of 41/41
29 PENGHARGAAN Alhamdulillah, saya merafakkan rasa syukur setinggi-tingginya ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan dan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus yang diberikan ini dengan jaya sekali. Di sini saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang telah membantu dalam proses menyiapkan kerja kursus yang diberikan ini. Jutaan terima kasih ingin saya sampaikan kepada pensyarah Profesionalisme Guru Pendidikan Islam (PIM 3113) kami, iaitu Ustazah Muazzah Binti Abu Samah kerana beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini, terutamanya ketika sesi taklimat. Sesungguhnya jasa dan bantuan daripada beliau amatlah berguna dan sangat saya hargai. Seterusnya, tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas saya P6E kerana bertungkus lumus menyiapkan kerja kursus ini bersama-sama. Mereka bersama-sama membantu antara satu sama lain dan banyak sekali membantu saya dengan menerangkan sesuatu yang tidak saya fahami. Di samping itu, terdapat juga rakan kami meminjamkan bahan rujukan kepada saya dan turut membantu memberi penerangan mengenai bahagian yang saya tidak faham. Terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan- rakan di dalam kelas P6E.

asaimen Ustzah Muazzah

  • View
    93

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

aidfrarfuarfnaswru afdjbqawkrf asfragifa tfr astgfidswitg aweygharewygh uijasghw a rshokareh era hyraeyghkraeyh e hqaerkyh rqeahygqaeyhjqaeryh qaeyhqen aewryh qaehrqaeyhae herhrqaeqae herhrqaehraenrae ghrqaeghraeygh eqhaewh rewhraeholreh rehraehae ryheryholerygh eawrhyger heh erheht thrtea haeh erhlqaerh qaehaer

Text of asaimen Ustzah Muazzah

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, saya merafakkan rasa syukur setinggi-tingginya ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan dan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus yang diberikan ini dengan jaya sekali.Di sini saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang telah membantu dalam proses menyiapkan kerja kursus yang diberikan ini. Jutaan terima kasih ingin saya sampaikan kepada pensyarah Profesionalisme Guru Pendidikan Islam (PIM 3113) kami, iaitu Ustazah Muazzah Binti Abu Samah kerana beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini, terutamanya ketika sesi taklimat. Sesungguhnya jasa dan bantuan daripada beliau amatlah berguna dan sangat saya hargai.Seterusnya, tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas saya P6E kerana bertungkus lumus menyiapkan kerja kursus ini bersama-sama. Mereka bersama-sama membantu antara satu sama lain dan banyak sekali membantu saya dengan menerangkan sesuatu yang tidak saya fahami. Di samping itu, terdapat juga rakan kami meminjamkan bahan rujukan kepada saya dan turut membantu memberi penerangan mengenai bahagian yang saya tidak faham. Terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan-rakan di dalam kelas P6E.Di samping itu, terima kasih juga kepada ibu bapa yang turut membantu dari segi kewangan, moral dan kasih sayang kepada saya. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim yang telah menyediakan kemudahan seperti Pusat Sumber sebagai tempat saya mencari bahan rujukan dan mengadakan perbincangan.1

Sekian terima kasih.

BAHAGIAN A

PENGGUNAAN KAEDAH PENGULANGAN DAN NYANYIAN DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP PENGUASAAN MENGINGATI NAMA-NAMA MALAIKAT SERTA TUGASNYA.

Oleh

AHNAF AFIQ BIN SHAIRUL BAZRI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORALIPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

PENDAHULUAN1.1 PengenalanRasulullah merupakan contoh terbaik dalam semua bidang. Pendekatan didikan Rasulullah membolehkan Islam berkembang maju hingga hari ini. Otak dan minda merupakan anugerah ciptaan Allah yang Maha Kuasa. Salah satu peranan otak dan minda adalah untuk mengingat sesuatu kejadian atau sesuatu perkara sama ada perkara yang lepas, sedang berlaku dan juga pada masa hadapan. Kemahiran mengingat merupakan salah satu daripada proses kemahiran belajar. Seringkali murid-murid menghadapi masalah mengingat fakta-fakta dalam matapelajaran termasuk matapelajaran Pendidikan Islam. Kemampuan daya mengingat murid-murid bergantung kepada kecerdasan minda individu, minat dan teknik mengingat individu itu sendiri.

SITUASI PELAJARResponden yang dipilih merupakan seorang yang periang tetapi menjadi pendiam ketika di dalam kelas. Merupakan anak pertama dari dua beradik. Seorang yang agak degil tetapi masih menghormati guru. Boleh membaca tetapi tidak suka menghafal. Hal ini menyebabkan dia kurang berminat dalam matapelajaran Pendidikan Islam.

PENYATAAN MASALAH

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran LaluSaya telah menjalani praktikum sesi kedua selama dua bulan di Sekola Kebangsaan Kulim, Kulim, kedah bermula pada 13 JULAI 2014 sehingga 11 SEPTEMBER 2014. Sepanjang 2 bulan menjalani praktikum, saya telah diamanahkan untuk mengajar bidang Pendidikan Islam untuk murid-murid tahun 5 Mutiara. Murid di dalam kelas ini seramai 32 orang murid yang terdiri daripada 17 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan. Semasa saya melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran berkaitan tajuk beriman dengan malaikat, terdapat seorang murid sukar mengingat nama-nama malaikat serta tugas-tugasnya dengan betul. Soalan soalan secara lisan telah diajukan kepadanya, dan dia tidak dapat menjawab dengan betul. Semasa menjawab soalan, murid tersebut cuba berfikir dan mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan serta meminta bantuan rakan lain untuk memberikan jawapan. Keadaan sama juga berlaku semasa murid melaksanakan aktiviti lembaran kerja berkenaan tajuk beriman kepada malaikat yang diedarkan oleh pengkaji. Murid-tersebut dilihat termenung dan cuba mengingat kembali isi pelajaran yang diajar kepadanya. Murid cuba berbincang dengan rakan untuk mendapatkan jawapan. Melalui pemerhatian yang dibuat sayai, murid tersebut tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Dia tidak menulis nama-nama malaikat serta tugas-tugasnya dengan betul. Disamping itu juga, murid tersebut kelihatan keliru antara nama malaikat dan nama-nama nabi yang wajib diimani. Situasi yang berlaku semasa sesi soal jawab dan aktiviti lembaran kerja berulang juga pada sesi pengukuhan kognitif di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran

