8
P Unit 1 Pengenalan Asas Pengurusan Data|1 UNIT PELAJARAN 1 PENGENALAN ASAS PENGURUSAN DATA HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Mentakrifkan pengumpulan dan pengurusan data, perwakilan data, ukuran kecenderungan memusat dan sukatan serakan. 2. Menyenaraikan pengetahuan kandungan pedagogi untuk tajuk pengumpulan dan pengurusan data, perwakilan data, ukuran kecenderungan memusat dan sukatan serakan. 3. Membuat rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan tajuk pengumpulan dan pengurusan data, perwakilan data, sukatan kecenderungan memusat dan sukatan serakan. Unit 1 Pengenalan Asas Pengurusan Data|2

Unit Pelajaran 1

  • Upload
    said888

  • View
    34

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

data

Citation preview

Page 1: Unit Pelajaran 1

P

Unit 1 Pengenalan Asas Pengurusan Data|1

UNIT PELAJARAN 1

PENGENALAN ASAS PENGURUSAN DATA

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Mentakrifkan pengumpulan dan pengurusan data, perwakilan data, ukuran

kecenderungan memusat dan sukatan serakan.

2. Menyenaraikan pengetahuan kandungan pedagogi untuk tajuk

pengumpulan dan pengurusan data, perwakilan data, ukuran

kecenderungan memusat dan sukatan serakan.

3. Membuat rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan

tajuk pengumpulan dan pengurusan data, perwakilan data, sukatan

kecenderungan memusat dan sukatan serakan.Unit 1 Pengenalan Asas Pengurusan Data|2

PENGENALAN

engurusan data merupakan satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian.

Page 2: Unit Pelajaran 1

Pengetahuan tentang pengurusan data dapat membantu pelajar mengendalikan

aktiviti seharian mereka. Skop bidang pembelajaran ini merangkumi pengumpulan

dan pengurusan data, perwakilan data, ukuran kecenderungan memusat dan sukatan serakan.

Kemahiran yang akan dibincangkan ialah:

Pengumpulan dan Pengurusan Data

a. Pengenalan pengumpulan dan pengurusan data;

b. Pembolehubah dan data;

c. Pengumpulan data.

Perwakilan data

a. Pengenalan;

b. Pengumpulan data;

c. Jadual senarai dan gundal;

d. Interpretasi data.

Sukatan Kecenderungan Memusat

a. Pengenalan;

b. Sukatan kecenderungan memusat bagi data tak terkumpul (min, mod dan median);

c. Sukatan kecenderungan memusat bagi data terkumpul (min, mod dan median).Unit 1 Pengenalan Asas Pengurusan Data|3

Sukatan Serakan

a. Pengenalan;

b. Julat;

c. Varians dan sisihan piawai;

d. Sukatan serakan berdasarkan kuartil;

e. Sukatan serakan berdasarkan persentil;

f. Kaedah graf untuk menentukan kuartil dan persentil bagi data terkumpul.

Page 3: Unit Pelajaran 1

Tajuk ini meliputi idea intuitif konsep matematik tentang pengurusan data. Pengurusan data

memainkan peranan yang sangat penting dalam hidupan harian. Ia adalah biasa dan amalan

kemahiran matematik ini digunakan dalam sains dan hidupan seharian. Pengurusan data adalah

satu daripada tajuk yang menarik dalam kurikulum matematik sekolah. Oleh itu, murid perlu

belajar konsep dan proses yang berkaitan dengan pengurusan data melalui penglibatan aktif

daripada situasi pelbagai amalan.

PENGETAHUAN KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK)

Pengetahuan berhubung dengan aspek kandungan dan pedagogi adalah penting untuk mengajar

tajuk-tajuk berikut :

Pengertian pengumpulan dan pengurusan data, perwakilan data, sukatan

kecenderungan memusat dan sukatan serakan.

Urutan bagi pengajaran dalam asas pengurusan data.

Apakah pengumpulan dan pengurusan data?Unit 1 Pengenalan Asas Pengurusan Data|4

Apakah perwakilan data?

Apakah sukatan kecenderungan memusat?

Apakah sukatan serakan?

Pengumpulan dan Pengurusan Data

Dalam unit ini, perbincangan mengenai bagaimana data dikumpulkan dan diuruskan dengan

kaedah yang bersesuaian. Sebelum  itu, apa  itu pemboleh ubah kuantitatif dan pemboleh ubah

kualitatif turut dikenalpasti. Begitu juga dengan data kuantitatif dan data kualitatif. Dua jenis data

kuantitatif akan diperkenalkan iaitu data diskret dan data selanjar. Setelah mengenali apa itu

pemboleh ubah dan jenis-jenis data, bagaimana hendak mengumpulkan data mengikut taburan-

Page 4: Unit Pelajaran 1

taburan tertentu pula diperkenalkan. Penerangan berserta contoh-contoh berkaitan dengan

taburan kekerapan dan taburan kekerapan relatif disertakan untuk lebih memahami dan

mendalami data dan taburannya.

