Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

,

Text of Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    1/30

    wo

    TT

    PENGENALAN

    Topik ini akan membincangkan berkaitan dengan kaedah-kaedah perundangan

    Islam yang mana perbahasannya akan menyentuh berkenaan dengan kaedah-kaedah fiqh yang digunakan oleh para mujtahid dalam menentukan sesuatuhukum. Oleh itu dalam topik ini, kita akan menjelaskan apakah yang dikatakankaedah-kaedah fiqh menurut pandangan para fuqaha Islam serta jenis-jenisnyaberserta contoh aplikasinya dalam cabang-cabang fiqh yang lain.

    ooppiikk99

    Kaedah-kaedahPerundanganIslam

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan pengertian kaedah-kaedah fiqh sebagaimana yangtelah diterangkan oleh para fuqaha dan sarjana Islam;

    2. Menjelaskan perbezaan antara kaedah-kaedah fiqh dan kaedah-kaedah usul al-fiqh, di mana kedua-duanya adalah qawaid-qawaidyang penting;

    3. Menghuraikan sejarah kepada perkembangan kaedah-kaedah fiqh inidan pelbagai tulisan fuqaha dan sarjana Islam dalam bidang ini; dan

    4. Menjelaskan secara terperinci beberapa kaedah-kaedah fiqh yangutama serta menerangkan sumber dan aplikasi kepada kaedah-kaedah tersebut.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    2/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM 221

    AKTIVITI 9.1

    1. Huraikan mengapakan kaedah-kaedah fiqh ini amat penting dalamkerangka seseorang Muslim memahami agamanya.

    2. Bincangkan dengan rakan sekelas anda apakah cara yang palingmudah untuk mengetahui dan memahami kaedah-kaedah fiqh ini.

    3. Jelaskan mengikut pemahaman anda, adakah penulisan danpenghasilan kepada kaedah-kaedah fiqh ini sudah terhenti, ataumungkin boleh diteruskan lagi penulisan kaedah-kaedah fiqh dizaman ini.

    AL-QAWAID AL-FIQHIYYAH DANPERUNDANGAN ISLAM

    9.1

    Perundangan Islam secara umumnya telah melalui pelbagai perkembanganbermula dari zaman Nabi s.a.w sehingga ke zaman ini, ada sebahagiannyamenegak, ada sebahagiannya mendatar, dan di satu peringkat ianya menurun.Walau apa pun, perundangan Islam dari segi prinsip ialah satu sistem yangberasaskan wahyu Ilahi yang bersumberkan al-Quran dan hadis. Namundemikian, ini tidak bermakna bahawa pengalaman dan pemikiran manusia tiadaperanan dalam perkembangan kepada perundangan Islam itu sendiri. Hukum

    Allah itu sendiri yang diambil daripada Kitab dan Sunnah Nabi s.a.w amatberkait rapat dengan suasana dan budaya manusia. Oleh itu boleh dikatakanbahawa kaedah-kaedah asas kepada perundangan Islam adalah tetap dan tidakberubah, tetapi ia menjadi paksi kepada perkembangan hukum-hakam cabangatau yang disebut sebagai furuyang lain.

    Apabila Fiqh Islam telah menjadi satu bidang ilmu yang tersendiri, maka disiplinilmu ini telah berkembang dan membentuk pelbagai disiplin ilmu yang lain yangdigabungkan dengan perkataan fiqh itu sendiri. Hal ini dilakukan oleh parafuqaha bagi memperincikan setiap bidang ilmu yang berkaitan dengan bidangilmu ini. Maka terciptalah bidang ilmu seperti usul al-fiqh, qawaid al-fiqh, fiqhal-usrah, fiqh al-daulah, fiqh al-syiar, fiqh al-qada' wa al-murafaat, fiqh al-

    muamalat, fiqh al-Jinayah, fiqh al-Siasah, fiqh al-ibadatdan pelbagai cabang fiqhyang lain yang boleh didapati dalam perbahasan fuqaha dan sarjana Islamsemenjak dari dulu hingga ke hari ini.

    Seperti yang kita sedia maklumi, masalah cabang dalam syariah Islam sangatlahbanyak. Perkara ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa sesuai denganperkembangan tamadun dan peradaban manusia itu sendiri. Oleh sebab itu,

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    3/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM222

    masalah dan cabaran baru ini perlu dikaji dan diberikan penyelesaiannyaberdasarkan kehendak syariah Islam. Antara cara menyelesaikannya ialah

    dengan merujuk kepada masalah cabang yang lain yang mempunyai persamaandari segi sebab, sifat dan hukumnya. Selepas itu, dirujukkan pula hukum yangberbentuk menyeluruh atau asas yang merupakan sebahagian daripadanya.Hukum asas atau menyeluruh ini dinamakan sebagai kaedah perundangan fiqhIslam atau dalam bahasa Arabnya disebut sebagai al-qawaid al-fiqhiyyah.

    Perbahasan ini akan membincangkan tentang al-qawaid al-fiqhiyyah ataukaedah-kaedah perundangan fiqh Islam yang digunakan oleh para mujtahiddalam menentukan sesuatu hukum. Al-qawaid al-fiqhiyyahatau kaedah-kaedahfiqh ini ialah cabang ilmu yang membincangkan prinsip-pinsip atau kaedah-kaedah yang digunakan dalam perundangan Islam. Secara umumnya, kaedah-

    kaedah dan prinsip-prinsip ini telah disusun oleh para fuqaha bagi menentukankumpulan-kumpulan hukum yang telah sedia ada untuk dimasukkan ke dalamkaedah-kaedah tertentu bagi memudahkan kefahaman dan juga amalan. Padamasa yang sama, ianya menjadi asas penting dan sumber utama kepadapenyelesaian kepada perkara yang belum ada penentuan hukumnya sebelum ini.

    9.1.1 Pengertian al-QawaidAdalah perlu untuk kita menyebut tentang definisi kepada kaedah-kaedah fiqhini sebelum kita melangkah lebih jauh lagi dalam perbincangan kita ini.

    Al-qawaid al-fiqhiyyah adalah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataaniaitu al-qawaid dan juga al-fiqhiyyah. Oleh itu, adalah baik untuk kita melihatsatu persatu makna kepada kalimah-kalimah tersebut.

    Perkataan al-Qawaid )( adalah kata jamak yang berasal daripadamufradnya al-qaidah yang bererti asas atau sesuatu yang sabit atau tetap.Menurut para fuqaha, asas tersebut mungkin sesuatu yang dapat dilihat (hissi)seperti asas kepada sebuah bangunan, terkadang asas tersebut sesuatu yangbersifat maknawiseperti asas agama yakni keimanan seseorang pada agamanya.(Zhou Zhou, 2005).

    Oleh itu, al-Quran misalnya telah menyebut kalimah al-Qawaid yangbermaksud asas pembinaan kepada Kaabah. Dalam hal ini, Allah S.W.T telahberfirman:

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    4/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM 223

    Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismailmeninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanyaberdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amalkami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi MahaMengetahui. (al-Baqarah 2:127)

    Dalam ayat yang lain, Allah berfirman:

    Maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang terdahulu dari mereka telahmenjalankan rancangan jahat (terhadap agama Allah dan Rasul-rasul-Nya); maka

    Allah binasakan bangunan (rancangan jahat) mereka dari asas-asasnya, lalu bumbung(bangunan itu) jatuh menimpa ke atas mereka, dan mereka pula didatangi azabkebinasaan dari arah yang mereka tidak menyedarinya.(al-Nahl, 16:26)

    Oleh itu secara umumnya, ahli ilmu dan para fuqaha telah bersetuju bahawayang dimaksudkan dengan qawaid adalah asas di mana terdiri di atasnyasesuatu. (Zhou Zhou, 2005)

    Imam al-Zarkashi menyebut dalam kitabnya al-Manthur fi al-Qawaidberkenaantakrifan al-qawaidyang diambilnya daripada takrifan Imam al-Subki dan Imamal-Attar. Imam Al-Subki misalnya menyebut al-qawaidseperti berikut:

    Bermaksud: Sesungguhnya al-qaidahialah qadiyyah yang universal diketahuidaripadanya pelbagai hukum yang terhasil daripada pecahan-pecahannyayang pelbagai.

