Latihan Ansur Maju (Repaired)

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/30/2019 Latihan Ansur Maju (Repaired)

    1/14

    ,

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZANPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

    AMBILAN JAN 2013___________________________________________________________________

    KERJA KURSUSPERKEMBANGAN KANAK-KANAK

    EDU3102___________________________________________________________________

    Nama LING CHIN CHUAN LISA WONG SIAO CHING LOW YING YEE

    Angka Giliran 2011202260027 2011201160028 2011102260029

    No. IC 930425-13-5586 921206-13-6082 930509-02-5632

    Unit 1 PISMP PJ 1

    Kod & Mata Pelajaran PJM3103

    Nama Pensyarah EN. YAKCOB BIN MAMAT

    Tarikh Serah 14 APRIL 2012

  • 7/30/2019 Latihan Ansur Maju (Repaired)

    2/14

    HALAMAN PENGAKUAN

    Kami akui karya ini hasil kerja kami berdua kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap -

    tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya

    TANDATANGAN : ................................... ........................

    NAMA : LING CHIN CHUAN LISA WONG SIAO CHING LOW YING YEE

    TARIKH :

  • 7/30/2019 Latihan Ansur Maju (Repaired)

    3/14

    Isi kandungan

    Perkara Muka surat

    Halaman Pengakuan i

    Penghargaan ii

    Pengenalan 01

    1.0 Latihan ansur maju lari berpagar

    1.1 Melangkah batang rotan

    1.2 Melangkah kotak

    1.3 Latihan menggerakkan kaki belakang melepasi halangan1.4 Halangan dengan ketinggian yang berbeza

    1.5 Melangkah bahagian tengah dua halangan

    1.6 Menendang ke hadapan

    2.0 Pengurusan Grafik

    2.1 latihan ansur maju lari berpagar secara ringkas

    Refleksi

    Biblografi

    Lampiran

  • 7/30/2019 Latihan Ansur Maju (Repaired)

    4/14

    Penghargaan

    Salam sejahtera, kami dari unit 1PISMP, Pendidikan Jasmani (1) telah berjaya

    menyiapkan tugasan kerja kursus pendek (KKP) bagi Olahraga (PJM3103). Kami dapat

    manghantar Kerja Kursus Olahraga (EDU3103) ini dalam masa yang telah ditetapkan denganjayanya walaupan menghadapi masalah ketika menyiapkan kerja kursus ini.

    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pensyarah saya iaitu

    Encik Yakcob bin Mamat yang membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami dalam

    menyiapkan tugasan ini. Tunjuk ajar yang diberinya amat dihargai dan sangat berkesan untuk

    menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini kerana penerangan yang diberikan oleh

    pensyarah sangat jelas dan padat. Selain itu, Encik Yakcob juga telah menggalakkan kami

    supaya kami bermotivasi untuk menyiapkan kerja kursus ini. Dengan motivasi yang tinggi, kami

    sentiasa bersemangat untuk melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya.

    Seterusnya, kami juga mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan

    kami yang turut memberi bantuan dan berkongsi maklumat kepada kami sepanjang proses

    menyiapkan kerja kursus ini. Maklumat yang kami peroleh telah menjadi panduan untuk saya

    menyiapkan tugasan ini. Cadangan-cadangan serta idea-idea yang diberi telah membantu kami

    menyediakan tugasan ini dengan lebih lancar.

    Akhir kata, jutaan penghargaan diucapkan kepada ibu bapa kami yang telah memberi

    sokongan moral kepada kami dan semua pihak yang terlibat dalam membantu dan

    membimbing kami bagi menjayakan tugasan ini. Sekian, terima kasih.

  • 7/30/2019 Latihan Ansur Maju (Repaired)

    5/14

    Pengenalan

    Acara berpagar adalah acara balapan yang menarik dan diminati ramai. Acara ini juga

    merupakan acara lari pecut tetapi menggunakan pagar sebagai halangan. Atlet seharusnya

    memiliki kepantasan berlari disertai dengan kebolehan melepasi pagar-pagar dengan lancardan berkesan dalam masa yang paling minimum di udara. Kelancaran berlari semasa berada di

    antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan

    keperluan utama bagi peserta untuk berjaya dalam sesuatu perlumbaan.Kelancaran pergerakan

    ini disebut ritma. Atlet perlu mempunyai fleksibiliti yang tinggi supaya dapat mengkoordinasikan

    pergerakan tangan dan kaki agar dapat menghasilkan larian yang lancar.

