Asg Asas Pyldkn

  • View
    73

  • Download
    3

Embed Size (px)

Text of Asg Asas Pyldkn

PPEX 3101ASAS PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

TAJUK : MASALAH PENGUASAAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI (BAK) KUMPULAN INSPIRASI : NOOR FAKHRYYAH ISMAIL NORSHAIDATUL AZWANI LAUJI 060098) NUR HAZWANI CHE IDRIS 060104) UMMI NADZRAH ABD.RAHMAN 060153) (IEB (IEB (IEB 060084) (IEB

ABSTRAKKajian survey ini adalah berkenaan persepsi mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terhadap pendekatan kooperatif di universiti. Kajian ini telah dijalankan di Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Seramai 290 orang mahasiswa dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah dipilih sebagai responden. Fakulti ini terdiri daripada lima jabatan iaitu Jabatan Ekonomi, Jabatan Pengurusan (Pemasaran), Jabatan Pengurusan (Polisi dan Sekitaran Sosial), Jabatan Perakaunan dan Jabatan Kaunseling. Instrumen kajian ini ialah soal selidik dan data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan SPSS versi 15.0. Kajian ini

bertujuan untuk mengetahui persepsi mahasiswa UMT terhadap pendekatan kooperatif yang digunakan di universiti tersebut dan juga untuk mengetahui kaedah-kaedah kooperatif yang digunakan di UMT dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta untuk mengetahui kaedah kooperatif yang paling disukai oleh mahasiswa UMT. Dapatan kajian menunjukkan persepsi mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terhadap pendekatan kooperatif di universiti sangat positif di mana hampir semua mahasiswa iaitu sebanyak 97.2% atau 282 orang daripada jumlah keseluruhan responden faham tentang maksud pendekatan kooperatif dan pernah mengaplikasikan pendekatan tersebut di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Manakala dapatan kajian yang kedua menunjukkan kaedah-kaedah kooperatif yang digunakan adalah kaedah Learning Together, Jigsaw, Think Pair Share, Group Investigation, Inclass Teams, Teams Game Tournament, TAPPS, Cooperative Note-Taking Pairs dan STAD. Untuk dapatan ketiga pula, hasil kajian menunjukkan kaedah kooperatif yang

2

paling disukai oleh mahasiswa UMT ialah kaedah Jigsaw manakala kaedah yang kurang diminati ialah kaedah Learning Together.

PENGHARGAANBismillahirrahmanirrahim Segala puji-pujian kehadrat Ilahi, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., sahabat-sahabat baginda serta sekalian umat Islam yang mendapat hidayah dan mengikuti jalan baginda yang benar. Bersyukur juga kepada Allah dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan tugasan yang diberikan ini.

Tugasan ini berkaitan satu kajian tinjauan di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia yang bertajuk Persepsi Mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu TerhadapPendekatnKooperatif di Univesiti.

Akhirnya kami mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustazah Tengku Sarina Aini bt. Tengku Kasim yang bertindak sebagai pensyarah dan penasihat kami dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan sehingga selesainya kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada pihak Universiti Malaysia Terengganu serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Semoga dengan selesainya tugasan ini dapat memberi manfaat kepada kami khususnya dan kepada sahabat-sahabat umumnya.

3

DAFTAR ISI

PERKARA

HALAMAN

Abstrak

2

Penghargaan

3

Daftar Isi

4

Senarai Jadual

8

Senarai Rajah

BAB SATU PENGENALAN1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 Pendahuluan Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah Objektif Kajian Kepentingan Kajian

4

1.6 1.7

Bidang Dan Skop Kajian Definisi Konsep Dan Tajuk 1.7.1 1.7.2 1.7.3 1.7.4 Persepsi Mahasiswa IPTA Pendekatan Kooperatif Universiti

BAB DUA KAJIAN LEPAS2.1 2.2 2.3 Pendahuluan Kajian Literatur Konsep Pendekatan Kooperatif

2.3.12.3.2 2.3.3 2.3.4 2.3.5 2.4

Definisi Kaedah Pembelajaran Kooperatif

Kaedah Pembelajaran Kooperatif Bentuk-Bentuk Pembelajaran Kooperatif Pelaksanaan Kaedah Kooperatif Strategi Meningkatkan Keberkesanan Pembelajaran Kooperatif

Elemen Utama Kaedah Pembelajaran Kooperatif Dan Fungsinya Dalam Kumpulan Kecil

2.5

Kelebihan Pembelajaran Kooperatif

5

2.6 Penutup

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN3.1 3.2 3.3 3.4 Pendahuluan Reka Bentuk Kajian Sampel Kajian Lokasi Kajian 3.4.1 3.4.2 3.4.3 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 Sejarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Objektif Penubuhan Fungsi

Instrumen Kajian Kajian Rintis Prosedur Kajian Analisis Data Kesimpulan

BAB EMPAT DAPATAN KAJIAN4.1 4.2 Pendahuluan Analisis Demografi Responden Kajian 4.2.1 Taburan Responden Mengikut Bangsa, Jantina Dan Kursus

6

4.2.2

Taburan Responden Mengikut Tahap Pengajian, Jantina Dan Kursus

4.2.3

Taburan Responden Mengikut Umur, Jantina Dan Kursus

4.3

Persepsi Mahasiswa UMT Terhadap Pendekatan Kooperatif 4.3.1 4.3.2 4.3.3 4.3.4 Kefahaman Tentang Pendekatan Kooperatif Kesan Positif Pendekatan Kooperatif Kesan Negatif Pendekatan Kooperatif Pandangan Mahasiswa Berkaitan Pendekatan Kooperatif 4.3.4.1 Pandangan Mahasiswa Kursus Sarjana Muda Ekonomi 4.3.4.2 Pandangan Mahasiswa Kursus Sarjana Muda (Pemasaran) 4.3.4.3 Pandangan Mahasiswa Kursus Sarjana Muda Pengurusan (Polisi Dan Sekitaran Sosial) 4.3.4.4 4.3.4.5 Pandangan Mahasiswa Kursus Sarjana Muda Perakaunan Pandangan Mahasiswa Kursus Sarjana Muda Kaunseling Pengurusan

