Author
naimah57
View
98
Download
5
Embed Size (px)
DESCRIPTION
sek
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP)
KERANGKA KONSEP (PBP) Bab 8 hingga Bab 13
Di dalam Jadual 3 (Pro Forma) ada dinyatakan bahawa Bab 8 hingga Bab 13 merupakan Pembelajaran Berasaskan Projek seperti kandungan berikut;
Isu IPembelajaran berasaskan projek untuk reka bentuk, inovasi dan reka ciptaMengumpul maklumat tentang kestabilan strukturMembina prototaip struktur
Isu IIPembelajaran berasaskan projek untuk pemuliharaanMengenal pasti teknologi terkini untuk pemuliharaanMenjalankan kajian untuk pemuliharaan air dalam keadaan yang mencabar
Isu III Pembelajaran berasaskan projek untuk tenaga dalam biosferaMengumpul maklumat tentang aliran tenaga dalam biosferaMembuat kajian untuk mengetahui aliran tenaga dalam komuniti biologi tertentu
Isu IVPembelajaran berasaskan projek untuk kemapanan sumberMembuat kajian untuk mencari pelbagai sumber penghasilan tenagaMencipta alatan mudah untuk penghasilan tenaga
Isu V. Pembelajaran berasaskanprojekuntukbahan tambah dalam makananMengkategori bahan tambah makanan berasaskansistem tertentuMengekstrak bahan tambah makanan dalam sampel makananMengenal pasti kesan bahan tambah makanan terhadap benda hidup melalui eksperimen
Isu VIPembelajaran berasaskan projek untuk pencemaran dan kesannya terhadap kesihatan manusiaMengumpul maklumat untuk mengenal pasti pencemar udara yang utamaUjikaji lapangantentang pencemaran dan mengenal pasti kaedah-kaedah rawatan
Lanjutan daripada itu, modul ini akan menerangkan tentang pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) kemudian diikuti dengan tiga contoh hasil pembelajaran bagi Isu II, Isu V dan Isu VI.
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP)
8.OSINOPSISKaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek merupakan suatu kaedah yang difikirkan amat sesuai dalam proses PdP murid masa kini. Kaedah PBP dipelopori oleh John Dewey (1997). Di Malaysia kaedah ini mendapat perhatian yang mendalam dalam sistem pendidikan Negara. Dengan konsep sekolah bestari dan usaha melahirkan tenaga manusia kelas pertama, kerajaan telah meningkatkan usaha dalam pembangunan pendidikan dengan penekanan kepada pelbagai pendekatan pengajaran terutamanya yang mampu membantu pelajar lebih berdikari, mempunyai kemahiran berfikir dan bersifat inkuiri bagi menyahut cabaran wawasan pendidikan negara.
Bagaimanapun pembelajaran berasaskan projek memerlukan perancangan terperinci serta pelaksanaan yang sistematik di samping keperluan sumber serta kepakaran yang sesuai. Sehubungan itu, pendedahan pembelajaran berasaskan projek diharap akan dapat memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar dalam pelaksanaan PBP. Topik ini disusun merangkumi topik 8 sehingga 13 sebagaimana yang dinyatakan di dalam proforma SCE3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat.
8.1DEFINISI PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP)Definisi PBP itu sendiri berbeza-beza mengikut perspektif pengkaji yang berminat dengan kaedah ini. PBP merupakan model pendidikan yang mengutamakan projek dalam pengajaran dan pembelajaran (Veerasamy, 2010). Selain itu PBP juga merupakan satu kaedah instruksional yang membenarkan murid membina kemahiran dan mendapatkan ilmu melalui projek, pembelajaran koperatif dan teknik 'hands on' (Nation, 2008; Beddoes, 2010; Zimmerman, 2010; Kaldi et al.,2011). Menurut Moursund (2003), PBP merupakan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar yang melibatkan pelajar menerbitkan atau membangunkan produk dan mempersembahkannya kepada pelajar lain, guru dan pihak lain.
Oleh kerana PBP mempunyai pelbagai definisi mengikut perspektif pengkaji, Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia (2006), mentakrifkan PBP berdasarkan kepada takrifan Institut Pendidikan Buck Kanada sebagai kaedah mengajar yang mana murid akan: a. terlibat dalam proses inkuiri secara berterusan yang berfokuskan soalan dan masalah yang kompleks dan sebenar; b. bekerja tanpa mengharapkan guru, dan mempunyai pilihan dan kebebasan untuk bersuara; c. mempamerkan pemahaman yang mendalam dalam pengetahuan akademik dan kemahiran; d. membina kemahiran abad ke-21 seperti bekerjasama, berfikir secara kritikal dan berkomunikasi; dan e. mencipta artifak dan prestasi yang berkualiti tinggi yang boleh dipamerkan kepada masyarakat.
Sementara itu, KPM (2006) turut mentakrifkan PBP sebagai model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah biasa dan banyak melibatkan gabungan antara disiplin ilmu.
8.2CIRI-CIRI PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP)
Pembelajaran Berasaskan Projek melibatkan pendekatan berfokuskan murid meneroka sendiri. Seorang pengkaji Nancy Kraft menyatakan beberapa ciri Pembelajaran Berasaskan Projek yang merangkumi:a. membolehkan cara pembelajaran yang pelbagaib. berorientasikan dunia sebenarc. persekitaran yang bebas dalam membuat pilihan berkaitan pembelajarand. menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir peringkat tinggie.menggunakan kaedah pengalaman "hands-on"f. memberi pemahaman yang tinggig. boleh dirujuk oleh semua pelajarh. melibatkan pelbagai mod komunikasii. pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendirij. pelajar merasa pembelajaran kurikulum sebagai kepunyaan sendirik. projek menggalakkan pembelajaran yang bermakna dengan menghubungkan yang baru dengan yang lamal. pembelajaran melibakan data semasam.proses pembelajaran dihargai sama juga dengan projekn. pembelajaran merentasi kurikulumo. guru sebagai fasilitatorp. penilaian kendiri pelajar dalam pembelajaran digalakkan
Sebahagian daripada ciri-ciri yang dinyatakan di atas serta ciri-ciri daripada pendapat pelbagai pihak khususnya para pendidik boleh digambarkan seperti dalam peta buih Rajah 8.1.
Rajah 8.1: Peta Buih Ciri-ciri PBP
8.3LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN PBP
Secara ringkas langkah-langkah pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek dapat ditunjukkan dalam Rajah 8.2.
Rajah 8.2: Langkah-langkah Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek
Langkah-langkan ini meliputi langkah 1 (tugasan), langkah 2 (menganalisis masalah/isu), langkah 3 (meneroka masalah/isu), langkah 4 (membuat perkaitan) dan langkah 5 (membuat refleksi). Walau bagaimanapun langkah-langkah ini mungkin berbeza-beza mengikut rasional dan pendapat masing-masing.
