Author
miz-slim
View
255
Download
2
Embed Size (px)
8/6/2019 hoki ansur maju
1/28
1
1.0 PENGENALAN
Antara permainan yang terkenal di dunia ialah hoki. Ia telah
diperkenalkan pada 1890 dan telah dipertandingkan di dalam Sukan Olimpik
pada tahun 1928. Terdapat banyak perubahan yang berlaku di dalam sukan
hoki sejak diperkenalkan kira-kira 100 tahun dahulu. Antara perubahan yang
berlaku termasuklah undang-undang permainan, cara bermain dan lain-lain
lagi.
1.1 PERKEMBANGAN PERATURAN HOKI
Seperti yang telah dinyatakan di atas, berlaku banyak perubahan di
dalam sukan hoki. Contohnya, penggunaan kayu hoki yang pada asalnya
menggunakan kayu ash atau kayu oak yang mempunyai lengkung semulajadi
di hujungnya ditukarkan kepada kayu kilas (reverse stick).
Contoh seterusnya ialah penggunaan bola gabus yang telah
ditukarkan kepada bola kriket yang dicat putih dan seterusnya ditukarkan
kepada bola yang berwarna putih. Selain daripada peralatan permainan,
padang juga mengalami proses perubahan seiring dengan peredaran zaman.
Pada asalnya padang hoki berukuran 180 meter panjang dan 54 meter lebar,
namun kini, padang hoki hanya berukuran 91.40 meter panjang dan 55 meter
lebar.
8/6/2019 hoki ansur maju
2/28
2
Selain daripada padang, pintu gol turut menerima tempias yang
serupa. Hal ini kerana, pintu gol telah didirikan dengan menggunakan dua
tiang gol dan diletakkan 9 meter antara satu sama lain. Selain itu, di
kawasan gol juga tidak mempunyai kawasan D. Namun, pada 1890, batang
mendatar (crossbar) telah diperkenalkan beserta bulatan pukulan (striking
circle).
1.2 PERKEMBANGAN HOKI ANTARABANGSA
Negara-negara seperti Wales, Scotland, Ireland, Belgium dan Perancis
telah menerima peraturan terperinci hoki yang telah dirangka pada tahun
1886. Hal ini memudahkan mereka melakukan perlawanan antarabangsa.
Namun, pada 1912, hoki telah dihentikan sementara ekoran daripada Perang
Dunia Kedua. Pada 1920, hoki dipertandingkan semula di dalam Sukan
Olimpik namun terpaksa digugurkan semula pada tahun 1924 kerana tiada
badan induk dunia yang mengawal permainan ini.
Hal ini menyebabkan pemimpin hoki Perancis mengambil inisiatif untuk
memanggil negara-negara yang berminat dengan sukan ini untuk tampil
menghadiri mesyuarat bagi menubuhkan badan antarabangsa bagi
permainan hoki. Meskipun negara-negara seperti Belgium dan Ireland tidak
menghadirkan diri, namun mereka menjadi ahli selepas Sukan Olimpik. India
juga menyertai badan ini dan merupakan negara bukan putih pertama yang
menyertainya.
Kini, hoki telah berkembang ke tujuh-tujuh benua dan mempunyai 112
buah negara yang menganggotai Persekutuan Hoki Antarabangsa.
Persatuan ini telah menganjurkan beberapa pertandingan bertujuan untuk
8/6/2019 hoki ansur maju
3/28
3
memajukan sukan ini. Antara penganjuran mereka ialah Piala Dunia, Piala
Dunia bagi Belia, Sukan Olimpik dan sebagainya.
1.3 PERKEMBANGAN HOKI DI MALAYSIA
Pada tahun 1948, sebuah badan rasmi telah ditubuhkan untuk
mengawal sukan hoki di Tanah Melayu. Badan ini dinamakan Majlis Hoki
Malaya dan telah ditubuhkan bersama-sama Singapura. Namun, pada 1953,
persatuan ini barulah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.
Kini, pertubuhan sukan ini lebih dikenali sebagai Persekutuan Hoki
Malaysia dengan penyertaan daripada semua negeri sebagai ahli. Secara
ringkas, persatuan ini mempunyai pertandingannya sendiri iaitu Pertandingan
Piala Sultan Azlan Shah yang secara rasminya merupakan salah satu
pertandingan peringkat antarabangsa pertama Malaysia. Pertandingan ini
diadakan dua tahun sekali.
