45
WASIAT, HUKUM, PROSEDUR DAN PENGALAMAN DI MAHKAMAH SYARIAH PERAK Y.A. Tuan Haji Mohammad Taifor Bin Ahmad Rusdi, P.M.P., A.M.P. Hakim Utama Mahkamah Tinggi Syariah Perak Darul Ridzuan

WASIAT, HUKUM, PROSEDUR DAN PENGALAMAN DI …...Definisi wasiat dari segi bahasa. ... penduduk sesebuah kampung atau bandar Wasiat yang berbentuk sedemikian adalah merangkumi kesemua

  • Upload
    others

  • View
    48

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • WASIAT, HUKUM, PROSEDUR DAN PENGALAMAN DI MAHKAMAH SYARIAH

    PERAKY.A. Tuan Haji Mohammad Taifor Bin Ahmad

    Rusdi, P.M.P., A.M.P.Hakim Utama Mahkamah Tinggi Syariah

    Perak Darul Ridzuan

  • Pendahuluan

    • Wasiat adalah merupakan salah satu instrumen yang pentingbagi perancangan harta Islam di mana ianya adalahmerupakan suatu pemberian harta yang berlaku selepaskematian pemberi wasiat

    • Instrumen perancangan harta melalui kaedah wasiat amatdigalakkan kepada umat Islam bagi memudahkanpengurusan harta dan juga bagi mengelakkan isu pertikaianharta di antara keluarga, saudara dan pewaris kelak

  • Urusan pentadbiran harta pusaka di Malaysia sama ada ianya terdiri daripadaharta pusaka yang tidak berwasiat, harta pusaka yang berwasiat mahupun hartapusaka separuh berwasiat telah diletakkan di bawah tanggungjawab empatbuah institusi yang telah diiktiraf oleh kerajaan dan sah di sisi undang-undang diMalaysia

    1. Mahkamah Tinggi Sivil2. Mahkamah Tinggi Syariah3. Amanah Raya Berhad4. Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

    PENTADBIRAN HARTA PUSAKA DI MALAYSIA

  • Bidang kuasa Mahkamah Syariah hanyalah terhadkepada penentuan waris yang terlibat dan jugabahagian pusaka atau wasiat yang layak diterima sahajasebagaimana yang telah dinyatakan dengan jelas dalamPerlembagaan Persekutuan di bawah perkara 74(2)

    Setakat ini ada 3 buah negeri yang mempunyaiEnakmen berkaitan wasiat ini

    1. Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 19992. Enakmen Wasiat Orang Islam (Melaka) 20053. Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan

    2004)

  • Dari sudut bahasa, perkataan wasiat berasal dariperkataan ‘wassa’ yang bermaksudmenyambung/menyampaikan/memberikan hakpemilikan selepas kematian

    Ianya bermaksud menghubungkan kebaikan yangdiperolehi oleh seseorang daripada hartanya itusemasa hidupnya dengan kebaikan yangmengikutinya kemudian daripada harta yang samasetelah ia meninggal dunia iaitu pahal yang akandiperolehinya di hari akhirat dengan sebab wasiatyang dilakukan olehnya ke atas harta itu

    Definisi wasiat dari segi bahasa

  • Definisi wasiat dari segi istilah syarak

    Pemberian atau sumbangan oleh seseorang kepada orang ataupihak lain setelah dia meninggal dunia sama ada perkataanwasiat itu diucapkan atau tidak

    Menurut mazhab Syafie, wasiat ialah pemberian suatu hak yangboleh dilaksanakan selepas berlakunya kematian pewasiat samaada dengan menggunakan lafaz atau tidak

    Manakala menurut Abdul Karim Zaidan, wasiat ialah memberimilik kepada seseorang secara sukarela yang dilaksanakanselepas kematian pewasiat sama ada benda atau manfaat

    Ada juga fiqaha’ yang mendefinisikan wasiat sebagai suatupemberian oleh seseorang kepada pihak yang lain sama adabenda, hutang atau manfaat untuk dimiliki oleh penerima wasiatakan pemberian tersebut selepas kematian pewasia

