of 9 /9
PROJEK SENI VISUAL Projek Seni Visual merupakan satu aktiviti yang biasanya di jalankan di luar bilik darjah. Ia melibatkan semua pelajar untuk menjalankan suatu kajian tentang sesuatu perkara atau melaksanakan pelbagai jenis aktiviti untuk memperkembangkan kemahiran mereka di dalam pengaplikasian unsur-unsur seni serta prinsip rekaan dalam menghasilkan sesebuah karya seni. Tatacara Penganjuran Projek Seni Visual

Nota PSV 3143

  • Author
    nusz273

  • View
    554

  • Download
    37

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Seni dan Pengurusan

Text of Nota PSV 3143

PROJEK SENI VISUAL

Projek Seni Visual merupakan satu aktiviti yang biasanya di jalankan di luar bilik darjah. Ia melibatkan semua pelajar untuk menjalankan suatu kajian tentang sesuatu perkara atau melaksanakan pelbagai jenis aktiviti untuk memperkembangkan kemahiran mereka di dalam pengaplikasian unsur-unsur seni serta prinsip rekaan dalam menghasilkan sesebuah karya seni.

Tatacara Penganjuran Projek Seni Visual

Jenis-Jenis Projek Seni Lawatan Seminar, Bengkel & Kursus Seni Pameran Seni Pertandingan Seni Kembara Visual Pesta Seni Kanak-Kanak Minggu Seni Visual

1) LAWATANLawatan sambil belajar merujuk aktiviti luar kelasyang melibatkan pelajar dan guru melawat sesuatu tempat, kawasan, bangunan atau apa-apa yang memberi ilmu pengetahuan. Aktiviti ini menjadi satu aktiviti yang paling dinanti-nantikan oleh pelajar kerana mereka berpeluang untuk meneroka kawasan atau perkara baru

Kelebihan Lawatan Merapatkan hubungan pelajar dengan guru Pelajar akan dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah. Pelajar memperoleh pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan Mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan minda dalam seni Pelajar mempelajari konsep mengurus sesuatu aktiviti dengan lebih efektif Memupuk semangat keyakinan diri, setia kawan, disiplin diri dan patriotism Mendedahkan pelajar tentang alam semulajadi, kebudayaan dan membuat apresiasi Mengatasi masalah kebosanan dan menarik minat pelajar untuk belajar Pendidikan Seni Visual Pengurusan aktiviti dapat dirancang dengan lebih teratur dan sistematik melalui penerapan sikap bekerjasama

Kelemahan Lawatan Memerlukan kos yang tinggi Memerlukan tenaga kerja yang ramai Peserta perlu membuat penelitian setiap aktiviti yang dirancangkan Jangka masa yang lama diperlukan untuk merancang dan melaksanakan program Memerlukan persefahaman yang utuh antara semua peserta agar lawatan berjalan dengan lancar dan selamat. Memerlukan perancangan masa yang sistematik agar perjalanan aktiviti semasa lawatan dapat dimanfaatkan sepenuhnya

2) SEMINAR, BENGKEL DAN KURSUS SENI Seminar, bengkel dan kursus eni boleh diertikan sebagai satu bentuk pengajaran akademik(perbahasan masalah secara ilmiah). Ia dilaksanakan di peringkat sekolah, university mahupun sebuah organisasi oleh golongan profesional. Ia biasanya berfokuskan kepada suatu topik dan peserta yang hadir akan melibatkan diri secara aktif. Seminar dilaksanakan dalam bentuk dialog, persembahan hasil kajian, dalam bentuk formal, sesi debat atau sesi perkongsian ilmu dan pengalaman.

Kelebihan Seminar, Bengkel Dan Kursus Seni Meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah Pelajar akan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang seni Mampu mengatasi masalah kognitif (Knowing, Learning & Understand) Pelajar akan dapat berkongsi pengalaman bersama-sama dengan peserta lain Memupuk semangat kerjasama dan toleransi dalam aktiviti merancang dan menjalankan seminar Sesi komen atau diskusi memberi lebih banyak peluang menguji dan bertanya soalan sesama peserta untuk memahami lebih lanjut tentang sesuatu prinsip atau teknik.