Pertubuhan Hoki Malaysia juga telah menubuhkan sebuah yayasan
untuk menjaga kebajikan para atlit dan untuk memberi bantuan kepada atlit
yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian.
Setelah hampir 61 tahun hoki diperkenalkan di negara kita, banyak
perubahan telah berlaku. Antaranya, pasukan negara kita merupakan antara
15 pasukan terbaik dunia. Selain itu, pasukan kita juga telah menyertai
pertandingan-pertandingan peringkat antarabangsa yang lain seperti Sukan
Komanwel, Piala Dunia dan Piala Dunia Remaja.
8/6/2019 hoki ansur maju
4/28
4
2.0 PERALATAN SUKAN
Setiap permainan mempunyai peralatannya tersendiri. Begitu juga
dengan hoki. Bagi mengelakkan kecederaan berlaku semasa bermain, kita
perlulah mengenali peralatan-peralatan yang telibat.
2.1 PADANG
Ciri-ciri padang hoki adalah seperti berikut:
i) Berbentuk segi empat bujur.
ii) Berukuran 91.40 meter panjang dan 55 meter lebar.
iii) Garisan panjang dikenali sebagai garisan tepi dan garisan lebar
dikenali sebagai garisan belakang.
Untuk lakaran gambar padang hoki, rujuk lampiran (a).
8/6/2019 hoki ansur maju
5/28
5
2.2 BULATAN JARINGAN (STRIKING CIRCLE)
Ciri-ciri bulatan jaringan ialah:
i) Satu garisan dengan panjang 3.66 meter selari dengan garisan gol di
tengah garisan berukuran 14.63 meter.
ii) Dua suku bulatan dengan radius 14.63 meter dilukis bermula dari
garisan 3.66 meter ke garisan belakang.
iii) Dikenali sebagai kawasan D.
iv) Strok penalti berada 6.4 meter di hadapan gol, manakala garisan bagi
sudut penalti yang lain berada 5.0 meter dan 10.0 meter dari tiang gol
kiri atau kanan.
2.3 PINTU GOL
Setiap permainan mempunyai gol. Begitu juga hoki. Tanpa gol, sesuatu
permainan itu tidak mempunyai matlamat untuk dicapai. Bagi permainan
hoki, setiap pasukan mempunyai pintu gol masing-masing. Ciri-ciri bagi pintu
gol hoki adalah seperti berikut:
i) Terletak di tengah-tengah garisan belakang.
ii) Diperbuat daripada dua tiang yang disambungkan dengan sebuah
palang mendatar (crossbar) dan jarak antara dua tiang tersebut ialah
3.66 meter.
iii) Ketinggian tiang berukuran 2.14 meter.
iv) Tiang tengah dan tiang mendatar berbentuk segi empat bujur
berukuran 5.0 mm lebar dan dalam antara 5.0 m 7.5 m.
v) Semua tiang gol dicat putih.
8/6/2019 hoki ansur maju
6/28
6
2.4 JARING
Jaring merupakan pasangan bagi pintu gol. Jaring diikat kukuh
kepada tiang tengah dan tiang mendatar. Jaring mempunyai mesh
berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi.
2.5 TIANG-TIANG BENDERA
Di setiap empat penjuru padang terdapat empat tiang bendera yang
dinamakan bendera sudut. Bendera-bendera ini dipacakkan dengan
ketinggian 1.20 meter hingga 1.50 meter. Bendera-bendera ini diletakkan di
luar sudut dan ia diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin
keselamatan pemain.
2.6 BOLA
Ciri-ciri bola:
i) Keras, pejal atau kosong
ii) Permukaan licin
iii) Berwarna putih (warna lain dengan persetujuan kedua-dua belah
pihak)
iv) Berat : 156 g (minimum) 163 g (maksimum)
v) Ukur lilit : 224 mm (minimum) 235 mm (maksimum)
8/6/2019 hoki ansur maju
7/28
7
2.7 KAYU HOKI
Sebatang kayu hoki yang baik perlulah:
i) Rata di sebelah kiri (muka kayu) dan berbentuk bulat (backstick) di
sebelah kanan.
ii) Pada bahagian back stick tidak dibenarkan untuk memukul bola.