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    5/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM224

    Manakala Imam al-Attar pula menyebut seperti berikut:

    Bermaksud: Al-qawaidialah qadayayang universal yang terhasil di bawahnyapelbagai pecahan (juziyyat) yang diketahui hukum-hakamnya berdasarkankaedah-kaedah tersebut. (Bahadur 1982)

    Al-Jurjani pula mendefinisikan al-qawaidseperti berikut:

    Bermaksud: Al-qaidah ialah qadiyyah yang menyeluruh (kulliyah) yangditerapkan atau terpakai ke atas keseluruhan pecahan-pecahannya (juziyyat).(al-Jurjani 2000)

    Manakala Abu al-Baqa' pula mendefinisikan al-qawaidsebagai kaedah kulliyahyang merangkumi pelbagai ahkam yang juziyyat (pecahan-pecahan hukum)yang disebut sebagai furu'dan menurutnya al-qawaidini akan menghimpunkanpelbagai ilmu furu' daripada bahagian-bahagiannya yang pelbagai. Oleh itu,

    beliau menegaskan bahawa qawaid bererti kaedah yang menyeluruh yangterpakai ke atas juziyyat kathirahatau pecahan-pecahan yang banyak, difahamisesuatu hukum daripadanya. Abu al-Baqa' seterusnya menyebut bahawasebahagian kaedah ini tidak memerlukan topik yang khusus, seperti kaedahYakin tidak akan hilang dengan syak yang timbul, manakala sebahagiandaripada kaedah ini perlu diletakkan di bawah tajuk yang khusus, seperti kaedahSetiap kaffarah adalah terhasil daripada maksiat, oleh itu mesti disegerakan.(Abdul al-Munim, 1999)

    Menurut sarjana hukum Islam Dr. Ali al-Nadawi, seperti yang dinukilkan olehDr. Siti Zalikhah daripada kitabnya al-qawaid al-fiqhiyyah, beliau telah

    mengemukakan dua takrif bagi perkataan al-qawaid: Hukum syarak bagi sebahagian besar kes-kes yang melaluinya boleh

    diketahui hukum-hakam yang termasuk di bawah pecahannya

    Asas fiqh yang menyeluruh adalah meliputi hukum-hakam yangdisyariatkan secara umum terdiri daripada berbilang-bilang bab berhubungdengan kes-kes yang termasuk di bawah tajuknya (Zalikhah, 1999)

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    6/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM 225

    9.1.2 Pengertian al-FiqhiyyahPerkataan al-Fiqhiyyah adalah berasal daripada perkataan al-Fiqh. Secaramudahnya perkataan al-Fiqh dalam bahasa Arab bermaksud faham ataumemahami sesuatu perkara. Dalam al-Quran, Allah S.W.T telah berfirman:

    Maksudnya: Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidakmemahami perkataan yakni nasihat dan pengajaran.(al-Nisa 4:78)

    Dalam ayat yang lain pula, Allah berfirman:

    Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak

    dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahamidengannya akan ayat-ayat Allah. (al-Araf 7:179)

    Manakala dari segi istilah pula, ulama telah memberikan pelbagai takrifan berkenaandengan maksud al-fiqh. Antaranya takrifan yang diberikan oleh Imam al-Syafieseperti yang disebut oleh Abdul al-Wahab Khallaf dalam bukunya seperti berikut:

    Maksudnya: Al-fiqh ialah ilmu yang menerangkan hukum-hakam syarak yang

    bersifat amali yang diambil daripada dalil-dalilnya yang terperinci. (Khallaf, 1984)

    Imam al-Juwayni pula menyebut tentang maksud al-fiqh, katanya:

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    7/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM226

    Maksudnya: al-Fiqh ialah satu ilmu yang membicarakan tentang hukum-hakamtaklif. (al-Juwayni 1998)

    Manakala Imam Abu Hanifah pula mendefinisikan al-fiqh seperti berikut:

    Maksudnya: Fiqh ialah ilmu yang membicarakan tentang seorang Muslimberkenaan dengan hak-haknya dan juga kewajipan-kewajipannya.

    Imam al-Kasani pula mentakrifkan fiqh seperti berikut:

    Maksudnya: Fiqh ialah satu cabang ilmu yang memperkatakan tentang hukumhalal dan haram serta cabang ilmu yang mengupas persoalan syariat-syariatdan hukum- hakam. (al-Zuhayli 2006)

    Oleh itu berdasarkan takrifan fuqaha seperti yang dinyatakan di atas, dapatlahkita simpul secara umumnya bahawa yang dimaksudkan dengan al-fiqh ialah

    satu cabang ilmu yang memperkatakan berkenaan dengan hak-hak dankewajipan-kewajipan ke atas seorang mukallaf yang terkandung dalam hukum-hakam taklif berkenaan dengan halal dan haram yang diistinbatkan daripadadalil-dalilnya yang terperinci.

    SEMAK KENDIRI 9.1

    1. Huraikan dengan ringkas perbezaan yang ketara antara perkataanal-qawaiddan al-fiqhiyyahberdasarkan pemahaman anda.

    2. Nyatakan apakah takrifan fiqh yang terbaik yang pernah anda

    temui, dan mengapakah takrifan itu anda anggap yang terbaik.3. Bincangkan dengan rakan sekelas anda mengapakah amat penting

    bagi seorang Muslim mengetahui pelbagai perbincanganberkenaan dengan ilmu fiqh.

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    8/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM 227

    9.1.3 Pengertian al-Qawaid al-Fiqhiyyah

    Jika kita meninjau perbahasan fuqaha berkenaan dengan mafhum ataupengertian kepada kaedah-kaedah fiqh atau disebut al-qawaid al-fiqhiyyah,maka kita akan bertemu dengan pelbagai takrifan yang telah dikemukakan olehpara ulama. Sheikh Muhammad Uthman Syibir menerusi bukunya yang bertajukal-qawaid al-kulliyyah wa al-dawabit al-fiqhiyyah telah membawa pelbagaitakrifan yang dinukil daripada fuqaha dan sarjana Islam tentang takrifatkepadaistilah al-qawaid al-fiqhiyyah. (Syibir 2000)

    Antara takrifan kepada al-qawaid al-fiqhiyyah adalah takrifan yang diberikanoleh sarjana besar Islam Sheikh Mustafa al-Zarqa, katanya:

    Maksudnya: Al-qawaid al-fiqhiyyah adalah dasar-dasar fiqh yang bersifatmenyeluruh yang ditulis dengan menggunakan tulisan-tulisan yang ringkas danbersifat perundangan yang mengandungi hukum-hakam syariah secara umumpada parkara-perkara yang termasuk di bawah tajuk-tajuk perbahasannya.

    Sheikh al-Hamwi pula mendefinisikan al-qawaid al-fiqhiyyahseperti berikut:

    Maksudnya: Ialah hukum yang bersifat kebanyakan dan bukan keseluruhan,yang diterapkan ke atas kebanyakan pecahan-pecahannya bagi mengetahuihukum-hakamnya.

    Sheikh Muhammad al-Ruki pula mendefinisikan al-qawaid al-fiqhiyyahseperti berikut:

    Maksudnya: Adalah hukum yang bersifat menyeluruh yang disandarkankepada dalil-dalil syarak yang ditulis secara ringkas tetapi menyeluruh danpadat (muhakkamah) yang diterapkan ke atas keseluruhan pecahannya secarakebanyakan.

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    9/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM228

    Sheikh Ali al-Nadawi pula menyebut tentang takrif al-qawaid al-fiqhiyyah,katanya:

    Maksudnya: Adalah hukum syarak pada kebanyakan daripada qadiyyahyangdiketahui daripadanya hukum-hakam yang termasuk di bawahnya.

    Sheikh Muhammad Abd al-Ghaffar al-Sharif pula mendefinisikan al-qawaidal-fiqhiyyahseperti berikut:

    Maksudnya: Ialah qadiyyahsyarak yang menyeluruh yang bersifat amali.

    Hukum asas syarak yang menyeluruh inilah yang disebut sebagai al-qawaid al-fiqhiyyah , seperti yang digambarkan oleh Prof. Dr. Mahmud Saedon melaluibukunya bahawa al-qawaid al-fiqhiyyah ini boleh diguna pakai dalam pelbagaibidang dan disiplin ilmu. Beliau menjelaskan bahawa kaedah perundangan Islamini ialah hukum yang berbentuk menyeluruh atau asas yang terkandung didalamnya banyak cabang yang bertaburan. Melalui kaedah ini, ianya bolehmemudahkan ulama untuk menyelesaikan pelbagai persoalan fiqh yang timbul.

