29
1 ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH HASSAN Phat a/l Awang Deng Abstrak Sejak tradisi penyair atau pengarang kelihatan sensitif dengan kejadian alam dan fenomena alam persekitaran. Suatu keadaan atau perubahan alam mampu memberi pelbagai ilham untuk mereka menggarap idea atau rasa resah kehidupan menerusi karya sastera. Dalam konteks seperti ini, Zurinah Hassan turut kelihatan mengutip alam sebagai asas atau jaluran idea dalam sajak yang dihasilkan. Alam dan fenomena yang diadun itu merungkai tekanan kegelisahan atau kesukaran yang bukan sahaja pada jasad, malah pada fikiran dan jiwa penyair. Oleh itu, kertas ini akan mengenal pasti dan menganalisis alam serta fenomena sebagai bayangan idea dalam kumpulan sajak Menunggu Pesawat (Zurinah Hassan, 2021) berpandukan kerangka Puitika Sastera Melayu (Muhammad Haji Salleh, 2006). Hal ini kerana gagasan berkenaan melihat keindahan karya sastera seperti puisi adalah melalui bentuk dan tafsiran makna bahasa yang digunakan. Tambahan pula, puisi bukan sahaja mementingkan “yang indah-indah” sahaja, tetapi juga menghubung kait aspek berkenaan dengan “endah” yang merujuk kepedulian atau minat khalayak mencari makna yang diserlahkan oleh penyair itu. Hasilnya, kertas ini menemui penggunaan alam dan fenomena alam sebagai bayangan kegelisahan dan kerisauan dalam diri penyair terserlah dalam puisi pilihan. Pemilihan elemen itu pula sesuai bagi menjawab beberapa permasalahan dalam diri manusia, serta dapat menjelaskan ikatan erat antara kehidupan diri penyair dengan alam, begitu juga manusia lain secara keseluruhan. Kata kunci: Alam, Puitika Sastera Melayu, Zurinah Hassan, Menunggu Pesawat Pengenalan Menelusuri pelbagai elemen dalam genre sastera sama ada puisi atau prosa sejak tradisi menunjukkan bahawa alam dan fenomena alam sering dipilih guna sebagai ‘guru’ yang memberikan panduan serta ilham yang sesuai dan menarik. Tiupan atau desiran angin pada daun-daun pohon ru, serta damparan suara ombak ke pantai atau suara camar yang berterbangan, misalnya sering mengilham penyair yang ‘kesepian,’ untuk mula mencari kekuatan memujuk diri serta melegakan keresahan hati sendiri dan orang lain. Hasilnya, puisi Melayu tradisional seperti pantun, syair,

ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

  • Upload
    others

  • View
    38

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

1

ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH HASSAN

Phat a/l Awang Deng

Abstrak Sejak tradisi penyair atau pengarang kelihatan sensitif dengan kejadian alam dan fenomena alam persekitaran. Suatu keadaan atau perubahan alam mampu memberi pelbagai ilham untuk mereka menggarap idea atau rasa resah kehidupan menerusi karya sastera. Dalam konteks seperti ini, Zurinah Hassan turut kelihatan mengutip alam sebagai asas atau jaluran idea dalam sajak yang dihasilkan. Alam dan fenomena yang diadun itu merungkai tekanan kegelisahan atau kesukaran yang bukan sahaja pada jasad, malah pada fikiran dan jiwa penyair. Oleh itu, kertas ini akan mengenal pasti dan menganalisis alam serta fenomena sebagai bayangan idea dalam kumpulan sajak Menunggu Pesawat (Zurinah Hassan, 2021) berpandukan kerangka Puitika Sastera Melayu (Muhammad Haji Salleh, 2006). Hal ini kerana gagasan berkenaan melihat keindahan karya sastera seperti puisi adalah melalui bentuk dan tafsiran makna bahasa yang digunakan. Tambahan pula, puisi bukan sahaja mementingkan “yang indah-indah” sahaja, tetapi juga menghubung kait aspek berkenaan dengan “endah” yang merujuk kepedulian atau minat khalayak mencari makna yang diserlahkan oleh penyair itu. Hasilnya, kertas ini menemui penggunaan alam dan fenomena alam sebagai bayangan kegelisahan dan kerisauan dalam diri penyair terserlah dalam puisi pilihan. Pemilihan elemen itu pula sesuai bagi menjawab beberapa permasalahan dalam diri manusia, serta dapat menjelaskan ikatan erat antara kehidupan diri penyair dengan alam, begitu juga manusia lain secara keseluruhan. Kata kunci: Alam, Puitika Sastera Melayu, Zurinah Hassan, Menunggu Pesawat

Pengenalan

Menelusuri pelbagai elemen dalam genre sastera sama ada puisi atau prosa sejak

tradisi menunjukkan bahawa alam dan fenomena alam sering dipilih guna sebagai

‘guru’ yang memberikan panduan serta ilham yang sesuai dan menarik. Tiupan atau

desiran angin pada daun-daun pohon ru, serta damparan suara ombak ke pantai

atau suara camar yang berterbangan, misalnya sering mengilham penyair yang

‘kesepian,’ untuk mula mencari kekuatan memujuk diri serta melegakan keresahan

hati sendiri dan orang lain. Hasilnya, puisi Melayu tradisional seperti pantun, syair,

Page 2: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

2

atau peribahasa dan sebagainya sejak sekian lama jelas mengutip alam dan

fenomena alam sebagai bayangan kepada fikiran, serta meninggalkan pelbagai

tafsiran untuk bacaan atau telaah khalayak sastera secara keseluruhan.

Kecenderungan, malahan kekuatan tradisi ini berterusan dikutip sebagai

teladan oleh sasterawan hingga ke hari ini. Penyair seperti Zurinah Hassan,

misalnya mengutip guna alam dan fenomena sebagai gambaran kepada pelbagai

rasa yang muncul dalam fikiran. Elemen alam meliputi flora dan fauna serta

fenomena alam seperti hujan, angin, ribut atau cuaca dan sebagainya sering muncul

dalam baris-baris sajak yang dihasilkan. Sepintas lalu penelitian mendapati, di

tangan Zurinah Hassan, perkara ini hadir sebagai bayangan fikiran yang penuh

kekreatifan, atau secara mudah elemen berkenaan menjadi panduan indah yang

menjalurkan idea Zurinah Hassan terhadap sesuatu perkara atau isu di persekitaran

diri. Ini selari pandangan Zurinah Hassan (seperti dalam Muhammad Fadzil Yusoff,

2018:291) sendiri yang menyatakan bahawa “komponen penting dalam sesebuah

puisi ialah perasaan dan pemikiran. Penyair tersentuh hati dengan pelbgai perkara

yang berlaku di sekelilingnya.”

Oleh itu, hal berkenaan membuktikan bahawa pembaharuan atau teknologi

moden semata-mata tidak seratus peratus membantu manusia membaca atau

merungkai ‘makna’ kehidupan dan persekitaran mereka. Alam dan fenomena

seharusnya disantuni agar manusia lebih mengerti berbagai-bagai kemungkinan

yang hadir dalam kehidupan. Kebijaksanaan mentafsir alam wajar disertakan

kecanggihan teknologi dan kesemasaan ilmu, atau maklumat yang benar.

