Author
farzaana-nazilah
View
28
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
ASSIGNMENT SCE 3143, SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT, PEMULIHARAAN AIR, PENCEMARAN AIR TASIK
sains, teknologi dan masyarakat
sce 3143 sains, teknologi dan masyarakat
a) Mengumpul dataSatu kajian telah dijalankan untuk mendapatkan data tentang air tasik. Kajian juga dijalankan untuk mengenal pasti tahap kualiti air tasik tersebut. Saya telah memilih Taman Tasik Metropolitan, Kepong sebagai lokasi kajian. Terdapat pelbagai aktiviti rekreasi dijalankan di tasik tersebut. Antaranya ialah aktiviti permainan air, senaman dan riadah. Oleh kerana tasik ini merupakan tempat tumpuan bagi orang ramai maka kualiti air di tasik tersebut haruslah bebas daripada organisma patogen dan tidak berbahaya kepada manusia. Air tasik juga perlu bersih daripada segala pathogen agar selamat kepada flora dan fauna yang berada di sekelilingnya. Data tentang air tasik telah diambil selama enam hari bermula dari 28 Ogos 2015 hingga 2 September 2015. Data yang diperlukan untuk kajian kualiti air tasik adalah nilai pH, BOD, kemasinan, benda hidup dalam air, benda hidup di tepi tasik, suhu, kelajuan air dan pemerhatian lain yang diperoleh di sekitar tasik. Lokasi kajian dijalankan adalah seperti rajah 1 berikut.
Rajah 1: Lokasi kajian saya
Rajah 2: Aktiviti rekreasi yang terdapat di lokasi kajianKaedah pengumpulan dataData yang dikumpul untuk kajian kualiti air tasik adalah nilai pH, BOD, kemasinan, benda hidup dalam air, suhu, kelajuan air dan pepejal terampai yang berada di dalam air. Beberapa alatan telah digunakan untuk mendapatkan data tersebut.
Rajah 3: pH meterSaya telah menggunakan pH meter untuk mendapatkan data berkaitan pH air tasik. Terdapat cara bagaimana untuk menggunakan pH meter iaitu penutup pH meter di bahagian bawah perlu dibuka. Elektrod perlu dibasuh dengan cara mengacau pH meter pada air bersih atau dilalukan air kepada elektrod dan lap dengan kain atau kertas yang menyerap. Setelah itu, butang on ditekan untuk menghidupkan pH meter. Elektrod dimasukkan ke dalam air tasik untuk diukur nilai pHnya. pH meter dikacau perlahan-lahan sehingga bacaan pH menjadi stabil. Bacaan pH diambil semasa pH meter direndam ke dalam air tasik. BOD merupakan kandungan oksigen terlarut di dalam air. Ia adalah ukuran kualiti air. Alat untuk mengukur BOD adalah DO meter. Alat ini digunakan dengan merendamkan bahagian besi yang terbuka ke dalam air. Bacaan kandungan oksigen terlarut dalam air akan dipaparkan pada monitor DO meter.
Rajah 4: DO meterSampel benda hidup di dalam air juga diambil dengan menggunakan jaring. Jaring yang digunakan adalah bersaiz kecil dan besar. Jaring bersaiz kecil digunakan untuk mengambil hidupan yang berada di permukaan air. Sementara itu, jaring bersaiz besar berfungsi untuk mengambil hidupan di dasar tasik.
Rajah 5: Jaring bersaiz kecil dan besarSuhu air tasik juga perlu diambil dan dicatatkan. Suhu air tasik diukur dengan menggunakan termometer. Termometer yang digunakan adalah termometer makmal. Termometer makmal perlu digunakan secara berhati-hati. Bebuli termometer tidak boleh dipegang kerana haba badan kita akan mempengaruhi bacaan termometer. Bebuli termometer perlu direndamkan ke dalam air tasik. Termometer makmal menggunakan aplikasi prinsip pengembangan dan pengecutan bahan. Suhu air tasik boleh disukat melalui merkuri yang ada di dalam termometer. Ini kerana merkuri di dalam termometer mengembang apabila panas dan mengecut apabila sejuk.
