FENOMENA BAJU ¢â‚¬©BUKAN TANAH BAPA HANG' mencemarkan kemuliaan institusi raja-raja. Anugerah yang sepatutnya

FENOMENA BAJU ¢â‚¬©BUKAN TANAH BAPA HANG' mencemarkan kemuliaan institusi raja-raja. Anugerah yang sepatutnya

  • View
    3

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of FENOMENA BAJU ¢â‚¬©BUKAN TANAH BAPA HANG' mencemarkan kemuliaan institusi...

  • 11RENCANAUTUSAN MALAYSIA • ISNIN 11 JANUARI 2016

    Hentikan ‘kegilaan’ ini

    FENOMENA BAJU ‘BUKAN TANAH BAPA HANG'

    SEORANG tukang urut dan seorang lagi pesara kerajaan. Mereka juga bukan kerabat diraja tetapi menggunakan gelaran ‘Duli Yang Maha Mulia....’. Lebih memalukan, mereka turut menganjurkan majlis penganugerahan darjah dan pingat - paling popular bagi anugerah mendapat gelaran `Datuk’ dan `Datuk Seri’.

    Selain mereka, ada lagi individu yang turut melakukan perbuatan sama dengan menggunakan pelbagai gelaran dan mengaku pewaris keturunan `sultan’ dan `raja’. Apa yang merimaskan, ada pula individu yang bersedia mengeluarkan wang bagi membolehkan mereka mendapat pingat demi un- tuk bergelar ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’.

    Kalau teliti satu demi satu nama penerima tersebut, kita akan tertanya-tanya siapakah mereka dan apakah sumbangan mereka? Kita tidak tahu apa-apa pasal mereka ibarat bahasa anak-anak muda, kat mana kau kutip budak ni?

    Darjah dan pingat apatah lagi yang membawa gelaran `Da- tuk’ dan `Datuk Seri’ perlu diberikan kepada mereka yang be- nar-benar layak menerimanya, bukannya berdasarkan berapa jumlah yang mampu mereka bayar untuk memperolehinya.

    Bagaimana kalau yang membayar itu adalah ‘kepala’ dalam kegiatan haram? Tidakkah gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ tersebut akan memudahkan mereka menjalankan perbua- tan jenayah mereka? Seperkara lagi, mereka yang mendapat anugerah ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ palsu itu bagaimanapun tidak pernah berasa malu. Ramai yang meletakkan dalam kad-kad nama seolah-olah itu anugerah sah yang disampai- kan oleh raja-raja Melayu atau Yang Dipertua Negeri.

    Persoalannya, sampai bilakah kita akan membiarkan ‘kegi- laan’ ini berterusan? Ini bukan isu baharu malah sudah ber- tahun-tahun berlaku tetapi sampai ke hari ini, mereka yang ditahan hanya didakwa ‘paling kuatpun’ menipu. Sedangkan kalau difikirkan secara mendalam `sikap gila’ mereka telah mencemarkan kemuliaan institusi raja-raja. Anugerah yang sepatutnya diberikan kepada individu layak dan banyak ber- jasa, bagaikan sudah tidak bermakna lagi.

    Atas sebab itu- lah, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas. Janganlah bi- arkan individu yang bak kata Ketua Men- teri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, “gila kuasa, gila takhta ataupun betul-betul gila” bermaharajalela. Perbuatan mereka memalukan orang Melayu dan paling dahsyat menghina in- stitusi raja-raja.

    Majlis penganuger- ahan pingat dan dar- jah dilakukan mengi- kut aturcara dalam majlis-majlis melibat- kan raja-raja Melayu.

