65
1.0 PENGHARGAAN Sepanjang menjalankan kerja kursus pendek bagi subjek Bahasa Melayu 1 ini, banyak pihak yang telah menyumbangkan sedikit sebanyak idea, sokongan moral dan juga sokongan kewangan kepada saya. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah Bahasa Melayu saya iaitu Puan Noor Liza binti Abdullah di atas tunjuk ajar dan segala bimbingan beliau terhadap saya bagi memastikan saya dapat menyempurnakan tugasan saya ini. Saya juga ingin mengucapakan ribuan terima kasih saya kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi panduan kepada saya semasa saya menjalankan kerja kursus ini iaitu Anida anak Lawai, Magdalene Tera anak Usin Ting dan Law Chia Hui. Tidak lupa juga kepada kedua orang tua saya yang banyak memberikan sokongan dari segi kewangan untuk membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Sekian, terima kasih. 1

kerja kursus bahasa melayu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

semester 1 ppismp

Citation preview

Page 1: kerja kursus bahasa melayu

1.0 PENGHARGAAN

Sepanjang menjalankan kerja kursus pendek bagi subjek Bahasa Melayu 1 ini, banyak

pihak yang telah menyumbangkan sedikit sebanyak idea, sokongan moral dan juga

sokongan kewangan kepada saya.

Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-

tinggi penghargaan kepada pensyarah Bahasa Melayu saya iaitu Puan Noor Liza binti

Abdullah di atas tunjuk ajar dan segala bimbingan beliau terhadap saya bagi memastikan

saya dapat menyempurnakan tugasan saya ini.

Saya juga ingin mengucapakan ribuan terima kasih saya kepada rakan-rakan saya

yang banyak memberi panduan kepada saya semasa saya menjalankan kerja kursus ini

iaitu Anida anak Lawai, Magdalene Tera anak Usin Ting dan Law Chia Hui.

Tidak lupa juga kepada kedua orang tua saya yang banyak memberikan sokongan

dari segi kewangan untuk membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Sekian, terima

kasih.

1

Page 2: kerja kursus bahasa melayu

2.0 PROFIL PELAJAR

Nama Pelajar : Jaslyn Ema Anak Menik

Kumpulan : PPISMPMT 1610

Nombor Kad Pengenalan : 921211-13-5068

Tarikh Lahir : 11 Disember 1992

Asal : Bau, Kuching, Sarawak

Kaum : Bidayuh

Agama : Kristian Katolik

Anak ke berapa : Kedua daripada lima orang

Emel : [email protected]

Nombor Telefon : 016-8849260

2

Page 3: kerja kursus bahasa melayu

3

Page 4: kerja kursus bahasa melayu

4.0 JADUAL PELAKSANAAN TUGAS

4

Page 5: kerja kursus bahasa melayu

Minggu

Perkara 2/8-6/8 9/8-13/8 16/8-20/8 23/8-27/8 30/8-1/9

Taklimat oleh

pensyarah

Mencari

maklumat

Menganalisis

maklumat

Menyediakan

laporan tugasan

Mengemaskinikan

laporan tugasan

5

Page 6: kerja kursus bahasa melayu

6.0 PENGENALAN

6

Page 7: kerja kursus bahasa melayu

Saya menjalankan kerja kursus pendek ini bagi memenuhi sukatan mata pelajaran Bahasa

Melayu 1. Dalam kerja kursus ini, saya diberi tugasan untuk mengkaji dan menghuraikan

asal usul, ciri dan fungsi bahasa Melayu, menyatakan bunyi-bunyi yang terdapat dalam

bahasa Melayu secara jelas serta menyatakan fungsi-fungsi alat artikulasi dan daerah-

daerah alat artikulasi. Kerja kursus ini saya jalankan dalam tempoh masa lebih kurang

lima minggu.

7.0 SEJARAH BAHASA MELAYU

7

Page 8: kerja kursus bahasa melayu

7.1 Konsep Bahasa

Bahasa ialah satu sistem bunyi yang terdiri daripada lambang-lambang yang diujarkan

oleh manusia menggunakan alat artikulasi yang ada pada mereka.

7.1.1 Takrif Bahasa

Berikut merupakan konsep dan takrif bahasa yang dipetik daripada beberapa naskhah

kamus:

Bahasa ialah satu sistem objek atau simbol seperti bunyi atau sesuatu huruf yang berurutan yang boleh digabungkan dengan berbagai-bagai cara dengan mematuhi peraturan tertentu, terutamanya untuk melahirkan pemikiran, perasaan dan memberikan arahan.

(The American Heritage Science Dictionary)Bahasa merupakan satu alat komunikasi bagi menyampaikan pemikiran dan perasaan melalui sistem tanda yang arbitrari seperti bunyi, gerak isyarat atau simbol-simbol tulisan. Bahasa merupakan satu sistem yang mengandungi peraturan-peraturan tertentu yang menggabungkan komponen seperti perkataan. Bahasa merupakan satu sistem yang digunakan oleh masyarakat atau komuniti yang berbeza untuk berkomunikasi.

(The American Heritage Science Dictionary)Bahasa merupakan salah satu cara terbaik untuk mengklasifikasikan manusia kepada suku dan etnik tertentu. Cara ini juga pernah digunakan pada zaman dahulu untuk menentukan asal usul manusia dan pengelompokan manusia kepada kaum-kaum tertentu. Walaupun kaedah ini masih boleh digunakan, tetapi hari ini terdapat cara baharu untuk mengetahui asal usul, keturunan dan genetik manusia melalaui sains dan teknologi yang canggih.

(Oxford University Press-Language software)Bahasa terdiri daripada makna sistematik yang dikomunikasikan melalui penggunaan bunyi-bunyi atau tanda-tanda konvensional. Bahasa terdiri daripada ujaran perkataan daripada mulut atau teks yang bertulis. Bahasa melibatkan proses kognitif dalam menghasilkan dan memahami bunyi dan sistem tanda linguistk.

(Etymology Dictionary)

Berikut pula merupakan konsep dan takrif bahasa yang diberikan oleh beberapa orang

tokoh bahasa dan tokoh linguistik:

8

Page 9: kerja kursus bahasa melayu

Bahasa selalu digunakan oleh manusia dan merupakan kaedah yang digunakan untuk menyampaikan idea, perasaan dan keinginan melalui bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan.

(Edward Sapir, 1921)Bahasa ialah satu sistem lambang vokal yang arbitrari dan bermakna yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berhubung sebagai satu cara mereka bersosialisasi.

(G.Trager, 1949)Bahasa ialah set ayat, sama ada terbatas atau tidak dan setiap ayat yang terbatas panjangnya dibina oleh satu set elemen yang terbatas juga.

(Noam Chomsky, 1957)Bahasa merupakan institusi yang membolehkan manusia berkomunikasi dan berhubung antara satu sama lain yang mengandungi makna dan menggunakan lambang-lambang arbitrari lisan-pendengaran.

(R.A. Hall, 1964)Bahasa ialah satu urutan kemungkinan dan pilihan tingkah laku yang bersesuaian dengan individu sebagai manusia yang bersosialisai.

(Michael Halliday, 1973)

7.2 Ciri Bahasa

Terdapat lapan ciri bahasa yang saya kaji iaitu:

9

Page 10: kerja kursus bahasa melayu

(1) Bahasa Sebagai Satu Sistem

(2) Bahasa Sebagai Satu Simbol

(3) Bahasa Sebagai Alat Komunikasi

(4)Bahasa Bersifat Arbitrari

(5) Bahasa Bersifat Unik

(6) Bahasa Bersifat Sejagat

(7) Bahasa Beersifat Dinamis

(8) Bahasa Bersifat Bervariasi

7.2.1 Bahasa Sebagai Satu Sistem

Dalam perspektif ini, bahasa dikatakan mempunyai cara untuk diujarkan atau dituliskan.

Sistem ini mempunyai peraturan tertentu. Bahasa mempunyai sususnan yang tertentu

seperti bunyi-bunyi perkataan, sususnan perkataan, nahu atau struktur sintaaksis. Bentuk

dan kedudukan perkataan dalam ayat dapat memberikan makna kepada sesuatu bahasa.

