asaimen linguistik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

linguistik

Citation preview

PengenalanPerkataan linguistik (linguistics dalam bahasa Inggeris) berasal dari bahasa Latin iaitu linguayang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancis pula, bahasa disebut sebagai langage-langue manakala Italia menyebutnya sebagai lingua. Di Sepanyol, bahasa dikenali sebagailengua dan language ialah dalam bahasa Inggeris.Akhiran ics dalam linguisticsberfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu yang bermaksud ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physicsdan lain-lain.Menurut Abdullah Hassan (1984), linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa. Linguistik juga ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain. Selain itu, linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dapat dilihat, dirasa dan didengar.Dalam berbagai kamus umum, linguistik didefinisikan sebagai ilmu bahasa atau kajian ilmiah mengenai bahasa (Matthews:1997). Dalam The New Oxford Dictionary of English (2003), linguistik didefinisikan sebagai berikut:The scientific study of language and its structure, including the study of grammar, syntax, and phonetics. Specific branches of linguistics include sociolinguistics, dialectology, psycholinguistics, computational linguistics, comparative linguistics, and structural linguistics.Oleh itu, bidang linguistik merupakan satu bidang yang sangat luas. Terdapat beberapa bidang yang merupakan cabang kepada bidang linguistik seperti linguistik am, linguistik terapan, linguistik teoritis, linguistik komparatif dan linguistik kontekstual.

Mengapa Linguistik Penting Bagi Guru Bahasa Melayu.Perkara ini memang telah lama dan selalu dipersoalkan oleh guru dan orang ramai. Semenjak linguistik menjadi satu bidang ilmu yang popular, guru bahasa juga kerap bertanyakan hal yang sama. Hal ini berlaku bukan kerana mereka tidak tahu kegunaan linguistik tetapi ramai antara guru bahasa yang jarang memikirkan tentang kegunaan linguistik. Mereka hanya kerap berkecimpung dengan teori dan analisis linguistik sahaja. Sebenarnya memang ramai guru bahasa yang telah mencuba menggunakan linguistik dalam bidang lain. Ramai guru bahasa yang telah lama berkecimpung dalam bidang pengajaran bahasa. ada pula yang berusaha dalam bidang terjemahan, sosiolinguistik, psikolinguistik, dan sebagainya. Di samping itu banyak lagi kegunaan linguistik. Mungkin juga bukan guru bahasa yang harus menentukan bahawa ilmu linguistik itu berguna dalam pendidikan, tetapi, terpulanglah kepada para pendidik untuk menentukan kegunaan linguistik dalam bidang pengajaran. Walau bagaimanapun, linguistik ialah satu ilmu baharu yang berkembang pesat, walaupun sebenarnya ilmu ini telah mula dikenali sejak zaman kesarjanaan Yunani dahulu lagi. Namun begitu,ilmu ini tidak begitu mudah difahami. Tambahan pula, kebanyakan buku linguistik sukar untuk dibaca dan difahami . Perkembangan linguistik amat pesat berlaku dan ini menambahkan kesukaran untuk memahaminya. Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat bilangan jabatan pengajian linguistik yang telah dibuka di universiti-universiti, dan banyak pula kajian dijalankan serta penerbitan dihasilkan tentang linguistik. Kesemua perkembangan ini telah menambahkan kekeliruan orang ramai. Itulah sebabnya linguistik dilihat dengan penuh kesangsian dan sukar diterima, dan malah kadang-kadang ada pihak yang terus menolaknya. Sebenarnya, kalau linguistik ini ditolak, bukanlah kerana kegunaannya kurang, tetapi kerana linguistik itu tidak dimengertikan dan tidak digunakan dengan baik.