Masyarakat sepatutnya kembali memberikan kepentingan kepada kefahaman

Page 3: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

3

terhadap alam, fenomena, perubahan dan sebagainya, ini kerana alam yang luas

mampu menjadi ‘guru’ seperti diungkap pujangga tradisi dalam larik yang berbunyi

“setitik jadikan laut, sekepal jadikan gunung.” Alam dan fenomena itu penuh dengan

‘kekayaan’ dan mampu memantul makna kepada kehidupan dan kewujudan

manusia. Oleh yang demikian, kertas ini akan mengenal pasti dan menganalisis

penggunaan alam dan fenomena oleh penyair, dan pilihan berkenaan pula

mempunyai perkaitan dengan bayangan idea atau gambaran makna dalam sajak

yang dihasilkan.

Metodologi Kajian

Kajian kualitatif analisis teks ini meneliti kumpulan sajak Menunggu Pesawat

(Zurinah Hassan, 2021) dengan berpandukan tafsiran ringkas daripada Puitika

Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh yang menyebut lapan aspek utama

penjelasan, iaitu takrif dan istilah, fungsi karya sastera, genre, perkataan yang

indah-indah, dan teks untuk menyerlah kekuatan atau kedudukan karya sastera.

Penghujahan dan percontohan puitika sastera (diserlahkan melalui makna

keindahan) dilakukan melalui puisi dan prosa klasik, seperti pantun dan hikayat

menerusi bab “Yang Indah-indah: Estetika Sastera Melayu.” (Hashim Ismail, 2019).

Berdasarkan teori berkenaan, Muhammad Haji Salleh menjelaskan enam ciri puisi,

iaitu dunia luas yang dipadatkan; mainan kiasan dan saranan; dunia berjodoh; sama

ukuran; muzik seiring kata; serta sesuai dan patut. Manakala perbincangan

bahagian kedua pula meletakkan unsur keindahan (kedudukan dan kekuatan)

sastera berbentuk prosa, dengan perincian sastera seharusnya; menceritakan

Page 4: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

4

kehidupan, mengajar dan membimbing; dunia pengalaman dirundung kesusahan,

kesedihan dan kesengsaraan; cermin kehidupan Melayu yang tidak mudah, kerdil

dan lemah; melibatkan aspek keaslian dalam karya; karya bersifat episodik; penuh

perasaan takjub dan dan hairan terutamanya dunia majis; dan bersifat dramatik.

Mana Sikana (2015) pula menyatakan gagasan Muhammad Haji Salleh dalam

Puitika Sastera Melayu boleh dirumuskan kepada empat prinsip penting sebagai

asas sesuatu perbincangan sesuatu karya, iaitu pemilihan bahan, teknik

penyampaian, bahasa, dan fungsi karya.

Perbincangan sajak Zurinah Hassan dalam kertas ini menggunakan prinsip

kedua dalam aspek “Yang Indah-indah: Estetika Sastera Melayu,” iaitu mainan

kiasan dan saranan. Walau bagaimanapun, hal ini kelihatan berkait juga dengan dua

pemaknaan puitika sastera dalam prosa klasik, iaitu makna bahawa sesebuah karya

sastera, pertama menceritakan kehidupan, mengajar dan membimbing; dan kedua

sastera ialah dunia pengalaman yang dirundung kesusahan, kesengsaraan dan lain-

lain. Oleh itu, beberapa data sajak dalam Menunggu Pesawat (Zurinah Hassan,

2021) akan dianalisis untuk menjelaskan perkara ini. Sepintas lalu, justifikasi

pemilihan sajak dalam kumpulan dirasakan sesuai kerana koleksi ini diterbitkan

pada tahun 2021. Terbitan mutakhir ini memasukkan sejumlah 104 buah sajak karya

Sasterawan Negara Dato’ Zurinah Hassan dalam dua bahagian, iaitu Bahagian 1

(memuatkan ajak-sajak baharu – sebanyak 54 buah sajak), dan Bahagian 2 (sajak-

sajak yang pernah lahir dalam kumpulan sajak yang pelbagai, misalnya kumpulan

Sesayup Jalan, Di Sini Tiada Perhentian, dan Cerita Dalam Cerita – sebanyak 50

buah sajak).

Page 5: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

5

Alam dan Fenomena Penawar Kegelisahan

Alam flora fauna dan fenomena persekitaran melengkapi status kekayaan alam

semula jadi yang beraneka jenis dan ragam. Dalam kertas ini, alam dirujuk sebagai

merangkumi elemen dan fenomena seperti pokok, hutan, buah-buahan, haiwan,

serangga, hidupan air dan sebagainya. Manakala fenomena pula meliputi hujan,

musim, waktu, kemarau, dan lain-lain, serta mengambil maklum bahawa lautan,

tasik, kolam, dan lautan juga terangkum sebagai unsur alam yang sering ditemui

dalam puisi, namun tidak semua akan dibicarakan. Kehidupan yang pelbagai dan

alam itu mengajar manusia untuk mengenali hidupan lain di sekitar di mereka. Bagi

penyair Zurinah Hassan, kewujudan atau keberadaan flora fauna di sekitar

kehidupan mampu mengajar atau memberi kebijaksanaan, khasnya untuk mengerti

kehidupan, melalui pengalaman dan pengajaran. Menurut Amida Abdulhamid

(2008:181), “cara manusia membuat respon kepada alam sekitar tidak terbatas

pada penggunaan lima pancaindera utama, iaitu deria melihat, mendengar,

menyentuh, menghidu, dan merasa..., tetapi juga “berbekalkan emosi dan perasaan

juga manusia mengungkapkan hubungan mereka, intim atau gusar, dengan alam

sekitar.” Oleh itu, beberapa kegelisahan dalam diri penyair akan merungkaikan

kefahaman terhadap realiti, khasnya ketika memerhati kejadian alam seperti

tumbuh-tumbuhan atau naluri yang mewajahkan perlakuan fauna yang lain.

Flora Merakam Kiasan dan Saranan

Alam semula jadi, tumbuh-tumbuhan meliputi bunga, buah, dan daun berguguran,

ranting atau dahan dalam sastera selalunya digarapkan untuk memberi makna

indah berdasarkan konteks sesebuah puisi berkenaan. Kehidupan manusia yang

Page 6: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

6

rapat kepada alam sehingga kini menyebabkan alam dan fenomena masih menyalur

ilham kepada penyair dan pengarang. Pelbagai kajian mendapati flora dan fauna

sebagai gambaran penting menyedar manusia kepada kehidupan mereka. Daun

dan bunga kering yang berguguran sering diasosiasikan dengan putus harapan atau

perubahan musim, usia meningkat atau hujung usia manusia, dan putaran ini

membawa kehidupan baharu kepada generasi selepas itu.

Zurinah Hassan (ZH) dalam sajak yang dihasilkan seperti juga penyair lain,

terasa begitu sensitif dengan alam persekitaran. Gambaran alam dilukiskan untuk

melerai luah perasaan terhadap sesuatu perkara. Dalam sajak berjudul “Lurah Bilut”,

ZH membayangkan seorang lelaki yang mencari kehidupan dan masa depan.