Hanya permukaan muka kayu yang dibenarkan.
iii) Bahagian lengkok kayu dipanggil kepala kayu dan berbentuk J atau
U.
iv) Kayu hoki perlulah licin dan tidak mempunyai unsur tajam dan
merbahaya di tepi-tepi kayu.
v) Tebal kayu dihadkan, di mana sebuah gelung yang berdiameter 51
mm boleh melepasinya.
vi) Kayu hoki diperbuat daripada apa-apa bahan sekalipun kecuali logam,
tetapi perlulah menepati berat yang telah ditetapkan iaitu tidak
melebihi 737 g.
2.8 KASUT
i) Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai apapun jenis
kasut yang sesuai. Namun, kasut-kasut yang membahayakan
pemain lain seperti kasut yang mempunyai pancang (spikes)
tetungku atau paku-paku tidak dibenarkan sama sekali. Kasut
yang mempunyai tetungku getah amatlah digalakkan. Kasut
khas turut digunakan ketika pemain bermain di atas permukaan
sintetik bagi memudahkan pergerakan pemain.
8/6/2019 hoki ansur maju
8/28
8
2.9 ALATAN PENJAGA GOL
Penjaga gol dalam sukan hoki perlulah menjaga keselamatan dengan baik.
Hal ini bertepatan dengan tugas dan peranannya yang berbahaya. Antara
alat keselamatan yang perlu dipakai oleh penjaga gol adalah seperti:
i) Ped kaki
- Dipakai pada pergelangan kaki hingga lutut.
- Dipasang bersama kickers.
- Bahagian kaki yang biasa tercedera ialah kekuda kaki dan tempat
di mana ped-ped disambungkan kepada kickers diatas
pergelangan kaki.
- Ped hanya berdimensi 300 mm makimum apabila dipakai untuk
suatu permainan.
ii) Sarung tangan
- Diperbuat daripada kulit dan plastik
- Sarung tangan penting untuk memberi keyakinan kepada penjaga
gol untuk menahan bola yang dipukul pada kelajuan 140 160 km
sejam.
- Sarung tangan juga perlu lembut supaya boleh memegang kayu
hoki dengan kukuh.
- Sarung tangan tidak boleh melebihi 228 mm lebar dan 355 mm
panjang.
8/6/2019 hoki ansur maju
9/28
9
iii) Alat-alat lain
- pelindung dada
- ped-ped bahu
- penutup muka
- pelindung mulut
- seluar berped
- pelindung kemola (untuk penjaga gol lelaki)
2.10 PERMUKAAN BERMAIN
Permukaan sintetik kian popular digunakan di setiap penganjuran
sukan dunia. Pelbagai tanda selar (brands) digunakan dan disahkan
penggunaannya oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa. Banyak pic-pic
sintetik diisi dengan pasir dan menyebabkan kecederaan seperti lebam
kepada pemain sekiranya pemain terjatuh.
8/6/2019 hoki ansur maju
10/28
10
3.0 CARA BERMAIN DAN UNDANG-UNDANG HOKI
Setiap guru pelatih perlu mengetahui cara bermain dan peraturan asas
yang betul supaya mendapat kepuasan dan keseronokan ketika didedahkan
dengan permainan ini.
3.1 PERATURAN ASAS
Setiap permainan mempunyai peraturan asasnya yang tersendiri.
Demikianlah juga sukan hoki. Antara peraturan-peraturan asas yang perlu
dititikberatkan ialah:
i) Komposisi pasukan
- Setiap perlawanan mempunyai 2 buah pasukan yang berentap.
- Setiap pasukan mempunyai 11 orang ahli.
- Pemain boleh diganti, tetapi tidak melebihi 11 orang dalam suatu
masa.
- Penjaga gol perlu ada dalam setiap masa perlawanan, dan
sekiranya tercedera perlulah digantikan dengan penjaga gol yang
lain.
- Jika penjaga gol diarah keluar oleh pengadil, maka salah seorang
pemain di atas padang perlulah menggantikan penjaga gol tersebut
dan pasukan tersebut perlu bermain dengan kekuatan 10 orang
satu pasukan.
8/6/2019 hoki ansur maju
11/28
11
ii) Mengganti pemain
- Setiap pasukan dibenarkan untuk menggantikan pemain
berdasarkan 16 orang pemain yang telah dinamakan.
- Gantian pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada
sudut penalti yang diambil.