  • • … (pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikanwasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dansesudah dibayarkan hutangnya” (Surah Al-Nisa,ayat 11)

    1

    • Maksudnya: Tidak wajar bagi seseorang muslimyang mempunyai sesuatu untuk diwasiatkan,membiarkan dua malam berlalu tanpa menuliswasiatnya” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

    2

    ASAS PENSYARIATAN WASIAT

  • • Maksudnya: Sa’ad Bin Abi Waqas r.a berkata: “Rasulullahs.a.w datang mengunjungiku pada tahun haji wada’sewaktu aku dalam keadaan yang sangat sakit, lalu akubertanya: Hai Rasulullah, sakitku ini adalah sangat serius,bagaimana pendapat tuan. Aku ini orang berada tetapitidak ada yang dapat mewarisi hartaku melainkan anakperempuanku seorang. Apakah sebaiknya aku wasiatkan2/3 hartaku?”. “Jangan”, jawab Rasulullah. “Separuh yaRasulullah?” sambungku lagi. Jawab Rasulullah: “Jangan,sepertiga, sebab sepertiga itu banyak dan besar, keranajika kamu meninggalkan ahli waris dalam keadaan yangmencukupi adalah lebih baik daripada kamumeninggalkan mereka dalam keadaan miskin yangmeinta-minta kepada orang ramai”. (Hadith RiwayatBukhari dan Muslim)Meet your new colleagues

    3

    ASAS PENSYARIATAN WASIAT (samb…)

  • HUKUM BERWASIAT

    • a) Wajib – jika terdapat tanggungjawab syarie yang perludilaksanakan seperti zakat dan haji dan dia bimbang hartaberkenaan habis jika tidak diwasiatkan. Begitu juga, jikaberkaitan dengan hutang dan wadiah sekiranya pemiliksebenar tidak dikenali oleh orang lain.

    • b) Sunat – jika berwasiat untuk kaum kerabat yangmemerlukan sedangkan mereka tidak berhak mendapatharta pusaka. Begitu juga berwasiat kepada orang miskindan untuk tujuan kebajikan pada jalan Allah

  • HUKUM BERWASIAT (Samb…..)

    • c) Harus – jika berwasiat kepada sahabat handaiatau orang kaya yang mana mereka bukan darigolongan yang berilmu dan beramal soleh

    • d) Makruh – jika pewasiat seorang yang kurangberada dan mempunyai waris-waris yang ramaiserta memerlukan harta

    • e) Haram – jika berwasiat kepada perkara yangharam.

  • RUKUN DAN SYARAT WASIAT

  • 1. Pewasiat• i. Milikan sempurna - Pewasiat hendaklah pemilik harta secara

    milikan sempurna pada masa kematian;

    • ii. Baligh - Bagi mazhab Hanafi, Syafie dan Zahiri, mensyaratkan balighbagi seseorang pewasiat manakala mazhab Maliki dan Hanbali pulaberpendapat bahawa pewasiat hendaklah seorang yang mumaiyyiz;

    • iii. Berakal (tidak gila) – Menurut mazhab Hanafi dan Syafie, gila yangberterusan bagi satu tempoh waktu yang panjang akan membatalkanwasiatnya jika dia mati dalam keadaan tersebut;

    • iv. Redha dan pilihan sendiri; dan

    • v. Cerdik (al-rusyd) – Mazhab Syafie mensyaratkan pewasiat adalahseorang yang cerdik

  • 2. Penerima wasiat (al-Muso lahu) • i. Penerima wasiat, institusi atau badan yang tertentu (seperti masjid)

    dan disyaratkan bukan untuk tujuan maksiat;

    • ii. Penerima wasiat hendaklah wujud secara hakiki atau taqdiri;

    • iii. Penerima wasiat hendaklah diketahui dengan jelas;

    • iv. Penerima hendaklah seorang yang boleh menerima harta dan bolehmemberi milik harta. Bagi kanak-kanak yang belum mumaiyyiz, penerimaanhendaklah dibuat oleh wali malnya;

