36
SLQ4092 : PEMIKIRAN ISLAM TAJUK UJIAN : PANDANGAN ISLAM LIBERAL TERHADAP HAK ASASI MANUSIA DAN PERBANDINGANNYA DARI PERSPEKTIF ISLAM Disediakan Oleh SYED OTHMAN B AHMAD ALKAFF NO MATRIK: SX035687PID01

Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

  • Upload
    othmana

  • View
    509

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

SLQ4092 : PEMIKIRAN ISLAM

TAJUK UJIAN :PANDANGAN ISLAM LIBERAL TERHADAP HAK ASASI MANUSIA

DAN PERBANDINGANNYA DARI PERSPEKTIF ISLAM

Disediakan Oleh

SYED OTHMAN B AHMAD ALKAFF NO MATRIK: SX035687PID01

Page 2: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

1.0 ISI KANDUNGAN

1.0 ISI KANDUNGAN 1

2.0 PENGENALAN 3

3.0 PANDANGAN ISLAM LIBERAL TERHADAP HAK ASASI MANUSIA 6

4.0 HAK ASASI MANUSIA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM 8

5.0 KESIMPULAN 25

6.0 BIBLIOGRAFI 27

LAMPIRAN 1-SEJARAH ISLAM LIBERAL MENURUT 'ISLIB' 29

LAMPIRAN 2- Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 31

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)2

MUKA SURATDAFTAR ISI

Page 3: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan(2002:801), Liberal ertinya bersifat condong kepada kebebasan

dan pemerintahan yang demokratik, fahaman bebas, bersifat atau berpandangan bebas,

berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada satu aliran pemikiran).

Istilah "Islam Liberal" pertama kali digunakan oleh para penulis Barat seperti Leonard

Binder dan Charles Kurzman. Binder menggunakan istilah 'Islamic Liberalism', sementara

Kurzman memakai istilah 'Liberal Islam'. Secara tersirat kedua-duanya mempercayai bahawa

Islam itu banyak; 'Islam Liberal' adalah salah satunya. Namun sebelum kita melanjutkan

perbincangan ini, pertamanya kita mesti nyatakan dahulu bahawa Islam itu satu dan tidak

banyak. Yang nampak banyak sebenarnya adalah 'mazhab' dalam Islam, bukan Islam itu sendiri.

Jadi istilah 'Islam Liberal' yang kita maksudkan disini adalah "Pemikiran Islam Liberal" yang

merupakan satu aliran berfikir baru di kalangan umat Islam. Demikianlah pandangan Ugi

Suharto, Dr., (2002: 1-2) dalam laman web yang dimuat turun pada 25 Ogos 2007 di alamat

http://www.muftiselangor.gov.my/E-book/KoleksiArtikelIstinbat/IslamLiberal.htm

Menurut Sharom TM Sulaiman (2002:165), ungkapan "Islam Liberal" mungkin berbau

kontradiksi dalam peristilahan (contradiction in terms). Selama berabad-abad, barat telah melihat

Islam dengan unsur-unsurnya yang eksotik. Kepercayaan Islam disamakan dengan fanatisme,

sebagaimana diungkapkan oleh Voltaire dalam tulisnnya Mohamet, or fanatism. Islam juga

disamakan dengan kezaliman, seperti diungkapkan Mountseqieu sebagai "Kezaliman Timur".

Beliau (2002:165) selanjutnya menyatakan bahwa: Tema-tema di atas berlanjutan hingga

ke hari ini, sebagaimana persepsi barat tentang Islam yang disinonimkan sebagai imaginasi-

imaginasi terorisme dan gambaran teokrasi yang menakutkan sehingga umat Islam dianggap

berfahman radikal, militan dan jihad. Seterusnya, beliau(2002:166) , enyatakan, memang

sebahagian Muslim sepakat dengan para orientalis Barat bahawa Islam belum diberi kesempatan

untuk berubah. Hal inilah yang menyebabkan umat islam dihadapkan kepada sebuah cabaran

untuk memberi tafsir kontekstual terhadap bebrbagai persoalan. Namun wacana tafsir

kontekstual itu masih menjadi perdebatan yang kontroversial dikalangan umat Islam. Seorang

Muslim Pakistan pernah menulis: "Orang yang berfikir tentang reformasi atau modenisasi Islam

adalah tersalah jalan, mereka yang berfikir tentang reformasi atau modenisasi Islam itu pasti ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)3

Page 4: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

akan gagal. Mengapakah Islam harus dimodenkan? Bukankah pemodenan Islam telah selesai,

murni, sempurna dan universal serta berlaku pada setiap waktu?"

Mohd Asri Zainal Abidin et al. (2006:37-38) menyatakan perkataan Liberal bermaksud

yang terbuka dan tidak terkongkong. Dalam laman web JIL (Jaringan Islam Liberal) beralamat

http://islamlib.com/id , mereka mentafsirkan diri mereka sendiri dengan berkata:

‘Nama ‘Islam Liberal’ menggambarkan prinsip-prinsip yang kami anuti, iaitu Islam yang

menekankan kebebasan peribadi dan pembebasan dari struktur sosial-politik yang menindas.

‘Liberal’ di sini membawa dua maksud, iaitu kebebasan dan pembebasan. Kami percaya bahawa

Islam selalu dikaitkan dengan kata sifat, sebab pada hakikatnya, Islam ditafsirkan secara

berbeza-beza sesuai dengan keinginan penafsirnya. Kami memilih satu jenis tafsiran dan dengan

demikian satu kata sifat diberikan terhadap Islam, iaitu ‘Liberal’.’

Selanjutnya, Mohd Asri Zainal Abidin et al. (2006: 38) menyatakan bahwa daripada

gabungan perkataan di atas, kita dapat merasakan seolah-olah aliran Islam Liberal ingin

menyandarkan diri kepada Islam. Namun, dalam masa yang sama tidak mahu terikat dengan

prinsip-prinsip Islam atau ingin bebas daripada kekangan akidah, ibadat, muamalat dan akhlak

Islam.

Walaupun berbagai takrifan cuba diberikan dalam mendefinasikan Islam Liberal, namun

bagi saya menurut Mohd Asri Zainal Abidin et al. (2006:38-39) aliran ini seakan menganggap

Islam yang terkandung nas-nas al-Quran dan al-Sunnah adalah Islam terbelenggu, terikat dan

tidak bebas. Mereka cuba membebaskan Islam dariapada sebarang ikatan syarak. Caranya

dengan menafsir mengolah atau menafikan apa sahaja dalil syarak agar bersesuian dengan

pemikiran mereka berteraskan falsafah Barat yang mereka anggap sebagai bangsa yang

bertamadun. Hasilnya, kita dapat liahat pelbagai tafsiran dan penyelewengan di atas nama agama

muncul dalam aliran ini. Sehingga tokoh aliran ini Irshad Manji umpamanya, menyokong

perkahwinan sesama jenis.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)4

Page 5: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2.1 Sejarah Islam Liberal

Dalam kajian sejarah menurut Sharom TM Sulaiman (2002:166), dikalangan umat islam

memang terdapat pemahaman-pemahaman yang beraneka ragam. Di antara variasi pemahaman

itu ialah adanya sebuah tradisi yang disuarakan dengan konsisten selari dengan liberialisme di

dunia Barat. Para pemikir dan sarjana Islam yang menganjurkan Islam Liberal sering dituduhkan

sebagai terpengaruh dengan Barat, tali barut barat, sekular, dan tidak memahami Islam secara

sebenar atau yang murni. Bertolak daripada tradisi Liberal yang sering terabai, bahkan sangat

kontroversial kerana membahaskan tentang gagasan-gagasan Islam yang paling liberal dalam

pemikiran dunia Islam dewasa ini.

Sebenarnya, menurut beliau lagi (2002:167), tradisi yang disebut sebagai Islam Liberal

ini sangat menggugah, kerana mentradisikan atau menganjurkan pemikiran Islam yang terbuka,

inklusif dan menerima usaha-usaha ijtihad kontekstual.

Charles Kurzman dalam buku suntingannya yang menarik, Liberal Islam: A Sourcebook

(1998) yang menghimpunkan pelbagai tulisan pemikir-pemikir Islam tentang susur galur

pemikiran yang bertemakan Islam Liberal, tellah menyebut enam gagasan yang digunakan

sebagai kayu pengukur sebuah pemikiran Islam Liberal, iaitu:

pertama, melawan teokrasi dan idea-idea yang hendak mendirikan negara Islam.;

kedua, mendukung gagasan demokrasi; ketiga, membela hak-hak perempuan;

keempat, membela hak-hak non-muslim; kelima, membela dan mempertahankan kebebasan

berfikir; dan keenam, membela gagasan kemajuan.

