Click here to load reader

Sajak tiba waktunya

  • View
    878

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Komsas Ting 4

Text of Sajak tiba waktunya

  • 1. Angin musim semakin deras dan ganas meniup tamadun ke era yang pantas lihatlah siapa mereka yang memanjang langkah merebut tunas tunas harapan yang hijau dari putik dan pucuk berembun kemilau. Perubahan zaman dengan pelbagai kemajuan bergerak pantas. Manusia merebut segala peluang daripada kemajuan tersebut.

2. Haruskah kita tunduk mengutip sisa sisa atau berada di sana meraih sejahtera ? Usah kautanya persoalan dilema kerana ini bukan waktunya untuk berhujah perlu tidaknya dan masa pun tidak akan menanti buat mewajar padah atau simpati . Penyajak bertanya sama ada kita harus tunduk dan hanya mengutip sisa sisa peluang daripada kemajuan itu atau berada dalam zaman dan kemajuan itu untuk memperoleh kejayaan. 3. Wanita zaman siber perlu mengacung minda ke tengah arena suara dan kudratmu adalah pemangkin aspirasi menuju wawasan era globalisasi. Penyajak menyeru agar wanita zaman siber mengangkat fikiran ke tengah arena zaman kemajuan kerana suara dan kekuatan wanita itu adalah pemangkin aspirasi menuju era globalisasi. 4. Lepaskan segala belenggu kedaifan huraikan segala keliru kekusutan wanita zaman ini perlu bangun berani yakin diri tahan diuji tinggi pekerti anggun gerak geri terunggul dalam segala segi. Penyajak menyeru agar segala belenggu kedaifan dilepaskan dan menghuraikan segala kekeliruan dan kekusutan. Malah, wanita hari ini perlu berani bangun, mempunyai keyakinan diri, dan tahan diuji. Walaubagaimanapun, golongan wanita hendaklah mempunyai pekerti yang tinggi dan bersopan dalam setiap tindakan. Wanita hari ini mesti unggul dalam segala aspek kehidupan. 5. Mari kita jana semua upaya dalam menjulang citra seluruh wanita dengan kudrat mental juga fizikal berbekal iman dan semangat cekal kita gerakkan kemampuan yang pukal. Penyajak menyeru agar semua wanita bersama sama menjanakan keupayaan menerusi kekuatan mental dan fizikal dengan berbekalkan iman serta semangat dalam usaha memartabatkan citra wanita. Usaha ini hendaklah dilaksanakan secara kolektif. 6. Kini sudah tiba waktunya Kita bertakhta di persada dunia. Penyajak menyedarkan seluruh wanita bahawa sudah tiba waktunya wanita bertakhta di persada dunia. 7. Persiapan dan usaha mengangkat wanita dalam menghadapi cabaran, merebut peluang yang ada, dan memainkan peranan dalam era globalisasi. 8. peranan wanita amat penting dan menjadi pemangkin dan aspirasi kepada negara dalam menghadapi era globalisasi, wanita hari ini mesti berani dan yakin akan diri untuk melepaskan diri daripada belenggu kedaifan, kekuatan minda dan suara wanita hari ini semakin penting untuk diketengahkan dalam membantu menghuraikan segala kekusutan pada bangsa dan negara, 9. wanita hari ini tidak harus meninggalkan kesopanan tetapi mesti memiliki ketinggian budi dalam semua aspek, kemajuan dunia berlaku dengan pantas, golongan wanita mempunyai peranan dan kekuatan untuk memenuhi aspirasi bagi menjayakan wawasan, khususnya dalam era globalisasi. 10. Sajak Tiba Waktunya terdiri daripada enam rangkap, iaitu rangkap pertamanya mengandungi lima baris, rangkap kedua mengandungi tujuh baris, dan rangkap ketiga mengandungi empat baris ayat, rangkap keempat sajak ini ada enam baris, rangkap kelimanya dengan lima baris, dan rangkap keenam pula hanya ada dua baris ayat. Jumlah perkataan dalam sajak Tiba Waktunya ini tidak seimbang. Misalnya, dalam rangkap ketiga, baris pertamanya mengandungi tiga patah kata, baris kedua dengan lima patah kata, baris ketiga mengandungi enam patah kata, dan baris keempat pula mengandungi empat patah kata. 11. Jumlah suku kata dalam setiap baris dalam sajak Tiba Waktunya juga tidak kekal. Contohnya, pada baris pertama dalam rangkap ketiga terdapat tujuh suku kata tetapi dalam baris keempatnya pula ada tiga belas suku kata. Rima akhirnya bebas : aabcc,aaaaabb,abcc,aabbbb,aabbb,aa. Kesimpulannya,sajak Tiba Waktunya berbentuk bebas. Sajak ini tidak terikat dengan ciri ciri khusus seperti ciri pantun atau syair. 12. Sajak Tiba Waktunya telah mengajak wanita hari ini bangkit segera untuk mencapai kemajuan diri. Oleh itu, penyajak hendaklah mempunyai nada tinggi, tegas, dan lantang dalam menyampaikan mesej dalam sajak ini. Tegasnya, sajak Tiba Waktunya bernada patriotik. 13. Pemilihan kata atau diksinya indah ( puitis ) Contohnya: dari putik dan pucuk berembun kemilau. Inversi Contohnya: lihatlah siapa mereka yang memanjangkan langkah Perlambangan atau imejan Contohnya: tunas tunas harapan yang hijau Metafora Contohnya: suara dan kudratmu adalah pemangkin aspirasi 14. Penggunaan kata pinjaman Contohnya: siber, aspirasi, globalisasi Perulangan kata Contohnya: era, wanita 15. Asonansi perulangan bunyi vokal e: Contohnya: Lepaskan segala belenggu kedaifan Aliterasi perulangan bunyi konsonan k: Contohnya: huraikan segala keliru kekusutan 16. Keberanian - penyajak menyeru kaum wanita agar berani mengetengahkan pemikiran dan idea mereka. Tinggi budi - golongan wanita mesti pekerti mengekalkan sifat bersopan santun dalam mengharungi dunia globalisasi. Kegigihan - sajak ini ada menyatakan bahawa usaha gigih dengan menggunakan pelbagai kebolehan dan keistimewaan diri mampu menjanakan kejayaan yang cemerlang. 17. Yakin diri - penyajak mengatakan bahawa wanita pada zaman ini perlu mempunyai keyakinan diri untuk menempuh cabaran. Bercita cita - penyajak menggalakkan wanita tinggi supaya mempunyai cita cita yang tinggi untuk mencapai kemajuan pada era globalisasi. 18. Golongan wanita mestilah mempunyai peranan penting dalam memajukan negara. Dalam mengejar kemajuan, iman mestilah kukuh. Kekuatan mental, fizikal, iman dan semangat hendaklah digerakkan secara kolektif bagi menjamin usaha memartabatkan wanita. Rakyat negara ini hendaklah berani bersaing. Jangan mudah mengaku kalah ketika melihat kemajuan orang lain. 19. Setiap wanita mesti bergerak pantas untuk mengambil peluang daripada perubahan kemajuan dan tamadun agar tidak ketinggalan. Setiap usaha mestilah dilaksanakan dengan keyakinan diri yang tinngi agar cabaran dan dugaan dapat ditangani. 20. NUR AMIZA BINTI MASROL

Search related