OBJEKTIF

Objektif kajian yang utama adalah untuk mengenalpasti dan mengumpul data berkaitan permasalahan seorang pelajar dalam menguasai pembelajaran Pendidikan Islam. Antara objektif utama bagi kajian ini ialah:1. Menilai keberkesanan penggunaan Kaedah Pengulangan dan Nyanyian dalam membantu murid cepat menghafal.2. Mencari satu kaedah alternatif yang terbukti mampu untuk membantu mengingati isi pelajaran dengan berkesan.

BIODATA PELAJARNAMA: DANIAL ARIF BIN AHMADMURID: TAHUN 5 MUTIARAUMUR: 11 TAHUNSEKOLAH : SK AIR KULIMMASALAH DIHADAPI: MASALAH PEMBELAJARANLANGKAH DIAMBIL : PENGGUNAAN KAEDAH PEMERHATIAN,PENGULANGAN SERTA NYANYIANTEMPOH PEMULIHAN: 30 HARI

METOD DAKWAH YANG DIGUNAKAN

PENGULANGAN Metod pengulangan menjadi salah satu metode yang digunakan baginda, kerana dianggap perlu dan penting untuk dilakukan khususnya dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Responden diminta untuk mengulang bacaan serta nyanyian membolehkan responden cepat menghafal nyanyian. Cara ini berkesan dan perlu dipraktikkan.Kaedah soal jawab juga adalah penting dalam pembelajaran. Menyoal merupakan sebahagian daripada interaksi P&P antara guru dan pelajar. Namun demikian strategi-strategi penyoalan masih kurang difahami oleh kebanyakkan guru. Kaedah menyoal boleh juga digunakan dalam kaedah membaca dan menulis.(Rashidi Azizan dan Abd Razak Habib,1995 ). Struktur kaedah tersebut dapat dipetik daripada gambaran al-Quran tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Ibrahim a.s. Beliau telah mengajukan pertanyaan kepada Allah tentang proses penghidupan semula makhluk yang mati. Persoalan itu adalah untuk menetapkan hati dan menambahkan ilmu pengetahuan. Allah member penjelasan tentang persoalan itu menerusi al-Quran. Firman Allah : yang bermaksud:

Maksudnya :Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati? Allah berfirman: Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)? Nabi Ibrahim menjawab: Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya). Allah berfirman: (Jika demikian), ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (260)

Soal JawabTemubual ialah proses yang dilakukan untuk mendapat maklumat melalui berhubung secara lisan dengan mengajukan soalan-soalan berkaitan bersama orang yang ditemubual. Kelebihan temubual ini ialah, pengkaji mudah untuk mendapat data yang diperlukan dan juga maklumat yang diberikan itu jelas. Pengkaji juga telah membuat temubual tidak berstruktur bersama guru pendidikan Islam untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tahap kecerdasan responden. Seorang pelajar telah dipilih untuk ditemubual berdasarkan tingkahlaku dan tindak balas yang dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tujuan dilakukan temubual terhadap guru Pendidikan Islam tahun 2 ialah bagi mengenalpasti kelompok murid-murid yang lemah di dalam kelas tersebut. Manakala temubual yang dilakukan terhadap murid bertujuan untuk mendapat maklum balas daripada murid berkaitan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan terhadap mereka.Kaedah soal jawab juga adalah penting dalam pembelajaran. Menyoal merupakan sebahagian daripada interaksi P&P antara guru dan pelajar. Namun demikian strategi-strategi penyoalan masih kurang difahami oleh kebanyakkan guru. Kaedah menyoal boleh juga digunakan dalam kaedah membaca dan menulis.(Rashidi Azizan dan Abd Razak Habib,1995 ). Struktur kaedah tersebut dapat dipetik daripada gambaran al-Quran tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Ibrahim a.s. Beliau telah mengajukan pertanyaan kepada Allah tentang proses penghidupan semula makhluk yang mati. Persoalan itu adalah untuk menetapkan hati dan menambahkan ilmu pengetahuan. Allah member penjelasan tentang persoalan itu menerusi al-Quran. Firman Allah :

()

Maksudnya :Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati? Allah berfirman: Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)? Nabi Ibrahim menjawab: Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya). Allah berfirman: (Jika demikian), ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (260)

NYANYIAN.Peranan muzik dan nyanyian dalam pendidikan (dakwah).i. Menyebarkan syiar IslamSejak zaman Rasulullah lagi, muzik telah disalurkan sebagai salah satu aktiviti dakwah untuk menegakkan syiar Islam. Contohnya pembacaan al-Quran. Kebanyakan para sahabat membaca al-Quran dengan bertaranum. Ia perlu dibaca dengan tajwid dan lagunya yang tersendiri. Melalui kaedah tajwid ini, lagu al-Quran dapat dialunkan. Apabila bacaan ini dihayati, ia member kesan yang cukup mendalam kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Begitu juga dengan azan. Sebelum sembahyang muazin akan melaungkan azan di mana di dalamnya terdapat kalimah-kalimah agung yang mengandungi cirri-ciri muzik di dalamnya. Walaupun azan tidak diiringi sebarang alat, namun antonasinya jelas bergerak sejajar dengan rentak yang teratur. Kemerduan laungan azan boleh mengusik batin seseorang serta menarik orang ramai untuk solat berjemaah (Idris Zakaria,2006,hlm:52).

