Kepentingan Linguistik Sejarah Dalam Perkembangan Ilmu Linguistik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

linguistik

Text of Kepentingan Linguistik Sejarah Dalam Perkembangan Ilmu Linguistik

Kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik

Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan

Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.

Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan. Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks. Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan bahasa. Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya. Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja. Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum. Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif. Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan. Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa, seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.

Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan Linguistik perbandingan(asalnyafilologi perbandingan) ialah satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.

"Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu. Teknik asas linguistik perbandingan ialah "kaedah perbandingan" yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon. Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap. Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna. Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan. Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa yang bukannya sebahagianlinguistik perbandingan: Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri. Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman. Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi) sesuatu bahasa. Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu. Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut. Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa. Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl usul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini. Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk. Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-aspek yang dibandingkan ituLinguistik Kontekstual

Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.

Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yagn mengkaji interaksi interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya. Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik. Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif.

Pengenalan linguistikLinguistik merupakan satu disiplin ilmu yang juga satu bidang yang baharu berkembang jika dibandingkan dengan disiplin ilmu yang lain, seperti Sejarah, Matematik, Geografi dan sebagainya. Dalam konteks ilmu , linguistik mula dikaji pada permulaan separuh abad ini dan berkembang di Britian pada awal tahun 60-an. Di Amerika , disiplin linguistik berkembang lebih awal , iaitu sekitar tahun 50-an di peringkat ijazah lanjutan.Lingusitik bermaksud ilmu pengetahuan yang mengkaji soal bahasa yang merangkumi semua segi komunikasi manusia , iaitu daripada pamerian bunyi-bunyi bahasa kepada analisis seluruh pemikiran manusia yang dinyatakan dalam bentuk pertuturan dan tulisan.Perkataan linguistik itu berasal daripada perkataan Latinlingua, iaitu bahasa. Perkataan Latin ini juga digunakan dalam banyak bahasa lain yang berasal daripada bahasa Latin seperti dalam bahasa Perancis (Langue, langage), bahasa Itali ( lingua, atau bahasa Sepanyol ( lengua) atau dalam bahasa Inggeris ( linguistics). Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistik atau linguistik .Menurut Kamus Dwibahasa (1981:716) Linguistik bererti pengajian ilmu bahasa. David Crystal juga mendefiniskan linguistik dalam bukunya A Dictionary of Linguistics anf Phonetics (1986 : 181), linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa ( The Svientific study of language). Stork dan Widdowson(1993) turut mengatakan linguistik merupakan bidang kajian dan subjek kajiannya ialah bahasa.Menurut (J.Lyons,1968:1)(Abdullah Hassan) linguistik adalah bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik. Saintifik bermaksud kajian yang dijalankan dengan teratur menurut rumus-rumus tertentu. Linguistik ini terbahagi kepada dua iaitu linguistik tulen dan linguistik terapan. Linguistik tulen adalah seperti fonetik, fonologi, morfologi , sintaksis dan semantik Manakala linguistik terapan, seperti sosiolinguistik, psikolinguistik, wacana, pragmatik, pengkomputeran linguistik dan linguistik forensik.LinguistikPENGENALAN LINGUISTIKKenapakah linguistik dikatakan sebagai kajian bersifat saintifik? Kajian ini dikatakansaintifik kerana cara-cara yang digunakan bersifat empirikal, berdasarkan apa yang dilihat,dirasa dan didengar, yang mengetepikan unsur-unsur sentimen dan prasangka. Hal inibermakna pengkaji mesti akur pada: Penggunaan eksperimen yang terkawal. Pegangan unsur-unsur keobjektifan. Penyebaran hasil kepada umum supaya dapat disahkan kebenarannya oleh oranglain.1.1.1 Cabang-cabang LingusitikTahukah anda bahawa ilmu linguistik mempunyai berbagai-bagai cabang yang berkaitanerat antara satu sama lain. Antara cabang linguistik itu adalah seperti yang disenaraikan dibawah: Linguistik umum Linguistik deskriptif Linguistik perbandingan Linguistik sejarah Linguistik terapan.