Click here to load reader

Matematik Asg

  • View
    50

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

matematik

Text of Matematik Asg

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2014

HBMT 1203_V2PENGAJARAN MATEMATIK PRA SEKOLAH

NAMA: VADIVUKKARASI A/P RAMIAH NO.MATRIKULASI: 840115086054001 NO.KAD PENGENALAN: 840115-08-6054 NO.TELEFON : 016- 4222894 E-MAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : SEAMEO RECSAM LEARNING CENTREISI KANDUNGAN

m/s

1.0 Pendahuluan32.0 Peringkat-peringkat Perkembangan Konsep Dalam Matematik 5Prasekolah3.0Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Tajuk Bentuk dan Ruang 10 4.0Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Tajuk Wang 16

5.0 Kesimpulan20

6.0Rujukan 21

1.0 PENDAHULUAN

Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan pendidikan prasekolah kepada semua golongan kanank-kanak sebagai persediaan melangkah ke alam persekolahan di peringkat sekolah rendah. Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang mustahak dalam dunia persekolahan kepada seorang kanak-kanak. Pengalaman persekolahan serta pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat memberikan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri yang tinggi dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.

Pendidikan prasekolah juga bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah akan membolehkan kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas memperoleh asas yang kukuh dalam kemahiran berkomunikasi, sosial dan kemahiran-kemahiran lain sebagai persediaan ke sekolah rendah. Selain itu, program ini juga merupakan asas kepada pembangunan dan perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Awal Matematik peringkat prasekolah membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak. Penguasaan matematik awal oleh murid prasekolah penting kerana ianya merupakan asas untuk membantu murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi. Pembelajaran matematik awal yang diperoleh melalui pengalaman langsung dan bermakna dalam suasana menggembirakan akan dapat memupuk minat murid untuk mempelajari matematik. Pengalaman ini termasuklah konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang.Terdapat pelbagai kaedah, strategi dan pendapat dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Awal di peringkat prasekolah. Asas perkembangan matematik bermula daripada pengalaman berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan kualiti seperti warna, saiz dan bentuk sebelum peringkat bergambar (pictorial) dansimbolik. Dalam pembelajaran awal matematik, kanak-kanak berfikir secara konkrit. Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk mengalami perhubungan matematik melalui manipulasi objektif konkrit. Kanak-kanak juga mesti bermain dengan benda yang mereka boleh mengira dan menyusun. Menurut Ahmad Ismail (2009), penguasaan konsep matematik tidak datang daripada latihan yang diberikan.. Kanak-kanak membentuk pengetahuan matematik dan mengembangkan kemahiran matematik melalui pengalaman hands-on dengan aktiviti real-life. Kanak-kanak perlu dibiasakan dengan menggunakan pemikiran matematik dalam menyelesaikan masalah harian yang konkrit bagi membantu membina keyakinan pelajar dalam kemahiran matematik yang amat berguna kepada mereka apabila dewasa kelak.

2.0 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KONSEP DALAM MATEMATIK PRASEKOLAHBagi menerangkan proses pembelajaran dalam pendidikan awal matematik di peringkat prasekolah, pelbagai teori telah dikemukakan oleh ahli psikologi sejak zaman Socrates dan Plato lagi. Perkembangan teori kognitif kanak-kanak boleh didefinisikan sebagai paras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pelbagai pengetahuan tersebut untuk memahami dunia sekitar mereka. Perkembangan kognitif menekan proses pembentukan konsep, penaakulan dan penyelesaian masalah ketika menimba ilmu dengan menggunakan pelbagai rangsangan dan media. Perkembangan kognitif merangkumi proses pengelasan, konsep ruang, konsep nombor, proses sains dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak menguasai kemahiran kognitif melalui interaksi sebenar menggunakan pelbagai bahan yang mudah didapati di sekeliling mereka.

2.1 Teori pembelajaran kognitif Piaget

Jaen Piaget berasal dari Neuchatel, Switzerland. Beliau dilahirkan pada 9 Ogos 1896 dan merupakan anak sulung kepada Arthur Piaget dan ibunya, Rebecca Jackson. Piaget merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal dalam bidang pendidikan. Beliau mendapat ijazah Doktor Falsafah (Biologi) pada usia 25 tahun. Seterusnya, beliau menumpukan perhatiannya kepada kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Melalui kajian dan pemerhatian Piaget, beliau mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka.

2.1.1 Peringkat Deria Motor

Peringkat ini bermula dari masa lahir hingga ke umur dua tahun. Kanak-kanak mengetahui alam sekitarnya melalui kesan deria dan gerak balasnya. Mereka mengetahui benda-benda wujud dalam alam persekitaran mereka secara fizikal dan bukan fizikal, tetapi tidak berfikir langsung kenapa benda itu wujud. Misalnya, kanak-kanak tahu ibu akan mendampinginya jika dia menangis. Dia juga mengetahui adanya perhubungan antara benda-benda. Misalnya, jika dia berasa lapar, dia menangis; jika hendak menaiki meja, dia akan menggunakan kerusi.

