23
TUGASAN SEMESTER SEPTEMBER 2013 KOD KURSUS EIT 311 NAMA KURSUS TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR MOHD AMIN BIN OTHMAN NO. MATRIK E30209121175 NAMA FASILITATOR AKADEMIK EN. SAMRI BIN SUHAILI PUSAT PEMBELAJARAN AEU ( UPM BINTULU) 1

MOHD AMIN BIN OTHMAN TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MOHD AMIN BIN OTHMAN TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

TUGASAN

SEMESTER SEPTEMBER 2013

KOD KURSUS EIT 311

NAMA KURSUSTEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN

PROGRAMSARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR MOHD AMIN BIN OTHMAN

NO. MATRIK E30209121175

NAMA FASILITATORAKADEMIK

EN. SAMRI BIN SUHAILI

PUSAT PEMBELAJARAN

AEU ( UPM BINTULU)

1

Page 2: MOHD AMIN BIN OTHMAN TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

BAHAGIAN A

Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja.  Hjetland (1995) menyatakan

bahawa “Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified”. Beliau juga

menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas  serta meningkatkan prestasi

guru seperti penggunaan  teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran

pembelajaran.  Maka seharusnya pengetahuan tentang teknologi maklumat khususnya dalam

proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting bagi guru-guru dalam membentuk

generasi yang akan datang.

        Perkembangan pendidikan masa kini sedang menuju ke arah penggunaan komputer 

sebagai alat pengurusan  pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru perlu didedahkan

dengan ilmu dan kemahiran  menggunakan komputer dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.  Dengan menggunakan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran 

kualiti dan hasil dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah  dan bilik-bilik darjah dapat

ditingkatkan.

Bermula dari kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan papan dan kapur;

bertukar kepada penggunaan komputer, bahan elektronik, Liquid Crystal Display

(LCD),kamera video dan teknologi lain yang terdapat di dalam bilik darjah. Dari semasa ke

semasa,pendidikan melalui perubahan selaras dengan kemajuan fikiran, kehendak dan

teknologi pengajaran. Teknologi maklumat berasaskan komputer bukan sahaja merupakan

bahan perantara yang berpotensi dalam memudahkan kerja-kerja seharian malah ia juga dapat

menjadi bahan untuk menjayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran (Nor

Hashim, Maznah& Azlinda, 1996). Warga pendidik terutamanya guru menjadi nadi dan

tulang belakang yang menjana keberkesanan pendidikan secara keseluruhannya, kita dapati

semakin ramai di kalangan mereka sudah celik teknologi maklumat. Bilangan guru yang

mempunyai akses kepada internet sudah semakin bertambah malahan telah menganggap

teknologi maklumat sesuatu yang perlu untuk memudahkan proses Pengajaran dan

Pembelajaran mereka.

Penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran  juga  telah

banyak membantu pelajar mengikuti sesuatu tajuk yang disampaikan. Bahan bantu mengajar

yang sesuai  dengan tahap dan isi kandungan tajuk yang diajar telah memudahkan pelajar

cepat memahami isi pelajaran di samping menarik minat pelajar untuk terus mengikuti sesi

pengajaran dan pembelajaran. Contohnya ialah  bahan bantu mengajar yang digunakan untuk

2

Page 3: MOHD AMIN BIN OTHMAN TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

menyampaikan kandungan pengajaran bagi tajuk  komputer menggunaan  beberapa perisian

dalam bentuk CD ROM  dalam bahasa Inggeris yang bertajuk “How to Build Your Own PC,

PC Maintenance,  Guide To Know PC. Perisian ini amat sesuai digunakan  untuk mengajar

tajuk perkakasan komputer dan ianya memberikan kesan yang amat besar kepada pelajar

dalam memahami tajuk perkakasan komputer.

Selain daripada itu slaid Powerpoint  juga digunakan dalam proses

pengajaran  dan  dipaparkan pada skrin menggunakan projektor ( LCD Panel) untuk

menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar. Penggunaan slaid ini akan menambahkan minat

dan memudahkan pelajar memahami tajuk yang disampaikan . Dalam usaha untuk

membolehkan pelajar lebih memahami tentang komponen dan perkakasan komputer,

beberapa contoh komponen utama sistem komputer digunakan dan dipamerkan kepada pelajar

untuk mempastikan pelajar melihat secara langsung dan benar-benar mengetahui dan

memahami fungsi setiap komponen perkakasan tersebut.  Nota disediakan bagi setiap tajuk

yang disampaikan oleh guru. Biasanya nota ini diedarkan pada awal pengajaran.

