184

Click here to load reader

Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

KANDUNGAN

Kalam Presiden ivTirai Bicara Penyusun vKata Pengantar vii

BAHAGIAN PERTAMA

Siapakah sebenarnya Luqman Al Hakim 1Pengenalan Luqman Al Hakim 1Adakah Luqman Seorang Nabi Atau AL Hakim 3Sebab Diturunkan Wasiat Luqman Al Hakim Di Dalam Al Quran 4Antara Hikmah Terawal Luqman 4

BAHAGIAN KEDUA

Pengenalan Hikmah dan Kepentingannya 6Pelbagai pengertian Hikmah 6Penjelasan Al Quran tentang hakikat Hikmah 9Kalimah Hikmah yang khusus kepada para Anbia’ 11Kalimah hikmah yang tidak khusus kepada para Nabi 12Bahana dan kesengsaraan hidup tanpa Hikmah 14Cara-cara memberpolehi Hikmah 17

BAHAGIAN KETIGAKeunikan Uslub Al Quran dan As Sunnah Dalam Konteks Dakwah 20

BAHAGIAN KEEMPATHuraian Umum Berkaitan Wasiat Luqman 27

Bersyukurlah kepada Allah 28 Jangan mensyirikkan Allah 29 Berhemah tinggi terhadap Ibu dan Bapa 32 Menjejaki perjuangan para Salafussaleh 34 Zahir dan batin di dalam genggaman Allah 36 Tunaikanlah Solat dan berdakwahlah 37 Awasi sifat ego dan bersederhanalah 38

Page 2: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

BAHAGIAN KELIMAHuraian Terperinci Topik-topik Penting Dalam Wasiat Luqman Al Hakim 42

AQIDAHBahaya Syirik dan Pendedahan Al Quran berkaitan ahli syirik. Tegahan mensyirikkan Allah 43 Pendedahan Al Quran tentang ahli syirik 45 Bentuk-bentuk syirik 52 Martabat syirik 53 Kalimah Tauhid 58 Tuntutan kalimah “LailahaIllallah” 61

PengertIan dan Cara-cara Bersyukur Definisi Syukur 67 Cara bersyukur kepada Allah SWT 67 Cara bersyukur kepada manusia 73

Kesempurnaan Aqidah di Dalam Wasiat Luqman 75

Bentuk-bentuk kecintaan terhadap Allah 78 Sifat-sifat yang disukai Allah 79 Sifat-sifat yang dibenci Allah 85

IBADAHFalsafah Solat dan Kepentingannya 89 Kepentingan menunaikan solat 89 Faedah-faedah menunaikan solat 96

KEMURNIAN AKHLAKBerbakti Kepada Ibubapa dan Persoalan Yang Berkaitan Dengannya Pengertian akhlak 98 Kepentingan berbakti kepada Ibubapa 100 Pelbagai cara berbakti kepada dua Ibubapa

103 Beberapa persoalan berkaitan berjasa kepada Ibubapa

Nafkah 104 Berbakti terhadap mereka selepas mereka meninggal

dunia 106 Jihad 108

1

Page 3: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Ibubapa yang tidak beragama Islam 108 Ganjaran berbuat baik kepada Ibubapa 109

Tegahan menderhaka kepada Ibubapa 110 Ketulusan pengorbanan Ibubapa 111

DAKWAHCabaran Dakwah Dan Ciri-Ciri Pendakwah 113 Sabar menghadapi dugaan

113 Amar ma’ruf dan nahi mungkar 117

Dakwah yang berhikmah 120 Tahap-tahap dalam mencegah kemungkaran 121 Hukum-hukum berkaitan menegah kemungkaran 123 Doktor yang sakit merawat pesakit?? 124 Kedudukan mereka yang bersikap berkecuali 125

Tawadhu’ dan merendah diri 127 Bolehkah kita mengesan virus takabbur 130

BAHAGIAN KEENAMPengajaran Dari Wasiat Luqman

133 Pengajaran umum wasiat Luqman 133 Pengajran khusus wasiat Luqman 138

BAHAGIAN KETUJUH

Wasiat Yang Terdapat Nas Yang Jelas Di Dalam Al Quran 140Wasiat yang Tidak Termaktub Di Dalam Al Quran 142

BAHAGIAN KELAPANPenutup 153 Rumusana penting berkaitan aspek-aspek utama Hikmah 153 Hubungkait antara kemunian akhlak dan kemurahan rezeki 155

BIBLIOGRAFI 161

2

Page 4: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

KALAM PRESIDEN

Assalamualaikum wrt. wbt.

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmatNya yang tiada batasan. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta para penerus perjuangan baginda dalam membawa risalah Islam hingga ke hari kiamat.

Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW yang menekankan betapa pentingnya pembacaan dan penulisan dalam menuntut dan menyampaikan ilmu sepatutnya sama-sama kita hayati dan dijelmakan melalui tindakan dan kesungguhan kita menghidupkan budaya membaca dan menulis.

Kedua-dua aspek ini (pembacaan dan penulisan) adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Masyarakat amat berhajat kepada bahan-bahan bacaan yang bermanfaat sebagai rujukan ilmu dan pedoman dalam mencapai ketamadunan mental dan material. Ini kerana, kedua-duanya adalah antara wasilah yang paling ampuh dalam membentuk dan mencetak pemikiran masyarakat.

Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kita selaku para da’ie yang terpikul di atas pundak kita amanah untuk menyampaikan risalah Islam, menggiatkan dengan serancak mungkin bidang penulisan dan penterjemahan dalam rangka membentuk masyarakat dengan acuan Islam. Dalam masa yang sama menangkis serangan pemikiran yang dilakukan oleh penulis-penulis barat yang bermatlamat memesongkan umat Islam daripada agama mereka.

Semoga usaha ini menjadi agenda utama kita sepanjang permukiman kita di gedung ilmu ini sebagai satu hasil yang amat berharga untuk dibawa balik apabila kembali ke tanahair bagi menyalurkan ilmu yang kita perolehi kepada masyarakat dan mudah-mudahan ia dikira sebagai satu amalan soleh sebagai bekalan kita ke akhirat nanti.

Wassalam.

Haji Mohd Sabirin Hj NoordinPresiden PMRAM 1999.

TIRAI BICARA PENYUSUN

3

Page 5: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

الرحيم الرحمن الله بسمSegala puji dan syukur dipanjatkan ke

hadhrat Ilahi, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda, para sahabat, tabi’ at-tabi’in dan seluruh kaum muslimin se-hinggalah ke hari kiamat.

Terlalu berat rasanya hati, untuk menyusun buku berkaitan dengan wasiat Luqman Al-Hakim ini, yang digali dari Al-Quran dan As-Sunnah, kitab-kitab tafsir, di samping berpandukan kitab-kitab berbahasa Arab yang lain, dalam menghuraikan maksud tersirat di sebalik wasiat tersebut. Manusia yang lemah ini tidak akan mampu menghurai dan menggarap segala hakikat sekalipun dikerah segala tenaga dan diperah segala keringat. Namun mengenangkan menyampai dan menyebarkan ilmu sebagai satu kewajiban digagahi jua diri yang dhaif ini. Inilah satu persimpangan yang amat sukar untuk dilalui. Bila mengingatkan masyarakat kita yang terlalu dahagakan petunjuk Ilahi dan santapan jiwa untuk menerangi kehidupan mereka, usaha yang tak seberapa ini diteruskan jua.

Siapakah sebenarnya Luqman Al-Hakim. Apakah ke-muliaan dan keistimewaan yang ada padanya sehingga mendapat penghormatan nama beliau diabadikan di dalam Al-Quran dan terdapatnya satu surah khusus yang dinamakan “surah Luqman”. Kemuliaan yang paling agung ini juga dapat kita saksikan sendiri apabila Allah ‘Azza Wa Jalla memperincikan wasiat beliau kepada anaknya. Wasiat inilah yang menjadi pedoman dan panduan kita dalam melayari bahtera hidup ini: tanpa mensyirikkan Allah ‘Azza Wa Jalla, mendirikan sembahyang, berbakti kepada kedua ibubapa, berakhak mulia, menyeru kebaikan dan menegah kemung-karan, bersabar dalam menempuh sebarang cabaran dan tidak berlaku angkuh dan sombong. Inilah dia kandungan wasiat Luqman kepada anaknya.

Al-Quran adalah perlembagaan suci yang mampu membimbing manusia ke jalan yang lurus serta menjamin kesejahteraan di dunia dan akhirat. Setiap topik dan persoalan yang dipaparkan dalam Al-Quran mengandungi mesej penting dan penuh bermakna, yang perlu dihayati dan dipraktikkan bersama. Allah ‘Azza Wa Jalla tidak membiarkan hambanya terkapai-kapai menentukan jalan hidupnya sendiri untuk mencari kebahgiaan abadi sepertimana yang termaktub di dalam Al-Quran. Allah ‘Azza Wa Jalla Maha Mengasihi hambanya dan Allah ‘Azza Wa Jalla menyediakan jalan jalan untuk menuju kebahagiaan tersebut. Inilah antara yang terkandung di dalam wasiat ini. Wasiat Luqman ini juga memaparkan

4

Page 6: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

kaedah pendidikan dan tarbiah yang paling unggul bagi sesiapa yang gigih mengkaji dan mengambil pengajaran daripadanya.

Inilah antara intipati yang cuba kami ketengahkan sekadar daya upaya yang dianugerahkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla. Buku ini memaparkan persoalan akidah dan syirik dengan panjang lebar, sesuai dengan kedudukannya sebagai wasiat yang paling penting dan utama serta yang terawal diungkapkan oleh Luqman kepada anaknya. Hilanglah nilai dan harga diri kalau hidup tanpa aqidah, ibarat bangkai bernyawa.

Mudah-mudahan santapan rohani yang disajikan ini men-datangkan manfaat kepada penyusun sendiri dan kepada sidang pembaca sekelian. Sebelum mengakhiri kata-kata ini setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Dr Fauzi yang sudi menghulurkan kata-kata pendahuluan, serta sokongan dan galakan padu yang diberikan kepada kami dalam usaha menyiapkan buku ini. Sebarang kesilapan atau kesalahan yang tidak tidak disedari dan tidak terjangkau oleh penyusun amat dikesali.

Buat akhirnya, segala teguran dan saranan yang berguna dari kalangan cerdik pandai dan golongan intelektual adalah dialu-alukan, agar segala kesilapan dan sebarang kekaburan dapat diperjelas dan diperbetulkan. Seterusnya, sama-samalah kita berdoa kepada Allah ‘Azza Wa Jalla untuk kejayaan hidup kita di dunia dan ahirat.

Salam Hormat Daripada Penyusun: Ahmad Hasan B Mohd Nazam,([email protected])Fakulti Syariah Islamiah,Universiti Al-Azhar, Tanta, Mesir.

Mohd Nizam B Mohd Ali Al-Jempoli,([email protected])Fakulti Pengajian Islam Dan Bahasa ArabUniversiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Alamat;9, Al-Baramika Streets,7th District, Nasr City,Cairo, EGYPT16 April 1999.

KATA PENGANTAR

Segala puji bagi Allah ‘Azza Wa Jalla tuhan sekalian alam. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, para sahabat, keluarga dan kepada kaum Muslimin.

5

Page 7: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Setiap agama yang muncul adalah untuk mengembalikan manusia keharibaan Allah ‘Azza Wa Jalla yang Maha Kuasa dan juga kepada sistem Allah ‘Azza Wa Jalla yang Maha Esa. Rasul-Rasul diutus untuk mempraktikkan sistem hidup yang mempunyai perbezaan dan perincian pada syariatnya, tetapi ia tegak atas satu konsep yang sama dan menuju ke tujuan yang utama dan sama yaitu memimpin dan menyelamatkan manusia dari menghambakan diri sesama manusia kepada meng-hambakan diri kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Mengembalikan sifat rububiyyah dan uluhiyyah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla Yang Maha Berkuasa.

Al-Quran menjelaskan hakikat ini semua, menghuraikan hakikat sistem hidup yang tunggal, yang dapat menyampaikan manusia kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Syariat Islam yang Maha Adil ini telah ditentukan untuk menjadi hukum dan sistem kehidupan, Nabi Muhammad yang datang membawa Agama Islam tidak menghapuskan syariat syariat samawi yang benar yang telah ada sebelumnya bahkan ia mengakui kebe-naran syariat itu dan mengaplikasikan serta melindungi keutuhannya. Dialah yang bertanggungjawab mengatur sistem hidup manusia, menyelamatkan mereka dari alam jahiliyyah kepada alam rabbaniyyah dan menyerahkan kehidupan mereka kepada syariat Allah ‘Azza Wa Jalla sesuai dengan hari nurani mereka yang taqwa kepada Allah ‘Azza Wa Jalla

Kisah nabi Syuaib yang terkandung di dalam Al-Quran mengenai kaumnya yang tinggal di Madyan menjelaskan tentang syariat hidup yang praktis dan penentangan orang orang Madyan terhadap seruannya, kerana mereka tidak mengetahui hakikat agama iaitu agama yang menjadi sistem kehidupan bukan sekadar untuk mententeram kan hati nurani sahaja dan bukan sekadar ibadah ritual di tempat tempat ibadah.

