43
BILANGAN: 08/2010 10.09 - 23.09.2010 Edisi Kelapan September 01-14 SYAWAL 1431H RM2.50 Akhbar Nasional Dwimingguan www.transisi.com.my Kami sidang Transisi mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca budiman. >> Muka 7 KENYATAAN Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang menyokong pembinaan masjid di tapak serangan 11 September 2001 mencetuskan kritikan rakyat dan pembangkang AS mengenai status sebenar agama beliau. Hasil tinjauan pendapat menun- jukkan satu daripada lima penduduk AS menganggap Obama beragama Islam dan jumlah tersebut men- catatkan peningkatan berbanding tahun terdahulu. Namun, sesetengah pihak mendakwa spekulasi tersebut timbul akibat rasa tidak puas hati terhadap prestasi kerja Obama sejak menduduki Rumah Putih. KEMAAFAN dan persau- daraan adalah manifestasi agung Aidilfitri terhadap umat Islam seantero dunia. Masyarakat Islam pada hari berbahagia ini sang- gup mengetepikan perbe- zaan fahaman dan ideologi masing-masing dan dengan rela saling berjabat tangan memohon kemaafan. Apakah masyarakat Me- layu negara ini mampu meli- hat signifikasi kedatangan Syawal ini dengan konsep persaudaraan dan perpadu- an sesama mereka? Oleh Mohd Azhan Othman muat turun borang di: http://www.uumkl.uum.edu.my Sekarang anda boleh memiliki Ijazah UUM di Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur tanpa perlu meninggalkan Kuala Lumpur dan kerjaya anda... kami lebih yakin dengan UUM *Untuk BIAM, calon mesti mendapat kepujian dalam bahasa Inggeris Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) Umum, Kewangan, Perakaunan, Pengurusan Teknologi, Pengurusan Projek (MBA) Pengurusan, Kewangan, Perbankan (MSc) Sarjana Pengurusan Sumber Manusia (MHRM) Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian [BBA (Hons)] Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM (Hons)] Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm(Hons)] *Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa dengan Kepujian [BIAM (Hons)] Untuk keterangan lanjut, hubungi : Koordinator Program, Pn Noor Hidayah 03-2694 4228 Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur No. 41-3, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur Tel: 03-2694 4228 Faks: 03-2694 9228 E-mel: [email protected] Muafakat Umno PAS Aidilfitri Kontrovasi agama Obama >> Muka 34

Transisi 8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Keluaran ke 8

Citation preview

  • BILANGAN: 08/2010

    10.09 - 23.09.2010Edisi Kelapan September01-14 SYAWAL 1431H

    RM

    2.50

    AkhbarNasional

    Dwimingguan w w w . t r a n s i s i . c o m . m y

    Kami sidang Transisi mengucapkan Selamat Hari Raya

    dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca budiman.

    >> Muka 7

    KENYATAAN Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang menyokong pembinaan masjid di tapak serangan 11 September 2001 mencetuskan kritikan rakyat dan pembangkang AS mengenai status sebenar agama beliau.

    Hasil tinjauan pendapat menun-jukkan satu daripada lima penduduk AS menganggap Obama beragama Islam dan jumlah tersebut men-catatkan peningkatan berbanding tahun terdahulu.

    Namun, sesetengah pihak mendakwa spekulasi tersebut timbul akibat rasa tidak puas hati terhadap prestasi kerja Obama sejak menduduki Rumah Putih.

    KEMAAFAN dan persau-daraan adalah manifestasi agung Aidilfitri terhadap umat Islam seantero dunia.

    Masyarakat Islam pada hari berbahagia ini sang-gup mengetepikan perbe-zaan fahaman dan ideologi masing-masing dan dengan rela saling berjabat tangan memohon kemaafan.

    Apakah masyarakat Me-layu negara ini mampu meli-hat signifikasi kedatangan Syawal ini dengan konsep persaudaraan dan perpadu-an sesama mereka?

    Oleh Mohd Azhan Othman

    muat turun borang di:

    http://www.uumkl.uum.edu.my

    Sekarang anda boleh memiliki Ijazah UUMdi Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur tanpa perlu meninggalkan Kuala Lumpur dan kerjaya anda...

    kami lebih yakin dengan UUM *Untuk BIAM, calo

    n mesti mendapat kepujian dalam b

    ahasa Inggeris

    Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA)

    Umum, Kewangan, Perakaunan, Pen

    gurusan Teknologi,

    Pengurusan Projek (MBA)

    Pengurusan, Kewangan, Perbankan (

    MSc)

    Sarjana Pengurusan Sumber Manusia

    (MHRM)

    Sarjana Muda Pengurusan Perniagaa

    n

    dengan Kepujian [BBA (Hons)]

    Sarjana Muda Pengurusan Awam

    dengan Kepujian [BPM (Hons)]

    Sarjana Muda Komunikasi

    dengan Kepujian [BComm(Hons)]

    *Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwa

    l Antarabangsa

    dengan Kepujian [BIAM (Hons)]

    Untuk keterangan lanjut, hubungi :

    Koordinator Program,

    Pn Noor Hidayah 03-2694 42

    28

    Universiti Utara Malaysia Kual

    a Lumpur

    No. 41-3, Jalan Raja Muda Ab

    dul Aziz,

    50300 Kuala Lumpur

    Tel: 03-2694 4228

    Faks: 03-2694 9228

    E-mel: [email protected]

    Muafakat

    Umno PAS

    Aidilfitri

    Kontrovasi agama Obama

    >> Muka 34

  • Transisi 10 SEPT - 23 SEPT 20102

    Diterbitkan oleh: UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 06010 UUM Sintok Kedah Darul Aman Tel: 604-9283020 Faks: 604-9283046 Dicetak oleh: ULTIMATE PRINTS SDN BHD (62208H), Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: 603-5511 3888 Faks: 603-5101 3608

    Ketua PengarangZian Johari

    Pengarang EksekutifRazali Yahaya

    Pereka Kreatif KananSarina Hj AliPereka KreatifNoor Dina Daud

    Pengurus Pengedaran Khairi Ng Abdullah

    Penulis KhasMuhammad Amsyari IsmailRudysham Abdul RaofPenyunting/PenulisMohd Azhan Othman

    JurufotoNooratikah Ab Rahim

    Pengurus Kanan Iklan dan PromosiFuzilah Hassan

    Pengurus Iklan Azleen Abu Bakar

    ISU

    TIMBALAN Menteri Pe-ngajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah tidak berganjak untuk meneruskan usahanya membenarkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menyertai parti politik.

    Malah, keterbukaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berhubung isu itu disifatkan ‘batu loncatan’ buat Saifuddin, juga Ahli Majlis Ter-tinggi UMNO untuk memastikan ideanya itu mendapat reaksi positif.

    “Terdahulu, saya sudah kata-kan idea ini bersandarkan dua matlamat utama iaitu memenuhi hak pelajar sebagai wargane-gara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan dan mematangkan demokrasi negara dengan me-ningkatkan penyertaan rakyat, terutama golongan belia dan pelajar IPT seluruh negara.

    “Bagi matlamat memenuhi hak pelajar, ia bukan mewajib-kan mereka menjadi ahli parti politik. Ia adalah melindungi hak mereka. Ini perlu dilakukan ke-rana pada masa ini, hak mereka dihalang oleh perundangan yang wujud di universiti berkaitan.

    “Idea ini bukan persoalan be-sar sama ada semua pelajar IPT akan menjadi ahli parti poli-tik. Realitinya, jumlah yang ingin menyertai parti politik adalah kecil, iaitu kumpulan minoriti. Majoritinya tidak berminat, tetapi kumpulan majoriti tidak boleh menghalang pilihan yang ingin dibuat kumpulan minoriti. Apalagi dalam hal ini, pilihannya itu dija-min Perlembagaan.

    “Ia sama seperti sebuah se-kolah yang ada kumpulan minoriti pelajar Islam. Walaupun kumpu-lan majoriti di sekolah itu bukan

    Islam, tetapi hak beragama yang termaktub dalam Perkara 11 Perlem-bagaan Perseku-tuan (kebebasan beragama) dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

    “Justeru, kumpu-lan majoriti perlu benarkan kumpu-lan minoriti Islam memenuhi hak mereka dengan disediakan bilik so-

    Oleh Razali Yahaya dan Rudysham Abd Raof

    Ramaipengundibelia

    lat dan guru agama,” katanya ke-pada Transisi, baru-baru ini.

    Bagi mematangkan demokrasi, kata Saifuddin, ia bersesuaian dengan cabaran Wawasan 2020, iaitu melahirkan masyarakat demokratik matang.

    “Ia juga bersesuaian dengan realiti, pengharapan dan tuntu-tan kontemporari. Kini, wujud belia dan pelajar IPT yang me-nolak secara skeptikal atau sinis terhadap ahli politik, parti politik dan institusi politik. Mujur mereka masih ada kepercayaan terhadap demokrasi.

    “Bagaimanapun, kepercayaan itu disatukan dengan harapan dan desakan supaya dilakukan refor-masi terhadap demokrasi yang melampaui sistem demokrasi yang wujud dan diamalkan hari ini. Dalam konteks ini, kita perlu menyelami dinamika partisipasi belia dalam politik,” katanya.

    Menurutnya, dalam demokrasi, konsep partisipasi rakyat, ter-masuk belia dan pelajar IPT ialah merujuk kepada pendekatan normatif yang melihat partisipasi bermatlamat bukan saja untuk mempertahankan fungsi institusi

    demokrasi, malah untuk meman-tau perlakuan elit politik.

    “Sebagai muhasabah, kita per-lu melihat keadaan dan perkem-bangan demokrasi kita. Per-soalannya, apakah demokrasi negara ini sudah matang? Perka-ra ini wajar dibincangkan kerana ia antara cabaran Wawasan 2020, iaitu membangunkan dan mewujudkan masyarakat demokratik matang.

    “Demokrasi matang ialah apa-bila kita (Kerajaan) berjaya me-luaskan dan meningkatkan pe-nyertaan rakyat, terutama dalam kalangan belia dan pelajar IPT. Antara realiti politik hari ini ialah kebangkitan kuasa belia.

    “Jumlah pengundi muda ber-umur 21 hingga 35 tahun ialah 7.36 juta atau 49.7 peratus di-jangka menentukan kedudu-

    kan Kerajaan pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) .

    “Jumlah ini lebih besar ber-banding PRU-12, iaitu hanya 40 peratus.

    “Sekarang, hampir separuh pengundi di negara ini ialah belia dan pelajar IPT,” katanya.

    Menurutnya, sudah tentu idea nya itu memerlukan partisipasi aktif rakyat seperti perbincangan khalayak, pembabitan dalam proses membuat keputusan dan mengambil tindakan politik, ter-masuk dalam bentuk demokrasi secara langsung.

    Beliau berkata, kini ada perun-tukan perundangan yang tidak membenarkan pelajar IPT men-jadi ahli parti politik, melainkan dibenarkan Naib Canselor (NC) atau setaraf dengannya seperti termaktub di bawah Akta Univer-

    siti dan Kolej Universiti (Pindaan 2009) untuk IPTA, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib 1976) untuk UiTM, Politeknik dan Kolej Komuniti dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pin-daan 2009) untuk IPTS.

    “Dalam konteks ini, peruntukan kebenaran NC atau setaraf tidak membawa maksud ia dibenarkan, tetapi membawa erti sebaliknya (tidak dibenarkan). Pengecual-ian yang membenarkan itu tidak mengatasi peruntukan utama.

    “Analoginya, puasa Rama-dan wajib hukumnya. Walaupun wajib, tetapi ia ada pengecualian yang membenarkan untuk ber-buka puasa atau tidak berpuasa. Tetapi, pengecualian daripada berpuasa itu tidak membawa maksud hukum berpuasa itu tidak lagi wajib,” katanya.

    SAMBUTAN Hari Kemerdekaan ke-53 bertemakan ‘1Malaysia Menjana Transformasi’ di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 31 Ogos lalu melakarkan sejarah tersendiri apabila ia pertama kali diadakan di kawasan tertutup dalam stadium itu.(Dari kiri hadapan: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

    sambut merdeka

  • Transisi10 SEPT - 23 SEPT 2010Di mana bumi dipijak, di situ

    langit dijunjung - Pepatah

    Oleh Muhammad Amsyari Ismail

    Bekas jaguh bina badanDatuk Malek Noor

    Saya kini lebih tenang

    Ilust

    rasi

    ABDUL MALEK MOHD NOORAsal Batu Pahat, JohorPendidikan Diploma Pemakanan Fizikal dari Kolej Weider, KanadaSijil Kejurulatihan Bina Badan Persekutan Bina Badan Asian (ABBF)PencapaianMr Universe Heavyweight - Finalis (2 kali)Mr Asia Heavyweight - (6 kali)Mr. ASEAN Heavyweight - (4 kali)Mr. Malaysia Heavyweight - (6 kali)Olahragawan Negara Malaysia (1986 dan 1990)Pingat emas -Personaliti sukan Benson and Hedges (1985)Ahli Mangku Negara (AMN) 1986Sultan Ibrahim (PIS) 1986Legendary Sportsman of MalaysiaCoca-Cola Olympian (2007)Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk (2010)

    Profil

  • Transisi 10 SEPT - 23 SEPT 20104 ISU

    >> ke Muka 5

    SAMBUTAN Aidilfitri kem-bali lagi. Menjelang 1 Syawal, seperti biasa umat Islam negara kita akan mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meraikan pe-rayaan tahunan itu bersama ke-luarga tercinta.