Teknologi Maklumat pelengkap kepada penyampaian pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan . Oleh yang demikian , kebanyakan guru di sekolah saya menjadikan

teknologi maklumat berasaskan komputer sebagai alat bantu mengajar utama dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah sesuai dengan keperluan murid, serta dapat

membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari dua aspek iaitu aspek

pengajaran (penggunaan oleh guru) dan aspek pembelajaran (penggunaan oleh murid). Oleh

itu, adalah perlu untuk setiap pendidik menggunakan pelbagai alat bantu mengajar sama ada

yang berbentuk peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan meningkatkan

minat dan kecenderungan murid terhadap sesuatu topik pembelajaran. Pengajaran dan

pembelajaran adalah fokus utama pihak pengurusan pendidikan kebangsaan sama ada di

peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah. Justeru, pihak pengurusan

pendidikan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat dapat membantu guru dalam

proses penyampaian isi pelajaran dengan lebih efektif dan menarik bersesuaian dengan

objektif pembelajaran.

3

Page 4: MOHD AMIN BIN OTHMAN TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

Cabaran-cabaran globalisasi menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga

yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada

peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang

tinggi. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menyediakan program

pembangunan Pendidikan Teknik dan Vokasional yang dapat melahirkan warganegara yang

berilmu pengetahuan, celik IT, berkemahiran, dan berakhlak mulia bagi memenuhi kehendak

ini. Untuk menjayakan pelaksanaan program PTV dengan lebih berkesan, kemudahan

infrastruktur ICT perlu disediakan dan dirancang dengan baik. Kemudahan ICT dapat

membantu perlaksanaan kurikulum dengan berkesan. Pembelajaran bukan lagi tertumpu

dengan kaedah pengajaran di bilik kuliah semata-mata. Penggunaan teknologi ICT perlu

dieksploit sepenuhnya supaya memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran pelajar.

Penggunaan modul pembelajaran dalam bentuk CD-ROM, multimedia, simulasi dan

sebagainya memerlukan prasarana yang bersesuaian

Tahap kemahiran guru di sekolah dalam menggunakan teknologi dapat dilihat dari segi

perbezaan jantina, pengalaman dengan komputer dan sebagainya Guru mempunyai sikap dan

persepsi yang positif terhadap penggunaan IT dalam pendidikan dapat menggunakan ICT

sebagai alat bantu mengajar yang efektif. Downes (1993) menjalankan kajian terhadap guru-

guru pelatih dan mendapati bahawa pengalaman dengan komputer dan pengaruh model

peranan guru yang menggunakan komputer di dalam bilik darjah membawa sikap positif

terhadap penggunaan komputer serta meningkatkan kemungkinan guru-guru berkenaan akan

menggunakan komputer di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru yang telah mendapat

pendedahan awal terhadap penggunaan komputer telah memberi impak yang positif terhadap

pembentukan sikap para guru.

Berdasarkan kajian awal, pemerhatian dan pemantauan terhadap guru-guru Sains di

salah sebuah sekolah rendah telah menunjukkan bahawa guru-guru Sains jarang

menggunakan perisian pendidikan Sains yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM). Keadaan ini dapat dilihat melalui proses penyeliaan guru semasa mengajar

di dalam kelas dan buku log penggunaan perisian pendidikan. Oleh yang demikian, satu

kajian secara umum bagi penggunaan perisian pendidikan telah dijalankan untuk mengenal

pasti tahap kekerapan penggunaan perisian pendidikan di sekolah selain mengesan kekangan

dan mengkaji kelemahan penggunaan bahan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah.

4

Page 5: MOHD AMIN BIN OTHMAN TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

Berdasarkan satu pemerhatian yang telah dibuat di sekolah saya, saya telah merekod dan

menganalisi data yang diperolehi

1. Kekerapan penggunaan perisian pendidikan boleh dilihat pada Jadual 1.

No.

