35
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007 TINGKATAN 4 KECERGASAN 1. Sistem kardiovaskular terdiri daripada … A jantung dan salur darah B jantung dan bekalan oksigen C pengaliran darah dalam badan D keupayaan jantung mengepam oksigen 2. Berikut adalah jenis latihan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular kecuali A LSD B Fartlek C Half Squat D Senamrobik 3. Keupayaan otot melakukan kerja secara berterusan dalam jangka masa yang panjang dikenali sebagai … A kekuatan B koordinasi C daya tahan otot D daya tahan kardiovaskular 4. Latihan yang boleh meningkatkan daya tahan otot ialah A tekan tubi B senamrobik C duduk jangkau D berjalan pantas 2 km hingga 3 km 5. Isometrik didefinisikan sebagai … A regangan otot semasa menaikkan beban B regangan otot semasa menurunkan beban C bergerak dan mengatasi sesuatu rintangan D kedudukan otot tidak berubah atau sama panjang 1

Soalan pjpk-tingkatan-4

  • Upload
    raynald

  • View
    745

  • Download
    25

Embed Size (px)

DESCRIPTION

soalan PJK

Citation preview

Page 1: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 4

KECERGASAN

1. Sistem kardiovaskular terdiri daripada …

A jantung dan salur darah

B jantung dan bekalan oksigen

C pengaliran darah dalam badan

D keupayaan jantung mengepam oksigen

2. Berikut adalah jenis latihan untuk meningkatkan daya tahan

kardiovaskular kecuali

A LSD

B Fartlek

C Half Squat

D Senamrobik

3. Keupayaan otot melakukan kerja secara berterusan dalam jangka

masa yang panjang dikenali sebagai …

A kekuatan

B koordinasi

C daya tahan otot

D daya tahan kardiovaskular

4. Latihan yang boleh meningkatkan daya tahan otot ialah …

A tekan tubi

B senamrobik

C duduk jangkau

D berjalan pantas 2 km hingga 3 km

5. Isometrik didefinisikan sebagai …

A regangan otot semasa menaikkan beban

B regangan otot semasa menurunkan beban

C bergerak dan mengatasi sesuatu rintangan

D kedudukan otot tidak berubah atau sama panjang

1

Page 2: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 4

6. ________ ialah kemampuan otot untuk menghasilkan daya bagi

mengatasi rintangan atau mengangkat beban pada suatu masa

tertentu.

A Kuasa

B Kelenturan

C Kekuatan otot

D Daya tahan otot

7. Latihan yang manakah paling sesuai untuk membentuk kekuatan otot

bahagian bawah badan?

A Half Squat

B Bench Press

C Overhead Press

D Lateral Pull Down

8. Aktiviti bench press dan bicep curl adalah untuk membina …

A kelenturan

B kekuatan otot

C masa tindak balas

D daya tahan kardiovaskular

2

Page 3: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 4

Soalan 9 hingga 11

Pilih jawapan yang tepat.

A Latihan isotonik

B Latihan isokinetik

C Latihan isometrik

D Latihan kekuatan otot

9. Latihan yang melibatkan kontraksi fiber otot memendek dengan

ketegangan berbeza.

10. Latihan yang melibatkan kontraksi statik dengan fiber otot tidak

memendek atau memanjang.

11. Latihan yang menggunakan 3 hingga 5 repetisi, 1 hingga 3 set dan

intensiti kerja 80 hingga 90% daripada 1 Repetisi Maksimum (RM).

3

Page 4: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 4

KEMAHIRAN

Hoki

Hitamkan (A) bagi pernyataan yang benar dan (B) bagi pernyataan yang

salah.

