Author
shobana-nair-prabhakaran
View
653
Download
23
Embed Size (px)
DESCRIPTION
PJM 3110
ANSUR MAJU TEKNIK
MENGGELECEK BOLA HOKI
Disediakan Oleh :Gaiyathri a/p Jayagopal
Raathigaa a/p Madhavan
Shobana a/p PrabhakaranSumitha a/p
S.Visvanathan
Hoki memerlukan kepantasan, kekuatan, daya tahan dan kemahiran-kemahiran yang menarik untuk menjadikan permainan ini seronok dan mencabar.
Kemahiran asas :
Menggelecek MemukulMenguis
HOKI
Menggelecek merupakan kemahiran asas yang perlu di ajar supaya pemain dapat mengawal bola dengan baik. Terdapat tiga cara untuk menggelecek iaitu:
MENGGELECEK
MENGGELECEK LONGGAR
Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar. Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan.
Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan.
Mata memandang bola ketika membuat tolakan.
Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan.
Kedudukan kayu hoki 45° ke tanah
Menggelecek longgar sambilberlari ke arah gol
MENGGELECEK RAPAT
Pegangan seperti menggelecek longgar.
Badan juga seperti menggelecek longgar
Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan bergerak sambil mengkaji situasi padang.
Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa menyentuh kayu hoki.
Menggelecek rapat
MENGGELECEK INDIAN
Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam tangan kiri ke posisi yang lebih selesa. Tangan kiri memutarkan kayu sambil meletakkan ibu jari tangan kiri ke arah bawah kayu hoki. Tangan kanan memegang dengan longgar.
Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang saiz bahu.
Mata seperti menggelecek rapat.
Badan mengikut pergerakan bola.
Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri pada masa kanan menyentuh tanah.
Menggelecek Indian
ANSUR MAJU BAGI
KEMAHIRAN MENGGELECEK
LONGGAR
Pelajar perlu untuk menggelecek bola mengikut garisan lurus. Gunakan hanya satu biji bola.
Aktiviti dimulakan dengan membahagikan pelajar kepada dua kumpulan sama rata.
Dua kumpulan ini dipisahkan dengan jarak 10 meter di atas satu garisan yang lurus.
Pelajar kumpulan A dikehendaki melalui garisan sambil menggelecek bola. Pelajar perlu mengawal bola agar dalam keadaan lurus.
Pelajar mesti berupaya untuk mengawal bola sebelum pelajar daripada kumpulan B memperoleh bola tersebut.
A --------------10 meter-------------- B
Teruskan latihan dengan menambah jarak antara dua kumpulan tersebut sehingga pelajar benar-benar mahir.
Tingkatkan kemahiran pelajar-pelajar dengan menggunakan skitel.
Pelajar dikehendaki berbaris satu garisan dengan skitel berjarak 10 meter.
Pelajar pertama akan menggelecek bola hoki ke arah skitel dan membuat membuat pusingan lalu patah balik ke arah kumpulan pelajar.
Pelajar tersebut perlu mengawal bola itu dan memastikan pelajar kedua memperoleh bola tersebut.
Pelajar kedua mengulang semula perlakuan pelajar pertama dan begitulah seterusnya sehingga pelajar terakhir di dalam kumpulan tersebut melakukan aktiviti ini.
AKTIVITI KEMUNCAK KEMAHIRAN
MENGGELECEK
1. Melakukan kemahiran asas hoki mengelecek dengan cara yang betul.
2. Mengetahui teknik mengelecek dalam permainan hoki.
3. Memupuk minat, keseronokan dan membina keyakinan diri.
OBJEKTIF
BUTIRAN MENGAJAR
1. Pegangan kayu - Tangan kiri atas, tangan kanan tengah kayu
2. Kedudukan kaki - kiri depan , kanan belakang 3. Mata - tengok bola
4.Bahu - arah tujuan bola
5. Teknik - tangan kanan mengawal kedudukan kayu. - Tangan kiri mengawal pergerakan kayu
6. Kedudukan bola - di depan
AKTIVITI KUMPULAN/ PERMAINAN KECIL
Mengelecek bola hoki melalui 5 kon secara bergilir dalam kumpulan 6-8 orang
Xxxxxxx ^ ^ ^ ^ ^ Pertandingan mengelecek bola hoki dicelah 5 kon
antara kumpulan.
SEKIAN, TERIMA KASIH