ItemItem Min Tahap

1.Saya sentiasa menggunakan perisian pendidikan dalam

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.3.54 Sederhana

2.Saya hanya menggunakan perisian pendidikan apabila

diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.3.90 Tinggi

3.Saya menggunakan perisian pendidikan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.3.80

Tinggi

4.Saya yakin kekerapan menggunakan perisian kandungan

pendidikan membantu pengajaran dan pembelajaran.4.00

Tinggi

5.Saya menggunakan perisian pendidikan setiap kali pengajaran

dan pembelajaran.3.00 Sederhana

6.Saya sering membuat catatan penggunaan perisian pendidikan

dalam buku log penggunaan.3.54 Tinggi

7.Saya memanfaatkan sepenuhnya kemudahan perisian

pendidikan yang dibekalkan ke sekolah3.70 Tinggi

Purata Min 3.64 Sederhana

Peratusan tertinggi yang menjawab sangat setuju iaitu sebanyak 78 peratus yang

menyatakan persetujuan bahawa kekerapan menggunakan perisian pendidikan dapat

membantu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. . Sebanyak 73 peratus

bersetuju bahawa mereka hanya menggunakan perisian pendidikan apabila diperlukan di

dalam kelas dan mereka menggunakan perisian untuk proses pengukuhan pengajaran dan

pembelajaran. Kekerapan penggunaan perisian adalah oleh guru Sains dan Bahasa Inggeris

yang mencatat penggunaan perisian pendidikan Sains adalah sebanyak 12 sehingga tempoh

kajian pada tahun 2013

.

5

Page 6: MOHD AMIN BIN OTHMAN TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

2. Kekangan atau kelemahan yang dihadapi guru mata pelajaran

No.

ItemItem Min Tahap

1.Saya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam penggunaan

komputer.3.45 Sederhana

2.Saya dapat kandungan dalam perisian pendidikan mempunyai

aras pengetahuan yang sesuai.3.70 Tinggi

3.

Saya mendapat pendedahan yang mencukupi untuk

menggunakan perisian pendidikan dalam pengajaran dan

pembelajaran.

3.65 Sederhana

4.Perisian kandungan pendidikan yang dihantar ke sekolah

mencukupi.3.50 Sederhana

5.Kursus-kursus yang dianjurkan oleh PPD dan BTP dan JPN

mencukupi.3.00 Sederhana

6.Kawalan kelas tidak terjejas akibat penggunaan perisian

pendidikan di dalam kelas,3.85 Tinggi

7.Kandungan perisian pendidikan yang dihantar ke sekolah

adalah berkualiti tinggi.3.45 Sederhana

Purata Min 3.52 Sederhana

Jadual 2 menunjukkan kekangan yang dihadapi guru ketika menggunakan perisian pendidikan

dalam penjajaran dan pembelajaran di kelas.

Berdasarkan Jadual 2, menunjukkan hampir kesemua item kecuali item 2 dan item 6,

menunjukkan min yang sederhana. Ini menunjukkan mereka sederhana setuju dengan

pernyataan yang diajukan. Min purata adalah sebanyak 3.52 di mana berada pada tahap

sederhana setuju.

6

Page 7: MOHD AMIN BIN OTHMAN TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

3. Impak penggunaan perisian pendidikan

Jadual 3 di bawah menunjukkan taburan impak penggunaan perisian pendidikan sebagai alat

bantu mengajar.

No.

ItemItem Min Tahap

1. Murid-murid berasa seronok 4.45 Tinggi

2. Murid-murid mudah memahami isi pengajaran. 4.00 Tinggi

3.Saya yakin penggunaan perisian pendidikan boleh membantu

proses pembelajaran murid.4.40

Tinggi

4.Perisian kandungan pendidikan dapat menghidupkan suasana

pengajaran dan pembelajaran.4.45

Tinggi

5.Perisian kandungan pendidikan mengandungi pelbagai yang

sesuai mengikut kemampuan murid.3.40 Sederhana

6.Perisian kandungan pendidikan menggalakkan murid berfikir

secara kritis dan kreatif.3.85 Tinggi

7.Kandungan perisian pendidikan membolehkan objektif

pelajaran dapat dicapai dengan mudah.4.45 Sederhana

Purata Min 4.14 Tinggi

Berdasarkan Jadual 3 menunjukkan ramai guru bersetuju dan yakin dengan impak yang

ditunjukkan selepas menggunakan perisian pendidikan Sains sebagai alat bantu mengajar.

Hanya pada item 5 dan item 7, guru sederhana setuju terhadap penyataan bahawa perisian

pendidikan Sains mengandungi pelbagai aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan murid.