Oleh kerana bahasa itu bersistem, kita perlu mematuhi sistem tersebut semasa kita

bertutur agar mesej yang hendak kita sampaikan dapat diterima oleh pendengar dengan

jelas.

7.2.2 Bahasa Sebagai Satu Simbol

Simbol bermaksud tanda. Semasa manusia belum mempunyai sistem tulisan yang

sistematik, mereka membuat lukisan di dinding-dinding gua untuk menerangkan sesuatu.

Kemudian mereka memkombinasikan bunyi sebagai simbol. Bunyi ini disususn secara

berurutan untuk digunakan sebagai simbol untuk semua perkara yang dilakukan dan

difikirkan oleh manusia. Simbol tersebut mesti mempunyai makna dan diterima oleh

masyarakat penutur.

Di Malaysia, bahasa Melayu merupakan simbol perpaduan kerana berjaya

menyatukan penduduk-penduduk dari latar belakang kaum yang berbgai-bagai.

Gerak isyarat Gerakan manusia

Gejala Ramalan doktor

10

Page 11: kerja kursus bahasa melayu

Ikon Patung, Tugu Negara

Indeks Asap

Kod Bahasa rahsia

Jadual 1: Contoh bagi simbol

Amerika Syarikat pound (ukuran berat)

Britain pound (mata wang British)

Muzik sharp

Telefon square

Jadual 2: Maksud tanda # dari pelbagai perspektif

7.2.3 Bahasa Sebagai Alat Komunikasi

Bahasa sebagai alat komunikasi bermaksud bahasa digunakan untuk menyampaikan idea,

perasaan, pemikiran dan memberikan arahan.

Dalam komunikasi, bahasa memainkan peranan yang amat penting untuk menarik

perhatian pendengar, memulakan dan mengakhiri pembicaraan, mencelah perbualan,

mendapatkan penjelasan lanjut, memperbetul kesilapan dan mempengaruhi orang lain

untuk melakukan sesuatu.

Terdapat lima ciri konteks dalam komunikasi iaitu:

(a) Penutur- perlu diketahui terlebih dahulu untuk membolehkan mesej penutur dapat

difahami dengan tepat oleh pendengar.

(b) Pendengar- perlu diketahui terlebih dahulu untuk membolehkan pendengar

memahami mesej penutur.

(c) Latar belakang komunikasi- latar belakang adalah termasuk masa, tempat, situasi

dan hubungan antara penutur dan pendengar. Makna ujaran dapat difahami dengan lebih

tepat sekiranya kita mengetahui latar belakang komunikasi.

(d) Topik pembicaraan- Matlamat komunikasi akan mudah dicapai sekiranya kita

mengetahui topik pembicaraan sesutau komunikasi itu.

7.2.4 Bahasa Bersifat Arbitrari

11

Page 12: kerja kursus bahasa melayu

Bahasa bersifat arbitrarai bermaksud bunyi pertuturan dan makna tidak semestinya

mempunyai hubungan falsafah yang sah dan mutlak, iaitu tiada hubungan yang wajib

antara lambang dengan konsep atau pengertian yang dimaksudkan oleh lambang itu.

Ada sesetengah kata yang beasal daripada tiruan bunyi. Konsep tiruan bunyi ini

dinamakan konsep onomatopia. Tetapi, bukan semua benda boleh dikaitkan dengan bunyi

mereka. Sebutan sesuatu benda bergantung juga kepada sesuatu bahasa. Sebutan dan

makna sesuatu kata itu juga bergantung kepada keadaan atau peredaran zaman.

Contoh-contoh yang menunjukkan bahawa bahasa bersifat arbitrari adalah seperti

berikut:

Cicak cak cak cak

Burung pipit pit pit pit

Burung gagak gak gak gak

Zip Zip

Jadual 3: Kata yang berasal daripada tiruan bunyi (Konsep Onomatopia)

Jepun Hana

Belanda Bloom

Inggeris Flower

Jawa Kembang

Tagalog Bulaklak

Arab Shahru

Jadual 4: Sebutan “bunga” dalam pelbagai bahasa

Zaman Sekarang Zaman Dahulu

Radio Tetuang udara

12

Page 13: kerja kursus bahasa melayu

Gula Sekar

Khalwat bermaksud ditangkap basah Khalwat bermaksud bertafakur atau menyendiri

Wisma merupakan bangunan Wisma merupakan tempat ibadat orang Hindu

Jadual 5: Sebutan dan makna kata mengikut peredaran zaman

7.2.5 Bahasa Bersifat Unik

Bahasa bersifat unik bermaksud tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk dan struktur tertentu

seperti binaan ayat dan susunan ayat yang membentuk perkataan. Ini bermaksud bahasa

mempunyai ciri khusus yang spesifik yang tiada pada yang lain. Bahasa mempunyai ciri

khusus yang merangkumi sistem bunyi, sistem pembentukan kata, sistem pembentukan

ayat dan sebagainya. Ciri tekanan bahasa Melayu ialah tekanan kata, tidak bersifat

morfermis (kata) tetapi bersifat sintaksis (ayat). Ini bermakna tekanan pada kata tidak

mengubah makna tetapi mengubah seluruh ayat.

Selain itu, bahasa bukanlah sesuatu yang diwarisi seperti warna kulit, warna mata

dan warna rambut. Sebaliknya, sesuatu bahasa itu dipelajari secara tidak langsung

daripada masyarakat sekeliling kita seperti ibu bapa, saudara mara, dan rakan-rakan.

Bahasa juga boleh dipelajari melalui media cetak seperti buku dan media elektronik

seperti televisyen. Oleh itu, bahasa dikatakan bersifat unik.

Keunikan bahasa dari perspektif bahasa Batak ditunjukkan dalam Jadual 6 di bawah:

Bahasa Batak Bahasa Standard

‘bontar darah

bon’tar putih

‘hotang rotan

ho’tang keras

‘bagas rumah

ba’gas dalam

‘hunik kunyit

hu’nik kuning

Jadual 6: Keunikan bahasa Batak

7.2.6 Bahasa Bersifat Sejagat

13

Page 14: kerja kursus bahasa melayu

Bahasa bersifat sejagat bermaksud bahasa itu mempunyai sifat universal iaitu setiap

bahasa itu boleh dituturkan dan dipelajari oleh sesiapa sahaja di dunia. Terdapat

kesejagatan sifat bahasa di dunia ini seperti bunyi bahasa dan makna bahasa.

Bunyi bahasa merupakan sifat bahasa yang paling asas. Bunyi-bunyi bahasa di

dunia dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia yang terdiri daripada rongga mulut,

hidung, paru-paru, lidah, lelangit dan alat-alat artikulasi yang lain. Namun demikian,

bunyi-bunyi bahasa ini berbeza antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Hanya

penutur dan pendengar natif sesuatu bahasa itu sahaja yang dapat mengenali bunyi bahasa

masing-masing dengan jelas.

Bahasa yang dituturkan di dunia ini mempunyai makna yang berkait rapat dengan

budaya masyarakat penutur tersebut yang dapat difahami oleh penutur dan pendengarnya.

Ada perkataan yang membawa makna konkrit (tersurat) dan abstrak (tersirat) yang

merupakan dua aras makna bagi setiap bahasa.

7.2.7 Bahasa Bersifat Dinamis

Bahasa bersifat dinamis bermaksud sesuatu bahasa itu mempunyai potensi untuk

berkembang, membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan.

Walaupun bahasa bersifat dinamis, struktur dan tatabahasa sesuatu bahasa itu tidak akan

berubah. Sifat dinamis akan terus berlaku selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi

dengan manusia yang lain, berlakunya pertembungan kebudayaan dan pertembungan

manusia dengan manusia yang lain. Kegiatan manusia yang tidak tetap dan sering

berubah-ubah juga mengakibatkan sifat dinamis ini berlaku.

Bahasa berkembang dari semasa ke semasa melalui pinjaman terjemah.