    Pelbagai alternatif digunakan untuk pulang beraya sama ada menaiki kenderaan persendirian, bas, motosikal atau pengang-kutan awam. Apa yang penting, masing-masing selamat tiba ke destinasi tujuan.

    Namun, kematian akibat ke-malangan jalan raya tidak dapat dielakkan pada setiap kali cuti umum atau musim perayaan menjelang.

    Setiap hari, ada saja berita ke-malangan dilaporkan walaupun kempen keselamatan jalan raya diperhebatkan di media-media cetak atau elektronik sebelum musim perayaan tiba.

    Tetapi, semuanya bagai tidak dipedulikan dan kemalangan masih berterusan berlaku.

    Perangkaan Polis Trafik Bukit Aman menunjukkan kadar ke-matian rakyat Malaysia di jalan raya meningkat saban tahun iaitu 6,527 pada 2008 dan 6,745 pada 2009.

    Sehingga Jun 2010, kadar kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian adalah seramai 3,379 orang dan angka tersebut dijangka meningkat pada musim perayaan.

    Perangkaan Ops Sikap 17 dan 18 Hari Raya (HR) 2008 dan 2009 mencatatkan 15,994 kes kemalangan pada 2008 dan 17,335 pada 2009.

    Jumlah kemalangan maut pula

    Jumlah Kemalangan 13,661 15,716 15,911 15,994 17,335 Jumlah Kemalangan Maut 212 213 203 186 241 Jumlah Kematian 233 228 225 208 265

    OPS SIKAP 9 (HR)

    27/10-10/11/2005

    * (HR) : HARI RAYA AIDILFITRI

    PECAHAN KEMALANGAN,KEMALANGAN MAUT DAN KEMATIAN

    PERANGKAAN OPS SIKAP HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2005,2006,2007,2008,2009

    OPS SIKAP 11 (HR)

    17/10-31/10/2006

    OPS SIKAP 13 (HR)

    07/10-21/10/2007

    OPS SIKAP 17 (HR)

    24/09-08/10/2008

    OPS SIKAP 20 (HR)

    13/09-27/09/2009

    Ikut hati, matitikan keselamatan pengguna jalan raya sepanjang musim Ai-dilfitri nanti, Polis Diraja Malay-sia (PDRM) akan menugaskan 4,962 anggota untuk menga-wal lalu lintas seluruh negara.

    Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, anggota PDRM yang terlibat dalam Ops Sikap kali ini turut membabitkan pegawai polis di peringkat daerah dan juga unit tugas-tugas am.

    “Selain skuad peronda, kami juga menugaskan ramai anggota pada Ops Sikap kali ini, terma-suk Ketua-ketua Polis Daerah dan anggota tugasan am bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung sempena musim pe-rayaan ini,” katanya.

    PDRM turut menempatkan anggotanya di kawasan-ka-wasan hot spot yang mencatat-kan kadar kemalangan tertinggi sebagai langkah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

    Sehubungan itu, lebih 100 kanopi polis akan ditempatkan di laluan-laluan berbahaya seluruh

    negara bagi mewujudkan gam-baran kehadiran polis kepada pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.

    Timbalan Menteri Dalam Ne-geri, Datuk Wira Abu Seman Yu-sop berkata, konsep mendirikan kanopi-kanopi itu adalah langkah penambahbaikan dalam Ops Si-kap ke-22.

    “Konsep omnipresence polis ini tidak hanya memberi kesan kepada pengurangan kema-langan jalan raya, tetapi juga boleh memberi kesan dalam pencegahan jenayah di ka-wasan-kawasan operasi (penu-gasan) masing-masing,” katanya ketika melancarkan Ops Sikap ke-22 di Menara Telekom Malay-sia (TM) pada 1 September lalu.

    Abu Seman berkata melalui konsep itu, anggota polis akan melakukan penugasan dan ron-daan pada setiap masa meliputi lebuh raya, jalan-jalan perseku-tuan, negeri dan bandaran.

    “Di lebuh raya, penugasan operasi mereka adalah bagi tem-poh 24 jam, manakala di jalan-jalan persekutuan, ne-geri dan bandaran ialah 12 jam yang tu-rut memfokus pada waktu-waktu puncak (kesesakan),” katanya.

    Beliau turut meminta semua pengusaha pengangkutan awam agar memperbaiki kualiti perkhid-matan masing-masing bagi men-jamin keselamatan penumpang, sekali gus mengelak berlakunya kemalangan.

    “Aspek yang perlu diberi per-hatian ialah kualiti pemandu itu sendiri, keadaan mekanikal kenderaan termasuk tayar dan amalan-amalan keselamatan bagi mengelakkan kesalahan seperti memandu laju dan had masa memandu tidak melebihi lapan jam sehari,” katanya.

    Sementara itu, Jabatan Pe-

    ngangkutan Jalan (JPJ) akan mengerahkan 4,500 anggota-nya mengawasi 202 ‘jalan maut’ yang berisiko tinggi ber-laku kemalangan pada musim Aildilfitri nanti.

    Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, tumpuan diberikan kepada jalan-jalan tersebut kerana se-lain faktor pemandu dan ken-deraan, keadaan jalan adalah salah satu faktor utama me-nyebabkan kemalangan maut.

    “Memang tidak dinafikan fak-tor jalan turut menyumbang kepada kemalangan, tetapi jika pemandu berhati-hati dengan mengikut peraturan kelajuan ditetapkan, sentiasa bersopan di jalan raya dan memastikan kenderaan dalam keadaan baik, risiko kemalangan dapat dikurangkan,” katanya.

    Selain itu, JPJ juga akan memberi tumpuan terhadap perkhidmatan bas yang men-jadi salah satu pengangkutan utama untuk orang ramai pu-lang beraya dengan berusaha memastikan semua bas di atas jalan raya berada dalam kea-daan baik dan selamat.

    “Pihak kami sudah mengenal pasti 79 depoh atau bengkel bas yang akan digunakan bagi menjalankan operasi pemerik-saan bas-bas untuk memasti-kan kenderaan tersebut berada dalam keadaan baik, di mana ia bermula sejak 20 Ogos lalu.

    “Pemeriksaan di depoh atau bengkel juga dibuat bagi me-ngurangkan kesesakan di ter-minal.

    “Bas-bas yang sudah men-jalani pemeriksaan di depoh itu akan diberikan slip pemerik-saan, dan ia tidak perlu lagi menjalani pemeriksaan di ter-minal,” katanya.

    Pada masa sama, JPJ turut memperkenalkan beberapa strategi baru dalam Ops Sikap

    meningkat daripada 186 (2008) kepada 241 (2009), meningkat 55 kes, manakala, jumlah ke-matian turut mencatatkan pe- ningkatan iaitu 208 (2008) dan 265 (2009), meningkat 57 kes.

    Kemalangan jalan raya bu-kanlah satu ‘takdir’ atau ‘malang tidak berbau’, sebaliknya boleh dielakkan kerana banyak kes berpunca daripada sikap pe-mandu yang bagaikan ‘raja’ di jalan raya tanpa menghiraukan keselamatan diri dan orang lain sekali gus mendedahkan diri ke-pada risiko kemalangan.

    Secara kebetulan atau me-mang ada kebenarannya, hasil Ops Sikap mendapati faktor utama berlaku kemalangan jalan raya adalah berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri.

    Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah kenderaan terba-bas sendiri, cuba/sedang memo-tong/tukar lorong, cuai ketika ke-luar masuk simpang jalan susur, makan jalan, membuat pusingan U/patah balik/menyeberang, berhenti mengejut, memandu laju, mengekori rapat kende- raan lain, memotong kenderaan lain secara berbahaya atau tiba-tiba, tidak menggunakan isyarat memotong, membelok secara berbahaya, memandu secara cuai, tidak mengikuti peraturan lampu isyarat, melawan arah trafik, tidak menggunakan lampu isyarat ketika mengubah laluan, terbabas, memandu ketika me-ngantuk, letih dan pelbagai ke-salahan lain yang kesemua men-jurus kepada kecuaian pemandu itu sendiri.

    Ops Sikap ke-22 tahun ini ber-mula 3 September dan berakhir 17 September ini. Bagi memas-

    Oleh Muhammad Amsyari Ismail

  • Transisi10 SEPT - 23 SEPT 2010 5ISU

    >> Dari Muka 4 PDRM, JPJ buka bilik gerakan 24 jam

    Ke-22 dalam usaha melahir-kan pemandu berhemah selain mengelak berlaku lebih banyak kemalangan maut.

    Antara strategi itu adalah tia-da lagi sekatan jalan raya yang boleh menyebabkan kesesakan, tetapi rondaan pasukan penguat-kuasa JPJ di lokasi-lokasi ter-tentu akan diadakan lebih kerap.

    Rondaan kerap itu akan dilaku-kan di 202 jalan maut yang ber-isiko tinggi berlaku kemalangan di seluruh negara. Dalam ron-daan berkenaan, anggota pen-guat kuasa JPJ akan menyamar sebagai orang awam untuk men-genal pasti pemandu berbahaya dan melanggar peraturan.

    “Orang ramai juga boleh mengambil gambar pemandu berbahaya dan membuat aduan terus kepada JPJ. Kerjasama orang ramai amat penting kera-na menjelang musim perayaan pergerakan kenderaan di atas jalan raya meningkat lima kali ganda berbanding hari biasa,” katanya.

    Strategi lain adalah me-ngadakan pemeriksaan yang lebih agresif terhadap sistem pe-ngangkutan awam seperti bas ekspres dan teksi.

    Anggota penguat kuasa JPJ akan ditempatkan di 36 termi-nal bas di seluruh negara bagi memeriksa tayar, brek, buku log kenderaan, ujian air kencing dan ulat tiket.

    “Pihak JPJ menggalakkan orang ramai menggunakan pe-ngangkutan awam sebagai lang-kah mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan risiko kemalangan. Sehubungan itu, bas ekspres dan pemandu bas mesti dalam keadaan sela-mat.

    “JPJ turut membuka bilik ge-rakan dan kawalan negeri yang beroperasi 24 jam bagi memasti-kan semua maklumat dan aduan orang ramai dapat disalurkan.

    “Pada hari raya pertama dan kedua bilik gerakan dan kawalan terbabit ditutup bagaimanapun bilik kawalan ibu pejabat tetap beroperasi seperti biasa,” jelas-nya.

    Sementara itu, Penasihat Ma-jlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut berkata, walaupun teruja dan tidak sabar untuk pulang beraya di kam-pung, tetapi masing-masing perlu mengawal keghairahan bagi memastikan selamat tiba di destinasi dituju.

    Namun, ada segelintir yang lupa akan tanggungjawab mere-ka apabila berada di jalan raya.

    Menurutnya, pengguna jalan raya perlu bertangunggjawab terhadap keselamatan sendiri dan pengguna lain dengan membuat persiapan serta ke-perluan seperti mengisi minyak penuh dan melakukan penye-lenggaraan kenderaan kerana aspek tanggungjawab juga amat dititikberatkan dalam Islam.

    “Jika mengantuk ketika se-dang memandu, dinasihatkan berehat di kawasan rehat seperti hentian Rehat dan Rawat (RnR) yang disediakan. Kita boleh ber-wuduk dan menunaikan solat sama ada solat sunat atau fardu. Ini kerana wuduk dapat memberi ketenangan dan kesegaran. Jika bersolat, ia bukan saja otot kita bergerak, tetapi darah juga me-ngalir, sekali gus memberi ke-cergasan dan kesegaran.

    “Janganlah kita sebagai peng-guna sekadar m e n j a d i k a n RnR sebagai tempat bere-hat, makan dan tidur. Sebalik-nya, manfaat-kanlah ia ke arah positif.

    “ P e n g g u n a juga dinasi-hatkan banyak berzikir bagi m e n g h i l a n g -kan rasa men-gantuk ketika memandu. Fir-man Rasullah, umatku yang paling hebat adalah dengan membaca Al-Quran. Apabila berzikir, bukan sahaja mulut bergerak tetapi hati turut meng-hayati zikir.

    “ D a r i p a d a m e m a s a n g lagu-lagu rock, lebih baik kita dengar alunan zikir munajat dan bacaan suci Al-Quran. I n s y a - A l l a h , berkat kekua-saan ayat suci, kita dilindungi,” katanya.

    Adalah lebih baik punca ke-malangan itu

    NOH ABU SEMAN

    Pembunuh nombor 1 bagi individu 15-29 tahun

    kemalangan kereta adalah...

    KEMATIAN JALAN RAYA : PEMBUNUH MODEN

    1.2 jutamaut dalam jalan raya setiap tahun

    62% daripada semua kematian berlaku hanya di 10 negara

    India, China, AS, Rusia, Brazil, Iran, Mexico, Indonesia,

    Afrika Selatan, Mesir

    Hampir 50% mangsa yang maut dalam

    nahas jalan raya adalah penjalan kaki dan

    penunggang basikal serta motosikal

    Hanya 49% negara men-syaratkan kandungan alkohol dalam darah

    kurang daripada 0.059g desiliter

    90% kematian berlaku di negara pendapatan

    rendah atau sederhana

    Negara berpendapatan tinggi ada lebih 50%

    daripada semua kenderaan berdaftar

    Kemalangan jalan raya dijangka meningkat menjadi punca kematian ke-5 menjelang 2030 lebih tinggi

    berbanding AIDS, barah paru-paru dan diabetes

    Hanya 57% negara mewajibkan tali pinggang

    keledar ke atas penumpang

    Hanya 40% negara ada undang-undang helmet

    menyeluruh dan mewajibkan standard spesifik helmet

    10.3 maut per 100,000

    Negara pendapatan tinggi

    Negara pendapatan sederhana

    Negara pendapatan rendah

    19.5 maut per 100,000

    21.5 maut per 100,000

    UNDANG-UNDANG SEDANG MENINGKAT?