Di samping penggunaan perisian kandungan pendidikan, aplikasi pemprosesan

perkataan juga digunakan secara meluas oleh guru-guru di sekolah kerana terdapat impak

yang signifikan dalam penggunaan aplikasi persembahan dalam bilik darjah dan penggunaan

aplikasi ini adalah dalam trend meningkat khususnya dalam komunikasi dan penyampaian. Ini

disebabkan perisian persembahan elektronik adalah verstail kerana ia boleh digunakan oleh

guru-guru untuk semua subjek dan kurikulum. Guru-guru boleh membina dan

menyampaikan persembahan slaid untuk isi pengajaran, peta, projek, carta, nota kelas, kuiz,

peperiksaan dan sebagainya. Ini diperkukuhkan lagi dengan ulasan daripada How Stuff Works

(2005) yang menyatakan bahawa Microsoft Powerpoint (contoh perisian persembahan

elektronik) adalah aplikasi yang amat bermanfaat dalam menyampaikan maklumat. Aplikasi

7

Page 8: MOHD AMIN BIN OTHMAN TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

ini amat memudahkan pengguna kerana terdapat banyak templat dan pakej persembahan yang

boleh digunakan oleh pengguna sebagai permulaan.How Stuff Works (2005) juga menambah,

bahawa keupayaan Microsoft PowerPoint yang boleh diintegrasikan dengan media lain

seperti audio dan video amat membantu dalam penyampaian maklumat.

Namun begitu terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan

komputer dalam pengajaran. Masih terdapat guru yang tidak mahir dalam mengendalikan

pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan . Guru juga menghadapi

masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa perlu diberikan dalam

menyediakan bahan . Pelajar juga kurang berminat menggunakan komputer dalam

pengajaran. Komputer yang digunakan di sekolah sering rosak dan ketinggalan dari segi

kapasiti dan teknologi .

Di samping itu, terdapat kekangan terutamanya penyelenggaaan komputer yang tidak cekap

di sekolah . Ketiadaan bilik komputer juga menjadi faktor mengganggu kelancaran

penggunaan komputer dalam pengajaran. Namun begitu, bahan yang digunakan dalam

persembahan mestilah relevan dengan mata pelajaran dan aktiviti yang dijalankan, jika tidak

ia tidak akan dapat membantu guru dalam keberkesanan pengajarannya dan pelajar secara

khusus dalam pemahaman pelajarannya.

8

Page 9: MOHD AMIN BIN OTHMAN TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

RUJUKAN

Hayazi Mohd Yasin (2008). “Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru-guru Teknikal di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru” Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Ismail Sheikh Ahmad et. al (2005). “Laporan Kajian Keberkesanan Penggunaan ICT (CDRI dan Rancangan TV Pendidikan) dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah” International Islamic University Malaysia (IIUM).

Lee Lai Guan (2000) Pengendalian Pengajaran Pembelajaran Bestari di Sekolah Bestari printis negeri Kedah dan Perlis.“Prosoding di Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2000: Ke arah Peningkatan Prestasi Pembelajaran Pelajar” 8-11 November 2002.Hotel Bayview, Pulau Langkawi.

Naisbitt, J. (1982). “Megatrends” New York:Warner Books.

Nor Hashim, Maznah& Azlinda, (1996) Pengajaran Berbantu Komputer, Johor Bahru, UTM

Noor Azliza & Lilia, (2002) “Reka bentuk dan keberkesanan pembelajaran berbantukan multimedia pendekatan konstruktivisme bagi sains KBSM”. Jurnal Teknologi 36(E), 19-38.

Pispa, J. (1994) in William, D.M. (2000). “Intergrating Technology into Teaching and Learning” Singapore:Prentice Hill.

Hamidah B. (2000). Multimedia pendidikan dalam P&P sekolah bestari. Jurnal Bahagian

Teknologi Pendidikan, 2, 7-16.

Penintegrasian ICT dalam pendidikan, penyelidikan, amalan dan aplikasi, 2008, Norazah

Mohd Nordin, Mohamed Amin Embi

Tranformation of knowledge through classroom interaction, 2009 by Routledge, Baruch

Schwarz, Rina Hershkowitz

Teaching with Technology, 2003 second edition, Priscilla Norton, Karin M.Wiburg

Rahmad Sukor, A. S., & Mohd Subhi, M. (2001). Teknologi maklumat dan komunikasi. Issues in Education,

9

Page 10: MOHD AMIN BIN OTHMAN TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

BAHAGIAN B :

Rancangan Pengajaran Harian

Mata pelajaran         :        Bahasa Melayu

Kelas                          :          Tahun 2

Tarikh                :          1 April 2013

Masa                :          10.50 pagi-11.50 pagi

Tema                        :         Kebudayaan

Tajuk                        :          Kuih tradisional

Bilangan Murid        :         25 Orang

Fokus utama Standard kandungan

2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Standard pembelajaran

2.3.1 Membaca kuat ayat penyata dengan lancar, sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan berjeda.

Fokus sampingan Standard Kandungan

3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan    kemas

Standard Pembelajaran

3.2.6  Menulis ayat majmuk dengan betul dan kemas.

ObjektifPada akhir pembelajaran murid dapat :

   Membaca kuat  lapan daripada dua belas ayat penyata dengan lancar dengan menggunakan sebutan yang  jelas dan intonasi yang betul.