Rajah 6: Termometer makmalKelajuan air perlu diukur dan dicatatkan. Kelajuan air diukur dengan menggunakan pita pengukur, jam randik dan kepingan poisterin. Jarak kawasan kajian ditentukan dan diukur dengan menggunakan pita pengukur. Setelah itu, kawasan itu ditanda sebagai titik A dan titik B. Kepingan polisterin diletakkan di titik A. Jam randik ditekan dan masa mula diambil bagi mengukur kelajuan kepingan polisterin bergerak dari titik A ke titik B. Pengiraan bagi kelajuan air tasik diukur dengan menggunakan formula:Laju = Jarak Masa
Jadual 1: Formula pengiraan kelajuan air
Rajah 7: Kepingan polisterin digunakan untuk mengukur kelajuan air
Rajah 8: Kepingan polisterin bergerak mengikut aliran air
Data yang diperoleh sepanjang kajian dijalankan:Hari/ DataHari 1Hari 2Hari 3Hari 4Hari 5Hari 6
pH air8.18.58.68.58.78.5
BOD air6.36.26.56.26.46.3
Suhu 323334353332
Kelajuan air18.80 cm/s15.10 cm/s12.10 cm/s10.50 cm/s14.50 cm/s10.00 cm /s
Hidupan yang didapati-Siput air-Ikan keli-belalang
-Siput air-Ikan kecilpepatung
- Semut- Ikan keli
-Ikan kelipepatung
-Ikan keli-belalang
-Semut-Ikan keli-Burung pipit
Pemerhatian lain-Keladi-Rumpai laut-Terdapat botol plastik di dalam tasik-Keladi-Rumpai laut Terdapat botol plastik di dalam tasik-Keladi-Rumpai laut-Masih terdapat botol plastik di dalam tasik-Keladi-Rumpai laut Terdapat kon plastik di dalam tasik-Keladi-Rumpai lautTerdapat botol plastik di dalam tasik-Keladi-Rumpai lautTerdapat botol plastik di dalam tasik
Jadual 2: Data air tasik
Analisis dataa. pH airpH merupakan ukuran keasidan atau kealkalian sesuatu larutan. Ph juga berfungsi untuk mengukur kepekatan ion hidrogen. Organisma akuatik boleh hidup di dalam air tasik sekiranya pH adalah 6 hingga 8 sahaja. pH air yang kurang daripada 5 atau lebih daripada 9 pula berbahaya kepada organisma akuatik.
Graf 1: Graf nilai pH air tasik sepanjang enam hari kajianGraf menunjukkan nilai pH air tasik yang dicatatkan selama enam hari kajian dilakukan. Pada hari pertama, nilai pH air tasik ialah 8.1. Pada hari kedua kajian pula, nilai pH air tasik adalah 8.5. Pada hari ketiga kajian dijalankan, nilai pH air tasik adalah 8.6. Nilai pH air tasik pada hari keempat adalah 8.5. Ini diikuti oleh nilai pH 8.7 pada hari kelima kajian dijalankan. Ini merupakan nilai pH yang tertinggi dicatatkan sepanjang enam hari kajian. Nilai pH air tasik pada hari keenam kajian pula adalah 8.5. Purata nilai pH air tasik adalah 8.5.KelasIKAKegunaan air
Kelas 1>92.7Dalam keadaan semulajadi
Kelas IIA85.0-92.7Air memerlukan rawatan konvensional
Kelas IIB76.5-85.0Air boleh digunakan untuk rekreasi
Kelas III51.9-76.5Air memerlukan rawatan intensif
Kelas IV31.0-51.9Hanya untuk tujuan pengairan. Kualiti air sedang
Kelas V