

Page 3: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filePeranan agama dalam semua tamadun sangat penting ... sebagai anugerah tuhan. Dalam Islam, ... yang beragama Kristian dan

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013

Maruwiah Ahmat 3

5

Nilai Ekonomi dan Kebendaan

Nilai ekonomi atau kebendaan menjadi matlamat utama,

pada kebanyakan tamadun khususnya Barat sehingga

menghalalkan semua perkara bagi mencapai matlamat nilai

kebendaan.

Berbeza dengan Islam di mana nilai ekonomi perlu

berlandaskan syariat iaitu mengambil persoalan hukum halal

dan haram serta mendapatkan keredhaan Allah. Manusia

merupakan pemegang amanah dan bukan pemilik harta

secara mutlak. Harta dan kebendaan hanya alat untuk

mencapai keredhaan Allah.

PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN

6

Nilai Kerja

Nilai kerja bermaksud etika atau budaya kerja. Nilai kerja tamadun atau

masyarakat Barat melihat kepada keuntungan dari segi kebendaan

berbanding etika kerja sebenarnya. Masyarakat Jepun dan Korea yang

sering dikaitkan dengan nilai kerja yang penuh berdisiplin dan beretika

seperti juga yang dituntut dalam Islam namun ia tetap terarah kepada

kepentingan dan keuntungan dunia.

Nilai kerja hendaklah berlandaskan tuntutan syariat dan mencari

keberkatan daripada Allah s.w.t.

Bekerja memenuhi keperluan hidup secara halal merupakan amalan mulia

dan dianggap sebagai ibadah apabila memenuhi syarat-syarat berikut:

Dilakukan dengan niat kerana Allah

Kerja yang menepati kehendak syarak dan penuh tanggungjawab

Menjauhi larangan Allah dalam melaksanakan tugas

Tidak melalaikan dan meninggalkan ibadah khusus.

PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN

Page 4: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filePeranan agama dalam semua tamadun sangat penting ... sebagai anugerah tuhan. Dalam Islam, ... yang beragama Kristian dan

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013

Maruwiah Ahmat 4

7

Nilai Kemanusiaan

Nilai kemanusiaan merupakan nilai yang mementingkan

penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan

manusia. Nilai ini tidak akan wujud melainkan sebuah

kelompok masyarakat itu memahami hakikat kejadian

manusia secara menyeluruh.

Nilai kemanusiaan dalam Islam merupakan yang perlu

dipupuk dan nilai kebendaan hanya sebagai nilai

tambah.

Tamadun Islam adalah diasaskan atas dasar masyarakat

yang meletakkan nilai kemanusiaan yang mengamalkan

sifat bertimbang rasa, lemah lembut, kasih sayang, adil

dan sebagainya.

PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN

8

Nilai Keilmuan

Semua tamadun menerima kepentingan ilmu pengetahuan

dalam membangun dan membina sesebuah tamadun.

Bangsa yang meneroka dan menguasai ilmu pengetahuan

akan dapat mewujudkan tamadun yang gemilang

Keutamaan ilmu jelas dirakamkan di dalam wahyu yang

pertama diturunkan (al-Alaq: 1-5).

Umat Islam perlu mempunyai kesedaran tentang

kewajipan menuntut ilmu kerana tanpa ilmu umat Islam

tidak akan maju sedangkan umat Islam diibaratkan oleh

Allah sebagai ‘ummah wasatan’ iaitu umat yang mampu

meneroka dan membangun alam ini dengan ilmu yang

dipelajari.

PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN

Page 5: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filePeranan agama dalam semua tamadun sangat penting ... sebagai anugerah tuhan. Dalam Islam, ... yang beragama Kristian dan

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013

Maruwiah Ahmat 5

9

PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN

[email protected]

10

PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN

Page 6: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filePeranan agama dalam semua tamadun sangat penting ... sebagai anugerah tuhan. Dalam Islam, ... yang beragama Kristian dan

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013

Maruwiah Ahmat 6

11

PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN

[email protected]

12

PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN

Page 7: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filePeranan agama dalam semua tamadun sangat penting ... sebagai anugerah tuhan. Dalam Islam, ... yang beragama Kristian dan

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013

Maruwiah Ahmat 7

13

Nilai Akhlak

Akhlak dalam Islam merupakan sistem nilai yang menjamin

kehidupan yang beretika. Tanpa akhlak mulia kehidupan

manusia akan menjadi lebih huru-hara dan mementingkan diri.