    Negara pendapatan tinggi

    Negara pendapatan sederhana

    Negara pendapatan rendah

    Angka Kematian oleh WHO50 jutacedera

    234,768Amerika

    234,768Afrika

    285,020Asia Tenggara

    278,321Pasifik Barat

    117,997Eropah

    175,668Mediterranean

    Timur

    Laporan Status Global didedahkan WHO tahun ini mengesahkan kecederaan akibat kemalangan jalan raya masih menjadi masalah pembangunan dan kesihatan terbesar dunia

    PopulasiMaut

    di Jalan RayaKenderaan Berdaftar

    Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

    dapat dielakkan kerana tragedi malang ini bukan sahaja men-gorbankan banyak nyawa, men-gakibatkan kecederaan, me-musnahkan banyak harta benda pengguna dan kerajaan, menje-jaskan ekonomi negara malah turut menjejaskan imej negara di kalangan masyarakat antara-bangsa.

    Menurutnya, pihak Kerajaan, PDRM dan JPJ sudah melaku-kan pelbagai usaha untuk me-ngurangkan kemalangan jalan raya demi keselamatan penggu-na, tetapi penyelesaiannya tetap berbalik kepada pemandu, iaitu kita sendiri.

  • Transisi 10 SEPT - 23 SEPT 2010

    dikafirkannya”. Katanya juga: “Memang ada juga orang yang tidak suka berebut-rebut. Ja-ngan buka-buka masalah baru. Biar orang tinggal bodoh se-perti dahulu dan kalau ada pun fatwa daripada mufti hendaklah diterima dengan: Na’am (ya)! Tetapi orang itu sudah sangat jauh ditinggalkan kereta api!”.

    Apakah bentuk perubahan Dr mahukan?

    Bukan saya mahukan. Sia-palah saya. Saya hanya insan kerdil dan serba kekurangan di bumi Malaysia ini. Namun, saya mempelajari agama ini sedikit sebanyak dan berada di era baru yang terdedah ke-pada maklumat dan cabaran baru. Islam akan terus diper-tikaikan jika kita tidak kembali kepada sifat syariah asal. Is-lam itu tertegak atas hujah dan fakta, bukan cerita khurafat atau kisah yang tidak diketa-hui asal-usul. Penilaian setiap perkara dalam agama ini ialah nas Al-Quran dan Al-Sunnah serta kematangan pemikiran dalam menangani situasi baru. Sifat Islam yang mudah, prakti-kal, interaktif dan sentiasa ber-paksi alasan adil dan matang perlu ditonjolkan. Kefahaman Islam atas emosi, tidak me-ngambil kira nilai-nilai sejagat, fanatik mazhab dan semua yang mengganggu keluasan pemikiran generasi baru mesti dielakkan.

    Serangan 11 September mengubah persepsi ma-syarakat Islam terhadap orang bukan Islam hingga apa saja dilakukan mereka dianggap ada agenda meng-hancurkan Islam dengan tim-bul pelbagai teori konspirasi diperdebatkan. Pendapat?

    11 September itu sama ada agenda disusun oleh kons-pirasi peringkat dunia atau memang realitinya begitu, apa yang perlu kita tangani ialah cabaran selepas peristiwa itu.

    Kadangkala kita mengambil pendapat Abu Hanifah, kemu-dian Malik, Syafii, Ahmad dan Daud al-Zahiri. Mungkin dalam beberapa perkara kecil kita ke-luar daripada mazhab Sunni kepada mazhab Zaidiyyah atau-pun Ja’fariyyah ataupun Iba-diyyah jika ada penyelesaian masalah di dalamnya.

    Mungkin juga kita mengambil sebahagian pendapat mazhab yang hilang seperti Mazhab al-Auza’i, Mazhab al-Thauri dan Mazhab al-Tabari.

    Malah, kita kadangkala ke- luar daripada semua mazhab itu dan pergi ke dataran luas fekah sahabat Nabi SAW, tabi’in, dan atba’ al-tabi’in yang mana tiada sebarang mazhab diikuti. Mere-ka ialah al-Khulafa al-Rasyidin, Ibn Mas’ud, Ibn ‘Umar, Ibn ‘Ab-bas, ‘Aishah, Mu’adz, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan sa-habat RA lain. Demikian juga murid mereka dikenali sebagai fuqaha (ahli fekah) yang tujuh di Madinah, juga selain mereka di Mekah, Kufah, Basrah, Mesir, Syam dan wilayah-wilayah lain yang mana sahabah dan murid mereka bertebaran. Antaranya Sa’id bin al-Musayyib, Sa’id bin Jubair, ‘Ikrimah, Mujahid, Ata’, Tawus, al-Hasan al-Basri, Ibn Sirin, ‘Alqamah, al-Aswad, Masruq, al-Nakha’i, al-Laith bin Sa’d dan selain mereka”. Inilah pendekatan sepatutnya.

    Cuba lihat fatwa sempit atau ala Taliban negara ini sejak dulu hingga sekarang, khususnya mengenai wanita, bukan mus-lim, orang sakit dan lain-lain. Semua terikat dengan satu pan-dangan tanpa ada kesediaan menyemak dan menilai semula pandangan atau pendapat aga-ma itu.

    Fahaman Dr didakwa me-langgar amalan dan tradisi masyarakat Islam Malaysia turun-temurun. Dr dianggap menimbulkan keraguan hing-ga mencetuskan perpecahan dan perbalahan, juga dituduh ulama Wahabi. Pendapat?

    Apakah amalan turun-temu-

    6 BICARAIkut hati, mati; ikut rasa, binasa; ikut mata, lata; ikut nafsu, lesu.

    - Pepatah -

    Apakah kepelbagaian pendapat dan mazhab se-suatu yang positif?

    Tiada masalah kepelbaga-ian mazhab selagi setiap pihak berusaha memahami Islam berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Kepelbagaian harmoni mencetuskan minda yang sen-tiasa peka kepada hujah dan dalil. Ini menyebabkan setiap pihak berusaha memahami dan mendekati dua sumber utama itu.

    Perbezaan mazhab dan pendapat jika difahami dengan baik akan membuahkan perbin-cangan ilmiah dan keseda-ran terhadap apa yang mereka amalkan. Lagipun, sekarang dunia internet tanpa sempadan. Kita tidak boleh halang maklu-mat sampai kepada generasi baru yang terdedah kepada ke-pelbagaian ilmu. Mereka ber-fikir setiap perkara. Sudah pasti mereka berfikir juga mengenai pegangan agama mereka. Bu-kan lagi zaman ikut-ikutan. Ini zaman memahami setiap perkara dan pantas mencari maklumat. Hanya mereka yang fanatik saja melarang orang lain

    berfikir atau memahami selain apa yang mereka faham. Ini si-kap rakus dan ada unsur pem-bolotan keadaan dan kuasa.

    Keluasan melihat pelbagai pendapat adalah kunci kepada masyarakat Muslim moden su-paya mereka tidak disempitkan fatwa silam yang menghalang kemajuan atau menyempitkan penghayatan Islam pada za-man kini. Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut pendekatan beliau dalam penulisan: “Mengambil manfaat daripada khazanah fekah Islami dan mengiktiraf lautannya yang luas dengan tidak cenderung kepada ha-nya satu mazhab tanpa melihat mazhab lain, atau terikat den-gan satu imam tanpa melihat imam lain. Bahkan, kita men-ganggap peninggalan besar ini (khazanah fekah) milik setiap pengkaji untuk menye-lami dasarnya, membongkar simpa-nannya, menggali setiap pen-jurunya, membandingkan satu pendapat dengan pendapat lain, satu dalil dengan dalil lain tanpa taksub kepada satu pan-dangan atau taklid berterusan kepada satu mazhab.

    Islam itu hujah, fakta

    WALAUPUN dihujani kon-troversi, bekas Mufti Perlis, Ustaz Dr Mohd Asri Zainul Abidin sentiasa menyuara-kan pelbagai isu semasa berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Baginya, Islam hari ini bukan lagi ajaran ikut-ikutan secara melulu

    tanpa pemahaman jelas. tetapi perlu ditegak ber-dasarkan hujah dan fakta. Penulis Transisi, MUHAM-MAD AMSYARI ISMAIL dan MOHD AZHAN OTHMAN mengajukan beberapa soa-lan kepada pendakwah be-bas itu.

    MUKADIMAH

    run itu? Dulu ada mandi Safar, sekarang tiada. Dulu ada puja pantai, tangkal itu dan ini, seka-rang tiada. Pejuang awal yang memberikan nasihat meng-hapuskan perbagai perkara khurafat zaman dahulu, juga dituduh merosakkan tradisi ne-nek moyang. Tapi alhamdulil-lah, hari ini sebahagian usaha mereka berjaya. Tradisi nenek moyang kita sayang, budaya bangsa juga kita jaga. Namun, syaratnya jangan berbeza atau bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. Generasi baru datang, mereka akan meni-lai setiap perkara. Jika agama sekadar warisan tanpa kefaha-man, nanti mereka mula mem-pertikaikan Islam.

    Tuduhan Wahabi adalah tuduhan lapuk. Macam Ameri-ka tuduh orang bantah dia se-bagai teroris, samalah tuduhan Wahabi pun. Asalkan berbeza pendapat, Wahabi. Berbeza pandangan, Wahabi. Jawablah perbezaan atau penghujahan itu dengan hujah ilmiah, bukan label melabel. Sejak dulu, inilah tuduhan dibuat golongan kon-servatif yang mempertahankan hayat penguasaan mereka ke atas institusi-institusi agama dalam masyarakat kita. Tokoh-tokoh perubahan dan pemba-haruan menjadi mangsa. Syed Syeikh al-Hadi dituduh tuduhan sama. Za’ba juga. Bahkan, to-koh besar seperti Prof Hamka juga sama. Namun, perubahan zaman akan tetap menuntut perubahan pemikiran umat. Prof Hamka ketika menyentuh perkembangan ini di Indone-sia pada zamannya menyebut dalam buku Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor: “Maka orang tua yang dahulu-nya berusaha keras memper-tahankan gelaran itu dengan segala daya upaya, menuduh sesat, zindiq, Wahabi, mulhid, orang tua itu sekarang ma-sih hidup untuk menyaksikan dengan kepalanya sendiri ke-menangan yang sekian kalinya daripada gerakan kaum muda! Akhirnya, semua orang hendak >> Muka 7

  • Transisi10 SEPT - 23 SEPT 2010

    Islam menjadi mangsa. Ketaku-tan Barat, ataup penjana kon-spirasi Barat terhadap perkem-bangan Islam di Eropah dan kebangkitan Islam di Timur Ten-gah membawa mereka berkem-pen habis-habisan memberikan imej buruk terhadap Islam. Mer-eka kaitkan Islam dengan teror-isme dan menganggap Muslim komited itu sebagai teroris.

    Ini diburukkan lagi dengan tindakan sesetengah kalangan umat Islam sendiri yang seakan membenarkan dakwaan ini. Tin-dakan militan yang dilakukan di tempat salah, seperti tempat awam, negara yang tidak ter-libat dengan perang dan fatwa songsang yang keras bukan

    pada tempatnya memburukkan keadaan. Sesetengah umat Is-lam seakan habis akal fikiran, yang tinggal hanya demonstrasi dan letupan. Saya bukan kata tidak boleh demonstrasi, tetapi jika setiap perkara kita bantah dengan tunjuk perasaan tanpa diikuti dengan tindakan lebih berkesan, apakah itu akan ber-hasil? CNN akan terus putar belit, bukan saja Muslim, tetapi bukan Muslim juga akan terus keliru. Lihat Pakistan, tidak habis-habis dengan letupan sesama sendiri. Yahudi dalam dunia ini sedikit saja. Namun, mereka selalu memilih tindakan berkesan dalam menghadapi percaturan dunia. Kita banyak

    cakap, kurang kesan.

    Sikap sesetengah golongan alim ulama memberi kefaha-man Islam secara menghu-kum berbanding berdakwah secara hikmah menjauhkan masyarakat dengan keinda-han Islam. Setuju atau tidak?

    Ini yang kita bimbang. Saya takut proses talibanisasi berlaku secara senyap. Masyarakat akan fobia dengan hukum aga-ma. Lebih menghukum daripada mendidik. Cuba lihat isu Bible bahasa Melayu. Bantahan sana sini. Bimbang jika Bible dalam Melayu nanti anak-anak kita dapat baca lalu terpengaruh. Kenapa kita begitu defensif?