    • v. Penerima wasiat bukan seorang pembunuh. Walaubagaimanapun,mazhab Syafie mengharuskan seorang pembunuh menerima wasiat;

    • vi. Penerima wasiat bukan kafir harbi; dan

    • vii. Penerima wasiat bukan dari kalangan waris melainkan setelahmendapat persetujuan waris-waris yang lain

  • 3. Harta yang diwasiatkan (al-Muso bih)

    • i. Harta yang hendak diwasiatkan itu hendaklah mal hakiki sepertiharta alih dan harta tak alih dan mal hukmi iaitu manfaat;

    • ii. Harta itu hendaklah harta mutaqawwim iaitu harta yang bolehdimanfaatkan di sisi syarak;

    • iii. Harta itu boleh dijadikan hak pemilikan;

    • iv. Harta itu wujud dalam pemilikan pewasiat pada masa wasiat itudilakukan;

    • v. Harta itu tidak terikat dengan hutang yang ditanggung olehpewasiat pada masa kematiannya; dan

    • vi. Harta itu hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 harta prwasiat kecualitelah dipersetujui oleh ahli-ahli waris selepas kematiannya

  • 4. Sighah iaitu ijab dan qabul.

    • i. Sighah wasiat hendaklah dengan lafaz yang sorih, kinayah ataupunisyarat;

    • ii. Qabul hendaklah diterima oleh penerima wasiat individu tertentu,jika penerima institusi maka tidak disyaratkan qabul;

    • iii. Qabul oleh penerima wasiat hendaklah dibuat selepas kematianpewasiat. Penerimaan atau penolakan yang dibuat pada masa hiduppewasiat tidak diambil kira; dan

    • iv. Qabul oleh pewasiat tidak disyaratkan dengan segera

  • JENIS-JENIS WASIAT

    a) Wasiat Mutlak

    Wasiat mutlak ialah wasiat yang dilakukan dengan bebasatau tidak terikat dengan syarat-syarat tertentu yangdikenakan ke atas harta diwasiatkan yang mungkindiletakkan oleh pemberi wasiat. Oleh itu, mengikut mazhabSyafie dan Hanbali, kesan dari wasiat mutlak ini ialah ia akanberkuatkuasa selama-lamanya.

  • JENIS-JENIS WASIATb) Wasiat Bersyarat

    Wasiat bersyarat ialah wasiat yang mengandungi syarat-syarat tertentuyang dikenakan oleh pewasiat.

    Para fuqaha’ bersependapat bahawa sah syarat-syarat diletakkan dalamwasiat asalkan ia tidak menyalahi syarak sama ada dari sudut harta,tujuan atau cara mengerjakan syarat-syarat yang dikenakan danhendaklah wasiat itu membawa kebaikan kepada penerima, pewasiatatau selainnya.

    Oleh itu, wasiat yang mempunyai syarat-syarat yang sah akan mengikatpenerima dan terpulang kepada penerima wasiat sama ada menerimawasiat yang berserta syarat-syaratnya atau menolak wasiat tersebut.

    Sekiranya syarat-syarat yang terkandung di dalam wasiat bersyarat iniadalah sah di sisi syarak tetapi tidak dipenuhi oleh penerima wasiat makakesannya ialah wasiat itu menjadi batal.

  • JENIS-JENIS WASIATc) Wasiat Am

    Wasiat am adalah wasiat yang dibuat berbentuk umum seperti kepadapenduduk sesebuah kampung atau bandar

    Wasiat yang berbentuk sedemikian adalah merangkumi kesemua ahlipenduduk tempat tersebut sama ada Islam ataupun kafir

    Adapun bilangan yang paling minimum penerima sesuatu wasiat yang umumyang ditujukan kepada kumpulan yang ramai seperti penduduk sesuatutempat maka memadai dengan tiga orang mewakili kumpulan yang ramaitersebut menurut pendapat Imam Syafie

    Jika pewasiat menyatakan golongan penerima wasiat tidak jelas iaitu hanyasecara umum sahaja seperti mewasiatkan kepada fakir miskin maka menurutpendapat Imam Syafie harta yang diwasiatkan itu hendaklah digunakanuntuk kepentingan fakir miskin di tempat harta itu berada.