1 Pasukan Asia pertama yang menyertai Persekutuan Hoki

Antarabangsa (FIH) ialah pasukan India. A / B

2 Berat bola hoki yang biasa digunakan untuk tujuan pertandingan

adalah antara 166 gram hingga 173 gram. A / B

3 Setiap pasukan menurunkan 11 orang pemain dalam sesuatu

perlawanan. A / B

4 Dalam permainan hoki, pemain dibenarkan membuat pukulan

dengan menggunakan bahagian hadapan dan belakang kayu hoki. A / B

5 Penjaga gol dibenarkan menendang bola di mana-mana kawasan

permainan. A / B

6 Latihan menggelecek bola hoki adalah untuk melatih koordinasi

mata-tangan dan kemahiran memegang kayu hoki. A / B

7 Mengikut undang-undang hoki FIH 2006, pertandingan hoki

peringkat antarabangsa dimulakan dengan bully off. A / B

8 Dalam permainan hoki, sistem bentuk piramid terdiri daripada

5 pemain forward, 3 pemain hafbek, 2 pemain bek dan

seorang penjaga gol. A / B

4

Page 5: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 4

9 Sekiranya faul dilakukan oleh pasukan pertahanan dalam kawasan

D, pasukan penyerang akan mendapat pukulan sudut penalti. A / B

10 Memainkan bola melebihi paras bahu merupakan satu faul dalam

permainan hoki. A / B

Tenis

Soalan 1 hingga 7 berdasarkan Rajah 1

X

L K

Y G M

N

Rajah 1

Soalan 1 hingga 4

Pilih jawapan yang sesuai.

A Alley

B Back court

C Gelanggang advantage

D Gelanggang dius (deuce)

1 Kawasan yang bertanda K dinamakan …

2 Kawasan yang bertanda L dinamakan …

3 Kawasan yang bertanda M dinamakan …

4 Kawasan yang bertanda N dinamakan …

5

Page 6: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 4Soalan 5 hingga 6

Pilih jawapan yang sesuai.

A 10.97 meter

B 12.94 meter

C 21.64 meter

D 23.77 meter

5 Apakah ukuran panjang bagi garisan X gelanggang tenis?

6 Apakah ukuran panjang bagi garisan Y gelanggang tenis?

Soalan 7 berdasarkan Rajah 1

7 Namakan garisan yang ditandakan dengan G

A Garis bes

B Garis servis

C Garis tengah

D Garis servis tengah

8 Berikut adalah contoh kiraan mata dalam permainan tenis kecuali

A 15

B 30

C 40

D 45

6

Page 7: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 49 Rod Laver merupakan pemain tenis professional yang berjaya

memenangi Kejohanan …

I Tenis Terbuka Amerika Syarikat

II Tenis Terbuka Perancis

III Tenis Wimbledon

IV Tenis Terbuka Australia

A I dan II

B II dan III

C I, III dan IV

D I, II, III dan IV

10 Dalam perlawanan tenis pihak lawan akan memperoleh mata apabila

I bola terkena badan atau pakaian pemain

II bola terkena bahagian leher raket pemain

III membuat voli sebelum bola melantun dalam kawasan

permainan sendiri

IV memukul bola yang sudah melantun dua kali dalam kawasan

permainan sendiri

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

11 Dalam permainan tenis, cekak ‘berjabat tangan’ merujuk kepada jenis

A cekak kilas

B cekak barat

C cekak timuran

D cekak kontinental

7

Page 8: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 412 Memukul bola di udara dengan cepat ke gelanggang lawan bagi

mematikan bola tanpa fasa ayunan belakang. Penerangan ini merujuk

kepada kemahiran …

A pukulan lob

B pukulan voli

C pukulan kilas

D pukulan pepat

13 Semasa servis, bola yang dipukul terkena jaring dan jatuh di kawasan

servis lawan. Keadaan ini dinamakan …

A foul (batal)

B let (semula)

C point (mata)

D service over (tukar servis)

14 Seseorang pemain tenis dikira menang dalam sesuatu set perlawanan

dengan skor berikut kecuali

A 6 – 3

B 6 – 5

C 8 – 6

D 9 – 7

Sepak Takraw.

1 Setiap ________ bagi permainan sepak takraw terdiri daripada tiga

orang pemain.

