22

i TINJAUAN TERHADAP SIMPTON-SIMPTON …€¦ · kalangan pelajar tahun empat aliran Pendidikan Teknik dan ... 3.9.1 Set soalan 25 ... mengalami transisi perubahan dalam hidup mereka

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: i TINJAUAN TERHADAP SIMPTON-SIMPTON …€¦ · kalangan pelajar tahun empat aliran Pendidikan Teknik dan ... 3.9.1 Set soalan 25 ... mengalami transisi perubahan dalam hidup mereka
Page 2: i TINJAUAN TERHADAP SIMPTON-SIMPTON …€¦ · kalangan pelajar tahun empat aliran Pendidikan Teknik dan ... 3.9.1 Set soalan 25 ... mengalami transisi perubahan dalam hidup mereka
Page 3: i TINJAUAN TERHADAP SIMPTON-SIMPTON …€¦ · kalangan pelajar tahun empat aliran Pendidikan Teknik dan ... 3.9.1 Set soalan 25 ... mengalami transisi perubahan dalam hidup mereka

i

TINJAUAN TERHADAP SIMPTON-SIMPTON GANGGUAN MENTAL DI

KALANGAN MAHASISWA TAHUN EMPAT ALIRAN PENDIDIKAN TEKNIK

DAN VOKASIONAL (PTV) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALASIA.

MOHD FIRDAUS BIN HADZIMI

Tesis ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan ( Mekanikal )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mac 2004

Page 4: i TINJAUAN TERHADAP SIMPTON-SIMPTON …€¦ · kalangan pelajar tahun empat aliran Pendidikan Teknik dan ... 3.9.1 Set soalan 25 ... mengalami transisi perubahan dalam hidup mereka

ii

Page 5: i TINJAUAN TERHADAP SIMPTON-SIMPTON …€¦ · kalangan pelajar tahun empat aliran Pendidikan Teknik dan ... 3.9.1 Set soalan 25 ... mengalami transisi perubahan dalam hidup mereka

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan lagi maha menyayangi,

bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnianya dalam memberi kekuatan

dan ketabahan serta kesihatan luar dan dalam bagi insan yang lemah ini

sehingga dapat menyempurnakan laporan projek ini dengan jayanya.

Untuk ayahanda dan ibunda tersayang:

Hadzimi Bin Che Ali dan Che Azizah Bt Mat Daud

Ahli keluargaku:

Adinda Mohd Khairi, Adinda Mohd Azim dan Adinda Siti Nurfahatin.

Serta:

Rakan-rakan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor Bahru.

Sokongan dan dorongan yang telah kalian berikan selama ini adalah

amat bermakna buatku, dan kejayaanku adalah dari berkat doa dan restu dari

kalian.

Semoga Allah yang maha kuasa memberkati dan membalas segala budi

dan jasa baik kalian.

Page 6: i TINJAUAN TERHADAP SIMPTON-SIMPTON …€¦ · kalangan pelajar tahun empat aliran Pendidikan Teknik dan ... 3.9.1 Set soalan 25 ... mengalami transisi perubahan dalam hidup mereka

iv

PENGHARGAAN

Saya berasa amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah, rahmat dan

keizinannya maka kajian ini dapat disempurnakan.

Di sini saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih

kepada Encik Jamaludin Bin Ramli, selaku penyelia bagi kajian ini yang telah banyak

mengorbankan masa beliau dalam memberi bimbingan, nasihat, tunjuk ajar dan galakan

kepada saya dalam menjayakan kajian ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah meluangkan

masa mereka bagi memberikan kerjasama dalam menjayakan kajian ini. Terima kasih di

atas sumbangan.

Terima kasih juga kepada pihak-pihak yang telah sama-sama terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian ini. Terima kasih

semua.

Page 7: i TINJAUAN TERHADAP SIMPTON-SIMPTON …€¦ · kalangan pelajar tahun empat aliran Pendidikan Teknik dan ... 3.9.1 Set soalan 25 ... mengalami transisi perubahan dalam hidup mereka

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau simpton-simpton gangguan mental di

kalangan pelajar tahun empat aliran Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini melibatkan 90 orang sampel dari 4

kursus utama Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan iaitu Kejuruteraan Awam,

Elektrik, Jentera Dan Kemahiran Hidup dalam melihat kelaziman simpton-simpton

psikologi gangguan mental dalam 9 aspek iaitu kemurungan, kurang daya tumpuan,

mudah naik marah, ingin bunuh diri, kelesuan, kerisauan, fobia, aktiviti melampau dan

somatik. Instrumen yang digunakan adalah set soal selidik yang merangkumi latar

belakang responden dan untuk menjawab persoalan kajian yang dikaji oleh penyelidik.

