Upload
aisyahbaek
View
467
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
nie KGT yg x lngkap sngat.tpi boleylaa. tpi nie untok org yg dok kat putrajaya je lahh.
Citation preview
Jaringan Sistem Pengangkutan di
Presint 9, Putrajaya dan Perbandingan
dengan Negara Jepun
Senarai Kandungan
TAJUK Muka Surat
Penghargaan
Pendahuluan
Objektif Kajian
Kawasan Kajian
Kaedah Kajian
Dapatan Kajian
Rumusan
Lampiran
Rujukan
Penghargaan
Terebih dahulu saya bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah
kurniaNya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya dan dapt
menghantar pada waktu yang ditetapkan.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran
Geografi iaitu Encik Saiful Azmi kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan
beliau dalam menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT). Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu Bazuki b. Muhammad dan
ibu saya Zuriah bt. Mad Ali yang sentiasa memberi dorongan, galakan dan bantuan
kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini.
Kepada rakan-rakan sekelas saya terutamanya Nor Shasha Shazrina Bt. Jusoh,
terima kasih atas segala cadangan dan sudi berkongsi maklumat bersama-sama.
Pendahuluan
Nama saya Intan Nur Aisyah bt. Bazuki. Saya belajar di tingkatan 2 Ibnu
Batutta di MRSM Serting. Sebagai memenuhi keperluan mata pelajaran geografi, saya
diwajibkan membuat satu kerja lapangan iaitu Kajian Goegrafi Tempatan (KGT)
.
Saya telah memilih tajuk Jaringan Sistem Pengangkutan Presint 9, Putrajaya
dan dibandingkan dengan negara Jepun. Sebab-sebab pemilihan adalah kerana
kawasan kajian ini berhampiran dengan rumah serta saya juga telah mempelajari Jenis
Pengangkutan dan Perhubungan pada tingkatan 2. Saya telah menjalankan kajian ini
selama tempoh 8 minggu.
Objektif Kajian
Kajian saya merangkumi objektif-objektif berikut:
1. Mengenal pasti jenis-jenis sistem pengangkutan Presint 9, Putrajaya.
2. Mengkaji faktor-faktor yang dapat mempengaruhi jaringan sistem
pengangkutan Presint 9, Putarajaya.
3. Menyatakan kesan-kesan perkembangan jaringan sistem-sistem pengangkutan
terhadap alam sekitar di Presint 9, Putrajaya.
Melalui kajian ini, saya rasa amat bersyukur kerana dapat tinggal di kawasan yang
mempunyai jaringan jalan raya yang baik dan memudahkan pergerakan harian.
Kawasan Kajian
Dalam kajian ini, saya telah memilih Presint 9, Pputarajaya sebagai kawasan
kajian saya. Kawasan ini adalah jenis kawasan tanah pamah rendah dan beralun.
Sekarang Putrajaya merupakan pusat pentadbiran yang paling moden di negara kita.
Putrajaya, bandaraya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala
Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran
Kerajaan Persekutuan.
Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar,
kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putarajay mulai 12 Oktober 1994
dan Putrajaya juga seluas 4,931 hektar. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah
bandar tinggalan penjajah. Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan
bercirikan budaya tempatan.
Kaedah Kajian
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antaranya
ialah:
a) Pemerhatian
Selama saya menjalankan kajian ini, saya bersama rakan-rakan saya telah
memerhatikan jenis-jenis kenderaan yang terdapat di jalan raya Presint 9,
Putrajaya pada hari Jumaat, 25 September 2009, dari jam 12.30 pagi hingga
12.50 tengahari.
b) Rujukan
Saya membuat rujukan dari sumber-sumber seperti buku teks geografi
tingkatan 2, buku rujukan geografi, internet, dan juga merujuk kepada guru
Geografi saya, Encik Saiful Azmi untuk mendapatkan maklumat dengan lebih
jelas dan terperinci.
Dapatan Kajian
Jenis-jenis Sistem Pengangkutan
Sistem pengangkutan amat penting dalam pembangunan sesebuah
kawasan. Putrajaya merupakan sebuah bandar yang sedang pesat membangun.