A regu

B bergu

C kuadron

D pasukan

8

Page 9: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 42 Nama sepak takraw dibentuk daripada gabungan bahasa. Sepak

bermakna tendang dalam bahasa Melayu manakala takraw bermaksud

bola dalam bahasa …

A Filipina

B Thailand

C Myanmar

D Indonesia

3 Permainan sepak takraw bermula dengan sepakan bola daripada

pemain tertentu. Posisi pemain tersebut ialah …

A tekong

B apit kiri

C apit kanan

D apit tengah

4 Servis menggunakan kekura kaki mempunyai kelebihan dari segi

halaju, kesukaran jangkaan penerima dan kesukaran membuat

hantaran balik. Servis yang dimaksudkan ialah …

A servis sila

B servis kuda

C servis telapak

D servis cangkuk

5 Sepak sila digunakan dalam kemahiran ________ untuk membolehkan

killer membuat rejaman.

A servis

B menanduk

C mengumpan

D menghadang

9

Page 10: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 46 Merejam bola ialah sepakan kencang yang dibuat bagi mematikan

bola. Berikut adalah jenis rejaman yang biasa dalam permainan sepak

takraw kecuali

A rejaman sisi

B rejaman gunting

C rejaman lambung

D rejaman menapak

Soalan 7 hingga 9

Tandakan posisi pemain sepak takraw mengikut kedudukan dengan betul.

Rajah 2

A Tekong

B Apit Kiri

C Apit Kanan

D Apit Tengah

7 Apakah posisi bagi pemain di petak X?

8 Apakah posisi bagi pemain di petak Y?

9 Apakah posisi bagi pemain di petak Z?

10

X

Y

ZC

Page 11: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 4Olahraga

1 Fasa pertama dalam acara lompat jauh ialah fasa …

A lonjakan

B layangan

C lari landas

D pendaratan

2 Dalam acara lompat jauh, lompatan seseorang atlet itu batal jika …

A atlet melonjak sebelum papan lonjak

B atlet terduduk di atas pasir dalam kawasan pendaratan

C semasa mendarat tangannya tersentuh pasir dalam kawasan

pendaratan

D tapak kakinya terlajak ke depan dari papan lonjakan semasa

membuat lonjakan

3 Berikut adalah acara-acara padang dalam olahraga kecuali

A lontar peluru

B lari berpagar

C lompat kijang

D merejam lembing

4 Fasa ketiga dalam acara lompat jauh dan lompat kijang ialah …

A fasa lonjakan

B fasa layangan

C fasa lari landas

D fasa pendaratan

11

Page 12: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 45 Berapakah bilangan pagar untuk acara lari berpagar 110 meter bagi

lelaki bawah umur 15 tahun ?

A 8

B 9

C 10

D 11

6 Fasa kedua acara lari berpagar ialah …

A fasa layangan

B fasa lonjakan

C fasa mendarat

D fasa penamat

7 Terdapat ________ fasa dalam acara lari berpagar.

A 3

B 4

C 5

D 6

8 ________ amat sesuai untuk meningkatkan kuasa eksplosif dalam

acara lompat kijang.

A Latihan jeda

B Latihan Fartlek

C Latihan rintangan

D Latihan plyometric

9 Sekuen lakuan lompat kijang yang sah mengikut peraturan ialah …

A kaki kanan - kaki kiri (hop), kaki kiri (step), mendarat

B kaki kanan - kaki kanan (hop), kaki kiri (step), mendarat

C kaki kiri - kaki kanan (hop), kaki kanan (step), mendarat

D kaki kanan - kaki kiri (hop), kaki kanan (step), mendarat

12

Page 13: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 4Pendidikan Pergerakan

1 Tempat yang sesuai untuk latihan gimrama mempunyai ciri-ciri berikut

kecuali

A di dalam dewan yang terbuka

B permukaan lantai mestilah bersih

C permukaan lantai tidak terlalu licin

D tempat yang tiada pencemaran bunyi

2 Pendidikan pergerakan merupakan aktiviti yang menggunakan

pelbagai gabungan pergerakan. Pendidikan pergerakan terbahagi

kepada beberapa bahagian

I gimnastik irama

II gimnastik artistik

III pergerakan kreatif

IV gimnastik pendidikan

A I dan II

B I, II dan III

C I, II dan IV

D I, II, III dan IV

3 Dua orang pelopor gimnastik yang digelar Great-grandfather of

Gymnastics dan Father of Gymnastics ialah …

A Guts Muths (1759-1839) dan Friedrich Jahn (1778-1852)