Data telah diproses menggunakan perisian statistical package for social science (SPSS)

versi 11.5 untuk mendapatkan nilai min, peratusan dan kekerapan kajian. Hasil dapatan

kajian menunjukkan nilai min keseluruhan bagi setiap simptom-simptom gangguan

mental iaitu fobia (2.55) kelesuan (2.44), aktiviti melampau (2.42), mudah naik marah

(2.39), kemurungan (2.35). Untuk setiap simpton bagi kurang daya tumpuan (2.26),

kerisauan (2.16), somatik (2.09) dan ingin bunuh diri (2.07) berada pada tahap rendah. Di

akhir kajian ini, pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak-pihak

terbabit agar dapat mengambil langkah-langkah menangani masalah gangguan mental di

kalangan para pelajar. Diharapkan kajian ini dapat menjadi sumber rujukan kepada para

pelajar dan pihak-pihak berkenaan.

Page 8: i TINJAUAN TERHADAP SIMPTON-SIMPTON …€¦ · kalangan pelajar tahun empat aliran Pendidikan Teknik dan ... 3.9.1 Set soalan 25 ... mengalami transisi perubahan dalam hidup mereka

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify the symptoms of mental disorder

among the fourth year undergraduates in Technical and vocational specialization (PTV),

Faculty of Education in University of Technology Malaysia. This research involved 90

samples of PTV students four main course in Bachelor of Technology and Education

civil, electrical, mechanical and skill living are conducted by distributing questionnaires

that constructed by in 9 symptom which are depression, poor concentration, fatigue,

invisibility, suicidal, anxiety, phobia, obsession in activities and somatic. The instrument

used included fourth years PTV student’s background and perception questionnaires.

Data were analyzed manually by statistical package for social science software version

11.5 which are interpreted into frequency, mean and percentage. The outcomes symptom

that is neutral are symptoms phobia (2.55), fatigue (2.44), obsession in activities (2.42),

invisibility (2.39) and depression (2.35). For symptoms poor concentration (2.26),

anxiety (2.16), somatic (2.09) and suicidal (2.07) their mean show the poorest level. The

end of this research, researcher included few suggestions to the used of certain parties or

authority in charge in order take action on controlling these mental disorder symptoms

among students. Hopefully this research will become revision to who needed.

Page 9: i TINJAUAN TERHADAP SIMPTON-SIMPTON …€¦ · kalangan pelajar tahun empat aliran Pendidikan Teknik dan ... 3.9.1 Set soalan 25 ... mengalami transisi perubahan dalam hidup mereka

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengesahan Status Tesis

Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual xi

Senarai Lampiran xii

BAB 1 PENDAHULUAN.

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah. 4

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Skop Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian. 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Kesihatan Mental 9

Page 10: i TINJAUAN TERHADAP SIMPTON-SIMPTON …€¦ · kalangan pelajar tahun empat aliran Pendidikan Teknik dan ... 3.9.1 Set soalan 25 ... mengalami transisi perubahan dalam hidup mereka

viii

1.8.2 Penyakit Mental 10

1.8.3 Tekanan Mental 10

1.8.4 Simpton 10

1.8.5 Kemurungan , Fobia dan Aktiviti melampau 11

1.8.6 Kurang daya tumpuan, Kelesuan dan Somatik 11

1.8.7 Kerisauan 12

1.8.8 Psikologi 12

1.9 Penutup 13

BAB 2 SOROTAN PENULIS

2.1 Pengenalan 14

2.2 Faktor Psikologi, Faktor Biologi dan Fisiologi serta 15

Faktor Persekitaran

2.3 Kajian lepas di luar negara 17

2.4 Kajian lepas di Malaysia 17

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 20

3.2 Reka Bentuk Kajian 21

3.3 Lokasi Kajian 22

3.4 Subjek Kajian 22

3.5 Tatacara Pengumpulan Data 22

3.6 Populasi dan Sampel Kajian 22

3.7 Instrumen Kajian 23

3.8 Kajian Rintis 24

3.9 Prosedur Kajian 25

3.9.1 Set soalan 25

3.9.2 Proses pengumpulan data 26

Page 11: i TINJAUAN TERHADAP SIMPTON-SIMPTON …€¦ · kalangan pelajar tahun empat aliran Pendidikan Teknik dan ... 3.9.1 Set soalan 25 ... mengalami transisi perubahan dalam hidup mereka

