View
83
Download
4
Category
Preview:
DESCRIPTION
Tamadun China Lecture TITAS
Citation preview
TAMADUN CHINA
TAMADUN CHINA
Dinasti Shang
Dinasti Zhou/Chou
Dinasti Qin/Chin
Dinasti Han
Dinasti Sui
Dinasti Tang
Dinasti Song
Dinasti Ming
Dinasti Qing
TAMADUN CHINA
Tamadun China merupakan salah satu daripada tamadun tertua di dunia.
Pemerintahan di dalam tamadun China telah bertukar tukar dinasti berkali kali.
Beberapa kali dalam sejarah tamadun China telah dicabar malah ditakluki oleh pihak luar tetapi elemen dan kesucian budayanya tidak pernah luntur.
TAMADUN CHINA
Bangsa yang membentuk tamadun China secara asalnya adalah terdiri daripada gabungan lima kaum besar yang dinamakan Zhonghua Minzhu (Bangsa Tionghua).
Terdiri daripada lima etnik yang besar iaitu Han, Hui, Manchu, Mongol dan Zang.
Zhonghua Minzhu (Bangsa Tionghua
).
Han
Hui
ManchuMongol
Zang
TAMADUN CHINA
Konsep negara dalam tamadun China ialah Zhong Guo (Tiongkok) yang merujuk kepada negara tengah.
Negara merujuk kepada semangat gabungan jia (keluarga) dan Guo (negara).
Konsep Zhong – (taat) asas kenegaraan. Konsep Xioa – (berbakti) asas kekeluargaan.
TAMADUN CHINA
TAMADUN CHINA
Huang He (sungai Kuning) dan Chang Jiang merupakan pusat pertumbuhan tamadun China.
Selain itu, berdasarkan kajian sejarah dan arkeologi, wilayah Shanxi merupakan petempatan awal kebudayaan Yangshao manakala Kebudayaan Longshan berpusat di wilayah Shandong.
Peradaban zaman Gangsa pula boleh ditemui di wilayah Jiangxi.
TAMADUN CHINA
KEPELBAGAIAN AGAMA DAN FALSAFAH DALAM TAMADUN CHINA
Terdapat pelbagai kepercayaan yang telah mewarnai tamadun China sepanjang sejarahnya.
Setiap falsafah dan kepercayaan ini memainkan peranan penting dalam mencorakkan pemerintahan sesebuah dinasti.
Setiap dinasti mengamalkan falsafah yang berbeza dengan sebelumnya.
TAMADUN CHINA
KEPELBAGAIAN FALSAFAH DAN AGAMA
DALAM TAMADUN
CINA
Konfusianisme
Buddhisme
Daoisme
Maoisme
Aliran Fa (Legalism)
Islam
TAMADUN CHINAKonfusianisme Diasaskan oleh Konfusius (551-479 SM). Merangkumi aspek-aspek falsafah, pendidikan dan sosial
politik yang terkandung dalam dua buah buku – buku klasik Konfusius, dan juga Kitab Lun Yu (analects) yang disusun oleh pengikut-pengikutnya.
Timbul atas kesedaran bahawa kelemahan masyarakat berpunca daripada ketidakadilan pegawai kerajaan dan juga kerendahan moral rakyat.
TAMADUN CHINA
Pendapat Konfusius adalah jika semua orang berkelakuan baik dan mengikut peraturan maka keadaan negara akan aman.
Keperluan menjaga keharmonian manusia dengan alam. Oleh kerana manusia tidak dapat hidup secara keseorangan
maka manusia harus diajar bagaimana untuk memainkan peranan dalam masyarakat.
TAMADUN CHINA
Ajaran utama Konfusius menekankan tentang amalan dan sifat mulia.
Sifat-sifat tersebut adalah ren (kemanusian), kesusilaan (Li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao).
Nilai nilai yang mulia ini diteladani oleh orang yang bermoral dan bersifat mulia (junzi).
[KONFIUSIANISME]
Amalan dan Sifat Mulia
Ren (kemanusia
n),
LI(kesusilaan)
Xiao(ketaatan kepada
ibubapa)
TAMADUN CHINA Mengenai hubungan dalam masyarakat,
Konfusiusmembahagikannya kepada lima bentuk.