8.4PERBANDINGAN ANTARA PBP DENGAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL
Pembelajaran berasaskan projek adalah berbeza dengan kaedah-kaedah pembelajaran yang lain. Jadual 8.1 menunjukkan sebahagian kriteria yang membezakan di antara pembelajaran berasaskan projek dengan pembelajaran tradisional.
Jadual 8.1: Perbandingan antara Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dengan pembelajaran tradisional (PT)KriteriaPembelajaran berasaskan projek Pembelajaran tradisional
KandunganPerbandingan konsep dan prinsip Fakta-fakta pengetahuan
Skop dan urutanMengikut minat murid, unit-unit besar mengandungi isu-isu/masalah komplekMengikut kurikulum tetap, bergerak dari satu unit ke satu unit, sempit dan kandungan berfokus
Peranan guruBertindak sebagai pakar, pemberi syarahan, penyampai maklumatPenasihat/pembimbing/mentor
PemusatanPelajarGuru
PenilaianHasil, skor peperiksaan, menyampaikan semula maklumatHasil dan proses, penghasilan produk konkrit, mendemonstrasi hasil
Penglibatan pelajarIndividu, persaingan, penerima maklumatSecara kumpulan, berkolaborasi, membina, menyumbang dan mensintesis maklumat
MatlamatPenguasaan ilmu dan kemahiran tertentu, pengetahuan kurang mendalam, penguasaan kemahiran mengikut tahap-tahap tertentuMemahami dan menggunakan idea dan proses kompleks, menguasai kemahiran bersepadu, pengetahuan mendalam, pembelajaran sepanjang hayat
8.5KELEBIHAN KAEDAH PBP
Beberapa kelebihan menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek adalah seperti berikut. Antaranya ialaha. menjadikan pembelajaran di sekolah seperti pembelajaran di dalam kehidupan sebenarb. murid mempelajari kandungan yang sama melalui cara berbezac. selain menguasai isi kandungan PBP merangkumi komponen kolaborasi, penyelesaian masalah, penyampaian persembahan dan komunikasi dengan pihak laind. memotivasikan murid untuk meneroka lebih mendalam terhadap kefahaman sesuatu isue. mewujudkan komunikasi positif dalam kalangan pelajar yang pelbagaif. mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu di dalam komunitig. memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran berbeza
8.6 FORMAT LAPORAN (PBP)Format berikut adalah sebagai asas panduan sahaja, pelajar boleh membuat ubahsuai mengikut kesesuaian jenis atau kaedah kajian yang akan dilaksanakan.Format laporan seharusnya mengandungi,1. Pendahuluan2. Pernyataan Isu3. Objektif projek4. Tinjauan literatur5. Kaedah5.1. Sampel atau respondan5.2. Instrumen kajian5.3. Perancangan tindakan 6. Dapatan6.1. Data mentah6.2. Analisa data7. Perbincangan7.1 Perbincangan dapatan7.2 Cadangan penambahbaikan8. Kesimpulan9. Rujukan
8.7 ISU-ISU BERKAITAN DENGAN PEMBELAJARAN SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT
Isu-isu berikut adalah yang terdapat di dalam pro forma kursus. Isu-isu ini sebagai tajuk besar yang boleh difokus kepada beberapa isu kecil yang lebih bersesuaian dengan persekitaran kampus atau sekolah berkaitan,1. Reka bentuk, inovasi dan reka cipta membina prototaip struktur.2. Pemuliharaan air, tanah, hutan atau hidupan liar.3. Tenaga Dalam Biosfera aliran tenaga, rantai makanan dan siratan makanan. 4. Kemampanan sumber tenaga boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui. 5. Bahan tambah dalam makanan bahan tambah semulajadi atau bahan tambah kimia dan kesannya kepada kesihatan manusia.6. Pencemaran udara, air, bunyi atau radiasi.Berikut adalah di antara tajuk-tajuk projek atau kajian yang dicadangkan di dalam pro forma kursus Sains, Teknologi dan Masyarakat, Membina prototaip struktur Mengenalpasti teknologi terkini untuk pemuliharaan Menjalankan kajian untuk pemuliharaan air, tanah, hutan atau hidupan liar dalam keadaan yang mencabar Mengumpul maklumat tentang aliran tenaga dalam biosfera Membuat kajian untuk mengetahui aliran tenaga dalam komuniti biologi tertentu Membuat kajian untuk mencari pelbagai sumber penghasilan tenaga Mencipta alatan mudah untuk menghasilkan tenaga Mengkategori bahan tambah makanan berasaskan sistem tertentu Mengekstrak bahan tambah makanan dalam sampel makanan Mengenal pasti kesan bahan tambah makanan terhadap benda hidup melalui eksperimen Mengumpul maklumat untuk mengenal pasti pencemar udara yang utama Melaksanakan ujikaji lapangan tentang pencemaran dan mengenal pasti kaedah-kaedah rawatan
8.8 CONTOH-CONTOH LAPORAN PROJEK8.8.1 ISU II : POTENSI PEMULIHARAAN BEKALAN AIR DI IPG
1.0PENDAHULUAN Sains dan teknologi berkembang semakin pesat, kelebihannya adalah memudahkan kerja-kerja manusia dan meningkatkan keberkesanan hasil kerja, namun kelemahan juga muncul pada masa yang sama, contohnya pencemaran alam sekitar. Oleh itu, sains dan teknologi masih mempunyai isu-isu yang belum diselesaikan. Justeru itu, Pendidikan Sains, Teknologi dan Masyarakat menyeru Sains Untuk Semua bermula pada tahun 1980an hingga kini. Pendidikan ini mempunyai objektif-objektif seperti membina kesedaran tentang kebaikan dan keburukan sains dan teknologi dalam masyarakat, meningkatkan kesedaran tentang implikasi kemanusiaan dalam sains, membina kesedaran tentang keperluan menggunakan sumber alam semulajadi dengan baik, serta membentuk pemahaman yang kritikal tentang masalah sosial yang berkaitan dengan sains. Isu pemuliharaan bekalan air di IPG merupakan tajuk yang akan dibincangkan dalam laporan ini kerana air merupakan sumber yang amat diperlukan untuk memenuhi keperluan hidup manusia seperti minum, masak, mandi, digunakan selepas tandas, mencuci pinggan mangkuk, menyiram pokok bunga, dan mencuci kereta. Namun, ramai manusia kurang menghargai apa yang dianugerahi oleh Tuhan ini.