Kita boleh melihat kegunaan linguistik itu dalam pelbagai bidang ilmu seperti ilmu neurologi, matematik, sains maklumat dan pelabagai cabang ilmu lagi. Kini, inguistik juga digunakan dalam terjemahan melalui komputer. Penggunaan linguistik dalam pengajaran terutamanya selalunya dikenali sebagai linguistik gunaan dan ini termasuklah kajian fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, dan kadangkala meliputi juga tajuk-tajuk lain seperti psikolinguistik dan sosiolinguistik yang masing-masing memberi tumpuan kepada teori pemerolehan dan keadaan bahasa. Pelbagai cara linguistik itu boleh menjadi berguna kepada seseorang guru bahasa. E. Roulet (1975) dalam bukunya Linguistic theory, linguistic description, and language teaching memberikan enam kegunaan linguistik dalam pengajaran bahasa:i. Teori linguistik memberikan maklumat tentang struktur dan fungsi sistem bahasa itu secara umum kepada guru bahasa. Hal ini mungkin memainkan peranan penting dalam menentukan tujuan, isi, dan pendekatan sesebuah kursus bahasa.ii. Teori linguistik juga memberikan suatu bahasa perantaraan kepada guru. Ini ialah keseragaman bentuk seperti jenis-jenis rumusan yang berlainan dalam tatabahasa transformasi generatif (rumus penyingkiran, rumus transformasi, dan sebagainya) dan keseragaman kategori-kategori seperti Frasa Nama, Frasa Kerja. Semua perkara ini boleh dipakai oleh guru dalam pengajaran bahasa.iii. Sama ada secara langsung atau tidak, teori linguistik tentang pemerolehan bahasa mempengaruhi perkaedahan pengajaran bahasa, lebih-lebih lagi bagaimana kursus-kursus bahasa diajarkan.iv. Sebuah deskripsi bahasa akan menyedarkan guru tentang struktur bahasa yang akan diajarkan, dan dengan itu dapat meningkatkan kualiti isi linguistik dalam kursus bahasa.v. Deskripsi bahasa juga memberi guru bahasa itu suatu pengetahuan tentang unit-unit unsur seperti fonem, morfem, tagmem, dan sebagainya. Ia juga memberikan senarai struktur atau suatu sistem rumusan bagi sesuatu bahasa yang boleh digunakan dalam kursusnya.vi. Suatu deskripsi bahasa memberikan satu sistem rumusan yang berentetan. Ini boleh digunakan untuk membentuk bahan mengajar. Kadang-kadang rentetan itu tidaklah perlu dituruti secara rapi.

Pendapat Guru Bahasa Melayu Dalam Menyokong Pentingnya Pengetahuan Linguistik Bagi Guru Bahasa MelayuSetelah sedikit penerangan mengenai kaitan linguistik dan pengajaran di atas, tugasan kali ini memerlukan pengalaman dan pendapat sebenar daripada dua orang guru yang mengajar bahasa di sekolah. Bagi melaksanakan persoalan sebenar tugasan ini, saya telah memilih dua orang guru bahasa Melayu yang saya kira faham dan maklum mengenai linguistik ini. Dua orang responden ini terdiri daripada seorang guru perempuan yang telah mengajar bahasa Melayu lebih daripada 15 tahun ( Guru X ) manakala seorang lagi responden merupakan seorang guru lelaki yang baru sahaja ditempatkan di sekolah di mana saya mengajar, ( Guru Y ).Berikut merupakan persoalan asas yang diajukan kepada kedua-dua responden berkaitan linguistik di dalam pengajaran.1. Sejauh manakah penggunaan dan pengkaplikasian teori-teori linguistik dalam pengajaran Bahasa Melayu?2. Masih relevan lagikah cabang-cabang linguistik di ajar pada murid-murid di tahap pengajian rendah ataupun sekolah rendah?3. Sekiranya, guru bersetuju dengan kenyataan Guru Bahasa Melayu Memerlukan Pengetahuan Linguistik, bagi pendapat anda.