    (Saedon 1990)

    Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa kaedah-kaedah fiqh iniadalah satu penyataan yang ringkas dan padat, yang bersifat perundangan yangmengandungi asas-asas penting kepada pelbagai perbahasan dalam fiqh Islam.

    AKTIVITI 9.2

    1. Bincangkan dengan rakan sekelas anda takrifan-takrifan laintentang al-qawaid al-fiqhiyyah dan cari lima lagi takrifan lainyang diberikan oleh para fuqaha dan sarjana Islam.

    2. Huraikan mengikut pandangan anda mengapakan kaedah-kaedahfiqh ini boleh memudahkan ulama dalam menyelesaikan pelbagaipersoalan fiqh yang timbul.

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    10/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM 229

    SEJARAH PENULISAN AL-QAWAID

    AL-FIQHIYYAH DALAM ISLAM

    9.2

    Jika kita melihat kepada sejarah penulisan kaedah-kaedah fiqh ini, maka kitaakan mendapati bahawa sumbangan besar dalam penulisan ini telah diberikanoleh ulama-ulama yang kebanyakannya dari mazhab Hanafi. Namun begitu, adajuga ulama-ulama dari mazhab lain yang juga terlibat secara aktif dalampenulisan tentang kaedah-kaedah fiqh ini.

    Dalam hal ini, Sheikh Dr. Muhammad Azam telah menyebut dengan panjanglebar tentang sejarah penulisan tentang al-qawaid al-fiqhiyyahmenerusi kitabnyayang berjudul al-Qawaid al-Fiqhiyyah: Dirasat Amaliyyah Tahliliyyah. Diamenegaskan bahawa penulisan berkenaan dengan al-qawaid al-fiqhiyyah tidak

    berlaku secara serentak dan sekali gus. Namun penulisan ini berlaku secaraberperingkat-peringkat bermula dari zaman perkembangan ) ( fiqh itusendiri.

    Beliau menambah lagi bahawa orang yang pertama menulis tentang al-qawaidal-fiqhiyyah ialah faqih dari mazhab Hanafi iaitu Imam Abu Tahir al-Dayyasiyang telah menulis sebanyak tujuh belas kaedah fiqh. Lima kaedah fiqh yangterkenal yang telah ditulis oleh beliau adalah seperti kaedah al-Umur biMaqasidiha, al-Darar Yuzal, al-Adah muhakkamah, al-Yakin la Yazul bial-Syakdan Masyaqqah Tajlibu al-Taysir.

    Kemudiannya datang pula ulama terkenal juga dari mazhab Hanafi iaitu Abu al-Hasan al-Kharkhi yang dikatakan telah menghasilkan tiga puluh tujuh kaedah-kaedah fiqh. Kemudian Abu Zaid Abdullah al-Dabbusi, juga faqih dalammazhab Hanafi telah menulis tentang al-qawaid al-fiqhiyyah dalam bukunyayang amat terkenal Tasis al-Nazar.

    Kemudian dari itu, Ibn Nujaym juga faqih dalam mazhab Hanafi telah menulistentang al-qawaid al-fiqhiyyahmenerusi bukunya yang terkenal al-Bahr al-RaiqSharh Kanz al-Daqaiqdan Sharh al-Manar fi al-Usul. Dia juga menulis kitabnyayang terkenal al-Ashbah wa al-Nazair dan telah menulis kaedah fiqh sebanyakdua puluh lima kaedah.

    Kemudian seorang lagi faqih dari mazhab Hanafi iaitu Muhammad Abu Said al-Khadimi telah menulis tentang al-qawaid al-fiqhiyyah menerusi kitabnyaMajami al-Haqaiq.

    Kemudian datang pula Majallah al-Ahkam al-Adliyyah, di mana para fuqahayang menulis kitab ini telah memasukkan sebanyak sembilan puluh sembilan

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    11/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM230

    kaedah fiqh yang diambil daripada tulisan ulama yang pelbagai. Kitab Majallahal-Ahkam al-Adliyyah ini juga pada dasarnya ditulis berasaskan mazhab Hanafi.

    (Muhammad Azam 2004)

    9.2.1 Nama-nama Besar dalam Sejarah Penulisanal- Qawaid al-Fiqhiyyah

    Dalam sejarah penulisan al-qawaid al-fiqhiyyah terdapat terlalu ramai ulama-ulama Islam dari mazhab yang pelbagai telah menulis tentang kaedah-kaedahfiqh ini. Sheikh Muhammad Uthman Syibir misalnya telah menyebut sebahagiandaripada ulama yang telah menulis berkenaan dengan al-qawaid al-fiqhiyyah. Dibawah ini kita akan menyebut sebanyak 20 nama-nama besar fuqaha dan sarjana

    Islam dalam bidang ini. (Syibir 2000)(a) Sheikh Izzu al-Din Ibn Abd al-Salam (wafat 660H). Beliau telah menulis

    kitabnya yang terkenal berjudul Qawaid al-Ahkam fi masalih al-Anamdan juga kitab yang berjudul Mukhtasar al-Fawaid fi Ahkam al-Maqasid.Beliau telah menulis dan mengulas pelbagai kaedah-kaedah fiqhiyyah.

    (b) Abu Zakaria Yahya bin Syaraf al-Nawawi (wafat 676H). Beliau telahmenghasilkan kitab yang terkenal dalam penulisan al-qawaid al-fiqhiyyahyang berjudul al-Usul wa al-Dawabit. Beliau menyebut menerusi kitab inipelbagai kaedah yang sepatutnya diketahui, terutamanya bagi pengkaji-pengkaji tentang kaedah-kaedah fiqh dan segala isu-isu berkenaan dengankaedah-kaedah fiqh ini.

    (c) Ahmad Ibn Idris al-Qarafi (wafat 684H). Beliau telah menghasilkan sebuahkarya besar dalam penulisan tentang kaedah-kaedah fiqh yang berjudulAnwar al-Buruq fi Anwai al-Furuq. Beliau telah menulis pelbagai kaedahfiqh menerusi kitabnya ini. Kitab ini kemudiannya diulas oleh Ibn al-Shatmenerusi kitabnya yang bertajuk Adrar al-Syuruq Ala Anwar al-Furuq.

    (d) Abu Abdullah Muhammad Ibn Umar terkenal dengan panggilan Ibn al-Wakil (wafat 716H). Beliau telah menulis sebuah karya agong tentang al-qawaid al-fiqhiyyahyang berjudul al-Ashbah wa al-Nazair. Beliau telahmenjelaskan pelbagai kaedah fiqh menerusi kitabnya ini.

    (e) Najmuddin Sulayman Ibn Abd al-Qawi al-Tufi (wafat 716 H). Beliau telah

    menghasilkan dua buah karya besar dalam penulisan tentang kaedah-kaedah fiqh iaitu Qawaid al-Kubra dan Qawaid al-Sughra. Beliau telahmenjelaskan pelbagai kaedah fiqh menerusi tulisannya itu.

    (f) Sheikh Islam Taqiyuddin Ibn Taymiyyah (wafat 728H). Beliau telahmenghasilkan sebuah karya agong dalam bidang ini yang diberi nama al-

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    12/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM 231

    qawaid al-Nuraniyyah fi al-Qawaid al-fiqhiyyah. Beliau telah mengulasbeberapa kaedah fiqh menerusi bukunya itu.

    (g) Muhammad Ibn Rursh al-Bakri (wafat 736H). Beliau telah mengarangsebuah kitab berkenaan dengan al-qawaid al-fiqhiyyahyang berjudul al-Mazhab fi Dabti Qawaid al-Mazhab. Ibn Rursh telah mengulas beberapakaedah fiqh menerusi kitabnya itu.

    (h) Abu Abdullah Muhammad Ibn Muhammad al-Magri (wafat 758H). Beliautelah menghasilkan sebuah karya yang hebat dan besar dalam bidang iniyang diberi nama al-Qawaid. Beliau telah menyebut seribu dua ratuskaedah-kaedah fiqh dan menghuraikannya.

    (i) Abu Said Salahuddin al-Alai (wafat 761H). Beliau telah menulis sebuahkitab berkenaan dengan kaedah-kaedah fiqh yang diberi judul al-Majmu

    al-Mazhab fi Qawaid al-Mazhab. Menerusi kitabnya ini beliau telahmenyebut pelbagai kaedah-kaedah fiqh yang disusun berdasarkan kaedah-kaedah fiqh yang umum dan kaedah-kaedah fiqh yang khusus.

