21
PEMIKIRAN ISLAM 1 PEMIKIRAN ISLAM SYAH WALIYULLAH AL-DIHLAWI -LATAR BELAKANG & ASAS-ASAS PEMIKIRANNYA SERTA SUMBANGANNYA Disediakan Oleh SYED OTHMAN B AHMAD ALKAFF

Syah Waliyullah Al-Dihlawi(Oleh Syed Othman a Alkaff)

  • Upload
    othmana

  • View
    1.097

  • Download
    9

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Syah Waliyullah Al-Dihlawi(Oleh Syed Othman a Alkaff)

PEMIKIRAN ISLAM1

PEMIKIRAN ISLAM

SYAH WALIYULLAH AL-DIHLAWI-LATAR BELAKANG & ASAS-ASAS PEMIKIRANNYA

SERTA SUMBANGANNYA

Disediakan OlehSYED OTHMAN B AHMAD ALKAFF

Page 2: Syah Waliyullah Al-Dihlawi(Oleh Syed Othman a Alkaff)

PEMIKIRAN ISLAM2

2.0 PENGENALAN

Maka ketika itu, lahirlah Syah Waliyullah, seorang ahli fikir terbesar yang dihasilkan India dan sangat besar jasanya dalam penyatuan semula barisan Islam,

Selepas kematian Kaisar Aurangzeb, seorang raja Muslim yang jujur, teliti serta tindakannya hati-hati dan bijaksana pada tahun 1709 Masehi, timbul kekacauan politik yang kemudian memuncak dengan runtuhnya kekuasaan Muslim di India itu. Keadaan politik yang kacau bilau itu adalah akibat kekacauan rohani masyarakatnya. Para pengganti Aurangzeb ternyata terlalu lemah dan tidak mampu menghadapi berbagai kekuatan golongan yang memberontak.

Page 3: Syah Waliyullah Al-Dihlawi(Oleh Syed Othman a Alkaff)

PEMIKIRAN ISLAM3

Nama sebenarnya ialah Sheikh Ahmad bin Abdul Rahim bin Wajihuddin Al-Dihlawi. Beliau dilahirkan di Delhi, India pada tahun 1702 Masihi bersamaan dengan 1114 Hijrah pada 4 Syawal.

Syah Waliyullah’ dan juga ’Qutbuddin’ adalah dua nama gelaran bagi beliau. Hal ini kerana beliau telah mencapai taraf imam dalam tarekat sufiah di India.

Syah Waliyullah Al-Dihlawi meninggal dunia ketika berusia 62 tahun, pada tahun 1763 Masihi bersamaan dengan 1176 hijrah, 29 Muharam.

2.0 PENGENALAN .....samb

Page 4: Syah Waliyullah Al-Dihlawi(Oleh Syed Othman a Alkaff)

PEMIKIRAN ISLAM4

Abangnya, Syeikh Wajihuddin merupakan seorang tentera berpangkat tinggi dalam Kaisar Jahangir dan pembantu Aurangzeb dalam perebutan kuasa Tahta.

Ayahnya, Syah Abdur Rahim, seorang sufi dan sarjana terkenal yang telah membantu menyusun Fatwa-i-Alamgiri, buku tebal mengenai Hukum Islam. Ia menolak undangan Istana dan tetap mengabdikan tenaganya untuk organisasi dan pengajaran pada “Madrasah Rahimiah”, sebuah sekolah teologi. Sekolah ini yang kemudian memainkan peranan penting dan pembebasan agama Islam di India. Sekolah ini yang menjadi tempat pendidikan pembaharu dan “alMujahid” seperti Syah Waliyullah, Syah Abdul Aziz, Sayid Ahmad dari Bareli, Maulavi Abdul Haiy dan Syah Ismail Syahid.

2.0 PENGENALAN .....samb

Page 5: Syah Waliyullah Al-Dihlawi(Oleh Syed Othman a Alkaff)

PEMIKIRAN ISLAM5

3.0 PENDIDIKAN SYAH WALIYULLAH AL-DIHLAWI

Syah Waliyullah Al-Dihlawi mendapat pendidikan awal daripada bapanya yang merupakan seorang yang alim dalam bidang agama. Ketika berumur tujuh tahun, dengan daya ingatan yang kuat, beliau telah menghahaz al-Quran serta memahami isi kandungannnya.