Sesipapun menurut Kurzman, yang membela slah satu daripada enam gagasan tersebut,

dia adalah seorang Islam Liberal.

Sebenarnya, menurut Sharom TM Sulaiman lagi (2002:167), latar belakang pemikiran

Islam Liberal mempunyai akar yang jauh sampai pada masa keemasan Islam (the Golden Age of

Islam). Teologi rasional Islam yang dikembangkan oleh Mu'tazilah dan ahli falsafah seperti Al-

Kindi, Ibni Sina, Al-Farabi dan Ibnu Rusyd selalu dianggap telah mampu menjadi perintis

perkembangan kebudayaan moden. Begitu juga dengan Ibnu Khaldun, di mana pemikiran

Islamnya tentang sosiologi politik mendapat tempat dalam keseluruhan refleksi Islam dan

perubahan sosial. Oleh itu, pentafsiran kembali (ijtihad) menjadi suatu keharusan mutlak dalam

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)5

Page 6: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

perubahan politik. Liberalisme Islam yang juga sinonim dengan "Islam Radikal" turut mendapat

tempat di kalangan pemikir Islam seperti Jamal al-Din Afghani (1839-1897), Muhammad abduh

dan Muhammad Rasyid Redha yang mana gerakan tajdid mereka sering dianggap sebagai

gerakan modenisme Islam yang awal. Namum mereka juga tidak terlepas daripada tuduhan

sebagai tali barut Barat kerana gagasan progresif yang bersifat pembaratan. Dalam konteks Islam

Liberal Kontemporari, para 'pemikir' yang sering disinonim dengan pemikiran Islam Liberal

ialah Nurcholis majid(Indonesia), Hassan Hanafi (Mesir), Asghar Ali Engineer (Pakistan), Abd

Karim Soroush (Iran), Mohamed Arkoun (Perancis) dan Fatima Mernissi (Morocco) yang telah

berjaya melahirkan karya yang menggugah pemikiran. (Lihat Lampiran 1, untuk sejarah Islam

Liberal sebagaiman di sebut pendokong mereka di halaman internet beralamat

http://www.geocities.com/liberal_islam/bahaya_islam_liberal.htm)

Akan tetapi pandangan Islam sebagaimana dijelaskan Idris bin Zakaria, Prof. Madya Dr.

(2006:2), Liberalisma iaitu kebebasan berfikir dan bertindak individu tanpa had adalah satu

fahaman yang muncul di Eropah asalnya, dan bukan dari dunia Islam. Fahaman ini menyerap ke

dalam masyarakat Islam melalui proses penjajahan dan pembaratan sekitar abad ke 16/17. Reaksi

umat Islam kemudiannya pada abad ke 18/19 terpecah dua kelompok; Pertama, kumpulan yang

menolak pengaruh barat dan Kedua, kumpulan yang menerima. Kumpulan tradisionalis yang

berpegang kepada asas-asas fundamental Islam, menolak dan menentang. Kumpulan kedua yang

lazimnya mendapat pendidikan Barat atau liberal dan terpegun dengan kemajuan Barat yakin bahawa

apa yang datang dari Barat baik belaka, kita diminta meniru dan mendewakan Barat. Hal ini berlaku

di seluruh dunia Islam. (Idris bin Zakaria, Prof. Madya Dr., 2006:2).

Ada yang mendakwa liberalisme ini adalah juga pemodenan dalam Islam. Ini amatlah salah.

Pemodenan fikiran Islam yang digerakkan oleh Muhammad Abduh, Rashid Rida, Iqbal dan lain-

lainnya bukan mahu menyoal keteoritian al-Quran, Rasulullah SAW, Rukun Islam dan Rukun Iman.

Mereka mahu aplikasi Islam dalam tuntutan dunia semasa supaya umat Islam maju tetapi bertolak

dari gagasan Islam. Demikian mazhab Islam dahulu seperti jabariah Khawarij dan sebagainya.

Mereka juga mentafsir ayat-ayat al-Quran dan hadith tetapi tidak bertindak mengkritik otoriti al-

Quran atau kerasulan Nabi Muhammad SAW, hukum-hakam faraid dan sebagainya. Kumpulan

Liberalisma ini sangat radikal. Mereka mahu menolak al-Quran, Syariah, menyamakan akidah Islam

dengan lain-lain agama, menentang superiority lelaki ke atas wanita, menolak ketentuan faraid dalam

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)6

Page 7: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

al-Quran dan lain-lain lagi. Gerakan kumpulan ini wajib dihapuskan. (Idris bin Zakaria, Prof. Madya

Dr., 2006:15).

3.0 PANDANGAN ISLAM LIBERAL TERHADAP HAK ASASI MANUSIA

Menurut Adian Husiani et al. (2003: 48-49) aktivis terkenal Islam Liberal Ulil Absar

Abdalla menjelaskan pendirian pegangan mereka :

(1) “Soal jilbab, potong tangan, qishah, rajam, janggut, jubah, tidak wajib diikut,”

(2) “Segala produk hukum Islam klasik yang membezakan antara kedudukan orang Islam dan

bukan Islam (non-Islam) harus diubah dan diperbetulkan,”

(3) “Larangan kawin perbezaan agama antara perempuan Islam dan lelaki bukan Islam sudah

tidak relevan lagi,”

(4) “Tidak ada yang disebut hukum Tuhan’”

(5) “Kita tidak diwajibkan mengikuti Rasul secara harfiah,”

(6) “Wahyu tidak berhenti pada zaman Nabi; Wahyu terus bekerja dan turun kepada manusia,”

(7) “Memandang aspek-aspek beliau (Nabi Muhamad) sebagai manusia yang juga banyak

kekurangannya,”

(8) “Upaya menegakkan syariat Islam adalah wujud ketidakberdayaan umat,”

(9) “Semua agama adalah tepat berada pada jalan panjang menuju Yang Maha Benar.

Dalam kertas kerja Ancaman Dan Tentangan Terhadap Islam Dan Muslim; Tumpuan

Kes: Liberalisma / Pluralisma, oleh Prof. Madya Dr. Idris bin Zakaria (2006:7-9) menukil bahwa

Abdullah al-Naim, seorang penulis berasal dari Sudan telah menulis buku “Toward an Islamic

Reformation” (1989). Abdullah mahu merombak cara berfikir umat Islam terhadap syariat.

Syariat hanyalah ciptaan manusia. Ia tidak suci. Perlaksanaan hukum Islam hanya memberi

impact counter-productive. Hukum-hukum Islam melanggar Hak Asasi Manusia dan tidak

sesuai dengan perkembangan zaman. Abdullah terpengaruh kuat dengan orientalis Barat yang

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)7

Page 8: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

bencikan Islam iaitu antaranya Goldziher, Schacht dan Coulsan yang lama menyebut bahawa

syariat Islam adalah ciptaan fuqaha selama 300 tahun. Abdullah juaga turut bersetuju dan

menyebut hal berkenaan. Kumpulan Islam liberal menggunakan idea ini untuk menolak hukum

Islam. Oleh itu, Negara Islam pun tidak ada. Mereka sebenarnya gagal membezakan antara

Syariat dan Fiqh, Qat’iyyat dan Ijtihadiyat, Thabat dan Muta-ngaiyirat dan sebagainya dalam

sistem Ilmu-ilmu Islam. Konsep Ijtihad dalam Islam membuka ruang untuk umat Islam

menyusun keputusan baru menurut masalah-masalah semasa.

Golongan Liberal ini tidak berminat berpegang kepada hadis nabi. Mereka mempertikaikan

kesahihan hadis dan menolak kuasa mutlaknya. Di Malaysia kumpulan ini telah menolak hadis. Hadis

menurut mereka hanyalah rakaman sejarah masa lalu. Ia boleh dibaca jika perlu. Sedangkan dalam

Islam, Allah SWT telah memerintahkan hambanya taat kepada Tuhan melalui patuh kepada al-

Quran, turut dan patuh kepada Rasulullah SAW sebagai Nabi dan juga Rasul. Ijmak para ulamak juga

telah diinstitusikan. Kumpulan liberal ini menolak ijmak. Malah menurut mereka ijmak-ijmak itu

adalah ijmak Pak Arab!

Golongan Liberal ini menolak kuasa mutlak agama. Mereka menekankan kebebasan

memberi dan menentukan fikiran. Apa pun permasalahan agama, semua orang berhak memberi

pendapat. Semua orang boleh berijtihad. Kuasa mutlak agama hanya diada-adakan. Oleh itu ulamak

pun tidak perlu. Mereka merujuk kepada analisa-analisa orientalis-kristian, sebab mereka lebih pandai

dan lebih kritikal. Sedangkan dalam apa ilmu pun ada pakarnya. Dalam agama pun, tentu ada ulamak

dan cendiakawan-cendiakawan Islam. Mereka bukan monopoli hal-hal Islam, tetapi ahli atau pakar.