Justeru, perutusan Rasulullah adalah untuk menyempurnakan

akhlak manusia, sebagaimana maksud hadis Rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang

mulia.”

Antara faktor perutusan Nabi Muhammad s.a.w sebagai

seorang rasul ialah untuk memperelok akhlak manusia.

Akhlak Islam bersifat syumul iaitu merangkumi hubungan

manusia dengan Allah s.w.t, sesama manusia dan makhluk

lain termasuk alam persekitaran.

PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN

14

Nilai Keadilan

Nilai keadilan - mampu mewujudkan keamanan dan

kemakmuran sesebuah tamadun. Sebagai contoh kerajaan

yang melaksanakan keadilan sosial akan membahagikan

kekayaan negara kepada seluruh rakyat - menghadkan

monopoli golongan kaya - meningkatkan pendapatan

golongan miskin, maka dengan ini akan merapatkan jurang

perbezaan.

Sejarah telah membuktikan antara sebab keruntuhan

sesebuah tamadun ialah apabila pemerintah atau kerajaan

tidak lagi berlaku adil terhadap rakyatnya dengan

melakukan kezaliman dan mengabaikan hak-hak rakyat.

PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN

Page 8: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filePeranan agama dalam semua tamadun sangat penting ... sebagai anugerah tuhan. Dalam Islam, ... yang beragama Kristian dan

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013

Maruwiah Ahmat 8

15

Nilai Kekeluargaan

Malik bin Nabi - membina sebuah tamadun, ia bermula dengan

membina masyarakat yang berperadaban dan untuk itu ia

bermula dengan pembentukan keluarga. Keluarga yang

dimaksudkan lazimnya keluarga yang mempunyai hirarki kuasa

yang menentukan kedudukan kaum wanita dan lelaki.

Menurut Konfusius, kesetiaan dan pertalian yang erat

merupakan konsep kekeluargaan yang terpenting. Pengabaian

terhadap konsep kekeluargaan bermakna penafian hak

seseorang dan bertentangan dengan keadilan.

Konsep kekeluargaan dalam Islam pula mementingkan kasih

sayang dan saling hormat-menghormati. Ini bermakna kedudukan

wanita dan lelaki bukanlah menjadi persoalan utama, tetapi

setiap mereka mestilah menunaikan tanggungjawab masing-

masing.

PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN

16

PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN

Nilai Alam Sekitar

Pemuliharaan alam sekitar merupakan satu prinsip yang

diterima oleh semua agama kerana alam sekitar dianggap

sebagai anugerah tuhan.

Dalam Islam, manusia sebagai khalifah Allah berkewajipan

memelihara alam dari sebarang kerosakan. Begitu juga

dalam ajaran agama-agama lain. Ada sesetengah tamadun

lain memelihara alam sekitar sehingga alam sekitar disembah

dan dilihat sebagai Divine Power.

Page 9: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filePeranan agama dalam semua tamadun sangat penting ... sebagai anugerah tuhan. Dalam Islam, ... yang beragama Kristian dan

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013

Maruwiah Ahmat 9

17

Negara Maju

PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN

Negara Tidak Maju

Bandingkan dua keadaan.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

18

[email protected]

INTERAKSI

Sifat sebenar sesebuah tamadun

adalah tidak tertutup

Perkongsian nilai, pemikiran

institusi keinsanan

yang melahirkan

kesan positif dan negatif

Wujud semangat

toleransi yang tinggi contoh dalam aspek

fizikal, agama, sains &

teknologi serta budaya.

Alam Melayu – interaksi

perdagangan, pakaian,

makanan, seni, bahasa dll cth Baba Nyonya,

Wujud percambahan pemikiran & mengelakkan

kebekuan

Page 10: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filePeranan agama dalam semua tamadun sangat penting ... sebagai anugerah tuhan. Dalam Islam, ... yang beragama Kristian dan

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013

Maruwiah Ahmat 10

[email protected]

19

Interaksi fizikal.

Interaksi teologi atau

agama.

Interaksi sains dan teknologi.

Interaksi budaya.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI

20

Terdapat empat jenis interaksi berlaku antara tamadun, iaitu:

Interaksi fizikal. Seperti yang berlaku di Alam Melayu di mana

pedagang Arab mengahwini penduduk tempatan dan membina

petempatan khas di kawasan pantai timur dan barat Sumatera.