B Bernard Cornwell (1772-1848) dan Luanne Rice (1769-1835)

C Jack Reacher (1776-1843) dan Mary Higgins (1781-1847)

D Antonio Pacino (1764-1842) dan John Holt (1773-1858)

13

Page 14: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 44 Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan

fizikal. Semasa melakukan aktiviti gimnastik artistik penekanan

tertumpu kepada …

A kekuatan otot, daya tahan otot dan konsentrasi

B daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular

C kepantasan, ketangkasan dan daya tahan kardiovaskular

D kekuatan otot, daya tahan otot, fleksibiliti, imbangan dan

ketangkasan

5 Gimnastik irama atau gimrama adalah sukan yang istimewa dan

menarik. Gimnastik irama terdiri daripada kombinasi …

A tarian dan pergerakan gimnastik

B tarian dan penggunaan peralatan

C penggunaan peralatan dan pergerakan gimnastik

D tarian, pergerakan gimnastik dan penggunaan peralatan

6 Pola-pola pergerakan yang penting dalam gimnastik artistik termasuk

I larian

II pendaratan

III putaran dan hamburan

IV ayunan dan gerak edar

A I dan II

B III dan IV

C II, III dan IV

D I, II, III dan IV

14

Page 15: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 47 Apakah yang dimaksudkan dengan Rangkaian Pergerakan Aliran

Bebas dalam gimnastik pendidikan?

A Pergerakan yang tangkas dan memerlukan bantuan daripada

rakan-rakan.

B Pergerakan terkawal, boleh berhenti seketika pada tempat-

tempat tertentu dalam rangkaian pergerakan.

C Pergerakan yang dilakukan berpasangan, meniru, memadan

dan lakuan cermin.

D Percantuman beberapa pergerakan yang dilakukan secara

kemas, lancar dan berterusan tanpa tersekat-sekat.

8 Apakah perbezaan antara Rangkaian Aliran Bebas dan Pergerakan

Aliran Terikat?

A Rangkaian Aliran Bebas bergerak secara bervariasi manakala

Aliran Terikat tidak bergerak secara bervariasi.

B Pergerakan Aliran Terikat bergerak secara bervariasi manakala

Aliran Bebas tidak bergerak secara bervariasi.

C Pergerakan Aliran Bebas bergerak berterusan manakala Aliran

Terikat boleh berhenti seketika.

D Pergerakan Aliran Terikat bergerak berterusan manakala Aliran

Bebas boleh berhenti seketika.

9 Dalam pergerakan kreatif, banyak nilai positif yang boleh diterapkan

agar boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kecuali

A keyakinan diri

B mementingkan diri

C keseronokan dan kepuasan

D kebebasan luahkan perasaan, idea dan emosi

15

Page 16: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 4Perkhemahan

1 Apakah tujuan menaburkan belerang di sekeliling khemah semasa

perkhemahan?

A Menghalau nyamuk daripada menghampiri khemah tersebut.

B Menghalang makhluk-makhluk halus daripada mengganggu.

C Menghalang ular dan binatang berbisa menghampiri khemah.

D Memberi haba yang diperlukan kepada penghuni khemah

tersebut.

2 Perkhemahan adalah salah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang

dan merehatkan fikiran. Susun lima peringkat persediaan mengikut

urutan yang betul.