Bapa Anak
Suami
Tua
Raja
Sahabat
Isteri
Muda
Pegawai
Sahabat
TAMADUN CHINA1. Bapa – anak: bapa harus berhati baik dan anak harus menunaikan
tanggungjawab mereka kepada ibubapa mereka.2. Suami-Isteri: suami mestilah bersikap jujur terhadap isterinya
manakala Isteri pula harus sentiasa patuh dan setia terhadap suaminya.
3. Tua-muda: yang tua harus bermurah hati membantu yang muda, dan yang muda menghormati yang tua.
4. Raja-pegawai: seorang raja mestilah sentiasa mempunyai sifat perikemanusiaan, dan menunjukkan budi pekerti yang baik supaya dapat dicontohi rakyat. Manakala rakyat pula haruslah menunjukkan sifat taat setia kepada raja.
5. Antara sahabat: kejujuran menjadi pedoman untuk menjaga keharmonian perhubungan.
TAMADUN CHINA
Konfusius diisytiharkan sebagai ahli falsafah negara pada abad ke-2 SM.
Lima klasik utama yang dihasilkan oleh Konfusius adalah:-1. Book of Odes (sajak peristiwa).2. Book of History (sejarah).3. Book of Changes (perubahan).4. Book of Rites (upacara).5. Spring and Autumn annals (kisah musim bunga dan luruh)
TAMADUN CHINA
Book of Odes (sajak peristiwa).
Book of History (sejarah).
Book of Changes (perubahan).
Book of Rites (upacara).
Spring and Autumn annals (kisah musim
bunga dan luruh)
TAMADUN CHINA
Buddhisme Agama Buddha ini berasal dari India, dan tersebar ke China
pada kurun pertama masihi (zaman dinasti Han). Ajaran ini kemudiannya mengalami proses penyesuaian
dengan ciri-ciri tempatan dan akhirnya dikenali dengan mazhab Mahayana yang mempunyai ciri-ciri kecinaan.
TAMADUN CHINA
Taoisme/Daoisme Diasaskan oleh pemikir agung China iaitu Hi Erh atau lebih
dikenali sebagai Lao Zi (Old Master) pada 604 SM. Terkandung dalam kitab Tao de Jing (Book of Taoist Virtue). Mengkritik keganasan – setiap wira/hero itu jahat kerana
heroisme diukur dengan bagaimana cara membunuh ramai orang dengan cekap.
TAMADUN CHINA
Mengenai pemerintahan – setiap peradaban atau pemerintahan yang dibuat-buat tidak sesuai dengan sifat manusia yang bersikap bebas.
Kekuasaan adalah sumber segala keburukan dalam hidup manusia.
Semakin banyak undang-undang – maka semakin menyekat sifat kebebasan seseorang
TAMADUN CHINA
Individu yang terbaik dalam masyarakat adalah yang tidak tahu tentang keuntungan, kerugian, kemegahan, malu, cita-cita dan kegagalan.
Falsafah ini diterima oleh ramai orang terutamanya pada dimana rakyat menghadapi kepayahan hidup akibat kemarau dan juga peperangan.
TAMADUN CHINA
Moisme Diasaskan oleh Mo Zi (479-381 SM). Muncul pada masa yang kontemporari dengan
Konfusiusnisme, Taoisme dan Legalisme iaitu semasa zaman musim bunga dan luruh serta zaman peperangan.
Mementingkan konsep kasih sayang sejagat (universal love).
TAMADUN CHINA
Mo Zi menyeru kepada meritokrasi iaitu hanya orang yang layak sahaja patut menjadi pegawai kerajaan tanpa mengira pertalian darah.
Golongan cendekiawan (cerdik-pandai) mestilah didekati oleh pemerintah dan diberi peluang untuk membuat keputusan demi kebaikan negara.
Negara akan musnah jika tiada nasihat daripada golongan yang pandai.
TAMADUN CHINA
Undang-undang itu penting. Tukang kayu yang bertukang mengikut tatacara lebih baik
dari raja yang memerintah tanpa tatacara tertentu, kerana tanpa tatacara sesuatu keputusan akan dibuat mengikut emosi.
Manusia perlu mempunyai undang-undang kerana manusia itu tidak sempurna.