Agama Islam yang mencakupi segala sistem hidup yang unik ini tidak memberi sebarang makna jika di ketepikan dari sistem hidup yang realiti. Sistem hidup manusia yang asasi haruslah berlandaskan method konsep kepercayaan yang menafsirkan hakikat alam dan hubungan alam dengan penciptaannya dan kedudukan manusia di alam. Hubungan ini semua mencakupi hubungan dengan manusia, hubungan antara manusia dengan alam sekitar, hubungan manusia dengan segala makhluk yang hidup dan hubungan manusia dengan manusia yang diredhoi Allah ‘Azza Wa Jalla.

Agama Islam bertujuan untuk membebaskan manusia dari cengkaman jahiliyyah dan segala sistem sistem yang ber-tentangan dengannya dan meningkatkan taraf kemanusiaan ke alam rabbaniyyah. Inilah antara intipati sebenar yang terkandung di dalam wasiat Luqman yang berkaitan tegahan daripada mensyirikkan Allah ‘Azza Wa Jalla, kerana mendewa-dewakan segala sistem hidup yang bukan datang dari Allah ‘Azza Wa Jalla dan menyerahkan pengabdian kepada yang selain darinya adalah antara bentuk syirik amat keji dan terkutuk. Pengabdian manusia kepada Allah ‘Azza Wa Jalla secara tulus dan menyerahkan segala jiwa raga ke pangkuannya Ilahi adalah bentuk kesyukuran yang paling syumul sepertimana yang terkandung di dalam wasiat Luqman ini.

6

Page 8: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Buku yang berada di tangan pembaca ini, menghimpunkan segala wasiat Luqman Al-Hakim yang mencakupi segenap aspek yang amat luas. Semuanya dihuraikan berpandukan pandangan ulamak-ulamak agung. Mudahan-mudahan ia mendatang manfaat yang berguna kepada kita semua.

Wassalam

Dr Fauzi Bin Ahmad.Bekas Pensyarah Kolej Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu (KUSZA)Pensyarah UIAM, PhD. Kesusasteraan (Bhgn Bahasa Arab).Universiti Assiout, Mesir & Oxford Academy, England

BAHAGIAN PERTAMA

SIAPAKAH SEBENARNYA

LUQMAN AL–HAKIM

Pengenalan Luqman Al-Hakim

Siapakah sebenarnya Luqman Al-Hakim…? Al-Quranul Karim tidak menjelaskan tentang biodata Luqman, sebaliknya sekadar memperincikan kata-kata hikmahnya yang begitu murni dan amat bernilai. Seandainya biodata Luqman merupakan suatu perkara yang penting, sudah tentu ia dipaparkan dalam Al-Quran. Meskipun demikian, tidak menjadi satu

7

Page 9: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

kesalahan, jika dihimpunkan segala perbicaraan ulama mufassirin tentang topik ini.

Berdasarkan riwayat-riwayat yang ma`thur Luqman berasal dari Nobiy yang terletak di Sudan, bahagian selatan Mesir. Beliau adalah seorang yang rendah, berkaki lebar dan terdapat pecah-pecahan yang berbelah, berbibir tebal, hidungnya pesek dan berkulit hitam. Ulama’ berselisih pendapat sama ada beliau seorang pengembala, tukang kayu, tukang jahit atau pengutip kayu api. Ar-Ruba’i menjelaskan: Luqman adalah seorang hamba dan beliau telah dibeli oleh seorang lelaki dari Bani Israel dengan harga 30 dinar setengah.

Ulama’ juga berselisih pendapat sama ada Luqman seorang hamba ataupun tidak. Luqman pernah bertemu dengan Nabi Daud AS dan beliau juga merupakan seorang qodhi yang mengeluarkan fatwa kepada Bani Israeil. Bilamana diutuskan Nabi Daud, Luqman tidak lagi mengeluarkan fatwanya. Apabila ditanya kenapa beliau bersikap sedemikian, beliau menjawab:

كفيت إذا أكتفي أالMaksudnya: Tidaklah aku perlu mencukupkanmu, se-dangkan engkau telah dicukupkan.

(Bahr Al Muhid–Abu Haiyan)

Dalam tafsir Al-Muntakhab ada disebut bahawa terdapat nya dua orang Luqman iaitu:

1) Luqman bin ‘Ad (sepertimana kenyataan Ibnu Ha-jar dalam Fathul Bariy) seorang yang popular dan terkenal. Kisah teladannya banyak terdapat dalam buku-buku sastera.

2) Luqman Al-Hakim sepertimana yang diabadi kan dalam Al-Quran. (Cetakan Majlis Al A`la Li As Syuun Al Islamiyyah: 213)

Ada riwayat yang mengatakan bahawa anak Luqman Al-Hakim tidak memeluk agama Islam, justeru itu Baginda menyeru anaknya supaya mengesakan Allah ‘Azza Wa Jalla tidak mensyirikkan-Nya. Luqman terus memberi nasihat se hinggalah anaknya memeluk agama Islam. Demikian juga halnya dengan isteri Luqman.

Menurut Ibn Abi Dunya: Luqman berterusan memberi nasihat kepada anaknya sehingga anaknya menghembus nafas nya yang terakhir.

Ada juga riwayat yang mengatakan: Anak Luqman telahpun memeluk Islam, tegahan syirik dalam wasiat sebagai ingatan dan berwaspada kerana kemungkinan ia akan berlaku di kemudian hari.

(Ruh Al Ma`aniy: jil 7: ms 128)

Ibn Hisham menyebut: Suwaid bin As Shomit tiba di Mekah dan membawa “Manuskrip yang mengandungi hikmah Luqman”, ia

8

Page 10: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

menunjukkannya kepada Rasulullah SAW. Maka Rasulullah SAW pun bersabda:

عليs الله أنزله قرآن أفضل معي والذي حسن الكالم هذا إنلإلسالم ودعاه ونور، هدى هو

Maksudnya: Ini adalah ungkapan yang menarik, tetapi apa yang ada padaku adalah lebih baik, iaitu Al-Quran yang diturunkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla kepadaku. Ia adalah petunjuk dan nur. Lalu Baginda menyerunya kepada agama Islam.

Diriwayatkan bahawa seorang yang berkulit hitam telah

datang kepada Saeid Ibn Musaiyab dan bertanya kepada beliau. Lalu beliau menjawab: Janganlah bersedih lantaran kulitmu berwarna hitam. Sesungguhnya terdapat tiga orang (berkulit hitam) berada dalam golongan manusia yang terbaik iaitu: Bilal, Muhajji’ hamba kepada Umar Ibn Al-Khattab dan Luqman Al-Hakim.

(Tafsir Al Tobariy: jil 20: ms 26)

Adakah Luqman Seorang Nabi atau Al-Hakim (seorang yang bijaksana)

Ibn `Atiyah meriwayatkan daripada Ibn Umar RA: Beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda Luqman bukanlah seorang nabi, tetapi beliau adalah seorang hamba yang banyak berfikir, berkeyakinan tinggi, maka Allah ‘Azza Wa Jalla mengasihinya dan menganugerahkannya hikmah. Ditawarkan kepadanya jawatan khalifah untuk melaksanakan hukum yang benar. Luqman berkata: “Tuhanku! sekiranya Engkau memberi pilih kepadaku, aku terima dengan rela dan aku meninggalkan ujian. Tetapi jika Engkau menfardhukan ke atasku, maka aku dengar dan taat, sesungguhnya engkau akan memeliharaku.”

Ulama’ telah bersepakat mengatakan: Luqman adalah seorang yang bijaksana, bukannya seorang nabi. Hanya Abu Haiyan sahaja yang telah meriwayatkan daripada ‘Akrimah dan ash-Sya‘bi yang mengatakan: Luqman adalah seorang nabi.

Sebahagian ulama’ mengatakan, Luqman telah diberi pilihan antara kenabian (nubuwwah) dan hikmah. Maka beliau memilih hikmah.

Salman Al-Farisiy menjelaskan: Luqman telah memilih ketaatan kepada Allah ‘Azza Wa Jalla daripada yang selainnya, dengan itu beliau menperolehi hikmah.

Ibn Al-Munir Al-Iskandarani dan Ibn Kathir tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Luqman diberi pilihan antara kenabian (nubuwwah) dan hikmah.

(Ruh Al Ma`aniy: jil 1; hal: 83)

9

Page 11: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Ibn Katsir berpandukan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda’ tentang kebijaksanaan Luqman ini: Luqman merupakan lelaki yang cekal dengan kebenaran, pendiam, banyak bertafakkur, berpandangan jauh, tidak pernah tidur di siang hari, tidak pernah meludah, tidak berkahak, tidak membuang air besar dan air kecil, tidak pernah mandi, tidak bermasam muka dan tidak ketawa, tidak mengulangi kata-katanya melainkan orang lain yang akan mengulanginya, pernah berkahwin dan memiliki beberapa orang cahaya mata namun kesemuanya menemui ajal, tetapi Luqman tidak menangisi kematian itu. Beliau juga mendampingi sultan dan pemerintah untuk melihat keadaan mereka dan mengambil iktibar. Inilah antara faktor yang melayakkan beliau memperolehi hikmah.

(Al-Bidayah Wa Al Nihayah: jil - 2: hal: 124)

Pendapat yang masyhur di kalangan para ulama` dan mufassirin mengatakan Luqman adalah seorang yang soleh dan bukan seorang nabi. Allah ‘Azza Wa Jalla telah menyebut nama Luqman di dalam Al-Quran dan mengangkat martabat nya. Terdapat athar-athar yang membidas pendapat ini dengan mengatakan Luqman adalah seorang hamba Habsyi, dengan itu beliau tidak layak menjadi nabi. Sepertimana yang telah diketahui,nabi ialah seorang yang merdeka dari ka langan Bani Adam, menerima wahyu dan membawa syari’at, sama ada diperintahkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla agar menyampaikannya kepada seluruh umat manusia ataupun tidak. Ayat Al-Quran sendiri menjelaskan bahawa Luqman seorang yang bijaksana (Al-hakim), bukannya seorang nabi.

(Wasoya Wa Mawai’z Li Luqman Al Hakim Fi Al Quran)

Sebab Diturunkan Wasiat Luqman Di dalam Al-Quran

Nadhr Ibn Al-Harith telah membelanjakan hartanya kepada perkara-perkara hiburan yang melalaikan. Beliau telah pergi ke Farsi untuk mendapatkan pelbagai kisah-kisah dongeng dan humor. Kemudian ia menemui kaum Quraisy lalu menceritakan hikayat-hikayat tersebut kepada mereka. Beliau berkata: “Sesungguhnya Muhammad menceritakan kepada kamu tentang kaum A’d dan Thamud, dan aku menceritakan kepada kamu tentang Rustum, Isfindiyar dan golongan bangsawan.” Kaum Quraisy menjadi asyik dengan cerita dongeng tersebut sehingga tidak mahu mendengar Al-Quran.

(Asbab Al Nuzul Al Naisaburiy: 400, Kisah Al Quran: 294)

Antara Hikmah Terawal Yang Diungkapkan Oleh Luqman.

Ulama berselisih pendapat mengenai perkara ini. Di bawah ini dipaparkan antara hikmah Luqman yang terawal.

10

Page 12: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Berkata Ibn Abi Nujaih: Tuan Luqman telah memerintahkannya agar menyembelih seekor kambing dan membawa kepadanya bahagian yang terbaik dan bahagian yang terburuk. Lantas beliau membawa lidah dan hati kambing. Tuan Luqman bertanya: Apakah ini? Luqman menjawab: Tiada yang lebih baik daripada kedua-dua ini pada haiwan apabila kedua-duanya baik, tiada yang lebih buruk dari kedua-kedua ini pada haiwan apabila kedua-dua ini buruk. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW:

ولسانه قلبه :بأصغريه المرءMaksudnya: Seseorang itu dinilai dengan dua perkara: hati dan

lidahnya.

Sebahagian ulama’ mengatakan, hikmah Luqman yang terawal ialah ungkapan: “Duduk yang lama ketika menunaikan hajat besar dan kecil mewarisi buwasir, wap kotor akan naik ke kepala dan merosakkan hati, dengan itu maka duduklah dengan tenang dan bangunlah dengan tenang.”

Ad-Dhohak meriwayatkan daripada Ibn Abbas: Luqman tidak bercakap selama setahun. Kemudian datang kepadanya anak para Nabi dan para hukamak, lantas mereka berkata: “Bercakaplah.” Luqman pun menyahut: “Tiada kebaikan pada pertuturan, melainkan dengan mengingati Allah ‘Azza Wa Jalla, tiada kebaikan pada diam melainkan dengan berfikir tentang pengembalian.”