2.0PERNYATAAN ISUIsu pemuliharaan air menjadi di antara agenda utama kebanyakan negara kebelakangan ini. Di samping itu, isu pertambahan populasi juga akan menambahkan permintaan air. Jika air tidak diuruskan dengan cekap dan dicemar dengan bahan-bahan akan menyebabkan masalah pencemaran air menjadi lebih serius. Kekurangan air adalah masalah utama yang dihadapi dikebanyakkan negara. Pada masa ini, air yang digunakan oleh 80% hingga 90% daripada populasi dunia adalah air yang berkualiti rendah mengikut standard antarabangsa. Penggunaan air yang banyak bermaksud air yang bersih semakin kurang dan air tercemar semakin bertambah menyebabkan pemuliharaan air sangat diperlukan. Namun, pemuliharaan air memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, cara yang bijak ialah dengan menjimatkan penggunaan air.Didapati bahawa sehingga Oktober 2013, terdapat seramai 950 orang pelajar yang tinggal di asrama IPG. Bilangan yang ramai ini telah menyebabkan penggunaan air yang tinggi dan terpaksa menampungkan kos bil air yang tinggi. Hal ini juga menunjukkan bahawa kurang kesedaran terhadap penjimatan air dalam kalangan pelajar. Oleh itu, satu kajian telah dibuat untuk meninjaukan jumlah penggunaan air dalam IPG ini. Kajian ini juga ingin mengenalpasti permintaan air oleh pelajar dalam IPG ini. Selepas itu, cadangan-cadangan penjimatan air juga diberikan supaya dapat memperbaiki masalah pembaziran air dalam IPG di samping meningkatkan kesedaran menghargai air dalam kalangan pelajar.
3.0OBJEKTIF PROJEKKajian ini dijalankan untuk:1. Meninjau penggunaan air bulanan oleh warga kampus di IPG.2. Mengenalpasti jenis penggunaan permintaan air di IPG.3. Mencadangkan langkah-langkah penjimatan air di IPG.
4.0TINJAUAN LITERATURManusia memerlukan air untuk memenuhi keperluan asas. Menurut Institut Alam Sekitar dan Pembangunan Lestari, seorang manusia hanya memerlukan 50 liter (lebih kurang 30 botol air mineral bersaiz besar) air sehari untuk keperluan asas. Namun demikian, penggunaan air boleh mencapai sehingga 500 liter per individu iaitu bersamaan dengan 333 botol air mineral bersaiz besar jika tidak menggunakan air dengan cermat.Walaupun hanya 50 liter diperlukan oleh manusia seperti yang dinyatakan tadi, namun tempat yang berbeza mempengaruhi keperluan simpanan. Menurut piawaian yang ditetapkan oleh Lembaga Air Malaysia dari kajian Zurainah (2011), keperluan simpanan per kelengkapan (MWA,2000) adalah seperti Jadual 1 berikut,
Jadual 1: Keperluan Simpanan Per Kelengkapan (MWA, 2000)Jenis BangunanKeperluan Simpanan
Hotel270 liter/ seorang/ hari
Sekolah tanpa asrama30 liter/ seorang/ hari
Sekolah berasrama180 liter/ seorang/ hari
Pejabat tanpa kantin70 liter/ seorang/ hari
Pejabat ada kantin90 liter/ seorang/ hari
Restoran14 liter/ seorang/ hari
Masjid14 liter/ seorang/ hari
Berek askar/polis270 liter/ seorang/ hari
Terdapat cadangan-cadangan yang sesuai untuk menjimatkan air berdasarkan kajian-kajian lepas. Menurut Pah Rokkiah, et al. (2004), salah satu sumber alternatif bagi penjimatan air ialah melalui kaedah pengumpulan air hujan (rainwater harvesting). Ini selaras dengan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Malaysia menikmati 3000 mm hujan setiap tahun secara purata. Sebuah bangunan boleh menjimatkan 40% bersamaan 180000 liter kegunaan air setiap tahun dengan air hujan yang dikumpulkan ini. Menurut kajian Zurainah (2011) yang bertajuk Sistem Penuaian Air Hujan adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kesedaran orang ramai tentang kepentingan sistem penuaian air hujan dan mendapatkan jumlah air hujan yang digunakan serta memastikan sistem penuaian air hujan menjimatkan kos. Hasil kajian menunjukkan jumlah penggunaan maksimum air hujan ialah sebanyak 9m3/ hari. Kos bayaran bulanan bil air menurun sebanyak 66% dengan penggunaan sistem penuaian air hujan. Didapati 78% responden tidak pernah mengetahui atau mendengar tentang sistem penuaian air hujan. Manakala 22% pernah mendengar tentang sistem penuaian air hujan, 89% responden mempunyai keinginan untuk memasang sistem ini, 9% responden tidak pasti dan 2% responden tidak bersetuju. Dengan ini, kesedaran orang ramai tentang kepentingan sistem penuaian air hujan masih di peringkat yang rendah.
5.0 KAEDAH5.1. Responden Dan Instrumen Kajian Jadual berikut menunjukkan cara pengumpulan data yang sesuai digunakan.Jadual 2: Objektif kajian dan instrumen kajianObjektifInstrumen
Meninjau penggunaan air bulanan dan tahunan di IPG. Dokumen analisis
Mengenalpasti jenis penggunaan air di IPG Soal selidik Temubual
Mencadangkan langkah-langkah dalam penjimatan air. Soal selidik Temubual
5.1.1 Dokumen AnalisisBil air bulanan dari Tahun 2011 hingga Jun 2013 merupakan dokumen penting yang dikumpul bagi kajian ini. Bil air ini dianalisis untuk meninjau penggunaan air bagi warga IPG mengikut bulanan dan tahunan.
5.1.2 Soal SelidikSoal selidik mempunyai 3 soalan dalam Bahagian A, dan 1 soalan dalam Bahagian B. Soal selidik diedar kepada seramai 100 orang pelajar untuk mengenalpasti permintaan air di IPG serta mencadangkan cara penjimatan air.
5.1.3 TemubualResponden temubual merupakan 5 orang pelajar dan 2 orang pensyarah. Rakaman audio dijalankan sepanjang proses temubual. Temubual direkod dan dianalisis untuk menyokong data pemerhatian dan soal selidik.5.2. Perancangan Tindakan.
Rajah 1: Langkah-langkah tindakan yang dijalankan
6.0 DAPATAN
6.1 Meninjau Penggunaan Air Bulanan Di IPG.
Rajah 2 menunjukkan jumlah penggunaan air dalam IPG pada bulan Januari hingga Disember pada tahun 2011 dan 2012.
Rajah 2 : Jumlah penggunaan air dalam IPG
Jadual 3: Jumlah penggunaan air dalam IPG dari Januari hingga Jun 2013Bulanm3
Jan12504
Feb9845
Mac11630
Apr12582
Mei8493
Jun8291
Jumlah63345
Berdasarkan jumlah penggunaan air pada bulan Januari hingga Jun 2013 di atas, satu anggaran jumlah penggunaan air setiap pelajar dalam satu semester dan satu bulan boleh dikira. Terdapat 950 orang pelajar yang tinggal di asrama IPG. Berikut menunjukkan anggaran tersebut,
Jumlah penggunaan air seorang pelajar = 63345 m3 / 950 orang/ 6 bulan=11.1 m3 (RM30.10)
Oleh itu, didapati secara anggaran setiap pelajar yang tinggal di asrama telah menggunakan 11.1 m3 air setiap bulan dengan kos sebanyak RM 30.10. Pelajar haruslah mempunyai kesedaran dalam menghargai sumber air dan jimat menggunakannya.