    Pewasiat yang hendak mewasiatkan harta perlulah menyatakan dengan jelasdan betul supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

  • JENIS-JENIS WASIATd) Wasiat Khas

    Wasiat khas adalah wasiat yang dikhususkan untuk pihak tertentu. Terdapat kemungkinan pewasiat dalam berwasiat kepada seseorang yang

    tertentu membuat perbandingan kadar yang hendak diwasiatkan dengankadar yang sepatutnya diterima oleh salah seorang waris pewasiat.

    Sebagai contoh, pewasiat mewasiatkan supaya memberikan hartanya kepadaseseorang tertentu dengan kadar yang sama banyak dengan kadar anaklelakinya.

    Dalam kes ini, maka perlu dipastikan pewasiat ada meninggalkan anak atautidak, jantina anak dan jumlah anaknya.

    Menurut pendapat Imam Syafie, Imam Hanafi, al-Sha’bi, al-Nakha’i dan al-Thawri, sekiranya pewasiat mewasiatkan bahagian anak lelakinya sedangkania mempunyai seorang sahaja anak maka kadar pemberian wasiat yangdibenarkan ialah 1/2 bahagian harta tetapi jika anaknya tidak bersetujudengan lebihan kadar wasiat yang dibenarkan itu maka wasiat itu hanya sahsetakat 1/3 bahagian sahaja.

    Seterusnya, jika diwasiatkan dengan kadar bahagian anak-anaknya danpewasiat hanya ada dua orang anak sahaja maka penerima wasiat berhakmendapat 1/3 bahagian harta sahaja.

  • Kadar harta yang boleh diwasiatkan oleh pewasiat menurut ketentuansyarak adalah setakat 1/3 sahaja daripada harta bersih peninggalannyayang masih ada pada waktu kematiannya setelah digunakan untukbelanja pengebumiannya dan penunaian hutang-hutangnya jika adayang menjadi tanggungan pewasiat

    wasiat yang melebihi kadar 1/3 harta pewasiat adalah tidak sah kecualiwaris-waris bersetuju dengan kadar yang lebih itu

    Jika pewasiat tidak mempunyai waris, maka menurut pendapatmazhab Hanafi wasiat yang melebihi 1/3 harta adalah sah

    menurut pendapat jumhur, wasiat yang melebihi kadar 1/3 adalahtidak harus secara mutlak kerana ia melibatkan hak orang Islam

    KADAR HARTA YANG BOLEH DIWASIATKAN

  • WASIAT KEPADA AHLI WARIS

    a) Jumhur ulama’ berpendapat bahawa wasiat kepada waris adalah tidaksah, kecuali mendapat persetujuan daripada semua waris.

    Jika mereka bersetuju, maka wasiat itu sah dan sebaliknya jika merekatidak bersetuju maka wasiat itu tidak sah.

    Persetujuan mereka hendaklah dibuat selepas kematian pewasiat danmereka yang memberi persetujuan hendaklah berkelayakan berbuatdemikian.

    Mana-mana waris yang menerima wasiat tersebut ketika hayat pewasiatboleh menolaknya selepas kematian pewasiat. Begitu juga, mana-manawaris yang menolaknya ketika hayat pewasiat boleh menerimanya selepaskematian pewasiat.

  • WASIAT KEPADA AHLI WARIS (samb…)

    b) Syiah Imamiyyah, Ismailiyyah dan sebahagian Zaidiyyahberpendapat bahawa wasiat kepada waris adalah harus danboleh dilaksanakan tanpa persetujuan waris-waris lain.Kedudukannya sama seperti wasiat kepada bukan waris.

    c) Al-Muzani, al-Subki dan al-Zahiri berpendapat bahawa wasiatkepada waris adalah tidak sah sekalipun mendapat keizinandaripada waris-waris yang lain. Namun waris yang berkenaanboleh mengizinkan bahagian pusaka masing-masing tetapibukan dalam bentuk wasiat.

    d) Mazhab Maliki berpendapat bahawa wasiat kepada warisadalah batal secara mutlak.