    (j) Abu al-Abbas Sarafuddin Ahmad Ibn al-Hussein yang terkenal denganpanggilan Ibn Qadi al-Jibl (wafat 771H). Beliau telah menghasilkan sebuahkarya besar dalam penulisan tentang kaedah-kaedah fiqh yang berjudulal-Qawaid al-Fiqhiyyah. Menerusi kitab ini beliau telah mengupaspelbagai kaedah-kaedah fiqh.

    (k) Tajuddin Abd al-Wahab Ibn Ali al-Subki (wafat 771H). Beliau telahmenghasilkan sebuah karya besar dalam bidang ini yang diberi tajuk al-

    Ashbah wa al-Nazair. Menerusi kitabnya beliau telah mengupas pelbagaikaedah fiqh.

    (l) Muhammad Ibn Sulayman al-Surukhdi (wafat 792H). Beliau telahmenghasilkan kitab yang berjudul Mukhtasar Majmuk al-Mazhab. Beliaumenghimpunkan dalam kitabnya kaedah yang ditulis oleh al-Alaimenerusi kitabnya al-Qawaid dan kitab yang dihasilkan oleh al-Asnawiyang berjudul Takhrij al-Furu ala al-Usul. Pada masa yang sama, beliaujuga menambah lagi pelbagai kaedah lain menerusi kitab tersebut.

    (m) Muhammad Ibn Bahadir al-Zarkashi (wafat 794H). Beliau telahmenghasilkan sebuah karya hebat yang berjudul al-Mansur fi al-Qawaid.Beliau telah menyusun kitabnya berdasarkan susunan huruf al-mujam. Ia

    dikatakan kitab pertama yang disusun dalam bentuk ini.

    (n) Abu al-Faraj Abd al-Rahman Ibn Rajib (wafat 795H). Beliau telahmenyusun sebuah kitab berkenaan kaedah-kaedah fiqh yang diberi tajukTaqrir al-Qawaid wa Tahrir al-Fawaid. Beliau telah menghuraikandengan panjang lebar berkenaan dengan kaedah-kaedah fiqh yang terdapatdalam bukunya itu.

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    13/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM232

    (o) Syarafuddin Isa Ibn Uthman al-Ghazzi (wafat 799H). Beliau telah menulissebuah kitab tentang kaedah-kaedah fiqh yang diberi judul al-Qawaid

    mina al-Furu. Menerusi kitab ini beliau telah menghuraikan kaedah-kaedah fiqh yang terdapat dalam bukunya itu.

    (p) Umar Ibn Ali atau dikenali sebagai Ibn al-Malqan (wafat 804H). Beliautelah menghasilkan sebuah karya hebat yang berjudul al-Ashbah wa al-Nazair. Beliau telah menyusun kitabnya berdasarkan susunan perbahasandalam ilmu fiqh Islam yakni bermula dengan kaedah fiqh dalam bab al-taharah.

    (q) Sirajuddin Abu Hafsh Umar Ibn Ruslan al-Balqini (wafat 805H). Beliautelah menyusun sebuah karya berkenaan kaedah-kaedah fiqh yang diberijudul fawaid al-Hisam ala Qawaid Ibn Abd al-Salam . Beliau telah

    menghuraikan dengan panjang lebar berkenaan dengan kaedah-kaedahfiqh yang terdapat dalam buku Ibn Abd al-Salam.

    (r) Muhammad Ibn Muhammad al-Khadari al-Zubayri (wafat 808H). Beliautelah menyusun sebuah kitab berkenaan dengan kaedah-kaedah fiqh yangdiberi tajuk Asna al-Maqasid fi tahrir al-Qawaid . Beliau telahmenjelaskan berkenaan dengan kaedah-kaedah fiqh yang terdapat dalambukunya itu.

    (s) Syihabuddin Ahmad Ibn Muhammad al-Maqdisi lebih dikenali dengangelaran Ibn al-Haim (wafat 815H). Beliau telah menghasilkan sebuah karyaberkenaan kaedah-kaedah fiqh yang berjudul Tahrir al-Qawaid al-Alaiyyah wa Tamhid al-Masalik al-Fiqhiyyah). Beliau telah menyusun

    kitabnya dan menjelaskan kaedah-kaedah fiqh yang terdapat dalamkitabnya.

    (t) Taqiyuddin Abu Bakar Ibn Muhammad al-Hashni (wafat 829H). Beliautelah menghasilkan sebuah karya hebat yang berjudul al-Qawaid. Beliautelah menyusun kitabnya dan menyebut pelbagai kaedah fiqh dan padamasa yang sama, beliau juga memperincikan kaedah-kaedah usul (al-Qawaid al-Usuliyyah).

    Ini adalah sebahagian kecil daripada nama-nama fuqaha Islam yang telahmenghasilkan pelbagai tulisan berkenaan dengan kaedah-kaedah. Namun begitu,ada sebahagiannya membincangkan kaedah-kaedah usul bersama-sama dengan

    kaedah-kaedah fiqh. Oleh itu adalah penting untuk kita membezakan antarakaedah-kaedah fiqh dengan kaedah-kaedah usul.

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    14/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM 233

    SEMAK KENDIRI 9.2

    1. Nyatakan pada pandangan anda mengapa ilmu tentang kaedah-kaedah fiqh ini tidak ditulis oleh sahabat Nabi s.a.w ketikasahabat bersama-sama dengan baginda.

    2. Huraikan mengapakah ilmu tentang al-qawaid al-fiqhiyyah initelah berkembang dan telah ditulis oleh kebanyakan fuqaha darimazhab Hanafi jika dibandingkan dengan fuqaha dari mazhab-mazhab yang lain di awal penulisannya.

    3. Bincangkan dengan rakan sekelas anda 20 lagi fuqaha-fuqahalain selain daripada fuqaha yang telah disebutkan namanya diatas yang telah menulis, menghurai dan mengkaji tentang

    kaedah-kaedah fiqh ini. Sebut nama-nama mereka satu persatu.

    9.2.2 Perbezaan antara Kaedah Fiqh dan Kaedah Usul

    Seperti yang telah kita sebutkan sebelum ini bahawa kaedah adalah satu bentukpenulisan yang bersifat menyeluruh yang disandarkan kepada dalil-dalil syarakyang ditulis secara ringkas tetapi universal, padat dan tepat (muhakkamah) yangditerapkan ke atas keseluruhan pecahan-pecahannya yang pelbagai. Kaedah-kaedah ini akan digunakan oleh para mujtahid dalam mengeluarkan hukum-hakam kepada pelbagai masalah yang timbul. Kaedah-kaedah ini ada

    sebahagiannya disebut sebagai kaedah fiqh dan ada sebahagiannya disebutsebagai kaedah usul. Bagaimanakah kita dapat membezakan antara dua kaedahfiqh dan usul ini?

    Dalam hal ini, sarjana hukum Islam Sheikh Dr Muhamad al-Zuhayli telahmenyebut dalam kitabnya al-Nazariyyat al-Fiqhiyyah bahawa yang dikatakanqawaid usuliyyahadalah sejenis kaedah yang dicipta oleh para fuqaha Islam bagitujuan pengistinbatan dan pengijtihadan (al-istinbat wa al-ijtihad). SheikhZuhayli seterusnya menyebut bahawa qawaid usuliyyah telah dibukukan awalsebelum pembukuan kepada qawaid fiqhiyyah. Sheikh Zuhayli menegaskanbahawa orang yang pertama membukukan qawaid usuliyyah adalah Imam al-Shafie dalam kitabnya yang tersohor al-Risalah.

    Sheikh Muhammad al-Zuhayli telah menyebut secara ringkas bahawa qawaidusuliyyahini dikhususkan kepada para mujtihad yang menggunakannya ketikamengistinbatkan atau mengeluarkan hukum-hakam fiqh di samping memahamirealiti-realiti (waqai) semasa serta masalah-masalah semasa yang baru terhasil(mustajiddat). Manakala qawaid fiqhiyyah adalah dikhususkan kepada faqih

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    15/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM234

    atau pengajar atau mufti, di mana orang awam biasanya akan menanya merekauntuk mengetahui sesuatu hukum dalam cabang-cabang fiqh yang tertentu. Di

    kala itu qawaid fiqhiyyah ini akan dijadikan sandaran tanpa perlu melihatkepada setiap furudalam ilmu fiqh yang pelbagai itu.