   Menulis sekurang-kurangnya lima ayat majmuk yang lengkap dengan betul dan kemas.

Kemahiran Berbahasa

      Kemahiran membaca     Kemahiran menulis     Kemahiran mendengar dan bertutur

Pengisian kurikulum

Pengisian Kurikulum :     KB : Menghubung kait, menjana idea, menganalisis.     KP :  Verbal linguistik, visual ruang, intrapersonal.     BCB : Mencatat maklumat, kemahiran membaca

10

Page 11: MOHD AMIN BIN OTHMAN TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

Pengetahuan Sedia Ada

     Murid mengetahui jenis-jenis kuih tradisional dan telah mempelajari ayat tunggal.

Penerapan Nilai      Bekerjasama, keyakinan diri, keberanian

Penekanan Konsep

   Penggabungjalinan    : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Penggabungjalinan topik.

   Penyerapan                  : Kajian tempatan    Penilaian                    : Menerangkan maksud ayat penyata

dan ayat majmuk  Pemulihan                 : Menulis  dan membaca ayat penyata

dengan bimbingan guru.   Pengayaan                 : Menghasilkan buku skrap.

Sistem Bahasa      Tatabahasa : Ayat penyata, ayat majmuk

Media      Tayangan slaid“ Microsoft power point”, lembaran kerja, LCD, pembesar suara, komputer riba

LANGKAH ISI KANDUNGAN AKTIVITI CATATAN

Set induksi

( 5 minit )

   Video kuih tradisional

   Apakah yang kamu

lihat ?

   Pernahkah kamu makan

kuih ini?

   Di manakah biasanya

kamu boleh

mendapatkan kuih ini?

  Guru menayangkan video kuih

tradisional.

   Guru meminta murid agar

memberi perhatian dan meneliti

kuih yang terdapat dalam video

ditunjukkan oleh guru.

   Guru bersoal jawab berdasarkan

kuih-muih yang telah

ditunjukkan.

   Guru mengaitkan jawapan murid

dengan  tajuk pelajaran hari ini

iaitu “ kuih Tradisional”.

BBM :

     Video kuih

tradisional.

KP :

     Visual-ruang

     Interpersonal

KB :

    Menghubung

kait

Nilai :

     Kerjasama

Ilmu :

     Kajian

Tempatan

11

Page 12: MOHD AMIN BIN OTHMAN TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

Langkah 1

( 5 minit )

Power Point: Kuih-

muih tradisional

     Apakah yang kamu

faham tentang gambar

ini ?

    Pernah kah kamu

melihat kuih ini?

    Baca nama-nama kuih

yang ditunjukkan.

   Guru menayangkan gambar-

gambar kuih-muih tradisional.

   Murid diminta menamakan

gambar kuih yang ditunjukkan

oleh guru.

   Murid diminta membaca nama-

nama kuih yang ditunjukkan.

   Guru membetulkan sebutan

murid.

BBM :

    Gambar

( Power Point )

    LCD Skrin

KB :

    Menganalisis

KP :

    Verbal-linguistik

BCB :

    Melaporkan

maklumat

Langkah 2

( 10 minit  )

Ayat penyata.

   Kuih baulu enak

rasanya.

   Kuih baulu berwarna

keperang-perangan

apabila telah masak.

   Kuih lapis  lembut

dimakan.

   Kuih lapis manis

rasanya.

   Kuih keria berbentuk

bulat.

   Kuih keria  berwarna

keperang-perangan.

   Kuih apam sangat

lembut.

   Kuih apam harum

baunya.

   Kuih koci selalunya

berintikan kelapa.

   Guru  menerangkan maksud ayat

penyata.

   Guru membahagikan murid

kepada enam kumpulan.

  Guru meminta murid memilih

nombor yang tertera dalam slaid

power point.

   Murid diminta membaca kuat

ayat yang ditunjukkan dalam

persembahan power point.

tersebut secara kelas.

   Kemudian, guru meminta murid

membaca secara kumpulan.

   Guru memperbetulkan sebutan

dan intonasi murid yang salah.