(Wasoya Wa Mawai’z Li Luqman Al-Hakim Fil Quran)

11

Page 13: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

BAHAGIAN KEDUA

PENGENALAN HIKMAH DAN KEPENTINGANNYA

Pelbagai Pengertian Hikmah

Tersebut di dalam kitab-kitab tertentu yang menerangkan pengertian hikmah secara ringkas iaitu:

Mengetahui hakikat sesuatu.

Mengetahui suatu yang paling afdhal dengan ilmu yang termulia. (Lisan Al Arab: Jil 12: ms 14)

Mengawal jiwa dan naluri ketika marah.

Kalam yang dita’birkan berdasarkan pengalaman dan percubaan yang selari dengan kebenaran.

(Nazorot Hawla Wasoya Luqman Al-Hakim)

Para ulama’ juga memberikan pelbagai tafsiran mengenai pengertian hikmah antaranya:

Al-Imam Al-Qurtubiy menegaskan: Al-Hikmah ialah segala apa yang benar berkaitan dengan i’tiqad, kefahaman dalam agama, amalan dan

kebijaksanaan. (Tafsir Al-Qurtubiy: jil 7; ms 5141)

Ibn Abbas menafsirkan: Hikmah sebagai akal, kefahaman. Manakala Mujahid pula berkata: Hikmah ialah akal, kefahaman dan perkataan yang tepat dan betul.

Hikmah sepertimana yang disebut di dalam tafsir Al-Manar ialah kefahaman yang baik terhadap kitab Allah ‘Azza Wa Jalla dan mendalami

12

Page 14: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

segala hukum–hakamnya. Mengenali segala maksud dan rahsia yang tersirat di sebalik hukum-hakam tersebut. Bukan setakat memahami perkara zahir sahaja, bahkan mengetahui tujuan sebenar yang membawa kepada kebaikan dunia dan akhirat. Kebahagian terhadap individu dan masyarakat pada sudut material dan spritual. Apabila persoalan ini dapat digarap maka amalan praktikal dapat digerakkan dengan cara yang paling jitu.

Sebahagian ahli falsafah mengibaratkan hikmah sebagai: “Berakhlak dengan akhlak Allah ‘Azza Wa Jalla.” Maksudnya ialah berakhlak dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah ‘Azza Wa Jalla dengan kadar yang layak bagi manusia dan pada tahap keupayaannya.

(Al-Aql Wa Al Ilm Fi Al Quran)

Al-Imam Al-Fakhrur Raziy berkata: Ketahuilah bahawa hikmah tidak terkeluar daripada dua konsep, iaitu pada teori dan praktikal. Ini kerana, kesempurnaan insan hanya dengan dua perkara:

- Mengenali kebenaran (iaitu beriman dengannya)- Mengetahui kebenaran untuk beramal.

Perkara pertama diasaskan pada aspek keilmuan dan pengetahuan yang bersesuaian. Manakala perkara kedua diasaskan pada perlaksanaan, konsep keadilan dan mengikut hala tuju yang tepat.

Al-Imam Al-Fakhrur Raziy telah menjelaskan dengan panjang lebar berkaitan dengan hikmah pada sudut teori dan praktikal sepertimana berikut:

Allah ‘Azza Wa Jalla telah mengisahkan tentang Nabi Ibrahim AS berkaitan hikmah pada sudut teori dan praktikal dalam firman-Nya:

حكما... لي هب ربMaksudnya: Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan

ugama. (As Syuara`: 83)

Ayat di atas menjelaskan hikmah pada sudut teori manakala sambungannya dibawah menjelaskan hikmah pada sudut praktikal.

بالصالحين وألحقني...Maksudnya: Dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang

salih. (As-Syuara`: 83)

2. Allah ‘Azza Wa Jalla telah menyeru Nabi Musa AS dalam firman-Nya:

أنا..... إال إله ال الله أنا إننيMaksudnya: Sesungguhnya Akulah Allah ‘Azza Wa Jalla; tiada

Tuhan melainkan Aku. (Toha: 14)

13

Page 15: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Ayat di atas menjelaskan hikmah pada sudut teori; manakala sambungan ayat seperti yang berikut menjelaskan hikmah pada sudut praktikal:

فاعبدني...Maksudnya: Oleh itu, sembahlah akan Daku.

(Toha: 14)

3. Allah ‘Azza Wa Jalla menjelaskan tentang Nabi Isa AS dalam firman-Nya:

… نبيا وجعلني الكتاب آتاني الله عبد إنيMaksudnya: Ia menjawab: Sesungguhnya aku ini hamba Allah

‘Azza Wa Jalla; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.

(Maryam: 30)

Ayat di atas menjelaskan hikmah pada sudut teori; manakala sambungan ayat yang berikut menjelaskan hikmah pada sudut praktikal:

حيا دمت ما والزكاة بالصالة وأوصاني...Maksudnya: Dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang

dan memberi zakat selagi aku hidup. (Maryam: 31)

4. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman kepada Nabi Muhammad SAW:

.....الله إال إله ال أنه فاعلمMaksudnya: Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan

keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah ‘Azza Wa Jalla.

(Muhammad: 19)

Ayat di atas menjelaskan hikmah pada sudut teori, manakala sambungan ayat yang berikut menjelaskan hikmah pada sudut praktikal.

لذنبك واستغفر...Maksudnya: Dan mintalah ampun kepada-Nya bagi salah silap

yang engkau lakukan. (Muhammad: 19)

5. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman kepada sekelian para anbiya’:

أن عباده من يشاء من على أمره من بالروح المالئكة ينزلانا.. إال إله ال أنه أنذروا

Maksudnya: Ia menurunkan malaikat membawa wahyu dengan perintah-Nya kepada sesiapa yang dikehendakiNya kepada (yang layak menjadi Rasul); (lalu Ia berfirman kepada Rasul-Rasul: Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku.

14

Page 16: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

(An-Nahl: 2)

Ayat di atas menjelaskan hikmah pada sudut teori, manakala sambungannya pada ayat yang berikut menjelaskan hikmah pada sudut praktikal.

فاتقون....Maksudnya : Oleh itu, bertaqwalah kamu kepadaKu.

(An-Nahl: 2) ( Tafsir Al-Raziy: Jil 7; ms 72)

Penjelasan Al-Quran Tentang Hakikat Hikmah

Allah ‘Azza Wa Jalla telah menafsirkan hikmah secara terperinci di dalam surah Al-Isra’ Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

الحكمة من إليك أوحى مما ذلكMaksudnya: Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari

hikmat yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu.

(Al-Isra’: 39)

Bermula dari ayat 32, sebelum ayat di atas, Allah ‘Azza Wa Jalla telah menjelaskan dengan panjang lebar tentang hakikat hikmah sepertimana berikut:

Mentauhidkan dan mengesakan Allah ‘Azza Wa Jalla dalam melakukan ibadat tanpa menyekutukan-Nya dengan suatu yang lain dan tidak menggunakan sebarang perantaraan.

Melakukan kebaikan kepada kedua ibubapa dan tidak menyakiti hati mereka bahkan memuliakan mereka.

Meyakini bahawa Allah ‘Azza Wa Jalla mengetahui segala yang tersembunyi di hati dan ia akan dihisab. Jika terdapat sebarang kesalahan diri ia tetap akan diampun.

Menjalinkan hubungan ukhuwwah dengan baik. Meng-hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tidak berbelanja sewenang-wenangnya tanpa menghiraukan maslahah dan keperluan.

Tidak melakukan pembaziran kerana ia adalah sifat mereka yang tergolong dalam kerabat syaitan. Syaitan berbisik di hati manusia agar melakukan fasad (kerosakan) dan berbelanja pada perkara kebatilan.

Mengungkapkan pertuturan yang baik dan indah walaupun ketika kekurangan harta, di samping meletakkan harapan kepada Allah ‘Azza Wa Jalla agar dibuka jalan rezeki.

Tidak membelenggu tangan lantaran enggan mengorbankan harta pada perkara yang murni. Dan tidak membelanjakannya secara berlebih-lebihan sehingga mengundang penyesalan di kemudian hari.

15

Page 17: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Mengimani bahawa Allah ‘Azza Wa berupaya meluaskan dan menyempitkan rezeki sesiapa sahaja yang Ia kehendaki di kalangan hamba-Nya, berdasarkan sebab-musabab yang tertentu.

Tidak membunuh anak kerana takutkan kemiskinan, sedangkan rezeki adalah dalam jaminan Allah ‘Azza Wa Jalla.

Menghindari perkara-perkara yang mendekati zina dan membasmi faktor-faktor yang boleh menyebabkan berlakunya penzinaan.

Tidak melakukan pembunuhan melainkan ketika mana diizinkan syarak. Allah ‘Azza Wa Jalla telah memberikan hak kepada wali untuk menuntut qisos dari pemerintah terhadap pembunuh. Apabila dijatuhkan hukuman bunuh tidak boleh berlebihan dan melampau seperti membunuh orang lain yang tidak terlibat dengan pembunuhan atau membunuh dua orang, sedangkan orang yang dibunuh hanya seorang. Jika orang kedua terlibat jua dalam pembunuhan tersebut ia hanya dikenakan qisos atau diyat.

Membelanjakan harta anak yatim dengan cara yang terbaik agar dapat dikembangkan sehinggalah ia mencapai umur baligh (dewasa serta layak mengurus hartanya dengan sendiri). Setelah mencecah umur baligh maka diserahkan kembali hartanya untuk diuruskan sendiri.

Memelihara segala perjanjian kerana ia akan dihisab oleh Allah ‘Azza Wa Jalla. Sama ada perjanjian Allah ‘Azza Wa Jalla dengan manusia atau sesama manusia.

Menyempurnakan ukuran timbang. Persoalan yang me-nyentuh harta benda hendaklah dipastikan secara adil. Perlu diraikan hak semua pihak dan lapisan.

Membuat kenyataan dan menentukan pendirian pada suatu perkara, setelah mendapat kepastian dan diyakini kesahihannya.

Tidak bermegah, meninggi diri serta merasakan diri sempurna.

Segala celaan dan tegahan-tegahan yang disebut di atas adalah perkara yang dimurkai oleh Allah ‘Azza Wa Jalla. Sesiapa yang melanggar batasan tersebut ia tersingkir dari rahmat Allah ‘Azza Wa Jalla dan tersisih dari keredhoan Allah ‘Azza Wa Jalla.

Kalimah Hikmah Yang Khusus Kepada Para Anbiya’Kalimah hikmah di dalam Al-Quran sebanyak 20 kali, antara

lainnya apa yang dikhususkan kepada para anbiya` dan rasul:

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

1 ) كتاب من ءاتيتكم لمآ النبيين ميثاق الله أخذ وإذ ثم وحكمة

16

Page 18: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

ولتنصرنه به لتؤمنن معكم لما مصدق رسول جاءكمMaksudnya: Dan (ingatlah) ketika Allah ‘Azza Wa Jalla mengambil

perjanjian setia dari Nabi-Nabi (dengan firman-Nya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya.

(Ali Imran: 8)

ملكا وءاتيناهم والحكمة الكتاب إبراهيم آل آتينا فقد (2 عظيما

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah pun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan Kami telah

memberi kepada mereka kerajaan yang besar. (An-Nisa`: 54)

3) واإلنجيل والتوراة والحكمة الكتاب ويعلمه Maksudnya: Dan Allah ‘Azza Wa Jalla akan mengajarnya ilmu

menulis, dan hukum-hukum aturan ugama, dan juga kandungan Kitab-kitab

Taurat dan Injil. (Ali Imran: 48)

4) يتلوا منهم رسوال األميين في بعث الذي هو ءاياته عليهم

لفي قبل من كانوا وإن والحكمة الكتاب ويعلمهم ويزيكيهممبين ضالل

Maksudnya: Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah ‘Azza Wa Jalla (yang membuktikan keesaan Allah ‘Azza Wa Jalla dan kekuasaan-Nya), dan membersihkan mereka (dari i'tiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah ‘Azza Wa Jalla (Al-Quran) dan Hikmah (Pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syara'). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

(Al-Juma`ah: 2)

Kalimah Hikmah Yang Tidak Khusus Kepada Para Anbiya `

Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman di dalam Al-Quran:

17

Page 19: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

1) أوتي فقد الحكمة يؤت ومن يشآء من الحكمة يؤتي كثيرا خيرا

Maksudnya: Allah ‘Azza Wa Jalla memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan Hikmat

itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. (Al-Baqarah: 239)

2) لله اشكر أن الحكمة لقمان آتينا ولقدMaksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada

Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya) Bersyukurlah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla (akan segala nikmat-Nya kepadamu)

3)

والحكمة الله ءايات من بيوتكن فى يتلى ما واذكرنMaksudnya: Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di

rumah kamu dari ayat-ayat Allah ‘Azza Wa Jalla (Al-Quran) dan hikmat pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah)

(Ahzab: 34)

4) الحسنة والموعظة بالحكمة ربك سبيل إلى أدع أحسن هى بالتي وجادلهم

Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang

lebih baik. (An-Nahl: 125)

Setelah kita meneliti segala ayat-ayat yang tersebut di atas, secara keseluruhan kita dapat rumuskan pengertian hikmah seperti berikut:

Wahyu yang diturunkan kepada para Anbiya’ Kata-kata yang yang diceduk daripada alim ulama’ dan menjadi pengajaran untuk manusia

(Al-Bahrul Muhidh: jil 7; hal 186)

Sunnah an-Nabawiah, kerana segala yang dibaca di rumah para isteri nabi adalah As-Sunnah kecuali Al-Quran. Disebut di dalam hadis.