Interaksi teologi atau agama. Sebagai contoh proses asimilasi

beberapa ajaran Buddha ke dalam ajaran Shinto di Jepun

tentang nilai etika dan moral.

Interaksi sains dan teknologi. Seperti Jepun mempelajari sains

dan teknologi dari Eropah dan Amerika Syarikat ekoran

hubungan yang terjalin.

Interaksi budaya. Ia merupakan interaksi yang paling ketara

berlaku pada mana-mana tamadun yang meliputi pelbagai

aspek seperti makanan, pakaian, seni bina, muzik dan dsb.

Page 11: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filePeranan agama dalam semua tamadun sangat penting ... sebagai anugerah tuhan. Dalam Islam, ... yang beragama Kristian dan

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013

Maruwiah Ahmat 11

21

Faktor Geografi

Kelahiran sesebuah tamadun

banyak didorong oleh

kedudukannya yang strategik

yang memungkinkan

penempatan masyarakat

memperoleh sumber-sumber

semula jadi untuk keperluan

hidup.

FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI

Faktor lokasi ini adalah merujuk pada kesesuaian faktor

geografi yang dilihat menggalakkan kemunculan tamadun Cina

di Lembah Hwang Ho, tamadun Mesopotamia di Lembah Tigris,

tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil dan tamadun Melayu

Melaka di pinggiran Selat Melaka.

[email protected]

22

Kebiasaannya kawasan yang terbuka bentuk kawasan geografi seperti kawasan yang menjadi laluan perdagangan bersifat lebih terbuka dalam orientasi ketamadunannya. Ini menyebabkan sesebuah tamadun itu terdedah kepada tamadun luar.

Sebagai contoh melalui jalan laut orang Arab merentasi laut Arab ke benua India, kepulauan Melayu hingga ke Canton, Cina.

FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI

Page 12: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filePeranan agama dalam semua tamadun sangat penting ... sebagai anugerah tuhan. Dalam Islam, ... yang beragama Kristian dan

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013

Maruwiah Ahmat 12

23

FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI

Laluan perdagangan antara Benua Asia.

24

Faktor Perdagangan

Interaksi antara tamadun turut berlaku menerusi aktiviti

perdagangan. Misalnya, hubungan perdagangan yang berlaku

antara Arab dan Cina melalui jalan darat dan laut. Hubungan

ini terjalin sejak abad ke 3 Masehi. Pedagang Arab dan Parsi

telah membina penempatan mereka di Canton malah mereka

turut membina masjid di Guangzhou. Ini membuktikan

berlakunya proses Islamisasi di wilayah tersebut.

Hubungan pedagangan juga berlaku antara pedagang Arab

dengan penduduk Alam Melayu apabila mereka singgah di

beberapa pelabuhan penting di kepulauan Melayu seperti

Melaka sebelum meneruskan perjalanan ke Cina.

FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI

Page 13: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filePeranan agama dalam semua tamadun sangat penting ... sebagai anugerah tuhan. Dalam Islam, ... yang beragama Kristian dan

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013

Maruwiah Ahmat 13

[email protected]

25

FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI

Pelabuhan Canton yang dahulunya menjadi

persinggahan orang Arab di China.

Masjid Huasishen adalah masjid pertama di

Guongzhou.

26

FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI

Faktor Keagamaan

Kemunculan sesebuah tamadun juga boleh dikaitkan dengan

rangsangan keagamaan dan kerohanian. Ajaran agama

mendorong manusia - menghayati dan mengamalkan nilai-nilai

murni dalam kehidupan.

Islam merupakan agama yang bersifat terbuka iaitu menerima

kebaikan daripada agama lain selagi tidak bercanggah

dengan syariat Islam. Sebagai contoh, walaupun kerajaan

Islam dapat mengekalkan kuasanya selama 7 abad di

Andalusia tetapi tidak pernah mendiskriminasi penduduknya

yang beragama Kristian dan Yahudi malah diberi peluang

turut serta membangunkan ekonomi, ilmu pengetahuan dan

perdagangan.