    Antara perbezaannya lagi yang disebut oleh Sheikh al-Zuhayli di mana qawaidusuliyyah bersifat dengan sifat umum dan menyeluruh (al-umum wa al-syumul), seperti mana qawaid usuliyyah juga bersifat tetap (thabat). Oleh itumenurutnya, qawaid usuliyyah tetap dan tidak akan ada sebarang perubahan.Manakala katanya lagi, qawaid faqhiyyah, meskipun umum dan menyeluruh,namun terdapat padanya pelbagai pengecualian (al-istinaat), di manapengecualian ini akhirnya akan membentuk kaedah yang tersendiri (qawaidmustaqillah) atau kaedah cabang (qawaid fariyyah).

    Qawaid fiqhiyyah juga menurut Sheikh Muhammad al-Zuhayli tidak tetap(laysat thabitah), tetapi kaedah itu berubah, dengan perubahan hukum yangberlaku disebabkan oleh sesuatu uruf, atau maslahah, atau sadd al-zariahdansebagainya. Adapun qawaid usuliyyahmenurut Sheikh Muhammad al-Zuhayli,maka ianya tetap dan tidak akan sekali-kali berubah. (al-Zuhayli, 1993)

    Manakala Imam Shihabuddin al-Qarafi seperti yang dipetik oleh Dr. Siti Zalikhahyang menyebut dalam tulisannya Kaedah-Keadah Fiqh Dalam PerundanganIslam berkata, menurut al-Qarafi, kaedah usuliyyah lazimnya merupakankaedah hukum-hakam yang terbit daripada perkataan Arab yang khusus, danapa yang ditunjukkan oleh perkataan tersebut seperti nasakh (pembatalan) dantarjih (darjah kekuatan) untuk dijadikan sandaran hukum atau lafaz perintah(amr) bagi wajib dan tegahan (nahyi) bagi haram. Manakala kaedah fiqh bersifatmenyeluruh, banyak, lebih luas meliputi rahsia dan hikmah syarak. (Zalikhah,1999)

    Sheikh Umar Ibn Saleh ketika menjelaskan perbezaan antara kaedah usuliyyahdan kaedah fiqhiyyahberkata bahawa perbezaan yang paling ketara ialah kaedahusuliyyah perbincangannya adalah berkenaan dengan sumber-sumber hukum,dan hukum-hakam serta cara untuk mengeluarkan hukum-hakam tersebut.Misalnya kaedah usuliyyahyang berbunyi al-Amr li al-Wujud bererti suruhanbermakna perintah. Atau kaedah usuliyyah yang berbunyi ah-Nahy li al-

    Tahrim bererti tegahan, pengharaman dan sebagainya.

    Sedangkan kaedah fiqhiyyah menurut Sheikh Umar Saleh pula sering kaliperbincangannya berkaitan dengan perbuatan mukallaf itu sendiri (filu al-mukallaf). Beliau memberi contoh seperti kaedah fiqhiyyah yang berbunyi al-Umur bi Maqasidiha yang bererti sesuatu perkara berdasarkan niat, atau kaedahfiqhiyyahyang berbunyi al-masyaqqah tajlibu al-taysir yang bererti kesusahan

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    16/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM 235

    diberikan kelonggaran, atau al-yakin la yazul bi al-shak yang bererti keyakinantidak boleh dihapuskan dengan keraguan dan sebagainya. Maka kaedah-kaedah

    ini menjelaskan pelbagai perbuatan dan tindak-tanduk manusia itu sendiri yangsudah pasti akan memberi kesan kepada hukum-hakam fiqh yang disebutdengan hukum taklifi. (Saleh 2004)

    Ini adalah sebahagian daripada perbezaan antara kaedah fiqh dan kaedah usul.Di samping itu, terdapat lagi perbezaan-perbezaan lain seperti yang telahdihuraikan oleh para ulama, para sarjana dan juga para pengkaji kepada kaedah-kaedah fiqh dan pengkaji kepada kaedah-kaedah usul, yang boleh ditemui dalampenulisan-penulisan mereka yang banyak itu.

    Mustahil untuk kita menerangkan semua sekali perbezaan antara kedua-dua

    kaedah ini. Oleh itu bagi sesiapa yang berminat mengkajinya dengan lebihmenyeluruh, bolehlah meneruskan pembacaan mereka dan seterusnyamenjelaskan lagi perbezaan antara kedua-dua kaedah ini berdasarkan apa yangtelah dijelaskan oleh para fuqaha.

    AKTIVITI 9.3

    1. Huraikan apakah kepentingan untuk mempelajari kaedah fiqh dankaedah usul. Pada pandangan anda antara kedua-duanya, kaedahmanakah yang lebih penting.

    2. Bincangkan dengan rakan sekelas anda tiga lagi perbezaan antarakaedah fiqhiyyah dan kaedah usuliyyah seperti yang telahdinyatakan oleh fuqaha.

    CONTOH-CONTOH KAEDAH FIQHIYYAHDAN PENJELASANNYA

    9.3

    Adalah sesuatu yang amat mustahil untuk kita mengumpulkan semua sekalikaedah-kaedah fiqh dan menjelaskannya satu persatu dalam perbincangan kitaini. Ini kerana jika kita mengkaji tulisan-tulisan fuqaha dan sarjana Islam tentangperbahasan tajuk al-qawaid al-fiqhiyyah ini, maka kita akan dapati terlalubanyak kaedah-kaedah fiqhiyyahyang telah ditulis oleh ulama dan fuqaha Islam.

    Maka cukuplah dalam perbincangan ini kita menyebut dan menjelaskansebahagian kecil daripada kaedah-kaedah fiqhiyyahyang telah dinyatakan olehpara ulama dan sarjana Islam. Perlu untuk kita nyatakan di sini bahawa

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    17/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM236

    sebahagian daripada kaedah-kaedah fiqhiyyah ini diterima oleh setiap mazhab,manakala sebahagian lagi hanya diterima mazhab tertentu sahaja.

    Dalam perbincangan ini kita akan memilih lima sahaja daripada qawaidfiqhiyyahyang banyak itu. Qawaid fiqhiyyahyang lima ini biasanya disebut olehfuqaha sebagai al-qawaid al-Kubra. Kaedah-kaedah fiqh yang dimaksudkan disini ialah al-Umur bi Maqasidiha, al-Yakin la Yazul bi al-Shak, al-DararYuzal, al-Masyaqqah tajlibu al-taysir dan al-Adatu Muhakkamatun.

    9.3.1 Kaedah Al-Umur Bi Maqasidiha

    Kaedah ini yang berbunyi membawa pengertian bahawa setiapsesuatu perkara yang dilakukan oleh seorang mukallaf itu tergantung kepadatujuannya atau niatnya.

    Oleh itu, berdasarkan kaedah ini, setiap perbuatan atau perkataan yangdilakukan oleh seseorang mukallaf akan dikira melalui niatnya atau tujuannya.Niat sangat penting dalam menentukan kualiti atau makna perbuatan seseorangsama ada seseorang itu melakukan perbuatan dengan niat beribadah kepadaAllah atau dengan niat untuk mendapatkan pujian daripada orang lain. Niat inijuga akan menentukan sama ada seseorang itu dianggap membunuh dengansengaja ataupun membunuh dengan tidak sengaja. Niat juga akan menentukanlafaz cerai yang berbentuk kinayah itu akan mengakibatkan perceraian atausebaliknya. Niat juga akan menentukan seseorang yang mengambil barangan

    yang ditemui di atas jalan, sama ada dianya seorang pencuri atau pemegangamanah dan sebagainya. (Zuhayli 1993).

    Sumber bagi kaedah ini adalah al-Quran di mana Allah berfirman:

    Maksudnya: Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supayamenyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguhdi atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberizakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.(Al-Bayyinah 98:5)

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    18/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM 237

    Kaedah ini juga bersandarkan hadis Nabi s.a.w yang berbunyi:

    , . , ,

    .

    Maksudnya: Sesungguhnya setiap perkara tergantung kepada niatnya, dansesungguhnya bagi setiap seseorang apa yang diniatkannya. Maka sesiapayang melakukan hijrah dan berniat kerana Allah dan rasul-Nya, makahijrahnya itu adalah bagi Allah dan rasul-Nya. Dan sesiapa yang berhijrah

    kerana bertujuan untuk mendapatkan ganjaran di dunia, maka dia akanmemperolehinya, atau dia berhijrah kerana berniat untuk mengahwiniseseorang, dia akan berkahwin dengan orang tersebut, maka hijrahnya itudikira berasaskan niat dalam melakukan hijrah tersebut. (HR Bukhari danMuslim)

    Dalam menjelaskan kepentingan hadis ini, Imam al-Shafie telah berkata:

    Maksudnya: Hadis ini mewakili satu pertiga daripada ilmu, dan termasukdalam hadis ini tujuh puluh cabang-cabang ilmu fiqh.