Beliau menyambung pelajaran dalam ilmu bahasa termasuk bahasa Arab dan Farsi, tafsir, hadis, fikah, tasawuf, matematik, perubatan dan lain-lain. Beliau dapat menguasai semua ilmu tersebut dengan baik pada usia lima belas tahun. Ketika beliau hampir berumur tujuh belas tahun, Syah Waliyullah sudah mula mengajar di Madrasah al-Rahimiah, dan menerusakan tugas mengambil alih tempat ayahnya sebagai guru setelah ayahnya meninggal dunia pada tahun 1719 Masihi (1131 Hijrah). Tugasnya ini menjadikan beliau terkenal dan ramai pelajar dari luar datang belajar dengannya.

Page 6: Syah Waliyullah Al-Dihlawi(Oleh Syed Othman a Alkaff)

PEMIKIRAN ISLAM6

Tahun 1727 Masihi, beliau melanjutkan pengajiannya ke negera Arab, Hijaz. Di sana beliau menuntut ilmu pengetahuan terutamanya ilmu hadis daripada ulama-ulama besar yang mengajar di Makkah dan Madinah.

Guru kesayangannya, Syeikh Abu Tahir bin Ibrahim dari Madinah inilah yang beliau dapatkan ‘Sanad’(pangkat kesarjanaan) dalam bidang ilmu hadis. Ini kerana guru beliau ini mempunyai pengetahuan seperti ensiklopedia dan beliau banyak mengambil manfaat daripadanya dan mengakui bahwa gurunya teramat saleh, berpandangan luas, dan bakat kesarjanaanya luar biasa.

3.0 PENDIDIKAN SYAH WALIYULLAH AL-DIHLAWI

…. sambungan

Page 7: Syah Waliyullah Al-Dihlawi(Oleh Syed Othman a Alkaff)

PEMIKIRAN ISLAM7

4.0 ASAS-ASAS PEMIKIRAN DAN SUMBANGANNYA

Apabila beliau kembali ke negeri asalnya selepas menunaikan haji, pada 9 Julai 1732 Masihi, beliau meneruskan perjuangan dalam bidang ilmu pengetahuan. Pada peringkat awalnya, pengajaran dilakukan di rumahnya dan juga di Madrasah al-Rahimiah. Tetapi setelah sambutan yang baik daripada masyarakat, maka beliau membuka sebuah pusat pengajian lagi yaitu, ‘Darul Ulum’, yang berjaya melahirkan ramai tokoh ilmuan. Beliau bersama murid-muridnya memperjuangkan pemikiran pembaharuan dalam aspek-aspek tertentu.

Maka antara peranan-peranan yang dimainkan oleh Syah Waliyullah dalam gerakan ‘Tajdid wa al-Islah’ yaitu gerakan menuju ke arah pembaharuan pada abad kedua belas mengenai aspek-aspek itu termasuklah :

Page 8: Syah Waliyullah Al-Dihlawi(Oleh Syed Othman a Alkaff)

PEMIKIRAN ISLAM8

a) Akidah- membetulkan akidah masyarakat Islam: Beliau telah menjelaskan tentang pentingnya aqidah untuk membetulkan cara berfikir, beramal dan bertindak, serta kesilapan umat Islam kerana salah faham dalam aqidah yang perlu diperbetulkan semula.

b) Pegangan al-Quran dan al-Sunnah: • memahami dan mengkaji kandungan al-Quran; • Ulum al-Quran dan Ulum al-Sunnah dipelajari secara mendalam

untuk dapat memahami rahsia dan hikmah-hikmah dalam syariat

Allah Ta'ala, seperti yang difahami oleh orang Islam zaman awal. • Orang Islam hendaklah mengutamakan al-Quran dan al-Sunnah

sebagi panduan hidup serta meninggalkan taqlid kepada

pendapat-pendapat fuqaha melainkan setelah dibahas,

dihalusi dan difahami hujjah mereka;

4.0 ASAS-ASAS PEMIKIRAN DAN SUMBANGANNYA

Page 9: Syah Waliyullah Al-Dihlawi(Oleh Syed Othman a Alkaff)

PEMIKIRAN ISLAM9

4.0 ASAS-ASAS PEMIKIRAN ...................... samb 1

• Siasah dan Pemerintahan:Beliau mengajak umat Islam mencontohi Khulafa al-Rasyidin al-Muhtadin dalam menegakkan syariat Allah Ta’ala melalui pemerintahan negara Islam;