Selain itu, muzik Islam yang liriknya mengandungi keagungan terhadap kebesaran Allah dan pujian-pujian terhadap Rasulullah juga merupakan salah satu hiburan yang memenuhi matlamat dalam Islam di mana ia boleh meniupkan semangat kesedaran dan keindahan Islam. Ini menunjukkan bahawa muzik dan seni suara sangat sesuai digunakan dalam menyebarkan risalah Islam yang suci ini.

Jika dilihat dalam dunia sekarang, seni nasyid yang merupakan salah satu daripada cabang muzik merupakan satu cara utuk menyampaikan syiar Islam. Ini kerana dengan lirik yang memuji kebesaran dan keagungan Allah serta diiringi dengan alunan muzik yang indah boleh menarik minat mereka yang bukan Islam untuk mendekati Islam. Contohnya nasyid dari kumpulan Raihan di mana kebanyakan lirik lagunya menjurus kepada keagungan ciptaan Islam.

ii. Memberikan kedamaian jiwa dan membangunkan insane

Muzik dan nyanyian juga mempunyai hubungan yang rapat dengan jiwa. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Imam al-Ghazali (Idris Zakaria,2006,hlm:52):

Allah memberikan kepada manusia akal dan deria. Setiap deria ingin menikmati sesuatu menurut nalurinya. Misalnya penglihatan (mata) ingin menikmati sesuatu yang cantik, pendengaran (telinga) ingin mendengar suara yang merdu dan berirama. Jadi tidak munasabah semua jenis nyanyian dan muzik dilarang oleh Allah, sedangkan Allah menjadikan deria-deria itu dengan nalurinya. Tetapi naluri dan dria-deria tersebut jangan dibiarkan berjalan mengikut kehendaknya, ia harus dikawal dan dihalatujukanke jalan yang baik dan membina.

Ayat ini menjelaskan bahawa jiwa manusia sukakan seni dan hiburan. Tidak munasabah Allah melarang semua jenis nyanyian dan hibura kerana Allah menciptakan tiap deria dalam manusia mempunyai nalurinya tersendiri. Sehubungan dengan ini, manusia akan terpesona dengan sesuatu yang bergerak sejajar dengan naluri mereka. Namun begitu, tidak semua jenis hiburan dan nyanyian memberikan impak yang positif kepada jiwa manusia. Kenyataan ini lebih merujuk kepada nyanyian yang bersifat sentimental dan mempunyai nilai yang baik dalam lagu tersebut di mana pendengar akan rasa lebih bersemangat dan damai apabila mendengarnya. Falsafah yunani juga mengatakan bahawa muzik boleh menghasilkan moral yang baik di kalangan manusia. Ini kerana muzik mempunyai hubungan yang rapat dengan jiwa. Ia adalah alat yang dapat mempengaruhi jiwa manusia.

Selain dari insan yang sihat banyak mendapat manfaat dari muzik, insan yang mempunyai masalah kesihatan juga boleh mendapat faedah dari seni yang sama. Dalam keadaan klinikal, orang yang mengahadapi masalah psikiatri bertidak balas dengan lebih baik kepada rawatan apabila menerka diberikan terapi muzik pada masa yang sama. Muzik atau nyanyian, walaupun dalam billik air merupakan pelega tekanan mental dan ketegangan yang amat berkesan (Ibid,hlm:55).

iii. Merupakan wadah ilmu

Seperti yang telah diutarakan di atas iaitu muzik merupakan satu cara untuk menyebarkan syiar Islam, muzik juga berperanan sebagai wadah menyampaikan ilmu dan dakwah. Ia dapat disampaikan melalui lirik yang terkandung pengetahuan-pengetahuan tentang kisah-kisah pada zaman nabi dan para sahabat serta tokoh-tokoh Islam, tentang erti kehidupan dan seumpamanya. Sebagai contoh lagu salahuddin al-ayyubi, rabiautul adawiyah, habil qabil, hakikat perjuangan dan banyak lagi. Penyampaian ilmu melalui lagu-lagu sebenarnya lebih menberi kesan kepada masyarakat. Ini kerana masyarakat sekarang terutama masyarakat Malaysia kurang minat dalam membaca tetapi mempunyai minat yang lebih dalam berhibur. Oleh yang demikian, mereka akan mendapat ilmu secara tidak langsung dengan mendengar lagu-lagu tersebut. Selain itu, lirik-lirik yang berbentuk nasihat juga memberi kesan yang baik dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat

PEMERHATIANPemerhatian dilakukan oleh pengkaji semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pengkaji mendapati terdapat seorang murid menunjukkan respon yang negatif iaitu tidak memberi tumpuan dan hilang fokus dalam pembelajaran.Semasa sesi latih tubi untuk menyebut nama malaikat, Murid tersebut tetap tidak memberi respon seperti yang diharapkan.Jadual 1: Jadual Pemerhatian Tidak BerstrukturPERISTIWACATATAN

Guru memasuki kelas dan murid membaca doa secara bersama-sama

Sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan set induksi yang sesuai dengan tajuk pengajaran.

Guru mengajar dengan menggunakan kaedah tradisional dengan berbantukan bahan bantu mengajar yang dirancang.

Murid diminta untuk menyebut nama-nama malaikat serta menyenarai tugas-tugasnya secara individu, kumpulan dan kelas

Guru mengedarkan lembaran kerja bagi aktiviti pengukuhan murid.

Soalan lisan diajukan kepada murid-murid tertentu mengenai isi pelajaran.

Seorang murid tidak memberi sebarang respon terhadap pembelajaran.