I Belanjawan

II Surat kebenaran

III Kenal pasti kawasan

IV Alatan perkhemahan

V Pembentukan jawatankuasa

A I, II, III, IV, V

B III, IV, II, V, I

C V, IV. III, II, I

D V, III, II, I , IV

3 Ciri-ciri khemah adalah seperti berikut kecuali

A murah

B ringan

C mudah disimpan

D mudah dipasang

16

Page 17: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 44 Antara perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam menentukan

tempat perkhemahan ialah …

I kemudahan asas

II kesesuaian tempat

III mempunyai ciri-ciri keselamatan

IV mudah berhubung dengan pihak polis dan hospital

A I, II dan III

B I, II dan IV

C II, III dan IV

D I, II, III dan IV

5 Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian semasa perkhemahan

ialah …

I kedudukan khemah

II alatan perkhemahan

III peraturan keselamatan

IV pembentukan jawatankuasa

A I dan II

B I dan III

C II dan III

D II dan IV

17

Page 18: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 46 Belanjawan perkhemahan hendaklah termasuk kos …

I insurans

II makanan

III perubatan

IV pengangkutan

A I, II dan III

B I, II dan IV

C II, III dan IV

D I, II, III dan IV

KESUKANAN

1 Dasar Sukan Negara diwujudkan untuk membudayakan sukan dan

membangunkan sukan di kalangan rakyat Malaysia. Dasar ini

menggariskan tiga konsep berikut kecuali

A Sukan Massa

B Sukan untuk Semua

C Sukan untuk Kesihatan

D Sukan untuk Kecemerlangan

2 Malaysia Cergas merupakan salah satu program dalam Dasar Sukan

Negara. Berikut adalah konsep Malaysia Cergas kecuali

A satu proses pendidikan seumur hidup

B satu alternatif penyelesaian masalah sosial

C satu pendekatan melahirkan atlet taraf dunia

D satu seruan ke arah hidup yang lebih tinggi mutunya

18

Page 19: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 43 Sukan SEAP ditukar kepada Sukan SEA setelah penyertaan negara

Filipina dan …

A Indonesia

B Malaysia

C Singapura

D Thailand

4 Berikut adalah contoh kerjaya dalam sukan kecuali

A pemain amatur

B pemain profesional

C eksekutif kelab golf

D jurulatih kecergasan

5 Apakah kriteria yang membezakan pemain badminton profesional

dengan pemain badminton amatur?

A Berpengalaman dalam badminton

B Terima gaji daripada permainan badminton

C Berbakat dan berkemahiran dalam badminton

D Terima wang bonus bukan gaji daripada kerajaan negeri

19

Page 20: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 4Soalan 6 berdasarkan Rajah 3

Carta Organisasi Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Sekolah-sekolah

Malaysia (MSSM)

Pengerusi Bersama

(Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)

Setiausaha Agong Bendahari

(Pengarah Bahagian Sukan KPM) (Setiausaha Bahagian Kewangan KPM)

Ahli Jawatankuasa

(Dua orang Ketua Jabatan dari KPM,

Tiga orang wakil MSSM Negeri,

Seorang ahli dari Kementerian Belia dan Sukan,

Seorang ahli dari MSN dan

Seorang ahli dari Majlis Olimpik Malaysia)

Rajah 3

6 Berdasarkan carta organisasi di atas, apakah nama penuh bagi KPM

dan MSN?

A Kementerian Pelajaran Malaysia dan Majlis Sukan Negeri

B Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Sukan Negeri

C Kementerian Pelajaran Malaysia dan Majlis Sukan Negara

D Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Sukan Sekolah-

sekolah Negara

20

Page 21: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 47 Amalan ini adalah dilarang dalam bidang kesukanan. Ia berpunca