6.2 Mengenalpasti Jenis Penggunaan Permintaan Air di IPG Soal selidik dan temubual bersama pelajar yang sebagai pengguna dalam IPG telah dilakukan. Jumlah responden adalah seramai 100 orang pelajar dengan campuran lelaki dan perempuan dan juga antara blok asrama yang berbeza. Rajah 3 di bawah menunjukkan permintaan air yang paling tinggi oleh pengguna IPG.
Rajah 3: Jenis penggunaan air oleh pengguna di IPG.
Rajah 4: Kekerapan penggunaan air untuk mandi setiap hari
Berdasarkan Rajah 4, didapati kekerapan mandi setiap hari adakah sebanyak 4 hingga 5 kali setiap pengguna asrama. Walau bagaimanapun, sebanyak 41% responden mandi dengan kekerapan 2 hingga 3 kali sehari dan diikuti dengan 0 hingga 1 kali dan 6 hingga 7 kali sehari. Semakin kerap pengguna mandi, semakin banyak penggunaan air dalam IPG.Satu analisis dilakukan untuk mengenalpasti sama ada pengguna mandi dengan menggunakan pancuran / shower atau menggunakan air dalam bekas. Rajah 4 berikut menunjukkan bahawa lebih ramai pengguna mandi dengan pancuran berbanding dengan menggunakan air dalam bekas.
Rajah 5: Cara mandi pengguna IPGAnalisis berikut bertujuan meninjau kekerapan pengguna membasuh pakaian dalam masa seminggu.
Rajah 6: Kekerapan pengguna membasuh pakaian dalam seminggu6.4 Analisis Data Jadual 5: Soal selidik cadangan langkah-langkah dalam penjimatan air. Skala 1 menunjukkan sangat tidak setuju dan skala 5 menunjukkan sangat setuju.
BILITEM12345Min
Langkah-langkah penjimatan air:
a.Mengguna semula air.00025754.75
b.Kawal kadar aliran air apabila menggunakan paip.00515804.75
c.Segera melaporkan kebocoran paip air.0008924.92
d.Pasangkan sistem dua curahan pada tandas.00028724.72
e.Masukkan sebotol (500ml) ke dalam tangki curahan/ flush untuk penjimatan air setiap kali flush ditarik keluar airnya.00013874.87
f.Kurangkan kekerapan curahan/ flushing dan elakkan curahan yang tidak perlu.00732614.54
g.Gunakan pancuran/ shower untuk mandi.00326714.68
h.Tutup paip air/ pancuran air ketika menggosok gigi dan bersabun.00016844.84
i.Kurangkan masa mandian.063836203.70
j.Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk menggelakkan air terus menitis.00012884.88
k.Menggunakan mesin basuh pakaian dengan muatan optimum.0016934.89
l.Menadah air hujan untuk penggunaan lain.051126584.37
m.Mengadakan Kempen Putus Bekalan Air sekali sebulan untuk meningkatkan kesedaran penjimatan air. 774421213.42
Min keseluruhan4.56
7.0 PERBINCANGAN
7.1 Perbincangan dapatanBerdasarkan bil air bulanan yang dikaji, didapati pelajar asrama telah menggunakan secara puratanya sebanyak 11 m3 air setiap bulan untuk pelbagai kegunaan khususnya mandi dan membacuh pakaian. Jumlah kuantiti air sebanyak ini dikatakan agak tinggi berbanding hasil kajian LESTARI, UKM yang mendapati keperluan air secara individu sehari adalah sekitar 50 liter sahaja untuk keperluan asas.
7.2 Cadangan penambahbaikanTerdapat beberapa cadangan untuk menambahbaikan projek ini, Pertama adalah mengkaji perbezaan penggunaan air di antara blok asrama, iaitu antara blok-blok asrama perempuan dan asrama lelaki supaya dapat meilhat permintaan air secara menyeluruh.Kedua, meluaskan kumpulan sasaran kepada para pensyarah dan staf IPG. Ini adalah kerana kumpulan pensyarah dan staf IPG merupakan warga IPG juga.Ketiga, bina takungan tadahan air hujan dengan menggunakan model yang bersesuaian di dalam IPG untuk menjimatkan bekalan air. Cadangan ini dapat memanfaatkan warga IPG dalam tempoh jangka masa yang panjang walaupun reka bentuk tadahan air hujan mungkin memerlukan kos yang agak banyak dan memerlukan masa yang panjang untuk memerhati keberkesanannya. Keempat, kempen dijalankan untuk meningkatkan kesedaran warga IPG tentang kepentingan menjimatkan air dan berusaha bersama-sama untuk mengaplikasikan cadangan-cadangan tersebut ke dalam kehidupan harian. Kempen ini dicadangkan untuk melibatkan semua warga IPG.
8.0 KESIMPULANAnggaran penggunaan air dikalangan pelajar di IPG adalah sebanyak sekitar 11 m3 setiap bulan dengan kos sebanyak kira-kira RM30. Didapati penggunaan air paling tinggi adalah untuk mandi kerana pelajar mandi lebih daripada 3 kali sehari. Pengurangan penggunaan air dengan sendirinya akan mengurangkan kuantiti air tercemar. Diharapkan semua pihak dapat melaksanakan cadangan-cadangan di atas mengikut kesesuaian keadaan di tempat masing-masing. Isu ini dapat diatasi dengan program-program yang sesuai seperti Program IPG Lestari. Program tersebut telah dapat meningkatkan kesedaran penjimatan air dalam kalangan pelajar IPG.
9.0 RUJUKANHamidah binti Shahir (2013, April 8). Menangani Krisis Air: Penggunaan Air Secara Berhemah dan Bijaksana. Dipetik pada Sep 28, 2013 dari ://smp.townplan.gov.my/ blog/?p=5608Kementerian Sumber Alam Sekitar Malaysia.(2008). Amalan Mesra Alam Environmental Friendly Practices. (3rded.) Putrajaya: Jabatan Alam Sekitar Malaysia.Mohd.Azhar (2010). Investigation On Rainwater Harvesting System.Tesis: Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif). Melaka: UniversitiTeknikal Malaysia Melaka. Dipetik pada Sep19, 2013 dari http://eprints2.utem.edu.my/2046/1/Kajian_Sistem. Tadahan_Hujan_4_pages.pdfManahan, S. E. (2005).Environmental Chemistry.(8thed.). Florida: CRCPress LLC.Seorang atau dua orang pengarang?Norzuraida Mohd Yunus (2007). Kajian Keberkesanan Saiz Tangki Simpanan OSD Sebagai Sumber Guna Semula Air Hujan. Tesis yang tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia.Pah Rokkiah Syed Hussain, Hamidi Ismail dan Wahida Ayob. (2004). Sikap Masyarakat Terhadap Penggunaan Bekalan Air Bersih: Pembaziran DanPenjimatan. Kedah: Universiti Utara Malaysia.8.8.2 ISU V : MENENTUKAN KEASIDAN MINUMAN BERKARBONAT DAN PERENCAH MI SEGERANota: Kajian dan keputusan ujian ini semata-mata untuk tujuan pembelajaran. Kemungkinan hasilnya berbeza dengan ujian makmal sebenar. Kami tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kesilapan.