(a) Linguistik UmumLinguistik umum ialah ilmu yang membicarakan bidang linguistik secara am termasuklahilmu bahasa yang dikatakan sebagai lambang yang terdiri daripada deretan bunyi yangdiucapkan oleh alat-alat pertuturan atau alat artikulasi manusia yang terdiri daripada lidah,anak tekak, lelangit, bibir, gusi dan lain-lain. Jadi, linguistik umum ialah disiplin yangmemperkatakan kajian bahasa secara ilmiah dan saintifik.(b) Linguistik DeskriptifLinguistik deskriptif pula ialah ilmu linguistik yang memerihalkan sesuatu bahasa darisegala segi pada suatu jangka masa yang tertentu, berdasarkan bahan-bahan yangterdapat pada waktu itu. Bahan utama dalam kajian itu ialah lisan atau pertuturan yangdiperoleh daripada penutur jati. Bahasa tulisan juga termasuk sebagai bahan kajian. Olehyang demikian, linguistik deskriptif adalah pemeri struktur sesuatu bahasa sebagaimanakewujudannya. Bidang yang termasuk dalam kajian linguistik deskriptif ialah fonologi(kajian tentang bunyi), morfologi (kajian tentang kata dan pembentukannya) dan sintaksis(kajian tentang ayat). Bidang-bidang inilah yang dikaji secara saintifik. Selain itu, linguistikdeskriptif juga dikenali sebagai kajian bahasa secara sinkronik, iaitu kajian mengenaibahasa yang tertentu, pada sesuatu tempat yang tertentu, dituturkan oleh suatu golonganyang tertentu dan pada masa atau zaman yang tertentu juga.(c) Linguistik PerbandinganLinguistik perbandingan atau linguisitik komparatif membuat perbandingan antarabeberapa bahasa yang difikirkan mempunyai hubungan dari sudut sejarah. Oleh sebabitu, linguisitik komparatif juga boleh menumpukan kajian kepada aspek sebutan, perkataandan ayat di antara beberapa bahasa yang dikaji itu. Contohnya, mengkaji bahasa bahasadi Nusantara atau di Kepulauan Melayu.(d) Linguistik SejarahLinguistik sejarah atau historis ialah disiplin linguistik yang bersangkutan denganperkembangan sesuatu bahasa, iaitu dari zaman awal kemunculannya hinggalah ke suatutahap yang tertentu. Dengan kata lain, pakar linguis historis membuat kajian secarahistoris, misalnya peringkat untuk memperoleh data, maka kajian akan dilakukan secarasinkronik. Selepas seseorang pakar berpuas hati dengan dapatan kajian secara sinkronikmaka kajian secara diakronik akan dijalankan, iaitu membuat perbandingan antarabeberapa zaman untuk melihat perbezaan, menentukan perubahan dan perkembanganyang berlaku dalam bahasa tersebut. Perbandingan boleh dibuat dari pelbagai segi,seperti fonologi, morfologi, sintaksis, makna, ejaan, sistem tulisan, dan sebagainya.(e) Linguistik TerapanLinguistik terapan atau linguistik aplikasi pula ialah bidang linguistik yang meneranganbagimana ilmu ini dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa pertamadan bahasa kedua. Oleh demikian, disiplin fonologi, fonemik, morfologi, dan sintaksis(linguistik deskriptif) sangat penting dalam penerapan ilmu bahasa.Terdapat beberapa tokoh linguistik yang di dalam kelima-lima cabang tersebut. Tokohtokoh linguistik ini wujud sejak zaman tamadun Greek dan Sanskrit. Pada zaman ini tokohyang terkenal ialah Socrates, Plato, Aristotle, Stoics, Thras, Priscian dan Donatus yangmenjalankan kajian di dalam bahasa Yunani dan Romawi. Panini dan Bopp pulamenonjolkan diri mereka dengan kajian yang dijalankan di dalam bahasa Sanskrit.Di dalam abad ke-18 dan ke-19 pula muncul D. Jenish melalui bukunya Philosophisch kritische vergleichung und wurdigung von vierzehn altern und neuern sprachen Europens(1976) yang telah menjelaskan sifat-sifat bahasa. Rask dan Grimm pula mengkaji ilmutatabahasa perbandingan. Mereka mempunyai pengaruh yang kuat kepada pengkajiterkemudian. Rask mempunyai kekuatan dalam kajian linguistik sejarah. Beliaumengkajinya dari sudut etimologi (asal usul bahasa).Selepas itu, wujud pula pengkaji bahasa yang lebih terkemuka seperti Ferdinand deSaussure, Leonard Bloomfield, Reymond Firth dan Noam Chomsky. Ferdinand DeSaussure dimasukkan ke dalam golongan tradisional dan golongan moden. Beliau telahmengasingkan dua istilah terpenting di dalam kajian bahasa, iaitu langue (bahasa) danparole (pertuturan). Hasil kajian beliau yang terkenal ialah Course of GeneralLinguistics. Bloomfield pula terkenal dengan karangannya yang berjudul Languagepada tahun 1933 yang terkenal dengan analisis ayat. Reymond Firth dan Malinowski pulamenghasil teori makna juga tentang keperihalan keadaan atau (Context). Firth telahmenggunakan kesempatan yang sedia ada untuk mengkaji ciri-ciri prosidi, tekanan, nadasuara, intonasi, dan sebagainya.Tidak lama kemudian muncul pula Noam Chomsky yang mengasaskan penghuraianbahasa berdasarkan nahu Transformasi Generatif (TG). Tatabahasa TG ini mempunyaipengaruh yang kuat di dalam perkembangan kajian tatabahasa. Di negara kita jugabanyak ahli bahasa yang menyetujui pendapat Chomsky. Tatabahasa TG ini telahberkembang dengan pesat dan ekorannya lahir banyak pengikut setia Chomsky yangmengkaji aspek aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