TAMADUN CHINA
Menurut Moisme, sekiranya pemerintah itu tidak cekap maka negara akan ditimpa tujuh bencana: pertahanan negara dibiarkan lemah tetapi kekayaan berleluasa
dalam istana. Apabila diancam pihak luar, negara jiran tidak datang
membantu. Rakyat akan disuruh membuat benda-benda yang tidak perlu
tetapi oang-orang yang tidak layak mendapat ganjaran.
TAMADUN CHINA
Undang-undang dan peraturan yang berat menjadikan rakyat patuh kerana takutkan hukuman dan akhirnya bersifat pentingkan diri.
Pemerintah akan hidup dalam keadaan illusi tentang kehebatan dirinya dan kekuatan negara.
Orang yang dipercayai pemerintah tidak setia manakala orang yang setia tidak dipercayai pemerintah.
Kekurangan makanan semasa para pegawai gagal menjalankan tugas.
TAMADUN CHINA
Aliran Fa (Legalisme) Diasaskan oleh Han Fei pada zaman negara-negara
berperang. Menekankan kepentingan undang-undang sebagai teras
pemerintahan negara dan menjaga tertib dlam masyarakat. Nilai-nilai yang baik hanya dalam dua bidang – ketekunan
bekerja dan keberanian di medan perang.
TAMADUN CHINA
Semua lelaki haruslah menjadi petani yang baik semasa zaman aman dan menjadi tentera yang baik pada zaman perang.
Setiap individu tidak perlu mempunyai kebebasan dan hak yang tersendiri kerana ini akan menggangu didtem pemerintahan negeri.
Tambahan pula, rakyat bawahan ini tidak akan dapat mengawal kebebasan tersebut.
TAMADUN CHINA
Agama Islam Islam telah tiba di China pada seawal kurun ke-7 lagi. Pada zaman Khalifah Uthman, Saad ibn Abi Waqqas telah
dihantar sebagai utusan kepada Maharaja Gaozong dari Dinasti Tang.
Semenjak kurun ke-7 lagi, Islam merupakan sebuah agama yang diiktiraf di China.
TAMADUN CHINA
Masjid Niujie di Beijing
TAMADUN CHINA
Hubungan perdagangan telah menyebabkan penyebaran agama Islam di China.
Hubungan ketenteraan juga berlaku semasa tahun 756, tentera Islam telah dihantar untuk membantu Maharaja Su-Tsung untuk menumpaskan pemberontakan di An Lushan.
Khalifah Abbasiyah iaitu Harun al-Rasyid juga telah bekerjasama dengan MaHaraja China untuk menentang Orang Tibet di Asia Tengah.
TAMADUN CHINA
Islam terus berkembang semasa Dinasti Song selepas itu dimana ramai Orang-orang Islam dari Asia Tengah telah berhijrah ke China.
Semasa zaman ini, buku-buku perubatan Islam terutamanya Ibn Sina telah menyumbang kepada kemajuan bidang perubatan di China dimana lebih daripada 200 ubat-ubatan baru diperkenalkan.
TAMADUN CHINA
Pada zaman dinasti Yuan, ramai orang orang Islam memegang jawatan yang tinggi dalam kerajaan.
8 daripada 12 orang Gabenor yang memerintah wilayah China merupakan Orang Islam, dan kesemua naib gabenor pula terdiri dari Orang Islam.
Pada zaman Dinasti Ming, Nanjing yang juga ibu negara China menjadi pusat pembelajaran agama Islam.
TAMADUN CHINA
Pada Zaman dinasti Ming juga, Laksamana Cheng Ho (Zheng He) memulakan pelayaran bersama angkatan laut terbesar dalam sejarah melawat negara-negara ke sebelah barat.
Laksamana Cheng Ho mengetuai 7 pelayaran yang dibiayai oleh Maharaja.
Pelayaran Cheng Ho ini banyak membantu perkembangan Islam terutamanya di Asia Tenggara.
TAMADUN CHINA
TAMADUN CHINA
Perbezaan saiz kapal utama Cheng Ho dengan kapal terbesar Orang-orang Eropah pada waktu itu
TAMADUN CHINA
Kesimpulan Tamadun China merupakan salah satu daripada tamadun
tertua yang banyak mempengaruhi tamadun-tamadun lain didunia ini sepanjang sejarah.
Ianya mempunyai sejarah, budaya dan kepercayaan tersendiri.
Tamadun China juga banyak memberi sumbangan besar kepada dunia.
Recommended