Contohnya, frasa ‘kapal terbang’ atau ‘pesawat’ adalah daripada bahasa Belanda. Bahasa

juga berkembang melalui pinjaman separa. Sebagai contoh, ‘analisis’ daripada perkataan

‘analysis’. Terdapat juga pinjaman yang tidak diasimilasikan seperti ‘organ’ dan ‘orbit’.

Selain itu, terdapat pinjaman yang diasimilasikan sepenuhnya seperti perkataan ‘rizab’

daripada perkataan ‘reserve’.

Perubahan bahasa juga berlaku dari segi alormof iaitu imbuhan. Contohnya

perkataan bom ditambahkan dengan imbuhan meng- akan menjadi mengebom.

Selain itu, perubahan perkataan juga berlaku daripada yang positif menjadi

negatif. Contoh perkataan tersebut ialah perkataan ‘khalwat’ yang pada masa dahulu

14

Page 15: kerja kursus bahasa melayu

bererti bertafakur, tetapi pada masa sekarang perkataan itu membawa maksud yang lain

iaitu membuat maksiat.

Faktor politik, ekonomi dan sosial juga merupakan sebab berlakunya perubahan

dan pembaharuan dalam sesuatu perkataan. Contoh-contoh perkataan yang diwujudkan

berdasarkan faktor-faktor ini adalah seperti dalam Jadual 7 berikut:

Bidang Perkataan Yang Diwujudkan

Politik kecapaian

Ekonomi tukaran wang, bankrap, muflis

Sosial nelayan, peguam, profesor, pakar IT

Jadual 7: Pengaruh politik, ekonomi dan sosial dalam kewujudan perkataan baru

Sekiranya perubahan in tidak dikawal dengan baik, bahasa Melayu akan terancam

dan menjadi bahasa dokumentasi seperti bahasa Sanskrit dan bahasa Latin yang akan

disimpan di dalam muzium.

7.2.8 Bahasa Bersifat Bervariasi

Sesuatu bahasa itu mempunyai kepelbagaian yang melibatkan cara dan gaya

mengajarkannya, istilah-istilah khusus yang digunakan dan struktur sintaksis sesuatu

ayat.

Selain itu, sesuatu bahasa itu mempunyai pelbagai dialek yang diujarkan oleh

sesebuah masyarakat penutur dan laras bahasa yang digunakan dalam sesuatu bidang

ilmu. Antara kepelbagaian bahasa ialah dari segi:

(a) Dialek daerah

(b) Idiolek- perbezaan sebutan antara individu

(c) Isoglos- garis sempadan linguistik

(d) Dialek sosial

(e) Bahasa formal

(f) Bahasa tidak formal

(g) Bahasa halus

(h) Bahasa Kasar

(i) Bahasa Istana

7.3 Fungsi Bahasa

Terdapat lima jenis fungsi bahasa yang saya kaji iaitu:

15

Page 16: kerja kursus bahasa melayu

(a) Bahasa Rasmi

(b) Bahasa Kebangsaan

(c) Bahasa Ilmu

(d) Bahasa Pengantar

(e) Bahasa Perpaduan

7.3.1 Bahasa Rasmi

Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan secara meluas oleh pihak kerajaan sesebuah

negara dari peringkat menteri hinggalah ke peringkat bawahan. Bahasa rasmi merupakan

lambang dan simbol identiti sesebuah negara yang merdeka. Bahasa ini digunakan dalam

pentadbiran negara terutamanya dalam urusan rasmi. Antara fungsi Bahasa Melayu

sebagai bahasa rasmi ialah:

1. Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu mereka menjalankan tugas rasmi

negara

2. Sebagai media pelbagai urusan surat menyurat dalaman dan antara jabatan kerajaan

3. Digunakan dalam semua rekod kerajaan

4. Sebagai media untuk menulis semua undang-undang negara dan pentadbiran

5. Digunakan dalam semua jenis borang-borang rasmi negara

7.3.2 Bahasa Kebangsaan

Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara

untuk tujuan perpaduan.

Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia, termaktub

dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu:

· Perkara 152 Perlembagaan Malaysia

· Akta Bahasa Kebangsaan, 1963/67 ( disemak 1971 )

· Pemberitahuan undang-undang No.410 ( tahun 1967)

Fungsi bahasa kebangsaan ialah menyatukan rakyat, menegakkan persatuan

antara kaum-kaum yang menduduki negara ini, menggalakkan pertubuhan satu corak

kebudayaan yang meliputi semua aliran kebudayaan yang terdapat di dalamnya,

mewujudkan satu budaya, satu bangsa iaitu pembentukan budaya kebangsaan selaras

16

Page 17: kerja kursus bahasa melayu

dengan keinginan dan hasrat membentuk bangsa Malaysia yang mempunyai identiti

keperibadian yang amat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan terhadap negara.

Aspek pemilihan Bahasa Kebangsaan ialah dari segi:

Sosial

Ekonomi

Politik

Peratusan bilangan penduduk di Malaysia adalah seperti berikut:

Melayu : 43%

Cina : 36%

India : 8%

Lain-lain : 10%

Peningkatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan dan ditinjau melalui

dua aspek iaitu:

Kesedaran orang Melayu terhadap Bahasa Melayu

Keperluan untuk memperoleh sokongan terhadap negara dan dasar-dasarnya.

7.3.3 Bahasa Ilmu

Bahasa ilmu ialah satu saluran untuk menyampaikan sesuatu perkara berkaitan dengan

penemuan atau hasil kajian.

Bahasa Melayu pernah menjadi Lingua Franca atau bahasa perantaraan di

Nusantara. Bahasa Melayu mencapai taraf bahasa ilmu sejak beberapa abad lalu

disebabkan oleh adanya Islam yang membawa fahaman intelektualisme dan rasionalisme.

Kegemilangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu memuncak pada zaman kebesaran

kerajaan Acheh dalam abad ke-17 disebabkan oleh kemunculan pemikir Melayu yang

menghidupkan tradisi ilmu dengan menggunakan bahasa Melayu seperti Hamzah Fansuri

dan Abdul Rauf Singkel.

Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar ilmu menjadi keutamaan dalam dasar pendidikan kebangsaan. Bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar ilmu disarankan dalam Laporan Razak 1996 dan kemudian

diperkuat dalam Laporan Abdul Rahman Talib 1960. Bahasa Melayu digunakan sebagai

bahasa pengantar ilmu di institut pengajian tinggi bermula pada tahun 1983.

17

Page 18: kerja kursus bahasa melayu

Antara fungsi-fungsi bahasa ilmu ialah:

• Menyesuaikan penemuan-penemuan baru dari lingkungan lain ke lingkungan tertentu

• Menerangkan keadaan khas di dalam lingkungan yang baru yang menimbulkan masalah

dan memerlukan penelitian

• Penemuan-penemuan baru dalam bentuk tulisan dari bahasa asing dapat difahami oleh

pembacanya, tanpa menimbulkan keraguan penafsiran dalam Bahasa Melayu

• Memudahkan kerjasama pelbagai kaum bagi memajukan bidang ilmu

7.3.4 Bahasa Pengantar

Bahasa penggantar ialah bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai

bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-

sekolah kebangsaan, bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, dan bahasa

Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil.

Bahasa-bahasa di atas, ini telah ditetapkan oleh Laporan Pelajaran Datuk Abdul

Razak Hussein (1956) dan Laporan Pelajaran Datuk Abdul Rahman Talib (1960), sebagai

bahasa pengantar.

Antara fungsi-fungsi bahasa pengantar ialah:

• Menjadi bahasa pengantar antara kaum yang berbeza-beza

• Digunakan dalam perhubungan antara kaum terutama sekali orang-orang yang tidak

mempunya pendidikan sekolah Inggeris adalah Bahasa Melayu

• Menjadi alat perantaraan orang-orang yang mahu berhubung dengan orang lain dari

kaum lain, yang tidak mempunyai pengetahuan bahasa Inggeris

• Menjadi alat komunikasi antara orang-orang Cina, Melayu, India dan sebagainya, jika

salah satu pihak atau kesemua pihak tidak mengetahui bahasa Inggeri

7.3.5 Bahasa Perpaduan

18

Page 19: kerja kursus bahasa melayu

Bahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan antara satu kaum

dengan kaum yang lain.