Kelemahan Seminar, Bengkel Dan Kursus Seni Kurang publisiti menyebabkan tiada penyertaan. Memerlukan masa yang lama dalam merancang seminar Memerlukan perancangan yang rapi dan sistematik serta kerjasama yang utuh dari semua ahli jawatankuasa penganjur Topik yang akan disampaikan atau dibincangkan oleg ahli panel perlu bersesuaian dengan audien agar tidak membosankan Panel profesional yang ingin dijemput perlu dimaklumkan awal kerana jadual seminar akan berubah sekiranya jadual para panel bercanggah Memerlukan kos yang tinggi kerana melibatkan penempahan dewan, peralatan seminar, jamuan, publisiti dan sumbangan kepada panel professional

3) PAMERAN SENIPengertian pameran adalah suatu kegiatan penyajian karya seni rupa untuk dikomunikasikan sehingga dapat diapresiasi oleh masyarakat luar. Jenis-jenis pameran adalah seperti Pameran Tetap (Permanent Exhibition), Pameran Sementara (Temporary Exhibition) dan Pameran Keliling (Traveling Exhibition). Pameran yang diselenggarakan umumnya menampilkan karya seni rupa moden dan kontemporeri (lukisan, patung, grafik, kriya, desain, photografi, arkitektur, dll) dari Malaysia dan seluruh negara.

Kelebihan Pameran Seni Menarik minat pelajar untuk menghasilkan sesuatu karya. Pelajar dapat menimba ilmu dan meningkatkan kreativiti mereka Suatu pengalaman pembelajaran yang dapat mencetuskan idea baru Pelajar dapat memahami secara mendalam tentang unsur seni dan prinsip rekaan Pameran yang melibatkan demonstrasi pembuatan sesuatu hasil karya dapat diperhatikan oleh orang ramai Mesej komunikasi lebih mudah diterimadan difahami melalui pengamatan terhadap hasil karya yang dipamerkan Pelajar akan dapat menjalankan apresiasi seni dan menghargai para pengkarya serta tokoh-tokoh seni tahahair dan dunia

Kelemahan Pameran Seni Memerlukan kos yang tinggi Penetapan lokasi perlu sesuai Pemilihan hasil karya pameran perlu tepat dan berkualiti tinggi Ruang letak atau ruang pameran memerlukan lokasi yang luas dan selesa Publisiti secara besar-besaran perlu dilaksanakan bagi mempromosi pameran yang ingin diadakan. Memerlukan penterjemah seni yang bijak menilai seni untuk menerangkan suatu hasil karya yang dipamerkan Memerlukan perancangan yang sistematik agar pengunjung yang datang dapat mengamati pameran secara berkesan Memerlukan pelajar menetapkan tema yang sesuai untuk pameran agar dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk dating

4) PERTANDINGAN SENIPengertian pertandingan adalah suatu perlawanan atau peraduan untuk mencapaisesuatu kejayaan. Seni pula membawa maksudkarya yang dicipta dari dengan bakat. Oleh itu, Pertandingan Seni merupakan suatu peraduan mencipta karya dari bakat yang ada pada seseorang individu.

Kelebihan Pertandingan Seni Dapat mencungkil bakat pelajar dalam bidang seni Menarik minat pelajar untuk belajar dan mendalami pengetahuan dalam mata pelajaran seni visual. Dapat memahirkan pelajar dalam teknik dan kaedah penciptaan sesuatu karya Pelajar akan dapat menghargai seni dan menjalankan apresiasi Pelajar dapat mengisi masa lapang dengan menjalankan aktiviti yang berfaedah Meningkatkan fahaman pelajar tentang unsur seni dan prinsip rekaan Memberi peluang kepada semua pelajar untuk menzahirkan idea dalam bentuk penghasilan karya seni Pelajar dapat belajar untuk menyampaikan mesej melalui karya yang dihasilkan.

Kelemahan Pertandingan Seni Penganjur perlu membuat penelitian awal dan kajian awal berkenaan minat peserta Kurang penilai/pengadil yang berkemahiran dan berpengalaman dalam menilai hasil karya seni peserta. (jika dijalankan di peringkat sekolah) Masa yang terhad Kurang penglibatan peserta sekiranya kurang publisiti.