BBM :

    Gambar

( Power Point )

    LCD Skrin

KB :

    Menganalisis

BCB :

    Kemahiran

membaca

KP :

    Verbal-linguistik

    Intrapersonal

Nilai Murni :

     Keberanian

12

Page 13: MOHD AMIN BIN OTHMAN TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

   Kuih koci enak

rasanya.

   Kuih lempeng

harum baunya.

   Kuih lempeng enak

dimakan bersama kuah

kari.

Langkah 3

(10 minit)

Ayat majmuk

    Bapa mengajar adik

berenang sementara

emak sibuk

menghidangkan

makanan di pantai.

   Guru menayangkan contoh ayat

majmuk melalui slaid power

point.

   Guru menerangkan maksud ayat

majmuk kepada murid-murid.

   Guru meminta murid membaca

contoh ayat majmuk yang

dinyatakan dalam  slaid power

point secara kelas.

Pendekatan

pengajaran :

Pendekatan

deduktif

BBM :

    Gambar

( Power Point )

    LCD Skrin

KB :

     Menganalisis

     Menyelesaikan

masalah.

BCB :

     Kemahiran

membaca

KP :

    Verbal-linguistik

    Intrapersonal

Nilai Murni :

Kerjasama

Langkah 4

(10 minit)

Power point : Latihan

ayat majmuk

   Guru membahagikan murid

kepada enam kumpulan.

  Guru mengedarkan lembaran

BBM :

    Gambar

( Power Point )

13

Page 14: MOHD AMIN BIN OTHMAN TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

-Pilih ayat majmuk

yang betul.

-Baca jawapan anda

dengan kuat.

-Tuliskan ayat majmuk

yang anda bina dalam

lembaran kerja yang

telah diedarkan.

kerja.

  Guru menayangkan slide power

point.

   Setiap kumpulan  diminta untuk

memilih padanan ayat majmuk

yang betul berpandukan

tayangan slide power point yang

disediakan.

   Murid diminta membaca

jawapan yang betul secara kelas.

   Murid diminta menulis ayat

majmuk  dalam lembaran kerja

berdasarkan ayat penyata yang

ditunjukkan oleh guru dalam

slaid power point.

    LCD Skrin

       

KB :

    Menganalisis

    Menyelesaikan

masalah

KP :

    Visual-ruang

    Verbal-linguistik

BCB :

     Mencatat

maklumat

     Kemahiran

membaca

Nilai murni

     Keberanian 

     Kerjasama 

Pentaksiran

(15 minit)  

  Murid diminta membina ayat

penyata menggunakan perkataan

yang diberikan oleh guru.

   Murid diminta membaca ayat

penyata yang dibina dengan

menggunakan intonasi dan

sebutan yang betul. 

   Murid diminta membina ayat

majmuk  berdasar ayat penyata

yang telah dibina.

14

Page 15: MOHD AMIN BIN OTHMAN TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

Pengayaan/

Pemulihan

(5 minit)

   Murid diminta menghasilkan

buku skrap mengenai kuih

tradisional yang terdapat di

Malaysia dengan menggunakan

ayat penyata yang sesuai.

Murid diminta  mengisi tempat

kosong untuk melengkapkan

ayat penyata.

Penutup   Meneka nama kuih BBM :

    Gambar

( Power Point )

    LCD Skrin

( Sama seperti

gambar untuk

langkah 2)

15

Page 16: MOHD AMIN BIN OTHMAN TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

Lembaran Kerja

Bahasa Melayu Tahun 2

Nama : Kelas : Tarikh:

Tulis ayat penyata bagi setiap gambar berikut;

1.

2.

3.

4.

5.

16

Page 17: MOHD AMIN BIN OTHMAN TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

Pengayaan

Bahasa Melayu Tahun 2

Nama : Kelas : Tarikh:

1. Tulis lima ayat majmuk tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

siapa / apa ? buat apa / mengapa ? mana / bagaimana ?

1.

2.

3.

4.

5.

17

1

2

3

4

5

Page 18: MOHD AMIN BIN OTHMAN TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

Pemulihan

Bahasa Melayu Tahun 2

Nama : Kelas : Tarikh:

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan perkataan atau frasa yang sesuai.

1. Beberapa orang murid ________________________ untuk membeli makanan.

2. Suzie _____________________________________________ yang baru dibelinya.

3. Beberapa orang murid _________________________________________ di kantin sekolah.

4. Muhammad Anwar ________________________________________ ke dalam tong sampah.

5. Seorang pekerja kantin ________________________ murid yang hendak membeli makanan.

18