Antara fungsi-fungsi bahasa perpaduan ialah:

Menyatukan pelbagai bangsa di Malaysia

Menjadi bahasa pergaulan atau bahasa perhubungan di antara suku-suku bangsa

diseluruh nusantara

Dijadikan alat menyatupadukan fikiran, usaha dan fahaman dalam

memperjuangkan kepentingan-kepentingan negara yang sedang giat membangun.

7.4 Asal Usul Bahasa Melayu

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan. Bagaimanapun

terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal usul bahasa Melayu, seperti

berikut:

1.  Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu

mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Dikatakan

orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-

hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera ,

daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang

menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675

Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara.

Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austronesia) yang bergerak dari

Yunan.

Bukti tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu berupa empat buah batu bersurat iaitu di:

19

Page 20: kerja kursus bahasa melayu

1. Kedukan Bukit, Palembang (683 Masihi)

2. Talang Tuwo, Palembang (684 Masihi)

3. Kota Kapur, Pulau Bangka (686 Masihi)

4. Karang Brahi, Meringin Daerah Hulu Jambi (686 Masihi)

7.4.1 Pengertian Melayu

Dalam pengertian yang luas, istilah Melayu merujuk kepada bangsa Austronesia di

Semenanjung Tanah Melayu dan di gugusan pulau Melayu termasuklah Indonesia. Selain

itu, UNESCO (1972) menggunakan nama Melayu untuk merujuk suku bangsa di

Semenanjung termasuk orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina, dan

Madagascar. Secara umumnya, istilah Melayu merujuk kepada suku bangsa penutur

bahasa Melayu. Di Malaysia, pengertian Melayu dikaitkan dengan agama Islam.

7.4.2 Bahasa-bahasa Austronesia

Bahasa Austronesia berada dalam kumpulan keluarga bahasa Austris yang merupakan

keluarga bahasa yang sangat besar dan penyebarannya sangat luas di dunia. Bahasa

Austronesia merupakan keluaraga bahasa utama di dunia.

Bahasa Austronesia dibahagikan kepada empat keluarga asas iaitu:

Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu dan Nusantara

Bahasa-bahasa Polinesia seperti bahasa Hawaii, Tonga dan Maori

Bahasa-bahasa Melanesia seperti bahasa di kepulauan Fiji, New Caledonia dan

Irian

Bahasa-bahasa Mikronesia seperti bahasa di kepulauan Marianna, Marshall,

Carolina dan Gilbert

Subkeluarga bahasa Nusantara dibahagikan kepada tujuh kumpulan bahasa iaitu:

Filipina seperti bahasa Tagalog, Sulu dan Bikol

Sumatera seperti bahasa Acheh, Melayu, Batak, Melayu, Minangkabau, Orang

Laut dan Lampung

Jawa seperti bahasa Jawa, Sunda dan Madura

Kalimantan seperti bahasa Iban, Kenya Kayan dan Melanau

Bali-Sasak seperti bahasa Bali, Sasak dan Sumbawa

Sulawesi Selatan seperti bahasa Makasar, Bugis dan Seko

20

Page 21: kerja kursus bahasa melayu

Halmahera Selatan-Irian Jaya seperti bahasa Hilmahera Selatan, Nufur dan

Kowiai

7.4.3 Keluarga Bahasa Austronesia

Bahasa Austronesia dikatakan berasal daripada rumpun yang sama dengan bahasa

Austroasia dan bahasa ini menjadi keluarga rumpun Austris. Penutur-penutur bahasa

Austronesia dari wilayah selatan terpaksa berhijrah ke Taiwan, Kepulauan Asia

Tenggara, Kepulauan Pasifik dan tempat lain kerana diserbu oleh suku bangsa Han yang

merupakan penutur bahasa Sino-Tibet. Penghijrahan ini menyebabkan berlakunya

penyebaran filum bahasa Austris.

7.4.4 Bahasa Melayu-Polinesia

Lokasi bahasa Melayu-Polinesia adalah di Asia Tenggara dan Pasifik. Bahasa ini

merupakan subkeluarga bahasa Austronesia dan bahasa ini dituturkan secara meluas di

negara-negara Kepulauan Asia Tenggara dan Lautan Pasifik. Ciri-ciri bahasa Melayu-

Polinesia ialah:

Perkataan-perkataan dibina daripada gabungan dan cantuman suku kata

Penuturnya lebih kerap menggunakan suku kata terbuka berbanding dengan suku

kata tertutup

Penuturnya jarang menggunakan gugus-gugus konsonan

Ada beberapa bahasanya yang memiliki fonem yang sama seperti bahasa Sanskrit

Bahasa ini banyak menggunakan bentuk-bentuk ulangan

7.5 Perkembangan Bahasa Melayu

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap iaitu:

Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Moden

7.5.1 Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu kuno merupakan keluarga Nusantara. Zaman kegemilangan bahasa

Melayu kuno ialah dari abad ke-7 sehingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya

dan bahasa ini memainkan peranan sebagai bahasa lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Penuturnya ialah dari Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.

21

Page 22: kerja kursus bahasa melayu

Bahasa Melayu kuno menjadi bahasa lingua franca dan bahasa pentadbiran

kerana:

Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.

Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat

Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Bahasa Melayu kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa

Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri

keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

Pengaruh agama Hindu

Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai

hierarki yang tinggi.

Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf

Pallawa ialah:

Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)

Batu bersurat di Talang Tuwo, Palembang (684 M)

Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)

Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis

dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno ialah:

22

Page 23: kerja kursus bahasa melayu

Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit

Susunan ayat bersifat Melayu

Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)

bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)

Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)

Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)

Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh:

sukhatshitta)

Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

 7.5.2 Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Pengaruh agama Ialam yang semakin mantap dan kuat pada abad ke-13

menyebabkan berlakunya peralihan ini. Bahasa Melayu mengalami banyak perubahan

dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting semasa berlakunya peralihan bahasa ini

iaitu batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) yang ditulis dalam huruf India,

mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit dan bahasanya

berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

Batu bersurat yang kedua ialah batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) yang

masih menggunakan huruf India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata

Arab seperti kalimat nabi, Allah dan Rahmat.

Batu bersurat yang ketiga ialah batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-

1387) yang ditulis dalam tulisan Jawi dan membuktikan bahawa tulisan Arab telah

digunakan dalam bahasa Melayu pada masa itu. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan

bukti catatan terakhir kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam

bentuk tulisan.

7.5.3 Bahasa Melayu Klasik

Kegemilangan bahasa Melayu klasik terbahagi kepada tiga zaman iaitu pada zaman

kerajaan Melaka, kerajaan Acheh dan kerajaan Johor-Riau.

23

Page 24: kerja kursus bahasa melayu

Antara tokoh penulis penting pada masa ini ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-

Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. Bahasa klasik

mempunyai beberapa ciri iaitu:

ayatnya panjang, berulang dan berbelit-belit

banyak menggunakan ayat pasif

menggunakan bahasa istana

kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara),

sahaya, masyghul (bersedih)

banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) seperti sebermula,

alkisah, hatta, adapun.

banyak penggunaan ayat songsang

banyak menggunakan partikel seperti ‘pun’ dan ‘lah’

7.5.4 Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 dan hasil karangan Munsyi Abdullah

dikatakan sebagai permulaan bahasa Melayu moden. Sebelum zaman penjajahan British,

bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi dan mempunyai beberapa fungsi iaitu

sebagai bahasa:

pentadbiran

perantaraan

kesusasteraan

pengantar di pusat pendidikan Islam

Selepas perang dunia kedua, British mengubah dasar iaitu menjadikan bahasa

Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara. Selepas Malaysia

mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Selain itu, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967

menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 pula

mencadangkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan

negara.

24

Page 25: kerja kursus bahasa melayu

8.0 PENGANTAR FONETIK DAN FONOLOGI

8.1 Pengenalan Fonetik dan Fonologi

Fonetik dan fonologi adalah mengenai ilmu linguistik. Linguistik ialah bidang kajian

tentang bahasa secara saintifik. Seseorang ahli bahasa mempunyai keupayaan untuk

menganalisis sesuatu bahasa secara objektif tanpa dipengaruhi oleh sebarang prasangka.