Penyair menyedari kesukaran mereka yang bersusah payah memenuhi keperluan

keluarga, walaupun cuma untuk peringkat yang paling asas (iaitu kediaman,

pakaian, makanan dan minuman), tetapi masih memerlukan pengorbanan yang

bukan sedikit. Seorang lelaki dalam sajak kehilangan atau kerugian kerana

rintangan sepanjang perjalanan berkenaan.

Jangan kau ajak dia berbincang Tentang tanah Felda yang menjadi tanda tanya Tanah-tanah simpanan Melayu yang menghilang Belantara akan kembali mengaum di kepala

Katanya kini kita telah terlepas dari haiwan liar Berhadapan pula manusia dan haloba yang lebih ganas.

(Zurinah Hassan, 2021:4)

Kegelisahan jiwa penyair tersentuh ketika ‘melihat’ kehidupan rakyat jelata,

serta pejuang terdahulu yang membangun kehidupan, dan menerus cita-cita di

negara ini. Pengorbanan untuk meneroka (memusnahkan hutan, kayu-kayan,

Page 7: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

7

habitat kehidupan dan sebagainya) tanah-tanah rancangan sebagai ruang

kehidupan kepada rakyat negara yang semakin bertambah. Penyair Zurinah Hassan

mengungkap bahawa, “tanah-tanah simpanan Melayu yang menghilang/Belantara

akan kembali mengaum di kepala,” dan baris “Katanya kini kita telah terlepas dari

ancaman haiwan liar/Berhadapan pula manusia dan haloba yang lebih ganas”

(Zurinah Hassan, 2021:4) jelas menerangkan bahawa kerisauan penyair terhadap

kemusnahan alam dan kehilangan tanah simpanan sepatutnya berbaloi demi

kehidupan dan kesejahteraan, tetapi kini “manusia dan haloba yang lebih ganas.”

telah mengaut keuntungan untuk kelompok sendiri. Serangan ganas haiwan liar

tidak lagi menakutkan berbanding kerakusan manusia yang berkuasa, bertindak licik

mengikuti lunas perundangan, tetapi pincang dari segi moral dan kemanusiaan.

Oleh itu, paparan tentang kerisauan pada kepupusan alam, keganasan haiwan liar

dikiaskan untuk merakam kegelisahan dalam diri penyair.

Rakaman kegelisahan dan tekanan perasaan diri penyair Zurinah Hassan

dalam sajak “Tragedi Rambutan Gading” pula berbeza dengan sajak di atas. Kisah

yang diserlahkan dalam sajak ini melontarkan gambaran dua situasi kehidupan.

Soal keutamaan, dan nilai yang sudah berubah dalam masyarakat. Orang

kebanyakan kelihatan menerima nilai baharu atau mentafsir erti moden dengan

sudut pandangan yang berbeza. Kemajuan atau ukuran ketinggian peradaban

bangsa tidak lagi menggunakan ramuan serta acuan yang ternyata jauh berbeza.

Acuan dan ramuan, norma dan nilai tradisi sudah berubah kerana sajak di atas turut

membawa kita kepada soal makna ungkapan lama “jangan tanam kelapa condong,

buahnya gugur di laman orang.” Zurinah Hassan dalam sajak “Tragedi Rambutan

Page 8: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

8

Gading” menggambarkan sekumpulan budak lelaki dipukul oleh tuan rumah kerana

memetik buah rambutan gading masak di hujung dahan yang melepasi ke luar

pagar rumah itu. Peristiwa memetik rambutan di laman orang atau meminta belas

kasihan rezeki orang kelihatan terhina sekiranya dibalas dengan cemuhan dan

makian.

Sesudah dewasa, kekurangan zaman kanak-kanak cuba dipenuhi oleh budak

lelaki berkenaan, tetapi ketika itu rambutan gading di tepi rumah tidak lagi berharga.

Jiran, anak dan cucu-cucunya sudah tidak lagi menghargai apa yang dimiliki itu,

bayangan sektor pertanian mula dikaitkan dengan kemiskinan dan kemunduran.

Dia tetap ingat peristiwa itu dia pernah mengheret bakul rambutan Dan berat rindu kepada anak cucu Di rumah anak pertama dua tiga hari kemudian Dia melihat rambutannya masih dibakul berair dan kehitaman .... Di rumah anak kedua dia terdengar suara keras menantu Mengarah pembantu Biarkan rambutan di luar jangan bawa masuk ke dalam Takut kotor rumah dengan habuk dan semut hitam

(Zurinah Hassan, 2021:18)

Berdasarkan rangkap akhir selepas contoh di atas, baris “melihat

rambutannya yang ranum hitam dan terbiar/ Dan menantu yang tidak menghargai

pemberian/Inilah tragedi yang lebih besar.” (Zurinah Hassan, 2021:18). Penyair jelas

merakamkan soal jasa dan perjuangan generasi tua yang sudah pudar dan tidak

dihargai generasi hari ini. Anak cucu yang dibesarkan mempunyai kehidupan

sendiri, manakala kita atau generasi tua tidak mampu lagi mergubah keadaan atau

Page 9: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

9

mengembali cara fikir, pegangan, nilai atau ‘kesantunan’ yang pernah dilalui

sebelum ini. Kitaran ini pasti berulang, daripada datuk kepada ayah, kemudian

kepada anak dan cucu selepas itu. Hal-hal tradisi tidak pernah dihargai. Kekurangan

dan kemiskinan memaksa dia memetik atau mengidam buah di laman orang telah

membangkit semangat untuk mengubah kehidupan, menyediakan keperluan untuk

kesenangan anak-anak, tetapi akhirnya semua jasa dan pengorbanan itu dipandang

remeh tidak bermakna. Hal seperti ini menyerlah juga kerisauan penyair terhadap

fenomena dalam masyarakat. Kesungguhan atau kegigihan generasi terdahulu yang

menyedari kekurangan diri kemudian bangkit mengubah landskap negara tetapi

akhirnya kurang dihargai oleh generasi hari ini. Walau bagaimanapun tragedi

mengidam buah di pagar orang diharap tidak berulang lagi dalam negara yang

makmur ini

Sajak berjudul “Drama Kebun Kami,” juga menghampiri makna yang luas

bagi sajak berjudul “Tragedi Rambutan Gading” yang dibincangkan sebelum ini.

Beberapa baris sajak berikut memaparkan dusun atau kebun subur yang tidak

diusahakan secara berhemah. Masing-masing berhempas pulas untuk menguasai

dan memiliki, namun tiada kekuatan serta kesungguhan untuk menjana sumber

yang ada. Dalam sajak “Drama Kebun Kami,” Zurinah Hassan menggarap kisah itu,

katanya:

Ceritanya agak senang Ada tanah sebidang

Benih terbaik asuhan moyang Tetapi anak cucu Tidak menyuburkan ladang Kerana sibuk berebutan Cangkul dan parang

(Zurinah Hassan, 2021:50)

Page 10: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

10

Kerisauan kebun warisan yang tidak diusahakan kelihatan diluahkan oleh

penyair. Masyarakat atau adik-beradik yang bertengkar atau berebut sesama sendiri

untuk mewarisi tanah pusaka, tetapi tidak pula disertakan dengan kegigihan dan

kebijaksanaan untuk memajukan tanah itu. Secara mudah kisah ini menceritakan

realiti sesetengah pihak atau individu dalam masyarakat pada tempat tertentu. Oleh

itu, dalam cermin yang lebih besar, Zurinah Hassan menegur isu perebutan kuasa

atau pertelingkah sesama sendiri. Hal ini kerana sengketa akan ‘melukai’ dan

merugikan semua pihak. Perpaduan dan persefahaman yang dirobek kerana sedikit

kuasa atau keuntungan akan menyebabkan kerugian yang lebih besar, dan larik

pada rangkap akhir sajak ini menyatakan “Dengan pisau di tangan kanan/Mentimun

di tangan kiri/Mengapa yang terhiris dan luka/Adalah tangan sendiri”(Zurinah

Hassan, 2021:50).