Jadual 2: masalah yang mungkin di hadapi murid

KOD

SUSAH UNTUK MENGINGATKELIRU MENGENAI NAMA- NAMA MALAIKAT DAN RASULBOSANTIDAK MINAT BIDANG AQIDAH

LAPORAN ANEKDOT 1

NAMA MURID: MOHAMMAD AMRI BIN HAYATKELAS: 5 MUTIARATARIKH: 15.07.2014MASA:11.15 12.15 ( SELASA )TEMPAT: KELAS 5 MUTIARAITEM: PENGUMPULAN DATA PERMASALAHAN MURID

CATATANKAEDAHULASAN

Seorang murid telah dikenalpasti mempunyai masalah didalam kelas

Murid telah dipanggil untuk tujuan pengumpulan data

Murid menceritakan permasalahan beliau ketika di dalam kelas

Masalah telah dikenalpasti

Kaedah yang sesuai telah dirangka untuk proses pemulihan pelajar Soal jawabMurid memberi kerjasama dengan baik.

Murid mengakui susah untuk menghafal sebarang fakta yang membuatkan dia cepat bosan.

Permasalahan ini menyebabkan responden kurang minat dalam belajar.

LAPORAN ANEKDOT 2

NAMA MURID: MOHAMMAD AMRI BIN HAYATKELAS: 5 MUTIARATARIKH: 22.07.2014 (SELASA)MASA:11.15 12.15TEMPAT: BILIK MUZIKITEM: PENCERAHAN MENGENAI NAMA MALAIKAT SERTA TUGASNYA

CATATANKAEDAHULASAN

Langkah 1 Pengkaji memberi rangsangan awal dengan memperdengarkan lagu Warisan dan Keranamu Malaysia. Murid diminta untuk mendengar dengan teliti kedua-dua lagu tersebut.

Langkah 2 Pengkaji memaparkan nama-nama malaikat dan tugasnya di papan putih dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai.

Langkah 3 Pengkaji memaparkan lirik lagu dipapan putih dan memberi lirik lagu kepada murid. Pengkaji menyanyi lagu sambil diperhatikan oleh murid.

Langkah 4 Latih tubi menghafal lirik dan lagu.

Penerangan

Penerangan

Dengar dan ikut

Latih tubi nyanyianGuru telah menggunakan kaedah penerangan dan nyanyian

LAPORAN ANEKDOT 3

NAMA MURID: MOHAMMAD AMRI BIN HAYATKELAS: 5 MUTIARATARIKH: 28.07.2014 (SELASA)MASA:11.15 12.15TEMPAT: BILIK MUZIKITEM: PENGULANGAN HAFALAN NYANYIAN DENGAN MELIHAT LIRIK

CATATANKAEDAHULASAN

Langkah 1 Pengkaji menyanyikan kembali nyanyian nama-nama Malaikat kepada murid.

Langkah 2 Murid menyanyi lagu secara melihat lirik dan cuba menghafal.

Langkah 3 Pengkaji membantu murid mengingat lirik nyanyian nama-nama Malaikat.Pengulangan

Baca dan menyanyi

Nyanyian Murid dilihat tidak mengingati pembelajaran lepas

Guru membuat pengulangan

Guru memberi pujian

LAPORAN ANEKDOT 4

NAMA MURID: MOHAMMAD AMRI BIN HAYATKELAS: 5 MUTIARATARIKH: 03.08.2014 (SELASA)MASA:11.15 12.15TEMPAT: MAKMAL KOMPUTERITEM : PENGULANGAN HAFALAN NYANYIAN DENGAN TIDAK MELIHAT LIRIK

CATATANKAEDAHULASAN

Langkah 1 Murid menyanyi lagu dengan melihat lirik.

Langkah 2 Pengkaji menunjukkan gaya semasa menyanyikan lagu dan diikuti oleh murid.

Langkah 3 Murid menyanyi sambil membuat gaya

Nyanyian

Nyanyian

Nyanyian Murid mula dapat menghafal lirik lagu nama-nama malaikat

Murid belajar gaya dalam nyanyian bagi memudahkan dia menghafal lirik lagu.

LAPORAN ANEKDOT 5

NAMA MURID: MOHAMMAD AMRI BIN HAYATKELAS: 5 MUTIARATARIKH: 05.08.2014 (KHAMIS)MASA:11.15 12.15TEMPAT: BILIK J-QAFITEM : PENGULANGAN HAFALAN NYANYIAN DENGAN TIDAK MELIHAT LIRIK

CATATANKAEDAHULASAN

Langkah 1 Murid diberi peluang untuk mengingat kembali lirik dan gaya secara terkawal

Langkah 2 Murid menyanyi lagu beserta gaya tanpa melihat lirik secara berkumpulan.

Langkah 3 Setiap murid dikehendaki menyanyi secara individu dihadapan guru dengan mengingat lirik dan membuat gaya.

Langkah 4 Pengkaji melaksanakan ujian lisan terhadap murid secara individu Nyanyian

Nyanyian

Nyanyian Murid mula dapat menghafal lirik lagu nama-nama malaikat

Murid belajar gaya dalam nyanyian bagi memudahkan dia menghafal lirik lagu.

