10 HAJAT UTAMA TERHADAP INSTITUSI RAJA AA ¢â‚¬“W ¢â‚¬â€Œ ... Menganjurkan peraduan penulisan atau pengucapan

  • View
    2

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of 10 HAJAT UTAMA TERHADAP INSTITUSI RAJA AA ¢â‚¬“W...

  • 1

    10 HAJAT UTAMA TERHADAP INSTITUSI RAJA DALAM “WISH LIST” GOLONGAN MUDA

    PELBAGAI PROFIL

    MUQADDIMAH

    Institusi Raja merupakan institusi yang telah lama bertapak di dunia. Dalam konteks

    Malaysia pula, Institusi Raja mula bertapak di negara ini semenjak Parameswara

    mengasaskan kerajaan beraja di Melaka sekitar tahun 1403. Ini bermakna Institusi Raja

    di Malaysia telah menjangkau enam abad lamanya. Maka, dalam tempoh sepanjang

    enam abad tersebut sudah pasti Institusi Raja menimba pelbagai pengalaman dan tidak

    kurang juga mengharungi cabaran demi cabaran, suka mahupun duka. Ini termasuklah

    cabaran mempertahankan negara daripada dijajah, mengekalkan keamanan,

    mempertahankan serangan kuasa asing, memajukan negara serta tidak terkecuali

    cabaran untuk memelihara kedaulatan Institusi Raja dan agama Islam daripada dicabuli.

    Pada masa kini, cabaran yang paling besar yang dihadapi oleh Raja-Raja Melayu dan

    Institusi Raja adalah membina keyakinan rakyat termasuk dalam kalangan golongan

    muda terhadap peranan Raja dan Institusi Raja. Perubahan zaman dan kemasukan

    pengaruh-pengaruh asing, menggandakan tuntutan supaya Raja-Raja Melayu dan

    Institusi Raja bijak dalam menempatkan diri mereka dalam khalayak rakyat, adil segi

    memainkan peranan sebagai penyemak dan pengimbang terhadap pentadbiran negara

    serta pelihara imej teladan yang baik untuk diyakini dan dicontohi khususnya oleh

    generasi muda.

  • 2

    BEBERAPA NAS MENGENAI TUNTUTAN MENTAATI PEMERINTAH

    Firman Allah SWT yang bermaksud:

    Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan taatlah kamu

    kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu

    perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman

    kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih

    elok pula kesudahannya.

    (Surah an-Nisaa’; 4:59)

    Firman Allah SWT yang bermaksud:

    Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!

    Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,

    dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki.

    Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang

    menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya

    segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

    (Surah Ali-‘Imraan; 3:26)

    Rasulullah SAW bersabda dengan mafhumnya:

    Sesungguhnya tiada nabi selepasku dan tiada umat selepas kamu, Demi sesungguhnya

    beribadatlah kamu kepada Tuhan kamu, tunaikan solat lima waktu, berpuasalah pada

    bulan Ramadan, tunaikanlah zakat harta kamu dengan ikhlas hati kamu dan taatilah

    pemerintah-pemerintah kamu nescaya kamu akan masuk syurga Tuhan kamu.

    (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

    Rasulullah SAW bersabda dengan mafhumnya:

    Jangan kamu memaki para pemimpin negara, sebaliknya hendaklah kamu berdoa untuk

    kebaikan mereka kerana baiknya mereka akan membawa kebaikan untuk kamu.

    (Hadis Riwayat at-Tabarani)

  • 3

    TUNTUTAN MENTAATI PEMERINTAH MENGIKUT I’TIQAD AHLI SUNNAH WAL

    JAMAAH

    10 HAJAT UTAMA TERHADAP INSTITUSI RAJA DALAM “WISH LIST’ GOLONGAN

    MUDA PELABAGAI PROFIL

  • 4

    PROFIL 1: GOLONGAN PELAJAR (SEKOLAH/INSTITUSI PENGAJIAN

    TINGGI/INSTITUSI LATIHAN)

    Hajat 1:

    Mempasakkan semangat kesetiaan kepada pemimpin (Yang DiPertuan Agong/Raja-Raja

    Melayu).

     Menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap usaha memperkasakan pendidikan

    dalam kalangan rakyat serta membina generasi ulul albab yang berupaya memacu

    pembangunan negara secara progresif dan dinamik bagi memenuhi matlamat

    pembentukan negara berprinsipkan, baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur.

     Mewujudkan kesedaran, kefahaman dan penghayatan dalam kalangan generasi

    muda mengenai kepentingan Institusi Raja dalam melindungi agama Islam,

    perpaduan ummah serta keharmonian dan kestabilan sosial di negara ini.

     Memastikan silibus dan modul pendidikan di sekolah, institusi pengajian tinggi

    serta institusi latihan dan kemahiran memberi penekanan pada penerapan

    kefahaman, penghayatan dan pembudayaan prinsip menghormati Institusi Raja

    dalam kalangan generasi muda.

     Membina tanggungjawab kesetiaan kepada pemerintah dan negara termasuk segi

    menyuburkan jati diri, perasaan kasih serta kesetiaan rakyat kepada pemimpin

    secara menyeluruh.