Keresahan untuk seseorang menjadi manusia yang bermakna, dirungkaikan

hasil pemerhatian atau bacaan terhadap penggunaan imej flora yang memenuhi

alam dalam sajak-sajak pilihan. Hal-hal berkaitan biasanya dikias ibarat oleh penyair

untuk memberi bayangan dan mengajar kita hakikat kehidupan. Asal-usul diri tidak

seharusnya digunakan sebagai alasan menghalang kebersihan akal dan jiwa

seseorang manusia. Kemampuan penyair mentafsir manusia melalui gambaran

alam dengan makna yang penting menjelaskan perasaan dan harapan tinggi

terhadap isu berkaitan. Menerusi sajak “Bunga di Kolam,” (Zurinah Hassan,

2021:92), penyair mengajar pesan, agar setiap orang mengangkat ‘hati’ sendiri

menjadi manusia yang bermakna, katanya:

Page 11: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

11

Kita sepatutnya belajar Dari kembang teratai Yang berlumpur di tangkai Namun tetap terjulang Dalam warna cemerlang Kita sepatutnya belajar Dari kuntum seroja Yang tumbuh di kasar selut Dengan kelopak putih lembut

(Zurinah Hassan, 2021:92)

Gambaran tentang bunga-bunga kolam seperti teratai dan seroja yang

berbunga cantik, putih dan bersih dikias oleh Zurinah Hassan untuk menenang

kegelisahan. Kemerosotan sistem masyarakat kerana tidak disediakan suatu siri

perkembangan sahsiah generasi muda kadang-kadang menimbulkan pelbagai

gejala sosial atau masalah di luar jangkaan kita semua. Kesannya, masyarakat kita

semakin dicemari ‘lumpur’ kehidupan, dan kota besar kelihatan menyebabkan

‘bunga’ bangsa ini sukar melepasi dugaan kemerosotan nilai luaran dan dalaman.

Soal kebobrokan politik, penindasan, rasuah, pelacuran dan sebagainya terbentang

luas serta seolah diakui menjadi kebiasaan dalam kehidupan kota raya moden.

Kekayaan dipandang mulia, keuntungan material dipuji tanpa menilai laluan cara

atau kaedah urus tadbir sesuatu perusahaan atau perniagaan. Akhirnya, perkara ini

memberi mesej yang salah khasnya kepada kanak-kanak dan remaja pewaris

negara bahawa wang dan harta benda menjadi ukuran dan keutamaan bagi

masyarakat, serta akan memberi kelebihan kepada sesiapa sahaja,

Dalam merungkai permasalahan di atas, penyair memilih guna flora seperti

teratai dan seroja di kolam berlumpur kotor serta berbau busuk, namun bunga itu

tetap mekar berwarna cerah, bersih dan cantik. Zurinah Hassan mengajak agar kita

Page 12: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

12

semua, khasnya generasi muda mengambil ikhtibar daripada tumbuhan berkenaan.

Setiap individu seharusnya memiliki ilmu serta kemahuan untuk mengangkat diri

sendiri keluar daripada air dan lumpur kotor di sekeliling diri mereka. Kejayaan

mengatasi ketamakan, kekotoran akal dan jiwa kerana dibelenggu elemen negatif

yang memasuki ruang kehidupan akan melepaskan seseorang itu ke ‘permukaan

kolam’ untuk menikmati kehidupan yang lebih baik. Oleh itu, setiap individu disuruh

untuk melihat dengan faham segala permasalahan atau kepincangan yang muncul

di sekitar diri mereka. Walau bagaimanapun pada hakikatnya, bukan semua kuntum

bunga kolam berkenaan mampu mengharungi cabaran untuk muncul di permukaan

tasik atau kolam yang kotor itu.

Meneliti atau mencari bayangan kegelisahan penyair dalam sajak “Anak-anak

Rambutan Putik” (Zurinah Hassan, 2021:14) menceritakan perbualan seorang kakak

dan adik yang sedang memerhati aksi anak-anak kecil yang memetik makan

rambutan putik yang masih pahit. Penyair mungkin pernah melihat atau menemui

anak-anak kecil yang berkeliaran di pekan ataupun kota raya. Mereka ‘bebas’ ke

sana ke sini tanpa kawalan ibu bapa (yang mungkin menjaga anak-anak yang lebih

kecil, atau tiada di rumah kerana belum pulang dari tempat mencari rezeki

keluarga). Selain itu, keadaan ini juga mungkin berpunca daripada ibu bapa yang

memang membiarkan sahaja anak-anak itu merayau sesuka hati.

Adik: Mereka mengunyah-menelan buah-buah sepahit itu? Aku: Kepahitan itu adalah mereka mereka tak merasakan pahitnya. Adik: Hampir malam mereka belum pulang tidak takutkan gelita hitam? Aku: Tidak kerana kehitaman adalah mereka yang dihitamkan kelahiran. Adik: Ah, sayang rambutan-rambutan itu tidak berpeluang masak

Aku: Adik, kakak lebih sayangkan anak-anak yang dibesarkan dan

Page 13: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

13

kepahitan putik rambutan dan kedua-duanya rambutan dan anak- anak gugur dalam putiknya

(Zurinah Hassan, 2021:118)

Kerisauan terhadap masa depan anak-anak geladangan sekiranya ada akan

lebih menyentuh perasaan pada pandangan mereka yang keluarganya sempurna

dan terurus dengan baik. Pengalaman dan didikan serta perhatian daripada orang

tua kadang-kadang akan mewajahkan diri anak-anak ketika mereka dewasa nanti.

Pengalaman pahit masa kanak-kanak akan meninggalkan kesan yang pelbagai

terhadap perkembangan psikologi manusia. Suatu kerugian juga kepada

masyarakat kerana sekumpulan orang tidak dibantu urus dengan baik. Kesempitan

hidup di mana-mana sahaja pasti membawa permasalahan lain sehingga berlarutan.

Kegusaran dalam sajak menunjukkan diri penyair membaca situasi itu dengan belas

kasihan dan rasa kerugian. Baris-akhir akhir sajak terasa begitu menyentuh

sanubari penyair, luahnya “Adik, kakak lebih sayangkan anak-anak yang dibesarkan

dan kepahitan putik rambutan dan kedua-duanya... gugur dalam putiknya” (Zurinah

Hassan, 2021:118).

Kegelisahan terserlah kerana memikirkan anak-anak kecil yang merempat

susah atau miskin khasnya di bandar yang berkemungkinan terdedah kepada

kepincangan kota yang penuh muslihat dan tipu daya sesetengah manusia yang

tidak bermoral dan mementingkan diri sendiri. Pada penyair, gugurnya rambutan

yang dipetik sebelum masaknya jelas menghuraikan rasa gelisah kerana anak-anak

kecil dalam situasi sempurna itu ‘gugur’ sebelum mereka mengerti kehidupan ini.

