Author
isshadin
View
1.193
Download
10
Embed Size (px)
30 wasiat Imam Ghazali
1.Tuntutan berbakti kepada ibu bapa
Berbakti kepada ibu bapa wajib kerana ia hukum Allah. Anak yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka. Dan perbuatan derhaka satu
dosa besar.
2. Mengasihani anak yatim
Kasihanilah anak yatim kerana Rasullulah saw juga tergolong sebagai anak yatim dan baginda akan
bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihani anak yatim di akhirat
3. Allah menguji kita
Ujian datang silih berganti. Ia merupakan warna kehidupansetiap insan. Laluilah ia dengan sabar agar kualiti iman kita
meningkat. Kerana ujian itu untuk mematangkan keimanan kita
4. Menghormati dan memuliakan guru
Menghormati dan memuliakan guru merupakan tugas dankewajipan kita sebagai anak dan murid. Guru bagaikan orang tua
kita sendiri yang wajib kita hormati dan muliakan
5. Menanamkan iman dalam anak
Menanamkan iman dalam dirianak merupakan kewajipan orang tua.
Anak-anak akan membesar dalamsuasana cukup peka dan sensitif
dengan Tuhan. Bila ini sudah ada,dengan sendirinya dia akan malu dan
takut untuk membuat dosa.
6. Islam mengajarkan hidup sihat
Banyak pendidikan kesihatanyang diajar oleh Rasulullah kepada umatnya termasuk
aspek kebersihan tubuh badan,pakaian, alam sekitar dan juga
makanan. Kerana di dalamtubuh yang sihat itu terdapatkelazatan dalam beribadat.
7. Menghormati tetamu
Islam mendidik kita agar memuliakan danmenghormati tetamu. Kerana tetamu datang
membawa rezeki dan apabila ia pulang menghapuskandosa-dosa kita.
8. Menghormati jiran
Menghormati jiran adalah merupakan tugas dankewajipan setiap Muslim. Kita di tuntut untuk bersikap
memuliakan jiran kita kerana jiranlah orang yangpaling terdekat dengan kita.
9. Menggunakan akal untuk berfikir
Al-Quran memerintahkan kita agar berfikir dan menggunakanakal untuk memecahkan rahsia hidup ini.Matlamatnya adalah untuk kebahagiaan
dunia dan akhirat kita.
10. Membuktikan kebenaran al-quran
Al-quran mengandungi fakta dan mukjizat. Kejadianalam, manusia dan ilmu pengetahuan didedahkan
secara terus terang, yang membuat manusia yakin akankebenaran adanya Allah.
11. Mencintai ilmu
Mencintai ilmu dan mengamalkan ilmu adalah tandakecerdasan dan disukai Allah. Barangsiapa yangkeluar rumahnya dengan niat untuk mencari ilmu,niscaya di lindungi Allah dan sampai ia kembali.
12. Jangan berdusta
Sesungguhnya dusta itu menuntun kepada kekejiandan kekejian itu menuntun ke dalam api neraka. Tidak
henti-hentinya sesorang berdusta danmembiasakan diri dalam dusta, sehingga dicatat
disisi Allah sebagai pendusta.
13. Mengawal lisan
Menyaksikan maksiat, kejahatan dan menjadi saksipalsu adalah di antara penyakit lidah dan hati yang amatberbahaya. Ianya menjadi punca kepada rosaknya iman
dan seterusnya boleh membawanyake neraka jahannam.
14. Jangan dekati zina
Islam tidak hanya mengharamkan perbuatan zina, tetapi termasuk
juga sebarang tindak-tandukyang membawa kepada
berlakunya perbuatan yangterkutuk itu, iaitu
sebarang perlakuan ke arahmenghampiri zina.