• Kepentingan bahasa Arab: Menurut beliaua kebanyakkan orang Islam tidak tahu berbahasa Arab. Ini menyebabkan mereka tidak dapat memahami al-Quran dan al-Sunnah secara langsung. Setiap orang Islam sepatutnya tahu bahasa Arab dan dapat memahami makna al-Quran sekurang-kurangnya secara umum apabila membacanya;

• Masa depan dunia Islam: Dalam perjuangan gerakan pembaharuannya, beliau melihat umat Islam perlu bersedia dengan kemampuan akal yang tinggi bagi menghadapi kemajuan dunia yang mencabar. Mereka perlu dibekalkan dengan ilmu dan kefahaman yang mendalam tentang hikmah-hikmah ajaran agama dan syariat Allah Taala.

Page 10: Syah Waliyullah Al-Dihlawi(Oleh Syed Othman a Alkaff)

PEMIKIRAN ISLAM10

Beliau sendiri memberi sumbangan yang bermakna dalam aspek tersebut dengan mengarang beberapa buah buku, antaranya ‘Hujjatullah alBalighah dan Izalatul khafai ‘an khilatil-khulafaa’ dan sebagainya. Sekiranya sesebuah negeri itu tidak dapat dibaiki lagi kerana terlalu rusak, satu angkatan jihad bagi menumbangkan pemerintahan itu hendaklah dibentuk supaya dapat dibentuk sebuah negara Islam yang baru dan melaksanakan syariat Allah Ta’ala.

Kegiatannya tidak hanya terbatas pada bidang kerohanian dan intelektual sahaja. Ia hidup dalam zaman yang bergolak dan semasa hidupnya ia menyaksikan beberapa penguasa yang menduduki singgahsana Delhi. Diberkahi dengan pandangan politik yang tajam, ia melihat dengan kesedihan yang mendalam kehancuran di negeri itu, sehingga ia menulis surat kepada para penguasa politik seperti Ahmad Syah Abdali, Nizam al-Muluk dan Najib al-Daulah, agar mereka menghentikan kerosakan yang melekat pada kehidupan politik orang-orang Islam di India.

4.0 ASAS-ASAS PEMIKIRAN ...................... Samb 2

Page 11: Syah Waliyullah Al-Dihlawi(Oleh Syed Othman a Alkaff)

PEMIKIRAN ISLAM11

Berkat seruannya, maka Ahmad Syah Abdali muncul di medan pertempuran di Panipat tahun 1761 Masihi dan menghentikan impian Marhatta untuk menguasai benua kecil India.

Setelah beliau meninggal dunia, tempatnya diganti oleh anak sulungnya Syah Abdul Aziz (1159-1239Hijrah). Anak-anaknya yang lain yang mewarisi perjuangan beliau ialah Syah Rafiuddin; Syah Abdul Qadir dan Syah Abdul Ghani. Pada abad ke-13, gerakan yang memperjuangkan pembaharuan dalam masyarakat ini diteruskan oleh seorang pejuang Islam yang terkenal yaitu Jamaluddin al-Afghani al-Husaini.

4.0 ASAS-ASAS PEMIKIRAN ...................... Samb 3

Page 12: Syah Waliyullah Al-Dihlawi(Oleh Syed Othman a Alkaff)

PEMIKIRAN ISLAM12

Syah Waliyullah juga adalah seorang penulis yang produktif. Ia menulis dalam dua bahasa, Arab dan Parsi. Sampai saat ini, beberapa di antara buku-bukunya itu tersimpan di seluruh wilayah literatur Islam dan belum diungguli oleh buku lain.