Page 14: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

14

Merujuk sajak berjudul “Kita Perlu Bersuara Setelah Diam yang lama,”

penyair mengajak semua pihak menyedari dan menuntut hak yang sepatutnya.

Perlukisan tentang rumput yang rendah dan tidak dihiraukan, penyair menulis

bahawa:

Inilah waktunya Rumput-rumput yang dilecuri ketakutan Bangun kembali mengumpul kata-kata Yang terbiar bergantungan Di hujung bibir yang lebam Bangun kembali mengurut dada Yang hampir pecah oleh rahsia Biarlah hujan berburu ke bumbung Kita telah menutup jendela Dari malam yang sombong

(Zurinah Hassan, 2021:126) Paparan tentang kerendahan atau kelemahan rakyat bawahan yang ditekan

tindas sewajarnya bangkit bertindak menghukum atau menuntut hak yang

sepatutnya. Penyair melontarkan perasaan dan peranan rakyat jelata kepada

“rumput-rumput” yang disenyapkan ‘suara’ mereka. Segala kepincangan dan

penyelewengan sekiranya ada haruslah dirungkaikan untuk pengetahuan dan

balasan.

Seterusnya dalam sajak “Sekuntum Mawar” (Zurinah Hassan, 2021:128),

Zurinah Hassan merakamkan kegelisahan dan kefahaman terhadap usia ataupun

mungkin kecantikan serta keharuman sekuntum bunga atau wanita. Perubahan

masa masing-masing membawa usia meningkat menuju pengakhiran, kecantikan

dan keharuman serta kekuatan fizikal semakin luntur diasak waktu, dan ini terasa

dalam baris “Kau pun condong bersama bayang-bayang/ Dan menggugurkan

kelopakmu ke tanganku.” Oleh kerana itu, penyair secara sedar mula menerima

hakikat berkaitan, ungkapnya:

Page 15: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

15

Palingkah mukamu ke sana aku tidak berdaya menentangnya Bukan aku yang menjadikanmu Aku tidak akan berdaya mencipta Tapi jika akulah seniman itu Akan kucipta kau mawar Untuk tahan lebih lama

(Zurinah Hassan, 2021:128)

Secara ringkas, flora yang digarapkan dalam sajak Zurinah Hassan secara

mudah merujuk tumbuhan yang selalunya mudah ditemui dalam kehidupan seharian

orang ramai. Gambaran tentang rumput padang, bunga teratai di kolam, bunga

mawar, atau pohon rambutan berbuah lebat di halaman, anak-anak atau generasi

muda yang tidak lagi meminati buah-buahan “tradisional” jelas menyerlahkan

tanggapan dan perasaan penyair.

Hidupan Fauna Menggerakkan Ilham

Hidupan yang wujud dalam ruang alam bersama-sama manusia jika diperhatikan

penuh dengan fungsi, nasihat dan panduan. Tekanan dalam jiwa penyair kerap kali

tersentuh dengan elemen alam hidupan ini. Beberapa perlakuan (naluri) fauna ini

memberikan atau menjadi ilham untuk kita menggambarkan atau membayangkan

sesuatu perkara yang miripnya dalam kehidupan manusia. Oleh sebab itu,

ungkapan tradisi atau puisi Melayu sarat dengan imej-imej fauna yang dikenali oleh

manusia, dan ia berbeza antara satu budaya dengan budaya yang lain. Ungkapan

pipit sama pipit, enggang sama enggang, dan lain-lain, misalnya menggambarkan

fahamnya pujangga Melayu membuat perbandingan saiz, rupa bentuk fizikal,

kekuatan, jarak pergerakan dan lain-lain khasnya untuk memberi bayangan atau

membangkit kemusykilan sama ada dua jenis atau spesis burung itu dapat

Page 16: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

16

diselarikan atau adil sebagai perbandingan. Oleh yang demikian, kiasan idea ini

kepada dua peribadi atau individu serta kelompok sosial tertentu memberi kejelasan

tentang perbezaan dan kemustahilan untuk mereka digandingkan.

Beberapa penelitian terhadap sajak dalam kumpulan sajak kajian, mendapati

penyair jelas mengutip gambaran fauna di persekitaran diri sebagai kiasan untuk

mempertajam makna, dan beberapa persoalan yang tertekan dalam jiwa penyair

dapat dileraikan. Dalam sajak “Perlumbaan Arnab dengan Kura-kura,” Zurinah

Hassan mampu melontar satu keadaan tekanan atau kegelisahan sebenarnya, iaitu

‘kebesaran atau keterbukaan’ seseorang untuk mengalah ketika dirinya boleh

mengatasi orang lain itu berupa kemenangan yang lebih besar, dan tidak ramai

daripada kita yang sanggup atau memiliki kekuatan untuk berbuat demikian. Pada

suatu tafsiran klasik bahawa arnab kalah kerana kelalaian diterbalikkan oleh

penyair, katanya:

Sebenarnya aku sengaja membiarkan kura-kura Sampai dahulu ke garis penamat Supaya cerita ini akan diingat Dua lebih bermanfaat

(Zurinah Hassan, 2021:6)

Sajak ini sepintas lalu mengajar atau “endah” dengan hal-hal yang

bersangkut paut perasaan tinggi diri, rasa sombong kerana kelebihan diri

berbanding orang lain. Tetapi penyair dalam sajak di atas merakamkan

kemungkinan seseorang itu yang memenangi tuntutan nafsu sendiri, khasnya ketika

senang atau penuh pujian telah berubah mencari makna yang lebih penting atau

Page 17: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

17

lebih besar. Pengorbanan untuk menerima kekalahan seperti ini bukanlah suatu

perkara mudah kerana ia mencabar keegoan serta keakuan dalam diri.

Menerusi sajak “Sengketa Merak dan gagak”, penyair Zurinah Hassan

melontar beberapa persoalan untuk diselami makna melalui aksi dua burung yang

dibandingkan. Dalam dunia realiti, burung ini terpisah jauh kerana habibat dan

sebagainya. Perbezaan fizikal kedua-duanya masih diungkap atau digarapkan

dalam cerita-cerita rakyat pelbagai masyarakat. Penyair risau perbezaan akan

menyebabkan kita tidak memahami, sebaliknya mencurigai atau mempunyai rasa

salah anggap antara satu sama lain. Pada pihak yang ‘kekurangan’ (sekiranya

warna diambil kira, bulu gagak yang hitam dikira atau dianggap sebagai rendah

martabat, atau saiznya yang lebih kecil, ataupun sifat pengotor, memakan bangkai

dan sebagainya) sebagai tanda kerendahan kualiti diri, sebaliknya merak yang

bulunya berkilauan cantik, bersaiz besar dan lain-lain dianggap sebagai tinggi

kedudukan kelihatan dibahas oleh Zurinah Hassan dengan menarik. Walau

bagaimanapun, Zurinah Hassan kelihatan memilih merak mewakili suara hati

sendiri. Salah anggapan orang lain terhadap diri penyair mungkin boleh difahami

menerusi rangkap akhir sajak ini, katanya: “Gagak/ Kau yang salah membaca

isyarat/ Aku hulurkan salam sahabat/ Kau sambut dengan hasad,” (Zurinah Hassan,

2021:38). Bagi penyair, kelebihan pada diri seseorang sama ada kedudukan

sosioekonomi, pendidikan, gelaran atau politik dan lain-lain biasanya menjarakkan

hubungan mereka dengan masyarakat umum, dan penyair meluahkan pendapat

bahawa masyarakat akan memandang serong kelompok yang berjaya tanpa menilai

adil laluan yang perlu atau terpaksa diharungi oleh pihak berkenaan.