1.0PENGENALAN- Makanan berasid- Kesan keasidan makanan terhadap kesihatan- Faktor ketidakseimbangan asid dalam badan- Penyelesaian terhadap ketidakseimbangan asid dalam badan
2.0 PERNYATAAN ISU- Tabiat pemakanan dan minum orang ramai- Kaitannya dengan masalah kesihatan kini
Makanan Berasid Dan Makanan BeralkaliliGambar di atas menunjukkan carta pH dalam makanan.Skala 1-6 menunjukkan skala makanan berasid, skala 7 adalah makanan yang neutral ataupun semulajadi manakala skala 8-14 menunjukkan skala makanan yang beralkali.Kita digalakkan mengambil makanan yang berskala 7 dan ke atas kerana makanan yang beralkali memberi kita lebih banyak manfaat dari segi kesihatan, kecergasan minda dan tubuh badan kita.Apabila kita terlalu kerap mengambil makanan yang berasid, badan akan menjadi kurang sihat dan kita akan mudah terdedah dengan pelbagai risiko penyakit yang kronik seperti sakit jantung dan darah tinggi. Selain itu, badan akan menjadi kurang cekap dalam menyerap vitamin dan mineral pada makanan yang dimakan dan proses membaiki sel-sel rosak dalam badan akan semakin berkurangan.Contoh Isu:
Tahukah anda jenis makanan yang anda ambil dalam kehidupan sehari-harian? Adakah anda seorang yang prihatin terhadap tahap kesihatan anda? Adakah anda mengamalkan gaya pemakanan yang sihat mengikut diet seimbang yang disyorkan oleh pakar pemakanan?Mari kita pelajari serba sedikit mengenai makanan berasid dan makanan beralkali serta kesan pengambilannya pada tubuh badan kita.
3.0OBJEKTIF PROJEK3.1Menentukan keasidan pelbagai minuman berkarbonat3.2Menentukan keasidan perencah pelbagai mi segera
4.0TINJAUAN LITERATUR- Kajian-kajian tentang tabiat pemakanan rakyat Malaysia- Artikel atau kajian-kajian tentang masalah kesihatan rakyat Malaysia- Perkaitan antara tabiat pemakanan dengan masalah kesihatan
5.0KAEDAH KAJIAN
5.1Kajian lapangan bagi mengenalpasti kecenderungan guru pelatih mengambil minuman berkarbonat dan mee segera (soal selidik ringkas dan pemerhatian hasil buangan dalam tong sampah).5.2Ujian makmal bagi menentukan keasidan pelbagai jenis minuman berkarbonat dan perencah mee segera.- Prosedur kajian perlu dijelaskan langkah demi langkah- Kajian makmal perlu ditunjukkan (ujian makmal perlu dinyatakan dengan terperinci, gambar atau ilustrasi perlu).
Contoh Tujuan : Menjalankan ujian makanan untuk nilai pHRadas: Bikar 250ml, kertas pH
Ujian Makanan (nilai pH)
a. Masukkan setiap minuman berkarbonat ke dalam tabunguji masing-masing. b. Celupkan sehelai kertas pH ke dalam larutandan perhatikan perubahan warna kertas pH dalam masa 3 saat.c. Catat pemerhatian dalam jadual yang sama.d. Bandingkan warna kertas pH dengan jadual warna yang ada di kotak.
6.0DAPATAN KAJIANContohKeputusan ujian pH minuman berkarbonatJenis minuman berkarbonatPemerhatian kertas pH selepas direndamkan
Keputusan (ujian makanan untuk nilai pH)Jenis Perencah Mi SegeraPemerhatian kertas pH selepas direndamkan
Pemerhatian : Keasidan minuman berkarbonatJenis Minuman BerkarbonatNilai pHInferensRanking
Minuman A2Berasid1
Minuman B3Berasid2
Minuman C3Berasid2
Minuman D3Berasid2
Minuman E3 Berasid2
Minuman F4Berasid3
Pemerhatian : Keasidan perencah mi segera
Jenis Perencah Mi SegeraNilai pHInferensRanking
A4 Berasid1
B4Berasid1
C5Berasid2
D5Berasid2
E6Berasid3
7.0PERBINCANGANUjian kertas pH menunjukkan bahawa kesemua enam jenis minuman berkarbonat adalah di antara nilai 2-4. Menurut Rajah 1 yang ditunjukkan di bawah, nilai pH yang bawah 7 adalah berasid. Ini membuktikan bahawa semua minuman berkarbonat yang diuji adalah bersifat asid. Dapatan ujian juga menunjukkan minuman A paling berasid diikuti oleh B, C, D, E dan F.
Rajah 1: Skala pH
Kesan asid dalam minuman berkarbonat terhadap tubuh manusia : ContohMinuman berasid boleh menjadi faktor utama yang menyebabkan kerosakan gigi dengan melemah serta mengikis lapisan enamel pada gigi. Ini mempercepatkan proses pereputan gigi. Selain adanya karies gigi, ia mungkin melembutkan dan menghakis permukaan gigi. Cuba dapatkan maklumat sokongan dari punca yang sah berkaitan kesan asid terhadap kesihatan badan.
Cadangan PenambahbaikanContohCadangan kepada kajian seterusnya boleh dimulakan dengan soal selidik terhadap semua warga dalam institut untuk mengenalpasti makanan yang paling kerap dimakan dan minuman yang paling disukai. Dengan ini jenis dan jumlah bahan makanan yang dimakan dapat dikenalpasti.Penambahbaikan terhadap ujian makmal pula boleh ditambahbaik dengan lebih banyak jenis ujian makanan untuk menentukan lebih banyak lagi bahan yang terkandung dalam makanan. Masa yang lebih panjang diperuntukkan untuk memerhati perubahan yang mungkin berlaku terhadap sampel makanan yang mungkin ada perubahan.