    Mengapa mereka terpengaruh? Al-Quran yang sekian lama di-baca, gagalkah mempengaruhi mereka hingga dapat dipenga-ruhi Bible? Atau mungkin ada keluarga Muslim yang tiada tafsir Al-Quran atau terjemahan Al-Quran, sedangkan mereka tidak faham bahasa Arab. Jika takut mereka faham Bible ba-hasa Melayu, bagaimana Bible bahasa Inggeris? Anak-anak Melayu ramai pandai Inggeris. Tidak bimbangkah mereka ter-pengaruh? Atau patutkah ha-ramkan bahasa Inggeris juga?

    Saya bukan sokong pihak yang ingin menterjemahkan Bible dalam bahasa Melayu. Saya pertikai sikap kita. Kita

    patut memantapkan kefaha-man Al-Quran dalam kerangka moden. Banyak buku mengenai Al-Quran dan sains ditulis ramai cendekiawan.

    Generasi ini patut diarahkan memahaminya. Kita sepatutnya dedahkan dialog perbandingan agama se-perti dilakukan Ah-mad Deedat dan Dr Zakir Naik. Datanglah Bible atau apa saja, anak-anak kita sedia berhujah. Namun, jika kita meneruskan pendekatan agama ‘jangan banyak tanya, ikut saja’, maka hancurlah Islam pada masa hadapan. Kita perlukan Islam yang berpaksi kefahaman dan hujah, bukan taklid dan ikut tan-pa faham!

    7ISU

    Syawal lambang Melayu bersaudara

    >> Dari Muka 6

    >> Dari Muka 1

    Mantapkan kefahaman Al-Quran

    KEDATANGAN Aidilfitri tahun ini sewajarnya menjadi titik mula ke-pada masyarakat Melayu untuk merenung kembali manifes-tasi sebenar Syawal bagi me-nilai di mana kekusutan yang menghalang kelompok majoriti terbesar negara ini bersatu.

    Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008, isu perpaduan Melayu tidak per-nah timbul dengan UMNO keli-hatan begitu selesa dan gagah mengetuai rakan pakatan lain dalam Barisan Nasional (BN).

    Segalanya berubah akibat kelekaan BN hingga menyebab-kan parti paling lama berkuasa di negara ini mengalami tsuna-mi politik pada PRU12 dengan menyaksikan Pakatan Rakyat (PR) bangkit menguasai empat negeri, iaitu Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Perak. Na-mun, beberapa konflik perun-dangan yang berlaku berikutan insiden ‘lompat parti’ menyaksi-kan Perak dikuasai semula BN.

    Ketika membicarakan isu perpaduan, kita sering merujuk kepada perpecahan yang ber-laku dalam kalangan pemimpin Hamas dan Fatah hingga me-nyebabkan tanah air Palestin masih gagal dibebaskan dari-pada belenggu penjajahan rejim Israel.

    Ini termasuk persengke-taan sesama negara Arab lain disebabkan perbezaan ideo-logi dan mazhab. Malah, ada kalangan pemimpin Arab secara terang-terangan bersekongkol dengan pemimpin Barat yang jelas menaja keganasan Zionis

    ke atas penduduk Palestin.Apakah situasi yang menimpa

    pemimpin Arab itu juga dialami pemimpin Melayu di negara kita? Apakah kepimpinan Melayu ga-gal menghayati makna Syawal yang hadir membawa manifesto kemaafan dan persaudaraan ter-hadap saudara seagama dan se-luruh umat manusia.

    Sudahnya, selepas Aidilfitri berlabuh, isu perpaduan Melayu kembali hambar dan kemudian dibakar dengan beberapa isu sensitif yang hanya meretakkan perpaduan sesama mereka.

    Kita harus akui isu perpaduan Melayu menarik untuk dibin-cangkan. Namun, pelaksanaan-nya lesu dan longlai. Isu tersebut bagai garis panjang yang lurus tidak bertitik atau bagai bunga mekar berkelopak segar tetapi tidak mewangi yang akhirnya terkulai kusam.

    Sesiapapun yang arif menge-nai budaya politik Melayu akan bertemu dalam persimpangan kemelut demikian. Walaupun titik pertemuannya berasaskan Islam,

    tetapi Melayunya tetap sama se-jak berkurun lama dan mereka lebih cenderung untuk berpecah.

    Sebaliknya, pengamal politik bukan Melayu lebih bijak me-nyelit diri di celahan adu domba perjuangan Melayu demi mem-perjuangkan hak mereka.

    Harus diakui, penjajah Inggeris sendiri pernah mendedahakan sikap buruk perangai Melayu. Segala harta benda tergadai, ter-jual dan terlelong kerana sikap Melayu itu mudah dibaca dan diselami. Egonya tinggi, tetapi apabila marah, panasnya seka-dar hangat-hangat tahi ayam.

    Melayu sangat mudah me-lupakan masa silam yang tertipu dan melayang gembira apabila dipuji. Mereka lebih teruja jika Islam dijadikan modal meman-cing undi murahan. Ganjaran berupa udang di sebalik batu tidak langsung dicurigai. Inilah budaya yang ada dalam politik parti Melayu sama ada UMNO, Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR). Inilah yang dinamakan politik Melayu.

    Biar apapun teras perjuangan yang dibanggakan, pemimpin-pemimpin Melayu itu tetap mem-bawa ciri budaya buruk Melayu, sekali gus disisip untuk dipera-gakan dalam merealisasikan pengurusan politik, negeri dan negara.

    Islam menjadi papan tanda yang dijulang gah dan dipacak merata-rata, tetapi ciri-ciri Islam sebenar pantas melebur apa-bila pemimpin Melayu diberikan mandat oleh rakyat. Natijahnya, perjuangan Melayu berteras Islam itu bertukar menjadi ciri Melayu yang busuk hati, penuh wasangka, tikam belakang dan saling memburukkan lawan.

    Dalam arena politik Melayu hari ini, apakah rakyat kita masih mampu menaruh kepercayaan bahawa masih wujud lagi sifat jujur, amanah, ikhlas, telus, kesederhanaan, berbudi dan berteraskan Islam dalam ke-pimpinan Melayu?

    Apakah maki hamun itu ciri Islam seandainya fitnah, dusta, salah guna kuasa, rasuah, kro-

    nisme, pembaziran, sombong, angkuh, hina menghina dan segala macam budaya bu-ruk Melayu itu diterjemah un-tuk diperkasakan dalam per-juangan hari ini. Di manakah ciri Islam yang dilaung-laungkan?

    Hakikatnya, semua gelagat dan tabiat buruk itu sedang dan masih diamal oleh juak-juak pendukung parti sama ada UMNO, Pas dan PKR yang ber-bangsa Melayu.

    Syawal mengajak umat Me-layu berubah kerana yang perlu berubah itu adalah Melayu. Yang perlu bersatu itu adalah Melayu kerana Islam itu se-lamanya menyatukan.

    Namun, kepincangan dan perpecahan yang berlaku itu adalah kerana Melayu itu sendiri yang masih bergelu-mang dengan ciri bertentangan ajaran Islam.

    Fikirkanlah, jika semua umat Melayu dalam UMNO, Pas dan PKR mengaku berpaksikan aja-ran Islam, apakah kita masih akan bertekak, berkelahi dan bergaduh hingga sekarang?

    Kita kini menjadi Melayu yang semakin sesat dalam tanah air sendiri. Janganlah hendaknya kita nanti tidak lagi bebas untuk menegakkan syiar Islam kerana kita sudah lama menjadi Me-layu yang tidak dibaluti selimut Islam.

    Persaudaraan dan kemaafan sekadar rutin adat yang diamal-kan saban tahun tanpa seba-rang pengertian dan keinsafan. Tudinglah jari kepada sesiapa-pun. Akhirnya, telunjuk jari itu diacukan kepada diri kita sendi-ri, iaitu MELAYU.

  • Transisi 10 SEPT - 23 SEPT 20108 ISU

    HADIS riwayat al-Bukha-ri menyebut: ‘Apabila sesuatu urusan diberi-kan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehan-curannya’.

    Hadis di atas bukan boleh dibuat-buat tetapi sebagai pan-duan kepada umat Islam seante-ro dunia dalam mengharungi du-nia penuh pancaroba, khususnya dalam menegakkan syiar Islam agar terus utuh di bumi bertuah ciptaan Allah.

    Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, intipati hadis berkenaan kian jauh malah lebih tragis lagi ia terus dipandang sepi oleh se-bilangan besar umat Islam khu-susnya mereka yang ‘taksub politik’.

    Mereka ini sanggup melaku-kan atau menghalalkan apa sa-haja kerana menjaga ‘tembolok’ sendiri demi menjaminkan ‘sur-vival politik’ murahan di mata masyarakat. Ini bukan perkara atau isu baru tetapi jika kita yang kurang mahir atau bukan ahli dalam bidang berkaitan agama Islam, sebaik-baiknya biarlah mereka yang benar-benar ‘pakar’ bercakap mengenainya. Itukan lebih afdal.

    Inilah yang berlaku dewasa ini malah menjadi perdebatan berpanjangan dan terbuka oleh kalangan mereka yang kurang mahir agama tetapi berlagak le-bih daripada ‘ustaz’ berhubung isu bukan Islam masuk masjid dan surau baru-baru ini.

    Apa yang menarik perhatian, ianya membabitkan isu cada-ngan Perkasa, sebuah pertubu-han Melayu bukan kerajaan yang mendesak agar undang-undang khusus digubal bagi melarang bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau.

    Hebat sungguh ketuanya, Da-tuk Ibrahim Ali yang baru sahaja ‘dijulang’ sebagai ‘jaguh kam-pung’ oleh konco-konconya di Kota Bharu, Kelantan. Sebenar, apa hak Perkasa mahu undang-undang digubal bagi melarang orang bukan Islam memasuki ka-

    wasan masjid dan surau?Kita akui tidak sehebat macam

    ‘Pak Ibrahim’ dalam soal-soal agama, tetapi dalam proses pem-besaran menjadi seorang insan berguna, saya mendapat pendi-dikan awal agama di negeri Johor Darul Takzim. Jadi, kalau setakat isu melarang orang bukan Islam masuk masjid dan surau pun mahu dipolitikkan, ‘apa kelas’ dan cukup malang kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai ba-risan pemimpin politik yang ber-fikiran low class.

    Banyak lagi isu rakyat lebih besar patut diperbesarkan, tetapi hingga kini masih banyak yang tertangguh dan tidak dapat dise-lesaikan. Sebaliknya, disebabkan kekeringan idea atau ‘zero idea’, kalangan orang politik Melayu terus bertelagah mengenai isu remah temeh yang meloyakan.

    Perlu diingat dan boleh rujuk ustaz mana sekali pun hatta ke-pada ‘orang kuat’ Jabatan Ke-majuan Islam Malaysia (Jakim) bahawa dalam Islam sendiri tidak melarang. Jadi, apa yang mahu ditonjolkan oleh Perkasa dan yang jelas mereka mahu men-cabar perintah agama.

    Ibrahim jelas cuba ‘menang-guk di air keruh’ dan cuba men-jadi ‘hero’ dengan menjadikan isu Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang mengunjungi Surau Al-Huda di Kajang, baru-baru ini sebagai isu baru untuk ‘melalak’ di mana-mana media.

    Benda yang benar kita kena akur dan jangan cuba memandai-mandai buat fatwa itu dan fatwa ini. Sebenarnya, tindakan Nie Ching itu tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam. Tin-dakan melarang orang bukan Islam daripada memasuki masjid dan surau akan menyekat mere-ka untuk mendekati dan mema-hami Islam.

    Orang bukan Islam boleh me-masuki kawasan masjid dan surau, Islam tidak melarang asalkan mesti berpakaian so-

    pan. Cadangan sedemikian bertentangan dengan suruhan Rasulullah yang membenarkan bukan Islam memasuki masjid dan surau. Jadi, mengapa perlu dijadikan ‘zon larangan’?

    Ibrahim memang diakui hanya ‘pandai cakap’. Bukan sahaja orang politik sudah sekian lama tahu, tetapi orang kampung pun sudah pandai menilai ‘siapa itu Ibrahim’. Rasanya, beliau sendiri pun tidak tahu apa yang di-cakapkannya.

    Kita rasa beliau sendiri tidak tahu apa makna takwa. Kalau beliau tahu sudah pasti beliau tidak akan cakap yang bukan-bukan sehingga mudah melabel-kan orang-orang tertentu yang kita semua tahu memang arif dalam soal-soal agama.

    Sebenarnya, sikap terbuka dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia boleh menye-lesaikan masalah sedemikian. Kalau kita bersikap terbuka, kita boleh menyelesaikan masalah ini. Bukan Islam boleh datang ke masjid, malah program boleh di-adakan di bawah khemah di luar dewan solat dan sebagainya.

    Jadi, kita tidak nampak me-ngapa isu ini perlu digembar-gemburkan sehingga mence-tuskan konflik antara kaum di negara ini. Isunya, kita telah disempitkan dengan ‘Islam ala Melayu. Sebenarnya, bukan masalah agama mahupun adat Melayu yang mahu diperbesar-kan tetapi sebagai ‘modal politik murahan’.

    Masjid Negara sendiri sudah sekian lama dan mungkin jutaan pelancong bukan Islam mela-

    watnya. Namun, tiada siapa pun membuat bising. Apa yang da-pat kita lihat, pihak-pihak terba-bit suka membuat bising pada perkara remeh temeh dan mela-lut. Sepatutnya, mereka bising pada perkara penting dan lebih besar seperti penyalahgunaan kuasa, keadilan, hak asasi dan lain-lain.