JUK 1 : SEJARAH PERKEMBANGAN

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden.

HASIL PEMBELAJARAN

(i)Menyusur galur sejarah perkembangan ilmulinguistik.

(ii)Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah,Rom, Arab, India hingga zaman moden abad ke-20.

1.0KANDUNGAN ISI

Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan buktidalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.

1.1Zaman Yunani,ZamanIskandariah,Zaman Rom

Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani merupakan satu tamadunterawal yang wujud di atas mukabumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu.

Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaituCratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan.

Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjanayang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atautensedalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika.Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik.

Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb,participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjanaturut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.

Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbangkepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.

1.2Zaman Pertengahan,Zaman Arab,Zaman India

Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan.Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.

Sekarang mari kita bincangikan pula perkembangan linguistik zaman Arab. Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Quran dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.

Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis.

Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.

1.3Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden

Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama.

Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.

Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.

TAJUK 2PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK

SINOPSIS

Tajuk dua ialah pemikiran dalam linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu pemikiran Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure. Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal.

HASIL PEMBELAJARAN(i)Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku zaman(ii)Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa sejak zaman awal hingga zaman moden(iii)Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik

2.0KANDUNGAN ISI

Hasil pemikiran de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai Bapa Linguistik Moden. Hasil pemikiran Bloomfield pula telah menghasilkan teori behaviourisme

2.1Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang LinguistikEdward Sapir (1884 1939) seorang sarjana linguistik strukturaldan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi.Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalamsains. Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia.Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitubersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau bertajukLanguageberbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat.Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna,bahasa akan sentiasa berubah.

