Author
iffahroslan
View
34
Download
2
Embed Size (px)
PEMBENTANGAN
HHHC9301 Set46
KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN
SEPANJANG HAYAT
NAMA : NURUL IFFAH BT ROSLAN
NO MATRIK : A146268
NAMA PENSYARAH : PUAN JUNAIDAH BINTI
MOHAMED KASSIM
PENGENALAN
Pada hari Ahad 21 Disember 2014 yang lalu, Persatuan National University of Malaysia Open Source Society (NUMOSS) atau Komuniti Sumber Terbuka Universiti Kebangsaan Malaysia (KST) telah mengadakan satu program iaitu Numoss Strategic Planning and Team Building. Program ini disertai oleh 20 orang AJK dan 30 orang peserta. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membina keyakinan diri dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar KST.
Sepanjang menyertai program ini, saya telah bertugas selaku ahli jawatankuasa (AJK) Dokumentasi. AJK Dokumentasi mempunyai seramai tiga orang ahli untuk melakukan gerak kerja bersama-sama.
Skop tugasan AJK Dokumentasi ialah mengambil gambar dan video sepanjang program berlangsung, menyediakan softcopy untuk dihantar sebagai laporan, mengumpul laporan dokumentasi untuk dimasukkan ke dalam laporan akhir projek. Sebelum program berlangsung kami telah mengadakan mesyuarat untuk semua ahli sebanyak empat kali. Antara kandungan mesyuarat adalah adalah pembahagian tugas dan juga perkembangan tugas masing-masing. Semasa program dijalankan ketua AJK Dokumetasi telah membahagikan tugas antara kami bertiga. Kami ditugaskan mengambil gambar dan video sepanjang program.
AJK DOKUMENTASI
OBJEKTIF•Mendedahkan para pelajar kepada strategi pembelajaran yang lebih efektif dan efisyen seterusnya lebih menyeronokkan.
•Memberi peluang kepada para pelajar membina kemahiran interpersonal dan komunikasi melalui aktiviti yang dianjurkan bersama.
•Melatih mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya dalam berorganisasi dan berinteraksi dengan para peserta.
•Memupuk nilai-nilai perpaduan dan sifat muhibah dalam kalangan pelajar serta mengeratkan hubungan antara mahasiswa.
PENERAPAN DAN PENAMBAHBAIKKAN KEMAHIRAN, NILAI MURNI, DAN PENGAJARAN
Menjadikan diri lebih bersikap professional dalam mengendalikan program walaupun hanya sebagai seorang AJK dan bukannya memegang jawatan dalam barisan MajlisTertinggi.Dapat menunjukkan etika dan nilai sebagai seorang mahasiswi UKM di hadapan para peserta.Dapat mematuhi setiap arahan yang diberikan oleh ketua program dan dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan baik.Dapat menguruskan dan membahagikan masa dengan baik untuk akademik dan program.Dapat menunjukkan etika sebagai seorang AJK program dengan menghadiri mesyuarat pada waktu yang telah ditetapkanDapat memberi motivas idan input yang bermanfaat kepada peserta program.
GAMBAR
KETIKA
MESYUARAT
GAMBAR
KETIKA
MELAKUKAN
PERSIAPAN
GAMBAR SENAMROBIK
BERSAMA PARA PESERTA (SELEPAS
PENDAFTARAN)
GAMBAR KETIKA
ICE -BREAKING
GAMBAR KETIKA
AKTIVITI BERLANGSUNG (AKTIVITI 1)
GAMBAR KETIKA
AKTIVITI BERLANGSUNG (AKTIVITI 2)
GAMBAR KETIKA
AKTIVITI BERLANGSUNG (AKTIVITI 3)
KESIMPULANKesimpulannya, program ini banyak memberi manfaat kepada saya. Saya dapat mempelajari banyak pengalaman baru serta dapat mempraktikkan kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme. Kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme amatlah penting untuk kita mengamalkannya pada masa akan datang. Hal ini demikian kerana sekirannya kemahiran ini tidak diterap dalam hati seseorang, maka program ini hanyalah menjadi sesuatu yang sia-sia. Sudah jelas lagi nyata, kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme penting untuk menghasilkan sesuatu yang lebih menarik dan berjaya serta melancarkan program.
PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan jayanya serta mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan dan juga mampu memberi sumbangan yang bernilai kepada para peserta. Antaranya dapat mengeratkan hubungan dengan sesame pelajar, berkenalan dan seterusnya menambahkan soft skill kepada mahasiswa. Di ucapkan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak.
Sekian, terima kasih.