Selanjutnya, Idris bin Zakaria, Prof. Madya Dr.(2006:16) menyatakan bahwa Liberalisma

mahu membuang syariah. Mereka berpendapat syariat Islam banyak bertentangan dengan piagam

hak asasi manusia dan tuntutan zaman moden. Oleh sebab ia tidak sesuai, maka ia perlu dirobah.

Hukuman bagi penzina, pencuri dan lain tidak jelas dalam al-Quran. Fuqaha juga membuat

peraturan. Maka ia perlu ditukar. Tetapi Islam membuka pintu Ijtihad. Empat mazhab yang ada jelas

unsur progresif yang diamalkan.Fiqh dan bukan jumud. Tetapi mereka mahu ijtihad cara mereka

bukan cara yang telah diinstitusikan dalam sejarah Islam.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)8

Page 9: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Kesimpulannya, hak asasi manusia menurut Islam Liberal ialah apa saja yang di sebut

sepakati oleh Barat serta oleh analisa-analisa orientalis-kristian sebab mereka lebih pandai dan lebih

kritis, maka itulah hak asasi manusia menurut mereka..

4.0 HAK ASASI MANUSIA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Penggunaan istilah hak asasi manusia telah diterima secara universal, tetapi kefahaman

masyarakat dari segi asas dan perlaksanaan masih dipersoalkan. Hak asasi manusia adalah asas

kepada sistem(hukum) Demokrasi iaitu ia berprinsipkan kebebasan. Terdapat 4 prinsip

kebebasan di dalam hak asasi manusia iaitu;

i) kebebasan beraqidah, ii) kebebasan berpendapat/bersuara, iii) kebebasan hak milik dan iv)

kebebasan tingkah laku.

Kaum muslimin pada masa kini telah menganggap hak asasi manusia yang berasal

daripada barat tetapi tidak bertentangan dengan Islam itu boleh diterima dan diterapkan serta ada

yang menjadikannya sebagai matlamat perjuangan Islam.

Mohd Azizuddin Mohd Sani (2002:48) menyatakan pada abad ke 7, Saiyidina Ali selaku

Khalifah yang keempat, di ketika beliau ingin melantik Malik Al-Ashtar sebagai Gabenor Mesir,

beliau menyerahkan surat perintah kepada Al-Ashtar yang antara lain mengandungi dokumen

penting berkenaan pentadbiran politik dan juga hal-hal yang berkaitan dengan hak asasi manusia.

Antara isi kandungan surat tersebut, Ali menasihatkan Al-Ashtar supaya tidak menggunakan

kekuasaan untuk memaksa pendapat. Panduan utama adalah melaksanakan keadilan dan

mendapat sokongan dari rakyat yang terdiri daripada pelbagai golongan. Golongan yang harus

dikawal ialah golongan pembesar-pembesar masyarakat dan golongan pedagang.

Berdasarkan surat tadi, terdapat dua jenis hak asasi manusia yang ditekankan oleh

Saiyidina Ali yaitu hak layanan adil dari pemerintah dan hak berilmu pengetahuan. Penganjur

kamanusiaan barat pasti gembira jika mereka mengetahuinya.

Mohd Azizuddin Mohd Sani (2002:48-49) menekan bahwa ada tiga perkara yang boleh

diperjelaskan bagaimana Islam melihat persoalan hak-hak asasi mausia:

Pertama; di dalam Islam gagasan berkenaan persaudaraan manusia didasari pendekatan

bahwa Pencipta merupakan satu kesatuan. Islam sebagai satu agama monoteistik menunjukkan

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)9

Page 10: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

kebenaran dan satu-satunya alternatif yang meredakan kemarahan yang disebabkan oleh

prasangka buruk melalui kaum, jantina, warna kulit dan agama. Fahaman humanisme tidak dapat

menggantikan peribadi Tuhan kerana fahaman ini tidak mampu menyediakan dasar-dasar

metafizik bagi keobjektifan nilai-nilai di samping tidak berhasil menyusun aturan moral secara

memuaskan.

Kedua; hak-hak asasi bagi memperoleh kesamarataan dan kemerdekaan dapat diperolehi

di dalam lingkungan negara-negara demokrasi yang diperintah oleh golongan bijak pandai.

Prinsip Islam berkenaan ijma tetap tidak ditangani sebagai satu alat untuk menghilangkan dan

mempertahankan hak dan keawajiban. Demokrasi yang digambarkan oleh Islam tidak akan

melahirkan tirani massa seperti beberapa negara demokrasi moden kini.

Ketiga; ajaran undang-undang semulajadi memerlukan satu dokongan yang melibatkan

dasar metafizik bagi nilai-nilai tertentu. Perkara ini hanya dapat diatasi melalui panduan yang

dibawa oleh al-Quran yang mengakui Penciptanya adalah mengatasi segalanya tetapi mampu

berhubung dengan ciptaannya khususnya manusia. AlQuran menempatkan undang-undang

semulajadi di hati manusia yang sedia mengetahuinya. Cara dan tujuan mencari maknanya hanya

dapat dipraktikkan melalui tindakan di dalm persekitarannya.

Mohd Azizuddin Mohd Sani (2002:51) menyatakan lagi bahwa Kurshid Ahmad pernah

menyatakan bahawa Islam merupakan satu gerakan sosial yang bertujuan untuk menegakkan

jenis masyarakat tertentu dan menciptakan jenis individu yang tertentu. Ini jelas apabila wahyu

diturunkan Allah s.w.t. sebagai petunjuk kepada umat manusia keseluruhannya bagi membentuk

manusia seimbang dari segi amalannya di dunia dan keselamatannya di akhirat. AlQuran dan

Sunnah dijadikan panduan yang mewajibkan setiap umat Islam memetuhinya dalam membentuk

jati diri yang ideal bagi setiap manusia. Panduan yang dikemukakan oleh AlQuran dan Sunnah ,

juga meliputi hak-hak yang diperolehi oleh manusia dan harus ditaati serta diamalkan. Oleh itu,

tidak hairanlah isi kandungan AlQuran dan Sunnah mengandungi banyak sekali ayat-ayat yang

menyentuh dengan jelas sekali berkenaan hak asasi manusi untuk diamalkan oleh manusia

keseluruhannya sama ada di peringkat individu ataupun negara.

AlQuran dan Sunnah menyentuh banyak sekali perihal yang bersangkutan dengan hak

asasi sebagaimana yang dinyatakan berikut:

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)10

Page 11: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

i. Terdapat 40 ayat al-Quran mengenai paksaan dan pemaksaan, lebih 10 ayat

bersifat melarang paksaan, bernaksud sebagai jaminan kebebasan berfikir dan menganut agama.

(al-Baqarah, 2:256), (Yunus, 10:99) dan (al-Kahfi, 18:29).

ii. Islam menjamin keadilan dan mengaplikasikan tindakan secara keadilan.

Sesungguhnya tidak ada beza antara lelaki dan perempuan ataupun antara Muslim dan bukan

Muslim ataupun antara orang dewasa dan kanak-kanak. Jika dihitung terdapat 320 ayat dalam

pelbagai aspek menyentuh kezaliman dan mereka yang melakukan kezaliman. Terdapat pula

kira-kira 54 ayat yang menyangkut perihal keadilan dalam pelbagai aspek termasuklah aspek

pengadilan.

iii. Islam memerintahkan setiap manusia menghormati dan menjaga kehidupannya

sebagai suatu nikmat Allah. Maka faktor-faktor yang diperlukan bagi menentukan dan

menjamin kehidupan yang sejahtera kepada umat manusia. Terdapat 70 ayat mengenai bunuh

dan pembunuhan, antaranya dalam Surah al-Maidah, 5:32. Dan selain itu 20 ayat al-Quran

berkenaan kehormatan da kemuliaan manusia, antaranya dalam Surah al-Isra’, 17:70.

iv. Terdapat 150 ayat al-Quran mengenai manusia dan proses kejadiaanya termasuk

persamaan berasaskan faktor-faktor asas kejadian manusia antaranya seperti dalam Surah al-

Hujurat, 49:13.

v. Ketika Haji Wida’, Rasulullah s.a.w. telah menggariskan asas-asas hak asasi

manusia, yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim bahwa darah manusia, harta-harta mereka,

kehormatan mereka atas manusia lain adalah haram seperti haramnya hari ini, di negeri ini dan

pada bulan ini

Abul A'la Maududi (1980: 7-22) menghuraikan lapan hak asasi manusia yang

dijamin oleh pemeritahan Islam yaitu:

Pertama, hak untuk hidup. AlQuran dalam Surah al-Maidah, 5:32 menjelaskan :

, , ,

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)11

Page 12: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Maksudnya: "Sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang

membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka

seolah-olah Dia telah membunuh manusia semuanya".

