Penilaian Fungsi Keluarga

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    1/34

    SWA 3123

    KERJA SOSIAL DENGANKELUARGA

    Menilai Fungsi Keluarga

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    2/34

    Penilaian Keluarga

    Merujuk kepada satu proses mendapatkan

    maklumat, menganalisa dan mensintesis di

    mana pekerja sosial keluarga akan meneroka

    kekuatan-kekuatan dan ketahanan keluarga disamping kekangan dan kekurangan dalam

    fungsi keluarga.

    Pekerja sosial perlu menilai keluarga sebagai

    satu unit fungsi untuk menentukan sama ada

    intervensi diperlukan.

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    3/34

    Samb.

    Selain itu, pekerja sosial juga hendaklah

    memahami bentuk-bentuk interaksi dalam

    keluarga yang membawa kepada simptom-

    simptom tingkahlaku bermasalah.

    Menilai fungsi keluarga adalah penting dalam

    amalan kerja sosial dengan keluarga kerana ia

    membantu pekerja sosial memahami sistem

    keluarga dengan lebih mendalam.

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    4/34

    Proses Penilaian (Appraisal

    Process)

    Terbahagi kepada dua peringkat iaitu:

    1. Fasa penaksiran (evaluation)

    - Hubungan awal melalui telefon

    - Sesi pertama (awalan)

    - Memetakan proses dan sejarahkeluarga

    2. Fasa pengukuran (assessment)

    - Pengukuran laporan kendiri

    - Pengukuran pemerhatian

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    5/34

    Fasa Penaksiran (Evaluation)

    Meliputi penyiasatan-penyiasatan awalan

    yang bertujuan untuk mendapatkan

    gambaran awal mengenai keluarga iaitumemahami keluarga, mengapa keluarga

    mencari bantuan, menentukan sama ada

    intervensi keluarga diperlukan atau

    bersesuaian dan memastikan sama adakeluarga datang ke tempat yang betul

    untuk meminta bantuan.

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    6/34

    FASA PENILAIAN

    Caille (1982) menekankan tiga syaratsebelum pertemuan pertama:

    Ahli keluarga bersetuju ada mempunyaimasalah tertentu (simptom)

    Keluarga atau orang luar ygberpengaruh menentukan masalahsudah melangkaui keupayaan keluarga

    utk menanganinya Pengamal perlu menentukan sama adamasalah/simptom terletak dalam domainkeupayaannya

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    7/34

    Samb.

    Fasa penaksiran merangkumi:

    1. Hubungan awal melalui telefon

    2. Sesi pertama (awalan)

    3. Memetakan proses dan sejarah

    keluarga

    - genogram

    - peta eco (ecomap)

    - grid sejarah hidup

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    8/34

    1. Hubungan Awal Melalui

    Telefon Bermula apabila keluarga (kebiasaannya ahli

    keluarga dewasa) menghubungi agensi

    perkhidmatan sosial (contohnya JKM) untuk

    membuat temujanji sama ada untuk dirinyasendiri atau untuk ahli keluarga yang lain.

    Hubungan awal melalui telefon penting kerana

    dari sinilah keluarga membuat penilaian dan

    membentuk gambaran mengenai pekerja sosial

    atau agensi.

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    9/34

    Samb.

    Bagi pekerja sosial, hubungan awal melalui

    telefon membolehkan mereka membuat

    beberapa andaian mengenai keluarga

    berdasarkan kepada pandangan danpenerangan keluarga (pemanggil) tentang

    masalah yang dihadapi oleh keluarga.

    Pekerja sosial juga akan menentukan siapa

    yang akan menghadiri sesi pertama intervensi

    dan tahap persetujuan ahli-ahli keluarga untuk

    terlibat.

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    10/34

    PROSES INTERPRETASI

    Reiss (1980) mencadangkan alternatif berikut: Sama ada menggunakan pandangan rentas(cross-sectional) atau perkembangan(developmental)

    Sama ada penyiasatan berasaskan keluarga

    ataupun persekitaran Sama ada menggunakan orientasi krisis atau

    sifat/watak/karakter

    Sama ada kepada patologi atau kekuatan

    keluarga Sama ada menekankan tema keluarga yangtersirat ataupun kejadian tingkahlaku yangnyata

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    11/34

    2. Sesi Pertama

    Bermulanya proses mengukuhkan

    hubungan keluarga.