8.0KESIMPULANSebagai kesimpulannya, minuman berkarbonat dan mi segera mempunyai kesan buruk kepada kesihatan jika kita tidak bijak memilihnya dan mengambilnya secara berlebihan atau kerap. Walaupun makanan segera adalah lebih lazat, tetapi kandungan yang tersembunyi di dalamnya cukup untuk mengundang penyakit jika kita mengambilnya secara keterlaluan. Ini kerana, terlalu banyak mengambil makanan yang melebihi keperluan kita juga boleh menyebabkan masalah kesihatan dan kurang mengambil makanan juga menampilkan kesan buruk. Justeru, kita sebagai pengguna sepatutnya mampu serta bijak dalam memilih makanan yang terbaik untuk diri kita .
9.0RUJUKANChong, K. Y., Thong, K. S., & Nor Mazliana Binti Abdul Hashim. (2012). Sains Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Odonata Publishing Sdn. Bhd. Dennis, R. L. & Cousin, J. A. (1991). Food dan Baverage. New York: McGraw Hill.Jamal Khair Hashim & Norani Dato Mohd Othman. (1999). Bahan kimia dalam makanan kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Last, J.M. (1987). Public health & human ecology. Canada: Appletoo & Lange.Lim, K. C., Yeo, P. C., Cheong, S. L., Susan Chin, S. M., Sherolliza Yabi., Guoh, S. Ling., & Khairiah Binti Mohamad. (2012). Kimia tingkatan 5. Kuala Lumpur: Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Liza, A. (2000). Industri Francais. Dewan Ekonomi. 42-43. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Mah, C. W & Tina Lim, S. Kim. (2006). Total reference: Biology form 4. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.Mohd Hafizudin Zakaria., Rawaida Rusli & Rozhan Abu Dardak. (2009). Penggunaan dan kecendurungan pengguna terhadap makanan sejuk beku. Economic and Technology Management Review. 2(4), 83-93.Tan, Y.T & Loh W.L. (2005). Exsplorasi Kimia Tingkatan 5. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Wan Nudri Wan Daud & Aminah Abdullah (1996). Kandungan makronutrien di dalam makanan yang terdapat di kantin sekolah. Bahagian Pemakanan Manusia. 2(1), 66-67.Rendah. Yee, S. F. (2012). Kimia tingkatan 5. Bangi: Penerbitan Bangi Sdn. Bhd.
8.5 PENUTUPPembelajaran berasaskan projek merupakan satu kaedah yang wajar diketengahkan oleh guru kepada pelajarnya kerana ia berpusatkan pelajar. Kaedah ini banyak memberi peluang kepada pelajar melaksanakan aktiviti hands-on, minds-on dan hearts-on dalam mengenalpasti isu dan menyelesaikan masalah dalam disiplin dunia sebenar.
8.8.3ISU VI : MENGENALPASTI TAHAP DAN PUNCA PENCEMARAN AIR DI IPG 1.0PENDAHULUANMasalah pencemaran persekitaran merupakan satu isu utama di dunia sekarang. Jumlah populasi manusia sentiasa bertambah dari hari ke hari dan manusia melakukan pelbagai aktiviti yang menghasilkan pelbagai pencemar yang boleh menambahkan pencemaran di persekitaran. Pencemaran yang dihasilkan pada peringkat awal boleh dibersihkan dengan proses yang sedia ada di alam ini. Tetapi, apabila sampai ke satu peringkat apabila pencemar dikeluarkan dengan banyaknya, ini menyebabkan proses pembersihan secara semulajadi menjadi tidak berkesan.2.0PERNYATAAN ISUBerdasarkan bil penggunaan air di IPG, didapati bahawa bacaan meter padu maksimum bagi penggunaan air di IPG ialah 12582 dalam tahun 2013. Seramai 280 orang pensyarah dan staf sokongan telah menggunakan air pada waktu kerja iaitu seawal 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Pensyarah menggunakan air untuk membasuh tangan dan semasa berada di tandas. Selain itu, staf sokongan menggunakan air untuk tujuan membersihkan tandas atau menyiram pokok-pokok. Manakala dalam asrama, seramai 1050 guru pelatih sepenuh masa berada dalam IPG ini. Masa kuliah bermula dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Dalam masa kuliah ini, terdapat guru pelatih yang menggunakan air untuk membasuh tangan sebelum dan selepas makan atau selepas pergi ke tandas. Manakala, kantin juga menggunakan air untuk tujuan membersihkan bahan atau alatan memasak. Air yang digunakan untuk membasuh tangan, tandas, membersihkan tandas, memasak dan sebagainya telah menambahkan penggunaan air dan pada masa yang sama ia juga telah mencemarkan air.
Pemilihan 3 tempat di kawasan IPG iaitu kantin, asrama dan parit besar diharap sesuai untuk pensampelan bagi melihat tahap pencemaran air di IPG. Hal ini disebabkan pencemaran air yang berlaku diketiga-tiga kawasan nampak lebih ketara.
3.0 OBJEKTIF PROJEK1. Menentukan tahap pencemaran air di kawasan IPG iaitu kantin, asrama dan parit besar berdasarkan skala pH, perubahan warna kertas litmus dan kekeruhan air.2. Mengenalpasti punca-punca pencemaran air di kawasan IPG iaitu kantin, asrama dan parit besar.
4.0TINJAUAN LITERATUR
4.1Kualiti AirKualiti air merupakan satu gambaran atau tindak balas komposisi air terhadap segala input sama ada semula jadi atau budaya. Apabila membincangkan tentang konsep kualiti air, kita selalu mengaitkan dengan kriteria pencemaran air. Kriteria kualiti air bermaksud satu keperluan saintifik di mana satu keputusan atau pertimbangan boleh dibuat berdasarkan kesesuaian kualiti untuk menyokong satu kegunaan yang ditetapkan oleh WHO (World Health Organisation, 1978). Kriteria tertentu perlu untuk menyediakan asas-asas yang rasional dan saintifik untuk formulasi objektif-objektif kualiti air serta penggunaan standard-standard kualiti air.
Turk et al. (1974), mendefinisikan kualiti air sebagai tingkat kesesuaian sesuatu sumber air bagi kegunaan untuk minuman manusia dan haiwan serta berupaya menampung keperluan seluruh hidupan akuatik yang terdapat dalam lautan, memenuhi kegunaan pengairan dan juga untuk tujuan rekreasi.