2.2Pemikiran Leonard Bloomfield dalam Bidang LinguistikBloomfield (1887 1949) merupakan ahli linguistik yangmempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan.Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpuncadaripada adanya rangsangan ataustimulus, maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atauresponsterhadap rangsangan itu.Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah lakumanusia. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. Buku beliau yang popular ialahLanguage(1933).

2.3Pemikiran Ferdinand de Saussure dalam Bidang LinguistikFerdinand de Saussure (1857 1913)ialahorang pertamayangmengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai Bapa Ilmu Linguistik Modentelah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden.Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orangpertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakankonsep langue dan parole. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat.Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkanbuku bertajukCouse de Linguistique Generalepada tahun 1915. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959.

TAJUK 3BIDANG LINGUISTIK

SINOPSIS

Tajuk tiga ialah bidang linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu Linguistik Am dan Linguistik Gunaan, Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta Linguistik Kontekstual.

HASIL PEMBELAJARAN

(i)Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik(ii)Menghuraikan linguistik am atau umum, linguistik sejarah, linguistik perbandingan dan linguistik kontekstual(iii)Membincangkan bidang linguistik gunaan dan hubungannya dengan pengajaran bahasa.

3.0KANDUNGAN ISIPerbincangandalam tajuk ini menjurus kepada pengenalan kepada bidang-bidang ilmu linguistik, linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa, perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa serta kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik.

3.1LinguistikUmum dan Linguistik Gunaan

Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidangyang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi.Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan bahasa.Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modulini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja.Perkarayang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum.Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.Dalammeletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa, seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.

3.2Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan

Linguistik perbandingan(asalnyafilologi perbandingan) ialahsatu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto,dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu.Teknik asas linguistik perbandingan ialah kaedah perbandinganyang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon.Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkaitharus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap.Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dantidak rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna.Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yangmencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan.Kaedah glotokronologimencadangkan penggunaan formulamatematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah.Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkanpembandingan bahasa yang bukannya sebahagianlinguistik perbandingan:Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapatmengelaskannya mengikut ciri-ciri.Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistiktentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman.Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkanperkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu.Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asalusul (etimologi) sesuatu bahasa.Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman.Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperincidalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu.Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuatperbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut.Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yangberusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa.Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asaslusul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini.Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yangmembandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannyaadalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antarabahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripadabahasa induk.Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahajaatau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik inimemperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Halini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-aspek yang dibandingkan itu

3.3Linguistik Kontekstual

Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksidengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistikteori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri,bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasaberinteraksi dengan dunia.Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistikmerupakan sains sosial yang mengkaji interaksi interaksilinguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya.Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik.Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sainsperubatan dengan linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasidisiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistikpengiraan, serta sains kognitif.

PENGENALAN ILMU LINGUISTIKBidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji bahasa di Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak dahulu hingga kini. Tidak hairanlah, subjek ini diajar di peringkat tinggi seperti di institusi pengajian tinggi, institut perguruan, hingga ke peringkat yang lebih rendah, iaitu di sekolah-sekolah. Jelasnya, subjek ini terus menjadi penting, walaupun negara telah menuju ke arah globalisasi yang menjadikan teknologi sebagai fokus utama. Walaupun pada masa ini, bidang teknologi diberi perhatian oleh kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniah di kalangan rakyat.

Berdasarkan kepentingan yang telah disebutkan, dalam topik permulaan ini, pelajar akan didedahkan kepada definisi, latar belakang, bidang dan cabang ilmu linguistik. Kesemua subbidang ini akan disentuh memandangkan kepentingannya dalam memberi gambaran kasar terhadap ilmu linguistik sebelum kita mendalami bidang ini dengan mempelajari topik-topik yang seterusnya.