LAPORANSemasa proses pelaksanaan berlangsung, pengkaji membuat pengawasan terhadap kajian yang dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji direkodkan bertujuan untuk mengenalpasti minat dan respon murid terhadap kaedah yang diperkenalkan.Pada 16 Julai 2014 pada jam 8.45 a.m, saya telah memasuki kelas 5 Mutiara setelah mendapat Jadual Waktu Mengajar daripada Penolong Kanan Pentadbiran. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru memasuki kelas dan murid membaca doa secara bersama-sama. Sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan set induksi yang sesuai dengan tajuk pengajaran. Guru mengajar dengan menggunakan kaedah tradisional dengan berbantukan bahan bantu mengajar yang dirancang. Murid diminta untuk menyebut nama-nama malaikat serta menyenarai tugas-tugasnya secara individu, kumpulan dan kelas. Guru mengedarkan lembaran kerja bagi aktiviti pengukuhan murid. Soalan lisan diajukan kepada murid-murid tertentu mengenai isi pelajaran.Seorang murid telah dikenalpasti mempunyai masalah didalam kelas. Murid telah dipanggil untuk tujuan pengumpulan data. Murid menceritakan permasalahan beliau ketika di dalam kelas.Masalah telah dikenalpasti. Kaedah yang sesuai telah dirangka untuk proses pemulihan pelajar. Sesi berlangsung di bilik kaunseling. Soal jawab berlaku dan pengkaji dapat mengesan permasalahan yang berlaku kepada responden.Pada 21 Julai 2014 bertempat di Bilik Muzik sesi berlaku buat kali kedua. Pengkaji menggunakan beberapa langkah yang berkesan. Langkah 1 Pengkaji memberi rangsangan awal dengan memperdengarkan lagu Warisan dan Keranamu Malaysia. Murid diminta untuk mendengar dengan teliti kedua-dua lagu tersebut. Langkah 2 Pengkaji memaparkan nama-nama malaikat dan tugasnya di papan putih dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai.Langkah 3 Pengkaji memaparkan lirik lagu dipapan putih dan memberi lirik lagu kepada murid. Pengkaji menyanyi lagu sambil diperhatikan oleh murid. Langkah 4 Latih tubi menghafal lirik dan lagu.Pada 29 Julai 2014 jam 11.15 a.m bertempat di Bilik Muzik sesi ketiga kajian dijalankan. Pengkaji menggunakan kaedah pengulangan dan nyanyian sebagai pengukuhan. Pengkaji menggunakan beberapa langkah yang berkesan. Langkah 1 Pengkaji menyanyikan kembali nyanyian nama-nama Malaikat kepada murid. Langkah 2 Murid menyanyi lagu secara melihat lirik dan cuba menghafal. Langkah 3 Pengkaji membantu murid mengingat lirik nyanyian nama-nama Malaikat. Murid dilihat tidak mengingati pembelajaran lepas. Guru membuat pengulangan. Guru memberi pujian.Pada 4 Ogos 2014 jam 11.15 bertempat di Makmal Komputer sesi keempat kajian dijalankan. Pengkaji tetap menggunakan metod pembelajaran yang sama cuma tempat berbeza. Langkah 1 Murid menyanyi lagu dengan melihat lirik. Langkah 2 Pengkaji menunjukkan gaya semasa menyanyikan lagu dan diikuti oleh murid. Langkah 3 Murid menyanyi sambil membuat gaya. Murid mula dapat menghafal lirik lagu nama-nama malaikat. Murid belajar gaya dalam nyanyian bagi memudahkan dia menghafal lirik lagu.Pada 7 Ogos 2014 pada jam 11.15 bertempat di Bilik J-QAF sesi kelima kajian dijalankan. Pengkaji mahu menguji tahap pencapaian responden. Langkah 1 Murid diberi peluang untuk mengingat kembali lirik dan gaya secara terkawal Langkah 2 Murid menyanyi lagu beserta gaya tanpa melihat lirik secara berkumpulan. Langkah 3 Setiap murid dikehendaki menyanyi secara individu dihadapan guru dengan mengingat lirik dan membuat gaya.Langkah 4 Pengkaji melaksanakan ujian lisan terhadap murid.

CARA MENGUMPUL DATAInstrumen kajian yang digunakan ialah:-Ujian Pra dan PosSebagai pengukuran terhadap tahap kemahiran responden, pengkaji menjalankan ujian pra dan pos. Ujian pra dilaksanakan sebelum bermulanya kajian terhadap responden. Ujian ini telah diagihkan oleh pengkaji kepada seluruh murid tahun 5 Mutiara untuk mengetahui pengetahuan responden yang terlibat. Murid-murid dikehendaki untuk mengisi borang. Ujian pra yang dirangka pengkaji ini mengandungi dua bentuk soalan iaitu soalan A dan soalan B. Ujian pos pula dilaksanakan oleh pengkaji selepas kajian dibuat. Ujian pos ini dijalankan bertujuan untuk menilai sejauhmana kaedah nyanyian ini dapat mengekalkan ingatan jangka panjang responden terhadap tajuk yang difokuskan ini. Ujian pos yang dibentuk ini sedikit berbeza dengan ujian pra bagi memastikan kesahan ujian.Ujian pos ini mengandungi 3 bentuk soalan iaitu A, B dan C. Rujuk lampiran A untuk melihat soalan ujian pra dan posSOAL SELIDIKDalam kajian ini, soal selidik diberikan kepada seorang responden yang telah dipilih oleh pengkaji. Dalam kajian ini soal selidik berbentuk soalan tertutup Dichotomous telah digunakan oleh pengkaji. Soal selidik berskala ini mempunyai hanya dua pilihan jawapan sahaja sama ada YA atau TIDAK. Responden perlu memilih jawapan yang dirasakan sesuai dengan mereka.

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATAPENGENALANBab ini membincangkan mengenai hasil analisis data dan interpretasi data berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan kepada seorang murid tahun 5 Mutiara, Sekolah Kebangsaan Kulim,Kulim, Kedah. Melihat perbezaan min antara ujian pra dan pos Berdasarkan objektif di atas, pengkaji telah menjalankan ujian pra dan pos ke atas responden menggunakan set soalan sedikit berbeza. Perlaksanaan ujian pra dan pos untuk menilai sejauhmana peningkatan kemahiran mengingat responden bagi nama-nama malaikat dan tugasnya dalam bentuk ujian penulisan. Hasil pencapaian ujian pra dan pos adalah seperti di bawah: JADUAL 3: Taburan Peratusan Ujian Pra dan Ujian PosBILSASARANUJIAN PRAUJIAN POS

1RESPONDEN3694

Dapatan kajian pada jadual 7 ini adalah pemerolehan data berdasarkan kajian yang dibuat ke atas seorang responden. Taburan markah responden pada ujian pra didapati kurang memuaskan ini kerana kesemua responden memperolehi markah di bawah 50%. Ujian pos ini dilakukan oleh pengkaji setelah rawatan dijalankan terhadap responden yang dipilih oleh pengkaji. Ujian pos ini dilakukan bagi melihat samada terdapat sebarang peningkatan pencapaian responden dan perbezaan min di antara ujian pra dan pos.