    Inilah masalahnya kalau kita pilih ahli politik yang ‘tidak ber-pendidikan’. Segalanya mahu dipolitikkan. Oleh itu, fakta Islam jangan mudah diputar belitkan dalam keghairahan ahli-ahli poli-tik hendak menghentam musuh masing-masing khususnya ber-hubung isu mengunjungi masjid atau surau.

    Justeru, dalam negara yang penduduknya majmuk, orang bu-kan Islam tidak harus dihalang daripada memasuki masjid atau surau kerana ia penting bagi mereka memahami Islam. Jika masjid dijadikan ‘zon larangan’ orang bukan Muslim sehingga tidak dapat mendekatinya, bi-lakah Islam akan dapat difahami oleh mereka?

    Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpa-kaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam.

    Ini kerana tindakan itu meng-gambarkan kepada bukan Islam bahawa Islam melarang mereka sama sekali memasuki masjid, itu boleh menimbulkan salah faham. Islam yang ada mempunyai seja-rahnya yang gemilang. Rasulul-lah menerima perwakilan dalam

    TAK DAPAT TANDUK TELINGA DIPULASOleh Razali Yahaya

    Mahu jadi jaguh biar kena tempat

    masjid, bagaimana tiba-tiba hari ini masjid di negara kita diharam-kan untuk mereka?

    Dalam negara berbilang aga-ma seperti Malaysia, pandangan ini bukan sahaja kuat dari segi dalilnya, ia juga memberikan kebaikan kepada dakwah Islam itu sendiri. Kita sepatutnya me-luaskan fungsi masjid agar dapat menjadi centre for Islamic Infor-mation yang mesra pelanggan.

    Masjid sepatutnya berfungsi menyampaikan Islam kepada semua iaitu Muslim dan bukan Muslim. Ini tidak, masjid mahu digambarkan musuh dan bukan Islam dilarang menghampirinya. Sementara dalam masa yang sama ada pihak bukan Islam yang menjemput Muslim dengan hormat ke tempat ibadah mereka serta menghulurkan perbagai bantuan. Ini apa cerita?

    Akhirnya, kita terus bermusu-han tanpa mencari titik dakwah atau sekurang-kurang noktah yang mengurangkan sangkaan salah terhadap agama Islam. Ke manakah hala tuju Islam yang hendak kita bawa dalam negara ini?

    Hukum-hakam syarak se-olah-olah dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Permainan politik sanggup menggadaikan segalanya. Amat berbeza anta-ra penilaian berteraskan politik kepartian dengan penilaian yang berasaskan metodologi ilmu dalam Islam.

    Ingatlah, orang politik da-tang dan pergi dan begitu juga parti politik, Namun, Islam kekal abadi. Ia menjadi cahaya yang menyinari kehidupan manusia. Orang politik boleh hancur dan parti juga boleh musnah. Selain manusia juga tidak semestinya bergantung kepada seseorang tokoh atau sesebuah parti. Na-mun, manusia sentiasa perlukan hidayah Islam yang membimbing ke jalan yang benar.

    Malanglah jika orang politik sanggup mempertaruhkan Islam untuk survival mereka. Ini boleh menjadikan bukan Islam bertam-bah keliru dengan hukam-hakam yang mereka keluarkan kebela-kangan ini.

    TEO IBRAHIM

    Jadi, kalau setakat isu melarang orang bukan Islam masuk masjid dan surau pun mahu dipolitikkan, ‘apa kelas’ dan cukup malang kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai barisan pemimpin politik yang ber-fikiran low class.

  • Transisi10 SEPT - 23 SEPT 2010 9ISU

    Manja LunaSaya dan mertua sekampung. Raya di mana pun tidak menjadi masalah.

    ride_bmx1988Kalau susah buat keputusan jangan pulang beraya. Nanti ada kes lain pula yang jadi kalau tak ada sefahaman. Ada kes sampai cerai-berai kerana nak pulang beraya saja. Jadi, pentingkan hal rumah tangga dulu kerana apabi-la sudah kahwin tanggungjawab berat, jadi fikir dengan baik.

    Nona AdonaraRaya di kampung halaman dulu sebab mertua sudah tiada.

    aqlima80Tidak pernah bergaduh dengan suami. Asalkan dapat beraya dengan anak-anak dan suami, di mana pun tidak apa.

    ravenminTidak kisah. Kami memang akan bergilir-gilir. Raya puasa dan kor-ban pun sama. Senang saja, tidak payah gaduh-gaduh dan kita kena ingat, bukan kita saja ada ibu bapa, tetapi pasangan kita pun ada. Jadi bertolak ansur.

    sizutsu Balik kampung rumah nenek ke-rana ibu bapa berasal dari kam-pung sama dan isu balik kam-pung memang tiada.

    Norzilawati Rahmat, 34, Ahli PerniagaanBudaya pulang menyambut Aidilfitri tidak jadi perbalahan kerana sudah dibincangkan sejak awal perkahwinan. Tahun ini kami akan beraya dengan keluarga saya di Bandar Tun Razak, KL selama seminggu.

    Siti Hajar Ibrahim, 25, Juruteknik Makmal PerubatanIni tahun pertama saya beraya bersama suami dan akan beraya di rumah sendiri dulu.

    Nadzirah Che Nazri, 28, Penolong Pegawai PeneranganPada tahun pertama perkahwinan, kami sudah buat perjanjian awal untuk beraya di kampung mertua dulu. Pada tahun seterusnya, barulah beraya di kampung saya di Alor Setar, Kedah. Sampai sekarang kami masih bergilir-gilir supaya keputusan dibuat adil.

    Roseliah Zakaria, 50, Pekerja AmKedua mertua saya sudah tiada sejak suami masih kecil. Jadi, setiap lebaran kami merayakan di rumah orang tua saya. Saya dan suami tidak lupa juga ajak anak-anak ziarah kubur atuk dan nenek mereka setiap raya.

    Aizratul Ain Yosri, 23, Kerani PentadbiranSaya beraya bersama keluarga suami di Besut, Terengganu ini tahun pertama kami beraya bersama. Kami tinggal di Seme-nyih dan kerap berjumpa dengan keluarga saya. Selepas bertolak ansur, saya setuju beraya ber-sama mentua.

    Nor Haffiezza Abd Rahman, 23, PelajarPulang beraya di kampung ber-sama keluarga bagi memudahkan kami sekeluarga berkumpul kerana adik-beradik tinggal berjauhan.

    Nurul Fatinah, 23, Pembantu TadbirHari raya biasanya kami berkumpul bersama keluarga besar di rumah mertua. Kami tidak ada masalah balik kampung, ikut giliran setiap tahun.

    Aliah Fatien Zainal, 23, Pembantu PentadbirSaya dan suami tidak ada sebarang masalah untuk sambut Aidilfitri kerana rumah ibu bapa saya dan mertua berhampiran. Jadi, 1 Syawal ini kami boleh pergi rumah kedua-dua ibu bapa kami.

    Azrin Arnizan Abd Aziz, 29, Pegawai Khidmat PelangganTahun ini saya beraya tanpa ayah. Jadi, untuk buatkan mak gembira, saya dan suami akan pulang beraya di kampung hala-man sendiri.

    Achmad Fauzi, 53, PensyarahAidilfitri kali ini saya ajak isteri dan anak-anak pulang ke kampung halaman saya kerana kedua-dua orang tua isteri sudah lama me-ninggal. Ketika mertua saya masih hidup, kami selalu mengunjungi mereka selepas orang tua saya.

    Tengku Haizal Tengku Azha, 26, Pegawai Khidmat PelangganTahun ini saya terpaksa beraya di pejabat kerana tugas. Sele-pas dapat cuti, baru saya akan beraya di kampung halaman sendiri dan isteri akan ikut saya juga.

    layari kami di www.facebook.com/Transisi

    Oleh Gan Yong Li, Siti Nurmah Wasilan, Azuraina Abdullah dan Ika Destiana !

    Maziana Osman, 26, PelajarSetiap tahun, saya akan beraya di rumah mak terlebih dulu. Selepas itu, baru pulang ke rumah mak mertua.

    Umi Dhira, 23, Pembantu PentadbirRaya tahun ini balik kampung halaman saya. Raya tahun depan ke kampung suami. Setiap tahun kami bergantian mengunjungi ibu bapa kami.

  • Transisi 10 SEPT - 23 SEPT 201010 BISNES

    JUTAWAN. Gelaran itu sentiasa menjadi idaman sesiapa saja tanpa me-ngira usia. Dengan wang dan kekayaan, seseorang itu mampu mendapatkan semua perkara yang dihajati.

    Tetapi, berapa ramaikah anta-ra kita yang mampu menjadi jutawan? Ada kalangan kita ter-paksa bekerja keras siang dan malam dengan berulang alik dari rumah ke pejabat, tetapi mereka belum tentu lagi dapat meme-gang status jutawan.

    Namun, ia berbeza dengan Irfan Khairi, nama yang tidak

    Oleh Muhammad Amsyari Ismail

    Bukan mudah jadi jutawanasing lagi dalam perniagaan In-ternet hingga digelar jutawan Internet. Beliau, yang meraih gelaran jutawan ketika berusia 25 tahun, cuma perlu bekerja dari rumah untuk mendapatkan pulangan besar.

    Ketika ramai orang sedang sibuk ke pejabat dan meng-harungi kesesakan lalu lintas se-tiap hari, Irfan pula lebih selesa berkerja di rumah sambil dite- mani rakan karibnya, iaitu se-buah komputer.

    Anak kelahiran Ipoh, Perak ini tidak perlu bersemuka dengan

    "Saya bekerja keras siang dan malam, dan tujuh hari seminggu untuk dapatkan apa yang saya miliki hari ini."

    pelanggan walaupun beliau se-benarnya seorang ahli pernia-gaan.

    Irfan tanpa mahu mendabik dada menyatakan beliau hanya memerlukan tempoh tiga tahun untuk bergelar jutawan.

    Jika orang lain menggunakan Internet sebagai saluran ber-hibur, Irfan pula memanfaatkan sebaik mungkin kemudahan alam maya itu dengan menjadi-kan ia sebagai ruang mencari

    sumber pendapatan.Bercerita mengenai de-

    tik awal membabitkan diri dalam perniagaan Internet, Irfan mendakwa segala-nya bermula ketika beliau masih menuntut di Univer-siti Staffordshire, Britain dalam bidang reka bentuk multimedia pada 1999.

    “Ketika itu, saya me-ngusahakan perkhidma-tan mereka bentuk laman web, kulit buku, logo, ban-ner dan produk seperti buku dan peta Malaysia.

    “Saya bersyukur ke-rana selepas tiga tahun mengusahakan pernia-gaan internet, saya ber-jaya meraih RM1 juta. Ini amat mengejutkan saya. Memang tidak sedar kerana wang hasil per-niagaan Internet saya hantar ke Malaysia. Baru saya terfikir apa yang dibuat selama ini berjaya. Jadi, saya ber- azam menyampaikan ilmu yang saya peroleh ini kepada rakyat Ma-laysia.

    “Bermula dari situ, saya ambil keputusan meninggalkan kerjaya sebagai perunding multimedia di sebuah syarikat terkenal di Britain selepas men-dapati perniagaan internet mampu men-jana pendapatan lu-mayan,” katanya.

    Perjalanan hidup Irfan bukan mudah di-sangka. Menurutnya, beliau pernah bekerja sambilan sebagai tukang cuci di pasar raya Britain dengan kadar upah paling rendah.

    Irfan berkata, be-liau pernah diba-yar £3.50 sejam iaitu sekitar RM14 mengikut kadar tu-karan wang pada 1997 hingga 1998 sebagai gaji untuk kerja sampingan seperti mencuci

    lantai dan tandas pasar dari jam 6 hingga 8 pagi untuk menda-patkan duit poket.

    Namun, semua kesusahan itu dilakukannya semata-mata untuk memastikan dia dapat menghadiri seminar kejayaan dan membeli buku motivasi se-perti Think and Grow Rich, tu-lisan Napoleon Hill yang banyak mempengaruhi dirinya.

    Menurutnya, selepas bekerja, beliau akan bergegas pula untuk mengikuti kuliah di universiti dan begitulah rutin hariannya sepan-jang dua tahun di bumi asing.

    “Kalau diikutkan, gaji ketika itu memang tidak cukup untuk hidup di bandar besar. Tetapi, disebabkan mahu hadir semi-nar dan beli buku motivasi, saya sanggup bekerja sebagai tukang cuci,” katanya.

    Dapat tiga pelanggan saja

    Irfan turut berkongsi pengala-man pada awal pembabitannya dalam perniagaan Internet sam-bil mengetepikan tanggapan ra-mai yang mendakwa pekerjaan tersebut mudah dengan hanya duduk di rumah dan menghadap komputer.

    “Ia tidak semudah disangka. Saya bekerja keras siang dan malam, dan tujuh hari seminggu untuk dapatkan apa yang saya miliki hari ini. Saya juga hanya tidur empat jam sehari. Sele-bihnya, saya di hadapan kom-puter menyiapkan tempahan grafik dan sebagainya.

    “Pada tahun pertama saya memulakannya (perniagaan internet), saya terima tiga pe-langgan saja. Tetapi, itu tidak mematahkan semangat saya. Sebaliknya, saya banyak mem-baca buku dan menghadiri ce-ramah perniagaan Internet.