Unit tatabahasa yang paling asas ialah morfem, manakala unit bahasa tulisan yang

paling asas ialah grafemdan unit bahasa yang paling asas ialah fonem.

Kita tidak dapat mengenalpasti bunyi bahasa yang kita hasilkan dan terlibat dalam

pertuturan kita.

Bidang fonetik dan fonologi sedikit sebanyak telah membantu ahli-ahli bahasa

untuk menyelesaikan masalah tersebut.

8.1.1 Takrif Fonetik

Fonetik berasal daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang

membawa maksud bunyi (suara). Fonetik merupakan kajian tentang bunyi-bunyi ujaran

manusia yang memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa, bagaimana

bunyi-bunyi dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.

Fonetik mengkaji bagaimana organ-organ pertuturan manusia menghasilkan

bunyi-bunyi bahasa tersebut.

Fonetik merupakan sebahagian daripada ilmu linguistik berkaitan dengan

penyebutan kata dan lambang-lambang yang menunjukkan sebutannya.

8.1.2 Takrif Fonologi

Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa. Fonologi berhubung dengan anatomi

dan fisiologi yang berkaitan dengan organ-organ ujaran dan bagaimana manusia

menggunakan organ-organ tersebut. Fonologi juga dikaitkan dengan tingkah laku sosial

dan ciri-ciri bunyi yang digunakan untuk berhubung atau berkomunikasi dalam

masyarakat.

Kita perlu mengaplikasikan simbol-simbol fonetik untuk mengetahui sebutan

sebenar sesuatu perkataan.

25

Page 26: kerja kursus bahasa melayu

8.1.3 Perbezaan Fonetik dan Fonologi

Fonetik ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat

fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori dan persepsi

neurofizikal.

Fonologi ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang

bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa yang dikenali sebagai bunyi bahasa.

Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tubuh manusia, terutama yang

berhubungan dengan penggunaan bahasa manakala fonologi ialah ilmu berkaitan dengan

perbendaharaan fonem sesuatu bahasa.

Fonem ialah sebuah istilah linguistik dan merupakan gabungan terkecil dalam

sesebuah bahasa yang masih boleh menunjukkan perbezaan makna. Fonem berbentuk

bunyi. Contohnya bunyi [k] dan [g] merupakan dua fonem yang berbeza seperti dalam

perkataan ‘cakar’ dan ‘cagar’.

Fonetik mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia keseluruhannya,

manakala fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa.

Kesimpulannya, fonetik dan fonologi adalah saling berkaitan antara satu sama

lain dan garis pemisah antara fonetik dan fonologi adalah masih kurang jelas.

8.1.4 Bidang-bidang Fonetik

Bidang-bidang fonetik terbahagi kepada tiga iaitu:

Fonetik artikulasi

Fonetik akustik

Fonetik auditori

Fonetik artikulasi mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh manusia

dengan memggunakan alat tutur seperti kedudukan dan pergerakan bibir, lidah, laluan

udara dan sebagainya.

Fonetik akustik mengkaji gelombang bunyi dan cara gelombang tersebut

mencapai pendengaran manusia seperti bunyi yang kuat, frekuensi dan jarak bunyi.

Fonetik auditori mengkaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui

telinga dan cara bunyi tersebut diinterpretasikan.

26

Page 27: kerja kursus bahasa melayu

8.2 Alat Artikulasi

8.2.1 Alat-alat Artikulasi

Alat-alat artikulasi ialah organ-organ yang memainkan peranan dalam mengeluarkan

bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat artikulasi dapat dilihat seperti dalam rajah 1 yang berikut:

Rajah 1: Alat-alat artikulasi

Fungsi-fungsi alat artikulasi manusia adalah seperti berikut:

Lidah

Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting dan memainkan peranan yang aktif

dalam penghasilan bunyi bahasa. Bahagian lidah terbahagi kepada empat bahagian iaitu

hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah dan belakang lidah. Bahagian hadapan lidah,

tengah lidah dan belakang lidah berperanan penting dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal

seperti vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah boleh digerakkan kemana-

mana bahagian mulut untuk menyekat udara. Hal ini membolehkan lidah dapat membuat

deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi dengan adanya pembahagian-pembahagian ini.

Tulang Rahang

Tulang rahang berfungsi untuk menentukan kedudukan gigi dan bibir dalam penghasilan

bunyi-bunyi bahasa. Mulut akan terbuka apabila rahang dibuka dan tertutup apabila

rahang ditutup.

27

Page 28: kerja kursus bahasa melayu

Anak Tekak

Anak tekak berperanan sebagai alat artikulasi bersama dengan lelangit lembut khasnya

dalam menentukan sesuatu bunyi yang akan dihasilkan sama ada sengau atau tidak. Anak

tekak juga boleh digerakkan sama ada dinaikkan atau diturunkan.

Rongga Hidung

Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup bergantung kepada keadaan anak tekak dan

lelangit lembut sama ada dinaikkan atau diturunkan.

Peti Suara

Dalam peti suara, terdapat otot-otot selaput nipis yang dikenali sebagai pita suara. Dua

keping selaput yang terdapat pada peti suara boleh terbuka dan tertutup.

Apabila kedua-dua selaput ini dirapatkan, glotis menjadi sempit atau tertutup dan

apabila selaput-selaput ini diregangkan ia menjadi luas atau terbuka.

Pita suara diregangkan dan glotis terbuka semasa pernafasan biasa supaya arus

udara tidak tersekat.

Bunyi letupan pita suara akan terhasil sekiranya glotis dirapatkan dan tekanan

udara dari paru-paru yang kuat menyebabkan rapatan itu dilepaskan secara serta merta.

Jika glotis dirapatkan tetapi masih terdapat ruang, udara dari paru-paru dapat lalu

dan sekiranya laluan itu menggetarkan pita suara, bunyi yang dihasilkan disebut bunyi

bersuara. Contoh bunyi bersuara ialah bunyi [a]. Tetapi, jika pita suara tidak bergetar,

bunyi yang dihasilkan ialah bunyi yang tidak bersuara seperti bunyi [s].

8.2.2 Daerah Artikulasi

Daerah artikulasi ialah kawasan di mana sesuatu bunyi bahasa itu dihasilkan.

Gigi

Gigi juga mempunyai peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa walaupun

peranannya adalah pasif. Kedudukan gigi adalah statik dan digunakan sebagai penampan

aliran udara yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi.

Bibir Atas dan Bibir Bawah

Bibir terletak pada bahagian luar daripada rongga mulut. Otot bibir adalah kenyal, boleh

dibundarkan dan dihamparkan untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang berbagai-

bagai. Kedua-dua bibir atas dan bibir bawah dapat digerakkan, dibundarkan dan

28

Page 29: kerja kursus bahasa melayu

dihamparkan. Bibir menjadi terhampar apabila membunyikan bunyi [i] misalnya dan

menjadi bundar apabila membunyikan bunyi [u]. Bibir juga berfungsi untuk menyekat

udara yang keluar daripada rongga mulut misalnya semasa membunyikan bunyi [m].

Gusi

Gusi terletak di antara gigi dan lelangit. Organ ini berfungsi sebagai daerah sebutan. Gusi

memainkan peranan dalam menghasilkan bunyi-bunyi seperti [t], [d] dan [l] dengan

bantuan hujung lidah yang berfungsi untuk menyekat udara.

Lelangit

Lelangit berfungsi bagi menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu sengau atau

tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang dikeluarkan adalah sengau

manakala apabila lelangit lembut dinaikkan, bunyi yang dikeluarkan bukanlah bunyi

sengau.

8.3 Bunyi Bahasa

Bunyi bahasa dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Manusia menggunakan bunyi-bunyi

suara untuk berhubung dan daripada bunyi suara terbitlah lambang-lambang yang boleh

digambarkan atau dituliskan.

8.3.1 Bunyi Vokal

Bunyi vokal merupakan bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut.

Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa disekat. Bunyi vokal hanya

dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Terdapat enam vokal yang terdapat

dalam bahasa Melayu iaitu:

Lambang Fonetik Contoh Perkataan

[a] anak, tanah, lada

[è] ela, semak,sate

[i] iring, kita, seri

[] emak, betul

[o] obor, botak

[u] ular, sultan, saku

Jadual 8: Vokal dalam bahasa Melayu

29

Page 30: kerja kursus bahasa melayu

Antara faktor yang menentukan bunyi vokal ialah:

(1) Kedudukan Lidah

Kedudukan lidah ini merujuk kepada ketinggian lidah dengan rongga mulut iaitu jarak

antara permukaan lidah dengan bahagian lelangit. Ketinggian lidah terbahagi kepada

empat kategori iaitu:

Ketinggian Lidah Bunyi Vokal Contoh Perkataan

Sempit [i] dan [u] [itik] dan [batu]

Separuh sempit [e] dan [o] [enak] dan [oraŋ]

Separuh luas [Ɛ] dan [Ɔ] dialek Kelantan dan Terengganu

Luas [a] dan [ɑ] [hati] dan [rata]

Jadual 9: Ketinggian lidah

(2) Bahagian Lidah

Bahagian lidah yang terlibat juga menentukan sesuatu bunyi vokal yang dihasilkan. Lidah

terbahagi kepada tiga bahagian iaitu depan, tengah dan belakang.

Bunyi vokal yang dihasilkan pada bahagian depan lidah ialah:

[i] vokal depan tinggi

[e] vokal depan separuh sempit

[Ɛ] vokal depan separuh luas

[a] vokal depan luas

Bunyi vokal yang dihasilkan pada bahagian tengah lidah dinamakan vokal tengah

iaitu [˂˂].

Bunyi vokal yang dihasilkan pada bahagian belakang lidah ialah:

[u] vokal belakang sempit

[o] vokal belakang separuh sempit

[Ɔ] vokal belakang separuh luas

[ɑ] vokal belakang luas

30

Page 31: kerja kursus bahasa melayu

(3) Keadaan Bibir

Keadaan bibir juga menentukan bunyi vokal yang dihasilkan. Terdapat tiga bentuk

keadaan bibir semasa vokal dihasilkan iaitu:

Keadaan Bibir Bunyi Vokal

Hampar vokal depan iaitu [i], [e], [Ɛ] dan [a]

Neutral vokal belakang iaitu [u], [o], [Ɔ] dan [ɑ]

Bundar vokal tengah iaitu [ә]

Jadual 10: Keadaan bibir dan bunyi vokal

8.3.2 Bunyi Konsonan

Bunyi konsonan merupakan huruf-huruf selain vokal. Bunyi konsonan mungkin bersuara

dan mungkin tidak. Udara yang keluar dari paru-paru akan menerima sekatan, sempitan

dan geseran sama ada di bahagian tekak, mulut atau hidung semasa bunyi konsonan

dihasilkan. Konsonan terbahagi kepada dua iaitu:

Konsonan Melayu asli

Konsonan pinjaman

[p] Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara

[b] Konsonan letupan dua bibir bersuara

[t] Konsonan letupan gusi tidak bersuara

[d] Konsonan letupan gusi bersuara

[k] Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara

[g] Konsonan letupan lelangit lembut bersuara

[?] Hentian glotis

[č] Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara

[ǰ] Konsonan letusan lelangitt keras bersuara

[s] Konsonan geseran gusi tidak bersuara

[r] Konnsonan getaran gusi bersuara

[h] Konsonan geseran glotis bersuara

[l] Konsonan sisian gusi bersuara

[m] Konsonan sengau dua bibir bersuara

[n] Konsonan sengau gusi bersuara

[ŋ] Konsonan sengau lelangit lembut bersuara

31

Page 32: kerja kursus bahasa melayu

[ɲ] Konsonan sengau lelangit-gusi bersuara

[w] Separuh vokal dua bibir bersuara

[j] Separuh vokal lelangit keras bersuara

Jadual 11: 19 bunyi konsonan Melayu asli

[f] Konsonan geseran bibir gigi tidak bersuara

[v] Konsonan geseran bibir gigi bersuara

[ө] Konsonan geseran gigi tidak bersuara

[ŏ] Konsonan geseran gigi bersuara

[z] Konsonan geseran gusi bersuara

[š] Konsonan geseran gusi lelangit keras tidak bersuara

[x] Konsonan geseran lelangit lembut tidak bersuara

[ɤ] Konsonan geseran lelangit lembut bersuara

Jadual 12: 8 bunyi konsona Melayu pinjaman

8.3.3 Bunyi Diftong

Perkataan diftong berasal daripada perkataan phtong yang terdapat dalam bahasa Yunani

yang membawa maksud suara atau disuarakan. Seterusnya, perkataan dipthong pun

terhasil yang bermaksud dua vokal atau dua bunyi yang hanya menduduki satu suku kata.

Dalam bahasa Melayu dipthong disebut sebagai diftong.

Diftong Bahasa Melayu

Terdapat tiga bunyi diftong bahasa Melayu yang standard, iaitu [ay], [aw] dan [oy].

Diftong ini dilambangkan sebagai [ai], [au] dan [oi] dalam otografi bahasa Melayu.

Contoh perkataan yang menggunakan bunyi diftong ini ialah pakai, lampau dan kaloi.

Dalam perkataan asli bahasa Melayu, diftong hanya terdapat pada suku kata

kedua atau suku kata akhir bagi suku kata terbuka. Kedudukan diftong [ai] dan [au] boleh

berlaku di awal, tengah dan akhir perkataan, manakala diftong [oi] hanya terhad pada

suku kata terbuka akhir perkataan sahaja.

Diftonng dianggap sebagai satu suku kata yang dilambangkan oleh dua fonem

vokal yang disebut sebagai satu bunyi. Terdapat puncak kelantangan dan terdapat ciri

geluncuran dalam membunyikan diftong. Diftong bahasa Melayu disebut dengan bunyi

32

Page 33: kerja kursus bahasa melayu

vokal pertamanya lebih nyaring, lebih panjang dan lebih tekanannya daripada bunyi

vokal yang kedua.

Penyebaran fonem diftong dalam bahasa Melayu adalah seperti dalam Jadual 13

di bawah:

Jenis Diftong

Kedudukan Diftong

Awal Tengah Akhir

/ai/ /aiskrim/ /khairat/ /pandai/

/au/ /auto/ /daulat/ /pukau/

/oi/ - /boikot/ /amboi/

Jadual 13: Penyebaran fonem diftong bahasa Melayu

8.3.4 Carta Konsonan Melayu

Cara

Penghasilan

Daerah Penghasilan

Dua Bibir Gusi

Gusi

Lelangit

Keras

Lelangit

Keras

Lelangit

Lembut

Pita Suara

Letupan p b t d k g ?

Letusan c j

Geseran s h

Getaran r

Sisian l

Sengauan m n ɲ ŋ

Separuh

Vokal

w y

Jadual 14: Carta konsonan Melayu

33

Page 34: kerja kursus bahasa melayu

8.4 Prosodi Dan Suprasegmental

Dalam linguistik, prosodi didefinisikan sebagai perkara yang berkaitan dengan bentuk

bunyi bahasa yang dapat didengar di telinga dan tidak dapat dijelaskan dengan hanya

melihat simbol-simbol tulisan. Fokus prosodi ialah pada ujaran yang berkaitan dengan

intonasi dan rima. Selain itu, prosodi melihat perubahan pada kepanjangan suku kata,

kelantangan, nada dan beberapa perkara lain yang berhubung dengan struktur bunyi

ujaran yang dilafazkan.

Suprasegmental didefinisikan sebagai penggunaan bunyi-bunyi tertentu pada kata,

frasa, klausa dan ayat untuk mendapatkan perhatian pendengar dan khusus digunakan

dalam wacana lisan secara keseluruhannya.

Prosodi dan suprasegmental mempunyai ciri yang dikongsi bersama.