  • Peruntukan Perundangan

    • Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999, Enakmen Wasiat OrangIslam (Negeri Melaka) 2005 dan Enakmen Wasiat Orang Islam (NegeriSembilan) 2004 memperuntukkan bahawa sah wasiat kepada warisdengan kadar satu pertiga bahagian tanpa perlu mendapat persetujuandaripada ahli-ahli waris yang lain. Hanyalah wasiat kepada waris yangmelebihi kadar satu pertiga sahaja yang perlu mendapatkan persetujuanahli-ahli waris yang lain.

    • Seksyen 26(2) Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999, Seksyen 26(2) Enakmen Wasiat Orang Islam Melaka 2005 dan Seksyen 26 (2)Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 memperuntukkan:-

    “Sesuatu wasiat (bekues) yang dibuat kepada seseorang waris ataskadar yang melebihi satu pertiga, hendaklah tidak boleh berkuat kuasa(tidak boleh dikuatkuasakan) sehingga diberi persetujuan oleh waris-warisnya (melainkan jika waris-waris mempersetujuinya) selepas kematianpewasiat”.

  • PEMBATALAN WASIAT

    a) Pewasiat hilang keahlian seperti gila yang berterusan

    – Mazhab Hanafi berpendapat bahawa wasiat terbatal disebabkanpewasiat gila, sama ada gila itu berterusan sehingga pewasiatmeninggal dunia atau tidak.

    – Manakala menurut pendapat jumhur, wasiat tidak terbataldisebabkan pewasiat gila, sama ada gila itu berterusan sehinggapewasiat meninggal dunia atau tidak.

    – Ini kerana, pewasiat mempunyai keahlian semasa melakukan wasiatdan hilangnya keahlian selepas itu seperti gila tidak menyebabkanwasiat yang dilakukannya semasa dia waras terbatal.

  • PEMBATALAN WASIAT (samb….)

    b) Pewasiat murtad

    – Mazhab Syafie dan Hanafi berpendapat bahawa wasiat terbataldisebabkan pewasiat murtad dan dia meninggal dunia dalamkeadaan murtad.

    – Begitu juga, penerima wasiat murtad boleh menyebabkan wasiatterbatal menurut pendapat mazhab Maliki.

    – Walau bagaimanapun, menurut pendapat mazhab Hanbali wasiatyang dilakukan itu masih lagi sah walaupun pewasiat murtad.

  • PEMBATALAN WASIAT (samb….)

    c) Menggantungkan wasiat dengan sesuatu syarat yang tidakberlaku)

    – Contohnya, seseorang berkata: “Jika aku meninggal dunia disebabkansakitku ini atau jika aku meninggal dunia dalam pengembaraanku inimaka aku berikan kepada pulan sekian banyak hartaku”.

    – Kemudian selepas itu pewasiat tersebut tidak meninggal dunia, makawasiat yang dilakukannya itu terbatal kerana syarat tersebut tidakberlaku.

  • PEMBATALAN WASIAT (samb….)d) Penarikan balik wasiat

    – Penarikan balik wasiat yang telah dilakukan oleh pewasiat adalah hakdan keistimewaannya yang boleh dibuat pada bila-bila masa yangdikehendakinya, sama ada ke atas semua atau sebahagian dari hartayang diwasiatkan

    – Penarikan balik wasiat boleh dilakukan secara terang-terangan sepertipewasiat mengatakan “aku batalkan wasiatku itu”, “aku hapuskanwasiatku itu”, “harta ini untuk warisku atau sebagai harta pusaka” atauseumpamanya.

    – Selain itu, penarikan balik juga boleh berlaku secara diam-diam yangakan membawa kesan yang sama seperti penarikan secara terang-terangan.