    Dalam acara lari berpagar, seseorang itu dikehendaki berlari seberapa pantas yang

    boleh di antara pagar dan melepasi halangan (pagar) itu. Masalah utama yang dihadapi oleh

    atlet ialah cara melepasi pagar. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan pengetahuan

    mengenai teknik lari berpagar,kekurangan kelembutan di sendi pinggul dan belakang dan rasa

    takut pada halangan (pagar). Untuk mencapai kejayaan dalam acara ini kelemahan-kelemahan

    ini hendaklah diatasi terlebih dahulu. Kemungkinan besar perkara ini sukar dicapai di kalanngan

    pelajar sekolah. Namun begitu, acara lari berpagar boleh diperkenalkan untuk tujuan

    keseronokan dan kecergasan fizikal. Atlet yang tinggi dengan mempunyai kaki yang panjang,

    mempunyai kelembutan dan kepantasan biasanya berjaya dalam acara ini.

    Dalam acara lari berpagar, empat lorong di sediakan. Tandaan di buat dengan kapur

    atau kayu pada setiap lorong dengan jarak yang berlainan. Dalam lorong pertama, jarak di

    antara tandaan adalah 5 meter, lorong 2 ialah 6 meter, manakala lorong ke 3 ialah 7 meter dan

    lorong ke 4 ialah 8 meter.

    Nilai murni dapat diterapkan dalam diri pelajar melalui acara lari berpagar ini. Nilai murni

    yang pertama adalah saling membantu dan bekerjasama antara satu sama lain. Pelajar

    membantu menyediakan peralatan untuk beraktiviti. Nilai murni yang kedua ialah mematuhi

    peraturan dan undang-undang yang disediakan. Pelajar melakukan aktiviti mengikut arahanguru. Nilai yang ketiga ialah bertanggungjawab. Pelajar dapat menjaga peralatan larian dengan

    baik. Nilai yang keempat ialah toleransi. Pelajar bersabar menunggu giliran melakukan larian

    dan tidak merungut

  • 7/30/2019 Latihan Ansur Maju (Repaired)

    6/14

    LATIHAN ANSUR MAJU LATIHAN LARI BERPAGAR

    Latihan 1

    Melangkah batang rotan

    Berlari dan melangkah batang rotan yang tersusun di jarak yang tertentu. Tujuan

    latihan ini adalah membantu setiap pelari membina ritma. Pada mulanya, jarak antara

    batang rotan dipendekkan. Pelari perlu melangkah tali yang direntang ditanah. Gunakan

    lorong larian biasa. 3 zon, A, B, C ditandakan di atas lorong dengan batang rotan/tali

    berjarak 1.5 meter. Selepas beberapa kali latihan dijalankan, jarak antara batang rotan

    dipanjangkan lagi. Sebagai contohnya, jarak pendek boleh meletakkan 1m 1.5m

    antara batang rotan pada permulaan latihan dan memanjangkan sehingga jarak antara

    3m 4m selepas berulang beberapa kali latihan.

    Rajah 1

    http://2.bp.blogspot.com/-7b2-D7ETvhw/T9CwOVndLOI/AAAAAAAAANU/j9Pl4W3ixro/s1600/lathn+1.png
  • 7/30/2019 Latihan Ansur Maju (Repaired)

    7/14

    Latihan 2

    Melangkah kotak

    Berlari dan melangkah kotak. Tujuan latihan ini adalah untuk membantu setiappelari membina bilangan langkah yang seragam ketika berlari di antara halangan.

    Semasa latihan berlari, pelari digalakkan membilang setiap langkah yang mereka buat

    dengan menyebut, Lompatsatuduatigaempatlompat.

