pengaruh globalisasi dalam tamadun islam

  • Upload
    fauzi

  • View
    57

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kesan globalisasi terhadap tamadun islam

Citation preview

ISI KANDUNGANBil.TajukMuka Surat

1.Isi Kandungan1

2.Pendahuluan2

3.Definisi Globalisasi3-4

4.Isi dan Huraian5

-Masyarakat Jahiliah Dalam Pengaruh Globalisasi6

-Penyebaran Islam di Mekah7-9

-Kesan Globalisasi Dari Sudut Kekeluargaan Dalam Islam10

-Kesan Globalisasi Dari Sudut Pemakaian11

-Kesan Globalisasi Dari Sudut Pemakanan12

5.Kesimpulan13

6.Rujukan14

PENGENALANPerkataan tamadun merangkumi tentang kebudayaan, kemajuan, pembangunan,peradaban dan kemakmuran yang dicapai oleh sesuatu bangsa. Tamadun berasal daripada perkataan Arab, iaitu maddana, madinah, madaniyyah, yang bermaksud Bandar yang terbina melalui proses urbanisasi. Daripada maddana muncul perkataan maddani yang membawa erti pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekertiyang terpuji. Selain itu, istilah tamadun menurut perspektif Islam ialah ia merangkumipembangunan spiritual dan material secara serentak dan sepadu.

Urbanisasi juga sebagai salah satu ciri-ciri tamadun, kerana bandar biasanya menjadi pusat berkumpulnya masyarakat, dan juga wujudnya rumah ibadah, institusi pendidikan, istana, golongan bangsawan, ahli-ahli perniagaan, pusat membeli belahdan sebagainya. Kewujudan berbagai institusi dan golongan manusia di pelbagaiperingkat menjadikan sesebuah masyarakat tersebut menjadi bertambah maju danhidup secara harmoni. Keadaan ini memperlihatkan munculnya pengkhususan bidang perkerjaan dan sistem politik yang teratur dan perkembangan ekonomi yang pesat.

DEFINISI GLOBALISASI

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara lain, di mana pintu sentiasa terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.Menurut Kamus Dewan, globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cendikiawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti yang merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menja dimilik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Islam adalah agama universal, agama untuk manusia seluruhnya. Sejak kemunculannya konsep kesejagatan telah sedia difahami. la tidak memerlukan sampai berabad-abad untuk menyedari keperibadian universal itu. Menurut Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas: The idea of the universal religion did not originate in mans intellect and gradually evolve and develop in his culture and history. Ertinya ide universalisme bukannya berasal dari pemikiran manusia, tetapi dari ajaran agama itu sendiri.Atas sifatnya sebagai agama universal, maka tidak hairanlah jika dengan kemunculannya ia dengan sekelip mata telah merubah sejarah dunia. Selain dari membawa revolusi besar di Tanah Arab, kemunculan Islam telah memulakan Zaman Pertengahan bagi Dunia Eropah. Menurut Henri Pirenne, kemunculan Islam telah membawa dua perubahan besar:Tamadun Islam berkembang dari Semenanjung Tanah Arab oleh Nabi Muhammad s.a.w. selepas menerima wahyu pertama. Kerajaan Islam yang pertama di dunia berada di Madinah semasa Baginda berhijrah ke Madinah pada tahun 622M.

Firman Allah S.W.T.: 1. Dan tidaklah Kami mengutus kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam (Al-Anbiyaa: 107) 2. Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan (Saba: 28) 3. Katakanlah: Hai manusia, sesungguhnya aku adalah utusanAllah kepada kamu semua(Al-Araaf: 158).

ISI DAN HURAIAN

Secara umum, tamadun awal dunia terbentuk di lembah sungai seperti di Sungai Tigris dan Euphrates, Sungai Nil, Sungai Indus dan Sungai Hwang Ho. Walau bagaimanapun, hal ini berbeza daripada kemunculan tamadun Islam. Kemunculan tamadun Islam dianggap unik kerana tamadun ini lahir dan berkembang di tempat yang terpencil di kawasan padang pasir yang panas dan kering kontang, iaitu di Hijaz. Oleh itu, pembentukan tamadun Islam banyak berasaskan pemikiran dan ajaran agama di samping merupakan anugerah Allah kepada umat manusia. Semasa tamadun Islam berkembang di Makkah, tamadun Parsi dan Rom juga berkembang dengan pesat di utara Semenanjung Tanah Arab.

*Hijaz

terdapat tiga buah kota di Hijaz, iaitu Makkah, Madinah dan Taif.

*Makkah

terletak kira-kira 80 kilometer dari Pelabuhan Jeddah merupakan ibu kota Hijaz yang terletak dalam pemerintahan kerajaan Arab Saudi.