Beliau telah meninggalkan beberapa karya dalam berbagai bidang seperti tafsir al-Quran, Hadis, Akidah, Syariah, tasawuf dan sejarah. Contohnya, anatara lain:

Al-Fauzul-Kabir mengenai tafsir al-Quran;

Fathur-Rahman fi tarjamatil Quran -tafsir al-Quran dlm bahasa Farsi;

Al-Zahrawaini -membicarakan tafsir surah al-Baqarah dan Ali-Imran;

AlMusoffa syarah al-Muwattha’

Hujjatul-Baalighah (membincangkan hikmah-hikmah Syariah)

4.0 ASAS-ASAS PEMIKIRAN ...................... Samb 4

Page 13: Syah Waliyullah Al-Dihlawi(Oleh Syed Othman a Alkaff)

PEMIKIRAN ISLAM13

Buku-bukunya diklasifikasikan ke dalam enam kategori:Yang Pertama : Mengenai al-Quran, termasuk di dalamnya terjemahan al-Quran dalam bahasa Parsi, bahasa sastra di benua India pada waktu itu. Menurut Syah Waliyullah, sasaran mempelajari al-Quran ialah: “Untuk mengubah sifat manusia dan meluruskan kepercayaan yang salah dan mencegah tindakan yang membuat orang teraniaya.”

Yang Kedua : Mengenai Hadis. Ia mewariskan beberapa buku, termasuk tafsir al-Muwatta dalam bahasa Arab dan bahasa Parsi, kumpulan hadis Imam Malik. Ia menganggap penting hadis Imam Malik ini melebihi Hadis Bukhari dan Muslim. Beliau adalah seorang Muhaddis, dan semua muhaddis di negeri itu dapat di telusuri keturunannya sampai ke Imam Malik.

4.0 ASAS-ASAS PEMIKIRAN ...................... Samb 5

Page 14: Syah Waliyullah Al-Dihlawi(Oleh Syed Othman a Alkaff)

PEMIKIRAN ISLAM14

Yang Ketiga : Mengenai Fiqh, termasuk Insaf fi bayan al –Isabab al-Iktilaf, yang meskipun pendek tetapi merupakan tulisan yang menarik dan informatif tentang riwayat hukum Islam selama lima abad terakhir.

Buku-bukunya memiliki wawasan, sikap moderat dan toleransi tetapi sifat yang mendapat tekanan paling dalam ialah adil dan adalat (keadilan, kewajaran, keseimbangan). Buku-bukunya tercatat sebagai saksi tentang bagaimana cara ia melihat prinsip-prinsip tersebut di dlam amalan. Selalu ia menekankan betapa pentingnya peranan prinsip itu dalam teorinya untuk memelihara struktur sosial

Yang Keempat : Berkenaan dengan Taswuf.

Yang Kelima : Buku-buku mengenai filsafat Islam dan Ilmu Kalam.

Yang Keenam: Buku-bukunya tentang masalah Syiah-Sunni yang pada masa itu terasa agak merbahaya. Teori-teorinya tentang ilmu ekonomi dan sosialism bersifat revolusi, sehingga di anggap sebagai mendahului Karl Marx.

4.0 ASAS-ASAS PEMIKIRAN ...................... Samb 6

Page 15: Syah Waliyullah Al-Dihlawi(Oleh Syed Othman a Alkaff)

PEMIKIRAN ISLAM15

Waliyullah sejak muda terpengaruh dengan pemikiran Ibnu Taimiyah. Dan semasa dia di Hijaz, para gurunya juga berpengaruh ajaran Wahabi. Hal-hal inilah yang menghentikan dia untuk terus mengikuti ajaran tasawuf secara buta.

Ia menyedari betapa indahnya penyajian para sufi dalam syiar agama Islam dan betapa perkembangan rohani Islam yang benar boleh di mulai dengan tasawuf.

Beliau bukan sahaja telah dapat merapatkan jurang pemisah antara para sufi dan ulama tetapi juga mencipta suasana harmonis dengan menghapuskan berbagai perbezaan yang ada di antara aliran-aliran tasawuf.

4.0 ASAS-ASAS PEMIKIRAN ...................... Samb 7

Page 16: Syah Waliyullah Al-Dihlawi(Oleh Syed Othman a Alkaff)

PEMIKIRAN ISLAM16

Harun Nasution (2002: 1265-1266) menulis, Syah Waliyullah dalam penelitiannya mengenai kelemahan umat Islam, menyebut bahawa perubahan sistem pemerintahan dalam Islam dari sistem kekhalifahan kepada sistem kerajaan sebagai salah satu sebab.

Menurutnya, sistem pertama bersifat demokratik, sedang sistem kedua yang diamalkan membawa kepada kekebalan atau kuasa penuh raja-raja, pembebanan cukai yang berat ke atas rakyat, dan penggunaan harta negara bukan untuk kepentingan rakyat tapi untuk kepentingan bermewah-mewah pihak berkuasa; Semuanya itu melemahkan umat dan negara. Oleh sebab itu yang perlu dihidupkan kembali adalah sistem pertama (Kekhalifaan) yang demokratik.