Perwakilan Data

Perwakilan data melibatkan pengumpulan, pengurusan, pewakilan, penganalisisan dan

mengintepretasi data yang berkaitan dengan pelajar. Apabila perwakilan data telah

dilaksanakan, maka barulah keputusan boleh dibuat dan pada masa yang sama, proses kenapa

keputusan itu dibuat boleh dilihat. Cara terbaik untuk mempelajari cara melaksanakan perwakilan

data adalah dengan menjalankan projek di mana sesuai  isu diterokai dan diilutrasikan melalui

beberapa proses dan kemahiran. Peringkat-peringkat dalam perwakilan data adalahUnit 1 Pengenalan Asas Pengurusan Data|5

permasalahan, mengemukakan soalan, pengumpulan data, data, analisis data dan keputusan

interpretasi.

Sukatan Kecenderungan Memusat

Terdapat tiga jenis ukuran kecenderungan memusat iaitu min, mod dan median. Min adalah

purata satu kumpulan data. Min dikira dengan menjumlahkan semua nombor dan

membahagikannya dengan bilangan nombor tersebut. Ia juga menggambarkan prestasi

keseluruhan untuk  tujuan perbandingan. Min  juga berguna semasa mengira sisihan piawai dan

skor sisihan. Mod pula ialah skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam satu

taburan. Manakala median ialah skor tengah dalam satu susunan taburan menaik atau menurun.

Median boleh dikirakan dengan membahagikan satu set skor yang tersusun kepada dua

bahagian yang sama.

Sukatan serakan

Page 5: Unit Pelajaran 1

Sukatan serakan menghuraikan amaun sebaran antara nilai-nilai set data yang diperhatikan. Set

data yang tersebar luas akan mempunyai nilai sukatan serakan yang lebih besar berbanding

dengan set data yang berkumpul rapat. Dalam unit ini, akan dibincangkan beberapa jenis

sukatan serakan seperti julat, sisihan piawai dan varians serta sukatan serakan berdasarkan

kuartil dan persentil.Unit 1 Pengenalan Asas Pengurusan Data|6

MISKONSEPSI DALAM PENGURUSAN DATA

Kadang kala kita sebagai guru sering bertanya dalam hati, “Mengapakah ramai pelajar termasuk

pelajar yang cerdik memberi jawapan yang salah kepada soalan yang mudah? Mereka

seharusnya boleh menguasai kemahiran matematik dengan mudah.” Ya, keadaan ini sering

berlaku di kalangan pelajar kita. Pelajar sentiasa menghadapi masalah semasa menjawab soalan

matematik. Pernahkah kita merenung kembali penyebab kepada masalah ini? Adakah perlu kita

berusaha membantu dan membimbing pelajar kita yang menghadapi masalah ini? Kesukaran

pelajar dalam mempelajari sesuatu kemahiran baru mungkin disebabkan oleh miskonsepsi yang

wujud untuk tajuk tersebut.

Miskonsepsi membawa maksud kefahaman, tanggapan atau kepercayaan yang berbeza

daripada kefahaman yang diterima pakai pada satu-satu masa (yang membawa maksud satu

kesalahan). Miskonsepsi akan menjadi halangan untuk melangkah ke tajuk yang seterusnya

sekiranya tidak diselesaikan dengan segera. Sebagai seorang guru, kita haruslah selalu peka

terhadap penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran. Sebaik sahaja mendapati pelajar

melakukan kesilapan, tugas guru ialah mencari sebab dan cara mengatasi supaya dapat

membetulkan kesilapan mereka.

Page 6: Unit Pelajaran 1

RUMUSAN

Konsep matematik hendaklah dibina melalui interaksi bersahaja di dalam suasana pembelajaran

yang kaya dengan kepelbagaian dan bukannya terkongkong oleh arahan aktiviti guru yang terlaluUnit 1 Pengenalan Asas Pengurusan Data|7

berstruktur. Aktiviti pengumpul data dan analisis data seharusnya memberi peluang pelajar

untuk membina dan memahami konsep dan proses-proses mengenai asas pengurusan data.

Sebahagian daripada pengalaman mengenai konsep dan proses itu ialah perbendaharaan kata.

Seterusnya kemahiran mengumpul dan mengelaskan  ini sangat penting untuk digunakan dalam

semua aspek kehidupan seharian. Kita perlu mengumpul pelbagai data setiap hari: memadan;

membanding dan menyusun. Seterusnya apabila seseorang bijak menyelesaian masalah,

mereka dapat menyusun maklumat terlebih dahulu dan membuat kesimpulan serta dapat

membuat jangkaan mengenai situasi masa hadapan. Lebih pelbagai pengalamannya, akan

menjadikannya seorang yang lebih fleksibel.Unit 1 Pengenalan Asas Pengurusan Data|8

Rujukan

Weiss, N. A. (2005). Introductory Statistics (7th Ed.). Boston: Pearson & Addison Wesley.

Utts, J. M., & Heckard, R. F.(2004). Mind on Statistics (2nd Ed.). Belmont, CA: Thomson Learning.