الحق ومثله الكتاب أوتيت إني أآلMaksudnya: Tidakkah didatangkan kepada aku Kitab (Al Quran)

dan seumpama dengannya (Sunnah) adalah benar. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi) (Al-Wasoya Al-Kubra Ibn Taimiyyah : 6)

Hassan Ibn ‘Atiyyah berkata: Jibril AS turun kepada Nabi SAW dengan sunnah sepertimana dia turun bersama Al-Quran dan

18

Page 20: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

mengajarkannya . Imam asy-Syafi’e menyebut bahawa As-Sunnah adalah hikmah sepertimana yang dimaksudkan oleh gurunya Imam Malik bin Anas.

Hakikat hikmah dan ilmu ialah beramal, beribadah dan bersyukur kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Allah ‘Azza Wa Jalla telah menafsirkan hikmah dengan kesyukuran. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

لله اشكر أن الحكمة لقمان آتينا ولقد

Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya):

Bersyukurlah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. (Luqman: 12)

Al-Imam ar-Raziy menegaskan: “Setiap orang yang mendapat taufiq untuk beramal maka dia telah mendapat kebaikan melimpah luah dan itulah yang dimaksudkan dengan hikmah”. Hikmah juga berperanan untuk membezakan antara ilham rabbani dan bisikan syaitan.

(Mawai`z Luqman Fi Al Quran)

Bahana Dan Kesengsaran Hidup Tanpa Hikmah

Hikmah boleh menjadi hiasan diri kepada sesiapa yang benar-benar memilikinya. Ia hanya dapat diperolehi daripada Al-Quran dan As-Sunnah, bagi mereka yang gigih mengkaji dan menimba khazanah ilmu yang terkandung di dalam Al-Quran tersebut. Segala keterangan telahpun nyata dan terbukti kebenarannya. Jelas terbentang di hadapan mata, sekiranya mereka benar-benar inginkan hikmah, tetapi malangnya, masih ramai manusia yang gagal memperolehi kebenaran ini.

Dewasa ini, pelbagai ideologi dan fahaman yang langsung tidak bersangkut-paut dengan Islam semakin merebak ke negara-negara Islam dan menyerap ke dalam jiwa-jiwa umat Islam, sama ada disedari ataupun tidak disedari. Sebenarnya mereka telah terpedaya ekoran terlalu menurut kelazatan dunia dan nafsu. Inilah antara punca yang menyebabkan kehidupan manusia tidak terarah.

Keadaan yang seumpama ini amat dicela oleh Allah ‘Azza Wa Jalla. Kecenderungan kepada dunia dan nafsu secara berlebih-lebihan telah menyebabkan ramai manusia menolak pelbagai keterangan dan hujjah kebenaran. Maka tercetuslah seribu satu macam kepincangan di dalam masyarakat kita hari ini.

Akibatnya, ramai manusia tergelincir dari landasan sebenar dan mencetuskan pertelingkahan serta perpecahan yang merugikan umat Islam. Orang-orang yang seumpama ini sememangnya tidak mahu kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah, sebaliknya lebih mengutamakan pendapat dan pandangan mereka. Mereka mendakwa bahawa mereka mampu mengangkat martabat umat, bangsa dan negara tetapi mereka

19

Page 21: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

mengenepikan pusaka abadi warisan Rasulullah SAW. Kononnya mereka mempunyai prinsip tersendiri tetapi ternyata itu semua adalah dusta sama sekali.

Inilah antara fenomena kehidupan mereka yang membelakangkan Al-Quran dan mencemari kejernihan hikmah. Mereka sentiasa dirundung duka, tidak tenteram dan dihantui dengan pelbagai permasalahan yang mencengkam kehidupan mereka.

Inilah antara hakikat yang digambarkan oleh firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

فمثله هواه واتبع األرض إلى أخلد ولـكنه بها لرفعناه شئنا ولو مثل ذلك يلهث تتركه أو يلهث عليه تحمل إن الكلب كمثل يتفكرون لعلهم القصص فاقصص بآياتنا كذبوا الذين القوميظلمون كانوا وأنفسهم بآياتنا كذبوا الذين القوم مثال سآء

Maksudnya: Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiar kannya: ia juga menghulurkan lidahnya

termengah-mengah. (Al-A'raf: 176)

Sesungguhnya ayat-ayat Allah ‘Azza Wa Jalla mampu mengangkat martabat manusia, sekiranya mereka mendapat taufiq untuk beramal dengannya. Malangnya, mereka tidak mendapat taufiq, lantaran kecenderungan kepada dunia, terlalu mementingkan keduniaan, terpedaya dengan kelazatan dunia, mengikut hawa nafsu, tidak memikirkan tentang nikmat di hari akhirat, enggan mematuhi perintah Allah ‘Azza Wa Jalla, dan tidak menghormati nikmat-Nya, iaitu meng-gunakannya pada jalan yang tidak diredhoi Allah ‘Azza Wa Jalla.

(Tafsir Al-Munir: jil 9; hal 167)

Susur-galur kehidupan yang tidak terpimpin dan tersasar menjadikan mereka lemah dan hina dalam menjalani program kehidupan. Allah ‘Azza Wa Jalla telah mengumpamakan mereka ini seperti anjing yang sentiasa termengah-mengah. Mereka beraksi di atas pentas dunia ini dalam keadaan yang tidak tenteram dan ceria sehingga menyebabkan mereka tidak berupaya untuk bekerja secara aktif dan dinamis.

Demikianlah perumpamaan bagi mereka yang tidak mengambil manfaat daripada nasihat dan petunjuk Ilahi. Tidak kira sama ada telah diberi peringatan kepada mereka atau tidak, sama ada

20

Page 22: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

diberi tunjuk ajar atau pun tidak, mereka tetap berada dalam keadaan yang tidak bahagia.

Fenomena ini menjadi lebih kritikal dan kronik apabila mereka menganggap kecelakaan dan kesengsaraan yang menimpa mereka adalah berpunca daripada risalah dakwah yang di bawa oleh para daei`. Mereka menuduh orang yang inginkan reformasi dan memulihkan sistem kehidupan sebagai primitif atau sebagainya. Mereka lupa, hakikatnya segala masalah yang berlaku adalah berpunca daripada keengganan mereka sendiri untuk mengikut hidayah Allah ‘Azza Wa Jalla.

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

وليمسنكم لنرجمنكم تنتهوا لم لئن بكم تطيرنا إنا قالوا أنتم بل ذكرتم أإن معكم طائركم قالوا أليم عذاب منا

مسرفون. قوم Maksudnya: Penduduk sebuah bandar berkata:

“Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya Rasul-Rasul itu menjawab: “Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau.”

(Yasin: 18,19)

Risalah kebenaran diteruskan walaupun terpaksa melalui onak dan duri. Golongan yang tidak nampak kebenaran berada dalam kekaburan dan terkapai-kapai tidak ketahuan arah. Mereka tidak mampu berhujjah dengan para daei` yang membawa kebenaran dan hikmah, lalu mereka mengancam dengan kekasaran dan kekerasan.

(Tafsir Fi Zilal Al Quran: jil 5; hal 2962)

Disenaraikan sebab-sebab yang menghalang seseorang daripada menerima dan beramal dengan kebenaran iaitu:-

Kurang mengenali kebenaran.

Tiada kelayakan. Berkemungkinan seseorang itu telah mengenali kebenaran tetapi terhalang kerana hatinya yang kotor. Ia dituntut agar membersihkan hati dan menyucikan jiwanya.

21

Page 23: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Wujudnya halangan iaitu sifat dengki dan takabbur. Iblis, Yahudi, Abdullah bin Ubai, Abu Jahal dan seluruh orang musyrikin mengenali kebenaran tetapi terhalang oleh sifat dengki dan rasa takabbur untuk beriman dengan kebenaran.

Tamak kuasa. Inilah penyakit yang dialami oleh Firaun dan kaumnya.

Pengaruh syahwat dan harta. Inilah antara faktor kaum kuffar Quraisy tidak beriman.

Pengaruh kekeluargaan. Takut disisih oleh keluarga.

Kecederungan hati kepada tanah air. Kemungkinan jika mereka mengikut kebenaran ia akan dibuang negeri.

Dongengan yang mengatakan bahawa mengikut kebenaran merupakan celaan terhadap keturunan mereka yang silam. Perkara inilah yang menyebabkan Abu Talib dan kuncu-kuncunya tidak mahu beriman.

Kebencian terhadap mereka yang terdahulu dalam mengikut kebenaran. Keinginan untuk melawan dan memerangi orang yang mengikut jalan hidayat menyebabkan ia menolak dan mengingkari segala kebenaran. Ia ingin bermusuhan dengan mereka yang mendapat petunjuk sekalipun belum pernah tercetus di kalangan mereka api permusuhan. Perkara inilah yang berlaku di kalangan Yahudi dan kaum Al-Ansor. Yahudi memerangi kaum Ansor selepas mereka beriman sekalipun sebelum itu mereka bersatu.

Tradisi, adat dan pengaruh persekitaran. Apabila seseorang itu telah terbiasa atau terdidik dalam suatu keadaan adalah menjadi suatu kepayahan kepada dirinya untuk mengubah tabiat tersebut, walaupun ia telah mengetahui bahawa perkara itu tidak betul.

(Miftah Dar Al-Sa`adah: jil 1; hal 199-120)

Cara-Cara Memperolehi Hikmah

Terdapat pelbagai cara untuk mencorakkan kehidupan dengan hikmah dan semua orang boleh mendapatkannya.

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

خيرا أوتي فقد الحكمة يؤت ومن يشاء من الحكمة يؤتيااللباب أولوا إال يتذكر وما كثيرا

Maksudnya: Allah ‘Azza Wa Jalla memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan

22

Page 24: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

tiadalah yang dapat mengambil pangajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

(Al-Baqarah: 269)

Al-Imam Ibn Qoiyim berkata: Apabila hati dihidupkan dengan tazakkur, disuburkan pula dengan tafakkur dan dibersih dari kekotoran, nescaya ia akan dapat melihat perkara-perkara menakjubkan dan diilhamkan hikmah kapadanya.

(Al-Fawaid: 128)

Tazakkur (mengingati) ialah proses mencerna semula perkara yang sudah sedia dimaklumi agar ia benar-benar terpahat di hati dan tidak lenyap begitu sahaja. Manakala tafakkur ialah proses untuk membanyakkan pengetahuan dan mendapatkan perkara yang belum diketahui.

(Ihya’ Ulum Al Din: jil 5; ms 7) Hati terkadang lebih berpaut kepada dunia, wanita, harta dan

pelbagai perhiasan hidup. Hati yang lalai dan leka sebegini tidak mungkin akan memperolehi hikmah. Hikmah hanya dapat diperolehi oleh hati yang banyak bertafakkur dengan nama-nama Allah ‘Azza Wa Jalla, sifat-sifat Allah ‘Azza Wa Jalla dan kehebatan benda-benda yang dijadikan Allah ‘Azza Wa Jalla.

Al-Iman Al-Ghazaliy ada menyebut: Ibn A’bbas mengatakan: Tafakkur pada perkara yang baik menyebabkan seorang beramal dengannya. Menyesal di atas perkara kejahatan menyebabkan seseorang itu meninggalkannya.

Diriwayatkan bahawa Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman dalam sebahagian kitab-kitab-Nya: “Tidaklah Aku menerima semua percakapan seorang yang berhikmah, tetapi Aku melihat terlebih dahulu kepada keinginan dan kecenderungannya. Sekiranya keinginan dan kecen derungannya kepada-Ku, nescaya Aku jadikan keiginannya sebagai tafakkur dan percakapannya sebagai puji-pujian kepada-Ku, sekalipun ia tidak bertutur.”

Al-Hassan berkata: Sesungguhnya ahli bijaksana sentiasa menyilih-gantikan antara zikir dan berfikir, sehingga hati mereka menjadi subur, lantas mereka dapat bercakap dengan perkara yang berhikmah.