15. Jangan dekati minuman yang memabukkan
Minuman yang memabukkan seperti arak, hukumnyaadalah haram, sama ada sedikit atau banyak, mabukatau tidak. Setiap Muslim yang berakal pasti menjauhi
arak kerana ia merosakkan akal,menimbulkan penyakit dan dimurkai Allah.
16. Menjadi pemimpin yang adil
Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang menghukumdengan penuh keadilan, dan apabila berkata dengan
penuh kebenaran, tidak menyakiti hati orang, danjujur sama ada kepada diri sendiri mahupun
kepada orang lain.
17. Menjadi pejuang di jalan Allah
Muhajirin atau pejuang-pejuang Islam yangberjuang di jalan Allah
adalah mereka yang merentasiceruk bumi ini dengan
satu mesej, iaitu menegakkankebenaran Islam dan
menghancurkan kebatilan.
18. Menjadi ahli kebaikan
Ahlul Itsar iaitu orang-orang yang gemar melakukankebaikan, sentiasa mendahulukan kepentingan
orang lain, menolong dan membantu orang yangmemerlukan bantuannya. Mereka adalah orang
yang paling bermanfaat dan disayangioleh orang lain.
19. Redha dengan ketentuan Allah
Orang-orang yang redha dengan ketentuan Allah,maka Allah bukakan pintu-pintu kebaikan yang banyak
sehingga tiada hari bagi mereka melainkan harusberbuat kebaikan, iaitu kebaikan apa sahaja
yang diperintahkan oleh agama.
20. Menjadi golongan yang selamat
Ahlun Najat iaitu orang-orangyang selamat. Mereka hanyamenunaikan amalan-amalanyang wajib dan meninggalkan
larangan-larangan Allah. Hanya itu yang mereka kerjakan,
tidak lebih dan tidakpula kurang.
21. Menjadi manusia yang bahagia
Menjadi manusia yang palingbahagia adalah idaman setiap insan.
Oleh itu, raihlah hari-haribahagia bersama Allah
dan RasulNya.
22. Memelihara sifat malu
Malu adalah perhiasan Mukmin sejati.Ianya merupakan akhlak para Nabi dan
Rasul yang harus dimilikisetiap orang yang mengaku
umat Muhammad.
23. Memusuhi syaitan
Syaitan adalah musuh yangnyata ke atas manusia. Oleh itu,
jadikan ia sebagai musuh,bukan sebagai kawan.
24. Menyambung silaturahim
Silaturahim adalah amalan muliapara Nabi dan Rasul, sehinggakan
orang yang memutuskan silaturahimdianggap telah melakukan
dosa besar
25. Mengingati mati
Mengingat mati mendatangkankemanisan iman dan sekaligusmenguatkan rasa ber-Tuhandan taqarrub kepada Allah.
26. Menghafal Al-Quran
Orang yang menghafal Al-Qurandianggap sebagai keluarga-keluarga
Allah. Oleh itu, perbanyakkanlahmenghafal Al-Quran kerana ia
cahaya di dalam kubur.
27. Solat tahajud
Solat tahajjud ataupun qiamulail adalahsolatnya para Nabi dan Rasul. Bangunlah
pada malam yang akhir dan gunakan waktumuuntuk meminta hajatmu niscayaakan segera di tunaikan Allah.
28. Mencintai Rasulullah
Kasih dan cinta kepadaRasulullah saw adalahsatu kemestian dalam
kehidupan seorang Muslim.Setiap Muslim mesti berbuat
demikian kerana bagindaadalah orang yang paling
berjasa di dalammembimbing dan memberi
petunjuk kepadamanusia sejagat.
29. Berdoa dan berusaha
Doa memiliki kekuatan dan kehebatanyang dahsyat sehinggakan doa
dianggap sebagai senjata mukmindan pembuka pintu rezeki.
30. Solat yang khusyuk
Solat yang khusyuk adalah kunci mendapatkan keredhaan Allah. Latihlah kekusyukan di dalamsolat supaya beroleh kemenangan di syurga.