8.4.1 Ciri-ciri Prosodi

Terdapat enam ciri prosodi yang digunakan bagi menandakan ujaran. Antaranya ialah:

(a) Tekanan dan kelantangan

Tekanan diucapkan lebih lantang daripada bunyi kata yang lain bagi menyampaikan

sesuatu maksud seperti rasa marah dan hairan. Tekanan juga berperanan sebagai satu

desakan kepada pendengar. Lambang tekanan ialah ‘?’. Tekanan bertujuan untuk

menyedapkan percakapan atau bacaan untuk menandakan aspek yang perlu diberi

perhatian.

(b) Intonasi

Kita menggunakan intonasi yang berbeza untuk menyatakan masksud kepada pendengar.

Kontur intonasi, sama ada meninggikan atau menurunkan ton suara memberikan

perbezaan yang menandakan ujaran, sama ada ianya berbentuk penyataan atau penyoalan.

(c) Tempo

Tempo memberikan kesan kepada sesuatu makna, misalnya untuk memberikan

rangsangan dan mendapatkan perhatian.

(d) Rima

Pola tekanan, tempo dan nada secara bersama menghasilkan rima. Rima banyak

digunakan dalam bidang muzik dan puisi. Rima dilafazkan secara spontan dalam sesuatu

ujaran. Kita akan menyedari kewujudan sesuatu rima apabila berlakuya pengulangan

ujaran menggunakan pola yang sama.

34

Page 35: kerja kursus bahasa melayu

(e) Mora

Mora ialah kadar sesuatu bunyi itu diucapkan. Lambang [:] menandakan panjang pendek

dan disebit mora. Lambang [::] bermaksud dua mora dan [.] bermaksud setengah mora.

Penggunaan mora lebih ketara dalam bahasa Inggeris berbanding dengan bahasa Melayu.

(f) Jeda

Jeda juga disebut persendian. Jeda memisahkan perkataan, rangkai kata atau ayat. Jeda

berfungsi sebagai hentian sebentar dalam ujaran. Lambang jeda ialah #. Lambang jeda

yang digunakan bagi menunjukkan pemisahan antara suku kata atau perkataan ialah [+].

Jeda membawwa makna yang berbeza dalam ujaran.

8.4.2 Intonasi

Intonasi didefinisikan sebagai keadaan turun naik bunyi atau tinggi rendah suara semasa

bercakap. Intonansi merujuk kepada variasi nada apabila bercakap. Nada sintaktikal

digunakan untuk mengubah permintaan dalam bentuk penyataan. Nada tinggi atau rendah

yang dikenali sebagai ton bahasa digunakan untuk membezakan maksud sesuatu

perkataan, misalnya perkataan ‘ma’ dalam bahasa cina boleh membawa maksud yang

berbeza-beza iaitu ‘emak’, ‘kuda’, ‘jerami’ atau ‘marah’.

8.4.3 Intonasi Dalam Sintaksis Bahasa Melayu

Intonasi menentukan jenis-jenis ayat dalam bahasa Melayu. Ayat tanya mempunyai

intonasi yang meninggi pada akhir ayat. Ayat penyata pula mempunyai intonasi yang

menurun. Intonasi yang digunakan dalam ujaran ialah:

Jenis Intonasi Makna

Menaik Nada suara dinaikkan mengikut masa

Menurun Nada suara diturunkan mengikut masa

Puncak Nada suara daripada naik kepada turun

‘Dipping’ Nada suara daripada turun kepada naik

Jadual 15: Jenis intonasi

35

Page 36: kerja kursus bahasa melayu

Jadual 16 dibawah menunjukkan tingkat nada dalam intonasi.

Tingkat Nada Maksud

Angka 1 Nada yang paling rendah

Angka 2 Nada permulaan ujaran

Angka 3 Nada tekanan dalam ujaran

Angka 4 Nada yang paling tinggi

Jadual 16: Tingkat nada dalam intonasi

8.5 Fonem Vokal Dan Konsonan

8.5.1 Fonem Bahasa Melayu

Fonem merujuk kepada unit bahasa yang terkecil dan boleh dipenggal-penggalkan dan

mampu membezakan atau mengubah makna perkataan. Unit-unit kecil ini tidak

mempunyai sebarang makna apabila diletakkan secara berasingan. Jika salah satu fonem

digantikan dengan fonem yang lain, makna sesuatu perkataan itu akan berubah. Fonem

vokal dan konsonan bahasa Melayu berperanan untuk membezakan makna.

8.5.2 Fonem Vokal

Terdapat enam fonem vokal bahasa Melayu, iaitu /a/, /e/, /i/, /o/, /u/ dan /ә/. Jadual 17

dibawah menunjukkan penyebaran fonem vokal bahasa Melayu.

Huruf Fonem

Penggunaan Fonem Vokal

Awal Tengah Akhir

a /a/ /api/ /gagah/ /bola/

e /e/ /ekor/ /leher/ /tauge/

i /i/ /iman/ /gigih/ /cili/

o /o/ /oleh/ /kokok/ /solo/

u /u/ /unta/ /bulat/ /madu/

ә /ә/ /әmpat/ /pәnat/ /mekanismә/

Jadual 17: Penyebaran fonem bahasa Melayu

Huruf ‘e’ melambangkan dua fonem, iaitu:

(a) Fonem e pepet yang ditulis secara fonetik /ә/

(b) Fonem e taling yang ditulis secara fonetik /e/

/ә/ sering digunakan bagi menggantikan bunyi vokal perkataan yang berakhir dengan

huruf /a/.

36

Page 37: kerja kursus bahasa melayu

8.5.3 Fonem Konsonan

Terdapat 18 fonem konsonan asli dalam bahasa Melayu. Jadual 18 dibawah menunjukkan

penyebaran fonem konsonan asli bahasa Melayu.

Huruf Fonem

Penggunaan Fonem Konsonan

Awal Tengah Akhir

b /b/ batuk lambat kelab

c /č/ campak benci Mac

d /d/ datang datang abad

g /g/ gagal ligat monolog

h /h/ hapus lahap sudah

j /ǰ/ jalan sejat garaj

k /k/ kilat bangkit letak

l /l/ lawat selamat kawal

m /m/ masam zaman kelam

n /n/ nanti senak masin

ng /ŋ/ nganga lengkap halang

ny /ɲ/ nyanyi senyap -

p /p/ pedas papan sedap

r /r/ runtuh deras dengkur

s /s/ sukat langsai lepas

t /t/ tanam latih pekat

w /w/ warna bawah takraw

y /j/ yuran yayasan -

Jadual 18: Penyebaran fonem konsonan asli bahasa Melayu

37

Page 38: kerja kursus bahasa melayu

8.5.4 Konsonan Pinjaman

Terdapat lapan fonem konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu yang berasal daripada

bahasa Arab, bahasa Inggeris dan bahasa selain bahasa Melayu. Jadual 19 menunjukkan

penyebaran konsonan pinjaman bahasa Melayu.

Huruf Fonem Contoh Penggunaan

f /f/ fakir

v /v/ variasi

th /ɵ/ mithal

dh /ð/ dharab

z /z/ zaman

sy /š/ masyarakat

kh /x/ khas

gh /ɣ/ ghaib

Jadual 19: Penyebaran konsonan pinjaman bahasa Melayu

38

Page 39: kerja kursus bahasa melayu

9.0 REFLEKSI

Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, banyak dugaan dan cabaran yang telah saya

lalui. Antaranya ialah kekurangan sumber bahan rujukan, kesukaran untuk menganalisis

sesuatu bahan, masa yang agak singkat dan kurangnya pengalaman yang saya ada dalam

menyiapkan kerja kursus di peringkat institut.

Kerja kursus ini telah banyak mendewasakan saya kerana sepanjang

menjalankan kerja kursus ini, saya telah belajar untuk mengurus masa saya dengan baik

dan cekap. Selain itu, saya menjadi lebih berdikari sepanjang menyiapkan kerja kursus ini

memandangkan kerja kursus ini dijalankan secara individu. Saya belajar untuk

berbincang dengan rakan melalui proses kolaborasi semasa menjalankan kerja kursus ini.