Justeru itu, sistem pengangkutan turut berkembang. Terdapat pelbagai sistem
pengangkutan yang terdapat di Putrajaya. Antaranya ialah dengan adanya jalan
raya, bas-bas pengantaraan dan LRT serta jaringan lebuh raya. Jaringan
pengangkutan jalan raya di Putrajaya adalah padat. Jaringan di sini adalah
menghubungkan Putrajaya kepada beberapa buah bandar iaitu Bangi,
Puchong, dan Klang(Shah Alam). Putarajaya dikelilingi lingkaran lebuhraya
yang terdiri daripada penyambungan pusat Lebuhraya Utara-Selatan (North
South Central Expressway Link, NSCEL) dan Lebuhraya Selatan Lembah
Klang (South Klang Valley Expressway). SKVE terletak di utara Putrajaya
dan akan disambungkan ke sebuah lagi lebuhraya di mana tidak ada sebarang
bayaran tol yang dikenakan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan
Terdapat beberapa faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem
pengangkutan di Presint 9, Putrajaya. Antaranya ialah bentuk muka bumi di
Putrajaya ialah tanah pamah rendah dan beralun. Hal ini dapat membolehkan
jalan raya dibina dengan mudah. Pembinaan jalan raya ini dapat meningkatkan
tahap kesampaian. Saya amat bersuyukur kerana jalan raya di sini dilengkapi
dengan kemudahan jalan raya yang baik dan cekap. Faktor yang seterusnya
ialah kegiatan ekonomi. Perkembangan ekonomi yang pesat di Putrajaya
menyebabkan pembinaan jalan raya. Pembinaan jalan raya ini amat penting
untuk kegunaan orang ramai. Kawasan Putrajaya tertarik dengan suasana
kecantikannya dan dapat menarik minnta ramai pelancong untuk melawat ke
Putrajaya. Kegiatan ekonomi ini mewujudkan jaringan pengankutan seperti
jalan raya yang lebar. Kemodenan dan kemajuan yang terdapat di kawasan
Putrajaya haruslah di banggakan oleh penduduk di Presint 9.
Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan
Antara kepentingan jaringan sistem pengankutan di Putrajaya ialah
ketersampaian. Jaringan sistem pengangkutan Putrajaya yang baik dapat membantu
pergerakan penduduk seharian untuk pergi ke sesuatu tempat yang ingin dituju. Jalan
raya Presint 9 ini dapat memudahkan dan mempercepatkan perjalanan penduduk dari
kawasan Presint 9 hingga ke luar kawasan Putrajaya seperti Bangi, Dengkil, Kajang
dan Klang. Malahan jalan raya ini juga menghubungkan ke pejabat-pejabat pekerjaan
di Putrajaya dengan negara Jepun yang mempunyai lebuhraya yang canggih seperti
lebuhraya Tokyo, Yokohama dan Nagoya. Lebuhraya di Jepun mempunyai
perkhidmatan yang lebih cekap dan efektif.
Kepentingan jaringan sistem pengangkutan di Putrajaya seterusnya ialah dapt
memajukan sektor pelancongan. Dengan adanya sistem pengangkutan yang cekap di
Putrajaya ini telah dapat menarik minat ramai pelancong untuk melancong ke
Putrajaya. Hal ini memudahkan dalam aktiviti pelancongan dan bersiar-siar sambil
menikmati keindahan kehijauan di Putrajaya. Pelancongan di negara Jepun juga
berkembang maju disebabkan oleh perkembangan sistem jalan raya. Saya amat
bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada penduduk Putrajaya kerana
pengangkutan di sini menjadi setaraf dalam industri pelancongan dengan negara luar
yang jauh lebih maju.
Kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap
alam sekitar di kawasan kajian
Beberapa kesan positif yang terdapat di Putrajaya akan berlaku apabila sistem
pengangkutan kini semakin berkembang moden. Antara kesan positif yang tercapai
ialah dengan adanya jalan raya, ia dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas kerana
jalan P9 mempunyai dua lorong pada kedua-dua hala. Ini secara tidak langsung, dapat
mengurangkan risiko kemalangan. Negara Jepun juga mempunyai jalan raya yang
luas dan lebar.
