Soalan Esei Bab 2 ,Tingkatan 5

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/26/2019 Soalan Esei Bab 2 ,Tingkatan 5

    1/1

    a)Terangkan faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu(8 markah)

    Faktor pertama ialahpengenalan system politik Baratyang telah memusnahkan sistem politik

    tradisional. Ini kerana residen telah menggantikan pembesar tradisional. Perubahan sebegini telah

    mencabar amalan dan tradisi orang tempatan. Selain itu,pendudukan Jepunturut membangkitkan

    nasionalisme. Slogan Asia Untuk Asia telah menarik perhatian masyarakat yang terpedaya dengan janji

    Jepun untuk memberikan kemerdekaan. Akan tetapi kesengsaraan semasa pendudukan Jepun telah

    menyedarkan rakyat.Gerakan Pan-Islamismesedunia juga turut menyumbang kebangkitan

    nasionalisme. Syeikh Muhammad Abduh telah memulakan gerakan itu sekaligus berjaya membangkitkan

    pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam. Konflik perkauman yang timbul akibat penguasaan

    PartiKomunis Malayaselama14 hariturut membangkitkan semangat.

    b)Jelaskan perjuangan gerakan Islah (6 markah)

    Golongan ini berusaha mendorong masyarakat Melayu membetulkan pandangan terhadap Islam

    iaitu kembali kepada ajaran Quran dan hadis. Antara tokoh Gerakan Islah ialah Sheikh Tahir Jalaludin

    dan Syeid Sheikh al-Hadi. Mereka juga dikenali sebagai Kaum Muda. Mereka turut menerbitkan majalah

    seperti al-Imam dan Pengasuh. Kaum Muda ini mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak

    berperanan dalam memajukan orang Melayu. Mereka juga menubuhkan beberapa madrasah yang

    menekankan pendidikan untuk dunia dan akhirat. Mereka juga member peluang kepada kaum wanita

    mendapatkan pendidikan. Malangnya mereka ditentang hebat oleh Kaum Tua dan hanya dapat bergerak

    di Negeri-Negeri Selat sahaja. c)Andaikan anda menjadi Pengerusi Persatuan Sejarah di sekolah anda,

    apakah usaha yang boleh dilakukan bagi menjadikan persatuan tersebut sebuah persatuan yang paling

    berjaya di sekolah anda? Saya akan mewujudkan suatu perlembagaan yang jelas demi kebaikan

    persatuan. Selain itu, saya akan mewujudkan misi dan visi yang spesifik serta membuat perancangan

    yang baik. Saya juga akan membina kerjasama yang baik dengan seluruh persatuan di sekolah saya, di

    samping mengenakan yuran berpatutan demi kebaikan ahli. Akan tetapi, jika terdapat ahli yang tidak

    memberikan kerjasama saya akan mengenakan hukuman yang sewajarnya. Saya juga akan menerbitkan

    buletin persatuan sebagai salah satu aktiviti.