Guru X : Pada pendapat saya, selaku guru yang telah lama berkecimpung dalam pengajaran Bahasa Melayu di dalam sekolah rendah, saya berpendapat bahawa teori-teori yang diguna pakai dalam ilmu linguistik sedikit sebanyak mampu mempengaruhi kualiti pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu. Secara kasarnya, pelbagai teori telah dicadangkan ataupun dikaitkan bersama-sama dengan ilmu linguistik seperti teori pelaziman operan, teori permodelan dan lain-lain lagi. Berdasarkan pengetahuan sedia ada saya, teori-teori yang dikemukakan seperti di atas mengandungi kaedah-kaedah pengajaran yang memberi implikasi yang baik kepada pengajaran bahasa.Seterusnya, persoalan berkaitan relevan atau tidak cabang-cabang linguistik di ajar pada murid-murid bermula usia 7 hingga 12 tahun iaitu dalam erti kata lain di peringkat murid-murid sekolah rendah. Saya berpendapat, masih relevan. Berdasarkan pengetahuan saya, linguistik ini sendiri terdiri daripada pelbagai jenis dan cabangnya seperti linguistik gunaan, linguistik deskriptif, linguistik teoritis dan linguistik konstektual dan saya rasakan bidang linguistik ini cukup luas. Namun begitu, di usia kanak-kanak seawal 7-12 tahun, saya berani untuk menyatakan bahawa linguistik gunaan merupakan cabang lingustik yang sesuai di ajar pada usia ini. Bidang linguistik gunaan juga memperkenalkan kaedah pengajaran bahasa dan bahan-bahan untuk mengajar bahasa. Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta ialah kaedah terus . Selain itu, aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, ialah terjemahan dan perkamusan, Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum. Bukan itu sahaja, linguistik gunaan juga menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.Persoalan ketiga berkenaan pendapat saya yang menyatakan bahawa guru Bahasa Melayu memerlukan pengetahuan linguistik. Saya bersetuju dengan kenyataan tersebut. Sebagai seorang guru bahasa Melayu, anda bukan sahaja seorang pengamal bahasa, malah anda boleh dikira sebagai seorang yang menyebarkan dan mengkaji bahasa secara tidak langsung. Selaku guru bahasa Melayu, saya merasakan bahawa perkembangan bahasa Melayu kini semakin berkembang dan pengetahuan guru bahasa Melayu itu haruslah berkembang sejajar dengan perkembangan bahasa tersebut. Melalui dua soalan di atas dan jawapan yang telah diberikan, saya merasakan bahawa pengetahuan linguistik amat penting bagi seorang guru Bahasa Melayu kerana saya berpendapat bahawa guru Bahasa Melayu yang telah belajar atau didedahkan kepada sistem bunyi, tatabahasa, dan struktur makna dalam bahasa Malaysia, masih belum terjamin yang dia akan menjadi guru bahasa Malaysia yang baik.