Ayat ini memberikan kesedaran dan amaran kepada setiap manusia bahwa

pembunuhan ke atas sesorang individu itu bukan sekadar bermakna membunuh individu tersebut

malah ia juga membawa kesan pemusnahan keseluruhan generasi manusia. Ia juga sebagai bukti

Islam mengutamakan hak untuk hidup setiap manusia, dan juga merangkumi nyawa diri sesorang

itu sendiri seperti tersebut dalam Surah al-An'aam, 6: 151.

Kedua, keselamatan jiwa. Islam mengutamakan keselamatan nyawa bagi setiap

manusia. Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Maidah, 5:32:

ma mmmmm a

Maksudnya:. .... dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka

seolah-olah Dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.

Ada banayak cara untuk menyelamatkan manusia dari kematian. Apabila seseorang

sedang sakit atau cedera, maka menjadi kewajipan kita untuk menolongnya mendapatkan

bantuan perubatan. Apabila ia hampir mati kerana kelaparan, maka kewajipan kita untuk

memberinya makanan dan sebagainya. Kita melihatnya sebagai kewajipan untuk menyelamatkan

hidup setiap manusia keran itulah yang diperintahkan al-Quran.

Ketiga, kehormatan wanita. Islam mewajibkan agar kehrmatan mereka dipelihara pada

setiap tempat, ketika dan suasana tanpa mengira keturunan, warna kulit, agama kerakyatan dan

sebagainya. Sebarang tindakan yang boleh mencemarkan kehormatan mereka juga dilarang

seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah dan

kemungkaran. Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Isra' 17: 32

kkkk e e

e mu

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)12

Page 13: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu

perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Konsep jaminan kesucian dan keselamatan terhadap kaum wanita ini hanya terdapat

dalam Islam dan tidak terdapat dalam mana-mana agama ataupun undang-undang lain. Bahkan

dalam peperangan serta penakhlukan tentera sekalipun, tidak pernah terjadi perkosaan tentera

Islam terhadap wanita sebagimana yang kezaliman tentera Barat yang ganas!.

Keempat, hak keperluan asasi, seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk hidup.

Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Dzariyaat, 51:19

, , , , , , 51

Maksudnya: Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian Yang mereka tentukan menjadi)

hak untuk orang miskin Yang meminta dan orang miskin Yang menahan diri (daripada

meminta).

Menurutnya pertolongan ini diberi tanpa terikat kepada agama, keturunan, warna kulit

ataupun faktor geografi. Maka barangsiapa yang dalam kedudukan boleh memberikan bantuan

atau seorang yang miskin memohon batuan atau apabila seorang mengetahui ada orang yang

dalam kesusahan, maka wajiblah atasnya memberi pertolongan terhadap orang itu.

Kelima, hak kemerdekaan. Sebelum kedatangan Islam, perhambaan adalah amalan sosial

yang kuat diamalkan. Islam datang menggalakkan pembebasan hamba secara sukarela. Tentang

hal ini secra tegas Nabi s.a.w. mengatakan sebagai berikut: " Ada tiga kategori manusia yang aku

sendiri akan dakwanya pada Hari Kiamat. Dari ketiganya ini, salah satu adalah mereka yang

menyebabkan seorang yang merdeka menjadi hamba, kemudian menjualnya dan memakan wang

hasil penjualannya." (Hadis riwayat Bukhari dan Ibnu Majah).

Hadis ini tidak membatasi terhadap sesuatu kaum atau ras atau bangsa atau terhadap

penganut agama tertentu. Negara Barat-Eropah kononnya kata mereka dah hapuskan

perhambaan. Padahal mereka lah telah menyerbu Afrika dan Amerika serta melakukan

perdagangan hamba selama lebih 350 tahun yang melibatkan 20 juta orang!

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)13

Page 14: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Keenam, hak mendapat keadilan. Ini adalah hak yang sangat penting dan bernilai yang

Islam berikan kepada manusia. AlQuran telah menetapkan dalam Surah Maidah, 5: 3

s s s s

s s l

Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-

orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-

kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan

keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir

kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan

mendalam akan apa Yang kamu lakukan.

Keadilan yang dijamin Islam tidak terhad kepada orang yang taat dan teguh kepada Islam

malahan untuk seluruh manusia tanpa mengira keturunan, agama , faktor geografi , warna kulit

dan sebagainya.

Ketujuh, hak persamaan sesama manusia. Islam tidak sahaja mengakui prinsip antara

manusi tanpa melihat , warna kulit , ras dan kebangsaan, bahkan ia meletakkannya sebagai satu

realiti yang penting. Tuhan yang maha Kuasa telah menetapkan dalam al-Quran Surah Hujurat

ayat

y y y

y

y ya t

Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan

perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu

berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-

mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)14

Page 15: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam

pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

Pembahagian ini bukan untuk kebanggaan tetapi agar saling berkenalan, tiada kelebihan antara

satu dengan lain melainkan taqwa, moral yang tinggi dan berbudi pekerti baik.

Dan terakhir kelapan, hak untuk Kerjasama dan Tidak Bekerjasama. Islam telah menjelaskan

prinsip umum yang sangat penting dan berlaku secara universal. Firman Allah s.w.t. dalam Surah

Maidah ayat 2:

MMMM a

a i

Maksudnya:...dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa,

dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan

bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa

Yang melanggar perintahNya).

Maka orang yang melakukan perbuatan mulia atau kebaikan tidak kira dari mana dia

berasal, maka harus dapat sokongan dari orang Muslim, dan demikian sebaliknya terhadap yang

berbuat dosa dan permusuhan harus di pulaukan, tak kira dia siapapun, walaupun adik-beradik

atau saudara mara kita. (Sekian petikan pembentangan Abu A'laa Maududi.)

Mohd Azizuddin Mohd Sani (2002:49-50) menyatakan bahwa Sultanhuseein Tabandeh

yang menulis buku bertajuk 'Tanggapan Muslim terhadap Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia'

pada tahun 1966 yang mana beliau cuba menjelaskan apa yang boleh dan tidak boleh diterima

melalui deklarasi tersebut. Ia membahagikan kepada tiga kategori:

i) Perkara-perkara di mana prinsip-prinsip Islam lebih baik daripada apa yang

disusun pada tahun 1947. kata beliau 'Islam adalah di atas dan tidak ada yang

mengatasinya'.

ii) Ada ketentuan-ketentuan yang boleh diterima oleh semua orang ataupun setidak-

tidaknya tidak ditolak.

iii) Ada ketentuan-ketentuan yang tidak dapat diterima oleh orang Islam.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)15

Page 16: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Berdasarkan kepada tiga perkara tadi, Sultanhuseein Tabandeh menjelaskan bahwa berdasarkan

Perkara 2 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia menyebut bahawa persamaan hak harus

dijadikan ketentuan tanpa perbezaan. Beliau mengkritik Perkara 2 ini kerana bagi beliau Islam

tidak dapat menginkarinya adanya perbezaan antara Muslim dan bukan Muslim, malah sesama

Muslim sekalipun. Manakala Perkara 16(2) berkenaan keluarga dan perkahwinan, beliau secara

kritikal menjelaskan bahawa Perkara ini mengandungi beberapa persoalan yang secara langsung

bertentangan dengan ajaran Islam.dan tidak dapat diterima oleh umat Islam keseluruhannya. Ini

kerana tidak seorang Islam pun sama ada lelaki atau perempuan boleh menjalinkan hubungan

dengan seorang musyrik ataupun kafir serta tidak seorang wanita Islam boleh berkahwin dengan

bukan Muslim. Oleh itu, Perkara 16 itu berkenaan bebas berkahwin adalah keliru sama sekali.

Dan Islam tidak dapat menerimanya. Selain itu, Perkara 18 yang membincangkan juga berkenaan

kebebesan beragama dikritik dengan alasan bahawa :

i) Islam tidak dapat menerima propaganda ataupun seruan agama lain.

ii) Islam membenarkan penganut lain memeluk Islam tetapi tidak sebaliknya iaitu

penganut agama Islam tidak boleh menukar agama ke agama lain.

Secara keseluruhannya, pandangan Sultanhuseein Tabandeh mendapat sokongan sebahgian besar

umat Islam dalam usaha mereka menilai Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia tersebut.

