TEKS MAJLIS PENUTUPAN KURSUS PENDEDAHAN KARYA KOMSAS TING2 & TING5 UTK J/U SABAH, SARAWAK DAN LABUAN DI BEVERLY HOTELS ,SABAH PADA 26-29 OKTOBER 2010.
ACARA TEKS
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Bismilaahirahmannirahim. Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassalatu Wassalamu Ala Asrafilanbiya’ Iwalmursalin Wa’ala alihi wasahbihi Ajmain.
Yang berusaha, Encik Mohd Faudzan bin Hamzah, menjalankan tugas Ketua Sektor Bahasa dan Kesusasteraan Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Yang dihormati barisan pegawai serta urusetia Bahagian Pembangunan Kurikulum;
- Barisan fasilitator dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan peserta kursus KURSUS PENDEDAHAN KARYA KOMSAS TING2 & TING5 UTK J/U SABAH, SARAWAK DAN LABUAN DI BEVERLY HOTELS ,SABAH PADA 26-29 OKTOBER 2010
Assalamualaikum W.B.R
Bermula kerja dengan bismillah,
Bermula majlis dengan adat,
Sudah berunding , bermuafakat,
Sudah sampai jauh dan dekat ,
Sudah berhimpun taulan sahabat.
Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan inayahnya, pada pagi yang penuh dengan keberkatan maka dapat kita bersama-sama berhimpun di dewan yang serba indah ini bagi merealisasikan majlis perasmian penutupan
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekelian:
Selama 4 hari 3 malam kita berkumpul dan berteratak di sini adalah bagi maksud memberikan pengetahuan dan kemahiran mengajarkan teks KOMSAS karya baharu. Ini adalah bertepatan dengan amanah yang dipikul oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Doa Setiap langkah yang dihayun,
Setiap perkara yang disusun, dan
Setiap majlis yang dilangsung, sesungguhnya,
keberkatan Allah jua yang dipohon.
Untuk itu , majlis mempersilakan ,
En Mohd Ashri bin Ismail ,
dari SMK Kuala Krau , untuk melafazkan doa dan
sama-samalah kita mengaminkannya.
Dipersilakan.
___________ doa______________________
Terima kasih atas bacaan doa itu tadi
Penyampaian Sijil Berguru pada yang tahu
Menuntut pada yang patut
Mencontoh pada yang patuh
Meneladan pada yang sepadan
Sidang mursyidin yang dihormati sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada barisan fasilitator dan jurulatih yang telah hadir dalam menjayakan kursus ini.
Bagi menyempurnakan maksud tersebut, majlis dengan hormat dan takzim mempersilakan Yang dihormati Encik Sairi bin Adnan untuk mengiringi Yang berusaha Encik Mohd Faudzan bin Hamzah bagi menyampaikan sijil.
(PENYAMPAIAN SIJIL : baca senarai)
Majlis megucapkan terima kasih kepada Yang berusaha Encik Mohd Faudzan bin Hamzah kerana telah sudi menyampaikan sijil sebentar tadi.
Serah majlis kepada JPN Sabah dan Sarawak
Marilah menyusun, si bunga seroja,
Kembang mekar, di taman kencana,
Kedatangan wakil JPN penuh bermakna
Majlis meriah , penuh ceriaTanpa melengahkan masa saya serahkan majlis ini kepada
wakil JPN Cik Suhani binti Daud bagi mengendalikan acara
seterusnya.
DipersilakanPenutup (jika perlu) Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan Andai kata tersilap bicara Kemaafan jua kami pohonkan
Banyak keluk ke penarik Keluk tumbuk pohon kuini Nan Elok bawalah balik Nan tak elok tingallah di sini
Sekian sahaja daripada saya. Wabillahitaufik wal hidayah, Wassalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.
Recommended