INSTITUSI RAJA-RAJA .mempertahankan peranan tradisi leluhur mereka, menyebabkan ... jin dan manusia

  • View
    263

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of INSTITUSI RAJA-RAJA .mempertahankan peranan tradisi leluhur mereka, menyebabkan ... jin dan manusia

INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU & Bendahara Sebagai Menteri Tafwidh

susunan;

(Tun) Suzana (Tun) Hj Othman

2

Institusi Raja-Raja Melayu

& Bendahara Sebagai Menteri Tafwidh

Topik Ms

Qaulu Al Haq Wa Kalimatus Saddiq 4

BAHAGIAN PERTAMA:

Mengapa Sistem Raja-raja Paling Fitrah,

Sesuai dan Berjaya untuk Bangsa Melayu?

1. Faktor Falsafah dan Sejarah Islam 7

2. Faktor Peranan Umara dan Ulama 22

3. Faktor Syariat Islam 28

- Pendapat Jumhur Ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah Mengenai Institusi Raja-Raja Islam 35

4. Faktor Sejarah Melayu 44

5. Faktor Islamisasi Umat Melayu 51

6. Faktor Zuriyyat Raja-raja Melayu 63

7. Faktor Adat Raja-raja Melayu 81

8. Faktor Peranan dan Fungsi Raja Melayu 94

9. Faktor Jasa Raja-raja Melayu Silam 102

-Warkah Kepada KDYMM Raja-raja Melayu 120

Rumusan 123

3

Topik Ms BAHAGIAN KEDUA:

Bendahara Sebagai Menteri Tafwidh

10. Peranan Institusi Bendahara Warisan Melayu Melaka 125

11. Bendahara Sebagai Ahl-al-Hall wa al-Aqd

@Jemaah Pangkuan 136

12. Kelumpuhan Institusi Bendahara

Mewujudkan Bangsawan Melayu Orde Baru 155

Syair Permata Melayu yang Hilang 162

BAHAGIAN KETIGA :

Mengapa Sistem Raja-raja Melayu Masih

Relevan Untuk Masa Hadapan Bangsa Melayu?

13. Realiti Institusi Raja Melayu Masakini 181

14. Umara-Ulama yang Rohaniyyat :

Trend Kemimpinan Ummah di Masa Hadapan 196

Syair Rintihan Raja Melayu 208

LAMPIRAN

I. Illustrasi Pentadbiran Sistem Khilafah

Sebagai Panduan Kesultanan Melayu Lama 216

II. Demokrasi, Permuafakatan dan Majlis Syura:

Perspektif Agama 220

II. Salasilah Dinasti Melaka, Johor dan Pahang

Dari Zuriat Melaka 226

Biodata Pengarang 227

4

Qaulu Al Haq Wa Kalimatus Saddiq

Bismillahirrahmanirrahim

Sesunguhnya Bangsa Melayu hari ini berada dalam ancaman

pelupusan IDENTITI dan AQIDAH.

Kita hari ini berada dalam suatu persimpangan, dan terpaksa

membuat pilihan. Samada untuk terus melatah dan membuat kesilapan

demi kesilapan yang akan membinasakan terus BANGSA dan AGAMA

kita; atau mengambil iktibar dari sejarah nenek moyang kita untuk

menyelamatkannya.

Sebelum kita membuat pilihan, kenang-kenangkanlah zaman

nenek-moyang kita dahulu kala, lihat-lihatlah realiti kehidupan kita hari

ini dan renung-renungkanlah masa hadapan anak cucu kita.

Ungkapan ahli hikmah berbunyi Siapa yang memegang sejarah,

memegang masa hadapan. Tetapi sejarah yang dimaksudkan di sini

islah SEJARAH YANG SEBENAR, bukan sejarah yang menyeleweng.

Ahli hikmah juga menyebutkan: Siapa yang tidak pedulikan

sejarah, tunggulah, nescaya sejarah akan kembali menghukumnya..

Sesungguhnya sejarah bangsa kita yang lama, iaitu semenjak 600-

1200 tahun dahulu telah menuding kepada institusi-institusi Raja-Raja

Melayu sebagai wadah yang bertanggungjawab melahirkan identiti,

jatidiri, peradaban serta ketamadunan Melayu-Islam yang luhur murni.

Institusi Raja-raja Melayu telah menabur jasa sebagai punca

pengislaman Bangsa Melayu secara besar-besaran, menjadi punca

terdidiknya Bangsa Melayu kepada ilmu-ilmu agama yang luhur, adat

dan budaya yang halus dan tinggi, serta meletakkan hukum ADAT (Adat

yang bersendikan syarak) dan SYARIAT sebagai dasar pemerintahan

daulah-daulah Islamiyyah. Ringkasnya, institusi raja-Raja Melayu

pernah menjadi punca Bangsa Melayu menempuh zaman emasnya serta

menjadi sumber insipirasi, kekuatan, semangat dan kedaulatan bangsa

dan agama.

Malangnya fakta-fakta sejarah juga telah menuding kepada Raja-

raja Melayu (bukan institusinya) sebagai punca yang kemudiannya gagal

5

mempertahankan peranan tradisi leluhur mereka, menyebabkan

institusi Raja-raja Melayu yang sakaral itu kehilangan HAKIKAT.

Maka sebagai tonggak sebenar bangsa dan agama, sebagai payung

dan tombak Allah SWT di mukabumi ini, sebagai pewaris kepada suatu

institusi Melayu yang paling lama, paling berharga dan paling penting,

Raja-raja Melayu hari ini jugalah yang harus bertanggungjawab untuk

mengembalikan semula Bangsa Melayu pada pundaknya, pada

kedaulatannya.