Setelah berjaya menyiapkan kerja kursus ini, saya berasa sangat gembira dan

berpuas hati walaupun saya banyak mengorbankan masa tidur saya untuk memastikan

saya dapat menyempurnakan kerja kursus ini. Walaubagaimanapun, saya berasa sangat

teruja kerana berjaya menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang telah ditetapkan.

Yang benar,

......................................................

(JASLYN EMA ANAK MENIK)

39

Page 40: kerja kursus bahasa melayu

10.0 RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI

Asmah Haji Omar, 2008, Susur Galur Bahasa Melayu edisi Kedua, Kuala Lumpur,

Dewan Bahasa dan Pustaka

Nor Hashimah Jalaluddin, 1998, Asas Fonetik, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan

pustaka

Siti Hajar Abdul Aziz, 2008, Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1, Shah Alam

Selangor Darul Ehsan, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Zulkifley Hamid, Ramli Md. Salleh, Rahim Aman, 2007, Linguistik Melayu Edisi Kedua,

Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

40

Page 41: kerja kursus bahasa melayu

11.0

LAMPIRAN

41

Page 42: kerja kursus bahasa melayu

Perkara 152. Bahasa kebangsaan.

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:Dengan syarat bahawa—(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selainbagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuanatau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

(2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas HariMerdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasaInggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam DewanUndangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.

(3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas HariMerdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks sahih—(a) segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanyayang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan(b) segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkanoleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

(4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas HariMerdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segalaprosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris:Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.

(5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

(6) Dalam Perkara ini, "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

42

Page 43: kerja kursus bahasa melayu

Dasar Pendidikan Negara PengenalanDasar pendidikan negara sebelum merdeka mewujudkan 5 jenis sistem persekolahan yang terasing di antara satu sama lain, iaitu sekolah Inggeris, Melayu, Cina, India dan agama. Sejak tahun 1946, British sedar satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan harus diwujudkan bagi menyatukan masyarakat yang berbilang kaum. Kesedaran ini terbukti dalam Rancangan Cheessmen yang mencadangkan sekolah Inggeris sebagai asas penyatuan sistem persekolahan. Usaha-usaha telah dijalankan untuk menuju ke arah penyatuan sistem pendidikan. Selepas merdeka, usaha mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan diteruskan. Dasar pendidikan kini lebih bertujuan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Satu dasar pendidikan yang lebih baik adalah penting bagi membentuk negara yang stabil, bersatu-padu dan progresif. Penyata Barnes, 1950Pada Ogos 1950, satu jawatankuasa yang diketuai oleh L.J. Barnes ditubuhkan bagi mengkaji masa depan sistem pendidikan di Tanah Melayu. Setelah menjalankan kajian, satu penyata yang dikenali sebagai Penyata Barnes disediakan dan dikemukakan kepada Kerajaan British pada tahun 1951. Panyata ini mengandungi syor-syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa ini. Antara syor-syor ini ialah:a.         Sekolah vernakular digantikan dengan sekolah kebangsaan.b.         Sekolah kebangsaan dibuka kepada semua kaum dan diajar oleh guru dari pelbagai kaum

dan keturunan.c.         Sekolah rendah – Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Sekolah menengah – Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar.d.         Semua murid diberi pelajaran percuma di sekolah rendah selama 6 tahun.Penyata ini dibantah oleh kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu membantah kerana kedudukan Bahasa Melayu tidak diberi kedudukan yang wajar. Bagi Cina, sekolah kebangsaan dianggap seolah-olah mengancam kebudayaan dan Bahasa Cina yang mereka banggakan. Orang India menentang kerana permintaan mereka supaya kedudukan sekolah Tamil dikaji telah ditolak oleh kerajaan. Laporan Fenn-Wu, 1951Pada tahun 1951, kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji kedudukan sekolah Cina. Jawatankuasa ini dketuai oleh Dr. W.P. Fenn dan Dr. Wu Teh-Yao. Tugas utama jawatankuasa Fenn-Wu ialah mengkaji kemungkinan menjadikan sekolah Cina yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai pengantar dan Bahasa Cina sebagai satu matapelajaran pilihan. Syor-syor yang dikemukakan ialah:a.         Sekolah Cina dikekalkan tetapi kurikulumnya berdasarkan latar belakang tempatan.b.         Sekolah Cina menyokong konsep penggunaan 3 bahasa sebagai bahasa pengantar supaya

perpaduan di antara kaum tidak terjejas.Laporan Fenn-Wu ditolak oleh UMNO kerana tidak menguntungkan orang Melayu. Ordinan Pelajaran, 1952Pada bulan September 1952, satu jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan bagi mengkaji Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Jawatankuasa ini mengesyorkan beberapa cadangan yang kemudian diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran 1952. Antara cadangannya ialah:a.         Penubuhan 2 jenis sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar.b.         Pelajaran selama 6 tahun dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar di sekolah rendah.

43

Page 44: kerja kursus bahasa melayu

c.         Sekolah kebangsaan yang dicadangkan oleh Barnes dilaksanakan.d.         Sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam konsep sistem sekolah kebangsaan.Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana berlakunya Darurat. Penyata Razak, 1956Jawatankuasa Razak ditubuhkan pada 30 September 1955 untuk mengkaji Ordinan Pelajaran 1952. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein. Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak yang dikemukakan pada bulan April 1956. Berikut ialah kandungan Laporan Razak:1.         Sekolah rendah

a.         Sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar.

b.         Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran wajib.c.         Murid keturunan Cina dan Tamil di sekolah aliran Inggeris diberi peluang

mempelajari bahasa ibundanya jika ada 15 orang atau lebih murid ingin belajar.d.         Guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah Rendah dan mendapat

latihan sepenuh masa setahun dan separuh masa 2 tahun.2.         Sekolah menengah

a.         Sekolah menengah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu sekolah menengah rendah (3 tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dan pra-U (2 tahun).

b.         Satu jenis sekolah menengah sahaja yang Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib.

c.         Terbuka kepada semua kaum dan menggunakan sukatan yang sama.d.         Bagi memasuki sekolah menengah, mesti lulus peperiksaan memasuki sekolah

menengah.3.         Sistem peperiksaan

a.         Sekolah menengah rendahPeperiksaan di peringkat Tingkatan 3 (peperiksaan bersama) dan mesti lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE) bagi memasuki sekolah menengah atas.

b.         Sekolah menengah atasPeperiksaan bersama di Tingkatan 5 untuk memperolehi Sijil Persekutuan Tanah Melayu yang sama taraf dengan Cambridge Overseas Certificate.

c.         Pra-UPeperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC) untuk memasuki universiti.

Laporan Razak telah diluluskan pada April 1957 dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Razak ditentang oleh orang Melayu kerana tiada ketegasan dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan. Orang Cina menentang kerana sesetengah cadangan dikatakan mengabaikan pendidikan Bahasa Cina. Laporan Rahman Talib, 1960Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi mengkaji semula perlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji Talib. Beberapa syor telah dikemukakan:1.         Bahasa kebangsaan

a.         Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah

menengah dan institusi pengajian tinggi.

44

Page 45: kerja kursus bahasa melayu

b.         Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu.c.         Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah menengah.

2.         Kelas peralihanKelas peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) dan SRJK(T) yang ingin bertukar ke

sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris.

3.         Kenaikan automatika.         Kenaikan darjah secara automatik di semua sekolah rendah dan sekolah menengah

bantuan kerajaan.

b.         Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan secara automatik iaitu 6 tahun sekolah

rendah dan 3 tahun sekolah menengah rendah.

c.         Pelajaran percuma kepada semua sekolah rendah tanpa mengira bahasa

pengantarnya.

4.         Matapelajaran akhlaka.         Murid beragama Islam – Pendidikan Islam.b.         Murid bukan beragama Islam – Pendidikan Moral.

 Akta Pelajaran, 1961Syor-syor Laporan Rahman Talib akhirnya digubal menjadi Akta Pelajaran 1961. Melalui akta ini:a.         Semua sekolah menggunakan kurikulum yang sama tanpa mengira aliran sekolah.b.         Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai

institusi pengajian tinggi.c.         Umur minimum meninggalkan sekolah – 15 tahun. 

45