(Ihya’ Ulum Al-Din: jil 5; ms 6)

Kita sepatutnya berlumba-lumba memburu hikmah tersebut dengan melaksanakan kebenaran serta beramal dengannya, untuk memperolehi hikmah sepertimana yang dilukiskan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla di dalam kitab sucinya. Sesungguhnya terdapat tiga golongan manusia sepertimana firman Allah ‘Azza Wa Jalla:-

23

Page 25: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

ظالم فمنهم عبادنا من اصطفينا الذين الكتاب أورثنا ثم ذلك الله بإذن بالخيرات سابق ومنهم مقتصد ومنهم لنفسه

الكبير الفضل هوMaksudnya: Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh

orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah ‘Azza Wa Jalla. Yang demikian itu ialah

limpah kurnia yang besar (dari Allah ‘Azza Wa Jalla semata-mata). (Fathir: 32)

Zalim terhadap diri sendiri: Melampaui batas dengan cuai dan leka dalam melakukan kewajipan di samping melakukan perkara yang diharamkan.

Sederhana (muqtasid): Kejahatan dan kebaikan yang sama banyak. Melakukan kewajipan dan meninggalkan perkara yang diharamkan, tetapi di waktu yang sama ia meninggalkan beberapa perkara sunat di samping melakukan perkara yang dimakruhkan.

Mendahului orang lain: Banyak berbuat kebaikan dan perkara sunat, meninggalkan perkara yang haram dan makruh serta perkara yang diharuskan. Golongan ketiga inilah yang terbaik

(Tafsir Al-Munir: jil 22; hal 266, Fi Zilal Al Quran: jil 5; hal 2984).

BAHAGIAN TIGA

24

Page 26: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

KEUNIKAN USLUB AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DALAM KONTEKS DAKWAH

Wasiat Luqman dianggap sebagai role model yang paling ideal dalam uslub dakwah. Kaum muslimin sekiranya benar-benar mempercayai bahawa Al-Quran adalah kitab suci yang agung, diturunkan untuk memberi petunjuk, memancarkan Nur Ilahi ke dalam jiwa dan hati sanubari orang mukmin serta sebagai penawar, membenarkan kitab-kitab samawi yang terdahulu dan menjaganya dari diselewengkan, maka mereka akan mendalami kitab ini untuk menambah kefahaman dan ilmu tentang uslub untuk menyeru manusia menuju kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Berikut ini disenaraikan sebahagian daripada uslub dakwah yang digunakan oleh Al-Quran dan sunnah sama ada dalam bentuk kata-kata atau perbuatan.

Menyeru manusia agar mengkaji sejarah kewujudan mereka untuk dijadikan pengajaran. Cuba kita perhatikan bagaimana umat terdahulu yang pernah menempa sejarah yang gemilang dan ketinggian tamadun yang hebat, malangnya mereka mengingkari seruan para Rasul setelah dibuktikan kebenaran ajaran yang dibawa dengan pelbagai mukjizat yang terang dan nyata. Maka Allah ‘Azza Wa Jalla menghapuskan kaum ini dan diganti dengan kaum yang lain. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

من الذين عاقبة كان كيف فينظروا األرض في يسيروا أولم مما أكثر وعمروها األرض وأثاروا قوة منهم أشد كانوا قبلهم ليظلمهم الله كان فما بالبينات رسلهم وجائتهم ها عمرويظلمون أنفسهم كانوا ولكن

Maksudnya: Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-Rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah ‘Azza Wa Jalla tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

(Ar-Rum: 9)

Seterusnya Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman lagi:

25

Page 27: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

رسلهم وجائتهم ظلموا لما قبلكم من القرون أهلكنا ولقد ثم المجرمين، القوم نجزى كذالك ليؤمنوا كانوا وما بالبيناتتعملون كيف لننظر بعدهم من األرض في خالئف جعلناكم

Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah mem-binasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-Rasul mereka membawa keterangan-keterangan, dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan. Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) Khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.

(Yunus: 13-14)

Menghilangkan kesamaran yang bertakhta di dalam lubuk hati manusia yang mendorong kepada sifat ragu-ragu. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

يعبد كان عما تصدونا أن تريدون مثلنا بشر إال أنتم إن قالوا إال نحن إن رسلهم لهم قالت مبين، بسلطان فأتونا ءاباؤنا

كان وما عباده من يشاء من علي يمن الله ولكن مثلكم بشرالله بإذن إال بسلطان نأتيكم أن لنآ

Maksudnya: Rasul-Rasul mereka berkata kepada mereka: Kami ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu juga, tetapi Allah ‘Azza Wa Jalla melimpahkan kurnia-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya; dan kami tiadalah berkuasa membawa kepada kamu sebarang bukti (mujizat) melainkan dengan izin Allah ‘Azza Wa Jalla.

(Ibrahim: 10-11)

Sebahagian manusia menolak fakta yang mengatakan bahawa para Rasul adalah manusia biasa. Dengan itu, diturunkan ayat Al-Quran untuk memperbetulkan tasawwur sebegini. Sepertimana kata-kata orang Quraisy yang termaktub di dalam Al- Quran. ‘Azza Wa Jalla berfirman:

األسواق في ويمشي الطعام يأكل الرسول هذا مالMaksudnya: Dan mereka pula berkata: "Mengapa Rasul ini makan

minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)?" (Al-Furqan: 7)

Setelah itu, turun ayat Al-Quran yang berbunyi:-

الطعام ليأكلون إنهم إال المرسلين من قبلك أرسلنا ومآاألسواق في ويمشون

26

Page 28: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Maksudnya: Dan Kami tidak mengutus Rasul-Rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar.

(Al-Furqan: 20)

Menggunakan kaedah “Targhib” (ransangan) dan “Tarhib” (ancaman). Para Rasul yang diutuskan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla menceritakan tentang ganjaran syurga dan nikmat Allah ‘Azza Wa Jalla yang melimpah-ruah bagi sesiapa yang mengikut jalan kebenaran. Manakala balasan yang amat pedih yang tiada taranya bagi mereka yang ingkar dan kufur dari seruan kebenaran. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

بعد حجة الله على للناس يكون لئال ومنذرين مبشرين رسالالرسل

Maksudnya: Rasul-Rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujjah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-Rasul itu.

(An-Nisa`: 165)

Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman di dalam Al-Quran:

بالبينات فجاءوهم قومهم إلي رسال قبلك من أرسلنا ولقدالمؤمنين نصر علينا حقا وكان أجرموا الذي من فانتقمنا

Maksudnya: Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) Rasul-Rasul kepada kaum masing-masing, lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-keterangan yang jelas nyata; kemudian Kami menyeksa orang-orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.

(Ar-Rum: 47)

Mempelbagaikan uslub dakwah, sama ada dengan cara rahsia atau terang-terangan, secara individu atau berkelompok. Berkaitan dengan dakwah nabi Nuh Allah ‘Azza Wa Jalla telah berfirman:

إال دعاءي يزدهم فلم ونهارا ليال قومي دعوت إني رب قالفرارا

Maksudnya: (setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa' dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman); Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedahpun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran)."

(Nuh: 5)

27

Page 29: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

إسرارا لهم وأسررت لهم أعلنت إني ثمMaksudnya: "Kemudian aku telah menyeru mereka dengan

terang-terang; "Selain dari itu, aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai dengan berterus terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan.

(Nuh: 9)

Seseorang yang mengkaji sejarah akan mendapati bahawa dakwah berjalan mengikut marhalah yang berperingkat-peringkat:-

Pada peringkat permulaannya, dakwah dijalankan secara individu dan rahsia :

Berdakwah kepada Khadijah, Abu Bakar, Ali dan Zaid.

Berdakwah kepada keluarga.

Peringkat ke dua berdakwah secara terang-terangan:

Berdakwah kepada masyarakat Arab di ‘Ukaz dan Thaif.

Perjanjian Aqabah dan marhalahnya.

Hijrah Rasulullah.

Pertarungan berdarah

Berdakwah keluar semenanjung Arab hingga membawa kepada kemenangan Islam

Memilih pendakwah benar-benar layak dan berwibawa untuk memberi kefahaman dan tunjuk ajar kepada manusia:

سلم و عليه الله صلي النبي أن عباس ابن عن الجماعة روى كتاب أهل قوما تأتي إنك :قال اليمن إلي معاذا بعث لما

هم فإن الله رسول وأني الله إال إله ال أن شهادة إلي فادعهم عليهم افترض وجل عز الله أن فأعلمهم لذلك أطاعوك

وليلة يوم كل في صلوات خمسMaksudnya: Jama’ah meriwayatkan daripada Ibn Abbas

Sesungguhnya Nabi SAW ketika mengutus Mu’az ke Yaman maka Baginda bersabda: sesungguhnya engkau datang kepada kaum dari kalangan Ahli Kitab; dan serulah mereka kepada syahadah “Lailahaillallah” dan sesungguhnya aku pesuruh Allah ‘Azza Wa Jalla”. Maka sekiranya mereka mentaatimu maka ajarkanlah mereka bahawa sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla telah memfardukan sembahyang lima kali sehari semalam.

Daripada hadis ini tersirat pengertian yang besar dan begitu bermakna antaranya ialah:

28

Page 30: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

1. Menyatakan bahawa dakwah Islamiyyah yang syumul ini ditujukan kepada seluruh umat manusia jagat raya termasuk Yahudi dan Nasrani.

Pendakwah memulakan nasihat dan tunjuk ajar dengan perkara yang terpenting kemudian diikuti yang kurang penting, berdasarkan tertib awlawiyyat (keutamaan).

2. Mengutarakan contoh-contoh yang lojik dan munasabah ketika berdakwah untuk lebih menjelaskan makna-makna tersirat yang sukar difahami. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

رغدا رزقها يأتيها مطمئنة ءامنة كانت قرية مثال الله وضرب الجوع لباس الله فأذاقها الله بأنعم فكفرت مكان كل من

يصنعون كانوا بما والخوفMaksudnya: Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar)

Allah ‘Azza Wa Jalla memberikan satu misalan: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah ‘Azza Wa Jalla itu, maka Allah ‘Azza Wa Jalla merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.

(An-Nahl: 112)

Ibn Kathir menjelaskan, contoh yang yang dimaksudkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla di dalam ayat Al-Quran tersebut adalah ahli Mekah. Negeri ini sangat aman tenteram dan menjadi tumpuan manusia di sekelilingnya tetapi malangnya mereka ingkar dan tidak mahu mengikut dakwah nabi. Setelah itu Nabi Muhammad SAW mendoakan agar bala kemarau tujuh tahun seperti di zaman Nabi Yusof menimpa mereka. Ini menyebabkan mereka terpaksa memakan Al-`alhaz (sejenis tumbuh-tumbuhan) lantaran kemiskinan dan bumi yang gersang.

(Tafsir Ibn Kathir: jil 4; hal 527)

3. Menunai dan melayan permintaan mereka yang menjadi sasaran dakwah mengikut keperluan semasa dan keutamaan. Apabila Rasulullah diminta memberi nasihat, Baginda menunaikan permintaan mereka dengan bersabda:-

تغضب الMaksudnya: “Jangan marah”. Baginda mengulanginya beberapa

kali. (Riwayat Bukhariy daripada Abu Hurairah)

4. Memberi nasihat secara langsung mengikut keperluan dan keadaan semasa. Rasulullah bersabda:

جداره في خشبة يغرز أن جاره جار يمنع الMaksudnya: Janganlah seseorang menegah jirannya daripada

menanam kayu berhampiran dinding rumahnya.

29

Page 31: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

(Muttafaqqun `Alaih Abu Hurairah)

5. Menggunakan teknik soal-jawab ketika menyampaikan dakwah. Kaedah Ini digunakan untuk memperindahkan lagi uslub dakwah dan meransang perasaan ingin tahu di kalangan pendengar serta menjadi daya tarikan. Contohnya sepertimana sabda Rasulullah:

قيل" ال والله ، يؤمن ال والله ، يؤمن ال والله" يا من :يؤمنعليه( متفق) . . بوائقه جاره يأمن ال الذي :قال ؟ الله رسول

Maksudnya: Demi Allah ‘Azza Wa Jalla dia tidak beriman, demi Allah ‘Azza Wa Jalla dia tidak beriman. Kemudian sahabat bertanya: Siapa Wahai Rasulullah? Maka Rasulullah bersabda: Orang yang tidak mententeramkan jirannya disebabkan oleh kejahatannya sendiri.

(Usul Dakwah Abdul Karim Zaidan, Kaifa Nadu` Ila Al Islam – Fathi Yakan)

6. Jalinan hubungan secara individu. Memilih individu tertentu yang dirasakan berpotensi untuk didampingi dan dijadikan sasaran dakwah. Menjadikan diri sendiri sebagai penyebab bagi hidayah kepada mereka.

Contohnya sabda Rasulullah SAW kepada Saidina Ali RA:-

النعم.. حمر من لك خير واحدا رجال بك الله يهدي ألن فواللهعليه( متفق)

Maksudnya: Demi Allah ‘‘Azza Wa Jalla sekiranya Allah ‘Azza Wa Jalla memberi hidayat denganmu seorang lelaki adalah lebih baik daripada unta merah (jenis unta yang paling baik).