Caranya ialah mengisi semula kekosongan zahir pada institusi

Raja-raja Melayu dengan ROH HAKIKAT.

Sebagai pewaris yang sah kepada Bendahara terakhir warisan

Melayu Melaka yang masih memegang HAKIKAT RAJA-RAJA MELAYU,

atas rasa insaf dan tanggungjawab, kami merasa terpanggil untuk

meneruskan kerja nenek moyang kami dalam peranan mereka sebagai

TEMPAT PERBENDAHARAAN SEGALA RAHSIA RAJA, untuk menolong

mengisi kembali hakikat Raja-Raja Melayu yang kehilangan itu.

Nenek moyang kami merupakan tunjang di bawah Institusi Raja-

raja Melayu yang berHakikat. Leluhur kami memegang muafakat pada

Institusi Beraja selama lebih 500 tahun sebelum dilupuskan oleh agenda

penjajahan Barat. Tugas kami ialah mengeluarkan ilmu-ilmu hakikat

Bangsa Melayu dan Raja-rajanya kerana itu adalah darah daging

keturunan kami. Ilmu-ilmu hakikat ini boleh dimanfaatkan untuk

memulihkan kembali Institusi Raja-raja Melayu, yang kemudiannya

mampu berperanan semula sebagai payung dan tombak Allah SWT ke

atas bangsa dan agama kita. InsyaAllah.

Menifesto yang kami perjuangkan ini bukan atas matlamat

Menang-Kalah, tetapi atas landasan Benar-Salahnya. Kerana menang-

kalah dalam urusan duniawi itu urusan Allah SWT semata. Menang di

sisiNya itulah kemenangan hakikat yang kami cari. Kami hanya

meredhakan diri dan kudrat kami sebagai alatNya demi perjuangan

memartabatkan kembali bangsa dan agama.

Sesungguhnya, dalam saat yang genting ini kita tidak lagi

mempunyai banyak masa dan ruang. Maka hayatilah buku ini dan

buatlah pilihan. Semoga Allah SWT member kita semua petunjuk.

6

Kami akhiri dengan pesanan orang lama-lama kita;

Menghukum adil berkata benar, Tidak boleh berpihak-pihak, Hukuman adik dijalankan, Nan benar dianjak tidak, Hukum berdiri dengan saksi, Adat berdiri dengan tanda.

Tak ada benar kita cari benar, Bersua benar jangan kita siahkan, Nak mencari benar ikutlah jejak, Ibarat orang memburu, Jejak mendaki menukik, Jejak menurun mendorong, Hilang jejak bersualah benda, Dan bila benar dah bersua tak boleh kita elakkan, Ke laut menuju alur, Ke darat menuju benar, Dan siapa yang tak menuju benar, Dikutuk dek adat, dibenci dek syarak. Wassalam.

(Tun) Suzana (Tun) Hj Othman

Putera Tun Chik binti Tun Tahir ibni

Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Abdul Rahman ibni

Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir Tun Ali

Raja Pahang & Bendahara Johor Lama (1847-1863)

Chop mohor Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir Tun Ali

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Ke arah Mengembalikan Maruah, Semangat dan Kedaulatan

Umat Melayu, Umat Islam

7

BAHAGIAN PERTAMA :

Mengapa Sistem Raja-raja

Paling Fitrah, Sesuai dan Berjaya

untuk Bangsa Melayu?

8

1.

Faktor Falsafah & Sejarah Islam

Bimbingan Agama/Rohaniyyat

Untuk Mencapai Maksud Hidup

Firman Allah SWT dalam sebuah Hadeeth Qudsi yang bermaksud:

Aku laksana harta yang tersembunyi. Aku ingin dikenali, maka sebab

itulah Aku ciptakan semua makhluk1.

Maka diciptakanlah olehNya manusia di alam roh bermula dengan

Rohul Muhammadiyah sebagai sumber segala yang wujud. Kemudian

Allah SWT menciptakan Nabi Adam AS dari tanah, menyusul pula

ciptaan sekelian anak cucunya dari yang pertama sehingga yang

terakhir, dibekalkan pada tulang punggung Nabi Adam, sehingga

dikeluarkanlah mereka untuk mengakui keEsaan dan keTuhanan Allah

di Naman, suatu lembah yang berdekatan dengan Padang Arafah.

Peristiwa tersebut dikenali sebagai Yaumil Mitsaq atau Hari Mengambil

Janji2.

Ringkasnya, istilah Deenul Islam dikaitkan dengan penyembahan

manusia kepada Allah SWT sebagai balasan kurniaNya yang

menciptakan mereka dan segala-galanya, maka manusia mengakui Allah

SWT sebagai Zat paling agung yang wajib disembah.

Allah SWT berFirman yang maksudnya: Dan Aku tidak ciptakan

jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.

(Adz-Dzariyat:56)

Oleh itu matlamat sebenar agama atau deen adalah supaya

manusia dapat kembali kepada pengakuan serta penyembahan Tuhan

Maha Pencipta sebagaimana keadaannya sebelum dilahirkan ke dunia,

sesuai dengan janji mereka dalam peristiwa Yaumil Mitsaq atau Hari

Mengambil Janji itu.

1 Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, Rahasia Sufi, terjemahan oleh Abdul Majid Hj Khatib,ditahkik dan ditulis

semula oleh Syed Ahmad Semait, Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura, 2004, h