A Rahman Zainuddin MA, (1979 ) telah menulis dalam bukunya Hak-hak Asasai Dalam

Islam, beberapa peristiwa di enam seminar mengenai Hak-hak asasi dalam Islam antara ulama

Saudi Arabia dengan Delegasi ahli hukum Eropah antaranya: Seminar Riyadh, 22 March 1972

mengenai Hukuman Hudud dalam Islam, hukuman Mati, memorandum Kerajaan Aran Saudi

mengenai Artikel 16 – perkahwinan wanita Islam dengan lelaki bukan Islam; dan Artikel 18 –

Bertukar agama (murtad); Seminar Dewan Eropah mengenai Satunya keluarga manusia dalam

Islam; dan Seminar Paris ke 2 - Kedudukan Wanita dalam Islam;

Saya tuliskan di sini kerana ia berkait dengan penolakan Islam Liberal terhadapnya dan

pandangan Islam mengenai masalah tersebut.; di Seminar ini para ulama Saudi Arabia telah

menjelaskan akan kedudukan perkara tersebut dengan penuh hikmah serta logik; dan mengapa

umat Islam mesti membangkang dan menolak Artikel 16 dan 18.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)16

Page 17: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

A Rahman Zainuddin MA, (1979:142 -144 ) menyatakan “ Hak-hak asasi manusia dalam

Islam” dapat disimpulkan dengan ringkasan yang telah dikemukakan oleh teks-teks syariat Islam

mengenai pokok masalah dalam bentuk berikut:

a. Kemuliaan martabat manusia demi melaksanakan teks al-Quran

* ô�s)s9ur $oYøB§ �x. ûÓÍ_ t/ t….Py #� uä ÇÐÉÈ

Bermaksud : Sesungguhnya telah kami muliakan anak cucu Adam “.

( Surah al-Isra ayat 70 )

b. Tidak ada perbezaan antara seseorang manusia dengan yang lain dalam soal martabat

kemuliaan dan hak-hak asasi disebabkan oleh kerana asal usul, jenis, bangsa atau kekayaan, demi

untuk melaksanakan tuntutan Islam: “ Orang Arab tidak mempunyai kelebihan atas orang bukan

Arab, orang berkulit putih yidak mempunyai kelebihan atas orang kulit hitam, selain dengan

ketaqwaan”. Demikian juga perkataan dengan : “ Wanita adalah saudara kandung lelaki”.

c. Islam menjelaskan bahawa manusia adalah berasal dari satu dan bagi Allah manusia yang

baik ialah manusia yang berguna kepada manusia itu sendiri.Ini adalah kerana untuk

melaksanakan tuntutan Islam: " makhluk ini adalah keluarga Allah. Orang yang peling dicintai

Allah adalah orang yang paling berguna untuk keluarganya”.

d. Islam menyeru untuk saling kenal dan bertolong tolongan antara bangsa demi untuk

kebaikan tanpa memandang kepada bangsa dan agama sebagaimana maksud ayat al-Quran

dalam surah al-hujurat ayat 13 :

$pk��r'¯»t� �¨$¨ 9Z $# $¯RÎ) /ä3»oYø)n=yz `ÏiB 9�x.s� 4Ós\Ré&ur öNä3»oYù=yèy_ur $\/qãèä© �@ͬ!$t7s%ur (#þqèùu�$yètGÏ9 4 ¨bÎ) ö/ä3tBt�ò2r&

y�YÏã Ç!$# öNä39s)ø?r& 4 ¨bÎ) ©!$# ÓLìÎ=tã × é�Î7yz ÇÊÌÈ

Bermaksud:” Wahai umat manusia sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki

dan perempuan. Dan telah kami jagikan kamu berbagai -bangsa dan bersuku puak agar

saling mengenal. Sesungguhnya semulia-mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)17

Page 18: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

paling bertaqwa diantara kamu”.Sesungguhnya Allah amat mengetahui lagi amat mendalam

pengetahuanya ( surah al-Hujarat ayat 13 )

Demikian juga Allah menyuruh manusia berbuat baik dan adil kepada orang yang tidak

memerangi di dalam Islam. Ini kerana agama tidak mengajak menusia bermusuhan

sebagaimana firman Allah dalam surah al- Mumtahinah, berbunyi :

�w �/ä38yg÷Yt� ª!$# Ç`tã tûïÏ%©!$# öNs9 öNä.qè=ÏG»s)ã� �Îû »ûïÏd�9$#

óOs9ur /ä.qã_Ì�ø�ä� `ÏiB öNä.Ì�»t�Ï� br& óOèdr�éy9s? (#þqäÜÅ¡ø)è?ur

öNÍköés9Î) 4 ¨bÎ) ©!$# �=Ïtä� tûüÏÜÅ¡ø)ßJø9$# »ÇÑBermaksud : Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang

yang tidak memerangi kamu kerana agama, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampong

halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

e. Manusia bebas dalanm menganut aqidah kepercayaan dan tiada paksaan dalam perkara ini,

sebagaiman firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 256, berbunyi :

IoÈ( ÇËÎÏÈ ûïÏe$!$# � Îû on#t�ø.Î)w

Bermaksud : Tidak ada paksaan dalam agama…….

Dan untuk mengamalkan isi al-Quran, seperti firman Allah dalam surah Yunus ayat 99,

berbunyi:

……4 |MRr'sùr& çnÌ�õ3è? }¨$¨Z9$# 4Ó®Lym (#qçRqä3t� �úüÏZÏB÷sãB »ÇÒÒ

Bermaksud : ……apakah patut engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka

menjadi orang-orang yang beriman? .

f. Dilarang melanggar kesucian dan keharmonian harta dan jiwa kamu demi melaksanakan

tuntutan Islam.

g. Menjaga rumahtangga demi memelihara kebebasan manusia, sebagaimana firman Allah

dalam surah al-Nur ayat, 27 berbunyi:

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)18

Page 19: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

$pk��r'¯» t� tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä �w (#qè= äzô�s? $·?qã�ç/ uéö�xÓ öNà6Ï?qã�ç/ 4_ ®Lym (#qÝ¡ ÎSù'tGó¡ n@ (#qßJÏk= |¡ è@ur #�n?tã $ygÎ= ÷ dr& 4

öNä3Ï9ºs� × éö�yz öNä3©9 öNä3ª= yès9 �crã�©.x�s? ÇËÐÈ

Bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk kedalam mana-

mana rumah ayang bukan rumah kamu,sehingga kamu terlebih dahulu memberi salam

kepada penduduknya. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu supaya kamu

beringat( mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu)

h. Jaminan sosial bagi masyarakat untuk mendapatkan kehidupan mulia dan bebas dari

kemiskinan dan yang memerlukan bantuan dengan memberikan hak-hak yang sebenarnya.

Dalam hal ini dapat manusia mengamalkan apa yang disarankan dalam al-Quran surah al-Zariat

ayat 19, berbunyi :

þ�Îûur öNÎgÏ9ºuqøBr& A,ym È@ͬ!$¡¡=Ïj9 ÏQrã�óspRùQ$#ur ÇÊÒÈ

Bermaksud : Dan pada harta-harta mereka (ada pula bahagian yang mereka tentukan

menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri

(daripada meminta ).

Seterusnya dibentangkan tulisan A Rahman Zainuddin MA, (1979:168-197 ), yang saya

ringkaskan, mengenai Hak-hak asasi wanita dalam Islam yang dibahaskan ulama Saudi seperti

berikut:

Dalam momorandum perundangan hak-hak asasi wanita yang telah diadakan di Kerajaan Arab

Saudi yang ditujukan kepada badan internasional yang berkepentingan tersebut, antara teks

syariat Islam dan hak-hak ini dapat dimuliakan. Antara lain, beliau menyebut:

Islam memandang bahawa wanita adalah sebahagian dari manusia dan dianggap sebagai saudara

kandung lelaki. Dengan lain perkataan lelaki dan wanita mempunyai hak sebagai manusia.

Bukan sahaja dalam hadis-hadis Rasulullah yang menjelaskan tentang manusia lelaki dan

perempuan, tetapi juga dalam ayat-ayat al-Quran banyak memperkatakan tentang lelaki dan

perempuan antaranya ialah:

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)19

Page 20: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

a. Manusia dengan jenisnya lelaki dan perempuan dijadikan dari satu jiwa sebagaimana firman

Allah dalam surah al-Nisa’ ayat bermaksud : ” Hai manusia takutlah kepada Tuhanmu yang

telah menciptakanmu dari satu jiwa, dan daripadanya dijadikan pasanganya, dan dari keduanya

itu berkembang biaklah lelaki dan perempuan yang banyak jumlahnya ”.

b. Kewajipan wanita terhadap lelaki adalah sama seperti kewajipan lelaki terhadap wanita.