5) KEMBARA VISUALKembara Seni bertujuan untuk melaksanakan eksplorasi dan eksperimentasi untuk meningkatkan pengalaman estetik. Para pelajar akan dapat mengggunakan pelbagai media, alat, bahan dan teknik untuk menterjemahkan pengalaman persepsi dan pengalaman estetik dalam bentuk visual.

Kelebihan Kembara Visual Keseronokan dalam pembelajaran. Melatih pelajar untuk menghayati dan menghargai alam sekitar warisan sepanjang zaman Pendidikan dan pengalaman langsung diperolehi dan ia banyak membantu kekusutan ilmu di bilik darjah Pelajar akan dapat mentafsirkan alam semualajadi yang dilihat menerusi penghasilan beberapa karya Seni Visual seperti lukisan, catan, arca dan sebagainya Pelajar dapat melihat secara realiti objek-objek dan bahan alam semulajadi dengan jelas dan kajian lebih terperinci berbanding visual secara maya, kaca TV atau skrin komputer.

Kelemahan Kembara Visual Memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi Para pelajar sukar dikawal kerana terlalu teruja dan seronok Memerlukan bantuan rakan sekerja untuk turut serta sebagai guru pengiring namun tugas guru sangat banyak dan adakalanya guru-guru tidak dapat turut serta Kembara visual memerlukan pemilihan lokasi yang sesuai dan strategik.PESTA SENI KANAK-KANAK (PSKK)Pesta Seni Kanak-Kanak dijalankan adalah bertujuan untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baru dalam seni visual tetapi secara tidak langsung mewujudkan satulagi aktiviti para pelajar sekolah di mana para pengunjung dapat menyaksikan pameran pelbagai hasil karya seni visual pelukis.

Kelebihan PSKK Para pelajar dapat mencungkil bakat dalam bidang seni visual Pameran hasil karya seni visual dapat dijalankan secara besar-besaran Pelajar dan guru akan mengetahui cara pengurusan pesta seni kanak-kanak secara menyeluruh Melibatkan masyarakat setempat Keyakinan diri serta apresiasi seni dapat ditingkatkan.

Kelemahan PSKK Memerlukan perbelanjaan yang tinggi Kurang guru berpengalaman untuk menilai hasil karya Memerlukan masa untuk memilih hasil karya yang terbaik yang dihasilkan oleh para pelajar Tugas guru semakin banyak dan mengakibatkan kurang pembabitan guru secara menyeluruh. Tanpa kerjasama yang baik di kalangan guru-guru dan para pelajar mengakibatkan pesta kanak-kanak tidak dapat dijalankan dengan lancar

MINGGU SENI VISUALMinggu Seni Visual dilaksanakan di peringkat sekolah bagi menarik minat para pelajar untuk mendalami pembelajaran seni visual di dalam bilik darjah. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti aktiviti melukis, mewarna, membuat hasil kraf, membuat arca dan sebagainya.

Kelebihan Minggu Seni Visual Aktiviti yang dirancang melibatkan semua pelajar Menarik minat pelajar untuk menghasilkan karya Penerapan seni visual secara menyeluruh kerana semua pihak turut terlibat Pengurusan yang terancang Dapat melibatkan semua guru Tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi Memartabatkan seni visual di peringkat sekolah

Kelemahan Minggu Seni Visual Pelajar pasif tidak berminat untuk mengikuti aktiviti seni Masa yang terhad kerana aktiviti P & P tidak boleh diganggu Tempat dan lokasi aktiviti terhad mengikut suasana persekitaran sekolah Kurang guru opsyen PSV yang mahir mengendalikan minggu seni visual Para pelajar kurang didedahkan dengan pelbagai bidang seni dan aktiviti-aktiviti seni Komitmen kerja guru semakin bertambah. Minggu seni visual diadakan dengan seadanya Kurang mendapat sokongan dari pihak pentadbiran kerana menanggap seni visual merupakan m/pelajaran elektif semata-mata.