    Proses ini dinamakan penggabungan(joining) keluarga.

    Pekerja sosial perlu cekap, berfikiran adil,

    empati dan memahami setiap ahli

    keluarga.

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    12/34

    Sesi Pertama

    Tugas utama membina perhubungan -

    joining (Minuchin), building a working

    alliance (Kerpel & Strauss), engaging

    the family (Weber & Levine) Tiada peraturan yang spesifik tentang

    siapa dahulu yang perlu ditanya

    bergantung kepada budaya dan tariankeluarga

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    13/34

    Samb.

    Pekerja sosial juga akan mendefinisikan bentuk

    kepimpinan, mendapatkan akses kepada sistem

    keluarga dan mewujudkan sistem pekerja sosial-

    keluarga supaya keadaan-keadaan yang perluuntuk perubahan boleh dilakukan.

    Dalam sesi pertama, pekerja sosial perlu

    mendapatkan pandangan semua ahli keluarga

    bertujuan untuk membentuk perhubungan

    dengan setiap ahli keluarga.

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    14/34

    Samb.

    Dalam sesi ini juga, pekerja sosial boleh

    melihat siapa yang paling banyak

    bercakap, siapa yang diam, adakah

    keluarga bebas berinteraksi antara satu

    sama lain, siapa yang mendominasi dan

    sebagainya.

    Sesi pertama biasanya berlangsungselama 90 minit.

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    15/34

    3. Memetakan Proses dan

    Sejarah Keluarga Bertujuan untuk mendapatkan

    pemahaman yang lebih baik mengenai

    kesukaran yang dialami oleh keluarga dan

    juga sumber-sumber yang ada untuk

    menguruskan masalah keluarga.

    Antara teknik-teknik yang digunakan

    termasuklah genogram, ecomap, gridsejarah hidup dsbnya.

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    16/34

    Genogram

    Genogram adalah sebahagian daripada prosesumum penilaian keluarga.

    Ia merupakan alat yang berguna untuk

    mengumpul dan mendokumen maklumatmengenai ahli-ahli keluarga dan jenis hubunganantara mereka.

    Proses membentuk genogram keluarga

    membolehkan wujudnya kesedaran positifmengenai sejarah keluarga (walaupun keluargaitu bermasalah).

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    17/34

    Samb.

    Genogram boleh mengenalpasti sejauhmanakah

    sokongan dan kekuatan keluarga serta

    meneguhkan rasa dimiliki dan berhubungkait

    antara satu sama lain. Selain itu, proses menyiapkan genogram

    dengan individu, pasangan dan keluarga boleh

    membantu pekerja sosial mengenalpasti

    hubungan-hubungan penting, peristiwa-peristiwa

    dan kepercayaan dalam keluarga.

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    18/34

    Samb.

    Genogram berguna kerana ia

    membolehkan ahli-ahli keluarga

    berinteraksi antara satu sama lain.

    Oleh itu, ia boleh meningkatkan

    kefahaman mengenai keluarga di

    kalangan ahli dan mendorong kepada

    keterbukaan komunikasi mengenaisejarah dan dinamik keluarga.

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    19/34

    Samb.

    Genogram boleh menunjukkan:

    1. Pergerakan geografi antara generasi

    2. Corak keluarga

    3. Tarikh-tarikh penting

    4. Hubungan adik-beradik

    5. Sempadan keluarga & norma-norma

    6. Pekerjaan

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    20/34

    Samb.

    . Kesihatan dan sejarah kehilangan.

    8. Perkaitan antara ahli-ahli keluarga,

    mendedahkan mitos, peranan, karektor,ciri-ciri, kuasa, peraturan, dsbnya.

    9. Corak kemunikasi (Cth: rapat, renggang

    dsbnya).

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    21/34

    Peta Eco (Ecomap)

    Merupakan lukisan mengenai klien

    (keluarga) dengan persekitarannya.

    Ia biasanya dilukis dalam bentuk bulatandan juga anak panah yang menunjukkan

    perhubungan di antara klien dengan

    persekitaran.