    Rajah 2

    Latihan 3

    Latihan menggerakkan kaki belakang melepasi halangan

    Tujuan latihan ini adalah untuk mengajar teknik pergerakan kaki belakang

    semasa melepasi pagar. Selain itu, pelari perlu berjalan dan melangkah dihujung

    batang rotan. Halangan di letak antara 3 4 meter dengan ketinggian 20 cm. Latihan

    diadakan pada sebelah kaki sahaja. Kaki hadapan peserta hendaklah melangkah keluar

    dari batang rotan itu dan ini diikuti dengan kaki belakang yang dibengkokkan sehingga

    paras tumitnya menjadi rapat dengan punggung peserta. Mulakan latihan ini denganmencuba cara berjalan dan kemudian tukar kepada berlari anak. Ulang beberapa kali

    dan kemudian ulang latihan dengan berlari. Ulang beberapa kali dan kemudian ulang

    latihan dengan berlari. Selepas beberapa latihan, mereka hendaklah menggunakan

    pagar untuk meneruskan latihan pergerakan kaki belakang ini.

  • 7/30/2019 Latihan Ansur Maju (Repaired)

    8/14

    Rajah 3

    Latihan 4

    Halangan dengan ketinggian yang berbeza

    Tujuan latihan ini adalah untuk membolehkan pelari dapat membiasakan diri

    dengan ketinggian yang berbeza semasa lari pagar. Berlari dan melangkah ketinggian

    yang berbeza. Pelari boleh menggunakan batang rotan untuk memberi ketinggian

    berbeza iaitu rendah ke tinggi. Mulakan latihan ini dengan halangan rendah. Pelari

    bergerak melepasi halangan batang rotan yang diletak d atas kon. Jarak antara

    halangan diubah supaya pelari melangkah tiga kali sebelum melompat melepasi

    halangan dan kaki melepasi halangan mestilah yang sama. Pelari boleh meneruskan

    dengan halangan sederhana selepas ulang beberapa kali latihan halangan rendah.

    Pelari bergerak melepasi halangan setinggi 30 40 cm untuk halangan sederhana.

    Jarak antara halangan diubah sehingga 6 meter. Seterusnya, ketinggiannya akan

    ditambah dengan meninggikan pagar sehingga ke 61cm. Tambahan pula, perlari juga

    boleh menggunakan tilam yang digulung untuk melakukan latihan halangan ini.

    http://4.bp.blogspot.com/-RmZblr-DQ10/T9CwdIK49HI/AAAAAAAAANk/Ul7zRO6ychY/s1600/lthn+3.png
  • 7/30/2019 Latihan Ansur Maju (Repaired)

    9/14

    Rajah 4

    Latihan 5

    Melangkah bahagian tengah dua halangan

    Tujuan latihan ini sama dengan latihan 3 adalah untuk mengajar teknik

    pergerakan kaki belakang semasa melepasi pagar. Pelbagai halangan telah digunakan.

    Sebagai contohnya, melepasi kotak yang berbentuk U, melatakkan 2 kotak yang

    mempunyai saiz yang sama di atas bangku, meletakkan dua tilam di atas bangku dansebagainya. Pelari perlu melangkah tengah halangan secara berulang. Selepas ulang

    beberapa kali latihan, pelari menukar berlari melepasi tengah-tengah batang rotan yang

    tersusun.

    Rajah 5

    http://3.bp.blogspot.com/-JZWh5Kmdbu8/T9Cw51ittTI/AAAAAAAAAOE/TwnhuETwh5g/s1600/lthn+8.pnghttp://3.bp.blogspot.com/-TQWnXHlGW8E/T9CwX_ZQYbI/AAAAAAAAANc/0VYZrcYGoo8/s1600/lthn+2.pnghttp://3.bp.blogspot.com/-JZWh5Kmdbu8/T9Cw51ittTI/AAAAAAAAAOE/TwnhuETwh5g/s1600/lthn+8.pnghttp://3.bp.blogspot.com/-TQWnXHlGW8E/T9CwX_ZQYbI/AAAAAAAAANc/0VYZrcYGoo8/s1600/lthn+2.png
  • 7/30/2019 Latihan Ansur Maju (Repaired)

    10/14

    Latihan 6

    Menendang ke hadapan

    Tujuan latihan ini adalah untuk melatih kaki hadapan pelari. Beberapa aktivtiboleh dijalankan untuk latihan ini. Misalnya, tendangan karate, tendang tembok, dan

    tendang bola yang digantung. Pelari boleh memilih salah satu aktiviti untuk melakukan

    latihan ansur majunya. Pada mulanya, pelari haruslah mengangkat sebelah kaki dan

    menendang ke hadapan. Latihan ini perlu berulang beberapa kali supaya akan lebih

    berkesan. Di samping itu, latihan ini juga membolehkan pelari mengangkat kaki

    hadapannya dengan lebih tinggi supaya dapat melepasi halangan yang tinggi.