daripada sikap yang tidak setia, tidak jujur dan tidak amanah kepada

pasukan. Amalan yang dimaksudkan adalah …

A malas

B rasuah

C kaki bangku

D menyebar fitnah

8 Politik dalam sukan menjelaskan wujudnya campur tangan kuasa

politik dan kerajaan dalam pengurusan dan pentadbiran sesuatu badan

sukan. Isu-isu politik dalam sukan sering terjadi kerana …

I perebutan kuasa dalam badan sukan

II perbezaan pendapat berkaitan pembayaran gaji dan elaun

III perbezaan ideologi tentang sistem pembangunan dan

perkembangan sukan

IV perbezaan pendapat tentang pemilihan penyertaan atlet dalam

pertandingan

A I dan IV

B I, II dan III

C II, III dan IV

D I, II, III dan IV

9 Antara kebaikan politik yang sihat dalam bidang sukan ialah …

A meningkatnya kes lobi-melobi dan publisiti murahan

B perebutan jawatan tertinggi dalam sesuatu badan sukan

C wujudnya perbezaan pendapat antara pegawai-pegawai sukan

D mendapatkan sokongan rakyat dan faedah penganjuran

daripada pelbagai pihak untuk sesuatu pertandingan

21

Page 22: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 410 Semangat patriotisme adalah semangat cinta akan negara. Dengan

adanya semangat ini, seseorang jurulatih sukan akan …

I dibayar gaji yang tinggi

II mempunyai jati diri yang mantap

III sanggup berkorban untuk negara

IV mempunyai semangat daya juang yang tinggi

A I dan IV

B I, II dan III

C II, III dan IV

D I, II, III dan IV

11 Dalam bidang sukan, disiplin diri adalah aspek yang penting dalam

diri seseorang atlet. Antara yang perlu diamalkan oleh seseorang atlet

adalah …

I menghormati rakan sepasukan.

II mematuhi arahan ketua dan jurulatih.

III mengikut jadual latihan yang ditetapkan.

IV melepaskan emosi dalam perlawanan dan pertandingan.

A I, II dan III

B II, III dan IV

C I, III dan IV

D I, II, III dan IV

22

Page 23: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 4

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

1 Berikut adalah perubahan fisiologi seseorang semasa tidur kecuali

A otot kurang tegang

B tekanan darah menurun

C kadar metabolisme menurun

D kadar denyutan nadi bertambah

2 Insomnia ialah masalah kesihatan yang menyebabkan seseorang …

A sukar untuk tidur

B hilang selera makan

C mudah dijangkiti penyakit

D bengkak-bengkak pada badan

3 Gelombang theta yang dihasilkan oleh otak dengan menggunakan

EEG menunjukkan seseorang itu sedang …

A jaga (mata tertutup)

B tidur

C tidur nyenyak

D jaga (mata terbuka)

4 EEG menunjukkan gelombang________ apabila seseorang itu dalam

keadaan jaga dengan mata tertutup.

A beta

B alpha

C theta

D delta

23

Page 24: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 4

Soalan 5 hingga 8 berdasarkan Rajah 6

Otak menghasilkan pola aktiviti elektrik yang berbeza semasa sedar dan

semasa tidur. Aktiviti otak boleh diukur dengan menggunakan alat yang

dinamakan elektroensefalogram (EEG) dengan pelbagai corak

gelombang.

Padankan aktiviti otak berdasarkan corak gelombang EEG dengan betul.

A Tidur

B Jaga (mata tertutup)

C Tidur nyenyak

D Jaga (mata terbuka)

GELOMBANG AKTIVITI

5.

6.

7.

8.

Gelombang alpha

Gelombang beta

Gelombang theta

Gelombang delta

Rajah 6

24

Page 25: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 49. Emosi adalah perasaan yang terbit daripada jiwa dalaman seseorang.

Emosi dapat dilihat daripada …

I nada suara

II ekspresi wajah

III tahap kesihatan

IV posisi dan gerak badan

A II dan IV

B I, II dan III

C I, II dan IV

D I, III dan IV

10. Dengan memiliki emosi yang baik, seseorang remaja akan …

I mempunyai kesedaran diri

II berfikiran positif terhadap diri sendiri

III mempunyai hubungan baik dengan orang lain

IV berupaya mengawal dan menguasai tingkah laku sendiri

A II dan IV

B I, II dan III

C I, II dan IV

D I, II, III dan IV

11. Remaja ialah golongan yang berumur …

A 11 tahun hingga 17 tahun

B 12 tahun hingga 21 tahun

C 13 tahun hingga 19 tahun

D 14 tahun hingga 20 tahun

25

Page 26: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 4

GAYA HIDUP SIHAT

1. Kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan …

A tiroid

B anemia

C sakit jantung

D rabun malam

2. Kekurangan ________ boleh dikaitkan dengan penyakit tiroid / beguk.

A iodin

B kalsium

C vitamin A

D vitamin D

3. Apakah penyakit yang disebabkan oleh kandungan glukosa yang

berlebihan dalam darah?