4.2 Pencemaran AirPencemaran merujuk kepada sebarang perubahan kualiti alam sekeliling yang berpunca dari kegiatan manusia yang boleh memudaratkan manusia sendiri dan juga alam sekitar. Pencemaran air pula bermaksud sebarang unsur yang menyebabkan atau menggalakkan keadaan tercemar di dalam mana-mana sumber air yang mendatangkan kesan negatif terhadap sebarang bentuk kegunaan sumber air tersebut (Klein, 1957, dipetik oleh Aiken et al., 1982)
Menurut Turk et al. (1974), pencemaran air dianggap sebagai sebarang penambahan benda asing yang tidak diperlukan yang menyebabkan kemerosotan kualiti air. Sementara itu, sesuatu sumber air juga dikatakan mengalami pencemaran apabila berlaku sesuatu perubahan secara langsung di dalam kandungan air. Perubahan yang berpunca daripada kegiatan manusia mengakibatkan ketidaksesuaian sesuatu sumber air untuk sesuatu tujuan seperti asalnya.4.3 Kajian Lepas
Kajian yang dijalankan oleh Bahagian Alam Sekitar (1977) menjelaskan bahawa sebanyak 42 buah lembangan sungai di Semenanjung Malaysia dikategorikan sangat tercemar, 16 buah sungai sederhana dan 7 buah sungai berada dalam keadaan terancam. Antara sungai-sungai tersebut ialah Sungai Klang, Sungai Selangor, Sungai Linggi, Sungai Langat, Sungai Melaka, Sungai Muda, Sungai Juru, Sungai Muar, Sungai Segamat, Sungai Johor, Sungai Terengganu dan Sungai Kelantan. Kajian yang dibuat oleh Bahagian Alam Sekitar dalam tahun 1978 dan 1979 melaporkan sebanyak 55% daripada 45 buah lembangan sungai yang menjadi sampel kajian mereka adalah bersih, 29% kualiti airnya tidak mengalami perubahan dan 14% telah pulih kecuali Sungai Melaka kualiti air sungainya semakin teruk (Bahagian Alam Sekitar, 1980). Manakala menurut Jabatan Alam Sekitar Malaysia, 1996, terdapat sebanyak 67 buah lembangan sungai di Malaysia yang tercemar sehingga tahun 1995.
Penerangan di atas menjelas kepada kita bahawa pencemaran sungai sememangnya menjadi isu penting dari tahun ke tahun dan penyelesaiannya memerlukan kesedaran bersama oleh semua pihak.
5.0KAEDAH
5.1Responden
Oleh sebab kajian dijalankan di tiga kawasan IPG Kampus, maka, responden adalah pengguna air di kawasan kampus tersebut. Jadual berikut memaparkan jumlah pengguna air di ketiga-tiga kawasan tersebut.Jadual 1: Pengguna Air di IPG Kampus PihakJumlah
Penghuni Asrama1050
Pensyarah200
Staf Sokongan80
5.2Instrumen Kajian
5.2.1 Pemerhatian
Tiga kawasan dalam IPG dipilih iaitu kantin, asrama dan parit besar. Air dari 3 tempat ini dikumpulkan dalam botol air. Pemerhatian kejernihan/ kekeruhan dan ujian makmal dengan menggunakan skala pH dan kertas litmus untuk mengkaji dan mengenalpasti tahap pencemaran air bagi ketiga-tiga tempat ini.
5.2.2Soal Selidik
Terdapat 12 item dalam soal selidik. Soal selidik ini berbentuk pilihan iaitu jawapan disediakan bagi setiap item, responden hanya memilih jawapan dengan membuat tanda () dalam petak jawapan yang disediakan. Seramai 40 orang responden dipilih secara rawak dalam mengisikan borang soal selidik ini iaitu 20 orang lelaki dan 20 orang perempuan. Antara soalan bagi soal selidik lebih berfokuskan kepada penggunaan air di IPG. 5.2.3 TemubualTemubual ini dilaksanakan bertujuan untuk mengumpul maklumat yang lebih tepat dalam menyokong hujah-hujah yang dibuat. Antara soalan yang dikemukakan dalam temubual ini adalah seperti berikut:
RespondenSoalan yang ditanya
Pengusaha kantin Masa operasi kantin. Bil air bagi kantin. Berapa kali memggunakan air untuk membasuh? Bagaimanakah menguruskan sisa makanan? Adakah menggunakan sistem penapisan?
Pihak pejabat asrama Masa operasi pejabat. Jumlah bilangan penghuni asrama. Jumlah bilangan bilik air. Jumlah bilangan mesin basuh baju.
5.3 Perancangan Tindakan
TempohPerkara
Minggu 1
Kerja kursus diedarkan dan diterangkan Isu, objektif dan instrumen kajian telah ditetapkan. Sampel air mula dikumpulkan. Pemerhatian di lapangan dijalankan. Maklumat yang penting seperti pelbagai jenis, faktor dan kesan pencemaran mula dikumpulkan.
Minggu 2
Perbincangan maklumat yang dikumpulkan Sampel air dari kantin, asrama dan parit besar dikumpulkan buat kali kedua. Pemerhatian sesi kedua di lapangan dijalankan
Minggu 3
Penyediaan soalan untuk borang soal selidik dan soalan temu bual Sampel air dari kantin, asrama dan parit besar telah dikumpulkan buat kali ketiga. Pemerhatian lapangan berikutnya dilaksanakan. Ujian makmal dijalankan dengan menggunakan skala pH, kertas litmus dan melihat dari aspek kekeruhan atau kejernihan.
Minggu 4
Sesi temu bual dijalankan dengan pengusaha kantin dan pihak asrama dan borang soal selidik turut dijawab oleh penghuni (guru pelatih) di asrama. Pengumpulan kajian-kajian lepas mengenai pencemaran air yang berlaku di Institut Pengajian yang lain. Sampel air dari kantin, asrama dan parit besar dikumpulkan buat kali keempat. Ujian makmal seterusnya dijalankan untuk beberapa sesi pensampelan.
Minggu 5
Analisis hasil dapatan dijalankan dan disemak Mana-mana maklumat yang tidak mencukupi telah dikumpulkan lagi bagi menyempurnakan lagi kajian bebas tersebut.
Minggu 6
Penyemakan hasil dapatan buat kali terakhir sebelum seminar pembentangan dijalankan. Penambahbaikan dilakukan selepas seminar pembentangan. Kerja kursus diserahkan kepada pensyarah.
Kami telah melaksanakan tindakan yang dirancangkan dalam enam minggu ini. Antara tindakan yang dilakukan ialah melaksanakan pemerhatian dan mengumpul sampel air dari kantin, asrama dan parit besar, mentadbir soal selidik dan membuat temubual.
Pensampelan
Mengumpul air di kawasan kantinMengumpul air di kawasan asramaMengumpul air di parit besar
6.0 DAPATAN
Data telah dikumpul melalui tiga cara iaitu pemerhatian, soal selidik dan temubual untuk mengenalpasti pencemaran air di IPG
Pemerhatian terhadap air yang dikumpulkan di tiga tempat dalam kawasan IPG dilakukan selama sebulan dan telah dianalisis. Keputusan analisis adalah seperti berikut.