    “Hasilnya, pada tahun kedua saya meraih RM2,000 ke atas sehari dan ia menjadi ukuran kepada potensi perniagaan In-ternet pada hari ini,” katanya.

    Irfan berkata, kelebihan per-niagaan internet ialah di segi ke-bebasan bekerja di rumah tanpa perlu mengeluarkan kos tinggi.

    “Jika kita berniaga di kedai, kita perlu bayar sewa tapak, mungkin RM1,000 ke atas sebu-lan. Tetapi perniagaan Internet, peruntukan kecil saja dalam se-bulan, iaitu untuk sewa letak la-man web atau web hosting. Se-lebihnya mungkin untuk bayaran Internet, telefon dan elektrik.

    “Masa di rumah juga lebih ba-nyak. Kerja ini boleh dilakukan di mana-mana saja. Disebab-kan itu saya sentiasa membawa komputer riba saya ke mana-mana. Selain itu, saya turut da-pat meluangkan lebih masa ber-

    sama keluarga,” katanya.Irfan, juga suami kepada

    Shazrina Mohd Yusof, menjadi-kan Ketua Eksekutif Microsoft, Bill Gates sebagai idolanya dalam bidang perniagaan.

    “Saya kagum dengan manu-sia paling kaya di dunia ini. Idea dan konsep diketengahkan be-liau sangat menarik. Bill Gates juga seorang bapa yang baik. Walaupun beliau manusia ter-kaya di dunia, tetapi masih tetap merendah diri. Kalau boleh saya ingin jadi seperti beliau.

    “Bill Gates kaya kerana laku-kan perkara diminatinya, iaitu pengaturcaraan (programming). Itulah yang sering nasihatkan kepada peserta bengkel kenda-lian saya supaya buat perkara yang mereka minat. Jangan terikut-ikut dengan industri yang kita sendiri tidak tahu keadaan-nya.

    “Sebenarnya, kalau hendak capai kejayaan, industri apa-apa pun boleh. Tetapi, paling pen-ting, kita minat,” katanya.

    Penglibatan Irfan dalam per-niagaan Internet banyak dipe-ngaruhi minatnya untuk men-jadi ahli perniagaan yang sudah dipupuk sejak mengikuti pe-ngajian dalam bidang ekonomi di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

    Bagaimanapun, pendirian Irfan ternyata tidak sehaluan dengan pandangan sesete-ngah pihak yang beranggapan seseorang itu perlu mengubah penampilan dan gaya hidup jika sudah kaya atau senang.

    “Keinginan untuk kaya bukan kerana duit semata-mata. Tetapi dengan kesenangan, ia dapat bantu kita menjalani kehidu-pan. Contohnya, membantu kita mendapatkan rawatan terbaik apabila sakit dan juga pendidi-kan yang terbaik untuk anak-anak,” katanya.

    Ketika ditanya mengenai pe-rancangannya, Irfan menegas-kan dia mahu menumpukan kepada usaha memberi moti-vasi kepada orang lain supaya mereka dapat mencari kekuatan diri dan menggunakannya untuk membuat duit.

    “Berniaga sememangnya kun-ci menjadi kaya. Dianggarkan 74 peratus jutawan dunia data-ng daripada bidang perniagaan. Perniagaan Internet pula ada potensi yang amat besar untuk berjaya.

    “Cuma cabarannya, bagaima-na kita mampu meyakinkan kha-layak luar mengenai produk dan perkhidmatan kita kerana kita tidak bersemuka dengan mere-ka. Mereka juga tidak boleh pegang atau rasa produk kita dan hanya boleh lihat foto di ha-dapan skrin komputer,” katanya.

  • Transisi10 SEPT - 23 SEPT 2010 11BISNES

    EKONOMI China kini se-dang memecut laju untuk cuba memintas kedudu-kan Jepun sebagai kuasa besar ekonomi nombor dua dunia.

    Peningkatan mendadak ekonomi China mencetuskan perdebatan dalam kalangan penganalisis ekonomi dunia mengenai berapa lama lagi masa diperlukan untuk negara Asia itu mengambil alih dominasi ekonomi Amerika Syarikat (AS).

    Penganalisis AS berpendapat tiada apa yang perlu dibimbang-kan mengenai kemungkinan China menguasai ekonomi dunia suatu hari nanti.

    Pakar ekonomi antarabangsa, Jay Bryson dari Wells Fargo Economics di Charlotte, North Carolina, AS menyatakan China tidak mungkin mampu menyai-ngi AS dalam tempoh 20 tahun akan datang berdasarkan kadar pertumbuhan sekarang.

    “Bahkan jika mereka (China) melakukannya, mereka tidak akan berada pada standard taraf hidup rakyat AS,” katanya.

    Hakikatnya, angka-angka di-catatkan China menunjukkan perkembangan ekonomi yang semakin melonjak pantas.

    Tabung Kewangan Antara-bangsa (IMF) menganggarkan ekonomi China tahun ini ber-jumlah kira-kira AS$5.4 trilion (RM26.3 trilion), manakala AS pula AS$14.8 trilion (RM77.2 trilion) tahun ini, tiga kali ganda lebih besar berbanding ekonomi China.

    Justeru, jika China mahu me-nyaingi AS, ekonomi negara komunis itu perlu mencatatkan perubahan drastik sambil meng-harapkan ekonomi AS kekal ren-dah.

    Menurut IMF, ekonomi AS diramalkan meningkat 3.8 pera-tus tahun ini, manakala ekonomi China pula 9.3 peratus.

    Bryson berkata, jika Beijing mahu memintas AS dalam tem-poh 10 tahun, ekonomi negara

    Susunan Mohd Azhan Othman

    itu perlu tumbuh lebih 12 pera-tus setiap tahun dan pertumbu-han ekonomi AS pula perlu be-rada sekitar 2 peratus.

    Bagaimanapun, ramai pakar mendakwa China kemungkinan akan terus mencatatkan kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi di tengah kemerosotan ekonomi AS.

    “Mereka akan mengatasi kita dalam masa-masa tertentu pada masa akan datang,” kata Bry-son.

    Berdasarkan analisis Januari lalu, pakar ekonomi, John Hawk-worth dari PriceWaterhouse-Coopers di London meramalkan ekonomi China akan mengatasi AS menjelang 2020.

    Beijing juga dijangka me-ngalahkan Washington dalam aspek tertentu menjelang 2030.

    Bagaimanapun, Hawksworth menyatakan pertumbuhan Chi-na akan mula perlahan selepas 2020 akibat pertambahan usia penduduk negara itu berikutan dasar satu anak yang dilaksana-kan kerajaan Beijing.

    Hakikatnya, dalam tempoh dua tahun, India pula akan mun-cul menjadi negara ekonomi ketiga terbesar dunia mengatasi Jepun.

    Hawkworth berkata, sele-pas 2020, ekonomi India akan tumbuh lebih cepat berbanding China kerana ia memiliki ramai

    kelompok generasi muda dan dibantu pertambahan jumlah penduduk yang meningkat pantas.

    Pakar AS juga berpenda-pat walaupun Kadar Dalam Negera Kasar (KDNK) China berjaya mengatasi AS nanti, Beijing masih di belakang Washington di segi standard taraf hidup.

    Bryson mendakwa secara purata, taraf hidup rakyat Chi-na tidak akan sebaik penduduk AS untuk sekurang-kurangnya seabad.

    Pengarah kumpulan ekono-mi global, Todd Lee dari IHS Global Insight di Lexington, Massachusetts menyatakan beberapa kesan psikologikal akan berlaku apabila China menjadi negara ekonomi nom-bor satu dunia kelak.

    “Contohnya, China akan memiliki banyak wang untuk pertahanan dan penerokaan angkasa lepas.

    “Pada masa itu, apa dilaku-kan China dengan sistem poli-tiknya adalah membuka pintu kepada pengimportan. Jika mereka sudah berubah dan beralih kepada demokrasi, kita mungkin merasa kurang dian-cam berbanding kekal pada tahap sama seperti sekarang,” katanya.

    Mampukah ekonomi China atasi AS?

    Ibu kota Beijing menjadi penanda aras kepada kepesatan ekonomi China.

    813.5 juta

    Kebangkitan China Gambaran TerkiniChina mengatasi Jepun sebagai kuasa ekonomi terbesar dunia

    KDNK, Suku kedua

    dalam trilion

    KDNK, per individu $6,600

    65.9 juta

    $32,600

    $67 $77

    Jerman

    JepunAS

    Perancis

    Sektor terbesar

    Tenaga buruh

    PengangguranPertumbuhan, pengeluaran industri

    Industri Perkhidmatan

    SUMBER: Biro statistik Kebangsaan China, Biro statistik Jepun, CIA World Factbook

    China AS$1.337 trillionJepun AS$1.288 trillion

    Ekonomi tertinggi2009

    Kedudukan Ekonomi, 2009 Jepun

  • Transisi 10 SEPT - 23 SEPT 201012 POTRET

    Menghitung sinar Syawal

    Suasana pasar di Bandar Raya Rafah dalam wilayah Palestin yang kebanyakannya menjual gula-gula menjelang Aidilfitri.

    Ribuan jemaah memenuhi Masjidil Haram di Mekah untuk menunaikan solat Terawih.

    Orang ramai menunggu waktu berbuka puasa di Masjid Nabawi, Madinah.

    Kanak-kanak Palestin menyalakan pelita di tengah Bandar Raya Gaza.

    Penjual kebab di Pasar Besar dekat Masjid Biru, Turki.

    Seorang peniaga pasar Ramadan berhampiran Masjid Jama di kawasan Chandni Chowk, Delhi Lama, India.

    Kakitangan dan keluarga Transisi ketika berbuka puasa di Restoran Nelayan, KL.

  • www.transisi.com.myxpresi10 - 23 September 2010 / 1 - 14 Syawal 1431HKarim reda segala ujian

    Oleh Azuraina Abdullah

    SIAPA menyangka Karim Su-laiman, 49, yang suatu masa dulu sihat, ceria dan komited dalam kerja, kini hanya mampu bergantung kepada ahli keluarganya untuk melaku-kan tugas-tugas mudah dan sukar aki-bat penyakit Sceleromyxedema dideri-tainya.

    >> Muka 16/29

    Karim bertemu bintang filem James Bond, Datuk Michelle Yeoh dan Gotz Otto pada 1997.

  • Transisi 10 - 23 SEPTEMBER 2010xpresi14Teater muzikal Tun M jadi motivasiOleh Azuraina Abdullah

    ISTANA Budaya akan mem-persembahkan Muzikal Tun Mahathir hasil arahan Rosmi-nah Mohd Tahid dan skrip tulisan beliau dan Ismail Kassan ber-lokasi di Panggung Sari pada 24 September hingga 4 Oktober ini.

    Tenaga produksi terdiri dari-

    pada pihak Istana Budaya, CTRA Production dan Persatuan Penu-lis Wanita Malaysia (PPWM).

    Muzikal Tun Mahatihir ber-kisar mengenai kehidupan za-man kanak-kanak, keluarga, rakan-rakan, pendidikan, penja-jahan dan segala yang menjadi

    motivasi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi pe-mimpin ulung, di mana sifat ke-pimpinan beliau terserlah sejak zaman kanak-kanak lagi.

    Ini termasuk kisah hidup be-liau ketika mengetuai penen-tangan terhadap Malayan Union

    dan kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu.

    Turut ditampilkan ialah perjala-nan hidup beliau sebagai seorang doktor Melayu yang ingin mem-bantu bangsanya dan juga ahli politik yang ada pasang surut.

    Begitu juga dilema dan ke-jayaan yang digapai beliau se-masa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Keseluruhan-nya digambarkan dalam bentuk dialog, lirik lagu dan gerak de-ngan disesuaikan fakta sebenar yang diperakukan sendiri oleh Tun Mahathir.

    Pengarahnya, Rosminah Mohd Tahir berkata, teater ini amat berbeza dengan persem-bahan teater lain kerana peng-hargaan diberikan kepada pe-mimpin yang masih hidup de-ngan menumpukan kisah zaman kanak-kanak, remaja dan dewa-sa Tun Mahathir untuk diperton-tonkan kepada umum.

    “Kami mengurangkan kisah kejayaan yang beliau kecapi dalam ataupun luar negara.

    Kami lebih menekankan kepada cerita mengenai masa beliau kanak-kanak, remaja hingga de-wasa.

    “Kelainan ini diharap dapat mendekatkan para peminat dan pemuja Tun Mahathir untuk me-ngenali insan ini dengan lebih dekat lagi melalui fakta benar yang diperakukan beliau sendi-ri,” jelas Rosminah.

    Teater muzikal ini menampil-kan beberapa nama besar dalam bidang lakonan tempatan seperti Esma Daniel yang membawakan watak Tun Mahathir ketika de-wasa, Zizan Nin (Tun Mahathir ketika remaja), Erra Fazira (Tun Dr Siti Hasmah), Mohd Shafieq Shazwan (Tun Mahathir ketika kecil) dan dibantu pelakon lain seperti Datuk Jalaluddin Has-san, Erma Fatimah, Ako Musta-pha dan Zaibo.

    Persembahan muzik ini me-nampilkan 20 hingga 30 lagu hasil arahan dan ciptaan Datuk Suhaimi Mohd Zain dengan meli-batkan 80 pelakon.