A Hepatitis A

B Osteoporosis

C Diabetes melitus

D Penyakit jantung

4. Kekurangan iodin boleh menyebabkan penyakit …

A obesiti

B osteoporosis

C diabetes melitus

D goiter ( kelenjar )

26

Page 27: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 4

5. Pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol berlebihan

mungkin menyebabkan …

I osteoporosis

II kencing manis

III tekanan darah tinggi

IV penyakit jantung koronari

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

6 . Pada tahun 1996, kerajaan telah meluluskan Dasar Dadah Negara

yang menggariskan empat strategi untuk memerangi dadah kecuali

A pemulihan

B penglibatan

C pencegahan

D penguatkuasaan

7. Manakah yang tidak benar tentang tanda-tanda stres?

A Reaksi pernafasan

B Perubahan perlakuan

C Sukar membuat keputusan

D Mengharungi kehidupan normal

8 . Tiga agensi yang terbabit secara langsung membanteras dadah telah

ditubuhkan kecuali

A ADK

B PEKERTI

C PEMADAM

D Pusat Serenti

27

Page 28: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 4

AKTA DAN UNDANG-UNDANG

1 Berikut adalah aktiviti-aktiviti tidak bermoral yang mengganggu

keselamatan orang ramai kecuali

A penderaan

B pergaduhan

C perkahwinan

D pembuangan anak

2 Agensi yang terlibat dalam Akta Perlindungan Wanita dan Gadis ialah

A Jabatan Pelajaran Negeri

B Jabatan Pendaftaran Negara

C Jabatan Kebajikan Masyarakat

D Jabatan Kemajuan Masyarakat

3 Wanita atau gadis yang dimasukkan ke Taman Seri Puteri akan

diberikan

I latihan

II seliaan

III perlindungan

IV bimbingan kaunseling

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D I, II, III dan IV

28

Page 29: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 4

4 Berikut adalah cara-cara untuk mengelakkan diri kita dan rakan-rakan

daripada terjebak dalam aktiviti yang tidak bermoral kecuali …

A beriadah dan bersukan bersama kawan-kawan

B berbincang dengan kaunselor apabila ada masalah dan

kemusykilan

C memberitahu ibu bapa atau ahli keluarga terdekat tentang

aktiviti harian

D menjinakkan diri dengan disko dan minuman keras apabila

ditimpa masalah

5 ‘Seorang lelaki didapati menjadi dalang dalam kegiatan pelacuran dan

memperdayakan beberapa orang gadis di bawah umur untuk

dilacurkan.’

Mengikut Akta Perlindungan Wanita dan Gadis, lelaki berkenaan boleh

dijatuhi …

A hukuman mati

B hukuman penjara seumur hidup

C hukuman denda RM20,000 tanpa hukuman penjara

D hukuman penjara selama tempoh tidak lebih 5 tahun atau denda

tidak lebih RM10,000.00 atau kedua-duanya sekali

6 Pihak manakah yang dapat membantu melindungi wanita dan gadis

yang bermasalah selain Jabatan Kebajikan Masyarakat?

I Jabatan Agama Islam

II badan-badan bukan kerajaan (NGO)

III Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia

IV Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga

A I, II dan III

B I, III dan IV

C II, III dan IV

D I, II, III dan IV

29

Page 30: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 4

7 Antara yang berikut, manakah bukan lokasi Taman Seri Puteri?

A Kajang, Selangor Darul Ehsan

B Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan

C Gunung Tahan, Pahang Darul Makmur

D Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus

8 Mengikut Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 (Akta 106),

kategori usia gadis ialah …

A 13 tahun ke bawah

B 18 tahun ke bawah

C 21 tahun ke bawah

D 25 tahun ke bawah

PERTOLONGAN CEMAS

1 Mangsa kecederaan yang mengalami sesak nafas boleh dibantu

dengan prosedur …

A E.A.R

B E.C.G

C R.I.C.E

D T.O.T.A.P.S

2 Semasa memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut (C.P.R),

penggunaan pelapik di antara mulut penyelamat dengan mulut mangsa

adalah digalakkan untuk …

A elakkan mulut berbau

B elakkan si penyelamat tergigit mulut mangsa

C elakkan mangsa daripada tergigit lidahnya sendiri

D elakkan sentuhan terus yang boleh mengakibatkan jangkitan

penyakit tertentu

30

Page 31: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 4

3 Kecederaan fraktur bermaksud …

A kecederaan retak tulang

B kecederaan terseliuh sendi

C kecederaan pundi kencing

D kecederaan buah pinggang

4 Kecederaan fraktur boleh dibantu dengan melakukan prosedur …

A E.C.G

B E.A.R

C C.P.R

D R.I.C.E

5 Kecederaan tulang yang biasa berlaku di kalangan warga emas adalah

disebabkan oleh yang berikut kecuali

A sengaja jatuh

B osteoporosis

C hentakan langsung

D hentakan tidak langsung

6 Berapakah jumlah tulang manusia dewasa?

A 206

B 260

C 602

D 620

7 Ais yang digunakan dalam teknik R.I.C.E adalah untuk …

A memberikan tekanan

B mengelakkan bengkak

C merehatkan bahagian yang cedera

D menaikkan bahagian yang bengkak

31

Page 32: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 4

Soalan 8 hingga 11

Pilih jawapan yang betul.

A E.A.R

B C.P.R

C Fraktur terbuka

D Fraktur tertutup

8 Mangsa kecederaan yang tersekat pernafasan boleh dibantu dengan

prosedur ini.

9 Kulit di sekeliling tulang yang patah tidak luka tetapi biasanya bahagian

tersebut bengkak.

10 Sekiranya denyutan nadi mangsa tidak dapat dikesan, kita harus

membantu dengan prosedur…

11 Lapisan kulit terkoyak dan tulang terdedah di permukaan kulit.

32

Page 33: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 4

SKEMA JAWAPAN

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

TINGKATAN 4

KECERGASAN

1 A2 C

3 C4 A

5 D6 C

7 A8 B

9 A10 C11 D

KEMAHIRAN SUKAN DAN REKREASI – HOKI

1 A2 B

3 A4 B

5 B6 A

7 B8 A

9 A10 A

KEMAHIRAN SUKAN DAN REKREASI – TENIS

1 D2 C3 B

4 A5 D6 A

7 B8 D9 D

10 B11 C12 B

13 B14 B

KEMAHIRAN SUKAN DAN REKREASI – SEPAK TAKRAW

1 A2 B

3 A4 B

5 C6 C

7 C8 A

9 B

KEMAHIRAN SUKAN DAN REKREASI – OLAHRAGA

1 C2 D

3 B4 B

5 C6 B

7 C8 D

9 B

33

Page 34: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 4

KEMAHIRAN SUKAN DAN REKREASI – PENDIDIKAN PERGERAKAN

1 A2 D

3 A4 D

5 D6 C

7 D8 C

9 B

KEMAHIRAN SUKAN DAN REKREASI – PERKHEMAHAN

1 C2 D

3 A4 D

5 B6 D

KESUKANAN

1 C2 C

3 A4 A

5 B6 C

7 B8 D

9 D10 C11 A

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

1 D2 A

3 B4 B

5 B6 D

7 A8 C

9 C10 D11 C

GAYA HIDUP SIHAT

1 D2 A

3 C4 D

5 D6 B

7 D8 B

34

Page 35: Soalan pjpk-tingkatan-4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2007

TINGKATAN 4KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN –AKTA DAN UNDANG-UNDANG

1 C2 C

3 D4 D

5 D6 D

7 C8 C

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN –PERTOLONGAN CEMAS

1 A2 D

3 A4 D

5 A6 A

7 B8 A

9 D10 B11 C

35