    Menurut Sheikh Umar Ibn Saleh, kaedah ini dianggap sebagai kaedah yangpaling asas dan penting antara kaedah-kaedah fiqh yang banyak itu. Kaedah inimenurutnya boleh diaplikasikan ke dalam pelbagai masalah seperti perbahasantentang ibadat, di mana niat akan membezakan sesuatu ibadat tersebut. Kaedahini juga boleh diaplikasikan ke dalam pelbagai isu yang lain seperti bidangperniagaan, hutang piutang, perwakilan dan sebagainya. (Ibn Saleh, 2004)

    Menurut Dr. Zalikhah, kaedah ini boleh digunakan dalam pelbagai bidang fiqh

    seperti ganti rugi, mempertahankan diri yang diharuskan, amanah, keseksaandan sebagainya. Beliau kemudian menambah, dalam hal qisas misalnya, niatpembunuh dalam melakukan pembunuhan merupakan faktor penentu. Oleh itu,jika seorang pembunuh tidak berniat untuk membunuh, maka di kala ituhukuman yang akan dikenakan ke atasnya adalah diyat dan bukannya qisas.(Zalikhah, 1999)

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    19/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM238

    Sheikh Abdul Aziz Muhammad Azam menyebut dalam kitabnya bahawakaedah ini menjelaskan tentang peri pentingnya niat dalam melakukan sesuatu

    perkara. Niat itu bukan pada ucapan, tetapi terletak di dalam hati sanubariseseorang. Dalam hal ini, kata Sheikh Abdul Aziz Muhammad Azam lagibahawa Ibn Nujaym telah menulis kaedah yang hampir sama dengan kaedah iniiaitu kaedah:

    Maksudnya: Tidak ada balasan kecuali dengan niat.

    Sheikh Abdul Aziz Muhammad Azam menambah lagi berdasarkan kaedah ini,

    jika seseorang duduk di masjid tanpa berniat iktikaf, maka pahala iktikaf tidakdiperolehinya, berbanding dengan sesorang yang duduk di masjid dan berniatiktikaf. Pemberian harta seperti duit kepada seseorang mungkin menjadi zakat,jika diniatkan sebagai zakat, tetapi akan menjadi pemberian biasa jika tanpadisertai dengan niat pembayaran zakat. Oleh itu tegasnya, niat memainkanperanan yang cukup penting dalam menentukan sesuatu perkara. (MuhammadAzam, 2004)

    9.3.2 Kaedah Al-Yakin La Yazul Bi Al-Shak

    Kaedah ini bermaksud keyakinan tidak boleh dihilangkan oleh keraguan.Kaedah ini berdasarkan apa yang dinyatakan oleh para fuqaha berdasarkanfirman Allah S.W.T dalam al-Quran:

    Maksudnya: Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatusangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhikehendak menentukan sesuatu daripada kebenaran (itiqad). SesungguhnyaAllah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan. (Yunus 10:36)

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    20/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM 239

    Manakala dalam hadis, Nabi s.a.w telah bersabda:

    Maksudnya: Apabila seseorang daripada kamu merasai sesuatu di dalamperutnya, maka timbul keraguan di dalam dirinya, sama ada sesuatu telahkeluar atau belum daripadanya, maka hendaklah dia tidak meninggalkanmasjid (untuk tujuan berwuduk), sehingga dia telah yakin mendengar bunyikentutnya atau yakin setelah mendapati bau kentutnya. (HR Muslim)

    Kaedah ini amat penting kerana mengandungi kebaikan yang menyeluruhkepada Syariah Islamiyyah. Kaedah ini bertujuan membuang keburukan denganwujudnya keyakinan dan meluputkan keraguan seperti was-was. Kebanyakanaplikasinya berlaku dalam pelbagai cabang fiqh. Dalam hal ini Imam al-Sayuti,seperti mana yang dinukilkan oleh Dr. Faridah Zhou Zhou dalam bukunya al-Wajiz fi al-Qawaid al-Fiqhiyyahtelah menyebut seperti berikut:

    Maksudnya: Kaedah ini masuk ke dalam semua cabang-cabang fiqh.

    Dr. Faridah kemudiannya menjelaskan makna al-yakin dan berkata bahawa

    keyakinan )( dari segi bahasa ialah pengetahuan tanpa keraguan )( .Keyakinan oleh itu berlawanan dengan maksud keraguan. Keyakinan dari segiistilah pula ialah kepercayaan yang kukuh bersesuaian dengan hakikat yangnyata. Manakala keraguan bermaksud keraguan antara dua perkara yangbertentangan tanpa ada kepastian salah satu daripada keduanya, mana yanglebih kukuh. (Zhou Zhou, 2005)

    Oleh itu kata Dr. Al-Zuhayli, jika sesuatu perkara itu telah dibuktikankeyakinannya, maka luputlah keraguan ke atasnya dan keraguan tidak bolehmempengaruhi keyakinan kerana keyakinan lebih kuat daripada keraguan dan

    sangkaan. (Al-Zuhayli, 1993)

    Aplikasi kepada keadah ini ialah contohnya dalam bab al-taharah, seseorangyang telah yakin bahawa dia dalam keadaan suci kemudian dia merasa syaksama ada dia dalam keadaan berhadas atau tidak, maka hukumnya dia dalamkeadaan bersuci kerana asalnya dia berada dalam keadaan bersuci. Jika

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    21/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM240

    seseorang itu yakin bahawa dia dalam keadaan suci daripada hadas tetapimerasa syak tentang keadaan sebelumnya, maka hendaklah diingati keadaan asal

    sebelum datangnya syak. Keyakinannya mendahului syak.

    Prof. Dr. Mahmud Saedon misalnya telah membawa aplikasi berkenaan masalahpendakwaan dan jenayah. Menurutnya, berdasarkan kaedah ini, jika kitamenuduh seseorang itu bersalah, maka hendaklah dibuktikan kesalahannya.Menurutnya lagi, sudah pasti seseorang itu belum bersalah, sehingga dibuktikankesalahannya. Dalam masalah hutang piutang pula, beliau menambah, seseorangitu tidak berhutang melainkan setelah dibuktikan bahawa dia berhutang.Tuduhan atau sangkaan tanpa bukti tidak boleh menghilangkan keyakinan asaliaitu dia tidak berhutang.

    Menurutnya lagi, kaedah ini asas dalam sistem jenayah Islam, di mana pihakyang menuduh hendaklah mengemukakan bukti dan keterangan, kerana secarayakin seseorang itu adalah tidak bersalah, sehingga dibuktikan bahawa diamemang benar-benar bersalah. (A. Othman, 1990)

    Menurut fuqaha, terdapat pelbagai kaedah-kaedah lain yang hampir samabidang aplikasinya dengan kaedah ini. Misalnya kaedah yang agak terkenal yang

    berbunyi( ) yang bermaksud pada asalnya setiap orang adalah bebasdaripada sebarang tanggungjawab. Kaedah yang lain pula yang juga hampirsama dengan kaedah ini adalah kaedah yang berbunyi ) ( bermaksud pada asal setiap sesuatu ialah harus dan dibenarkan dan kaedah-kaedah lain yang sepertinya.

    9.3.3 Kaedah Al-Masyaqqah Tajlibu al-Taysir

    Kaedah fiqh ini bermaksud kesukaran membawa keringanan. Maksud kesukarandi sini berdasarkan pendapat fuqaha ialah kesukaran yang terlepas daripadatanggungjawab dari segi syarak dan kesukaran tersebut boleh membawakesusahan dan kemudaratan kepada manusia. Keringanan pula maksudnyaberlawanan dengan kesukaran dan ia sesuatu yang tidak membebankanmanusia.(Muhammad Azam, 2004).