ix

3.9.3 Analisis 26

3.10 Analisis Data 26

3.11 Kesimpulan 27

BAB 4 KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 28

4.2 Analisis Bahagian A 29

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 29

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Keturunan 30

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 30

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Agama 31

4.3 Analisis Bahagian B 31

4.3.1 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 32

4.3.2 Analisis item bagi aspek simpton psikologi

kemurungan 32

4.3.3 Analisis item bagi aspek simpton psikologi kurang

daya tumpuan 38

4.3.4 Analisis item bagi aspek simpton psikologi

kelesuan 40

4.3.5 Analisis item bagi aspek simpton psikologi

mudah naik marah 43

4.3.6 Analisis Item bagi aspek simpton psikologi ingin

bunuh diri 44

4.3.7 Analisis Item bagi aspek simpton psikologi

Kerisauan 47

4.3.8 Analisis Item bagi aspek simpton psikologi fobia 49

4.3.9 Analisis item bagi aspek simpton psikologi aktiviti

melampau 51

4.3.10 Analisis item bagi aspek simpton psikologi somatik 55

Page 12: i TINJAUAN TERHADAP SIMPTON-SIMPTON …€¦ · kalangan pelajar tahun empat aliran Pendidikan Teknik dan ... 3.9.1 Set soalan 25 ... mengalami transisi perubahan dalam hidup mereka

x

4.3.11 Simpton gangguan mental berdasarkan perbandingan

nilai min 57

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 58

5.2 Ringkasan Kajian 59

5.3 Perbincangan 59

5.3.1 Mengenal pasti simpton gangguan mental yang

dihadapi oleh pelajar Tahun Empat Pendidikan

Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia dari aspek

kesihatan mental. 60

5.3.2 Apakah kekerapan responden yang mempunyai

simpton-simpton gangguan mental dari aspek

kemurungan, kelesuan , kurang daya tumpuan,

mudah naik marah, kerisauan, fobia, aktiviti

melampau, ingin bunuh diri dan somatik 63

5.3.3 Berapakah perbezaan nilai min responden yang

mempunyai simpton-simpton gangguan mental dari

aspek kemurungan, kelesuan , kurang daya

tumpuan, mudah naik marah, kerisauan, fobia,

aktiviti melampau, ingin bunuh diri dan somatik. 64

5.4 Rumusan Kajian 65

5.5 Cadangan 65

5.5.1 Cadangan kepada Pihak Institusi dan Kaunselor 66

Page 13: i TINJAUAN TERHADAP SIMPTON-SIMPTON …€¦ · kalangan pelajar tahun empat aliran Pendidikan Teknik dan ... 3.9.1 Set soalan 25 ... mengalami transisi perubahan dalam hidup mereka

xi

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 68

Bibliografi 70

Lampiran 74

Page 14: i TINJAUAN TERHADAP SIMPTON-SIMPTON …€¦ · kalangan pelajar tahun empat aliran Pendidikan Teknik dan ... 3.9.1 Set soalan 25 ... mengalami transisi perubahan dalam hidup mereka

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.7.1 Taburan Item-item Soal Selidik Bahagian B 24

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 29

4.2 Taburan Responden Mengikut Keturunan 30

4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 30

4.4 Taburan Responden Mengikut Agama 31

4.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 32

4.6 Analisis Item Bagi Aspek Simpton Psikologi

Kemurungan 32

4.7 Analisis Item Bagi Aspek Simpton Psikologi

Kurang Daya Tumpuan 38

4.8 Analisis Item Bagi Aspek Simpton Psikologi Kelesuan 40

4.9 Analisis Item Bagi Aspek Simpton Psikologi

Mudah Naik Marah 43

4.10 Analisis Item Bagi Aspek Simpton Psikologi

Ingin Bunuh Diri 44

4.11 Analisis Item Bagi Aspek Simpton Psikologi

Kerisauan 47

4.12 Analisis Item Bagi Aspek Simpton Psikologi Fobia 49

4.13 Analisis Item Bagi Aspek Simpton Psikologi

Aktiviti Melampau 51

4.14 Analisis Item Bagi Aspek Simpton Psikologi Somatik 55

4.15 Simpton gangguan mental berdasarkan perbandingan

nilai min 57

Page 15: i TINJAUAN TERHADAP SIMPTON-SIMPTON …€¦ · kalangan pelajar tahun empat aliran Pendidikan Teknik dan ... 3.9.1 Set soalan 25 ... mengalami transisi perubahan dalam hidup mereka