    Rajah 6 Rajah 7

    Rajah 8

    http://4.bp.blogspot.com/-TS2C4aSU3qc/T9CxshxbHPI/AAAAAAAAAOs/KWyxDxjR81w/s1600/lthn+9+c.pnghttp://4.bp.blogspot.com/-TS2C4aSU3qc/T9CxshxbHPI/AAAAAAAAAOs/KWyxDxjR81w/s1600/lthn+9+c.pnghttp://4.bp.blogspot.com/-TS2C4aSU3qc/T9CxshxbHPI/AAAAAAAAAOs/KWyxDxjR81w/s1600/lthn+9+c.png
  • 7/30/2019 Latihan Ansur Maju (Repaired)

    11/14

    Latihan Latihan Ansur Maju Gambar Latihan

    Latihan 1

    Melangkah batang

    rotan

    Berlari dan melangkah

    batang rotan yang

    tersusun di jarak yang

    tertentu.

    Latihan 2

    Melangkah kotak

    Berlari dan melangkah

    kotak dengan

    menggunakan ritma

    yang sama.

    Latihan 3

    Latihan

    menggerakkan kaki

    belakang melepasi

    halangan

    Peserta perlu berjalan

    dan melangkah

    dihujung batang rotan.

    Mulakan latihan ini

    dengan mencuba cara

    berjalan dan kemudian

    tukar kepada berlari

    anak.

    LATIHAN ANSUR MAJU LATIHAN LARI BERPAGAR

    http://2.bp.blogspot.com/-7b2-D7ETvhw/T9CwOVndLOI/AAAAAAAAANU/j9Pl4W3ixro/s1600/lathn+1.pnghttp://4.bp.blogspot.com/-RmZblr-DQ10/T9CwdIK49HI/AAAAAAAAANk/Ul7zRO6ychY/s1600/lthn+3.pnghttp://2.bp.blogspot.com/-7b2-D7ETvhw/T9CwOVndLOI/AAAAAAAAANU/j9Pl4W3ixro/s1600/lathn+1.pnghttp://4.bp.blogspot.com/-RmZblr-DQ10/T9CwdIK49HI/AAAAAAAAANk/Ul7zRO6ychY/s1600/lthn+3.pnghttp://2.bp.blogspot.com/-7b2-D7ETvhw/T9CwOVndLOI/AAAAAAAAANU/j9Pl4W3ixro/s1600/lathn+1.pnghttp://4.bp.blogspot.com/-RmZblr-DQ10/T9CwdIK49HI/AAAAAAAAANk/Ul7zRO6ychY/s1600/lthn+3.png
  • 7/30/2019 Latihan Ansur Maju (Repaired)

    12/14

    Latihan 4

    Halangan dengan

    ketinggian yang

    berbeza

    Berlari dan melangkah

    ketinggian yang

    berbeza.

    Latihan 5

    Melangkah bahagian

    tengah dua halangan

    Melangkah tengah

    halangan secara

    berulang.