2.1.2 Peringkat Pra-Operasi

Peringkat ini bermula dari umur dua tahun hingga keenam tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak lebih sosial dan menggunakan bahasa serta tanda untuk menggambarkan sesuatu konsep. Mereka masih tidak dapat membuat perbandingan antara benda, tidak mengetahui padanan satu dengan satu antara objek dan hubungan antara objek; tidak dapat mengelaskan objek-objek mengikut saiz, warna dan sebagainya. Tambahan pula, pemikiran mereka dipengarui oleh apa yang diamatinya.

2.1.3. Peringkat Operasi Konkrit

Pada peringkat ini juga, kanak-kanak dapat mempelajari lebih daripada dua perkara pada satu masa dan dapat menguasai konsep keabadian. Dalam eksperimen menuangkan kuantiti air yang sama ke dalam dua silinder berukuran berbeza, kanak-kanak menyimpulkan bahawa kuantiti air tidak berubah walaupun bentuk berubah. Selain itu, kanak-kanak mempunyai kebolehan mengelas, menyusun dan membezakan objek-objek. Mereka dapat juga memahami aritmetik asas, jisim, panjang, sifat transitif dan proses matematik. Tetapi pembelajaran berkesan masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.

2.1.4 Peringkat Operasi Formal

Peringkat ini bermula daripada umur dua belas tahun. Kanak-kanak memasuki peringkat pemikiran abstrak. Mereka mempunyai kebolehan berfikir tanpa pengalaman konkrit, membuat kesimpulan dengan menstrukturkan situasi secara mental, misalnya, membuktikan teori-teori matematik. Selain itu, ia dapat menggunakan simbol-simbol matematik dan mengulas idea abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain, memanipulasikan konsep secara mental dan menggunakan logik dalam menyelesaikan masalah.

2.2 Teori Pembelajaran Kognitif Bruner

Seymour Jerome Bruner atau lebih dikenali sebagai J. Bruner dilahirkan di New Tork pada 1 Oktober 1915. Beliau merupakan bapa kepada teori psikologi kognitif. Beliau merupakan seorang yang istimewa kerana telah dilahirkan buta dan tidak dapat melihat setelah dijangkiti katarak sewaktu beliau masih bayi. Sebagai seorang tokoh kognitif yang berjaya, beliau telah menerima banyak pencapaian atas penghasilan penulisan dalam bidang falsafah pendidikan, teori-teori pembelajaran dan proses pengajaran . Jerome Bruner (1966), menyatakan bahawa pembelajaran merupakan proses yang aktif. Ini bermaksud pelajar membina pengetahuannya sendiri atau konsep baru berasaskan pengalaman. Pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar berhadapan dengan tugasan atau masalah yang telah biasa ditemui. Pelajar akan memahami dan mengingati sesuatu konsep dengan mudah serta kekal melalui pembelajaran yang bermakna (Abu Hassan Kassim, 2003).Teori Perkembangan Kognitif oleh Bruner berpendapat bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui tiga peringkat iaitu peringkat enaktif, peringkat ikonik dan peringkat simbolik Peringkat Enaktif Peringkat ini adalah serupa dengan peringkat deria motor iaitu untuk memahami berinteraksi dengan persekitarannya. Banyak aktiviti yang dilakukan adalah berdasarkan kepada pergerakan anggota kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak mudah mempelajari apa sahaja pada peringkat ini. Pada peringkat ini, kanak-kanak haruslah diberi pengalaman yang kukuh tentang sesuatu pembelajaran supaya semua aktiviti yang dipelajarinya tersimpan dalam jangka masa yang panjang. Sebagai contoh kanak-kanak belajar menggunakan alat muzik lebih pantas daripada orang dewasa (Richard, 2004). Peringkat Ikonik Peringkat ikonik pula merupakan peringkat seterusnya dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak belajar memikirkan sesuatu melalui imej dan gambarajah. Menurut Richard Overbaugh (2004), kanak-kanak dapat menyatakan bilangan objek yang ditunjukkan. Sebagai contoh, nombor 3 dikaitakan dengan objek yang mempunyai nilai 3. Peringkat SimbolikPeringkat simbolik pula kanak-kanak boleh memahami dan belajar melalui simbol dan konsep yang lebih meluas. Bruner (1966) berpendapat bahawa ketiga-tiga peringkat perkembanagan kognitif itu tidak boleh terpisah antara satu sama lain, tetapi terus berkembang dalam kehidupan seseorang itu.

2.3 Teori Pembelajaran Robert GagneRobert Gagne seorang profesor di Florida State University adalah pakar dalam psikologi pembelajaran dan terkenal dengan penerbitan-penerbitannya dalam bidang ini. Beliau menyatakan wujudnya berbagai-ba

Search related