4.4

Kaedah-Kaedah Kooperatif Yang Dilaksanakan Di UMT 4.4.1 Kaedah-Kaedah Kooperatif Yang Dilaksanakan Mengikut Kursus

4.5 4.6

Kaedah Kooperatif Yang Diminati Oleh Mahasiswa UMT Penutup

7

BAB LIMA PENUTUP5.1 5.2 5.3 Pendahuluan Kesimpulan Implikasi Dan Cadangan 5.3.1 5.3.2 5.4 Cadangan kepada UMT Cadangan untuk kajian lanjut

Penutup

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

SENARAI JADUALJadual 3.1 Jadual 3.2 Jadual 3.3 Jadual 4.1 Jadual 4.2 Jadual 4.3 Jadual 4.4 : Jadual responden mengikut bangsa dan jantina bagi setiap kursus : Jadual item dan aspek : Jadual skala Likert yang mewakili min dan skor : Jadual taburan responden mengikut bangsa, jantina dan kursus : Jadual taburan responden mengikut tahap pengajian, jantina dan kursus : Jadual responden mengikut umur, jantina dan kursus : Jadual tabulasi-silang di antara jantina responden dengan kefahaman responden mengenai pendekatan kooperatif (n:290) Jadual 4.5 : Jadual tabulasi-silang di antara jantina responden dengan pandangan positif

8

responden terhadap pendekatan kooperatif Jadual 4.6 : Jadual tabulasi-silang di antara jantina responden dengan pandangan negatif responden terhadap pendekatan kooperatif Jadual 4.7 Jadual 4.8 : Jadual kaedah kooperatif yang digunakan di UMT : Jadual tabulasi-silang di antara kaedah yang digunakan di UMT dengan kursus Jadual 4.9 Jadual 4.10 Jadual 4.11 Jadual 4.12 bangsa Jadual 4.13 : Jadual tabulasi-silang antara kaedah yang paling disukai dengan kursus : Jadual kaedah kooperatif yang disukai oleh mahasiswa UMT : Jadual kaedah kooperatif yang paling disukai oleh mahasiswa : Jadual tabulasi-silang antara kaedah yang paling disukai dengan jantina : Jadual tabulasi-silang antara kaedah yang paling disukai dengan

SENARAI RAJAH

Rajah 4.1 Rajah 4.2 Rajah 4.3 Rajah 4.4 Rajah 4.5

: Rajah jantina responden : Rajah bangsa responden : Rajah umur responden : Rajah kursus responden : Rajah bangsa responden

9

BAB 1 ( PENGENALAN )10

BAB 1 PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Umat Islam perlu mengetahui, memahami dan mempelajari Bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran, hadith dan bahasa rasmi perhubungan antarabangsa. Selain daripada itu, ia juga telah menjadi wadah Islam dari segi akidah, siasah syariyyah dan kebudayaan yang tidak boleh dipandang rendah oleh umat Islam seluruhnya. Kewujudannya akan terus kekal bersama kekalnya Al-Quran dan umat Islam di atas muka bumi ini.

Firman Allah S.W.T:

(3) )2( Maksudnya:

11

Demi kitab (Al-Quran) yang menerangkan sesungguhnya Kami menjadikan Al-Quran dalam Bahasa Arab supaya kamu memahaminya. ( Surah Az-Zukhruf : 2-3 )

Bahasa Arab merupakan satu bahasa yang berjaya meletakkan dirinya di dunia antarabangsa selari dengan perkembangan Islam. Bahasa Arab ialah bahasa yang digunakan untuk membukukan segala hasil penulisan berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan pada zaman silam dan juga pada masa kini walaupun keistimewaannya dalam konteks perhubungan antarabangsa tidak mencapai tahap Bahasa Inggeris. Bahasa Arab semakin mendapat perhatian yang khusus dari masyarakat Islam sedunia. Mereka juga telah merasai bahang kepentingannya sejak kebelakangan ini. Di Malaysia, Bahasa Arab dilihat sebagai salah satu bahasa yang sering dikaitkan dengan agama Islam itu sendiri. Malah iajuga sering dikaitkan dengan bahasa ibadat. Para ilmuan Islam pula berpendapat bahawa Bahasa Arab sebagai kunci kepada khazanah-khazanah ilmu yang telah ditinggalkan oleh ulama-ulama Islam yang terdahulu.

Pembelajaran Bahasa Arab telah berkembang dari semasa ke semasa dan mula diajar dengan lebih teratur melalui sistem pondok dalam abad ke-19. Ia terus berkembang sehingga sekarang melalui sistem persekolahan sama ada yang ditadbirkan secara langsung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan-jabatan Agama Islam ataupun sekolah-sekolah yang ditubuhkan secara persendirian. ( Ishak Mohd Rejab, 1984:227).

Kini Bahasa Arab telah dipelajari di setiap peringkat bermula dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah di peringkat pengajian tinggi.

12

Malah Bahasa Arab juga diajar di tempat-tempat yang tidak formal seperti di surau-surau dan di masjid-masjid.

Bagi pelajar yang mempelajari Bahasa Arab secara formal, khususnya Bahasa Arab Komunikasi, mereka harus mahir menguasai serta menggunakan empat kemahiran utama dalam Bahasa Ara