Lokasi tamadun Islam dan keluasannya

Masyarakat Arab Jahiliah Dalam Pengaruh Globalisasi

Perkataan jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa Arab, jahala yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Istilah ini telah digunakan oleh orang Islam untuk menggambarkan perubahan yang dibawa oleh Islam dalam corak kehiduapan dan pemikiran masyarakat. Masyarakat Arab Jahiliah pula ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab, dalam jangka masa selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Jangka masa Zaman Jahiliah ini adalah lebih kurang 310 tahun, iaitu dari tahun 300M. hingga 610M. seperti yang ditunjukkan dalam carta masa di bawah. Masyarakat Arab ini digelar sebagai masyarakat Arab Jahiliah kerana mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi Sulaiman. Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Musa, Nabi Isa dan sebagainya.

Tarikh300 M.570 M.610 M.

PeristiwaPecahnya Empangan MaaribKelahiran Nabi Muhammad s.a.w.Turun wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan bermulalah zaman Islam

Carta Masa: Jangka Masa Zaman Jahiliah

Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Allah Yang Maha Esa malah kebanyakan mereka menyembah berhala dan mempercayai animisme. Kehidupan masyarakat Arab Jahiliah adalah kucar-kacir kerana pada masa itu tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalam kehidupan. Akhlak mereka adalah rendah, misalnya mereka bersifat kejam, angkuh dan degil. Dengan kedatangan Islam, kehidupan masyarakat Arab Jahiliah mulai mengalami proses perubahan.

Penyebaran Islam di Makkah

Penyebaran Islam di Makkah dilakukan secara berperingkat,iaitu pada mulanya (3 tahun) dan kemudian secara terbuka (10 tahun). Dakwah Islamiah secara rahsia ditujukan kepada ahli keluarga baginda. Dakwah Islamiah secara terbuka dilakukan setelah baginda menerima perintah Allah supaya dakwah Islamiah dilakukan kepada masyarakat Makkah secara terang-terangan.Baginda telah menjalankan dakwah Islamiah secara rahsia kepada keluarga baginda sendiri dan sahabat yang rapat. Mereka yang awal memeluk Islam ialah Khadijah binti Khuwailid (isteri Nabi Muhammad s.a.w.), Ali bin Abu Talib (sepupu Nabi Muhammad s.a.w.), Zaid bin Harithah (anak angkat), dan Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib).Melalui Abu Bakar, beberapa orang tokoh Quraisy (Uthman bin Affan, Zubair bin Awam dan al-Arqam bin Abu Arqam)telah memeluk agama Islam.Kemudian, al-Arqam bin Abu Arqam telah menjadikan rumahnya sebagai pusat kegiatan Islam yang pertama di Makkah. Walaupun bilangan penganut Islam pada peringkat ini kecil, ini merupakan kejayaan yang sangat besar bagi baginda. Untuk memperkenalkan ajaran baru bagi sesuatu masyarakat tentulah memerlukan pengorbanan yang besar. Ketinggian akhlak Nabi Muhammad s.a.w.dan kejujuran para sahabat telah menyebabkan dakwah Islamiah pada peringkat awal mendapat sambutan. Mereka yang memeluk Islam pada peringkat awal ini bukan sahaja terdiri daripada golongan bawahan malah golongan bangsawan seperti Khadijah binti Khuwailid dan Abu Bakar al-Siddiq.

Dakwah Islamiah secara terbuka kepada keluarga Abdul Muttalib, iaitu kaum kerabat baginda setelah turunnya ayat al-Quran yang meminta baginda menyebarkan Islam kepada kaum kerabat baginda. Untuk melaksanakan perintah ini, baginda telah bermusyawarah majlis ceramah di rumah Ali bin Abu Talib. Dalam majlis itu, Nabi Muhammad s.a.w. telah menerangkan tentang Islam. Pada peringkat ini, terdapat antara keluarga baginda yang menerima dan juga yang menolakseruan baginda. Orang yang paling kuat menentang ialah Abu Lahab, bapa saudara baginda.

Dakwah Islamiah secara terbuka kepada orang ramai pula dilakukan di Bukit Safa, Makkah, setelah Allah menurunkan perintah menerusi ayat al-Quran, al-Hijr, ayat 94. Majlis ini dihadiri oleh semua ketua pentadbir kota Makkah. Antaranya termasuklah ketua Bani Abdul Muttalib, Bani Tamin, Bani Makhzum dan Bani Asad. Perbasan hebat telah berlaku antara Nabi Muhammad s.a.w.dengan Abu Lahab yang telah menghina baginda sehingga dakwah Islamiah yang hendak disampaikan oleh baginda terganggu.