Rajah: Graf Perbandingan Peratusan antara ujian Pra dan ujian Pos.

Rajah diatas menunjukkan peningkatan pencapaian responden yang telah berlaku setelah rawatan melalui kaedah nyanyian mari bernasyid dilaksanakan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang tinggi antara ujian pra dan ujian pos bagi responden. Responden mengalami peningkatan sebanyak 74% iaitu telah mencatat keputusan sebanyak 94% semasa ujian pos.Secara keseluruhan, pengkaji telah menyimpulkan bahawa penilaian peningkatan peratus responden meningkat. Jika dilihat pada rajah 3, markah ujian pra ialah 36% dan ujian pos pula ialah sebanyak 94.%. Ini bermaksud telah berlaku peningkatan sebanyak 74% setelah rawatan melalui kaedah nyanyian dilaksanakan terhadap responden.

PERBINCANGANDapatan kajian ini akan melihat sejauh mana kemahiran mengingat murid mengenai nama-nama malaikat dapat dipertingkatkan melalui kaedah nyanyian. Melihat perbezaan peratusan antara ujian pra dan pos Berdasarkan kepada analisis dan interpretasi data, perbezaan peratusan ujian pra dan pos menunjukkan banyak perubahan yang ketara.Responden menunjukkan peningkatan yang ketara ketika ujian pos berbanding ujian pra. Pengkaji mendapati wujud perubahan peningkatan yang memberangsangkan setelah kaedah nyanyian diperkenalkan kepada responden. Ini menunjukkan bahawa objektif pertama telah terjawab. Sebelum kaedah nyanyian ini diperkenalkan kepada responden, responden sukar untuk menyatakan nama-nama malaikat dan tugasnya dengan betul. Semasa menjawab soalan bagi ujian pos, responden menjawab soalan sambil menyanyikan lagu yang dipelajari secara perlahan dan cuba untuk mengingati kembali lirik lagu yang dihafal oleh mereka. Setelah aktiviti nyanyian melodi dijalankan terhadap mereka, ternyata wujud peningkatan dari segi prestasi dan minat terhadap tajuk yang dipelajari. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian daripada pengkaji lain di mana kaedah nyanyian ini mampu meningkatkan prestasi murid. Hasil kajian Salcedo (2002) mendapati bahawa penggunaan lagu dalam bilik darjah mungkin mampu membantu mengingat sesuatu teks. Justeru itu, nyanyian sangat membantu individu untuk mengingat kembali fakta dan membantu dari segi prestasi pendidikan. Hansen dan Bernstrof (2002), menegaskan dalam laporan mereka bahawa hasil kajian lepas juga menunjukkan bahawa skor pencapaian murid meningkat dengan menggunakan muzik dalam program membaca. Ini membuktikan bahawa nyanyian yang juga merupakan salah satu dari cabang muzik adalah faktor peningkatan tahap pencapaian murid dalam ujian.Edith Indek dan Kamariati Hussin (t.t) di dalam kajian mereka, lebih kurang 90% daripada kumpulan sasaran menunjukkan prestasi yang baik dan hanya 10% sahaja daripada responden kumpulan sasaran yang masih lemah dalam lembaran kerja yang diberi kepada kumpulan sasaran setelah aktiviti nyanyian dilaksanakan dalam mata pelajaran sains.