Kesan positif lain yang terdapat d Putrajaya ialah ia dapat mewujudkan
landskap yang menarik. Di Putrajaya terdapat banyak landskap menarik yang boleh
dikunjungi. Antaranya, Taman Botani dan Taman Wetland. Di tepi-tepi jalan di
sepanjang jalan raya di Putrajaya juga terdapat penanaman pokok bunga yang
menarik dan berwarna-warni. Di negara Jepun pula, jalan raya mereka amat bersih
dan tiada sampah yang dibuang merata-rata. Kita harus bersyukur kerana di Putrajaya
terdapat banyak pokok-pokok meghijau yang setaraf dengan negara Jepun.
Langkah-langkah penyelesaian
Bagi mengelakkan kesan negatif, terdapat beberapa langkah penyelesaian
yang boleh diambil. Kenderaan seperti kereta, van, MPV boleh menggunakan NGV
atau dikenali sebagai ‘Natural Gas Vehicle’(gas asli). Ini dapat mengurangkan
pelepasan asap beracun dari kenderaan bermotor. Secara tidak langsung dapat
mengurangkan pemanasan global dan penipisan ozon. Di Putrajaya terdapat stesen
minyak yang menyediakan kemudahan mengisi gas asli bagi kenderaan yang
menggunakan NGV. Negara Jepun juga menggunakan NGV sama seperti di
Putrajaya.
Kerajaan juga memainkan peranan yang amat penting dalam permasalahan ini.
Antara peranan yang boleh diambil oleh kerajaan ialah seperti mengadakan kempen-
kempen alam sekitar. Ini dapat membuka mata masyarakat unutuk bersama-sama
mengekalkan kehijauan alam sekitar. Jepun juga telah membuat kempen kesedaran
alam sekitar seperti di Malaysia. Kempen ini mengutamakan kebersihan jalan raya di
negara Jepun. Kita seharusnya bersyukur kerana telah diberi kemudahan oleh pihak
kerajaan.
Jadual data kajian
Jadual 1 : Bilangan kenderaan yang melalui jalan P9 25 September 2009 pada pukul
12.30 hingga 12.50 tengahari.
Jenis kenderaan Bilangan
1. Kereta 124
2. Motosikal 37
3. Bas 30
4. Lori 5
5. Lain-lain 4
6. Jumlah 200
JADUAL 1
SUMBER : Pemerhatian di lapangan pada 25 September 2009.
Grafik
Peta minda : Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan.
Rumusan
Saya telah mengenal pasti jenis-jenis sistem pengangkutan di Presint 9,
Putrajaya. Sistem pengangkutan di Putrajaya ialah pengangkutan darat. Saya juga
telah menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi sistem pengangkutan di Presint
9, Putrajaya. Faktornya ialah bentuk muka bumi di Putrajaya yang merupakan tanah
pamah rendah dan beralun. Saya juga telah menyatakan kesan-kesan perkembangan
sistem pengangkutan terhadap alam sekitar. Kesan positif ialah dapat mengurangkan
kesesakan lalu lintas kerana jalan raya di Putrajaya lebar dan mempunyai dua lorong.
Saya amat berbangga kerana dapat tinggal di Putrajaya yang mempunyai sistem
pengangkutan yang cekap dan bagus.
LAMPIRAN
RUJUKAN
a) Buku ilmiah
Chong Mui Sen, Azizan bin Hj. Abu Samah, 2003, KBSM Geografi Tingkatan
2, Kementerian Pelajaran Malaysia.
b) Internet
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wilayah_Persekutuan_Putrajaya.com
c) Melawat tempat kajian
Jalan P9, Presint 9, 62250 Putrajaya.
Carta
Bilangan Kenderaan yang Melalui Jalan P9 pada 25 September 2009 Jam 12.30 hingga 12.50 tengahari
020406080100120140
jenis kenderaan
bilan
gan k
ende
raan
keretamotosikalbaslorilain-lain