    Warna kuning yang menjadi warna diraja dipermainkan oleh individu yang mengelar diri mereka, ‘Sultan Melaka’ dan ‘Raja Kerinchi Tinggi Sumatera’. Itu belum lagi mengambil kira ‘kegilaan’ kumpulan suku kaum tertentu yang turut berper- angai seperti kedua-dua individu tersebut. Semua itu men- unjukkan institusi raja-raja yang seharus nya dihormati dan dilindungi semakin dicemari oleh perbuatan ‘gila’ sesetengah individu. Sebab itulah, tindakan tegas perlu dilakukan. Pe- runtukan undang-undang perlu disediakan supaya individu yang berani berperangai ‘gila’ untuk menjadi ‘raja’ dikenakan hukuman seberat-beratnya - bak kata seorang kawan kepada penulis, “Kalau di Thailand sudah lama, mereka disumbat dalam penjara seumur hidup.’

    Hukuman juga bukan sahaja tertumpu kepada pemberi tetapi juga penerima. Ini kerana mereka yang memungkinkan gejala memberikan darjah dan pingat tidak diiktiraf itu berter- usan. Berdasarkan maklumat, demi kemaruk mahu bergelar `Datuk’ dan `Datuk Seri’ ada antara mereka sanggup memba- yar puluhan ribu ringgit, malah percaya atau tidak ada yang mencecah sehingga ratusan ribu ringgit. Dalam konteks ini, kedua-dua pihak untung, pemberi pun untung, penerima pun untung. Si pemberi mendapat wang manakala si penerima boleh memperalatkan darjah yang diperoleh untuk memper- dayakan orang ramai, tetapi soal bagaimana dengan institusi raja-raja yang dicemari dengan sewenang-wenangnya?

    ‘Kegilaan’ kelompok yang mahu sangat menjadi raja, sul- tan atau pewaris kesultanan perlu dihentikan. Ini kerana per- buatan mereka benar-benar boleh menggugat ketenteraman awam, lebih buruk daripada itu, ia menyebabkan kemuliaan anugerah darjah dan pingat tidak akan lagi dihormati. Macam mana penghormatan mahu dihormati, kalau tukang urut pun boleh beri pingat sesuka hati hanya kerana dia mendakwa berasal daripada keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Pe- nulis percaya, penerima-penerima darjah dan pingat dari- pada individu seumpama itu bukannya tidak tahu apa yang mereka lakukan adalah salah, apatah lagi diberikan oleh indi- vidu yang membentangkan susun galur keturunannya, kalau kanak-kanak darjah satu yang membacanya pun akan ketawa. Tetapi mereka sengaja buat-buat tidak tahu kerana apa yang lebih penting bergelar ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’.

    Dalam soal ini, pihak berkuasa terutamanya pihak polis bukannya berpeluk tubuh, mereka sudah berusaha memban- terasnya. Atas kecekapan polis jugalah, Noor Jan Tuah yang mengisytiharkan dirinya ‘Sultan Melaka’ ditahan manakala ` Raja Kerinchi Tinggi Sumatera’ ditangkap apabila merancang mengadakan majlis penganugerahan darjah dan pingat pada Sabtu lalu. Malah sebelum ini, pihak polis juga melakukan siasatan apabila satu keturunan suku kaum mengadakan maj- lis yang sama ketika ulang tahun hari kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka.

    Melalui undang-undang yang ada pihak polis hanya boleh menahan dan mendakwa individu itu atas tuduhan menipu sahaja, tidak lebih daripada itu sedangkan perbuatan yang mereka lakukan adalah kesalahan besar kerana boleh disifat- kan menghina institusi raja-raja. Bagaimanapun dalam usaha membanteras ‘kegilaan’ ini, ia tidak boleh bergantung kepada pihak berkuasa sahaja. Berdasarkan maklum balas dalam Fa- cebook berikutan pendedahan akhbar ini mengenai kewu- judan ‘Datuk’ palsu tersebut, majoriti orang ramai mahukan tindakan tegas dilakukan.

    Tetapi ini memerlukan kerjasama orang ramai juga. Mere- ka perlu membuat laporan polis jika merasa sangsi terhadap status seseorang yang menggunakan gelaran ‘Datuk’ mahu- pun ‘Datuk Seri. Dalam masa sama, kerajaan juga melalui agensi berkaitan perlu proaktif membanteras gejala ini den- gan mewujudkan laman web khas bagi membolehkan orang ramai menyemak status seseorang bergelar ‘Datuk’.