    – Contohnya, pewasiat menjual atau memberikan harta itu kepada oranglain atau pewasiat mengubah sifat harta yang diwasiatkan seperti kainyang diwasiatkan itu dijadikan baju atau sebagainya lagi sehingga hilangnama asal benda yang diwasiatkan itu.

  • PEMBATALAN WASIAT (samb….)

    e) Penolakan wasiat

    – Wasiat juga terbatal jika sekiranya penerima wasiat menolak atau tidakmahu menerimanya selepas kematian pewasiat.

    f) Penerima wasiat meninggal dunia sebelum pewasiat

    ― Keempat-empat mazhab sunni bersependapat bahawa wasiat terbataldisebabkan kematian penerima wasiat sebelum pewasiat meninggal dunia

    ― Ini kerana wasiat hanya boleh berlaku selepas kematian pewasiat danpenerima wasiat menerima wasiat tersebut.

    ― Begitu juga, wasiat terbatal jika penerima wasiat meninggal duniaselepas kematian pewasiat, sedangkan penerima wasiat belum sempatmenerimanya menurut pendapat jumhur kecuali mazhab Hanafi

  • PEMBATALAN WASIAT (samb….)g) Penerima wasiat membunuh pewasiat

    – Menurut pendapat mazhab Hanafi dan Hanbali wasiat kepada pembunuh adalahterbatal, sama ada pembunuhan itu berlaku sebelum berlaku wasiat sepertiseseorang mencederakan seseorang lain dengan tujuan membunuhnya,kemudian sebelum dia meninggal dunia, dia sempat mewasiatkan hartanyakepada orang yang mencederakannya itu, atau selepas berlakunya wasiat,walaupun diizinkan oleh waris-waris tetapi wasiat tersebut tetap juga terbatal.

    – Ini kerana mereka menyamakan halangan pewarisan dengan wasiat. Oleh itu,bentuk pembunuhan yang menyebabkan terbatalnya wasiat menurut kedua-duamazhab ini adalah sama seperti halangan pewarisan.

    – Walau bagaimanapun, mazhab Syafie, Maliki dan Shiah Imamiyyah berpendapatbahawa wasiat tersebut tidak terbatal walaupun pembunuhan itu secara sengajaatau bertujuan untuk mempercepatkan kematian pewasiat supaya dia mendapatharta yang diwasiatkan itu dengan segera. Ini kerana wasiat merupakan suatuakad pemilikan sama seperti hibah dan ia berlainan dengan pewarisan.

  • PEMBATALAN WASIAT (samb….)g) Penerima wasiat membunuh pewasiat (samb.....)

    – Di negeri-negeri yang telah ada undang-undang wasiat seperti Selangor,Melaka dan Negeri Sembilan, memakai pendapat mazhab Hanafi danHanbali dalam soal penerima wasiat membunuh pewasiat. MenurutSeksyen 14 Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999 (peruntukanyang sama juga terdapat dalam Seksyen 14 Enakmen Wasiat Orang IslamMelaka 2005 dan Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Semblian 2004)memperuntukkan:-

    “Sesuatu wasiat hendaklah menjadi batal sekiranya seseorang benefisiaridengan sengaja menyebabkan kematian pewasiat, secara langsung atautidak langsung, sama ada dia bertindak sebagai prinsipal, rakan jenayahatau pensubahat atau sebagai saksi palsu yang keterangannyamenyebabkan hukuman mati ke atas pewasiat dilaksanakan:

    Dengan syarat bahawa pembunuhan tersebut adalah dilakukan tanpa hakdan keuzuran syarie dan benefisiari adalah sempurna akal dan telahmencapai umur matang menurut hukum syarak”.

  • PEMBATALAN WASIAT (samb….)

    h) Berlaku kerosakan terhadap harta yang diwasiatkan

    – Wasiat terbatal jika harta yang dinyatakan di dalam wasiat itu rosaksebelum berlaku penerimaan.