7. Menggunakan teknik penceritaan dan kisah-kisah. Al-Quran menggunakan teknik ini dengan menyebut hikayat-hikayat yang menarik sama ada secara terperinci atau secara umum. Ini bertujuan untuk menggamit keinginan jiwa agar sama-sama mengkaji dan membuat rumusan. Semuanya menzahirkan keunikan agama Islam. Inilah antara yang terkandung di dalam wasiat Luqman yang murni ini. Dicipta oleh ‘Azza Wa Jalla sebagai cahaya untuk menerangi sesiapa yang dikehendaki di kalangan hambanya dan inilah topik perbahasan kita yang sebenarnya.

Antara uslub dakwah yang lain lagi ialah melalui khutbah jumaat, khutbah hari raya, nadwah, ceramah, buku-buku, surat khabar, kaset-kaset, siaran radio dan segala apa yang boleh digunakan untuk maslahah dakwah.

(Mawai`z Luqman Fi Al Quran)

30

Page 32: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

BAHAGIAN EMPAT

HURAIAN UMUM BERKAITAN WASIAT LUQMAN AL – HAKIM

Sebelum dipaparkan beberapa himpunan tafsir yang menarik dan mudah dalam menafsirkan ayat wasiat Luqman, adalah elok sekali kita mengikuti sekilas pandang mutira hikmah yang berharga daripada asy-Syahid Syed Qutb Rahimahullah:

Luqman meneruskan nasihat terhadap anaknya selepas melaksanakan tuntutan menyemai benih aqidah iaitu:-

Beriman kepada Allah ‘Azza Wa Jalla dan tidak menyekutukan-Nya

Yakin dengan akhirat tanpa ada sedikit pun perasaan ragu-ragu

Keyakinan yang penuh terhadap keadilan pembalasan

Percaya bahawa tiada amalan yang terlepas-pandang walau sekecil mana sekalipun.

Langkah yang kedua pula ialah, menghadapkan diri kepada Allah ‘Azza Wa Jalla melalui sembahyang dan menghadapkan diri kepada manusia dengan menyeru mereka kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Bersabar di atas segala bebanan dakwah dan kepayahan yang pasti akan dihadapi.

31

Page 33: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Inilah garis ibadat yang telah dirakamkan oleh Al-Quran: Mentauhidkan Allah ‘Azza Wa Jalla dan sentiasa takutkan-Nya. Sentiasa melihat apa yang ada di sisi Allah ‘Azza Wa Jalla dan mempercayai tentang keadilan-Nya, di samping takutkan hukuman Allah ‘Azza Wa Jalla. Kemudian beralih pula kepada dakwah terhadap manusia dengan memperbaiki keadaan dan hal ehwal mereka, menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sebelum bertarung dengan segala kejahatan manusia tersebut kita terlebih dahulu perlulah mempertingkatkan ibadah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla dan menghadapkan diri kepada-Nya dengan sembahyang dan bersabar terhadap segala malapetaka serta ujian yang bakal menimpa orang yang menyeru kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.

Antara cabaran dakwah tersebut ialah, berhadapan dengan manusia yang berjiwa keras dan sesat, hati manusia yang berpaling dari kebenaran dan menyeleweng. Bersabar di atas kesakitan yang menimpa angkara lidah dan tangan mereka yang engkar. Sanggup menghadapi dugaan yang berkaitan dengan kebendaan dan perasaan ketika melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Ini semua adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Segala lorong-lorong keraguan akan lenyap setelah tersematnya keazaman dan perencanaan di dalam lubuk hati.

Selanjutnya wasiat Luqman mengenengahkan tentang adab para da’ei yang menyeru kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Berdakwah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla bukan bermakna membolehkan kita meninggi diri di kalangan manusia dan menghina sesuka-hati dengan alasan ingin memimpin mereka ke arah kebaikan. Lebih-lebih lagi, kalau serangan dan cacian yang bukan bertujuan untuk menyeru kepada kebaikan, ia lebih dikeji dan tercela.

(Fi Zilal Al Quran: jil 5; ms 2790)

Sebelum ayat wasiat ini Allah ‘Azza Wa Jalla telah menerangkan kebatilan syirik dan menjelaskan bahawa ahli syirik adalah zalim dan sesat. Rentetan daripada itu, di dalam ayat wasiat ini, Allah ‘Azza Wa Jalla telah menyebut apakah perkara yang membuktikan kesesatan dan kezaliman mereka, berdasarkan tuntutan hikmah dan ilmu yang membimbing ke arah mengakui keesaan Tuhan.

Sekalipun belum muncul nubuwwah, Luqman telah meneruskan usaha untuk menjejaki prinsip tauhid, taat kepada Allah ‘Azza Wa Jalla dan iltizam dengan akhlak yang mulia, walaupun masih belum diutuskan nabi ataupun rasul.

Ini menunjukkan bahawa mengikuti sunnah adalah suatu kemestian pada perkara yang tidak dapat ditanggap oleh akal kerana ia sebagai bukti pengabdian kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Lebih-lebih lagi pada perkara yang dapat ditanggapi oleh akal dan diketahui maksud sebenar di sebalik perkara tersebut.

(Tafsir Al-Munir: jil 21; ms 144)

32

Page 34: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Bersyukurlah Kepada Allah ‘Azza Wa Jalla

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

يشكر فإنما يشكر ومن لله اشكر أن الحكمة لقمان آتينا ولقد الله فإن كفر ومن لنفسه

حميد غنيMaksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada

Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya) “Bersyukurlah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla (akan segala nikmat-Nya kepadamu)” Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah ‘Azza Wa Jalla), kerana sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

(Luqman: 12)

Makna ayat di atas ialah: Sesungguhnya Kami (Allah ‘Azza Wa Jalla) telah anugerahkan kepada Luqman akal, kefahaman, dan percakapan yang benar. Kami perintahkan kepadanya agar bersyukur kepada Allah A`zawajalla di atas segala apa yang telah kami anugerahkan kepadanya.

(At-Tafsir Al-Wasit: jil 7; ms 87)

Sesiapa yang mensyukuri nikmat Allah pada hakikatnya dia bersyukur pada dirinya sendiri. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

فعليها أساء ومن فلنفسه صالحا عمل منMaksudnya: Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka

faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa diirinya sendiri.

(Fussilat: 42)

Sesiapa yang ingkar dengan nikmat Tuhan dan melakukan dosa maka dialah yang akan menanggung dosanya sendiri. Orang yang berdosa tidak memikul dosa orang lain. Kesyukuran bukanlah untuk kemanfaatan Tuhan dan Dia memang tidak berhajat kepada kesyukuran hambanya. Allah ‘Azza Wa Jalla sentiasa mendapat pujian sama ada di langit mahupun di bumi, sama ada dengan perbuatan ataupun perkataan, sekalipun tiada seorang pun yang memuji-Nya. Inilah antara maksud tersirat berkaitan wasiat Luqman kepada anaknya yang penuh hikmah.

(Mawaiz Luqman Fi Al Quran: 19)

Jangan Mensyirikkan Allah ‘Azza Wa Jalla

Luqman merupakan seorang bapa yang penyayang dan melaksanakan tanggungjawab mendidik dan mentarbiyah anak.

33

Page 35: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Asy-Syahid Syed Qutb menyatakan: Ini adalah suatu nasihat yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Seorang ayah sudah pasti mahukan kebaikan kepada anaknya. Apa yang terungkap adalah semata-mata nasihat. Luqman Al-Hakim menegah anaknya daripada syirik di samping menjelaskan sebabnya; syirik adalah kezaliman yang amat besar. Untuk menguatkan lagi perkara ini, Luqman telah mengulangi kalimah syirik sebanyak dua kali...

Inilah suatu hakikat yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW bersama kaum Baginda. Misi dakwah Nabi Muhammad SAW telah diprotes. Ramai yang mempersoalkan matlamat sebenar dakwah Rasulullah SAW. Mereka khuatir dan bimbang kemungkinan berlakunya rampasan kuasa demi meninggikan dan melebihkan martabat diri Baginda mengatasi orang lain.

Apa lagi tuduhan yang boleh dilemparkan kepada Luqman Al-Hakim ketikamana beliau menyampaikan dakwah yang sama kepada anaknya? Nasihat seorang ayah kepada anak yang tiada sebarang kesamaran, jauh sama sekali dari sebarang prasangka dan kepentingan.

Inilah hakikat silam yang berlaku ke atas lisan sesiapa sahaja yang Allah ‘Azza Wa Jalla berikan hikmah. Matlamat sebenar yang diinginkan ialah semata-mata kebaikan, bukan suatu yang lain. Inilah sentuhan kejiwaan yang kita inginkan.

(Fi Zilal Al Quran: jil 5; ms 2788)

Luqman mengajar anaknya dengan berkata:

إن بالله تشرك ال يابني يعظه وهو البنه لقمان قال وإذعظيم لظلم الشرك

Maksudnya: Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku! Janganlah kamu mensyirikkan Allah ‘Azza Wa Jalla dengan sesuatu yang lain daripada-Nya dari segala jenis makhluk Allah ‘Azza Wa Jalla. Sesungguhnya mensyirikkan Allah ‘Azza Wa Jalla merupakan perbuat

an yang zalim yang amat besar. (Luqman: 13)

Al-Imam Al-Fakhruraziy menyatakan bahawa: Didatangkan huruf ‘iaitu (kata sendi) ’ عطف yang bermaksud “dan” pada awal ayat ini " و " untuk menunjukkan kaitan makna dengan ayat yang sebelumnya; maksud sebenar ayat ini ialah: “Sesungguhnya Kami (Allah ‘Azza Wa Jalla) telah memberikan Luqman hikmah, ketikamana Kami jadikannya bersyukur di atas apa yang ada pada dirinya, dan ketikamana kami jadikannya menasihati orang lain.” Ini kerana, martabat ketinggian seorang manusia terletak pada kesempurnaan diri dan keupayaannya untuk menyempurna kan orang lain.

Luqman telah memulakan nasihatnya dengan perkara yang terpenting iaitu “tegahan daripada syirik”. Syirik merupakan kezaliman kerana manusia menghumbankan dirinya yang telah dimuliakan oleh Allah

34

Page 36: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

‘Azza Wa Jalla, ke kancah penyembahan terhadap suatu yang langsung tiada harga dan nilai, ataupun kerana meletakkan penyembahan bukan pada tempatnya iaitu bukan pada Allah ‘Azza Wa Jalla. Allah ‘Azza Wa Jalla menjelaskan tentang kemuliaan insan ini dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam.”

(Al - Isra: 70)

Disifatkan zalim dengan amat besar kerana kezaliman seumpama ini bermakna “meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya” dan sememangnya ia tidak wajar sama sekali menjadi tempat baginya. Sebagai contoh: Siapa yang mengambil harta Zaid dan memberikannya kepada Umar ia adalah zalim kerana ia telah meletakkan harta milik Zaid pada Umar. Tetapi ia menjadi harus jika harta itu sememangnya milik Umar atau menjadi milik Umar dengan cara penjualan atau pemberian. Adapun syirik bererti meletakkan ubudiyyah pada selain Allah ‘Azza Wa Jalla. Sememangnya tidak harus sama sekali selain dari Allah ‘Azza Wa Jalla menjadi ma`bud (sembahan).

(Mafatih Al Ghaib: jil 24; ms 526)

Rasulullah bersabda:

يلبسوا ولم أمنوا الذين نزلت لما قال الله عبد عن علقمة عن الله صلى الله رسول أصحاب على ذلك شق بظلم إيمانهم

الله رسول فقال بظلم إيمانه يلبس لم أينا وقالوا وسلم عليه لقمان لقول تسمع إال بذلك ليس إنه وسلم عليه الله صلىعظيم لظلم الشرك أن بالله تشرك ال يابني

Maksudnya: Daripada A’lqomah Ibn Abdillah berkata ketikamana turun ayat yang bermaksud: “Orang-orang yang beriman dan tiada bercampur keimanannya dengan keaniayaan...”; para sahabat tidak berpuas hati lalu mereka bertanya kepada Rasulullah SAW: Siapakah dikalangan kami yang tidak menzalimi imannya!! Lalu Baginda menjawab: “Bukanlah dimaksudkan sedemikian tidakkah kamu mendengar pesanan Luqman: “Janganlah kamu mensyirikkan Allah ‘Azza Wa Jalla. Sesungguhnya

mensyirikkan Allah ‘Azza Wa Jalla merupakan kezaliman yang amat besar.” (Diriwayatkan oleh Muslim)

Menurut Al-Hasan Al-Basriy, Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman: Wahai anak Adam! Aku telah menjadikan kamu dan kamu menyembah selainku, kamu memohon kepada-Ku dan engkau lari dari-Ku, engkau mengingati-Ku dan engkau melupakan Aku. Ini adalah suatu perkara yang paling zalim di muka bumi. Kemudian Al-Hasan membacakan ayat yang bermaksud: “Sesungguhnya mensyirikkan Allah merupakan perbuatan yang zalim yang

amat besar.” (Luqman: 13) (Tafsir Al-Hassan Al-Basriy)

35

Page 37: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Sewajarnya, usaha diteruskan dan digandakan untuk mencapai tahap ketaatan yang paling maksima, sekalipun terdapatnya kecuaian dan halangan dalam perjalanan untuk mencapai hakikat tersebut.