Nabi Muhammad s.a.w. Menyelesaikan Masalah

Penentangan terhadap Islam semakin meningkat setelah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w., iaitu Abu Talib dan isteri baginda, Khadijah, meninggal dunia. Oleh itu, baginda telah mengambil beberapa langkah tertentu untuk mengurangkan tekanan dan penindasan tersebut. Antaranya termasuklah membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan.

Nabi Muhammad s.a.w. dan Zaid bin Harithah pula merancang ke Taif untuk menyebarkan agama Islam ke tempat baru. Malangnya, usaha ini kurang berkesan dan tidak dapat mengurangkan tentangan daripada orang Arab Quraisy.

Sebagai rasul dan pemimpin agung, Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah berputus asa terhadap apa sahaja dugaan dan rintangan yang ditempuhinya. Baginda sentiasa mencari jalan untuk mengatasi tentangan orang Arab Quraisy terhadap orang Islam. Kesabaran, kecekalan dan sifat tidak pernah mengalah Nabi Muhammad s.a.w. semasa berdakwah, menyebabkan Islam semakin kukuh dan tidak dapat digugat oleh orang Arab Quraisy. Sehingga akhirnya Islam terus dikembangkan di Madinah dan di seluruh Semenanjung Tanah Arab.Dakwah Islamiah tidak dapat disebarkan dengan menyeluruh di Makkah kerana orang Arab Quraisy Makkah sentiasa mencari jalan untuk menghapuskan Islam. Oleh sebab menerima tentangan yang berterusan daripada orang Arab Quraisy, Nabi Muhammad s.a.w. telah memikirkan strategi baru untuk meneruskan penyebaran Islam dan baginda telah berhijrah ke Madinah selepas menerima perintah Allah untuk berbuat demikian. Begitulah sifat pemimpin yang agung, tabah dalam menempuh pelbagai dugaan dan bijak dalam menangani cabaran demi mencapai kejayaan.

Disebabkan usaha penyebaran Islam di Makkah tidak mendapat sambutan sepenuhnya, Nabi Muhammad s.a.w. memutuskan untuk berhijrah ke Madinah pada tahun 622 M. setelah baginda menerima perintah Allah dan untuk memenuhi jemputan suku Aus dan Khazraj. Di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. berjaya mendirikan sebuah kerajaan Islam yang unggul, iaitu kerajaan Islam Madinah dan meruskan dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab.

*Hijrah ke Habsyah Penghijrahan orang Islam ke Habsyah dari Makkah merupakan hijrah yang pertama. Nabi Muhammad s.a.w. tidak turut berhijrah ke Habsyah kerana ingin memberikan tumpuan kepada penyebaran Islam di Makkah dan menjaga keselamatan orang Islam yang tidak berhijrah. Ada antara orang Islam yang berhijrah ke Habsyah menyusuli Nabu Muhammad s.a.w. yang berhijrah ke Madinah dan ada pula yang kembali semula ke Makkah.

1. KESAN GLOBALISASI DARI SUDUT KEKELUARGAAN DALAM ISLAMPOSITIVE: ramai wanita yang sudah berkeluarga ataupun yang belum berkeluarga terlibat dalam pelbagai lapangan kerjaya. Kesan ini dilihat positif kerana dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia. Selain itu,peningkatan bilangan wanita yang berpendidikan tinggi dapat memenuhi permintaan dalam pasaran kerja di Malaysia, seterusnya mengurangkan kadar kebergantungan terhadap tenaga mahir asing.

NEGATIVE: masalah kekeluargaan serta gejala sosial yang semakin menular. Kesan tersebut dapat dilihat daripada peningkatan kes perceraian sejak akhir-akhir ini. Masalah gejala sosial juga semakin meningkat dan salah satu penyebabnya adalah kerana anak-anak kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.Malah, terdapat juga ibu bapa yang bergantung sepenuhnya kepada khidmat pembantu rumah seolah-olah pembantu rumah juga bertanggung jawab dalam memberi asuhan dan didikan kepada anak-anak mereka. Hal ini menjadi punca utama kepada kemusnahan sistem kekeluargaan seterusnya menjurus kepada berlakunya gejala sosial dikalangan anak-anak remaja. berlakunya peningkatan kes perceraian mungkin disebabkan kurangnya fahaman serta didikan dalam agama disebabkan kemajuan serta globalisasi yang dicapai, pendidikan agama diketepikan. Selain dari kes penceraian,peningkatanjugadapatdilihatpadakespenderaanterhadapwanitasertakanak-kanak.Sesungguhnya Islam melarang keras perbuatan tersebut kerana ia bukan sahaja salah di sisi agama, malahan bertentangan dengan norma kehidupan manusia biasa.