  • Golongan Yang Digalakkan Berwasiat

    • 📌Orang yang berhutang

    • Semua jenis hutang wajib dilangsaikan, hutang ini termasuklah

    hutang dunia dan akhirat seperti pinjaman perumahan, pinjaman

    pelajaran, cukai-cukai kerajaan, zakat, fidyah, kaffarah dan

    sebagainya.

    • 📌Mereka yang mempunyai harta

    • -Sedikit ataupun banyak harta pusaka yang ditinggalkan mestilah

    ditadbir untuk diagihkan mengikut syarak kepada waris-waris yang

    berhak dan harta ini mestilah ditadbir mengikut proses undang-

    undang sivil dan syariah.

  • • 📌Mereka yang mempunyai anak bawah umur &

    OKU.

    • Di dalam wasiat, pewasiat sendiri boleh melantik

    penjaga harta bagi memastikan hak anak-anak bawah

    umur @ OKU terpelihara selepas ketiadaan kita.

    • 📌Mereka yang mempunyai anak angkat

    • Di dalam wasiat, pewasiat boleh memperuntukkanharta pusaka maksimum 1/3 kepada anak angkat

  • • 📌Mereka yang ingin beramal jariah

    • Di dalam wasiat, pewasiat boleh bersedekah

    dan berwakaf di dalam wasiat.

    • 📌Mualaf

    • Di dalam wasiat, pewasiat boleh memberikan

    harta pusaka kepada keluarga bukan islam

    dengan kadar maksimum 1/3.

  • • 📌Keluarga yang sukar untuk mendapat

    persetujuan

    • Mereka yang mempunyai keluarga yang sukar untuk

    berkumpul dan mendapat persetujuan dalam sesuatu

    perkara perlu membuat wasiat untuk melantik wasi di dalam wasiat

  • WASIAT WAJIBAH (secara ringkas)

    • Wasiat wajibah adalah satu wasiat yangdiwujudkan di bawah peruntukan undang-undang bertulis mengenai wasiat.

    • Wasiat wajibah tidak diterima di kalanganjumhur termasuklah imam mazhab yang empatkerana wasiat untuk kaum kerabat adalah sunathukumnya dan tidak diwajibkan untuk orangtertentu kecuali jika berkaitan dengan hak-hakAllah dan hak-hak manusia

  • • Sebaliknya sebahagian fuqaha` seperti Ibn Hazmal-Zahiri, alTabari dan Abu Bakar Abd al Azizdaripada golongan Hanbali, merekaberpendapat bahawa wasiat adalah wajib darisegi agama dan qada` untuk kedua ibu bapa dankaum kerabat yang tidak boleh menerima hartapusaka atas alasan mereka terdinding atauadanya halangan tertentu seperti berlainanagama dan seumpamanya

    • Apabila si mati tidak meninggalkan wasiatkepada kaum kerabat, maka berkewajipankepada waris-waris atau wasi mengeluarkan satukadar tertentu dari harta si mati untuk waris-waris yang tidak mendapat harta pusaka

  • • Pendapat kedua ini telah dilaksanakan dalamQanun Wasiyyah di Mesir 1946, Undang-Undang Keluarga Islam Syria 1953 danbeberapa negara yang lain termasuklahNegeri Selangor, Negeri Sembilan danMelaka.

  • PENGESAHAN WASIAT DI MAHKAMAH SYARIAH

    • Sebagaimana yang dijelaskan di bahagian awal penulisan ini, bidangkuasa Mahkamah Syariah hanyalah terhad kepada penentuan waris yangterlibat dan juga bahagian pusaka atau wasiat yang layak diterima sahajasebagaimana yang telah dinyatakan dengan jelas dalam PerlembagaanPersekutuan di bawah perkara 74(2). Justeru itu, setiap negeri diberikuasa untuk menggubal undang-undang berkaitan dengan hartaperwarisan ini di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah di setiapnegeri.

    • diperuntukkan di dalam Seksyen 50 (3)(b)(v) Enakmen PentadbiranAgama Islam (Perak) 2004 sahaja iaitu di bawah peruntukan bidangkuasaMahkamah Tinggi Syariah.