    Poster Teater Muzikal Tun Mahathir.

    Tun Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah.

    Barisan pelakon teater yang akan beraksi atas pentas Muzikal Tun Mahathir.

  • Transisi10 - 23 SEPTEMBER 2010 xpresi 15Saya bukan novelis cinta - Aina Emir

    DRAMA Kau Laksana Bu-lan yang ditayangkan di saluran TV2 sejak Mei lalu berjaya mengangkat lagi popu-lariti novelis popular tanah air, Aina Emir atau Latifah Emir Ah-mad, 56, apabila karya adaptasi novel-drama itu menjadi antara rancangan kegemaran penonton tempatan.

    Namun, sebelum drama tersebut menjadi bualan ramai, Aina terlebih dahulu mengumpul kelompok peminatnya tersendiri melalui novel-novel hasil karya-nya yang tersenarai antara novel Melayu terlaris di pasaran.

    Aina mula menceburkan diri dalam dunia penulisan pada peng-hujung 2002 dengan menulis no-vel ‘Sesuci Cinta’ dan diterbitkan pada 2003.

    Dia kemudian terus memba-bitkan diri dalam bidang itu se-cara profesional dengan menulis lebih 10 novel dengan penerbit-penerbit berlainan.

    “Selepas bersara pada usia

    40 tahun, saya mula berjinak dengan dunia penulisan yang ti-ada kena mengena dengan saya. Novel pertama saya ditulis dalam tempoh 10 bulan pada 2002 dan diterbitkan pada 2003. Karya itu saya hantar kepada Alaf 21 un-tuk diterbitkan, diikuti dua novel seterusnya, juga saya hantar ke-pada Alaf 21,” katanya.

    Didorong semangat penulisan yang tinggi, Aina memutuskan mengembangkan lagi bidang diminatinya itu dengan menubuh-kan sebuah syarikat penerbitan buku sendiri, di namakan Kar-yaDya Solutions Sdn Bhd pada 2005.

    Hingga kini, sebanyak tu-juh novelnya sudah diterbitkan sendiri syarikat itu yang dikenda-likan bersama ahli keluarganya, termasuk karya-karya penulis lain.

    “Saya menjadi penasihat syari-kat, manakala pengurusan syari-kat dikendalikan sepenuhnya oleh anak-anak saya,” kata Aina.

    Oleh Azuraina Abdullah

    LATIFAH EMIR AHMAD (AINA EMIR)Asal Kuala Kangsar, PerakTarikh Lahir 28 Disember 1956Umur 56PendidikanIjazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Asia Tenggara, Universiti Malaya (1979)Sarjana Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Liverpool (1990)Suami Syed Mansur bin Syed Junid (57)Anak Syed Muhammad Faiz Syed Mansur (31) Syed Muhammad Irfan Syed Mansur (27) Syarifah Laila Hana Syed Mansur (23) Syed Muhammad Nabil Syed Mansur (18)Hobi Membaca, Melancong, Berkebun

    PROFIL

    Selain itu, dia juga aktif dalam program motivasi anjuran Ke-menterian Pelajaran berdasarkan pengalamannya berkhidmat se-lama 17 tahun sebagai Pengurus Latihan dan Motivasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

    Menurutnya, pengalaman itu banyak membantunya menulis karya berbentuk ilmiah dan pem-binaan jati diri.

    Nilai-nilai positif berkenaan menjadi garis panduan kepada Aina untuk mengajak peminat-peminat novelnya untuk bersama berubah ke arah lebih positif selain menjadi inspirasi kepada orang lain.

    Bagi Aina, dia tidak kisah jika terpaksa bersusah payah men-cari lokasi dan kawasan serta melakukan kajian mengenai karakter watak dan aktiviti dalam penulisannya.

    “Saya suka menulis dan mahu sampaikan kepada pembaca ba-hawa sesuatu yang berilmu bu-kan hanya unsur kasih sayang sesama lelaki dan wanita. Saya mahu mereka lihat nilai kekeluar-gaan dan rohani dalam menem-puh kehidupan realiti,” katanya.

    Aina berkata, dia sebenarnya lebih selesa dikenali sebagai pe-nulis yang bukan hanya menulis novel cinta.

    Ini dibuktikan apabila dia turut menulis novel dan buku dalam

    pelbagai genre seperti triler atau penyiasatan, awal remaja, kolek-si cerita menarik, dokumentasi dan buku mewah (coffee table).

    Malah, nama samaran bagi setiap buku dan novel terbitan-nya juga berbeza bagi memu-dahkan dia dikenali pembacanya dalam bentuk genre berlainan.

    Menurutnya, dia mengguna-kan nama Lea Mansur untuk no-vel awal remaja dan Jenna Jehan bagi genre triler, manakala buku dokumentari masih mengguna-kan nama Aina Emir.

    Selepas kejayaan adaptasi novel-drama Kau Laksana Bu-lan, Aina kini sedang merancang mengadaptasi satu lagi karya novelnya kepada filem dan di-jangka diterbitkan sendiri syari-katnya.

    “Label sebagai ‘penulis novel cinta’ tidak memberi impak me-narik kerana saya ialah penulis. Saya menulis pelbagai jenis buku dan novel, bukan hal cinta sema-ta-mata. Saya menulis untuk se-mua golongan masyarakat tanpa mengira jantina walaupun ramai pembaca saya wanita.

    “Saya tidak mengkhususkan penulisan saya untuk mereka yang profesional saja. Saya mempunyai peminat novel dalam kalangan orang biasa hingga golongan profesional,” katanya.

    Aina percaya Allah berkuasa

    dalam menentukan rezekinya dan dia bersyukur kerana ke- luarga banyak memberi soko-ngan sepanjang bergelar penulis.

    “Pelbagai cabaran yang diha-dapi langsung tidak menjejaskan saya kerana apa saja yang ber-laku adalah urusan Allah. Jika itu rezeki saya, saya sentiasa ber-syukur menerimanya,” katanya.

    Aina kini dalam proses me-nyiapkan novel terbaru terbitan syarikatnya dan mengadaptasi novel ‘Bunga-Bunga Kemboja’ kepada skrip filem.

    “Saya suka menulis dan mahu sampaikan kepada pembaca bahawa sesuatu yang berilmu bukan hanya unsur kasih sayang sesama lelaki dan wanita.”

    FAMILI... Majlis perkahwinan anak perempuannya, Syarifah Laila Hana.

  • Transisi 10 - 23 SEPTEMBER 2010xpresi16Sokongan keluarga buat saya mahu terus hidup

    KULIT menjadi tegang, berkilat dan nipis. Sendi-sendi tubuh menegang hingga tidak mampu bergerak seperti manusia normal. Malah, kulit yang kemerahan bagai di-panggang mengundang panda-ngan sinis masyarakat.”

    Fakta di atas antara kesan yang menyebabkan terjadinya tanda-tanda Sceleromyxedema, sejenis penyakit yang sangat ja-rang ditemui di Malaysia atau du-nia kerana pakar perubatan kerap menyalahtafsirkan penyakit itu.

    Anda salah jika menyangka penyakit itu sama seperti penyakit Sceleroderma. Sceleromyxede-ma cuma penyakit yang seakan sama dengan Sceleroderma, teta-

    pi ia sebenarnya berbeza di segi konsep dan perubatannya.

    Sceleromyxedema juga sering dianggap sebagai tanda-tanda penyakit kusta, sopak ataupun Aids. Justeru, penilaian mata masyarakat harus diperbetulkan untuk menghindarkan tanggapan negatif terhadap golongan pe-sakit berkenaan.

    Sceleroderma adalah penyakit autoimun kronik yang disebabkan oleh fibroris atau pengerasan, perubahan sistem pembuluh darah dan autoantibodi dalam badan perumah.

    Terdapat dua bentuk Scelero-derma major, iaitu limited sys-temic sclerosis/scleroderma dan diffuse systemic sclerosis/sclero-

    derma.Banyak penyakit kulit yang

    disenaraikan seperti Scelero-derma, antaranya ialah Scelero-myxedema. Namun, perbezaan ketara itu tidak ramai diketahui pakar dan umum.

    Scleromyxedema sama seperti penyakit scleroderma. Bagaima-napun, ia mengakibatkan peni-pisan kulit dan ketegangan yang menampakkan kulit seperti licin, tegang dan nipis, manakala scle-roderma hanya menunjukkan keadaan kulit yang tegang.

    Penyakit itu juga merujuk ke-pada Scleromyxedema of Gro-ton, Lichen Myxedematosus dan Papular Mucinosis, tetapi ia bu-kan penyakit keturunan.

    Bergambar bersama anaknya, Khair Naqib di luar Masjidil Haram di Mekah.

    BERDASARKAN jurnal penyakit kulit dunia, apa dialami Karim itu sangat jarang dijumpai di Malay-sia dan kurang daripada 200 kes yang sama seluruh dunia.

    “Seluruh dunia pun tak banyak kes ini. Malah, di Malaysia saya antara kes pertama dirujuk ke hospital Kerajaan. Mungkin ada pesakit yang sakit seperti saya, tetapi mereka didianogsis seba-gai penyakit kulit lain dan bukan Sceleromyxedema,” katanya.

    Segalanya bermula pada 2000 apabila dia pulang dari Port Dickson selepas menyam-but Hari Keluarga pejabatnya.

    Karim yang ketika itu me-nyandang jawatan Pengarang Unit Khas Berita Harian menda-pati kulitnya bertukar menjadi ke- merahan, tetapi tidak seperti ke-san kulit terbakar biasa.

    Dia, yang beranggapan sistem imunisasi tubuhnya mengalami kecelaruan, kemudian memutus-kan mendapatkan rawatan doktor untuk tindakan susulan.

    “Mulanya, saya ingat cuma kulit terbakar disebabkan ca-haya matahari di pantai. Ketika itu, hanya hidung yang menjadi merah, tetapi makin hari kulit se-makin merah dan gatal,” kata is-terinya, Siti Hawa Mohd Ariff.

    Anak jati Kluang, Johor itu

    mula menjalani dianogsis pe-nyakitnya pada 2004 dan doktor yang merawatnya mengatakan penyakit dihidapinya itu sebagai Papular Mucinosis iaitu masalah kulit yang agak susah didapati.

    Namun, penyakit berkenaan masih belum disahkan secara klini-kal sebagai Sceleromyxedema.

    “Tanda-tanda penyakit ini ialah saya mula sakit kepala, gatal dan sentuhan rasa semakin kurang. Deria rasa juga ekstrem. Ka-dang-kadang kalau sejuk, saya akan rasa sejuk sangat. Kalau makan manis, rasa manis terlam-pau,” katanya.

    Pada 2005, sekali lagi diag-nosis yang dilakukan tidak da-pat mengesahkan penyakit se-benarnya dan pada 2006, bapa kepada enam cahaya mata ini mula terlantar serta tidak mampu bergerak sepenuhnya.

    “Saya berhenti kerja apa-bila sudah tidak boleh bergerak sepenuhnya. Kemudian keadaan semakin teruk dan saya ambil keputusan dapatkan rawatan. Ketika itu saya masih boleh ber-cakap. Tidak seperti sekarang, kena cakap perlahan-lahan.

    “Jika dulu, buka mulut untuk makan hanya 0.8 sentimeter (sm) saja. Sekarang, sudah boleh buka 1 sm. Saya pernah juga cabut gigi semasa sakit dan dok-tor sedaya-upaya bukakan mulut

    saya untuk cabutkan gigi.“Dulu, makan kena jaga. Tidak

    boleh pedas sangat. Selalunya saya makan sup saja atau bubur nasi dan minum air guna pe-nyedut,” katanya.

    Keadaan diri Karim yang agak tenat membuatkan keluarganya mendapatkan rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dia disahkan mengidap pe-nyakit Sceleromyxedema pada 2007.

    Keputusan ini diperoleh se-lepas darah dan kulitnya di- dianogsiskan oleh doktor pakar di Jabatan Dermatologi HKL.

    Pada tahun sama juga dia mendapat rawatan terperinci iaitu Intra Venous Immune Globulin (IVIG). Sebelum itu, dia cuma diberikan rawatan secara trial and error, di mana doktor cuba memberikan ubat yang mampu mengurangkan kesakitannya.

    Selain transplan, dia juga tidak mengambil ubat tahan sakit atau tidak sesuai dengan dirinya. Kini, Karim, yang menetap di Gombak, Selangor akan mendapatkan ra-watan IVIG di HKL setiap tiga bulan dan dia juga diletakkan di bahagian rujukan hospital itu.

    “Saya bangga kerana da-pat bantu doktor HKL mengenal pasti penyakit ini dan bagaimana mereka dapat menggunakan

    >> Dari Muka 13

    Siti Hawa membantu suami minum menggunakan penyedut minuman.

    KARIM SULAIMANPekerjaan semasa Kolumnis Berita HarianAsal Kluang, JohorUmur 49 tahunIsteri Siti Hawa Mohd Ariff (48)Anak-anakKhairah Nadhirah Karim (21)Khairah Nabilah Karim (20)Khairah Nazurah Karim (19)Khair Najid Karim (16)Khair Naqib Karim (14)Khair Naufal Karim (13)

    PROFI

    L

    Kesan Sceleromyxedema

    1. Luka mengambil masa lama untuk sembuh.2. Jika demam atau batuk, pesakit hanya mampu/boleh mengambil ubat dalam dos kanak-kanak.3. Jika tidak dirawat segera, organ dalaman tubuh mungkin mengeras dan tidak boleh berfungsi lalu menyebabkan kematian.4. Kecenderungan memori pesakit terhapus juga amat tinggi akibat ketegangan sel-sel dalam tubuh.5. Mampu menjadikan manusia seperti batu.6.Tidak boleh terlalu stres kerana ia mampu menarik sel-sel saraf dalaman selain memberi kesan kepada seluruh tubuh.7. Tidak boleh bercakap jika kerongkong kekurangan air liur dan peti suara semakin mengecil.