Untuk itu lelaki diberikan tanggungjawab untuk menjaga keluarga. Ini disebabkan lelaki

mempunyai bentuk tubuh yang berbeza yang mempunyai kekuatan fizikal untuk memikul

tanggungjawab tersebut. Lelaki diberikan tingkatan oleh Allah kerana mempunyai kelebihan

tersendiri brtbanding wanita. Bahkan Allah menegaskan seperti mana dalam al-Quran ada

menyebut ” lelaki mengurus kaum wanita dalam soal keluarga dan perbelanjaan keluarga.

• Kedudukan wanita dalam hukum Romawi dan pengaruhnya masa kini

Wanita di zaman Romawi merupakan satu keadaan yang terpengaruh dan tersebar luas yang

dikenali dengan peradaban lama. Mereka mempunyai kekuatan tersendiri iaitu:

1. Tidak mengakui adanya hak hukum apapun terhadap wanita.

2. Kerana namanya wanita, maka wanita diletakkan didalam jagaan wali atau ketua atab

bapanya, kemudian di bawah perwalian suaminya.

Kesimpulanya, wanita dizaman Romawi termasuk di bawah kekuasaan lelaki dan tidak

mempunyai kebebasan sendiri.Pengaruh seperti ini masih ada di kalangan umat manusia hingga

hari ini.Di negara moden perundangan seperti ini masih dipengaruhi oleh orang-orang tertentu.

• Kedudukan wanita di Semenanjung Arab sebelum Islam

Wanita Arab berkabilah-kabilah diSemenanjung Arab.Pada umumnya wanita Arab tidak

berpakaian dan sering menjadi mangsa ditanam hidup-hidup oleh lelaki dengan beberapa alasan,

termasuk, kedudukan fizikal wanita yang lemah dan kesukaran untuk hidup dan tiada manfaat

pada lelaki dalam kehidupan.______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)20

Page 21: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad mengecam hebat keadaan ini. Keadaan ini

digambarkan apabila isterinya melahirkan anak perempuan dan disampaikan berita kepada

suaminya, ia akan merasa malu, mukanya menjadi hitam, ia sembunyikan diri dari kaumnya dan

akan ditanam hidup-hidup anak itu, kononnya tidak mahu menanggung kehinaan atau keburukan

yang bakal menimpa kepada keluarga yang lain.

Sebenarnya Islam telah menjelaskan tentang kehidupan wanita menurut pandangan Islam iaitu

memuliakan kaum wanita dan melarang mmbunuh manusia, antaranya : ” jangan kamu bunuh

anak-anak kamu kerana takut miskin, kamilah yang memberi rezeki kapada manusia.

• Cara Islam menangani masalah sebelum adanya organisasi-organisasi internasional

dan piagam-piagam hak asasi manusia

Sebelum kedatangan islam wanita diletakkan ditempat yang terkebawah dan hina, terutama di

zaman romawi. Tetapi setelah kedatangan islam dan pebgutusan nabi Muhammad sebagai rasul

telah mengubah kedudukan wanita antaranya:

1. Wanita mempunyai hak persamaan disamping lelaki.

2. Wanita mempunyai hak untuk bertindak dan mematuhi hukum seperti memiliki

hartabenda, hak berjual beli dan perkahwinan. Hal ini masih berbeza dalam zaman moden

ini.

Dengan ini Islam telah mengubah kedudukan wanita dari tempat yang rendah kepada tempat

yang selayaknya.Islam telah mengubah dari dunia kehinaan kepada dunia yang paling hebat dan

penuh martabat. Bahkan Islam meletakkan wanita lebih tinggi dari lelaki dalam bidang tertentu.

• Pengakuan Barat tentang kebaikan-kebaikan Islam terhadap wanita

Islam telah meletakkan dan merealisasikan hak-hak wanita dalam kehidupan sejak hampir 14

abad yang lalu. Orang-orang Barat mengakui Islam telah menaikan kedudukan wanita dalam

agamanya. Professor Edourd Montet, Guru Besar Bahasa-Bahasa Timur dalam bukunya

mengakui “ Refomasi “ yang dilakukan oleh nabi Muhammad telah merealisasikan dan

menaikkan kedudukan wanita dalam kehidupann agama Islam.______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)21

Page 22: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

• Tanggapan yang salah tentang hak-hak wanita dalam Islam

Namun demikian terdapat juga golongan-golongan yang mempertikaikan hak-hak wanita

yang tidak dipenuhi dalam Islam. Kononnya ia menyekat dan menidakkan hak-hak wanita yang

sebenarnya. Mereka menyuarakan hak persamaan di antara lelaki dan wanita. Antara mereka

ialah golongan penentang-penentang hak-hak wanita. Antara pendapat yang salah yang

dikemukakan ialah: (Saya bentangkan serta ringkaskan jawapan yang diberi ulama Saudi di

bawah setiap persoalan agar mudah untuk diperhatikan)

1. Tidak sama wanita dengan lelaki dalam hal harta warisan.

Jawapannya:

AlQuran memberikan hak memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan memikul

tanggungjawab memberikan belanja, kerana lelaki telah dicptakan mempunyai ciri-ciri lebih kuat

untuk memikul tanggungjawab kemasyarakatan yang berat ini dan wanita dibebaskan daripada

pundaknya. AlQuran juga menyebut "lelaki sebagai pemimpin atau pengurus wanita" , maka ini

dalam soal menjadi kepala keluarga dan memberikan nafkah. Mengenai warisan, keadaan ini

tidak mutlak kecuali pada anak lelaki dan perempuan kerana lelaki bertanggungjawab memberi

perbelanjaan kepada wanita kalau keadaan memerlukan. Adalah tidak adil kalau diberikan

kepada wanita bagian yang sama dengan lelaki sedangkan lelaki memikul perbelanjaan yang

tidak dipikul wanita.

2. Tidak sama wanita dengan lelaki dalam jumlah saksi.

Jawapannya:

Persoalan ini tidak termasuk dalam masalah hak-hak asasi manusia tetapi termasuk dalam

pokok masalah tanggungjawab yang dibebankan ke atas manusia. Dan penambahan jumlah saksi

ke atas wanita agar sebaiknya orang yang memerlukan itu tidak memikulkan tanggungjawab ini

kepada wanita.

3. Hak lelaki untuk menjatuhkan talak.

Jawapannya:

Masalah talak, maka kita perlu memandang perkahwinan dalam Islam adalah suatu kontrak

yang berdasarkan suka sama suka dan bersifat terbuka serta berdasarkan saling memberikan

anatara kedua suami isteri dalam diri mereka seuai dengan hukum-hukum agama agar keduanya

menikmati pihak lain dalam bentuk yang tidak dilarang kalau kontrak seperti ini tidak ada. ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)22

Page 23: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tetapi wanita dalam pemberian bebeza dengan lelaki kerana wanita berhak menerima mas

kahwin sesuai dengan syarat-syaratnya. Jadi pemberian yang diberikan lelaki adalah satu

pemberian tanpa imbalan. Kontrak di sini hanya berdasarkan pemberian kepada wanita yang

menerima mas kahwin itu. Jadi kalau pihak wanita membatalkan kontrak dalam keadaan ini,

maka dia dianggap membatalkan kontrak dengan menimbulkan kerugian kepada pihak lelaki,

sama dengan membatalkan kontrak dalam persoalan lain. Maka dalam ilmu hukum atau dari

segi undang-undang kita mengetahui bahwa membatalkan kontrak dalam keadaan seperti ini

adalah tidak sah.

4. Masalah pologami.

Jawapannya:

Masalah poligami sebenarnya bukan Islam orang pertama yang memulakannya tetapi sejak dari

agama Yahudi di mana ketika itu poligami tadinya dibuka tanpa ada batasnya dan tanpa syarat.

Mereka yang menentang poligami pula berselindung dengan melakukan hubungan dalam bentuk

tidak legal sebagaimana diketahui semua orang. Penyelesaian pertama, Islam membataskan

dengan menghadkan kepada empat sahaja, tidak boleh lebih. Penyelesaian kedua, ia

mensyaratkan keadilan, sebab isteri boleh mengadu kepada hakim untuk menuntuk hak jika tidak

adil atau minta dibatalkan perkahinannya.

5. Masalah tutup muka (hijab)

Jawapannya:

Masalah hijab ini timbul sewaktu permulaan sejarah Islam di mana sebahgian orang-

orang bukan Islam dan penentang Islam yang buruk adab dan budi pekerti yang kebiasaan

mereka mengganggu wanita jahat dan wanita-wanita hamba dengan jalan merayu-rayu

mereka dengan maksud untuk melakukan perzinaan. Ini lah yang mereka lakukan kepada

wanita-wanita hamba di Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam. Kemudian bila Islam

tersebar di Madinah, mereka masih meneruska perbuatan buruk tersebut yang hampir

menimbulkan peristiwa berdarah. Lalu keluarlah perintah al-Quran yang bermaksud: " Wahai

nabi, katakanlah kepada isteri-isteri, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita yang

beriman, agar mereka menutup diri mereka dengan menggunakan jilbab. Dengan itu, mereka

lebih mudah dikenali, sehingga mereka tidak disakiti."