    • pengesahan wasiat itu hendaklah dimulakan melalui pemfailan Samandan Pernyataan Tuntutan dengan menamakan waris-waris si mati(pemberi wasiat) menurut hukum syarak sebagai Defendan atauDefendan-Defendan dalam tuntutan tersebut dan ianya adalah terletakdi bawah bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah.

  • RUJUKAN KES-KES WASIAT DI MAHKAMAH SYARIAH

    • Sheikh Abdul Latif dan lain-lain lwn Sheikh EliasBux

    • Amanullah bin Haji Ali lawan Hajjah Jamlilah

    • Siti Binti Yatim lwn. Mohamed Nor Bin Bujal

    • In Re The Will of M. Mohamed Haniffa deceasedAbdul Jabbar lwn. M. Mohamed Abu Backer

    • Katchi Fatimah lwn. Mohamed Ibrahim

    • MKG & 7 lain lwn SUKSM & 4 lain

    • AR & 1 lain lwn AM & 8 lain

  • ISU-ISU PELAKSANAAN WASIAT –PENGALAMAN DI MAHKAMAH SYARIAH PERAK

    1. Ketidakfahaman masyarakat Islammengenai hukum dan prosedur penyediaanwasiat itu sendiri.

    ― Penyediaan wasiat khususnya secara bertulismerupakan suatu proses yang paling penting keranapada peringkat inilah termaktubnya suatu wasiat itu.Implikasi yang timbul apabila suatu penulisan wasiattersebut ditulis tanpa kefahaman terhadap konsepwasiat yang sebenar dan tidak mengikuti hukum syarakdan juga undang-undang yang ditetapkan sebagai contohwasiat harta melebihi kadar 1/3 dan juga wasiat dibuatkepada ahli waris.

  • ISU-ISU PELAKSANAAN WASIAT –PENGALAMAN DI MAHKAMAH SYARIAH PERAK

    2. Tiada atau kurang kesepakatan di antara ahli-ahli waris

    - tiada atau kurang kesepakatan di antara ahli-ahli waris kepadasi mati kerana waris-waris si mati tidak mengetahui tentangwasiat yang dibuat kerana tidak dimaklumkan oleh pewasiatsemasa hayatnya.

    - Keadaan ini dapat dilihat selepas pihak penerima wasiatmemfailkan kes tuntutan pengesahan wasiat di Mahkamah dimana ada di antara waris-waris kepada si mati yang terkejutdengan kewujudan wasiat oleh si mati tersebut, tidak kurangjuga ada yang kecewa dengan wasiat yang telah dibuat oleh simati tersebut

  • KESIMPULAN

  • WASIAT ADALAH MERUPAKAN SUATU KEPERLUAN DALAM PERANCANGAN HARTA PUSAKA

    KERANA PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MENJADI LEBIH MUDAH SEKIRANYA TERDAPAT

    WASIAT YANG DITINGGALKAN OLEH PEWASIAT. WASIAT YANG DITINGGALKAN PERLULAHDILAKSANAKAN SEGERA SEJURUS SELEPAS KEMATIAN PEWASIAT AGAR WARIS DAN

    PENERIMA WASIAT MENERIMA WASIAT YANG TELAH DITETAPKAN

    LEBIH UTAMA ADALAH PENYEDIAAN DAN/ATAU PEMBENTUKAN WASIAT ITU PERLULAHDIBUAT SELARI DENGAN KEHENDAK HUKUM SYARAK DAN UNDANG-UNDANG TERLEBIHDAHULU SUPAYA TIDAK TIMBUL MASALAH DI HARI KEMUDIAN SAMA ADA UNTUK

    MENGESAHKANNYA DI MAHKAMAH SYARIAH ATAU UNTUK MELAKSANAKANNYA DIAGENSI-AGENSI LAIN YANG MEMPUNYAI KUASA MELAKSANAKANNYA

  • SEKIAN, TERIMA KASIH