Membangkitkan minat murid dalam mengingat nama-nama malaikat berserta tugasnya melalui kaedah pengulangan dan nyanyian.Instrumen soal selidik dan pemerhatian telah digunapakai bagi mengenalpasti minat murid dalam mengingat nama-nama malaikat berserta tugasnya melalui kaedah pengulangan dan nyanyian. Dapatan daripada data yang telah dianalisis menunjukkan bahawa kesemua responden menunjukkan minat dan keseronokan belajar apabila menggunakan kaedah nyanyian dalam mengingat nama-nama malaikat dan tugas-tugasnya. Melalui data soal selidik yang telah dianalisis, pengkaji memperoleh respon yang positif setelah aktiviti nyanyian dilaksanakan kepada mereka. Aktiviti pengulangan dan nyanyian ini ternyata memberi keseronokan terhadap mereka.Melalui pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, murid-murid menunjukkan respon tingkahlaku yang baik dan penuh minat dalam aktiviti nyanyian. Pemerhatian melalui lisan, didapati hampir kesemua murid dapat mengingati lirik nyanyian dengan baik walaupun terdapat dua orang murid yang masih tidak yakin dengan lirik yang dihafal oleh mereka. Responden berasa sangat teruja untuk menyanyi setiap kali aktiviti nyanyian berlangsung. Mereka bersungguh-sungguh untuk mengingat lirik dan melodi dari lagu Warisan dan Keranamu Malaysia. Data ini kemudiaannya disokong oleh Hanisah Shaari (2010) dalam kajiannya telah menunjukkan bahawa aktiviti nyanyian telah memberi ruang kepada untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dan dalam menarik minat murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga berpendapat, nyanyian mampu meredakan tekanan mental dan fizikal murid-murid. Hadiah Senin (1999), dalam kajiannya mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah yang dilakukan terhadap 250 orang pelajar termasuk pelajar Melayu, cina dan india dari lima sekolah di Daerah Batu Pahat,johor, mendapati pelajar-pelajar yang cemerlang adalah di kalangan pelajar yang meminati mata pelajaran tersebut. Justeru itu, berdasarkan kajian inilah faktor yang mendorong peningkatan murid dalam mengingat 10 malaikat kerana wujudnya minat dalam diri setiap responden untuk mengingat nama dan bidang tugas 10 malaikat dengan mudah dan tersusun. Tan Siew Tee dan Shi Soi Fah (2005) dalam kajian mereka, muzik dan lagu adalah suatu perkara yang sangat hampir dengan murid. Mereka juga menambah, tindakan memainkan muzik dan lagu dapat memotivasikan murid untuk menghadiri kelas dan menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam bilik darjah. Maka dengan itu, aktiviti nyanyian ini secara tuntasnya dapat meningkatkan minat murid dari segi tingkahlaku dan lisan murid.Robiah Muhammad dan Siti Hajar Husna (2009), dalam kajiannya, peningkatan minat pelajar dalam dibantu dalam Pendidikan Islam dengan gubahan lagu. Lagu atau muzik amat penting dalam membantu murid mengingat fakta dan huruf-huruf yang dipelajari. Hasil dapatan kajian mereka mendapati bahawa pelajar lebih aktif dan bersemangat dalam pengajaran dan pembelajaran, lebih fokus dan dapat mengingat fakta dengan cepat dan mudah.Metod pengulangan menjadi salah satu metode yang digunakan baginda, kerana dianggap perlu dan penting untuk dilakukan khususnya dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Responden diminta untuk mengulang bacaan serta nyanyian membolehkan responden cepat menghafal nyanyian. Cara ini berkesan dan perlu dipraktikkan.Kaedah soal jawab juga adalah penting dalam pembelajaran. Menyoal merupakan sebahagian daripada interaksi P&P antara guru dan pelajar. Namun demikian strategi-strategi penyoalan masih kurang difahami oleh kebanyakkan guru. Kaedah menyoal boleh juga digunakan dalam kaedah membaca dan menulis.(Rashidi Azizan dan Abd Razak Habib,1995 ). Struktur kaedah tersebut dapat dipetik daripada gambaran al-Quran tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Ibrahim a.s. Beliau telah mengajukan pertanyaan kepada Allah tentang proses penghidupan semula makhluk yang mati. Persoalan itu adalah untuk menetapkan hati dan menambahkan ilmu pengetahuan. Allah member penjelasan tentang persoalan itu menerusi al-Quran. Firman Allah : yang bermaksud:

Maksudnya :Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati? Allah berfirman: Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)? Nabi Ibrahim menjawab: Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya). Allah berfirman: (Jika demikian), ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (260)

RUMUSANMelalui dapatan-dapatan kajian yang diperoleh, pengkaji mendapati bahawa objektif-objektif kajian telah tercapai melalui kaedah nyanyian iaitu untuk melihat perbezaan ujian pra dan pos dan juga untuk membangkitkan minat murid dalam mengingat nama-nama malaikat dan tugasnya. Pendekatan dakwah Rasulullah sebagai panduan merupakan idea yang bernas dan berkesan. Sebagai contoh, muzik sufi yang terdapat di Mesir, Iraq dan Turki dapat mengingatkan kita kepada Allah . Kumpulan Raihan sebagai contohnya mendendangkan irama Syahadah 'Asyhadu alia ilahaillaAllah waasyhadu anna muhammadarrasulullah'. Lagu sufi telah menarik jutaan manusia termasuk bukan Islam . Hati yang gersang terusik melalui dakwah yang disampaikan oleh melalui muzik sufi , begitu juga dengan lagu Allahu Allahu oleh Nusrat Fateh Ali Khan , penyanyi dari Pakistan yang dinyanyikan semula oleh kumpulan Raihan.Kajian ini membuktikan bahawa mendidik melalui hati ke hati dan nyanyian mampu untuk melonjakkan prestasi seseorang murid. Ini menjelaskan kepada kita proses pendidikan dan pengajaran adalah satu metodologi yang perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti psikologi, sosiologi dan daya membuat pertimbangan seseorang pelajar. Gabungan ilmu pengetahuan itu membolehkan guru mengajar dengan berkesan dan menarik minat pelajar mengikuti pengajaran. Hiburan melalui muzik dan nyanyian adalah merupakan sesuatu yang tidak mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupan . Ianya telah menjadi salah satu medium penting dalam pembentukkan budaya hidup dan minda golongan muda sebagai generasi pelapis kepimpinan negara. Apa yang dijelaskan dalam penulisan ini bukan bertujuan untuk menghalalkan sesuatu yang haram atau cenderung kepada unsur maksiat . Namun pengaruh dan realiti semasa yang menyelubungi penghayatan dan amalan masyarakat terhadap muzik dan nyanyian perlu disuntik dengan kefahaman yang sebenar mengenai konsep hiburan yang dibenarkan dalam Islam khususnya kepada golongan muda. Sebagai seorang Guru yang telah sinonim dengan Islam sebenarnya mampu untuk mengaplikasikan ajarannya dalam segenap aspek kehidupan kita termasuklah hiburan. Guru-guru, masyarakat, artis dan pihak terbabit sememangnya boleh berganding bahu dan bersama-sama mengorak langkah ke arah mewujudkan suatu budaya hiburan melalui muzik dan nyanyian yang lebih positif dan menggunakannya sebaik mungkin sebagai satu medium untuk berdakwah.