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)23

Page 24: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Pokok persoalan dalam hal ini sebenarnya ada dua perkara:

i) "Dilarang bertelanjang", baik lelaki atapun wanita;

ii) "Kewajipan berpakaian dengan sepatutnya dan mempunyai rasa malu" ketika berada

di khalayak ramai, samada untuk lelaki ataupun wanita, demi untuk menjaga agar

adab dan tatasusila.

Kedua perkara ini telah disepakati semua berdasarkan nilai-nilai masyarakat ini dalam

berpakaian yang berpatutan dan dalam mempunyai perasaan malu. Ini yang membezakan

manusia dengan binatang. Al-Quran yang mulia menyebut yang bermaksud,"Wahai anak

cucu Adam, Kami telah memberi pakaian yang akan menutup kemaluan kamu dan akan

menjadi perhiasan. Dan pakaian ketaqwaan itulah yang lebih baik.". Sedang Rasul s.a.w.

menyatakanyan bermaksud:"Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan budi pekerti

yang mulia.

Maka itu, Islam memerintahkan batas rendah berpakaian adalah kepada keadaan dan

kemungkinan manusia. Juga perlu memerhatikan keindahan tanpa berlebih-lebihan atas dasar

yang berpatutan dan rasa malu. "Bagi lelaki, Islam telah memberikan batas-batas terendah

dalam berpakaian untuk melakukan shalat dan beribadah kepada Allah, dimana ia diwajibkan

menutup bahagian tubuh antara pusat dan lutut. Islam memerintahkan orang untuk memkai

perhiasan dalam bentuk yang lebih dari batas tersebut, kalau ia mampu dan sesuai dengan

tatasusila dan budi pekerti masyarakatnya dalam kebiasaan dan rasa malu. Demikian pula

"untuk wanita", Islam telah menentukan batas-batas terendah dalam berpakaian untuk

melakukan shalat dan beribadah kepada Allah, yaitu menutup seluruh tubuhnya selain muka

dan kedua telapak tangan dan kedua telapak kaki. Islam juga mewajipkan agar lelaki dan

wanita menjaga batas-batas ini di luar ibadat dan di luar rumah, di pesta-pesta dan di tempat-

tempat khusus.

Islam melarang perbuatan masyarakat arab sebelum Islam dan beberapa kepercayaan

lama yang dianut oleh manusia, beberapa kebiasaan mereka bertelanjang dalam melakukan

ibadat.

Maka batas-batas menutup tubuh ini bagi wanita , Islam telah memilih pakaian model

labuh atau "model maxi" yaitu pakaian yang lebar dengan menambahkan "jilbab" yaitu

selendang di atas kepala yang dipakai ketika keluar rumah, di atas pakaian yang biasa dipakai ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)24

Page 25: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

di rumah. Selendang ini adalah selendang yang besar sekali menutup sluruh tubuh wanita ulai

dari kepala. Isla tida memandang pakaian sebagai model yang berubah sesuai dengan

kehendak pencipta model pakaian, tetapi ia harus mengikuti batas-batas tatsusila serta

gambaran dari kepatutan dan rasa malu, dan hukum ini tetap berlaku hingga sekarang.

6. Hukuman-hukuman fizikal dalam perkara mencuri, zina, di mana wanita

diperlakukan seperti lelaki.

Jawapannya:

Para ulama membahaskan dengn panjang lebar akan sebab-sebab dengan terus terang dan

dengan statistik yang terperinci tentang pengaruh positif diadakan hukuman-hukuman ini

untuk menghindarkan jenayah tersebut, hanya dengan mewarwarkan bahwa akan

dilaksanakan prinsip-prinsip hukuman yang berat ini. Tindakan yang demikian telah

menjadikan hukuman itu lebih berbentuk teori daripada fizikal, sebagaimana yan telah

dibuktikan dalam sejarah Islam.

Hukuman yang ditetapkan ini hanyalah merupakan ubat jiwa bagi orang yang menderita

penyakit kemasyarakatan dalam bentuk-bentuk tindakan jenayah ini, dan bukan hukuman

fizikal. Dengan jenis pengubatan seperti ini, syariat islam telah membongkar dari akar-

akarnya setiap kecenderungan untuk melakukan jenayah yang terdapat dalam jiwa-jiwa yang

sakit. Dengan demikian selamat sejahteralah orang yang melakukan tindakan jenayah dan

menjadi suci jiwa mereka dari setiap kecenderungan untuk melakukan jenayah, menganggu

keselamatan keluarga serta menganggu martabat kemuliaan wanita.

5.0 KESIMPULAN

Dunia Islam dibaluti dengan pelbagai penyakit. Ini semua berpunca daripada

sikap meninggalkan agama. Kelemahan aqidah ini mengundang kelemahan lain. Dengan itu, kita

tidak akan ke hadapan dalam agama, teknologi dan juga pembangunan. Dalam masa yang sama,

Barat mengambil alih kebangkitan kebendaan dan kemodenan. Barat yang telah kehilangan

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)25

Page 26: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

agama, mengisi roh tamadun mereka dengan menjadikan harta dan kebendaan sebagai perkara

terpenting. Nilaian agama jauh terasing daripada pembangunan yang mereka usahakan.

Seiring dengan hasrat Revolusi Industri, kamus halal dan haram tiada tempat

dalam era ini. Bahkan bagi mereka terikat dengan agama dalam menempuh hidup yang lebih

selesa serta menikmati kemajuan adalah suatu kekolotan. Ternyata mereka benar-benar mencapai

era pembangunan kebendaan yang mengagumkan.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-An’aam, 6: 44

6:

Maksudnya: Kemudian apabila mereka melupakan apa Yang telah diperingatkan mereka

dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu Segala kemewahan dan kesenangan,

sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria Dengan Segala nikmat Yang diberikan

kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana Yang

membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).

Golongan Islam Liberal di Dunia Islam begitu kagum dengan perkembangan di Barat ini.

Mereka ingin Dunia Islam seperti Dunia Barat. Mereka merasakan setiap pandangan dan

tindakan Barat mempunyai nilai ketamadunan yang tinggi. Mereka ingin menyerapkan nilai-nilai

Barat ke dalam kehidupan umat Islam dengan harapan umat akan maju. Mereka juga berasa malu

dengan apa yang ada di dunia Islam yang bertentangan dengan Barat, sekalipun perkara itu

diperintahkan oleh Islam. (Mohd Asri Zainal Abidin et al., 2006:71-72)

Dengan ini jelas, Islam Liberal adalah ancaman paling dahsyat yang akan dihadapi oleh

rakyat negara ini. Ini kerana keadaan golongan muda dan ekstrim Barat mendesak agar banyak

perkara terlarang dalam Islam dihalalkan. Golongan Islam Liberal akan menjadi benteng yang

mampu memberikan logo halal kepada apa sahaja tindakan generasi yang terbabas dari landasan

ini, sekalipun keluar daripada agama ini. Berbagai lesen murah akan dikeluarkan atas nama

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)26

Page 27: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

agama atau hujah yang berbau agama kepada masyarakat yang hidup tanpa sempadan dan

batasan agama. Semoga Allah memelihara kita semua. (Mohd Asri Zainal Abidin et al.,

2006:96).

Kebebasan tanpa had yang di canangkan oleh Amerika di dalam hak asasi manusia

sebenarnya adalah fatamorgana yang membinasakan kerana, sikap double standard Amerika ke

atas kaum muslimin di Timur tengah dan di negara-negara Balkan bahkan di kalangan rakyatnya

yang berkulit hitam mendedahkan pekong idea hak asasi manusia yang menjadi asas kepada

sistem pemerintahan demokrasi itu. Kerana itulah kaum muslimin diharamkan daripada

menerima pakai nilai-nilai yang terdapat di dalam hak asasi manusia walaupun ia disesuaikan

dengan Islam kerana ia sebenarnya tetap bukan daripada Islam.

Akhir kalam, aliran pemikiran Islam liberal adalah bertentangan dengan prinsip aqidah

Islam. Pemikiran Islam liberal boleh menjadikan seorang Muslim menjadi murtad, kufur, syirik

dan fasiq. Pokoknya ia berlawanan dengan ajaran Ahli sunnah Wa al-Jamaah. (Idris bin Zakaria,

Prof. Madya Dr., 2006:17)

~Wallahu a’lam~

6.0 BIBLIOGRAFI

A Rahman Zainuddin MA.(1979). Hak-Hak Asasi dalam Islam. Jakarta: Media Dakwah

Abul A'la Maududi (1980). Human Rights in Islam . London: The Islamic Foundation

Abul A'la Maududi (2000). Hak-Hak Asasi Manusia dalam Islam. (Terjemahan) Jakarta: Bumi

Aksara

Abul A'la Maududi (1980). Human Rights in Islam . London: The Islamic Foundation

Abul A'la Maududi (2000). Hak-Hak Asasi Manusia dalam Islam. (Terjemahan) Jakarta: Bumi

Aksara

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)27

Page 28: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Adian Husiani, Al Banjari, Husin M., M Syamsi Ali, Santi W.E. Soekanto (2003).