Page 18: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

18

Pada rangkap pertama, penyair membayangkan fikiran gagak bahawa “Aku

muak/ Aku muak/Aku tidak suka merak/Membangga dirinya segak.” (Zurinah

Hassan, 2021:38). Hal ini kerana penyair percaya bahawa rasa atau tanggapan itu

tercetus kerana ketidakfahaman, atau gagak tidak mengenali merak secara dekat.

Sekiranya dirumuskan realitinya memanglah dua spesis burung ini jauh atau

berbeza habitatnya, demikian juga manusia yang tidak pernah mengenali satu sama

lain. Ketidakfahaman ataupun curiga sesama kelas sosial atau kaum itu jelas

memisahkan diri mereka, serta saling menyalah satu sama lain. Dalam sajak ini,

Zurinah Hassan pertamanya meluahkan perasaan sebenar meraka yang dipandang

serong kerana kejayaan, keduanya perkara itu begitu sensitif untuk

dipertanggungjawabkan kepada salah satu pihak sahaja.

Si merak mendengar tempelak si gagak Gagak yang bongkak Terbang sebebasnya Dengan kecil kepak Sedang aku sering merendah Dan lebih selesa menapak Membawa berat rumpun warna Aku ingin bersama Tapi kau tak menerima Gagak Kau yang salah membaca isyarat Aku hulurkan salam sahabat Kau sambut dengan hasad

(Zurinah Hassan, 2021:38)

Kerisauan penyair dinyatakan secara tersirat bahawa kumpulan merak juga

mengkagumi gagak kerana kehidupan bebas, terbang tinggi ke mana sahaja kerana

tidak terikat dengan sesiapa dan sebagainya. Hal ini bolehlah disamakan dengan

orang kebanyakan yang hidup bebas menentukan hala tuju, minat dan kemahuan

Page 19: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

19

sendiri. Sebaliknya merak yang cantik “Membawa rumpun warna” (Zurinah Hassan,

2021:38) seumpama terpaksa menggalas tanggungjawab, ataupun kelebihan yang

dimiliki sama ada nama, pangkat, kedudukan dalam masyarakat, tanggapan orang

lain terhadap kelebihan sebagainya telah menghad pergerakan ‘merak’ untuk terus

berada dalam lingkungan atau kawalan kelas sosialnya itu. Tekanan dan kerisauan

seperti ini tidak dinafikan wujud dalam fikiran atau jiwa sesetengah individu yang

dilingkungi tuntutan atau keperluan kelompok sosial masing-masing. Bagi penyair,

kehidupan manusia itu tidak pernah lengkap atau sempurna. Ketika kita menggapai

suatu perkara atau kejayaan, kita pula terpaksa melepaskan suatu yang lain, dan

suara hati merak dalam sajak membayangkan fikiran penyair ini.

Berdasarkan sajak “Belajar dari Itik” (Zurinah Hassan, 2021:16) pula, penyair

merakam cabaran ketika membesarkan anak-anak. Kehidupan pada waktu itu jelas

terpaksa melalui pelbagai dugaan, misalnya keperluan didikan yang sempurna untuk

memastikan anak membesar dengan baik, risau keselamatan, dan terpaksa tabah

dengan pelbagai permasalahan sebelum anak itu besar atau matang. Sajak yang

bermula dengan gambaran seorang ibu membawa anak berjalan-jalan di tepi

sebuah tasik di taman dalam rangkap pertama, kemudian rangkap kedua dimulakan

baris “Memegang tangan jangan terlepas/Si kecil yang cergas/Mahu berlari bebas/

Takut gelincir ke air/ Takut tenggelam di kolam/ Ini kerja sukar dia mesti bersabar/

Sehingga anak membesar.” Keadaan ini menjelaskan kerisauan ibu terhadap

‘keselamatan’ anak yang bakal dewasa selepas ini, dan kemunculan seekor ibu itik

berserta anak kecil dalam tasik berkenaan melerai sedikit kegusaran dalam hati

seorang ibu. Kefahaman bahawa perlakuan mengikut naluri sepertimana seekor

Page 20: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

20

haiwan tidak mengubah keadaannya walaupun masa sudah berlalu, sebaliknya

pada seorang diri manusia yang dianugerahkan akal dan fikiran. Contohnya dalam

rangkap terakhir sajak “Belajar dari Itik” seperti berikut:

Dia pun bertanya Wahai itik Bagaimana kau mengajar anak-anakmu Memahami kepatuhan dan ketertiban Mematuhi peraturan Menghayati indahnya kebersamaan.

(Zurinah Hassan, 2019:16)

Selain unggas seperti gagak, merak, itik dan sebagainya, dalam kumpulan

ini, Zurinah Hassan juga memilih semut sebagai hidupan alam yang menceritakan

suatu teladan, untuk dirinya merungkai kerisauan, perasaan dan penerimaan makna

diri. Perlakuan makhluk sekecil ini kadang-kadang mengajar manusia untuk

memahami alam yang besar. Paparan perlakuan atau tindakan berasaskan naluri

oleh fauna akhirnya mengajar kita untuk menerima pelbagai permasalahan yang

muncul dalam kehidupan manusia. Kegelisahan penyair terhadap sikap tamak

haloba, rencana buruk, dan strategi kotor, fitnah memfitnah malah sanggup

membunuh (sama ada dalam fikiran atau tindakan) orang lain sangatlah

membimbangkan. Akal fikiran dan kebijaksanaan manusia sering membawa mereka

kepada kelalaian, khasnya rasa ingin mengatasi orang lain dalam setiap perkara.

Oleh itu, hati mereka (tidak semua) sentiasa memikirkan keuntungan kepada

keluarga atau kelompok sendiri. Hati dan tindakan manusia sukar dijangkau duga,

ketika mereka berhadapan dengan orang lain. Paparan tentang reaksi semut yang

kecil oleh penyair itu menunjukkan wujud juga tekanan perasaan diri, dan luahan itu

diharap mengingatkan kita semua bahawa dalam situasi tertentu, fauna atau haiwan

Page 21: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

21

sekecil ini mengajar manusia untuk kembali mengukur diri kita sendiri. “Suara”

semut pada rangkap ketiga sajak berjudul “Semut” menggambarkan tindakan

haiwan mengikut keperluan/ naluri semata-mata. Tiada tipu muslihat kepada pihak

lain, dan juga diri sendiri. Haiwan tidak menyimpan harta kekayaan, semua

digerakkan untuk keperluan hidup sahaja. Oleh itu, isyarat seperti ini diharap dapat

mengertikan manusia tentang makna kehidupan dengan lebih baik.