    Apapun sekarang adalah masanya untuk bertindak dengan memastikan individu yang menganjurkan majlis penganuger- ahan pingat dan darjah dikenakan tindakan sekeras-kerasnya. Kita tidak boleh selama-lamanya membiarkan penganugera- han seumpama itu menjadi bahan jenaka dalam media-media sosial sedangkan ia berkaitan martabat raja-raja Melayu dan maruah orang Melayu. Bertindaklah sebelum terlambat!

    DI MANA silapnya? Orang ra-mai terus merungut kerana kos sara hidup meningkat. Golongan mana yang begitu terasa dan pihak mana pula yang tidak terasa apa-apa? Apakah yang me- nyebabkan ramai yang terasa kesan kenaikan ini atau sekadar perasaan awal tahun setiap kali musim perse- kolahan bermula? Kebanyakan atau hampir semua ibu bapa tidak perlu lagi membeli buku teks kerana se- muanya percuma. Jika perlu beli pun, hanya buku latihan dan ruju- kan. Yuran juga tidak dikenakan ke- cuali apabila mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) membuat keputusan bersetuju mengenakan yuran tertentu. Malangnya apabila keputusan PIBG dilaksanakan, ibu bapa ‘melompat’ membantah. Dis- uruh hadir mesyuarat tidak hadir, diminta pandangan tidak bersuara, disuruh mengundi, tangan diangkat tanda setuju! Salah siapa?

    Jika dulu kenaikan harga minyak dikatakan menjadi punca harga ba- rang meningkat, kini apabila harga petrol dan diesel turun, bagaimana dengan harga barang? Jika dulu naik 10 sen, kecoh tetapi bila turun, ada yang tidak mampu bersuara. Adakah kita hanya tahu mengkritik dan menghentam apabila berlaku kenaikan? Apakah kesan sebenar di sebalik kejatuhan harga minyak du- nia? Adakah kejatuhan itu memberi manfaat kepada kebanyakan peng- guna jika harga barangan keperluan masih tinggi? Adakah kejatuhan itu memberi kesan kepada kedudukan ekonomi negara? Berapa banyak ba- rang yang turun harga? Berapa har- ga secawan teh tarik, roti canai, air suam, ais kosong, nasi lemak? Beru- bahkah? Bagaimana pula tambang teksi, LRT, komuter, kadar tol, harga gas memasak dan pelbagai lagi?

    Berapa ramai peniaga yang mengembalikan saiz roti canai ke- pada asal sebelum kenaikan petrol supaya harganya berbaloi selepas kejatuhan harga petrol? Sudah men- jadi kelaziman, amat sukar harga barang yang naik sebelum ini akan turun lebih-lebih lagi apabila tidak ada penguatkuasaan. Pemantauan oleh pihak berkuasa amat pent- ing tetapi sejauh mana kesannya? Pantau tanpa tindakan. Akhirnya, kedudukan sama sahaja. Pi mai pi mai tang tu’ (tidak berganjak). Para peniaga sering menggunakan alasan stok lama yang harganya

    lebih tinggi setiap kali masyarakat pengguna mendesak supaya harga jualan diturunkan seperti sebelum kenaikan harga petrol. Kalau mahu menaikkan harga barang, hari ini diumumkan petrol akan naik harga keesokannya, petang ini, stok ba- rang habis. Begitulah sesetengah peniaga ‘bermain harga’ untuk mencari untung.

    Begitu juga dengan perkhidma- tan kepada pengguna. Sering kali apabila berlaku kenaikan, pelba- gai nasihat dikeluarkan oleh pihak berkuasa termasuklah ‘memulau’ barangan dan perkhidmatan teta- pi bagaimana pula dengan sikap peniaga yang memberi 1001 alasan? Sikap tamak dan tidak bertimbang rasa golongan peniaga ini perlu di- pantau. Kedudukan harga terletak di tangan peniaga. Merekalah yang harus bertanggungjawab menu- runkan har