Minggu & Tarikh dan Masa Mengumpul AirTempatSkala pH Air yang DikumpulPerubahan Warna Kertas LitmusKekeruhan
Minggu 1(22.08.2013)4.30 petang
Kantin4Biru ke merah
Keruh
Asrama6Tiada perubahan
Keruh
Parit Besar7Tiada perubahan
Jernih
Minggu 2(29.08.2013)4.30 petang
Kantin10Merah ke biru
Keruh
Asrama6Tiada perubahan
Keruh
Parit Besar7Tiada perubahanJernih
Minggu 3(05.09.2013)4.30 petang
Kantin4Biru ke merah
Keruh
Asrama6Tiada perubahan
Keruh
Parit Besar7Tiada perubahan
Jernih
Minggu 4(12.09.2013)4.30 petang
Kantin4Biru ke merah
Keruh
Asrama6Tiada perubahan
Keruh
Parit Besar7Tiada perubahan
Jernih
7.0 PERBINCANGAN
Berdasarkan pemerhatian dan ujian makmal didapati bahawa air di kawasan kantin adalah paling banyak dicemari, diikuti dengan air di kawasan asrama dan air di dalam parit besar.
Daripada soal selidik yang ditadbir kepada 40 pelajar didapati,
1. Punca-punca pencemaran air di dalam asrama ialah,
Masa yang panjang semasa mandi. Cara mandi samada menggunakan pancuran atau gayung, Tingkahlaku semasa mandi dan penggunaan pelbagai jenis sabun menyumbang kepada pencemaran air . Penggunaan pelbagai jenis detergen semasa mencuci baju, cara menggunakan mesin basuh dengan muatan penuh atau tidak juga menyumbang kepada kuantiti air tercemar yang dikeluarkan..
2. Punca-punca pencemaran air di kantin ialah,
Menggunakan air untuk basuh tangan selepas makan dan menggunakan sabun untuk membersihkan tangan. Banyak penghuni makan di kantin, maka pinggan mangkuk yang digunakan adalah banyak. Pihak pengusaha kantin perlu menggunakan air dan sabun untuk mencuci pinggan mangkuk
Aktiviti lain yang turut menyumbang adalah cuci kereta, mop lantai, cuci longkang, siram pokok. Bilangan kereta dalam IPG semakin banyak, dan ramai yang menggunakan air untuk mencuci kereta dengan cara menggunakan paip air bukannya mengisikan air dalam baldi untuk mencuci kereta.
Semua warga IPG mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing untuk menjaga air dan kurangkan pencemaran air di IPG. Warga perlu sentiasa menghargai air kerana air merupakan kurniaan Tuhan dan walaupun pada masa kini air masih dalam harga yang murah, akan tetapi, keadaan ini tidak akan berkekalan sekiranya manusia terus mencemarkannya. Ini disebabkan kos yang tinggi perlu digunakan untuk membeli bahan kimia atau alatan untuk merawat air yang telah dicemari. Kesannya, warga perlu membayar lebih mahal untuk mendapatkan air bersih. Demi kesihatan diri, demi hidupan akuatik dan demi generasi muda kami, bersama-samalah kami mengurangkan kes pencemaran air.
8.0 KESIMPULAN
Tahap pencemaran air paling tinggi adalah di kantin, diikuti pencemaran di asrama dan di parit besar tahap pencemaran adalah paling rendah. Di antara punca pencemaran yang utama telah dikenalpasti adalah penggunaan sabun dan bahan pencuci pakaian. Kuantiti air yang tercemar dipengaruhi oleh aktiviti mandi, cuci pakaian, cuci kenderaan dan aktiviti membersihkan kawasan lantai persekitaran.
Air adalah kurniaan Tuhan yang amat berharga dan menjadi kewajipan untuk semua benda hidup di dunia yang penuh dengan cabaran ini. Ciri-ciri istimewa air ialah percuma, mudah diperolehi, tidak habis digunakan dan amat berguna untuk menjalankan kehidupan seharian. Air turut memainkan peranan dalam memastikan proses-proses seperti respirasi, fotosintesis, kitaran air dapat berjalan dengan lancar kerana proses-proses tersebut amat penting dalam menjamin kesinambungan alam dan kehidupan di bumi kita. Malangnya, kebanyakan manusia tidak prihatin dan peka akan kepentingan sumber air yang mengalir dari hulu ke hilir di bumi kita. Ramai yang menyatakan bahawa air penting untuk semua benda hidup tetapi kelakuan dan pemikiran mereka tidak menunjukkan sikap mereka dalam memelihara dan memulihara sumber air.
9.0RUJUKAN
Ambasht, R.S. & Ambast, P.K. (2005).Environment And Pollution. New Delhi: CBS Publishers & Distributors.
Choong, C.H., Quek, Y.H., Chla, L.T., Choo, Y.T. & Sivajolthi a/p V.Kathirasou.(1999). Biologi Fokus Jingga SPM. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Gan, W.Y., Manoharan a/l Subramaniam & Azmah Bt. Rajion.(2011). Biologi Tingkatan 4. Petaling Jaya: Bakaprep Sdn. Bhd.
Hamidi Abdul Aziz. (2008). PencemaranBunyi (Teori, Sumber, Perundangan dan Kawalan). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Hamidi Ismail & Tuan Pah Rokiah Syed Hussain.(2006). Isu-isu Pengurusan Alam Sekitar. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Harris, F. (2004).Global Environment Issues. England: John Wiley & Sons, Ltd.
Morgan, S.M. &Vesilind, P.A. (2004). Introduction to Environment Engineering. United State: Thomsom Brooks Cole.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (1986). Penghijauan Sekolah.Petaling Jaya: World Wide Fund For Nature Malaysia.
Stidworthy, J. (1994). PencintaAlam. Shah Alam: Federal Publications Sdn .Bhd.
Sowry, J. (1982). Looking at Water. London: Batsford Academics and Educational Ltd. London.
Zaini Ujang. (2000). . Kuala Lumpur: Dewan BahasadanPustaka. Laman WebJenis-jenis Pencemaran Di Malaysia Tarikh: 20 Ogos 2013 http://www.jomria.com/2012/03/jom-ketahui-5-jenis-jenis-pencemaran.htmlTajuk: PencemaranTarikh: 22 Ogos 2013 Masa: 1200http://ingr97.wordpress.com/2011/09/10/pencemaran-alam-sekitar-buku-skrap/Tajuk: Isu-isu Pencemaran Air Di Malaysia Tarikh: 23 Ogos 2013 Masa: 1000http://guruselamanya.wordpress.com/2011/01/20/punca-punca-berlakunya-pencemaran-air/
Tajuk: Bahan Kimia Dalam Air Yang TercemarTarikh: 11 Sept 2013 Masa: 1632http://www.penapisrx-water.com/pencemaran-air-di-malaysia/Tajuk: BeritaMengenaiPuncaPencemaran Air Tarikh: 15 Sept 2013 Masa: 1209http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/alam-sekitar/570-punca-pencemaran-airTajuk: BeritaMengenai Cara Merawat Air Tarikh: 17 Sept 2013 Masa: 1430http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_02.htm
179