DEFINISI LINGUISTIK

Istilah linguistik berasal daripada perkataan Latin lingua yang membawa maksud'bahasa'. Dalam bahasa-bahasa"Roman"(iaitu bahasa-bahasa yang berasal daripada bahasa Latin), masih ada kata-kata serupa dengan lingua Latin itu; iaitu langue dan langage dalam bahasa Perancis, dan lingua dalam bahasa Itali. Seterusnya, bahasa Inggers memungut kata daripada bahasa Perancis ini menjadi language. Istilah'linguistics'dalam bahasa Inggers adalah berkaitan dengan kata language tersebut, seperti juga dalam bahasa Perancis, istilah linguistique adalah berkaitan dengan language. Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistic atau"linguistik".

Ferdinand de Saussure (1916), yang merupakan bapa linguistik moden berbangsa Swiss, dalam bukunya Cours de Linguistique Generale telah membezakan kata Perancis langue dan langage. Selain itu, beliau juga turut membezakan istilah parole (tuturan) berdasarkan kedua-dua istilah tersebut. Menurut beliau lagi, langue merupakan suatu"sistem".Manakala, istilahlangageboleh diertikan sebagai bahasa khas yang ada pada penutur bahasa seperti yang terdapat dalam ucapan "Di mana manusia memiliki bahasa, binatang juga memiliki bahasa, tetapi tidak tuturan". Parole yang merupakan 'tuturan' pula adalah bahasa, sebagaimana yang dipakai secara konkrit dan merujuk kepada 'loghat', 'ucapan', dan 'perkataan'. Dalam bidang kajian ilmu linguistik, kebanyakan para sarjana bahasa sering menggunakan istilah Perancis ini (langue, langage dan parole) sebagai suatu istilah profesional.

Di dalam bahasa Melayu, istilah ahli linguistik disebut "linguis" yang dipinjam daripada istilah bahasa Inggeris linguist. Manakala dalam penggunaan bahasa Inggeris seharian, istilah linguist merujuk kepada makna "seseorang yang fasih dalam berbagai bahasa". Sebagai contoh, ungkapan "He is quite a linguist" yang bererti "Dia fasih dalam beberapa bahasa". Dalam istilah ilmiah pula, linguist dapat diertikan sebagai ahli bahasa. Berdasarkan keterangan tersebut, kita dapat merumuskan bahawa orang yang fasih dalam menguasai berbagai bahasa tidak sama dengan ahli linguistik. Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa kita perlu membuat perbezaan di antara kata bahasa Inggeris linguist di dalam bahasa seharian dengan istilah linguist sebagai ahli linguistik.

Ilmu linguistik dikatakan bersifat umum. Umum di sini bermaksud bahawa bidang kajian ilmu linguistik ini tidak bersifat spesifik, yakni hanya menyelidik kepada bahasa-bahasa tertentu sahaja. Ilmu linguistik sebenarnya merujuk kepada bahasa secara umum. Ini bertepatan dengan pandangan Ferdinand de Saussure (1857) yang merumuskan bahawa ilmu linguistik tidak hanya meneliti salah satu langue sahaja, tetapi merangkumi bahasa atau language secara umum. Selain itu, kajian ilmu linguistik meliputi bahasa-bahasa di dunia yang berbeza sifatnya. Dengan wujudnya kelainan bahasa-bahasa tersebut, maka bidang kajian linguistik dikatakan bersifat umum. Kelainan bahasa-bahasa ini merupakan bidang kajian ahli linguistik.

Ilmu linguistik juga dikatakan sebagai ilmu pengetahuan spesifik. Ini bermakna bidang kajian linguistik, seperti juga disiplin ilmu yang lain, mempunyai sistem yang teratur bagi merealisasikannya sebagai salah satu bidang ilmu yang dipelajari. Selain itu, ilmu linguistik dikaitkan juga dengan ilmu yang bersifat empiris. Ini bermakna ilmu linguistik dan bidang ilmu yang lain dikaitkan dengan fakta dan data yang dapat diuji kesahihannya oleh ahli-ahli tertentu dan semua ahli yang lain.