Sedang aku leka terdengar semut berkata Janganlah lupa semut hanya haiwan Sekadar tahu menyampai berita. Yang benar sahaja Tidak secanggih manusia Kerana manusia adalah makhluk Tuhan Yang memiliki kepandaian Untuk mereka-reka cerita

(Zurinah Hassan, 2021:81)

Sajak ini jelas melukis kritik manusia yang menggunakan akal atau

kepandaian untuk mengaut keuntungan yang pelbagai. Setiap cerita atau berita

pasti dengan suatu tujuan keuntungan. Keseronokan kerana mengetahui atau

merendahkan orang lain, mengaibkan malah menjatuh maruah diri dan keluarga

lebih teruk lagi sekiranya khabar atau cerita itu memberi keuntungan material

kepada diri sendiri. Pelbagai pengalaman atau perkhabaran yang begitu terserlah

dalam masyarakat jelas mengusik fikiran penyair.

Dalam sajak berjudul “Suara” (Zurinah Hassan,2021:109), penyair merakam

gambaran seekor burung sedang mematuk tingkap kaca yang telah memantulkan

wajah sendiri sebagai isyarat menegur atau memanggil burung yang lain, dan

cermin itu pula tidak pernah membalas ketukan itu. Bayangan seumpama itu

Page 22: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

22

digunakan oleh penyair untuk melukiskan kembali pengalaman atau kenangan lalu,

dan penyair tidak lagi mampu mengubah keadaan itu.

Hingga kini Jendela kaca terus tertutup rapi Tapi suaranya Tuk tuk tuk Bergema lagi Membelah malam Yang tidak lagi tenteram

(Zurinah Hassan, 2021:109)

Gambaran alam persekitaran yang hadir di depan penyair selalunya memberi

ilham kepada mereka untuk mengasosiasikan perkara itu dengan fikiran dan ilham

yang sesuai. Kegelisahan dan tekanan jiwa penyair dileraikan melalui kiasan alam

dan persekitaran walaupun dalam keadaan tertentu penyair tidak lagi mampu

mengubah kembali pengalaman lalu.

Berdasarkan huraian ringkas, bahagian ini menjelaskan penyair berjaya

memilih beberapa spesis fauna untuk digunakan sebagai bahan untuk mempertajam

makna kepada sesebuah sajak yang dihasilkan. Berbalik kepada fungsi sastera

sebagai ‘endah’ kepada hal berkaitan didikan dan pengajaran, penyair Zurinah

Hassan kelihatan berjaya menggarapkan makna perbezaan dan ketidakfahaman

menerusi gagak dan merak, serta kegigihan dan kesepaduan semut yang

bekerjasama demi kelangsungan kelompok mereka.

Fenomena Alam Mengingatkan

Sepertimana elemen flora dan fauna, fenomena alam seperti hujan, ribut, banjir,

waktu dan sebagainya juga kerap dipilih sebagai tanda atau bayangan kiasan untuk

penyair mengupas sesuatu isu tentang kehidupan diri dan masyarakat. Halangan

pergerakan selepas banjir atau hujan lebat misalnya boleh dikaitkan dengan

Page 23: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

23

keterbatasan, cabaran dan dugaan yang hadir dalam kehidupan. Walaupun

fenomena ini seumpama masalah yang lumrah dalam kehidupan harian, tetapi pada

keadaan tertentu juga mampu merencat langkah untuk seketika. Akhirnya pelbagai

tenaga dan pengorbanan atau pilihan juga terpaksa ditimbang tara agar kerosakan

atau kehilangan yang lebih besar dapat dielakkan.

Beberapa sajak dalam kumpulan Menunggu Pesawat, fenomena alam

digarap oleh penyair sebagai bayangan yang sesuai untuk melukis dan meleraikan

resah gelisah dalam diri sendiri. Sajak “Bencana,” misalnya menyentuh bencana

alam yang mampu mengajar sesuatu kepada manusia. Musibah menghantuk kepala

mereka yang terlibat itu kepada kesedaran dan keinsafan. Dengan itu, seseorang

atau kumpulan itu akan kembali menilai diri mencari erti kehidupan dan mendekati

pencipta. Sebaliknya, keselesaan, keselamatan dan kemakmuran melalai ramai

manusia dalam perjalanan. Baris sajak berikut digarapkan oleh penyair sebagai

ingatan:

Mereka yang terseksa Kita yang selesa Dalam terseksa mereka pulang Bersama insaf dan iman Dalam selesa Kita terus hanyut Dalam bencana kealpaan (Zurinah Hassan, 2021:26)

Baris-baris sajak menyebut kesukaran (cabaran dan dugaan) dan

kesengsaraan menjadikan mangsanya kuat dan semakin tahan diuji serta kehidupan

menjadikan mereka itu matang dan bertanggungjawab. Keadaan ini pasti berbeza

dengan mereka yang selalu dibuai mimpi senang lenang dalam kehidupan.

Walaupun keadaan tidaklah semestinya begitu, tetapi penyair jelas memahami

Page 24: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

24

kecenderungan umum. Kesusahan selalunya akan mengajar manusia untuk

menginsafi atau menghargai ketenangan dan keselesaan. Bagi penyair, cabaran

dan dugaan akan mendekatkan manusia dengan pencipta. Sebaliknya, sesetengah

daripada mereka yang selesa selalunya akan diulit kealpaan atau kesedaran untuk

mengerti atau memahami makna kewujudan dan ketidaktentuan yang mungkin akan

berlaku beberapa waktu selepas itu.

Sajak “Di hari Tua” (Zurinah Hassan, 2021:60) pula merakam waktu senja

sebagai usia yang semakin rapat ke penghujung, misalnya baris “Di hari tua/senja

melabuhkan langit/ Ke dada laut/ Berat tirai kesumba/ Menghimpit ke dada,” waktu

sering dikaitkan kepada peredaran waktu, dan senja kerap kali hadir sebagai tanda

hujung atau pengakhiran kepada hari, demikian usia seorang manusia. Ketenangan

pada waktu-waktu ini membayangkan nafsu amarah, keghairahan, semangat dan

sebagainya kelihatan tidak membara seperti zaman sebelumnya. Dengan

kesedaran ini, penyair kelihatan menerima hakikat usia sudah menuju ke hujung

hari.

Selain waktu, Zurinah Hassan juga menggunakan alir sungai sebagai bahan

untuk menyentuh beberapa isu yang berlegar sekitar fikiran terhadap sesuatu

perkara yang mengusik jiwanya. Sajak “Sungai Pahang” dipilih penyair unntuk

mencungkil kisah lalu bagi mengajar atau mentafsir kehidupan. Kemusnahan alam

sekitar, khasnya lereng bukit, aliran air, sungai dan sebagainya yang kini memberi

kesan misalnya kepada penternak ikan air tawar di kawasan berkenaan. Tanah

runtuh dan aliran lumpur kesan pembalakan dan pertanian di perbukitan sekitar

menyebabkan sumber air sungai cetek dan tercemar. Keghairahan pembangunan

Page 25: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

25

dan kerakusan mereka yang berkuasa meninggalkan kesan yang berbagai-bagai.

Dalam beberapa baris sajak “Sungai Pahang,” Zurinah Hassan melakarkan

kegigihan rakyat bawahan yang bekerja sebagai penternak ikan dalam sangkar

yang terpaksa menghadapi kerugian, berhadapan masalah pencemaran alam,

kuantiti dan kualiti air yang terjejas.