Page 14: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filePeranan agama dalam semua tamadun sangat penting ... sebagai anugerah tuhan. Dalam Islam, ... yang beragama Kristian dan

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013

Maruwiah Ahmat 14

27

FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI

Ilustrasi Parsi menunjukkan orang Arab

berguru dengan Socrates.

Gambar kulit buku menggambarkan saintis

Islam mempelajari ilmu astronomi Ptolemy.

28

Faktor Pemerintah

Sikap pemerintah menunjukkan sikap terbuka dan toleransi dengan mewujudkan hubungan dengan tamadun lain. Misalnya, pemerintah Islam pada zaman kegemilangan tamadun Islam mengamalkan sikap terbuka dengan menerima sumber ilmu daripada tamadun Yunani, India dan Cina.

FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI

Namakan tamadun-tamadun asal yang diadaptasi oleh Islam untuk barang/perkara di atas.

Page 15: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filePeranan agama dalam semua tamadun sangat penting ... sebagai anugerah tuhan. Dalam Islam, ... yang beragama Kristian dan

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013

Maruwiah Ahmat 15

29

Contohnya orang Arab mempelajari membuat kertas daripada

orang Cina.

Teknik pembuatan kertas tersebut jatuh ke tangan orang Arab

pada masa Abbasiyah terutama setelah kalahnya pasukan

Dinasti Tang dalam Pertempuran Sungai Talas pada tahun 751 M

di mana para tawanan-tawanan perang mengajarkan cara

pembuatan kertas kepada orang Arab sehingga pada zaman

Abbasiyah, muncullah pusat-pusat industri kertas baik di Baghdad

mahupun Samarkand dan kota-kota industri lainnya.

FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI

30

Faktor Penghalang Interaksi Antara faktor penghalang interaksi antara tamadun ialah:

Kedudukan geografi atau daerah yang membataskan perhubungan antara satu tamadun dengan tamadun lain.

Semangat nasionalisme (kebangsaan) yang menebal sehingga melahirkan sikap perasaan kebencian dan permusuhan terhadap bangsa atau warga negara lain.

Tiada sikap toleransi atau tolak ansur dalam kalangan kaum migran dan bukan migran. Perkara ini menyebabkan masing-masing membawa haluan sendiri dan tiada semangat perpaduan dan bekerjasama.

Penggunaan bahasa yang berbeza.

Pegangan agama yang berbeza di mana masyarakat akan sentiasa berpegang teguh pada kepercayaan yang menjadi pegangan sejak turun-menurun.

FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI

Page 16: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filePeranan agama dalam semua tamadun sangat penting ... sebagai anugerah tuhan. Dalam Islam, ... yang beragama Kristian dan

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013

Maruwiah Ahmat 16

KESAN INTERAKSI

31

[email protected] Memperkayakan kebudayaan & perbendaharaan Islam

Muncul kerajaan Islam

Muncul tokoh-tokoh & cendekiawan Islam

Perkahwinan campur

Perkembangan teknologi

Sumbangan masyarakat bukan Islam dalam bidang ilmu seperti tokoh Yahudi & Nasrani

Pengiktirafan hak untuk beragama & hak bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka

K

E

S

A

N

P

O

S

I

T

I

F

KESAN INTERAKSI

32

[email protected]

Wujud iri hati kepada tamadun Islam semasa Dinasti Han di China, atas kemajuan ekonomi umat Islam di China tahun 876M

Kemasukan Buddha, mendapat tentangan Konfusianisme semasa Dinasti Han Timur

Zaman pertengahan pemerintahan Kristian Eropah melancarkan peperangan ke atas orang Islam kerana faktor teknologi, ekonomi &

sosial

Berlaku pembunuhan orang Yahudi beramai-ramai di Eropah

K

E

S

A

N

N

E

G

A

T

I

F

Page 17: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filePeranan agama dalam semua tamadun sangat penting ... sebagai anugerah tuhan. Dalam Islam, ... yang beragama Kristian dan

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013

Maruwiah Ahmat 17

KESIMPULAN

33

Tamadun sepatutnya saling lengkap melengkapi

dengan terbinanya interaksi positif kerana hidup ini

merupakan perkongsian antara sesama manusia.

Walau bagaimanapun tamadun yang benar-benar

syumul ialah tamadun Islam yang menitikberatkan

kemajuan duniawi dan ukhrawi.

Tamadun Islam merangkumi semua bidang

kehidupan dan merupakan tamadun yang praktikal

dan universal.