Di dalam kajian ilmu linguistik ini juga, bahasa sering dikaitkan sebagai objek bagi kajian bidang ini. Istilah-istilah bahasa di dalam kajian ilmu linguistik pula dikaitkan dengan pelbagai tafsiran. Umpamanya, bahasa dikaitkan dengan erti kiasan yang membawa pelbagai tafsiran makna. Selain daripada itu, bahasa juga dikaitkan dengan istilah harfiah, yakni dalam ungkapan 'ilmu bahasa ' seperti dalam contoh bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan sebagainya. Dalam menjelaskan tafsiran bahasa, istilah harfiah ini dianggap sebagai objek dalam bidang ilmu kajian linguistik. Terdapat banyak definisi linguistik yang telah dikemukakan oleh ahli linguistik sejak dahulu hingga kini. Banyak definisi yang dikemukakan oleh mereka berfokus kepada pengertian kata linguistik itu sendiri yang membawa pelbagai tafsiran yang berbeza di kalangan mereka. Menurut Verhaar (1985:1), kata linguistik berasal daripada kata Latin iaitu lingua yang bermaksud bahasa. Pandangan tentang definisi ilmu linguistik ini turut disentuh oleh Langacker (1987). Menurut beliau, linguistik adalah kajian terhadap bahasa manusia. Ini bermakna linguistik mengkaji bahasa-bahasa yang dihasilkan oleh manusia melalui alat-alat pertuturan tertentu yang membawa pelbagai makna.Seterusnya, David Crystal (1973) menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik. Ini bermakna bahawa bahasa-bahasa yang dikaji mesti dilihat sebagai satu disiplin ilmu yang tersusun serta mempunyai organisasi tersendiri. Selain itu, saintifik juga merujuk kepada sesuatu ilmu yang mempunyai ciri keesahan dan kebolehpercayaan dari segi mutu dan kesahihan fakta. Pandangan yang sama berkaitan kajian bahasa secara saintifik ini turut dikemukakan oleh John Lyons (1968:89). Menurut beliau, linguistik adalah 'The scientific study of language '. Pandangan kedua-dua tokoh ini memperlihatkan bahawa perlunya linguistik dikaji seperti juga disiplin ilmu lain yang juga memperlihatkan ciri-ciri saintifik.Verhaar (1993) menjelaskan linguistik sebagai satu kajian ilmu bahasa. Menurut beliau, pengertian kata linguistik merujuk kepada bagaimana suatu kajian bahasa itu dilaksanakan. Berdasarkan pandangan tersebut, kajian ilmu bahasa mencakupi bidang ilmu yang sangat luas. Ia merangkumi bidang linguistiksecara khusus; iaitu linguistik sinkronik, linguistik diakronik, linguistik deskriptif dan linguistik preskriptif. Linguistik sinkronik merujuk kepada kajian pada suatu bahasa dan masa tertentu. Linguistik diakronik pula menumpu kepada kajian yang dibuat mengikut perkembangan masa dan perbandingan bahasa. Linguistik deskriptif pula menumpu kepada huraian beberapa kemungkinan yang ada di dalam sesuatu bahasa, tanpa penentuan betul dan salah. Manakala, linguistik preskriptif membentuk norma atau menentukan yang mana betul dan yang mana salah di dalam pemerian bahasa. Bidang linguistik ini juga termasuklah linguistik jati yang memberi huraian atau deskripsi tentang sesuatu bahasa tanpa kaitannya dengan bidang lain dan linguistik terapan, iaitu mengkaji segala bidang linguistik yang dikaitkan dengan bidang lain.

Berdasarkan pandangan tokoh-tokoh tersebut, kita dapat merumuskan bahawa linguistik merupakan bidang yang memerlukan kajian yang mendalam dan teliti yang memberi penekanan kepada bidang kajian bahasa secara khusus serta menghubungkan bahasa dengan ilmu disiplin yang lain.

SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

Sejarah perkembangan ilmu linguistik telah bermula pada tahun 500 SM hinggalah ke hari ini Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden.

Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.

Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu

Wednesday, 7 December 2011LINGUISTIK DAN BAHASACABANG LINGUISTIK Linguistik boleh dikategorikan kepada beberapa jenis atau cabagn berdasarkan beberapa perkara seperti meniliti linguistik dari sudut fungsinya , dari sudut apa-apa yang dikaji dan aspek masa dalam kajian linguistik. Bawah cabang linguistik pula , terdapat dua bidang linguistik iaitu linguistik mikri dan linguistik makro . Berikut adalah penerangan ringkas tentang cabang-cabang linguistik : 1.LINGUISTIK DESKRIPTIF Pengkajian bahasa terhadap ciri bunyi , tatabahasa dan perkataan pada waktu tertentu . Lingusitik ini bermaksud juga pengkajian atau penghuraian bahasa dilakukan secara penghuraian supaya sesuatu tujuannya fenomena bahasa dapat dihuraikan atau dijelaskan denagn lebih berada (adequate). Semua dasar fikiran dan perkiraan dalam Linguistik Deskriptif adalah bersumberkan satu teori dasar yang umum disebut sebagai " General Linguistik ". Linguistik Deskriptif turut menganalisis bahasa tertentu dangan hipotesis dan teori-teori Linguistik General . Lignustik juga membekalkan data untuk mengukuh dan menyangkal sesuatu usul dan teori yang dikemukakan ,. 2.LINGUISTIK PRESKRIPTIF Penekanan kepada penghasilan rumus atau formula bahasa bagi menjelaskan sesuatu fenomena bahasa . Linguistik Preskriptif menerangkan dan menentukan cara bahasa sepatutnya ditulis dan dituturkan . Hal ini adalah untuk membolehkan penutur dilihat sebagai orang yang menuturkan bahasa dengan betul dianggap sebagai orang yang terpelajar . Rumus preskriptif pula sebenarnya lebih kepada rumus gaya berbanding rumus tatabahasa . 3.LINGUISTIK TERAPAN Satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori deskripsi , kaedah dan hasil kajian linguistik dalam pengajaran bahasa , penulisan buku-buku teks , dalam leksikografi , penterjemahan , stilistik , petalogi bahasa dan sebagainya . 4.LINGUISTIK PERBANDINGAN ( komparatif ) Linguistik jenis ini membandingkan dua bahasa atau lebih dari sudut bunyi , perkataan dan ayat iaitu dengan cara melihat aspek-aspek persamaan dan perbezaan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain . Linguistik ini kerap digunakan untuk membanding-bandingkan satu dialek dengan satu dialek yang lain . 5.LINGUISTIK HISTORIS Satu cabang linguistik yang mengkaji satu-satu bahasa daripada sudut sejarah , iaitu menyelidiki segala perubahan dan perkembangan satu-satu bahasa . Misalnya , Linguistik Historis mengkaji sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu sejak zaman sebelum merdeka hingga ke hari ini . Turut dikaji ialah mengkaji sejarah perkamusan bahasa Melayu , sejarah sistem ejaan dan seumpamanya . 6.LINGUISTIK SINKRONIK Linguistik jenis ini menghurai atau mengkaji sesuatu bahasa dari sudut masa . Ini bermaksud satu kajian yang dilakukan terhadap bahasa pada satu masa dalam titik sejarah , dang menerangkan apa-apa saja unsur yang wujud dalam bahasa pada waktu itu dengan tidak dipengaruhi oleh perkembangan bahasa tersebut dari segi sejarah ataupun daripada satu bahasa lain . 7.LINGUISTIK DIAKRONIK Linguistik ini tidak menekankan aspek masa . Linguistik ini nerupakan satu pendekatan terhadap kajian bahasa dari segi sejarah atau perbandingan . Ini bererti bahawa kajian diakronik berasakan dua atau lebih kajian sinkronik .Posted byBahasa Pusaka Ibunda