- Gantian pemain dari luar tidak dibenarkan sekiranya terdapat
pemain yang dihukum keluar.
- Selepas hukuman sementara, pemain tersebut boleh diganti tanpa
memasuki padang.
- Pemain boleh digantikan pada bila-bila masa tetapi permainan
tidak akan dihentikan untuk menggantikan pemain. Namun,
permainan akan diberhentikan sekiranya ingin menggantikan
penjaga gol.
- Pemain yang diganti hendaklah masuk/keluar berhampiran garisan
tengah dan penjaga gol dibenarkan masuk/keluar melalui garisan
belakang.
iii) Ketua pasukan
- Setiap pasukan hendaklah mempunyai seorang ketua pasukan
atau kapten dalam kalangan mereka.
- Jika kapten terpaksa keluar disebabkan oleh cedera atau dihukum,
maka pemain lain perlulah menggantikan tempatnya sebagai
kapten.
- Tugas kapten ialah untuk menjaga kelakuan pemain dan
memastikan gantian pemain dibuat dengan betul.
8/6/2019 hoki ansur maju
12/28
12
iv) Pakaian dan peralatan pemain
- Setiap pasukan perlulah memakai pakaian yang seragam berlainan
dengan pasukan lawan.
- Pakaian penjaga gol perlulah berlainan daripada ahli pasukan
sendiri dan pasukan lawan.
- Perlindungan kepala adalah wajib bagi setiap penjaga gol kecuali
apabila menghadapi penaltystroke.
- Lain-lain, rujuk 2.0.
v) Perlawanan dan keputusannya
- Setiap perlawanan dibahagikan kepada dua separuh masa, dimana
35 minit dibahagikan kepada satu separuh masa.
- Waktu rehat yang diberikan hanyalah lima minit. Masa rehat
tambahan perlulah mendapat persetujuan kedua-dua pihak.
- Pasukan yang menjaringkan banyak gol dikira sebagai pemenang.
- Jika kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol atau menjaring
bilangan gol yang sama, maka mereka dianggap sebagai seri.
vi) Permulaan permainan
- Kedua-dua kapten pasukan boleh memilih sama ada mahu
memulakan permainan dahulu atau memilih gol yang hendak
diserang.
- Pada separuh masa kedua, pilihan kapten ditukar.
- Permainan dimulakan dengan hantaran tengah.
8/6/2019 hoki ansur maju
13/28
13
- Hantaran tengah dilakukan pada setiap kali memulakan
perlawanan sama ada pada awal separuh masa atau selepas gol
dijaringkan.
- Sekiranya gol dijaringkan, pasukan yang melepaskan gol membuathantaran tengah.
- Ciri-ciri hantaran tengah:
- dilakukan di tengah padang
- bola boleh dihantar ke mana-mana arah, namun tidak kepada
pemain yang lakukan hantaran tersebut.
- apabila pengadil menghentikan perlawanan, permainan mula
semula dengan lakuan buli.
- selepas penalty stroke yang gagal dijaringkan, permainan
mula semula dengan pukulan 15 meter.
vii) Kelakuan, aksi dan gerakan yang tidak dibenarkan
- Bermain bola dengan backstick
- Terlibat dalam permainan tanpa kayu hoki di tangan.
- Menggunakan kayu hoki secara agresif, berbahaya atau
mengangkat tinggi kayu hoki.
- Menyentuh, memegang atau menangkap kayu atau pakaian lawan.
- Bola tidak boleh diudarakan daripada pukulan kecuali untuk
menjaringkan gol.
- Kayu hoki lebih tinggi daripada paras bahu.
- Pemain lebih dekat dari lima meter daripada pihak lawan yang
sedang menerima bola tinggi. Namun pemain berkenaan boleh
8/6/2019 hoki ansur maju
14/28
14
menghampiri pihak lawan selepas bola itu diterima dan dikawal di
atas padang.
- Penyerang memasuki gol lawan dengan sengaja semasa mereka
menahan gol.
- Pemain menukar kayu hoki dengan sengaja ketika hendak
melakukan pukulan sudut atau penalti.
- Membuang masa dengan sengaja.
- Menghalang pemain.
- Menahan, menyepak, menyentuh atau mengangkat bola dengan
mana-mana bahagian badan.
- Menyentuh atau menghalang pemain semasa merebut bola.