4.0 ASAS-ASAS PEMIKIRAN ...................... Samb 8

Page 17: Syah Waliyullah Al-Dihlawi(Oleh Syed Othman a Alkaff)

PEMIKIRAN ISLAM17

4.0 ASAS-ASAS PEMIKIRAN ...................... Samb 9

Sebab lain yang melemahkan umat Islam menurutnya adalah perpecahan yang ditimbulkan oleh aliran-aliran dan mazhab-mazhab yang terdapat dalam Islam. Menurutnya, perbezaan aliran dan mazhab itu tidak perlu membawa kepada perpecahaan dan permusushan. Suasana damai dan toleransi antara mazhab dan aliran haruslah dibangun, sebab mazhab dan aliran itu walaupun berbeza tidaklah membawa penganutnya terkeluar dari Islam.

Berbeza dengan pandangan kaum Sunni yang berkembang semasa hidupnya, ia menegaskan bahawa kaum Syiah seperti halnya kaum Sunni tetap orang Islam, ajaran yang mereka anuti tidak terkeluar daripada Islam.Ia juga menyangkal adanya perbezaan asas antara faham ‘wahdatu wujud’ (yang dianut oleh pengikyut Ibnu Arabi.) dengan faham wahdatusy-Syuhud (yang dikemukakan Ahmad Sirhindi). Ia berupaya menunjukkan bahawa kedua faham dalam tasawuf itu pada hakikatnya tidak ada beza.

Page 18: Syah Waliyullah Al-Dihlawi(Oleh Syed Othman a Alkaff)

PEMIKIRAN ISLAM18

Sebab seterusnya, yang melemahkan umat Islam adalah sikap taklid yang berkembang di kalangan para ulama. Oleh sebab itu ia menentang taklid dan menganjurkan para ulama supaya berani berijtihad.

Menurutnya, masyarakat bersikap dinamik atau berkembang; mereka memerlukan penafsiran (terhadap ajaran dasar al-Quran dan hadis) yang sesuai dengan zaman mereka , dan penafsiran demikian memerlukan ijtihad.

Kerana adanya keberagaman antara masyarakat Islam setempat dengan tempat yang lain, ia memandang wajar adanya (pada sebuah masyarakat) Islam yang bercorak tempatan dan yang bercorak universal.

4.0 ASAS-ASAS PEMIKIRAN ...................... Samb 10

Page 19: Syah Waliyullah Al-Dihlawi(Oleh Syed Othman a Alkaff)

PEMIKIRAN ISLAM19

Syah Waliyullah merupakan seorang yang alim, bijak, berwibawa dan berkemampuan sebagai pemimpin. Sifat-sifat pribadi beliau antaranya mempunyai minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan, bersifat rajin, tekun dan sabar dalam menimba ilmu pengetahuan, mempunyai daya ingatan yang kuat dan telah hafaz al-Quran ketika berusia tujuh tahun, menguasai berbagai-bagai bidang ilmu agama dan akademik, dan merupakan seorang guru yang terkenal dan pejuang yang gigih. Beliau kreatif dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi dalam pelbagai bidang ilmiah yang menjadi bahan rujukan kepada orang ramai.

5.0 KESIMPULAN

Page 20: Syah Waliyullah Al-Dihlawi(Oleh Syed Othman a Alkaff)

PEMIKIRAN ISLAM20

Beliau sangat berpegang teguh pada agama dan tidak mudah bertaklid tanpa usul periksa. Maka kesan daripada perjuangan beliau ini, lahirlah para ulama yang berwibawa yang meneruskan perjuangnya membangunkan masyarakat Islam:

• berjaya merubah pemikiran masyarakat Ilsam di India kepada kemajuan dan pembaharuan mengikut

peredaran zaman;

• berjaya merubah akidah dan cara pemikiran masyarakat Islam di India kepada akidah benar berdasarkan kebenaran yang hakiki.

5.0 KESIMPULAN....... sambungan

Page 21: Syah Waliyullah Al-Dihlawi(Oleh Syed Othman a Alkaff)

PEMIKIRAN ISLAM21

~Wallahu a’lam~