    Latihan 6

    Menendang ke

    hadapan

    Tendangan karate

    Tendang tembok

    http://3.bp.blogspot.com/-JZWh5Kmdbu8/T9Cw51ittTI/AAAAAAAAAOE/TwnhuETwh5g/s1600/lthn+8.pnghttp://3.bp.blogspot.com/-TQWnXHlGW8E/T9CwX_ZQYbI/AAAAAAAAANc/0VYZrcYGoo8/s1600/lthn+2.pnghttp://3.bp.blogspot.com/-JZWh5Kmdbu8/T9Cw51ittTI/AAAAAAAAAOE/TwnhuETwh5g/s1600/lthn+8.pnghttp://3.bp.blogspot.com/-TQWnXHlGW8E/T9CwX_ZQYbI/AAAAAAAAANc/0VYZrcYGoo8/s1600/lthn+2.pnghttp://3.bp.blogspot.com/-JZWh5Kmdbu8/T9Cw51ittTI/AAAAAAAAAOE/TwnhuETwh5g/s1600/lthn+8.pnghttp://3.bp.blogspot.com/-TQWnXHlGW8E/T9CwX_ZQYbI/AAAAAAAAANc/0VYZrcYGoo8/s1600/lthn+2.pnghttp://3.bp.blogspot.com/-JZWh5Kmdbu8/T9Cw51ittTI/AAAAAAAAAOE/TwnhuETwh5g/s1600/lthn+8.pnghttp://3.bp.blogspot.com/-TQWnXHlGW8E/T9CwX_ZQYbI/AAAAAAAAANc/0VYZrcYGoo8/s1600/lthn+2.png
  • 7/30/2019 Latihan Ansur Maju (Repaired)

    13/14

    tendang bola yang

    digantung

    http://4.bp.blogspot.com/-TS2C4aSU3qc/T9CxshxbHPI/AAAAAAAAAOs/KWyxDxjR81w/s1600/lthn+9+c.png
  • 7/30/2019 Latihan Ansur Maju (Repaired)

    14/14

    Kesimpulan

    Latihan fizikal merupakan satu proses senaman yang dilakukan secara berulang ulang

    dan beransur maju di mana ia melibatkan unsur-unsur pembelajaran dan penyesuaian diri.

    Tujuan utama seseorang atlit menjalani latihan fizikal adalah membaiki dan meningkatkan

    komponen-komponen dalam kecergasan dan dapat mengelakkan diri daripada mengalami

    kecederaan. Peluang untuk tercedera hanya dapat dikurangkan apabila atlit memiliki koordinasi

    otot saraf yang baik, otot rangka yang kuat serta imbangan badan yang stabil dan tidak cepat

    lesu apabila menjalani aktiviti fizikal. Latihan fizikal yang dirancang dan dijalankan secara

    bersistematik dapat membantu para atlit meningkatkan prestasi. Semasa menjalani latihan

    fizikal ini atlit-atlit harus mengetahui secara mendalam prinsip-prinsip latihan supaya apa yang

    dilaksanakan nanti berkesan dan memberi manfaat pada diri sendiri.

    Pencapaian objektif atau matlamat sesuatu latihan fizikal sama ada untuk meningkatkan

    kecergasan, menguasai sesuatu kemahiran atau menguasai pergerakan motor bergantung

    kepada banyak faktor. Salah satu faktor yang sangat penting yang mempengaruhi pencapaian

    tersebut ialah keupayaan mengkategorikan sesuatu perlakuan mengikut tahap-tahap kesukaran

    daripada tahap kesukaran yang rendah kepada tahap kesukaran yang tinggi secara

    berperingkat-peringkat.

    Seterusnya ia dilaksanakan sebagai latih tubi secara berulang-ulang mengikut tahap-

    tahap kesukaran yang telah ditentukan secara berperingkat-peringkat. Dalam erti kata yang lain

    ialah mempelajari sesuatu dengan melakukan yang lebih mudah terlebih dahulu ke yang lebih

    susah secara berperingkat-peringkat. Dengan cara ini sesuatu pembelajaran itu menjadi lebih

    mudah untuk dikuasai dan akhirnya mencapai objektif dan matlamat yang telah ditentukan.

    Cara latihan seperti ini dikatakan menggunakan prinsip Ansur Maju. Mengikut prinsip ansur

    maju, program latihan fizikal hendaklah bersifat progresif. Beban kerja hendaklah bertambah. Ini

    dilakukan secara beransur-ansur sesuai dengan pencapaian fisikal seseorang atlit yang

    menjalani latihan. Jurulatih pula perlu mengetahui bahawa jangka masa latihan yang diperlukan

    bagi seseorang atlit untuk berada dalam keadaan fizikal yang terbaik ialah 6 hingga 8 minggu.

    Prinsip ini sebenarnya dapat diaplikasikan dalam banyak aspek kehidupan kita yang sukar dan

    mencabar. Dengan menggunakan prinsip ini, sesuatu pekerjaan yang dianggap sukar akan

    menjadi senang dan dapat dilaksanakan dengan jayanya.