- Membuang alat atau benda ke dalam padang ke arah bola pemain
atau pengadil.
- Penjaga gol baring di atas bola.
- Penjaga gol bermain tanpa alat keselamatan.
- Penjaga gol menyentuh bola di luar kawasan dengan tangan, kaki
atau mana-mana bahagian badan.
8/6/2019 hoki ansur maju
15/28
15
4.0 KEMAHIRAN ASAS
Hoki memerlukan kepantasan, kekuatan, daya tahan dan kemahiran-
kemahiran yang menarik untuk menjadikan permainan ini seronok dan
mencabar. Bagi memastikan keseronokan dicapai, kita perlulah mempelajari
kemahiran-kemahiran asas dahulu. Pada tajuk ini, guru pelatih akan
didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas seperti menggelecek,
memukul, menguis dan lain-lain lagi.
4.1 MENGGELECEK
Menggelecek merupakan kemahiran asas yang perlu di ajar supaya
pemain dapat mengawal bola dengan baik. Terdapat tiga cara untuk
menggelecek iaitu:
CARA MENGGELECEK BUTIRAN MENGGELECEK
Menggelecek longgar
- Tangan kiri di hujung kayu hoki
dengan belakang tangan menghadap
ke luar. Longgarkan sedikit pegangan
tangan kanan.
- Badan dibongkokkan sedikit dan lutut
dibengkokkan.
- Mata memandang bola ketika
membuat tolakan.
- Bola hoki harus berada disebelah
kanan dan di hadapan kaki kanan.
- Kedudukan kayu hoki 45 ke tanah
- Bola ditolak dengan perlahan
- Ikut lajak
8/6/2019 hoki ansur maju
16/28
16
CARA MENGGELECEK BUTIRAN MENGGELECEK
Menggelecek rapat
- Pegangan seperti menggelecek longgar.
- Badan juga seperti menggelecek
longgar
- Mata sentiasa memandang ke arah bola
dan sekilas kepada pemain yang akan
bergerak sambil mengkaji situasi
padang.
- Bola harus berada ke kanan dan
dihadapan kaki kanan pemain serta
sentiasa menyentuh kayu hoki.
- Bola dipukul ke sasaran.
- Ikut lajak
CARA MENGGELECEK BUTIRAN MENGGELECEK
Menggelecek Indian
- Pemain menukar pegangan dengan
membiarkan kayu hoki berpusing di
dalam tangan kiri ke posisi yang lebih
selesa. Tangan kiri memutarkan kayu
sambil meletakkan ibu jari tangan kiri ke
arah bawah kayu hoki. Tangan kanan
memegang dengan longgar.
- Bola berada di hadapan pemain dan
bergerak dalam arah sisian lebih kurang
saiz bahu.
8/6/2019 hoki ansur maju
17/28
17
- Mata seperti menggelecek rapat.
- Badan mengikut pergerakan bola.
- Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan
bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke
kiri pada masa kanan menyentuh tanah.
- Bola dibawa sentiasa dekat dengan
kayu hoki
- Ikut lajak.
Bagi peringkat pelajar sekolah rendah, kemahiran menggelecek
longgar lebih praktikal untuk diajar. Hal ini kerana kemahiran ini lebih mudah
untuk dipelajari dan senang untuk difahami.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGGELECEK LONGGAR
1. Pelajar perlu untuk menggelecek bola mengikut garisan lurus.
Gunakan hanya satu biji bola.
2. Aktiviti dimulakan dengan membahagikan pelajar kepada dua
kumpulan sama rata.
3. Dua kumpulan ini dipisahkan dengan jarak 10 meter di atas satu
garisan yang lurus.
4. Pelajar kumpulan A dikehendaki melalui garisan sambil menggelecek
bola. Pelajar perlu mengawal bola agar dalam keadaan lurus.
5. Pelajar mesti berupaya untuk mengawal bola sebelum pelajar daripada
kumpulan B memperoleh bola tersebut.
8/6/2019 hoki ansur maju
18/28
18
A --------------10 meter-------------- B
6. Teruskan latihan dengan menambah jarak antara dua kumpulan
tersebut sehingga pelajar benar-benar mahir.
7. Tingkatkan kemahiran pelajar-pelajar dengan menggunakan skitel.
8. Pelajar dikehendaki berbaris satu garisan dengan skitel berjarak 10
meter.