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 75

B Keputusan Dapat Kajian SPSS 80

Page 16: i TINJAUAN TERHADAP SIMPTON-SIMPTON …€¦ · kalangan pelajar tahun empat aliran Pendidikan Teknik dan ... 3.9.1 Set soalan 25 ... mengalami transisi perubahan dalam hidup mereka

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dalam sejarah pendidikan negara selepas merdeka, kita telah mengadakan

beberapa kali reformasi adalah bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi

kemampuan sistem pendidikan untuk memenuhi keperluan semasa dan cabaran masa

akan datang.

Sistem pendidikan yang berwibawa dan responsif mesti bersifat dinamik. Unsur

dinamisme yang membekalkan “darah” dan “semangat”untuk mengerakkan dan

membolehkan sistem itu dalam keadaan yang segar dan hidup. Oleh itu, daya persaingan

antara individu untuk mencapai kejayaan adalah bergantung pada sejauh mana

perkembangan seseorang itu dari aspek seperti kesihatan fizikal dan mental, penyesuaian

dengan keadaan sekeliling, boleh bersosial, mempunyai kesedaran diri yang tinggi dan

autonomi.

Page 17: i TINJAUAN TERHADAP SIMPTON-SIMPTON …€¦ · kalangan pelajar tahun empat aliran Pendidikan Teknik dan ... 3.9.1 Set soalan 25 ... mengalami transisi perubahan dalam hidup mereka

2

Seorang pakar psikiatri tempatan mendedahkan bahawa 20 peratus remaja

Malaysia menghadapi masalah kesihatan mental dengan 10 hingga 13 peratus dari

mereka berada pada peringkat tenat. Akhbar itu memetik Konsultan Psikiatri Pusat

Perubatan Universiti Malaya Prof Madya Dr Aili Hanim Hashim sebagai berkata lima

hingga sembilan peratus dari yang bermasalah menunjukkan tanda-tanda kekacauan

emosi. (Mingguan Malaysia, Disember 2003).

Petikan di atas adalah sebahagian daripada gejala-gejala simptom psikologi yang

melanda di kalangan remaja. Kesan daripada gejala-gejala ini yang semakin

menunjukkan kesan yang membimbangkan, telah menyedarkan masyarakat tentang

kesihatan mental yang baik. Salah satu jenis kesihatan mental yang sering dialami oleh

masyarakat dewasa ini ialah tekanan mental. Tekanan mental adalah sebahagian

daripada kehidupan harian. Ia merujuk kepada kaedah yang menyebabkan ketenangan

individu terasa diancam oleh peristiwa persekitaran dan menyebabkan individu tersebut

bertindak balas. Kita boleh mengalami tekanan ketika memenuhi tuntutan kerja,

menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, atau melalui interaksi sosial.

Dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) menekankan usaha yang berterusan ke

arah memperkembangkan lagi potensi secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, dan

emosi berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Ini kerana hasrat kerajaan

adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berketerampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Dalam usaha melahirkan pelajar mempunyai nilai-nilai seperti yang dinyatakan

dalam FPN, semua pihak hendaklah memainkan peranan supaya bakal pemimpin negara

kita sentiasa peka dengan perkembangan diri mereka. Perkembangan sahsiah pelajar

bermula dari kanak-kanak hingga ke dewasa. Ini di sokong oleh Lazarus dalam Atan

Long (1970) perkembangan sahsiah bermula pada zaman bayi, zaman kanak-kanak dan

Page 18: i TINJAUAN TERHADAP SIMPTON-SIMPTON …€¦ · kalangan pelajar tahun empat aliran Pendidikan Teknik dan ... 3.9.1 Set soalan 25 ... mengalami transisi perubahan dalam hidup mereka

3

kepada suatu masa di dalam zaman dewasa kerana di dalam zaman ini kebanyakan

susunan itu timbul dan mengambil bentuknya.

Jenis kesihatan mental ini lebih banyak melanda golongan remaja yang baru

mengalami transisi perubahan dalam hidup mereka contohnya pelajar universiti. Mereka

perlu memenuhi tuntutan tugasan yang banyak, penyesuaian diri di tempat baru atau

hubungan sosial mereka. Tekanan mental yang sederhana boleh menjadi pendorong

kepada satu-satu tindakan dan pencapaian tetapi kalau tekanan mental terlalu tinggi, ia

boleh menimbulkan masalah sosial dan mengganggu kesihatan kita.