Inilah wasiat terpenting dan paling berharga. Menghadapkan segala permasalahan diri hanya kepada Allah ‘Azza Wa Jalla tanpa menyekutukan-Nya. Allah ‘Azza Wa Jalla sahajalah yang dapat membantu dan menolong hamba-Nya. Allah ‘Azza Wa Jalla memelihara dan menyembuhkan segalanya. Allah ‘Azza Wa Jalla berupaya mengendali dan mengatur setiap perkara dan urusan. Allah ‘Azza Wa Jalla berkuasa untuk memuliakan dan menghina sesiapa sahaja. Hanya ke hadhrat Ilahi, dipasrahkan segala pengabdian, bukan kepada makhluk. Tidak menundukkan diri kepada manusia sebaliknya hanya tunduk kepada Allah ‘Azza Wa Jalla yang Maha Esa. Jika semua ini dapat dilaksanakan maka lahirlah kehidupan yang aman dan sejahtera.Berhemah Tinggi Terhadap Ibubapa

Berhemah Tinggi Terhadap Ibu BapaKesejahteraan antara anak dan ibubapa dapat diwujudkan,

apabila mereka bersungguh-sungguh mengajar dan membimbing anak-anak serta menghindarinya dari jurang kebinasaan. Apabila berlaku sebaliknya maka ibubapalah yang bertanggungjawab dan akan didakwa di atas segala kepincangan seperti perbuatan syirik dan segala bentuk kemaksiatan. Lantaran itu, disebut di dalam wasiat Luqman tentang bagaimana sikap anak kepada ibubapa, sekiranya dia diperintahkan untuk melakukan perkara yang menyesatkan. Iaitulah ayat 14 dan 15 surah Luqman:-

اشكر أن عامين في وفصاله وهن على وهنا أمه حملته بوالديه اإلنسان ووصينا علم به لك ليس ما بي تشرك أن على جاهداك وإن المصير إلي ولوالديك لي

معروفا الدنيا في وصاحبهما فالتطعهماMaksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada

kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakkmu supaya engkau mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.

(Luqman: 15)

Ayat ini diturunkan bersempena kisah Sa`ad bin Abi Waqqos dalam surah `Ankabut. Menurut riwayat at-Tirmiziy dalam menafsirkan ayat 8 surah Al-`Ankabut: Ayat ini diturunkan kepada Sa`ad Ibn Abi Waqqos dan ibunya Hamnah bin Abi Sufyan. Beliau banyak berbakti dengan ibunya. Pada suatu hari Hamnah berkata kepada anaknya Sa`ad bin Abi Waqqos: Apakah ini agama baru yang kamu bawa??? Demi Allah ‘Azza Wa Jalla, aku tidak

36

Page 38: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

akan makan dan tidak akan minum sehinggalah engkau kembali kepada agama asalmu, ataupun biarkan aku mati sahaja. Ancaman ini adalah untuk selama-lamanya, sehingga mencapai tahap manusia mendakwa Sa’ad dengan mengatakan: ‘Wahai pembunuh ibu’. Setelah peristiwa ini Hamnah sehari semalam tidak makan dan tidak minum. Akhirnya Sa`ad datang kepada ibunya seraya berkata: Wahai ibu! Seandainya pada dirimu seratus nyawa yang boleh diganti-ganti, nescaya tidak akanku tinggalkan agamaku, makanlah sekiranya ibu mahu, jika tidak, biarkan saja makanan itu. Kata-kata ini menyebabkan Hamnah terpaksa mengalah juga akhirnya.

Allah ‘Azza Wa Jalla telah mewasiatkan agar manusia berbuat baik terhadap kedua ibubapanya. Ibu adalah lebih berhak mendapat kasih sayang yang lebih berbanding bapa.

Disebut di dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Siapakah manusia yang lebih berhak untuk kita berbuat kebajikan?” Baginda menjawab: “Ibumu.” Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Kemudian barulah baginda menyebut: “Bapamu.”

Ini kerana sifat tabi’e wanita adalah lemah. Di sudut yang lain, mereka juga dianggap lemah kerana bebanan mengandung, melahirkan dan menyusukan anak dalam keadaan yang amat menyeksakan. Selain dari itu, mereka juga lemah berdasarkan apa yang berlaku ke atas diri mereka setiap bulan iaitu ketika datangnya haidh.

Dalam ayat yang lain Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

شهرا ثالثون وفصاله كرها ووضعته كرها أمه حملتهMaksudnya: Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung

susah-payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah-payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.

(Al-Ahqaf: 15)

Allah ‘Azza Wa Jalla mewasiatkan agar mentaati-Nya dan juga kedua orang tua kerana pada zahirnya merekalah yang mendidik dan melahirkan kita ke muka dunia ini. Namun pada hakikatnya Allah ‘Azza Wa Jallalah yang mencipta dan mengatur segala urusan tersebut. Sekiranya mereka mendesak untuk mensyirikkan Allah ‘Azza Wa Jalla dengan sesuatu yang lain yang tidak diketahui dan tidak wujud pada hakikatnya, maka tidak perlu kita mentaati arahan tersebut.

Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

الخالق معصية في لمخلوق طاعة الMaksudnya: Sesungguhnya tiada ketaatan terhadap makhluk yang

melibatkan kederhakaan kepada Al-Khaliq (Allah ‘Azza Wa Jalla). (Akhrajahu Ahmad)

Menurut Al-Imam Al-Qurtubiy: Tidak perlu mentaati ibubapa dalam perkara yang melibatkan dosa besar dan perkara yang meninggalkan

37

Page 39: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

kefarduan, sebaliknya kita hanya wajib mentaati mereka dalam perkara yang harus semata-mata. Manakala hukumnya menjadi sunat ketika menunaikan perkara sunat dan fardhu kifayah.

(Tafsir Al-Qurtubiy: jil 13; ms 60)

Seterusnya Allah ‘Azza Wa Jalla mengingatkan kita supaya bergaul bersama mereka dengan baik dalam perkara keduniaan, adapun dalam hal keagamaan yang menyangkut soal akidah dan kepercayaan hanya dipasrahkan semata-mata kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Berbuat baik kepada ibubapa juga adalah lebih diutamakan berbanding berbuat baik kepada orang lain.

Menjejaki Perjuangan Para Salafussoleh (Umat Terdahulu)

Seterusnya Allah ‘Azza Wa Jalla menuntut agar:

كنتم بما فأنبئكم مرجعكم إلي ثم إلي أناب من سبيل واتبعتعملون

Maksudnya: Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepada-Ku. Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

(Luqman: 15)

Dalam konteks yang umum, ayat yang bermaksud, “Dan turutilah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepada-Ku” adalah wasiat kepada seluruh manusia. Ini bermakna: “Turutilah jejak-langkah mereka yang kembali kepada-Ku” iaitu jalan para anbiya`, mukmin yang soleh dan juga yang hampir kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Bergaullah dengan mereka. Mereka ini memiliki segala kebaikan. Mengikuti jejak langkah iaitu dengan meninggalkan syirik, mentauhidkan Allah ‘Azza Wa Jalla, ikhlas dalam ketaatan dan beramal soleh.

Arahan dalam wasiat ini juga menjelaskan bahawa ijma` ulama adalah sahih dan boleh menjadi hujjah serta menjadi kewajipan kepada kita untuk mematuhinya.

(Tafsir Al-Munir: jil 21; ms 154)

Dalam konteks yang khusus, di antara “mereka yang kembali” adalah Saidina Abu Bakar RA. Apabila beliau memeluk agama Islam; Sa`ad, Abdur Rahman Bin A`uf, Osman, Talhah, Sa`ied dan Zubair datang menemuinya. Mereka bertanya: "Engkau telah beriman!" Saidina Abu Bakar menjawab: "Ya!" Setelah itu turun ayat:

38

Page 40: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

ويرجو اآلخرة يحذر وقائما ساجدا الليل آناء قانت هو أمنربه رحمة

Maksudnya: (Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya

(Az-Zumar: 9)

Apabila para sahabat berkenaan mendengar ayat tersebut, mereka terus turut beriman kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Kemudian Allah ‘Azza Wa Jalla menurunkan pula ayat yang berikut kepada mereka:-

لهم الله إلى وأنابوا يعبدوها أن الطاغوت اجتنبوا والذين أحسنه فيتبعون القول يستمعون الذين عباد فبشر البشرى

األباب أولوا هم وأولئك الله هداهم الذين أولئكMaksudnya: Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari

menyembah atau memuja taghut, serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah ‘Azza Wa Jalla, mereka akan beroleh berita yang menggembirakan (sebaik-baik dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hamba-Ku. Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah pertunjuk oleh Allah ‘Azza Wa Jalla, dan mereka itulah orang-orang yang berakal

sempurna. (Az Zumar: 17, 18) (Tafsir Al-Qurtubiy: jil 14; hal 67)

Zahir Dan Batin Dalam Genggaman Allah ‘Azza Wa Jalla

Luqman berpesan kepada anaknya:

أو صخرة في فتكن خردل من حبة مثقال تك إن إنهآ يابنيخبير لطيف الله إن الله بها يأت األرض في أو السماوات في

Maksudnya: Wahai anak-ku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara sekali pun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan di bawa oleh Allah ‘Azza Wa Jalla (untuk dihakimi dan dibalas-Nya); kerana sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla Maha Halus pengetahuan-Nya; lagi Amat Meliputi akan segala

yang tersembunyi. (Luqman: 16)

Luqman berkata: “Wahai anakku! Segala perbuatan yang jahat dan juga baik sekalipun sebesar biji sawi yang tiada timbangan baginya, sama ada ia tersembunyi di dalam batu ataupun berada di penjuru langit dan bumi tetap akan dihisab dan diberi ganjaran oleh Allah dengan sempurna. Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla mengetahui segala yang

39

Page 41: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

menjadi rahsia dan tersembunyi dan juga yang terang. Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla Maha Halus lagi Maha Mengetahui”.

Di dalam ayat di atas terkandung kalimah “dibawa oleh Allah” Ayat ini adalah lebih mendalam maksudnya berbanding ungkapan “Allah mengetahuinya”; kerana sesiapa yang zahir sesuatu padanya, tetapi tidak berupaya untuk menzahirkannya kepada orang lain adalah lebih rendah kedudukannya berbanding orang yang zahir padanya sesuatu dan ia mampu untuk menzahirkannya kepada orang lain.

“Dibawa oleh Allah” bererti Allah menzahirkannya untuk penyaksian. “Allah Maha Halus (pengetahuan-Nya)” bermakna Allah melaksanakan qudrat-Nya. “Maha Mengetahui” bermakna Allah mengetahui setiap perkara yang tersirat.

(Mafatih Al Ghaib: jil 24; ms 509)

Menurut Al-Imam Al-Qurtubiy : Luqman ingin menegaskan kepada anaknya tentang kekuasaan Allah ‘Azza Wa Jalla. Ini kerana berat biji sawi tidak dapat diukur dengan rasa dan timbangan. Sekiranya telah ditakdirkan rezeki seseorang meskipun sebesar biji sawi dan tersembunyi di tempat yang sedemikian rupa, nescaya Allah ‘Azza Wa Jalla tetap akan memberikannya. Tidak sewajarnya seorang itu bimbang dan gusar terhadap rezekinya sehingga mengabaikan kewajipan dan tidak mengikut contoh tauladan mereka yang kembali kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Perkara ini juga bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW:

يأتيك ترزق وما يكون يقدر ما همك تكثر الMaksudnya: Janganlah engkau bersusah-hati (terhadap apa yang

engkau kehendaki pada urusan dunia dan akhirat), apa yang ditaqdirkan tetap akan berlaku dan apa yang ditetapkan ganjaran untuk engkau tetap akan datang. (Hadis ini disabdakan kepada Abdullah Ibn Mas`ud) (Tafsir Al-Qurtubiy: jil 7; ms 62)

Berkaitan dengan pergolakan jiwa lantaran banyaknya dosa dan kesalahan yang lampau, kita perlu kembali kepada Allah ‘Azza Wa Jalla dan mencari pentunjuk dan hidayat untuk kembali ke pangkuan Ilahi. Disebut dalam hadis bersabda:

رسول يا اإلثم ما رجل قال قال أمامة أبي عن سالم أبي عن من قال اإليمان فما قال فدعه صدرك في حاك ما قال الله

مؤمن فهو حسنته وسرته سيئته ساءتهMaksudnya: Daripada Abi Salam daripada Abi Umamah berkata:

Seorang lelaki bertanya: “Apakah itu dosa Wahai Rasulullah!” Rasulullah SAW menjawab: “Apa yang berbolak-balik di dadamu, maka hendaklah engkau tinggalkannya.” Bertanya lagi lelaki itu: “Apakah pula iman?” Rasulullah SAW menjawab: “Siapa yang berduka lantaran kejahatan yang dilakukannya dan berasa gembira sebab kebaikan yang telah dilakukannya, maka dia adalah mukmin.”