2. KESAN GLOBALISASI DARI SUDUT PEMAKAIANJika dilihat dari aspek pemakaian pula, ramai umat islam terutama golongan remaja terikut-ikut dengan arus pemodenan dalam cara berpakaian. Arus pemodenan dalam berfesyen tersebut didominasi oleh barat yang telah berjaya mempengaruhi umat islam. Ramai remaja sekarang ini berpakaian menjolok mata tanpa mengira adat serta budaya sebagai orang timur. Lebih parah lagi, golongan ini langsung tidak menghiraukan suruhan agama agar setiap Muslim menutup aurat. Disamping itu,cara berpakaian juga mencerminkan akhlak. Oleh itu, ia amat penting untuk dibincangkan bagi menjaga akhlak remaja kita. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud ;

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi.

Jika diteliti dari ayat di atas, jelas pada kita bahawa sebilangan besar remaja kini berpakaian bertentangan dengan suruhan dan perintah Allah. Malah, mereka dengan perasaan bangga mendedahkan aurat mereka asalkan mereka nampak bergaya,menarik, dan mengikut gaya fesyen terkini

3. KESAN GLOBALISASI DARI SUDUT PEMAKANAN

Kewujudan restoran serta francais makanan segera, seperti KFC dan McDonald telah tumbuh bak cendawan di seluruh dunia dan mendapat sambutan dari semua lapisan masyarakat sama ada kanak-kanak, mahupun golongan dewasa. Fenomena yang berlaku ini merupakan salah satu daripada globalisasi yang melanda bidang pemakanan khususnya di Malaysia. Jadi, tidak hairanlah, perniagaan makanan segera tersebut dapat bertapak dengan kukuh serta berkembang hingga ke hari ini.Kemasukan perniagaan makanan segera daripada barat ini sebenarnya telah membuka banyak peluang pekerjaan. Hal ini seterusnya akan mengurangkan kadar pengangguran serta mengurangkan gejala sosial dalam kalangan belia. Selain itu, proses penyediaan makanan yang disediakan juga telah mendapat pengesahan status halal daripada pihak berkuasa. Namun begitu, terdapat juga kesan negatif daripada kemasukan produk asing tersebut. Contohnya, golongan remaja tidak suka makan ulam dan mereka berpendapat bahawa ulam ialah makanan golongan tua yang sudah ketinggalan zaman. Mereka sebenarnya tidak menyedari bahawa makanan segera ini memudaratkan kesihatan mereka. Satu kajian yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan bahawa hamper 40% daripada remaja kita mengalami obesiti, dan seterusnya akan membawa kepada penyakit serangan jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, kerosakan buah pinggang dan sebagainya. Hal ini demikian kerana makanan segera ini mengandungi bahan kimia seperti Monosodium Glutamate (MSG) dan bahan pengawet yang menjejaskan kesihatan dalam jangka panjang.Selain itu, dengan peningkatan jumlah restoran tersebut, pengusaha-pengusaha makanan yang berniaga samada melalui gerai atau restoran biasa akan mengalami kesukaran untuk mempertahankan perniagaan mereka. Walaupun ianya dilihat sebagai persaingan sihat, namun kerajaan juga harus memberi peluang serta ruang kepada golongan ini untuk memajukan industri makanan tempatan. Jika dilihat, ramai pengusaha-pengusaha yang tidak dapat bertahan lama dek kerana persaingan sengit yang terpaksa dihadapi dengan francais makanan dari luar negara tersebut.

KESIMPULAN

Kesimpulannya,pengaruh globalisasi merujuk kepada perkembangan dan pembinaan Tamadun Islam untuk mengubah hidup masyarakat Jahiliah. Globalisasi harus ditangani dengan berhati-hati. Pemerintah harus mengambil langkah-langkah yang proaktif agar masyarakat tidak terjerumus dalam lembah kehinaan. Jelaslah bahawa globalisasi boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk penjajahan,iaitu penjajahan dari segi mental, ekonomi, budaya, sosial dan politik. Oleh itu, kita perlu berhati-hati menghadapi era globalisasi ini kerana kita sedia maklum bahawa cabaran globalisasi dan implikasinya terhadap ekonomi, budaya dan teknologi adalah luas dan mempunyai kesan yang negative dan positif. Penerimaan terhadap perubahan yang baik haruslah difikirkan dan diterima secara positif, manakala kesan negatuf haruslah dielakkan bagi membina kemajuan diri, keluarga, agama dan bangsa. Untuk mencapai kejayaan, kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kejayaan yang ada pada kita terutamanya kekayaan dalaman yang terdapat dalam agama dan tradisi kita baik dari aspek kerohanian ataupun dari aspek intelektual.

RUJUKAN

-: http://www.kemunculan-tamadun-islam.blogspot.my/

-: http://www.academia.edu/5400793/Kesan_globalisasi_terhadap_tamadun

14