9. Pelajar pertama akan menggelecek bola hoki ke arah skitel dan
membuat membuat pusingan lalu patah balik ke arah kumpulan
pelajar.
10. Pelajar tersebut perlu mengawal bola itu dan memastikan pelajar
kedua memperoleh bola tersebut.
11. Pelajar kedua mengulang semula perlakuan pelajar pertama dan
begitulah seterusnya sehingga pelajar terakhir di dalam kumpulan
tersebut melakukan aktiviti ini.
4.2 MEMUKUL
Kemahiran memukul merupakan kemahiran yang penting berbanding
kemahiran-kemahiran lain di dalam kemahiran asas hoki. Kelebihan
kemahiran memukul ialah bola boleh digerakkan dalam keadaan laju
dan jauh. Jurulatih perlu memastikan ketepatan pukulan oleh pemain.
8/6/2019 hoki ansur maju
19/28
19
MEKANIK MEMUKUL BUTIRAN MENGAJAR
Pegangan
- Letakkankepala kayu hoki
di atas tanah
- Tangan kiri diletakkan di
hujung kayu dan
digenggam secara
longgar
- Tangan kanan diletakkan
di bawah tangan kiri.
- Kedua-dua tangan akan
membentuk bentuk V
apabila ibu jari dan jari
telunjuk kedua-dua tangan
selari dengan jari kayu
hoki.
Cara berdiri
- Bahu kiri menghadap
sasaran atau arah
pukulan.
- Kedudukan badan
seimbang.
- Kaki dijarakkan lebih
kurang lebar bahu.
- Jari kaki kanan bersudut
tegak dengan bahu
manakala jari kaki kiri
lebih kurang 30 - 40.
8/6/2019 hoki ansur maju
20/28
20
Bola
- Kedudukan bola selari
dengan jari kaki dan
berjarak selesa.
Ayunan
- Pukulan lurus, ayunan
bermula dari ayunan
belakang ke ayunan
bawah dan ikut lajak.
- Pada masa kayu hoki
dihayun ke belakang,
pinggul berputar dan berat
badan dipindahkan dari
kaki belakang ke kai
hadapan sambil bola
dipukul.
- Kayu hoki mesti memukul
bola hoki dengan kuat dan
rata agar bola bergerak ke
tempat yang dituju.
Badan
- Pada masa bola dipukul,
berat badan berada pada
kaki kiri begitu juga
semasa badan kita ikut
lajak.
- Tumit kanan dinaikkandengan putaran di atas
jari kaki.
- Momentum badan dan
pemindahan berat badan
8/6/2019 hoki ansur maju
21/28
21
Kuasa untuk memukul bola
perlu tepat agar kuasa
untuk memukul lebih
tinggi.
- Selain daripada
momentum dan
pemindahan berat badan,
kekuatan bahu dan
lengan, kelajuan dengan
pecutan ayunan ke bawah
dan kekunci pergelangan
tangan pada masa bola
dipukul juga menjadi
faktor penting untuk
memperoleh kuasa untuk
memukul bola hoki.
Bagi memantapkan kemahiran memukul, pelajar perlu didedahkan
dengan latihan ansur maju terlebih dahulu.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MEMUKUL
1. Berdiri satu langkah di belakang bola. Pelajar mengambil satu langkah
ke hadapan lalu memukul bola kepada pasangan. Tambahkan
langkah kepada dua atau tiga.
8/6/2019 hoki ansur maju
22/28
22
2. Ulang semula seperti (1), tetapi dalam keadaan berlari.
3. Menolak bola, kemudian berlari dan seterusnya memukul bola kepada
pasangan.
4. Berdiri dengan bola tiga langkah di hadapan dan di luar kawasan D.
Kemudian, tolak bola masuk ke dalam kawasan D lalu mengejarnya.
Pukul bola ke dalam gol kira-kira di garisan D atau beberapa
sentimeter di dalam kawasan D.
5. Memukul bola yang bergerak dari kanan.
a) Secara berempat:
A menolak bola ke B
B memukul bola ke C
C menolak bola ke D
D memukul bola ke A
Selepas melakukan 10 pukulan A menukar tempatnya dengan B dan C
bertukar tempat dengan D.
