Institusi Raja

  • View
    264

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SEJARAH

Text of Institusi Raja

INSTITUSI RAJA

INSTITUSI RAJA

Malaysia Negara Kita (SJH3163E)NAMA : MUNIRAH BT MOHAMAD FAUZIUNIT: L6TAJUK: INSTITUSI BERAJAPENSYARAH : EN AZMI BIN MOHAMAD PENGENALANInstitusi Raja bukan hanya merupakan satu institusi politik dan pentadbiran tetapi juga satu Institusi sosio-budaya masyarakat yang telah berfungsi begitu padu dan kukuh dalam masyarakat tempatan di Kepulauan Melayu di Asia Tenggara ini. Ia adalah satu legasi yang menjadi tonggak masyarakat Malaysia yang dikekalkan sebagai satu warisan dan juga sebagai satu institusi kepimpinan dalam sistem pentadbiran tamadun bangsa. INSTITUSI RAJA DI MALAYSIADi Malaysia, kerajaan-kerajaan Melayu telah ditubuhkan seawal kurun 1 Masihi. Walaupun tidak ada penulisan yang jelas mengenainya tetapi beberapa buah negeri dan kerajaan telah wujud melalui cerita rakyat atau sejarah lisan. Kerajaan-kerajaan itu ialah Bruas, Gangga Negara, kerajaan Puteri Saadong dan kerajaan Kedah Tua.Terdapat juga kerajaan yang mempunyai rekod pencapaiannya seperti kerajaan Kesultanan Melaka dengan berdasarkan rekod daripada Cina, Portugis, Belanda dan tempatan.KONSEP RAJARaja dianggap sebagai dewaRaja dianggap sebagai seseorang yang paling berkuasaRaja menjadi perantaraan rakyat dan Tuhan.Raja bertanggunjawab ke atas undang-undang dan dasar pemerintahanRaja yang menjadi ketua Negara yang menduduki peringkat tertinggi dan hierarki sosial sesebuah kerajaan atau Negara.

BIDANG KUASA RAJAPERANAN RAJA -POLITIKKetua pemerintah tertinggiPenggubal undang-undangKetua hakim & membicarakan pesalahMelantik pembesar negariKetua angkatan tenteraMengetuai tentera dalam peperanganMelantik bakal pengganti raja

PERANAN RAJA - EKONOMIMelantik wakil-wakil kerajaanMemperkenal sistem matawangMengerah rakyat untuk bekerjaMelantik pembesar sebagai pegawai menguruskan semua kegiatan ekonomiMenguasai sumber ekonomi seperti pungutan cukai hasil pertanian dan kegiatan perdagangan

PERANAN RAJA - SOSIALKetua agama IslamMelantik para pemimpin agamaSebagai pelindung dan lambang perpaduan kepada masyarakat tempatanMelindungi rakyat dari penganayaian.Raja sebagai lambang perpaduanCARA LANTIKANCARA LANTIKAN Namun dalam negara-negarapersekutuanseperti Malaysia, Raja atau Agong hanya berkuasa selama 5 tahun dan akan digantikan dengan raja dari negeri lain dalam persekutuan. Dalam zaman sekarang, konsep monarki mutlak hampir tidak wujud lagi dan kebanyakannya adalahraja berperlembagaan, iaitu raja yang terhad kuasanya oleh perlembagaan. Monarki juga merujuk kepada orang atau institusi yang berkaitan dengan Raja atau kerajaan di mana raja berfungsi sebagai ketua eksekutif.Monarki demokratikatau dalam bahasa InggerisElective Monarchy, adalah berbeza dengan konsep raja yang sebenarnya. Pada kebiasaannya raja itu akan mewarisi takhtanya (hereditary monarchies). Tetapi dalam sistem monarki demokratik, takhta raja akan bergilir-gilir di kalangan beberapa sultan. Malaysia misalnya, mengamalkan kedua-dua sistem iaitu raja berpelembagaan serta monarkidemokratik.

GILIRAN LANTIKAN

Sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong setiap lima tahun dianggap unik. Ini kerana ia menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan darah dengan konsep moden berasaskan perlembagaan.

Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara. Sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dulunya dikenali Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Negeri Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Manakala Negeri Melayu tidak bersekutu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sementara itu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak berpeluang walaupun mereka menganggotai Majlis Raja-Raja.

Selepas kitaran pertama sembilan Yang di-Pertuan Agong (1957-1994), aturan menurut Pemerintah negeri adalah menurut kitaran yang telah digunakan sebelum itu, iaitu:

1. Negeri Sembilan2. Selangor3. Perlis4. Terengganu5. Kedah6. Kelantan7. Pahang8. Johor9. Perak

SISTEM LANTIKAN DI PERAKNegeri Perak Darul Ridzuan mempunyai sembilan daerah besar dan lapan daerah kecil. Hirarki sistem pemerintahan berajanya berlainan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Setiap bakal sultan akan melalui tangga-tangga raja bergelar sebelum menduduki tahta utama negeri.Pemilihan dan perlantikan Raja Pemerintah bagi Negeri Perak dibuat oleh Dewan Negara Perak. Sistem yang diamalkan ialah menerusi kenaikan pangkat Bakal Sultan dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada puteranya. Sistem yang unik ini adalah melalui ikut giliran pemerintahan. Buat masa ini Negeri Perak mempunyai tiga Keluarga diRaja yang memerintah secara giliran

SEKIAN TERIMA KASIH