Aku pun tidak mengingatinya lagi Sejak kutemuimu di tebing sungai itu Menggalas mimpi menjadi penternak besar Kini tersandar bersama patin Yang menggelepar di sangkar Dan pinjaman bank tak terbayar Sungai Pahang airnya kering Aku pun terbaca kalimah rimba Pada lereng dan tebing tercoreng ke keris dan lembing

(Zurinah Hassan, 2021:63)

Berpandukan baris-baris dalam rangkap pertama sebelum contoh petikan di

atas, baris “Sejak bilakah kau lupa/Pada legenda dan renda/Yang tercarik dari

selendang Tun Teja,” dapatlah dikaitkan bahawa Sungai Pahang telah menjadi saksi

kepada strategi, tipu muslihat, rasuah, keinginan atau cita-cita menjadi permaisuri

seorang raja yang berdaulat tinggi akan menyebabkan pelbagai permasalahan lain.

Pembunuhan Megat Panji Alam, kepudaran maruah Bendahara Pahang dan

sebagainya jika dikaitkan dengan keadaan penternak ikan dalam sangkar, dapat

dikatakan bahawa Zurinah Hassan menggunakan legenda silam sebagai bayangan

kepada dugaan dan cabaran kesusahan rakyat kebanyakan. Ini kerana hidup

mereka ditentukan oleh dasar dan pengaruh kuasa pihak pemerintah, misalnya baris

sajak yang menyebut “Aku pun terbaca kalimah rimba/Pada lereng dan tebing/

Tercoreng ke keris dan lembing.”

Page 26: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

26

Seterusnya dalam sajak “Aku di Sebuah Sungai” (Zurinah Hassan,

2021:120), penyair Zurinah Hassan melepaskan tekanan atau kegusaran serta reda

menerima hakikat usia yang semakin tua. Kerisauan dan kemahuan individu

pastinya tidak memiliki kuasa untuk menghalang perjalanan waktu. Setiap orang

sekadar boleh berdoa agar saat kebahagiaannya berpanjangan, kalaupun tidak

mampu untuk kekal begitu selama-lamanya. Sungai dan aliran yang menuju ke

muara tidak akan terhenti begitu sahaja, sebaliknya ia akan membawa setiap orang

menuju muara airnya, dan realiti itu seharusnya diterima dengan kelapangan dan

keinsafan. Tetapi sebagai manusia biasa, seseorang itu mungkin tidak dapat lari

daripada memasung keinginan dan cita-cita yang tersendiri.

Baris sajak berikut mungkin jelas merakam saat kebahagiaan dan kenangan

yang baik menjadi penawar kepada kegelisahan diri sebelum tiba ke penghujung

usia itu.

Telah lama aku terbaring di sungai itu Dan telah pernah menjerit BERHENTI Lalu merayu Oh hentikan perjalananmu, sungaiku Kerana aku ingin terus di sini Hari ini adalah sebuah nikmat Bila tiada esok untuk membimbangkannya Aku takut untuk pergi lebih jauh lagi

(Zurinah Hassan, 2021:120)

Realiti kewujudan dan hakikat peredaran masa tidak pernah menunggu

sesiapa tidak kira ketika susah, derita atau bahagia walaupun kita berusaha agar

kebahagiaan itu terhenti atau berkekalan daripada berubah mengikut hakikat dan

penentuan.

Page 27: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

27

Oleh itu, setiap individu pasti sampai ke muara kehidupan dan sepanjang

aliran itu, hidup biasanya bergaulan antara suka duka, derita bahagia. Kata penyair,

“Tapi kau terus mengalir membawaku ke muara/ dan mengajarku untuk berani/

Menerima malam dan rimbanya/ Yang pasti rebah ke tubuhku nanti.” (Zurinah

Hassan, 2021:120). Dalam perjalanan panjang itu akan mengajar seseorang untuk

memahami erti kewujudan dan makna kehidupan.

Akhir sekali penelitian dan perbincangan fenomena alam sebagai penawar

kegelisahan menjelaskan kemampuan penyair meluahkan rasa tidak setuju dengan

beberapa perkara, sama ada penindasan atau tekanan daripada mereka yang ada

sedikit kuasa, atau sebagainya. Menerusi sajak “Kita Perlu Bersuara Setelah Diam

yang Lama”, penyair merakam keadaan itu:

Hujan telah turun tutuplah semua jendela Mari kita bicara sekuat suara di luar Mencurahkan kata-kata selepas dendam lama Hujan telah tiba kita tidak perlu berdusta Ketakutan sedang memangku bagai ibu Melindungi dari mata yang mengawasi gerak laku

(Zurinah Hassan, 2021:126)

Kegusaran tentang pengawasan pihak penguasa yang menghalang suara

masyarakat mempertikai sesuatu dasar berkemungkinan menjadi asas perbicaraan

penyair dalam sajak di atas. Gambaran tentang suara deru hujan lebat di luar rumah

seolah membantu atau memihak suara rakyat yang mula tidak puas hati terhadap

perkara tertentu. Ini kerana beberapa baris sajak ini juga menyebut “Inilah waktunya/

Rumput-rumput yang dilecuri ketakutan/Bangun kembali mengumpul kata-kata”

sebagai saranan kebangkitan rakyat kebanyakan menuntut hak dan kedudukan

mereka.

Page 28: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

28

Kesimpulan Flora di tangan penyair Zurinah Hassan dipilih guna sebagai bahan untuk bercerita

dan menyerlahkan permasalahan dalam kehidupan manusia secara keseluruhan.

Ciri-ciri, sifat dan isu berkaitan yang melibatkan tumbuhan yang dipilih secara umum

menjelas persoalan dalam sesebuah sajak itu. Demikian juga fauna yang

seumpama rakan perjalanan manusia, sama ada kecil ataupun besar jelas

menunjukkan peranan mereka sebagai bahan perhatian kepada manusia yang cuba

memahami erti dan peranan diri mereka sendiri. Perlakuan atau aksi haiwan kerana

tuntutan naluri kadang-kadang memberikan panduan untuk manusia mengasah akal

fikiran dan kebijaksanaan. Manakala fenomena alam seperti hujan, waktu dan lain-

lain diolah penyair untuk merakamkan perubahan, ketidaktentuan dan cabaran yang

harus dilalui sepanjang jalan dan kehidupan.

Page 29: ALAM PENAWAR GELISAH DALAM SAJAK-SAJAK ZURINAH …

29

Rujukan

Amida Abdulhamid, 2008. Rangkaian Falsafah Dalam Analisis Sastera. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Hashim Ismail, “Teori Puitika Sastera Melayu: Interpretasi dan Praktikaliti” dlm. Manu 29

hlm. 31-49, 2019.

Mana Sikana, 2015. Koleksi Teori Sastera: Klasik, Tradisional, Moden, Pascamoden dan Tempatan. Bangi: Pustaka Karya.

Muhammad Fadzil Yusoff, 2018. Kosmologi Zurinah Hassan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka. Muhammad Haji Salleh, 2006. Puitika Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Samsina Abd. Rahman & Muhamad Fadzil Yusoff, 2010. The Signification of Flora in the Poems of Zurinah Hassan, According to the Malay Theory of Methology. Malay Literature, 23 (2/Disember), 89-123

Zurinah Hassan, 2021. Kumpulan Puisi: Menunggu Pesawat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.