Author
imtiyaz-99
View
139
Download
7
Embed Size (px)
Wasiat Luqman Hakim
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya):
Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak
bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (12)
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah
engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. (13)
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung
kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan
kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau dengan fikiran
sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik
atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi,
sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus
pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu.
Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi
dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara
ialah suara keldai".
Berbuat baik kepada kedua ibu bapa untuk membalas jasa mereka
Bersyukur kepada Allah dengan nikmat yang dikurniakan.
Mendirikan solat kerana perbuatan tersebut adalah tuntutan agama
Sentiasa bersabar atas segala bencana yang menimpa diri
Bersopan ketika berjalan agar tidak menarik perhatian orang ramai
Mengajak orang lain untuk melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Merendahkan suara ketika berbicara bagi menghormati orang lain
Suruhan
Menyekutukan Allah kerana perbuatan syirik
itu adalah satu kezaliman yang besar
Memandang rendah terhadap seseorang kerana menganggap diri sendiri mulia
Memiliki sifat sombong dengan apa yang dimiliki
Larangan
Cerna minda
• Luqman al hakim ialah seorang hamba soleh yang hidup pada zaman nabi Daud.
• Berketurunan habsyi dan berkulit hitam
Bersyukur kepada Allah
• Ibu bapa wajib mendidik anak-anak supaya mensyukuri segala nikmat yang dianugerahkan kepada Allah
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim, ayat 4)
Menjauhi perkara syirik
• Perbuatan syirik ialah dosa besar yang tidak diampunkan Allah melainkan dengan taubat nasuha
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.(surah An-Nisa’ , ayat 48)
Berbuat baik kepada ibu bapa
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Surah Al-Isra’ , ayat 23)
Tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak
Cara berbakti kepada ibu bapa
• Sentiasa mendoakan keampunan dan kesejahteraan mereka bagi membalas jasa kedua-duanya
• Sentiasa menziarahi mereka untuk mengelakkan mereka berasa kesunyian
• Menasihati mereka ketika berlaku kesilapan dengan berhikmah
• Menjaga mereka ketika sakit kerana perbuatan tersebut merupakan tanggungjawab kita
Cara menghormati ibu bapa
Tidak memasuki bilik mereka tanpa keizinan mereka terlebih dahulu.
Merendahkan suara ketika bercakap dengan mereka agar mereka tidak tersinggung
Melayan kemahuan mereka dengan lemah lembut
Berjalan di hadapan mereka dengan sopan
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.“ (Surah al-Isra’ , ayat 24)
Pengajaran Ayat
Umat Islam mestilah bersyukur kepada Allah dengan nikmat yang dikurniakan.
Umat Islam hendaklah sabar atas segala bencana yang menimpa diri kerana setiap musibah menghapus dosa.
Umat Islam wajib mendirikan solat kerana solat merupakan tuntutan agama.