REFLEKSI

Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Pertama sekali, saya panjatkan syukur kepada Ilahi kerana masih diberi kesempatan dan ruang waktu untuk saya siapkan tugasan yang diberikan ini. Tanpa nikmat masa dan kesihatan daripada-Nya, tidak mungkin saya dapat melakukan tugasan ini. Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih terutamanya kepada pensyarah bagi mata pelajaran PIM 3111 PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM iaitu Ustazah Muazzah Binti Abu Samah dengan tunjuk ajar dan bimbingan yang telah diberikan sepanjang kami melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat seperjuangan dari kelas P6E yang turut membantu memberikan maklumat dan idea serta pandangan dalam usaha menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Akhir sekali, tidak dilupakan kepada kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang tidak putus asa mendoakan dan memberi sokongan kepada diri ini. Syukran jazilan wa jazakallahu khairan kathira.Permulaan tugasan diberi diterima dengan penuh rasa takut dan gelisah oleh saya. Ini kerana buat pertama kalinya membuat satu kajian kes mengenai metod dakwah Rasululah dalam pendidikan serta membuat pameran Pendidikan Islam . Untuk pengetahuan Ustazah, saya telah berjumpa banyak orang berpengalaman untuk membantu saya dalam melancarkan penulisan kajian ini. Dalam perlaksanaan pameran, kami bertungkus lumus dalam memastikan program berjalan dengan lancar. Dengan berkat dan redha Ilahi, pameran berlangsung dengan meriah sekali. Walaupun booth saya dan ahli kumpulan yang lain tidak mendapat tempat di hati juri, tetapi saya sangat berpuas hati dengan hasil kerja yang telah kumpulan kami sediakan.Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan wadah dakwah melaui pameran ini berjalan dengan lancar.

Dalam melaksanakan tugasan ini juga, saya telah berbincang dengan pensyarah dan juga rakan-rakan tentang skop tugasan yang perlu dilakukan. Saya juga telah mencari maklumat dari pelbagai sumber seperti buku-buku ilmiah, artikel, jurnal dan juga daripada laman web. Alhamdulillah, maklumat tentang profesionalisme Guru Pendidikan Islam serta perubahan yang berperingkat ini banyak dan mudah didapati. Oleh itu, mudah bagi saya untuk menghuraikan dan menjawab soalan tugasan ini.Semasa kajian ini dijalankan, saya merasa sangat gembira dan terharu kerana apabila melihat responden saya yang sebelum ini langsung tidak minat belajar matapelajaran Pendidikan Islam oleh kerana banyak yang perlu dihafal, kini sudah menjadi matapelajaran kegemarannya. Alhamdulillah.Selain itu juga, dapat saya simpulkan bahawa tugasan kali ini membolehkan saya berfikir secara kognitif bahawa menuntut ilmu itu dituntut, tapi cara penapisan ilmu yang dicari ilmu perlu kena masa dan tempatnya. jangan destinasi menuju redha Allah yang dicari tidak kesampaian, jauh terpesong menuju kesesatan.Secara rumusnya, kaedah dakwah Rasulullah saw ini memberi kepentingan kepada murid dan juga kepada guru. Kaedah ini merupakan kaedah berpusatkan murid iaitu kajian ini menumpukan 80% kepada murid dan hanya 20% penglibatan guru. Pembelajaran melalui nyanyian ini ternyata mampu membangkitkan keseronokan dan merangsang minat murid untuk belajar kerana sesi pengajaran dan pembelajaran tidak berlangsung dalam keaadan tertekan. Diharap dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak seperti guru-guru, murid-murid dalam lebih mencintai ilmu agama Allah ini seterusnya mengembangkan lapangan dakwah islam di muka bumi ini.

Akhir kata, saya berharap dengan tugasan yang diberikan akan mematangkan lagi pemikiran saya dalam ilmu quran dan hadith khasnya juga dalam ilmu-ilmu lain yang berkaitan. Banyak manfaat dan pengajaran yang telah saya dapati dalam proses melaksanakan tugasan ini. Dengan pengalaman yang saya perolehi ini akan saya gunakan dan manfaatkan dalam kehidupan saya kelak. Wallahu alam.Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Abdul Kadir. (1960). Hikayat Abdullah Munshi bin Abdul Kadir Munshi. Singapore: Malayan Publishing House.

Abdullah Ali Hassan. (1980). The development of Islamic Education in Kelantan dalam Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: United Selangor.

Abdullah Ishak. (1987). Ke Arah Mengembalikan Identiti Pengajian Pondok di Malaysia. Tesis M. A, Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera, Universiti Malaya.

Abdullah Jusuh. (1990). Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Majid Konting. 1997. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur

Alis bin Puteh. 2008. Kajian Tindakan di Sekolah: Satu Pengenalan. Pure Honey Enterprise: Kuala Lumpur.

Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu.Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.

Azman Wan Chik. (1986). Kaedah amali hayati: Satu pendekatan mengajar Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bloom, S. B. (1976). Human characteristic and school learning. New York: McGraw- Hill. Isahak Haron dan Hassan Basri. (1994). Laporan Penguasaan Jawi Pelajar Sekolah Menengah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (tidak diterbitkan).

Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian IRPA.Universiti Malaya.Idris Awang. 2002. Kaedah Penyelidikan. Akademi Pengajian Islam Univerti Malaya: KualaLumpur.Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Laporan kajian mengenai kedudukan mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam di sekolah menengah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kang Kyoung Seouk. (1990). Perkembangan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (1991). Laporan prestasi SPM: Pengetahuan Agama Islam. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Muhammad Endut. (1992). Pendidikan Islam KBSM: Satu kajian tentang masalah pengajaran di sekolah-sekolah di negeri Johor. Tesis M. Ed., Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Mustapha Yazid. (1991). Penguasaan Jawi di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di negeri Kelantan: Satu kajian khusus di daerah Kota Bharu. Latihan ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Sabri Said. (1983). Madrasah al-'Ulum al-Syariah Perak 19371977: Satu kajian Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sulaiman Ngah Ghazali. (1990). Ke arah mempertingkat mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah agama rakyat di negeri Perak: Satu kajian. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1990). Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Petaling Jaya: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Wan Zahid Wan Nordin. (1994). Pendidikan tahun 2000: Cabaran dan harapan dalam Pendidikan Islam: Peranannya dalam pembangunan ummah. Abdul Halim el-Muhammady (ed.). Bangi: Persatuan Bekas Pelajar Timur Tengah.

LAMPIRAN