    “Tanda-tanda penyakit ini ialah saya mula sakit kepala, gatal dan sentuhan rasa semakin kurang. Deria rasa juga ekstrem.”

  • www.transisi.com.my

    10 - 23 September 2010 / 1 - 14 Syawal 1431H

    UsahcemarIPTA

    Menarik di dalam

    PENTADBIR ins-titusi pengajian tinggi awam (IPTA) diberi amaran jangan menjadikan universiti sebagai medan politik atau membenarkan kemu-dahan yang disedia-kan untuk membantu sesebuah parti politik di negara ini.

    Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Da-

    tuk Saifuddin Abdul-lah, berkata pihak Kerajaan tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pentadbir IPTA di ne-gara ini membabitkan diri dengan mem-bantu parti politik berkempen di dalam atau luar universiti.

    >> Muka 19

    Penjanaan idea baru universitiMALAYSIA menjadi tuan ru-mah persidangan bagi 57 Kementerian Pengajian Tinggi negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bermula 19 hingga 21 Oktober ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

    Menteri Pengajian Tinggi, Da-tuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, persidangan yang ber-temakan ‘Pembudayaan Kualiti Dalam Akademik, Penyelidikan,

    Inovasi ke Arah Kebaikan Um-mah’ itu dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

    Menurutnya, ia antara lain akan membincangkan mengenai pen-janaan idea baru dalam mening-katkan kualiti ahli akademik, pe-nyelidikan dan inovasi di kalangan universiti-universiti negara ahli.

    ‘’Empat negara bukan anggota OIC iaitu Thailand, Rusia, Turki

    dan Bosnia Herzegovina turut di-jemput sebagai negara pemerha-ti,’’ katanya.

    Terdahulu, beliau merasmikan majlis pra pelancaran Malaysia sebagai tuan rumah persidangan Menteri-menteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik Islam Kelima (ICMHESR) serta majlis berbuka puasa kementerian itu bersama media di sini, baru-baru ini.

    KITA ucap selamat Hari Raya

    DALAM suasana keriangan tidak terhingga menyam-but Aidilfitri 1431 Hijrah, kakitangan Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak melepas-kan peluang meraikannya bersa-ma Pengarah Pengasas institut itu, Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

    Turut serta di pejabat KITA ialah Felo Utama institut itu, Prof Dr Mansor Mohd Noor bersama kakitangannya, Rahayu Zainal Abidin (baju kurung hitam); Siti Salwa Shaharim (baju kurung hi-jau) dan Siti Raudah Ismail (baju kurung merah).

    Pegawai kanan KITA, Mohd Faris Ngadimin (kemeja putih) turut ada bersama kakitangan lain, iaitu Mohd Sharin Rahmat, Ahmad Adzhar Abu Hassan dan Amizrudin Ahmad Sinari. – Foto oleh Nooratikah Ab Rahim.

    SELAMAT HARI RAYA... Dr Shamsul Amri (baju gelap) menerima salam lebaran daripada Dr Mansor sambil diperhatikan kakitangan lain.

    25

    22-23

    20

    21

    26

    Mewariskannegara kuat

    Kajian Ilmiah

    Rosna tiupkan inspirasi, kerjasama

    ‘Bebola lumpur’ bersih air tasik USM

    Salam perantauanpelajar kampus

    KHALED

    Oleh Razali Yahaya dan Rudysham Abd Raof

  • Transisi 10 - 23 SEPTEMBER 2010KAMPUS18

    kakitangan awam terutamanya di kawasan utara dan MAMPU per-caya USM akan dapat mengga-las tanggungjawab ini,” katanya.

    Penggunaan perisian terbuka tercetus menerusi Pelan Induk Open Source Software Sektor Awam yang dilancarkan pada 16 Julai 2004 dengan objektif bagi mengurangkan jumlah pemilikan, meningkatkan kebebasan me-milih penggunaan perisian, me-ningkatkan tahap operasi antara system dan perisian serta me-ningkatkan pertumbuhan industri ICT.

    Antara latihan Perisian Sum-ber Terbuka yang telah dilak-sanakan oleh IPPT adalah OpenOffice.org, PHP5/MySQL5, Fundamental Linux, Virtualiza-tion for System Administrator using OSS, MySQL for System Developer, Introduction to CMS with Joomla!, OsiriX - Advanced DICOM Medical Imaging Soft-

    ware, Integrated Library System (Koha) dan Document Manage-ment System (OpenKM).

    Pada majlis yang sama, Pe-ngarah IPPT, Dr Hj Ramli Saad berkata, IPPT melalui inisiatif Perisian Sumber Terbuka IPPT telah melaksanakan latihan dan pembangunan Perisian Sumber Terbuka tersebut sejak 3 tahun lalu di bawah Pusat Bio-ICT.

    “Kita amat serius di dalam menyokong hasrat kerajaan ini dan amat berbangga mene-rima lantikan ini. Kita juga telah mengambil langkah proaktif de-ngan menganjurkan kursus per-tama perisian sumber terbuka bermula pada hari ini sehingga 25 Ogos 2010 melibatkan se-jumlah 15 peserta dari pelbagai jabatan kerajaan.

    “Ini turut menjadikan IPPT USM sebagai pusat pertama yang menjalankan kursus sejak menerima lantikan ini,” katanya.

    Iktiraf USM pusat latihan bertauliahUNIVERSITI Sains Malay-sia (USM) menjadi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) per-tama diiktiraf sebagai Pusat Lati-han Bertauliah (Certified Training Provider) Perisian Sumber Ter-buka apabila Institut Perubatan dan Pergigian Termaju USM me-nerima lantikan berkenaan dari-pada Unit Permodenan dan Pe-rancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

    Sijil lantikan disampaikan oleh Datuk Dr Nor Aliah Mohd Zahri, Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU kepada Dr Hj Ramli Saad, Pengarah IPPT USM dalam majlis khas di IPPT USM, baru-baru ini.

    Dengan pengiktirafan itu, USM, menerusi IPPT akan ber-fungsi sebagai tempat latihan dan bimbingan bagi sektor awam dalam penggunaan aplikasi sum-ber terbuka.

    Berucap di majlis berkenaan,

    Datuk Dr Nor Aliah berkata se-lain USM, 10 lagi pusat latihan lain turut dikenalpasti dan dilantik sebagai Pusat Latihan Bertauliah sejak 13 Ogos lalu.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Hj Mohamad Rosli Abd Razak, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan ICT MAMPU serta

    Puan Tan King Ing, Timbalan Pengarah Open Source & Open Standard, Bahagian Bahagian Dasar dan Perancangan ICT MAMPU.

    “USM IPPT pertama dilihat oleh MAMPU bersedia dan ber-pontensi bagi menjalankan lati-han perisian tersebut kepada

    Nor Aliah menyampaikan sijil lantikan kepada Ramli dalam majlis khas di IPPT USM.

    YTTK wujud skim biasiswaOleh Rudysham Abd Raof

    MENYEDARI hakikat betapa ramai pelajar kelahiran ne-geri Cik Siti Wan Kembang gagal melanjutkan pelajaran ke uni-versiti tempatan kerana kekangan ekonomi, Yayasan Tengku Temeng-gung Kelantan (YTTK) bakal mem-perkenalkan skim biasiswa dalam usaha membantu golongan ber-kenaan mampu menjejakkan kaki mereka ke menara gading.

    Pengasas YTTK, Tengku Mu-hammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra, berkata beliau sedar bahawa ramai pelajar bijak dari Kelantan kecewa kerana tidak mampu me-lanjutkan pelajaran ke institusi pe-ngajian tinggi awam (IPTA) kerana masalah kemiskinan.

    “Saya banyak terima laporan mengenai masalah ini. Saya tahu mereka bukan kandas ke IPTA kerana gagal dalam peperiksaan tetapi tidak boleh pergi ke sana (universiti) kerana masalah ke-wangan. Saya kecewa kerana tiada pihak tampil untuk mem-bantu.

    “Mungkin mereka (pelajar) malu untuk melaporkan kerumi-tan yang mereka hadapi, tetapi saya terpanggil untuk membantu mereka melanjutkan pelajaran ke universiti kerana saya tidak mahu mereka kecewa pada masa depan.

    “Saya akan kumpul rakan-ra-kan perniagaan saya untuk me-nyumbang (beri derma), supaya dapat kukuhkan kewangan YTTK sekali gus mampu membiayai atau memberi biasiswa kepada pelajar cemerlang untuk me-neruskan pelajaran ke menara gading.

    “Malah, saya mohon supaya lebih banyak pihak, terutama kalangan korporat berjaya dari seluruh negara tampil membantu golongan pelajar miskin yang ce-merlang melanjutkan pelajaran mereka melalui biasiswa yang bakal YTTK perkenalkan tidak lama lagi,” kata Tengku Muham-mad Fakhry kepada Transisi ketika ditemui di ibu kota, baru-baru ini.

    Sejak penubuhan YTTK seta-hun lalu, yayasan berkenaan le-bih banyak membantu golongan miskin terutama orang kurang upaya (OKU), anak yatim, pen-duduk yang kehilangan tempat tinggal akibat masalah bencana alam dan memberi zakat kepada fakir miskin.

    Bagaimanapun, beliau berkata, sebelum YTTK meluluskan sesua-tu biasiswa yang bakal diper- kenalkan kelak, pegawai yayasan itu akan mengkaji terlebih dahului setiap latar belakang pemohon se-belum meluluskannya.

    “Kita tidak mahu ada pihak yang tidak layak mendapat biasiswa ini dan kita akan buat saringan se-cara telus supaya mereka yang benar-benar layak memperole-hinya. Saya berpendapat ini ada-lah cara terbaik untuk memasti-kan lebih ramai pelajar Kelantan jejak kaki ke universiti,” katanya.

    Mengenai pembabitan YTTK dalam aktiviti sosial membantu golongan tidak berkemampuan, Tengku Muhammad Fakhry men-jelaskan yayasan itu menampak-kan peningkatan yang baik sejak ditubuhkan pada 2009.

    “Kita ada majlis berbuka puasa bersama golongan mis-kin di Kelantan. Jika tahun lalu, kira-kira 60 anak yatim dan OKU dipanggil untuk berbuka puasa dengan YTTK, tetapi tahun ini dengan kewangan yang agak baik dalam dana yayasan, kita berjaya menjemput lebih ramai,” katanya.

    Selain membantu golongan kurang bernasib baik itu, Teng-ku Muhammad Fakhry berkata, YTTK turut membantu mangsa yang dilanda masalah benca-na alam termasuk kebakaran. Malah, beliau akan mengadakan lawatan di Kampung Pasir Tum-boh, Kota Bharu, Kelantan sele-pas mendapat laporan mengenai

    kejadian kebakaran membabit-kan beberapa keluarga, bulan lalu.

    “Kita kena akur mengenai kedudukan mereka saat ini. Su-dah pasti mereka tidak mempu-nyai arah tuju sekiranya kita tidak tampil membantu mereka sekadar termampu. Biarlah mereka mendapat pelindungan sebagaimana kehendak ajaran agama Islam yang kita pegang selama ini,” katanya.

    Sehubungan itu, beliau me-nyeru syarikat konglomerat dan pihak tertentu turut serta untuk

    membantu YTTK dengan meyalur-kan dana kerana sumbangan kepada yayasan itu dikecualikan cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

    “Sebelum ini, ada pihak yang mahu membantu tetapi menolak berbuat demikian kerana ban-tuan mereka tidak dikecualikan cukai oleh LHDN. Namun, YTTK sudahpun memperolehi kelayak-kan ini dan berharap mereka tu-rut tampil memberi bantuan dari segi kewangan supaya kita dapat salurkan kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

    TENGKU MUHAMMAD FAKHRY

  • Transisi10 - 23 SEPTEMBER 2010 KAMPUS 19

    Amaran buat pentadbir IPTA“SAYA dapat tahu ada pentadbir beri kebenaran guna kemuda-han disediakan kerajaan untuk kepentingan parti politik tertentu berkempen dalam pilihanraya kecil atau umum. Saya agak du-kacita dan mahu ia dihentikan kerana universiti terikat pada Perlembangan Negara.

    “Sebenarnya perkara ini su-dah diketahui pihak kerajaan ba-hawa ada pentadbir melakukan-nya secara ‘senyap’. Saya harap mereka hentikan segera kerana universiti adalah tempat pelajar mencari ilmu menerusi pentadbir yang bijaksana.

    “Oleh itu, pengurusan tertinggi universiti perlu memantau secara lebih kerap situasi ini kerana segala kemudahan yang ada di universiti adalah untuk kegia-tan pelajar dan perlu digunakan sebaik mungkin. Jangan salah guna apa yang diberikan Kera-jaan,” katanya kepada Transisi ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya, baru-baru ini.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ke-giatan IPTA yang menyediak