Setiap individu juga memberikan reaksi dan tindak balas yang berbeza-beza

kepada tekanan yang dialaminya. Ada individu yang mampu menghadapi tekanan

dengan mudah, tetapi tidak kurang pula yang terpaksa memerlukan sokongan dan

bantuan orang lain ketika menghadapi tekanan. Apa yang pasti ialah, tekanan ialah

salah satu punca kepada hampir semua masalah dan kesihatan mental. (Hairunnaja

Najmuddin, 2003). Tekanan yang berlebihan dapat mengakibatkan perasaan bimbang,

kegelisahan, runsing, sedih dan kadang-kadang menimbulkan pelbagai masalah

kesihatan mental seperti kemurungan dan kerisauan.

Secara umumnya, masalah kemurungan dan kerisauan tidak mengancamkan

keselamatan orang lain. Tetapi ia akan menjadi satu bebanan yang merugikan semua

pihak terutamanya diri individu dan pihak kerajaan.

Page 19: i TINJAUAN TERHADAP SIMPTON-SIMPTON …€¦ · kalangan pelajar tahun empat aliran Pendidikan Teknik dan ... 3.9.1 Set soalan 25 ... mengalami transisi perubahan dalam hidup mereka

4

1.2 Latar belakang masalah

Perkembangan kesihatan amat penting di dalam diri manusia kerana bila kita

sihat dari segenap aspek sama ada fizikal mahupun mental kita akan menjadi insan yang

sempurna. Pendidikan Jasmani di sekolah diwujudkan untuk membina pelajar yang sihat

fizikal dan mental. Bila tubuh sihat otak cergas dan minda pun cerdas. Kecergasan

fizikal mempunyai hubung kait dengan kecerdasan otak. Ini kerana anggota fizikal

bergerak adalah kerana menerima arahan daripada otak untuk melakukan kerja.

Kerajaan Malaysia membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk melancarkan

pelbagai kempen kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan mengenai kesihatan

mental. Ini kerana penjagaan mental perlu diberi perhatian serius kerana bila tidak

dijaga dengan betul ia mungkin akan memudaratkan diri sendiri. Oleh itu ibu bapa, guru-

guru dan pihak yang berkaitan hendaklah memainkan peranan dalam menyedarkan

betapa pentingnya kesihatan mental di kalangan anak mereka, pelajar dan masyarakat

amnya. Rakyat yang sihat dari segi fizikal, jasmani, rohani dan emosi menjadi hasrat

kerajaan. Kerajaan juga melancarkan slogan dalam kempen kesihatannya iaitu “Rakyat

sihat, negara makmur”.

Kesihatan mental perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana ia mungkin

akan menjadi penyebab kepada gangguan mental. Langkah-langkah pencegahan awal

perlu supaya simpton gangguan mental tidak menular di kalangan masyarakat kita.

Dalam bidang pekerjaan contohnya, bukan sahaja wujud gangguan seperti gangguan

persekitaran, gangguan seksual tetapi gangguan mental mungkin boleh berlaku jika

terdapat banyak sangat tekanan kerja yang timbul. Ianya boleh berlaku tanpa disedari

oleh individu itu sendiri. Akibat tekanan yang melampau individu itu mungkin yang

selama ini seorang pendiam menjadi pemarah tanpa individu sendiri menyedari. Jika

ianya tidak dibendung boleh membawa kepada yang boleh dipanggil gangguan mental.

Page 20: i TINJAUAN TERHADAP SIMPTON-SIMPTON …€¦ · kalangan pelajar tahun empat aliran Pendidikan Teknik dan ... 3.9.1 Set soalan 25 ... mengalami transisi perubahan dalam hidup mereka

5

Masalah utama yang terhasil daripada proses modenisasi terhadap institusi

pendidikan ialah masalah pendidikan atau akademik, masalah kerjaya dan masalah

dalaman atau psiko-emosi. Masalah psiko-emosi ini adalah salah satu dari masalah

kesihatan mental yang berpunca daripada kekeliruan dalam pemikiran, kecelaruan emosi

dan konflik dalaman. Punca utama masalah ini ialah kehilangan motivasi atau minat

yang berpunca daripada tekanan mental atau psikologi. Maka pelbagai konflik telah

timbul di dalam diri mereka sehingga berkembang menjadi penyakit mental tanpa

intervensi awal.