     Menuntut Institusi Raja mengekehadapankan peranan Raja-Raja Muda untuk lebih

    mendekati generasi muda terutama yang dapat menyokong pembangunan,

    kebajikan dan hala tuju golongan berkenaan pada masa hadapan.

    Hajat 2:

    Mendapat pencerahan mengenai Perlembagaan Persekutuan/Undang-Undang Negeri

    dan segala yang berkaitan dengan kepentingan serta bidang kuasa Institusi Raja.

     Membangunkan platform berasaskan media digital bagi menyalurkan maklumat

    dan menjawab sebarang kemusykilan mahupun kenyataan tidak tepat mengenai

    Raja-Raja Melayu dan Institusi Raja.

  • 5

     Menyediakan platform dan saluran strategik yang menyerlahkan komitmen dan

    penglibatan Raja-Raja Melayu dan Institusi Raja dalam mempertahankan

    kedaulatan agama, bangsa dan negara berdasarkan peruntukan Perlembagaan

    Persekutuan/Undang-Undang Negeri.

     Menganjurkan peraduan penulisan atau pengucapan awam mengenai kedudukan,

    hak dan kepentingan Institusi Raja yang mana penyertaannya terbuka kepada

    golongan pelajar atau generasi muda.

    Hajat 3:

    Memegang kukuh pada amalan dan budaya menghormati lambang atau simbol negara.

     Menggalakkan usaha penerapan secara formal dan tidak formal melalui pelbagai

    saluran strategik yang dapat menyuburkan amalan dan budaya menghormati

    lambang atau simbol negara (Institusi Raja, Rukun Negara, Jalur Gemilang, Lagu

    Kebangsaan dan sebagainya) dalam kalangan rakyat.

     Merakyatkan program pemartabatan lambang atau simbol negara dengan

    menganjurkan program kesedaran dan pengukuhan secara berkala, konsisten dan

    berimpak serta melibatkan masyarakat secara kolektif dan sampai ke akar umbi.

     Menguatkuasakan undang-undang ke atas individu atau mana-mana pihak yang

    menghina lambang atau simbol negara.

     Mengaturkan program Raja bertemu rakyat (di institusi pendidikan dan latihan)

    bagi mendekatkan Raja dengan rakyat dan mempasakkan rasa penghormatan dan

    penghargaan yang tinggi kepada Institusi Raja dalam kalangan pelajar.

  • 6

    PROFIL 2: GOLONGAN PEMIMPIN DAN SUKARELAWAN

    Hajat 1:

    Menyelami dan menghayati sejarah perjuangan Raja-Raja Melayu dan para pejuang

    negara.

     Memberi galakan terhadap usaha mempersiapkan pemimpin pelapis yang

    menjiwai semangat cintakan negara serta simbol dan institusi-institusi yang

    mendukung kedaulatan negara termasuk Institusi Raja.

     Menaungi kumpulan pemikir strategik dalam kalangan generasi muda

    Islam/Melayu yang terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang untuk

    menganalisis peranan, aktiviti dan sumbangan individu atau pertubuhan

  • 7

    Islam/Melayu untuk dijadikan asas perancangan memperkasakan agama, bangsa

    dan negara oleh generasi muda pada masa hadapan.

     Mewarisi semangat kepemimpinan dan pemerintahan Raja-Raja Melayu terdahulu

    yang melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan penuh komitmen, bersifat

    dinamik serta memenuhi peranan sebagai payung penyatuan dalam situasi yang

    memungkinkan perpecahan tercetus sehingga boleh mengancam keharmonian

    hubungan antara kaum dan agama di negara ini.

     Menghindari daripada mengamalkan sifat partisan sebaliknya memainkan

    peranan sebagai penimbang tara terhadap sebarang polemik politik dan

    mendamaikan persengketaan yang wujud.

    Hajat 2:

    Menyuburkan jiwa dan pemikiran Islam serta prinsip dan nilai-nilai murni masyarakat

    Melayu/Timur.

     Membantu menyerlahkan kekuatan dan sisi positif generasi Islam/Melayu

    termasuk peka, prihatin dan komited dalam mengurus dan menangani

    permasalahan yang melibatkan survival agama, bangsa dan negara.

     Menuntut agar pihak Institusi Raja turut memainkan peranan dalam memberi

    pandangan daripada perspektif istana mengenai ketinggian jiwa, pemikiran dan

    ketamadunan Melayu/Timur yang selari dengan tuntutan dan syari’at Islam.

     Menterjemahkan nilai-nilai Melayu/Timur khususnya yang selari dengan prinsip-

    prinsip Islam dalam pemerintahan, pendirian, tindakan dan pembawaan diri yang

    mampu meyakinkan rakyat terhadap Institusi Raja.

     Memberi peluang kepada generasi muda (pemimpin/sukarelawan) mendekati dan

    menyelami kepentingan Institusi Raja dengan memberi galakan kepada individu

    atau pertubuhan yang mereka anggotai menganjurkan program pameran DiRaja

    atau menghasilkan penulisan berkaitan dengan Institusi Raja.

  • 8

    Hajat 3:

    Menerima