Membedah Islam Liberal. Bandung : PT Syaamil Cipta Media

Hasbi Ashshiddiqi, T.M., Bustami A Gani, H., Muchtar Jahya, H., et al. (1971). Al-Quran &

Terjemahannya. Jakarta: Yayasan Penterjemah Departmen Agama Republik Indonesia

Idris bin Zakaria, Prof. Madya Dr., Ancaman Dan Tentangan Terhadap Islam Dan Muslim;

Tumpuan Kes: Liberalisma / Pluralisma. Seminar Ancaman Akidah di ILP. 23 September

2006.Seberang Perai Selatan:Jabatan Mufti Negeri, 2006.1-19.

Mohd Asri Zainal Abidin, Adnin Armas, Fauzi Deraman, Prof. Dr., Mohammad Kamil Hj. Abd

Majid, Prof. Dr., (2006). Islam Liberal. Shah Alam, Selangor: Karya Bestari Sdn Bhd

Mohd Azizuddin Mohd Sani (2002). Hak Asasi Manusia menurut pandangan Islam dan Barat.

Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn Bhd

Teuku Iskandar. (2002). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

TM Sulaiman (2002:165). Terorisme Global Dan Pengganasan Agama. Kuala Lumpu: Utusan

Publications and Distributors Sdn Bhd

Halaman Internet beralamat di muat turun pada 25 Ogos 2007:

http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiArtikelIstinbat/IslamLiberal.htm

http://www.geocities.com/liberal_islam/bahaya_islam_liberal.htm

~TAMAT~

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)28

Page 29: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

LAMPIRAN 1 SEJARAH ISLAM LIBERAL MENURUT 'ISLIB'

Sejarah Islam Liberal sebagaimana dinyatakan Abu Hamzah Agus Hasan Bashari dalam

laman web yang beralamat http://www.geocities.com/liberal_islam/bahaya_islam_liberal.htm ,

yang dimuat turun pada 25 Ogos 2007, Islam liberal menurut Charles Kurzman muncul sekitar

abad ke-18 dikala kerajaan Turki Utsmani Dinasti Shafawi dan Dinasti Mughal tengah berada di

gerbang keruntuhan. Pada saat itu muncullah para ulamak untuk mengadakan gerakan

permurnian, kembali kepada al-Qur'an dan sunnah. Pada saat ini muncullah seorang ahli fikir

terbesar yang faham liberal awal melalui Syah Waliyullah (India, 1703-1762), menurutnya Islam

harus mengikuti adat sesuatu keadaan setempat sesuai dengan keperluan penduduknya. Hal ini

juga terjadi dikalangan Syi'ah. Ada Muhammad Bihbihani (Iran, 1790) mulai berani membuka

pintu ijtihad dan membukanya selebar-lebar.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)29

Page 30: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Idea ini terus berterusan diikuti oleh Rifa'ah Rafi' al-Tahtawi (Mesir, 1801-1873) yang

memasukkan unsur-unsur Eropa dalam pendidikan Islam. Shihabuddin Marjani (Rusia,

1818-1889) dan Ahmad Makhdun (Bukhara, 1827-1897) memasukkan mata pelajaran sekuler ke

dalam kurikulum pendidikan Islam. (Charless Kurzman: xx-xxiii)

Di India muncul Sir Sayyid Ahmad Khan (1817-1890) yang membujuk kaum muslimin agar

mengambil kebijakan bekerja sama dengan penjajah Inggeris. Pada tahun 1877 ia membuka

suatu kolej yang kemudian menjadi Universiti Aligarh (1920). Sementara Amir Ali (1879-1928)

melalui buku The Spirit of Islam berusaha mewujudkan seluruh nilai liberal yang dipuja di

Inggeris pada masa Ratu Victoria. Amir Ali memandang bahwa Nabi Muhammad s.a.w. adalah

Pelopor Agung Rasionalisme. (William Montgomery Waft: 132).

Di Mesir muncullah Muhammad Abduh (1849-1905) yang banyak menerapkan pemikiran

Mu'tazilah serta berusaha menafsirkan Islam dengan cara yang bebas dari pengaruh salaf.

Kemudian muncul pula Qasim Amin (1865-1908) kaki tangan Eropa dan pelopor kebebasan

wanita, penulis buku Tahrir al-Mar'ah. Setelah itu muncul Ali Abd. Raziq (1888-1966) dan

keberhasilan kaum Liberal Islam yang paling menonjol adalah ditangan Mustafa Kamal Atartuk

(l924) sebagai pusat lembaga umat Islam di dunia, dan merubah pendidikan Islam tradisional

menjadi ala Barat bahkan melarang pengajaran bahasa arab sampai-sampai azanpun tidak

diperbolehkan pakai bahasa arab tetapi dikumandangkan dengan bahasa Turki. Kamal Atartuk

yang merobohkan sistem khilafah kerana menurutnya Islam tidak memiliki dimensi politik

kerana Muhammad hanyalah pemimpin agama. Kemudian ia diteruskan oleh Muhammad

Khalafullah (1926-1997) yang mengatatan bahwa yang dikehendaki oleh al-Qur'an hanyalah

sistem demokrasi dan tidak yang lain. (Charless: xxi,l8).

Di Al-Jazair muncul Muhammad Arkoun (lahir 1928) yang menetap di Perancis, ia menggagas

tafsir al-Quran model baru yang didasarkan pada berbagai disiplin Barat seperti dalam lapangan

semiotika (ilmu tentang fenomena tanda), antropologi, filsafat dan linguistik. Isinya ialah ia

ingin menelaah Islam berdasarkan ilmu-ilmu pengetahuan Barat modern. Dan ingin

mempersatukan keanekaragaman pemikiran Islam dengan keanekaragaman pemikiran diluar

Islam. (Mu'adz, Muhammad Arkoun Anggitan tentang cara-cara tafsir al-Qur'an, Jurnal Salam

vol.3 No. 1/2000 hal 100-111; Abd. Rahman al-Zunaidi: 180; Willian M Watt: 143).

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)30

Page 31: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Di Pakistan muncul seorang bernama Fazlur Rahman (lahir 1919) yang menetap di Amerika dan

menjadi guru besar di Universitas Chicago. Ia menggagas tafsir konstekstual, satu-satunya model

tafsir yang adil dan terbaik menurutnya. Ia mengatakan al-Qur'an itu mengandung dua aspek:

legal spesifik dan ideal moral, yang dituju oleh al-Qur'an adalah ideal moralnya karena itu ia

yang lebih pantas untuk diterapkan. (Fazhul Rahman: 21; William M. Watt: 142-143).

Di Indonesia muncul Nurcholis Madjid (murid dari Fazlur Rahman di Chicago) yang

mempelopori gerakan firqah liberal bersama dengan Djohan Efendi, Ahmad Wahid dan

Abdurrahman Wachid (Gus Dur). (Adiyan Husaini dalam makalah Islam Liberal dan misinya

menukil dari Greg Barton, Sabili no. 15: 88). Nurcholis Madjid telah memulai gagasan

pembaruannya sejak tahun l970-an. Pada saat itu ia telah menyuarakan pluralisme agama dengan

menyatakan: “Rasanya toleransi agama hanya akan tumbuh di atas dasar faham kenisbian

(relativisme) bentuk-bentuk formal agama ini dan pengakuan bersama akan kemutlakan suatu

nilai yang universal, yang mengarah kepada setiap manusia, yang kiranya merupakan inti setiap

agama” (Nurcholis Madjid: 239)

Lalu sekarang muncullah apa yang disebut JIL (Jaringan Islam Liberal) yang mengusung ide-

ide Nurcholis Madjid dan para pemikir-pemikir lain yang sesuai dengan cara berfikirnya.

Demikian sanad Islam Liberal menurut Hamilton Gibb, William Montgomery Watt,

Charles Kurzman dan lain-lain.

LAMPIRAN 2 - Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)31

Page 32: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)32

Page 33: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)33

Page 34: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)34

Page 35: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)35

Page 36: Tugasan pemikiran islam(syed othman a alkaff)

Pandangan Islam Liberal terhadap hak asasi manusia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM (SLQ4092)36