    Sehubungan dengan ini, Sheikh Muhammad Uthman Syibir menjelaskan bahawakaedah ini merupakan gambaran penting tentang kesederhanaan (al-wasatiyyah)dalam Islam, dan juga gambaran di mana tanggungjawab dan bebanan adalahsesuai dengan kemampuan manusia. Pada masa yang sama tambahnya lagi, iamenunjukkan Islam itu adalah agama yang waqiyakni agama yang berpijak dibumi yang nyata. Oleh itu sebarang bebanan yang di luar kemampuan akan

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    22/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM 241

    dihindarkan, dan digantikan dengan kemudahan-kemudahan atau yang disebutal-rukshah. (Syibir, 2000)

    Sumber kepada kaedah ini ialah firman Allah S.W.T yang berbunyi:

    Maksudnya: Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidakmengkehendaki kamu menanggung kesukaran.(al-Baqarah 2:185)

    Dalam hadis ini pula Nabi s.a.w telah bersabda:

    Maksudnya: Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah agama yang mudah.(HR Ahmad)

    Menurut al-Zuhayli aplikasi kepada kaedah ini sangat banyak, sepertimasyaqqahke atas perempuan yang mengandung dan yang menyusukan anak.Di mana perempuan yang sedang mengandung dan ibu yang sedangmenyusukan anak, diizinkan berbuka jika dikhuatiri berpuasa itumembahayakan dirinya atau anaknya. Musafir diharuskan berbuka danmelakukan jamak dan qasar ke atas solatnya, demi kemudahannya. Tersalah,terlupa dan terpaksa adalah antara penyebab yang terangkat sesuatu bebananatau taklifdaripada seseorang yang mukallafdan sebagainya. (Al-Zuhayli 1993)

    Aplikasi kepada kaedah ini menurut fuqaha misalnya apabila seseorangdalam kesusahan, maka diharuskan baginya melakukan hal-hal yang tidakdibenarkan sebelumnya. Orang yang sakit misalnya dibenarkan bertayamumbagi menggantikan wuduk. (Zalikhah, 1999)

    Aplikasi yang lain percikan debu di jalanan yang bercampur dengan najis,pada hakikatnya adalah najis, tetapi jika timbul kesukaran yang tidak dapatdielakkan seperti ini disebut (umum al-balwa), maka dimaafkan. Begitu juga

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    23/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM242

    bersolat, misalnya dengan pakaian yang terkena percikan air di jalanan yangtidak dapat dielakkan, adalah juga dimaafkan. (Bisri, 1977)

    Terdapat kaedah-kaedah lain yang hampir sama dengan kaedah ini; antaranyakaedah yang berbunyi ) ( . Sesuatu itu apabila telah sempit maka iamenjadi luas. Di samping kaedah ini, ada lagi kaedah-kaedah lain yang juga agakserupa aplikasinya dengan kaedah di atas.

    9.3.4 Kaedah Al-Darar Yuzal

    Kaedah ini secara mudahnya bermaksud kemudaratan diluputkan, ataudihapuskan atau dihilangkan. Kaedah ini telah digunakan oleh fuqaha dalammenentukan hukum-hakam bagi masalah-masalah baru ketika berlakunyasesuatu keadaan yang disebut sebagai kemudaratan. Manakala maksudkemudaratan diluputkan berdasarkan kaedah di atas ialah wajib dihilangkankemudaratan apabila ianya timbul. (Zhou Zhou, 2005)

    Apa yang dimaksudkan dengan al-dararseperti yang disebut oleh Sheikh UmarIbn Saleh dalam kitabnya ialah:

    Maksudnya: Mengenakan apa-apa juga keburukan atau kerosakan (mafsadah)terhadap orang lain.

    Kemudian Sheikh Umar Ibn Saleh menjelaskan lagi yang dimaksudkan dengankaedah di atas ialah:

    : , ,

    Maksudnya: Apa yang dimaksudkan dengan al-darar yuzal ialah kewajipanuntuk menghapuskan sebarang bentuk kemudaratan. Oleh itu, tidakseharusnya seorang lelaki melakukan darar (keburukan atau kerosakan)terhadap saudaranya, dia juga tidak seharusnya mengurangi daripadasaudaranya apa-apa sahaja yang menjadi hak atau milik saudaranya itu. (IbnSaleh 2004)

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    24/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM 243

    Kaedah ini diambil atau bersumberkan nas-nas daripada al-Quran dan SunnahNabi s.a.w. Antara nas daripada al-Quran ialah firman Allah S.W.T:

    Maksudnya: Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudianmereka (hampir) habis tempoh iddahnya maka bolehlah kamu pegang mereka(rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik.

    Dan janganlah kamu pegang mereka, yakni rujuk semula dengan maksudmemberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman terhadapmereka.(al-Baqarah 2:231)

    Dalam ayat yang lain, Allah berfirman:

    Maksudnya: Janganlah menjadikan seseorang ibu itu mudarat kerana anaknya,dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu mudarat kerana anaknya.(al-Baqarah 2:233)

    Manakala dalam hadis Nabi s.a.w pula bersabda:

    Maksudnya: Tidak ada kemudaratan dan tidak pula dimudaratkan (HR IbnMajah)

    Aplikasi kepada kaedah berdasarkan pendapat Sheikh al-Zuhayli dapat ditemuidalam pelbagai cabang fiqh, misalnya prinsip yang mengharuskan pembatalankontrak kerana kecacatan padanya, pengharusan tegahan menguruskan sesuatuurusan daripada orang yang lemah fikiran, hak yang ada pada qisas, hudud,kaffarat, gantian barangan yang hilang, jihad dan lain-lainnya adalah sebahagiandaripada bidang-bidang aplikasi kepada kaedah ini.(Al-Zuhayli, 1993)

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    25/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM244

    Oleh itu apabila seseorang membeli barangan misalnya, lantas didapatinya barangantersebut cacat, maka menjadi haknya untuk membatalkan kontrak tersebut,

    berasaskan kaedah ini, darar mesti dihilangkan, kecuali jika sekiranya tuannyabersetuju untuk menggantikan dengan yang lain yang sempurna. (Bisri, 1977)

    Oleh itu, berdasarkan kaedah ini menurut Sheikh Muhammad Uthman Syibir,adalah diharamkan bagi seseorang Muslim melakukan apa sahaja darar ataukemusnahan terhadap orang lain sama ada kemusnahan itu sesuatu yang adakaitan dengan agamanya, atau dirinya, atau akalnya, atau kehormatannya ataujuga harta bendanya. Ringkasnya, apa-apa sahaja yang boleh membawa mudaratkepada diri sendiri dan orang lain adalah tidak dibenarkan berdasarkan kaedahini. (Syibir, 2000)

    Terdapat juga beberapa kaedah lain yang juga hampir sama dengan kaedah yangkita sedang bincangkan ini seperti kaedah , kaedah yang berbunyi dan lain-lain kaedah yang menjelaskan tentang darar.

    9.3.5 Kaedah Al-Adah Muhakkamah

    Kaedah ini secara ringkasnya bermaksud adat diterima sebagai hukum. Kaedahini digunakan oleh fuqaha secara meluas pada masalah yang berkaitan denganmuamalat dan penghakiman, di samping bidang-bidang yang lain. Ini keranaskop muamalat perniagaan terutamanya sangat meluas dan berubah-ubahkeadaannya seiring dengan perubahan masa dan tempat.

    Sheikh Muhammad Uthman Syibir ketika mengulas tentang mafhum al-Adahtelah menukilkan takrif al-Jurjani dan juga takrif al-Ansari. Menurut al-Jurjani al-adahbererti:

    Maksudnya: Apa-apa yang berterusan di kalangan masyarakat yangbersangkutan dengan hukum yang berasaskan pemikiran dan mereka seringkali kembali kepada hukum tersebut dalam kehidupan mereka.

    Manakala al-Ansari pula mendefinisikan al-adahsebagai:

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    26/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM 245

    Maksudnya: Apa-apa yang telah bertunjang alam masyarakat yang bersangkutandengan hukum yang berasaskan pemikiran dan mereka sentiasa kembali kepada

    hukum tersebut dalam kehidupan mereka. (Syibir, 2000)Dalam al-Quran, Allah S.W.T telah berfirman:

    Maksudnya: Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlahdengan perkara yang baik, serta berpalinglah dari orang-orang yang jahilyakni yang degil dengan kejahilannya. (al-Araf 7:199)

    Pada ayat yang lain, Allah berfirman:

    Maksudnya: Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut

    kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklahdia memberi nafkah daripada apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadaryang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadarkemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.(al-Talaq 65:7)

    Dalam sepotong hadis, Nabi s.a.w telah bersabda:

    : , ,

    :

    Maksudnya: Daripada Aishah rha., sesungguhnya Hindun, anak perempuanUtbah dan juga isteri kepada Abu Sufyan telah bertemu dan berkata: WahaiNabi! Sesungguhnya Abu Sufyan seorang yang kaya tetapi bakhil, dia tidakmemberikan aku perbelanjaan yang mencukupkan aku dan anak-anak ku,lantas aku mengambil daripadanya sejumlah wang tanpa pengetahuannya.