Bagi pelajar yang meneruskan pengajian di peringkat tinggi, mereka sibuk

dengan tugas harian sebagai pelajar. Bila terlalu banyak lambakan kerja yang diterima

dan membuat pada saat akhir menyebabkan mereka merasa tekanan yang melampau.

Tekanan yang melampau boleh menyebabkan kepada gangguan mental dan ada pelajar

yang sanggup mengambil jalan mudah dengan membunuh diri. Ini pernah berlaku

kepada pelajar di institut pengajian tinggi di negara ini dan juga negara yang lain seperti

Amerika Syarikat, Jepun dan India.

Bagi pelajar yang menyambung pengajian di peringkat tinggi di IPTA mahupun

IPTS pasti mereka dengan masalah walaupun perkara itu terlalu kecil. Dengan cabaran

sebagai seorang mahasiswa sedikit sebanyak pasti menyebabkan mereka kadangkala

ketegangan yang melampau. Dalam kajian ini, pelajar tahun empat aliran Pendidikan

Teknik dan Vokasional, Universiti Teknologi Malaysia di ambil sebagai sampel untuk

kajian ini. Ini kerana pada tahun akhir inilah mereka perlu menyiapkan Projek Sarjana

Muda (PSM) dan baru mereka bergelar graduan. Jika tidak mereka akan menyambung

pengajian pada semester akan datang. Pada tahun akhir ini juga perlu bekerja keras

untuk semester dalam menyiapkan PSM dan di sini mungkin terhadap tekanan yang

dihadapi dalam menyiapkan PSM mahupun kerja yang lain.

Page 21: i TINJAUAN TERHADAP SIMPTON-SIMPTON …€¦ · kalangan pelajar tahun empat aliran Pendidikan Teknik dan ... 3.9.1 Set soalan 25 ... mengalami transisi perubahan dalam hidup mereka

6

Dengan itu, diharapkan tinjauan terhadap simpton-simpton gangguan mental di

kalangan pelajar tahun 4 aliran Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan

di Universiti Teknologi Malaysia dapat memberikan gambaran asas mengenai keadaan

kesihatan mental pelajarnya.

1.3 Pernyataan masalah

Adakah pelajar mempunyai simpton-simpton psikologi gangguan mental

di kalangan pelajar tahun 4 aliran Pendidikan Teknik dan Vokasional di Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Skudai?

1.4 Objektif kajian

a) Mengenal pasti simpton gangguan mental yang dihadapi oleh pelajar Tahun

Empat Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia dari aspek kesihatan mental.

b) Mengenal pasti kekerapan responden yang mempunyai simpton-simpton

gangguan mental dari aspek kemurungan, kelesuan, kurang daya tumpuan,

mudah naik marah, kerisauan, fobia, aktiviti melampau, ingin bunuh diri dan

somatik.

c) Mengenal pasti perbezaan nilai min responden yang mempunyai simpton-

simpton gangguan mental dari aspek kemurungan, kelesuan, kurang daya

tumpuan, mudah naik marah, kerisauan, fobia, aktiviti melampau, ingin bunuh

diri dan somatik.

Page 22: i TINJAUAN TERHADAP SIMPTON-SIMPTON …€¦ · kalangan pelajar tahun empat aliran Pendidikan Teknik dan ... 3.9.1 Set soalan 25 ... mengalami transisi perubahan dalam hidup mereka

7

1.5 Persoalan kajian

a) Mengenal pasti simpton gangguan mental yang dihadapi oleh pelajar Tahun

Empat Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia dari aspek kesihatan mental.

b) Apakah kekerapan responden yang mempunyai simpton-simpton gangguan

mental dari aspek kemurungan

c) Apakah kekerapan responden yang mempunyai simpton-simpton gangguan

mental dari aspek kurang daya tumpuan?

d) Apakah kekerapan responden yang mempunyai simpton-simpton gangguan

mental dari aspek kelesuan?

e) Apakah kekerapan responden yang mempunyai simpton-simpton gangguan

mental dari aspek mudah naik marah?

f) Apakah kekerapan responden yang mempunyai simpton-simpton gangguan

mental dari aspek ingin bunuh diri?

g) Apakah kekerapan responden yang mempunyai simpton-simpton gangguan

mental dari aspek kerisauan?

h) Apakah kekerapan responden yang mempunyai simpton-simpton gangguan

mental dari aspek fobia?

i) Apakah kekerapan responden yang mempunyai simpton-simpton gangguan

mental dari aspek aktiviti melampau?