Guru Y : Saya merupakan seorang guru baharu yang kini mengajar subjek bahasa Melayu bagi tahun 5 dan tahun 6.Saya merupakan seorang guru lepasan Institut Pendidikan Guru Malaysia di bawah jurusan Bahasa Melayu Pendidikan Rendah.Mengenai persoalan-persoalan di atas, saya ingin menjawab dalam satu pandangan yang merangkumi jawapan bagi ketiga-tiga soalan yang dikemukakan.Sewaktu di dalam kursus perguruan, satu subjek yang wajib diduduki ialah BMM 3108 iaitu Pengantar Linguistik. Hal ini membuktikan bahawa, pihak Institut mahupun penggubal kursus menjelaskan bahawa pengetahuan mengenai linguistik penting sebagai persediaan seorang guru Bahasa Melayu ketika mengajar subjek Bahasa Melayu di sekolah kelak. Jika dianggap tidak penting, mengapa subjek tersebut wajib diduduki.Saya belajar dan diajar untuk mengetahui bagaimana fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik mana-mana bahasa itu berguna dalam pengajaran bahasa tersebut. Tentulah tidak dapat kita sangkal asas teori bahawa sebarang pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran itu penting dalam pengajaran mata pelajaran tersebut. Definisi linguistik itu sendiri merupakan asas teori sesuatu bahasa dan konteks linguistik memberi maksud bahasa: struktur dan fungsi bahasa itu. Tentu sekali pengetahuan ini berguna dalam pengajaran bahasa.Berkaitan relevan atau tidak, guru-guru Bahasa Melayu terutamanya perlu mendalami beberapa cabang ilmu dalam linguistik lebih-lebih lagi bidang linguistik gunaan yang meliputi morfologi, sintaksis, fonetik dan semantik. Jika dahulu, KBSR hanya meletakkan unsur tatabahasa sebagai selingan dalam pelajaran, kini di dalam KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah), aspek tatabahasa ataupun morfologi telah dimasukkan sebagai salah satu kemahiran yang terkandung di dalam Bahasa Melayu. Hal ini bertujuan seperti yang telah dinyatakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul semasa membina ayat. Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan. Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.(KEMENTERIAN PELAJARAN Malaysia, BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 2011)Justeru itu, kenyataan-kenyataan yang diberikan di atas, membuktikan bahawa guru Bahasa Melayu memerlukan pengetahuan linguistik sebagai persediaan dan kelengkapan untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan dalam bidang Bahasa Melayu sekaligus memberikan impak yang baik kepada murid-murid.RumusanBerdasarkan temu bual dan pendapat yang diperoleh melalui beberapa rujukan, saya merumuskan bahawa guru Bahasa Melayu sememangnya memerlukan pengetahuan linguistik.Sebagai seorang guru, kita hendaklah mempunyai pengetahuan yang cukup tentang mata pelajaran yang hendak diajar. Seorang guru matematik mesti mengetahui matematik pada peringkat yang hendak diajarkannya. Jadi, dengan alasan yang sama, seorang guru Bahasa Melayu turut memerlukan pengetahuan mengenai bahasa tersebut, termasuklah sebarang penjelasan dan cara sistem bahasa itu berlaku untuk dijadikan bahan mengajar. Inilah yang dikatakan pedagogi dalam tatabahasa ataupun kaedah mengajar tatabahasa. Sebenarnya kita boleh juga menentukan pengetahuan linguistik yang diperlukan sekiranya kita tahu rancangan bahasa yang hendak diajarkan itu. Sesiapa yang mengajar pertuturan hendaklah mengetahui sistem bunyi bahasa (fonetik) tersebut. Seorang guru juga perlu tahu teori-teori linguistik yang akan berguna baginya semasa mengajar. Misalnya, di Malaysia, seorang guru bahasa itu perlu juga mengetahui perkara berkaitan bahasa jati pelajar lain, seperti bahasa Cina dan India, atau sebarang bahasa atau dialek yang berkaitan. Jadi, bukan ilmu linguistik sahaja yang perlu diketahui oleh seseorang guru bahasa itu, ada aspek lain yang juga penting bagi guru. Linguistik sahaja tidak akan dapat membentuk guru bahasa yang baik. Selain asas linguistik yang kukuh, perkaedahan untuk menyampaikan perkara-perkara berkaitan linguistik turut dititikberatkan. Tuntansnya, linguistik itu adalah penting dalam melatih guru Bahasa Melayu dalam menjadi seorang guru bahasa yang lengkap pengetahuannya dan berkemungkinan meninggalkan impak yang baik kepada murid-murid.Akhir sekali, andainya seorang guru itu telah belajar atau didedahkan kepada sistem bunyi, tatabahasa, dan struktur makna dalam bahasa Malaysia, masih belum terjamin yang guru tersebut akan menjadi guru bahasa Malaysia yang baik. Seorang guru yang baik memerlukan banyak sifat dan pengetahuan sampingan yang lain, seperti bahan mengajar, motivasi pelajar, kaedah, persekitaran yang mendorong, sikap yang sihat, alat bantu mengajar, dan sebagainya. Setiap satu hal ini sama pentingnya. Pengetahuan linguistik bahasa Melayu itu akan menjadi alat sahaja. Ini akan membolehkan kita memahami bahan yang diajarkannya itu. Agak mustahil bagi kita memahami bagaimana seorang guru itu akan dapat mengajarkan bahasa Malaysia tanpa pengetahuan sistem dan bagaimana sistem itu berlaku.Wilkins (1972) dalam bukunya Linguistics For Language Teaching menyatakan bahawa kita jangan harus menerima sahaja hasil linguistik dan terus mencari kegunaannya. Apa yang sepatutnya dilakukan ialah kita mengenali semua masalah pengajaran bahasa dan kemudian baru melihat jawapannya dalam linguistik. Inilah sumbangan besar linguistik kepada pengajaran bahasa, iaitu memberi maklumat tentang bahasa itu. Andainya seorang guru bahasa itu gagal mencapai tujuan sesebuah rancangan pengajaran bahasa itu, maka harus ada banyak sebabnya. Misalnya, kegagalan mengajarkan bahasa Melayu di sekolah itu boleh disebabkan oleh banyak hal. Kekurangan pengetahuan linguistik sememangnya boleh menjadi satu sebab. Latihan guru bahasa Malaysia juga menjadi sebab, iaitu guru yang tidak terlatih mengajar bahasa Malaysia. Guru yang tidak mahir dalam bahasa Malaysia ditugaskan mengajarkan bahasa Malaysia. Guru-guru seperti ini tidak akan berjaya. Ada banyak sebabnya dan kita tidak harus menyalahkan mana-mana satu pihak sahaja.Oleh itu, sekali lagi diingatkan agar guru bahasa Melayu seharusnya memperkemaskan pengetahuan linguistik mereka agar menjadi guru bahasa Melayu yang utuh dan mahir.

RUJUKAN/ BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan ( 2005 ), Linguistik Am, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Selangor, PTS ProfesionalDavid Arthur Wilkins (1972), Linguistics in language teaching, Edward Arnold PublicationsEddy Roulet (1975), Linguistic Theory, Linguistic Description, And Language Teaching, The University Of Michigan, Longman Press