B C
A D
b) Berdua di kawasan D, pemain di sebelah kanan barisan A
menolak bola kepada pasangannya di barisan B yang akan
memukul bola ke dalam gol.
c) Seperti di (b), cuma tukarkan arah iaitu tolakan dari arah kiri.
Namun, pastikan pelajar mahir dengan aktiviti pukulan dari arah
8/6/2019 hoki ansur maju
23/28
23
kanan agar tidak menimbulkan sebarang masalah ketika
membuat latihan seperti di (c).
6. Pelajar memukul bola satu demi satu sebanyak 5 biji di hadapan pintu
gol.
4.3 MENGUIT/MENGUIS
Kemahiran ini selalunya dipraktikkan oleh penjaring sesuatu
pasukan. Kemahiran adalah strok tolakan yang dinaikkan dan
berpusing. Cara memegang kayu hoki bagi kemahiran ini hampir
sama seperti kemahiran menolak iaitu cara pegangan, pergerakan
tolakan, tidak ada ayunan kerana kayu hoki berada di belakang bola
hoki, memerlukan pergelangan tangan yang kuat dan mengikut lajak
dengan baik.
Kedudukan bola berada di hadapan kaki hadapan. Berat badan
bagi seorang pemain hoki ketika menguis berada di kaki belakang
sebelum dipindahkan ke kaki hadapan supaya bola mendapat
peluncuran yang baik. Pergelangan tangan turut memutar dengan
cepat supays kuitan itu berputar dan menyukarkan penjaga gol untuk
mengawal kehadiran bola dari arah hadapan.
Semasa menyentuh bola, kayu hoki perlulah menghadap ke
atas sedikit. Namun, bahagian paling sukar untuk kemahiran ini ialah
ketika melakukan putaran. Bagi memastikan putaran terjadi, kekalkan
sentuhan kayu dengan bola seberapa lama yang boleh dengan
menyentuh sebelah kanan bola terlebih dahulu kemudian sebelah
8/6/2019 hoki ansur maju
24/28
24
bawah bola. Seterusnya, kayu hoki menyentuh sebelah kiri bola lalu
menguit bola dengan jari kayu hoki.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGUIT/MENGUIS
1. Satu garisan 60 cm dari lantai ke dinding dilukis dan melakukan latihan
menguit di atas garisan pada dinding tersebut.
2. Berdiri dengan kaki rapat, kemudian melangkah dengan kaki kiri ke
hadapan lalu kuit bola yang berada di hadapan.
3. Berjalan 3 atau 4 langkah ke arah bola dan lakukan kuitan.
4. Seperti di (3), tetapi melakukan larian ke arah bola tersebut.
5. Gelecek bola lebih kurang dalam 3 5 langkah lalu menguit bola.
Peringatan. Berhenti sebentar antara menggelecek dengan menguit.
Namun, selepas latihan yang berulangan, pelajar akan mengurangkan
masa itu sehingga mereka tidak teragak-agak untuk lakukan
kemahiran ini tanpa berhenti.
5.0 PENUTUP
Sukan hoki merupakan sukan yang menyeronokkan. Namun, untuk
memperoleh keseronokan maksimum, kemahiran-kemahiran perlu dipelajari
8/6/2019 hoki ansur maju
25/28
25
terlebih dahulu selain daripada memastikan diri sendiri di dalam keadaan
yang baik. Sukan hoki tidaklah terlalu merbahaya sekiranya pemain atau
pelajar bermain secara berhati-hati dan memakai perlindungan yang
disarankan oleh jurulatih atau guru Pendidikan Jasmani. Pemain hoki juga
perlulah menjaga kesihatan diri mereka dengan mengamalkan pemakanan
yang sesuai dengan diet harian seorang pemain hoki dan melakukan latihan
kecergasan supaya dapat mengekalkan kecergasan diri. Kepentingan
melakukan aktiviti memanaskan badan juga penting supaya badan kita
benar-benar bersedia untuk melakukan latihan hoki. Oleh yang demikian,
setiap pemain atau pelajar perlu memastikan diri mereka telah melakukan
aktiviti memanaskan badan dengan menumpukan pada bahagian badan yang
digunakan dalam sukan hoki.