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    27/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM246

    Maka mendengar itu, Nabi s.a.w bersabda: Ambillah daripadanya sejumlahwang yang mencukupi untuk kamu dan anak-anakmu berdasarkan uruf .

    (HR Bukhari)

    Menurut Sheikh Bisri, adat diterima sebagai hukum bagi penetapan hukumsyarak yang tidak mempunyai nas berhubung dengan perbezaan danpengkhususan. Terkadang jika tidak ada nas yang bertentangan denganhukumnya yang asal, atau terdapat nas tetapi secara umum sahaja, maka adatpada waktu itu diterima pakai. Al-dah adalah bahasa Arab yang terjemahannyadalam bahasa kita hampir sama dengan makna adat dan kebiasaan. (Bisri 1977)

    Berhubung dengan aplikasi kaedah ini, menurut Sheikh Uthman Syibir, kaedahal-Adah Muhakkamah ini memainkan peranan yang amat besar dalam

    menentukan sesuatu hukum yang berasaskan urufdalam fiqh Islam. Kaedah inijuga tegasnya, merupakan kaedah fiqh yang berkembang bersamaperkembangan manusia dan adat-adat baik yang diterima pakai di kalanganmanusia yang terhasil melalui pelbagai urusan muamalah yang berlaku dikalangan sesama manusia. Aplikasi penetapan nafkah kepada seorang isterimisalnya menurut Sheikh Uthman Syibir tidak ditentukan oleh nas syarak, tetapipenetapan itu hendaklah ditentukan berdasarkan Adah setempat di manamereka tinggal (Syibir 2000).

    Terdapat kaedah-kaedah lain yang juga memberi makna yang hampir sama

    dengan kaedah ini misalnya kaedah yang berbunyi( ) ,danjuga kaedah yang berbunyi ) ( , serta kaedah-kaedah yanglain yang sepertinya.

    Sebagai kesimpulannya, bolehlah dinyatakan di sini bahawa kaedah-kaedah fiqhini ditulis dan dihasilkan oleh para fuqaha Islam. Mereka menulis berasaskan intipati yang diambil kefahamannya daripada al-Quran dan hadis. Penulisankaedah-kaedah fiqhiyyah ini dibuat, sudah tentu bertujuan untuk memudahkanumat Islam memahami asas-asas penting dalam agama yang ditulis secararingkas dan padat tetapi pemahamannya amat dalam dan menyeluruh.

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    28/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM 247

    SEMAK KENDIRI 9.3

    1. Huraikan bagaimanakah seorang Muslim yang biasa seperti kitasemua boleh memanfaatkan pengajian kita berkenaan dengankaedah-kaedah fiqh ini.

    2. Bincanglah dengan rakan sekelas anda 10 lagi kaedah-kaedah fiqhyang telah ditulis oleh fuqaha, serta huraikan kaedah itu satupersatu dengan menyatakan maksudnya, sumbernya dan bentukaplikasinya dalam pelbagai cabang fiqh.

    3. Nyatakan apakah yang dikatakan kaedah-kaedah fiqh yang utamadan kaedah-kaedah fiqh yang cabang seperti yang telah dijelaskanoleh ulama dan apakah cara untuk kita membezakan kedua-

    duanya.

    Kaedah-kaedah fiqh ini tidak ditulis di zaman Nabi s.a.w, tetapi telahbermula penulisannya secara aktif terutamanya di zaman perkembangan fiqhatau disebut sebagai asr izdihar.

    Secara mudahnya, kaedah fiqh adalah rumusan yang tepat dan padat yangdihasilkan oleh para fuqaha dalam bentuk tulisan yang ringkas menerangkan

    asas penting dalam cabang-cabang fiqh.

    Manakala kaedah-kaedah usul pula adalah rumusan yang tepat dan padatyang dihasilkan oleh ulama dalam bidang usul dalam bentuk tulisan yangringkas yang menerangkan asas-asas penting dalam bidang usul al-fiqh.

    Tujuan ditulis kaedah-kaedah fiqh ini bagi memudahkan fuqaha untukmemahami pelbagai perkara dalam cabang-cabang fiqh yang banyak .

    Kaedah-kaedah fiqh ini telah ditulis di peringkat awal oleh fuqaha yangkebanyakannya dari mazhab Hanafi. Oleh itu kita dapati terlalu ramai fuqaha

    Hanafi yang telah menulis, menghurai dan membahaskan kaedah-kaedahfiqh ini.

    Terdapat juga sebahagian fuqaha daripada mazhab yang selain Hanafi yangtelah menulis dan menjelaskan kaedah fiqh ini.

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    29/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM248

    Penulisan kaedah-kaedah fiqh ini dikembangkan lagi oleh penulis-penulissemasa yang telah menghuraikan pelbagai kaedah fiqh dalam bidang masing-masing.

    Sebahagian daripada kaedah-kaedah fiqh ini boleh digunakan dalam semuaperbahasan dalam cabang-cabang fiqh, manakala sebahagian yang lain hanyaterpakai dalam cabang fiqh yang tertentu sahaja.

    Fuqaha dan sarjana Islam bermula dari zaman lampau sehingga sekarangsering mengkaji dan menulis pelbagai kaedah fiqh untuk memastikanbahawa umat Islam dan pengkaji-pengkaji Islam dapat memahami agama inidengan cara yang mudah dan berkesan.

    Al-qawaid al-fiqhiyyah

    Al-qawaid al-kubra

    Al-hissi

    Al-qadiyyah

    Al-furu

    Al-juziyyat

    Al-kulliyyat

    Al-taklifatAl-darar

    Al-qawaid al-usuliyyah

    Al-qawaid al-fariyyah

    Al-maknawi

    Al-tarifat

    Al-qawaid al-mustaqillah

    Al-istisnaat

    Al-muhakkamah

    Al-umumAl-syumul

    Al-Zuhayli, Wahbah. (2006). Usul al-Fiqh al-Islami. Damsyik: Dar al-Fikr.

    Zhou Zhou, Faridah. (2005). Al-Wajiz fi al-Qawaid al-Fiqhiyyah wa Tatbiqihaal-Muasirah. Kuala Lumpur: Dar at-Tajdid.

    Muhammad Azam, Abdul Aziz Dan Al-Hasri, Ahmad Muhammad. (2004).Al-Qawaid al-Fiqhiyyah: Dirasat Amaliyyah Tahliliyyah Muqaranah.Kaherah: Universiti Azhar.

    Ibn Salih, Umar. (2004). Al-Madkhal ila Dirasat al-Fiqh a-Islam. UniversitiSharjah: Markaz al-Buhus wa al-Dirasat.

  • 5/24/2018 Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

    30/30

    TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM 249

    Syibir, Muhammad Uthman.(2000). Al-Qawaid al-Kulliyyah wa ad-Dhawabital-Fiqhiyyah fi as-Syariah al-Islamiyyah. Amman: Dar al-Furqan.

    Al-Jarjani, Abu al-Hasan Ibn Ali Ibn Muhammad. (2000). Al-Tarifaat. Beirut:Dar al-Kutub al-Ilmiah.

    Abdul Al-Munim, Mahmud Abdul Rahman. (1999). Mujam Musthalahatal-Alfaz al-Fiqhiyyah. Kaherah: Dar al-Fadhilah.

    Zalikhah, Siti. (1999) Al-Syariah: Konsep dan Perundangan Islam. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Al-Zuhayli, Muhammad. (1993). Al-Nazariyyat al-Fiqhiyyah. Damsyik:Dar al-Qalam.

    A. Othman, Mahmud Saedon. (1990). Undang-undang keterangan Islam. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Khallaf, Abdul Wahab. (1984). Ilm Usul al-Fqh. Kuwait: Dar al-Qalam Lial-Tibaah Wa al-Nasr Wa al-Tawzi.

    Bahadur, Badruddin Muhammad al-Syafie. (1982). Al-Manthur fi al-Qawaid lial-Zarkashi. Kuwait: Muassasah al-Falij.

    Bisri, Moh. Adib. (1977). Tarjamah al-Faraidul Bahiyyah. Rembang:Menara Kudus.