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    22/34

    Grid Sejarah Hidup

    Satu kaedah mengurus dan

    mempersembahkan data-data yang

    berkait dengan pelbagai tempoh masa

    dalam kehidupan klien.

    Menunjukkan peristiwa atau

    perkembangan klien.

    Sangat sesuai diaplikasikan kepada

    kanak-kanak dan remaja.

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    23/34

    Samb.

    Grid boleh membantu pekerja sosial

    menformulasi hipotesis mengenai punca

    tingkahlaku bermasalah dan intervensi

    yang boleh dilakukan.

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    24/34

    Proses Intervensi dengan

    Keluarga

    Proses intervensi dengan keluarga adalah

    sangat kompleks.

    Untuk memudahkan pemahamanterhadap proses intervensi, kita boleh

    mengkajinya dalam bentuk fasa.

    Terdapat empat fasa dalam proses

    intervensi dengan keluarga (Schwart,

    1961 dalam Shulman, 1991).

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    25/34

    Empat Fasa Proses Intervensi

    1.Fasa persediaan

    2.Fasa permulaan

    3.Fasa pertengahan4.Fasa penamatan

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    26/34

    1. Fasa Persediaan

    Hubungan pertama dengan klien.

    Pekerja sosial bersedia untuk melibatkan

    diri dengan klien. Elak perbualan yang berbentuk taboo atau

    larangan (Cth: seksualiti, kematian, nazak

    dll) sehingga klien telah membentuk

    kepercayaan dengan pekerja sosial.

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    27/34

    Samb.

    Tune in satu bentuk persediaan empati di

    mana pekerja sosial meletakkan dirinya di

    tempat klien dan cuba untuk merasai apa yang

    dialami oleh klien.

    Pekerja sosial hendaklah berupaya mengawal

    perasaannya dahulu sekiranya ingin membantu

    klien dengan berkesan.

    Kemahiran yang diperlukan pada fasa iniialah membantu klien meluahkan perasaannya

    (puttingthe clients feelings into words).

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    28/34

    2. Fasa Permulaan

    Membentuk satu kontrak perkhidmatan dengan

    klien.

    Kontrak perkhidmatan mewakili asas atau

    pertindihan di antara perkhidmatan dan bantuanyang ditawarkan oleh agensi melalui pekerja

    sosial dan keperluan serta keinginan klien.

    Asas inilah yang akan dijadikan misi dan

    perkhidmatan khusus agensi terhadap klien.

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    29/34

    Samb.

    Membentuk kontrak perkhidmatanmerupakan langkah pertama dalamproses membantu klien menguruskan

    masalah. Perubahan hanya akan berlaku sekiranya

    klien berhasrat untuk membantu dirimereka sendiri.

    Kontrak boleh dibentuk secara bertulisatau perbincangan.

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    30/34

    Samb.

    Kemahiran yang penting dalam fasa ini

    ialah membentuk kontrak (contracting).

    Ia termasuklah mengenalpasti tujuan danperanan pekerja sosial dalam proses

    bantuan.

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    31/34

    3. Fasa Pertengahan

    Dianggap sebagai ilusi kerja.

    Ilusi dihasilkan oleh pekerja sosial dan

    klien melalui usul dalam perbincangan dantemubual.

    Ia tidak menyentuh asas masalah sebenar

    klien.

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    32/34

    Samb.

    Klien akan menguji pekerja sosial untuk

    melihat sama ada pekerja sosial boleh

    merasai dan berkongsi masalahnya atau

    tidak.

    Interaksi pekerja sosial yang berkesan

    boleh menggalakkan klien berkongsi

    masalahnya.

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    33/34

    Samb.

    Empati boleh membentuk kepercayaan

    dan mengukuhkan perhubungan antara

    klien dengan pekerja sosial.

  • 8/7/2019 Penilaian Fungsi Keluarga

    34/34

    4. Fasa Penamatan

    Merupakan satu fasa penting dalam

    proses intervensi dengan keluarga.

    Berlaku apabila misi intervensi sudahdicapai.

    Pekerja sosial dan klien perlu bertukar-

    tukar perasaan sama ada positif atau

    negatif mengenai penamatan intervensi.