6.0 REFLEKSI
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi subjek Pendidikan Jasmani
Akademik pada semester kali ini saya telah memilih untuk membuat
8/6/2019 hoki ansur maju
26/28
26
penulisan mengenai sukan hoki. Hal ini kerana saya ingin sesuatu kelainan
daripada minat saya yang tertumpu kepada sukan dalam gelanggang. Bagi
subjek Pendidikan Jasmani Akademik, kami telah dibahagikan kepada 4
kelas dan sukan berlainan untuk mempelajari setiap sukan yang diajar.
Setiap kelas mempunyai seorang pensyarah yang akan mengajar teknik
setiap jenis sukan. Setiap kelas akan mempelajari setiap jenis sukan, namun
kami mengamalkan sistem pusingan agar setiap pelajar menghasilkan hasil
yang lebih produktif.
Disebabkan saya memilih untuk membuat penulisan mengenai sukan
hoki, saya akan menceritakan pengalaman saya mengenai kelas hoki yang
telah dipantau oleh Encik Othman Che Man. Sepanjang berada di dalam
kelas beliau, saya dapati bahawa beliau merupakan jurulatih terbaik kerana
tidak mengajar kami hanya untuk mengambil peperiksaan, tetapi untuk jatuh
cinta dengan sukan hoki. Niat saya bukan untuk memperoleh markah yang
tinggi di dalam penulisan kali ini, tetapi begitulah hakikatnya. Beliau sentiasa
memastikan setiap pelajar di bawah pantauannya untuk melakukan aktiviti
memanaskan badan dengan betul dan matanya juga cekap mengenal pasti
kesilapan kami semua. Saya kembali jatuh cinta dengan sukan hoki selepas
4 tahun saya meninggalkan sukan ini gara-gara kawan baik saya mengalami
kecederaan kekal ketika perlawanan persahabatan antara sekolah saya
dengan Sekolah Menengah Convent Bukit Nenas di Stadium Pantai dahulu.
Stadium itu menjadi saksi saya mengucapkan kalimah selamat tinggal hoki
kepada jurulatih saya waktu itu. Walaupun peristiwa itu masih berlegar di
ingatan saya, setelah menghadiri kelas kendalian Encik Othman, saya
memperoleh aspirasi untuk terus berada di dalam sukan ini semula.
Penulisan saya kali ini juga dipengaruhi oleh kelas yang dikendalikan
oleh Encik Othman. Kebanyakan ansur maju yang telah saya titipkan adalah
8/6/2019 hoki ansur maju
27/28
27
melalui pengalaman saya sendiri menerusi kelas beliau. Saya juga mencari
maklumat di bahagian English di dalam perpustakaan selain bergantung
kepada hasil carian menerusi internet. Kebanyakan maklumat yang saya
peroleh di dalam bahasa Inggeris dan memerlukan saya untuk menggunakan
kamus dan translasi bahasa kira-kira 45%. Saya juga cuba merujuk kepada
kawan-kawan yang mempunyai maklumat tambahan mengenai sukan hoki.
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan usaha yang telah
saya lakukan untuk menulis mengenai hoki ini. Bohonglah sekiranya saya
menyatakan bahawa saya tidak kisah dengan markah yang bakal diberikan,
namun saya hanya boleh mengatakan bahawa semua keputusan dibuat oleh
penilai yang saya pasti seorang yang bijak dan pakar di dalam sukan. Saya
sebagai pendatang baru di dalam dunia sukan hanya mampu untuk redha
dan perbaiki diri dari semasa ke semasa. Sekian.
7.0 BIBLIOGRAFI
1) Sumber rujukan utama:
Tan; Helen, Haridas; M.P. (cetakan pertama, 2006).
8/6/2019 hoki ansur maju
28/28
Siri Sukan Popular: Hoki. Fajar Bakti Sdn. Bhd. (2006)
2) Sumber rujukan kedua:
Taverner; Claire Mitchell. (cetakan pertama, 2005).
Field Hockey: Techniques & Tactics. (2005).
.Human Kinetics
3) Sumber rujukan ketiga:
Hawkins; Joyce M. (cetakan kelapan, 2006)
Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Edisi Keempat (2006).
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
4) Sumber rujukan keempat:
Internet. Diakses pada 29 Jun 2009.
http://en.wikipedia.org/wiki/Hockey
5) Sumber rujukan kelima:
Internet. Diakses pada 29 Jun 2009.
http://www.fihockey.org/
6) Sumber rujukan keenam:
Internet. diakses pada 3 Julai 15 Julai 2009.
http://apps.citcat.com/en/translate