40

Page 42: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

(Rawahu At-Tabraniy dan Ahmad) (Majma` Al-Zawaid)

Dosa mendatangkan kesan negatif terhadap hati. Apabila terdapat bisikan hati yang mendorong untuk meninggalkan suatu kebaikan atau melakukan kejahatan, maka Rasulullah telah berpesan supaya jangan diikuti ajakan sebegini, agar tidak terpedaya dan tenggelam dengan imaginasi dan khayalan sendiri.

Bertaqarrublah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla dan ukurlah dengan neraca taqwa, pada setiap perbuatan lahiriah dan bisikan batiniah iaitu dengan menghayati dan merealisasikan slogan “maiyatullah” (setia bersama Allah ‘Azza Wa Jalla).

Tunaikan Solat Dan Berdakwahlah...

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

على واصبر المنكر عن وانه بالمعروف وأمر الصالة أقم يابنياألمور عزم من ذلك إن أصابك مآ

Maksudnya: Wahai anakku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang

dikehendaki diambil berat melakukannya. (Luqman: 17)

Seterusnya Luqman Al-Hakim berkata kepada anaknya “Wahai anak kesayangan-ku! Dirikanlah sembahyang kerana ia adalah tiang agama. Suruhlah manusia mengerjakan kebaikan dan cegahlah kemungkaran. Serulah manusia kepada perkara yang boleh membentuk diri mereka iaitu dengan menunaikan sembahyang dan juga perkara yang boleh membentuk masyarakat dan persekitaran, iaitulah dengan menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Sekiranya kamu ditimpa musibah di dalam melaksanakan amanah tersebut dan sememangnya musibah itu pasti akan menimpamu maka hendaklah kamu bersabar, kerana kesabaran itu adalah sebahagian daripada nilai moral yang terpuji.”

Sememangnya manusia ketika di dunia ini, sentiasa terdedah kepada segala insiden dan kematian dalam menjalankan amanah Allah ‘Azza Wa Jalla. Justeru itu, keteguhan azam merupakan lorong untuk menuju kejayaan dunia dan akhirat. Tanpa keyakinan dan keazaman yang tinggi seseorang tidak dapat merasa hakikat iman. Ini kerana penjelmaan iman adalah menerusi keazaman dan keyakinan.

Awasi Sifat Ego Dan Bersederhanalah...

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

41

Page 43: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

ال الله إن مرحا األرض في تمش وال للناس خدك تصعر والفخور مختال كل يحب

Maksudnya: Jangalah engkau palingkan pipi (muka) engkau terhadap manusia (kerana sombong), dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabbur, lagi membanggakan diri.

(Luqman: 18)

Seterusnya Luqman mengingatkan anaknya, “Janganlah palingkan mukamu daripada manusia lantaran kesombongan dan keegoanmu terhadap mereka, sebaliknya temuilah mereka dengan wajah yang ceria dan berseri-seri tanpa ada rasa takabbur dan meninggi diri. Janganlah kamu berjalan di atas muka bumi ini dalam keadaan yang angkuh kerana sifat tersebut antara perkara yang menjadi kemurkaan Allah ‘Azza Wa Jalla. Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla tidak menyukai orang-orang yang sombong dan suka bermegah-megah. Bersederhanalah pada setiap langkahmu. Janganlah menunjukkan sifat lemah dan tidak berdaya ketika berjalan dan terkinja–kinja seperti orang nakal.”

As-So`ru adalah ( الصعر) penyakit yang dihidapi oleh unta menyebabkan ia memalingkan tengkoknya. Ia merupakan gambaran dan perumpamaan yang dilukiskan oleh Al-Quran dalam tegahan " تصعر وال ". Ini adalah perumpamaan bagi seorang muslim yang menyeru kepada Allah ‘Azza Wa Jalla dalam keadaan berbangga, gerak-geri yang menggambarkan sifat angkuh dan sombong. Memalingkan muka daripada manusia lain dalam keadaan takabbur dan kagum dengan diri sendiri dan tidak prihatin dengan orang lain. Ini semua boleh menimbulkan kemarahan manusia dan telah pun jelas membuktikan bahawa mereka ini mengidap penyakit.

(Fi Zilal Al Quran: jil 5; hal 2790)

Luqman mengingatkan anaknya; firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

مشيك في واقصدMaksudnya: Dan sederhanakanlah langkah perjalananmu.

(Luqman: 19)

Kesejahteraan dan keharmonian adalah pada kesederhanaan dalam setiap tindakan dan perkataan. Maksud firman Allah ‘Azza Wa Jalla di atas ialah tidak tergopoh-gapah dan tidak mencari jalan untuk bersifat bongkak. Langkah yang sederhana menuju kepada matlamat mulia, tidak sambil-lewa dan sombong. Mengatur langkah menuju cita-cita dengan ceria dan progresif.

(Sedutan Dari Fi Zilal Al Quran: jil 5; hal 2790)

Daripada Abi Hurairah Nabi SAW:

المؤمن بهاء تذهب المشي سرعة

42

Page 44: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Maksudnya: Berjalan tegopoh-gapah menghilangkan haibah seorang mukmin.

(Riwayat Abu Naim).

Maksudnya ialah menjadi suatu yang menjelekkan pandangan orang.

(Ruh Al Ma`aniy: jil 7; ms 137)

Saidatina `Aishah menjelaskan kepada Saidina Umar Radiallalahu`anhuma bahawa:

مشيته في أسرع مشي إذا كانMaksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah apabila berjalan Baginda

menyegerakan langkah perjalanannya”. Maksudnya ialah langkah yang lebih cepat daripada orang yang lemah dan tidak bermaya.

(Tafsir Al-Qurtubiy: jil 14 ; hal 72)

Luqman meneruskan wasiatnya lagi; firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

لصوت األصوات أنكر إن صوتك من واغضض الحمير

Maksudnya: dan lunakkanlah suaramu sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.

(Luqman: 18)

Allah ‘Azza Wa Jalla melarang kaum musyrikin meninggi-ninggikan suara. Mereka sentiasa bermegah-megah dengan ketinggian suara. Oleh kerana setiap tuntutan atau tegahan terhadap orang kafir dan musyrikin di dalam Al-Quran turut menjadi kewajipan kepada orang Islam untuk diambil iktibar, maka kaum muslimin juga dituntut supaya merendahkan nada suara, agar suara tersebut tidak menyebabkan orang lain jadi berserabut dan menyakitinya serta tidak membingitkan telinga akibat kuatnya bunyi suara tersebut. Suara yang kuat boleh mengakibatkan kerosakan pada gegendang telinga. Meninggi suara adalah tanda seseorang itu telah terpedaya, hanya mementingkan diri dan tidak prihatin terhadap orang lain. Apa yang dimaksudkan dengan sederhana di sini ialah tidak melantangkan suara hingga boleh menimbulkan kemarahan orang lain dan tidak pula terlalu perlahan sehingga langsung tidak kedengaran Sebaik-baik perkara ialah pertengahan. Sesiapa yang mengangkat suaranya tanpa ada sebab-musabab adalah menyerupai keldai dan seburuk-buruk suara adalah teriakan keldai. Orang Arab mengumpamakan keldai dengan sifat yang tercela dan kebodohan.

(Sedutan dari Ruh Al Ma`aniy: jil 7; ms139)

Menyederhanakan suara adalah melambangkan adab yang murni, kepercayaan diri dan keyakinan pada perkara yang disuarakan. Berlidah tajam, bercakap kasar dan suka menengking-nengking merupakan adab yang buruk dan keji. Pada kebiasaannya, orang yang bersikap sedemikian ia

43

Page 45: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

meragui nilai perkara yang dituturkannya itu atau tidak menyakini dengan nilai diri sendiri. Maka ia cuba menyembunyikan keraguan tersebut dengan ragam yang sedemikian.

(Fi Zilal Al Quran: jil 5; ms 2790)

Dalam Sunnah Nabawiyyah juga terdapat arahan yang menunjukkan bahawa perlunya menghindarkan diri dari suasana kebingitan:

عليه الله صلى النبي عن عنه الله رضى هريرة أبي عنإذا: وسلم فضله من الله فاسألوا الديك صياح سمعتم قال

فإنها الشيطان من بالله فتعوذوا الحمير نهيق سمعتم وإذاشيطانا رأت

Maksudnya: Apabila kamu mendengar ayam berkokok maka pohonlah dari Allah limpahan rahmat-Nya. Apabila kamu mendengar suara himar (keldai) maka mintalah perlindungan daripada Allah agar dijauhi daripada syaitan, sesungguhnya ia melihat syaitan.

(Riwayat Jamaah melainkan Ibn Majah) (Tafsir Al-Munir: jil 21; ms 152)

Demikianlah, dilakarkan nilai-nilai moral yang terkandung di dalam method yang unggul, memancarkan nur dan hidayah ke dalam jiwa manusia bagi mendapat taufiq kepada amal yang praktikal. Wasiat silam yang bertepatan dengan nilai etika semasa. Wasiat Luqman merupakan wasiat agama yang menggarap kemaslahatan individu, jamaah dan ummat keseluruhannya pada setiap masa dan ketika.

44

Page 46: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

BAHAGIAN KELIMA

HURAIAN TERPERINCI TOPIK UTAMA DI DALAM WASIAT

LUQMAN AL-HAKIM

Inilah dia intipati perbahasan kita yang sebenar dalam membicarakan wasiat Luqman al-Hakim. Di sini terdapat fasal-fasal yang amat penting untuk difahami oleh setiap individu muslim, antaranya seperti berikut:

A) AQIDAH:BAHAYA SYIRIK DAN PENDEDAHAN AL QURAN BERKAITAN AHLI SYIRIK PENGERTIAN SYUKUR DAN CARA-CARA BERSYUKURKESEMPURNAAN AQIDAH DALAM WASIAT LUQMAN

B) IBADAT: FALSAFAH DAN KEPENTINGAN SOLAT

C) KEMURNIAN AKHLAK:BERBAKTI KEPADA IBUBAPA DAN PERSOALAN YANG BERKAITAN DENGANNYA

D) DAKWAH: CABARAN DAKWAH DAN CIRI-CIRI PENDAKWAH

A) AQIDAH

45

Page 47: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

BAHAYA SYIRIK DAN PENDEDAHAN AL-QURAN BERKAITAN AHLI SYIRIK

Tegahan Mensyirikkan Allah

Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

عظيم لظلم الشرك إن بالله تشرك ال بني ياMaksudnya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau

mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya

perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. (Luqman: 13)

Sekadar penghambaan diri kepada Allah masih tidak memadai. Perlulah dibebaskan diri dari sebarang bentuk syirik dan penyekutuan iaitu menyamakan makhluk dengan ‘al-Khaliq’ yang Maha. Esa, tiada suatupun yang menyamai dengan Allah. Justeru itu, Allah memerintahkan supaya mentauhidkan-Nya beriringan dengan tegahan daripada syirik secara serentak.

Contohnya Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

شيئا به تشركوا وال واعبدواالله (1 Maksudnya: Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan

janganlah kamu sekutukan. Dia dengan sesuatu apa juga. (An-Nisa`: 36)

Asy-Syahid Syed Qutb menjelaskan: Allah ‘Azza Wa Jalla menegah sebarang bentuk kesesatan dan bibit-bibitnya sepertimana mereka yang menyembah sesuatu yang lain selain daripada Allah, yang merangkumi segala unsur ciptaan atau rekaan, haiwan, manusia, malaikat atau syaitan. Semuanya itu, termasuk di bawah pengertian kalimah “suatu” sepertimana yang terkandung di dalam ayat, ketikamana penggunaannya dalam konteks yang berkaitan.

(Sedutan dari Fi Zilal Al Quran: jil 2; ms 660)

2) فقد بالله ويؤمن بالطاغوت يكفر فمن الوثقى بالعروة استمسك

Maksudnya: Sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada simpulan

(tali ugama) yang teguh, yang tidak akan putus. (Al-Baqarah: 256)

3) إحسانا وبالوالدين إياه إال تعبدوا أال ربك وقضى

46

Page 48: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa.

(Al-Isra`: 23)

4) من والذين خلقكم الذي ربكم اعبدوا الناس يأيها قبلكم

بناء والسماء فراشا األرض لكم جعل الذي تتقون، لعلكم فال لكم رزقا الثمرات من به فأخرج مآء السماء من وأنزل

تعلمون وأنتم أندادا لله تجعلواMaksudnya: Wahai sekalian manusia, beribadatlah kepada Tuhan

kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkan-Nya air hujan dari langit, lalu dikeluarkan-Nya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang memjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua

mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (Al-Baqarah: 21-22)

Kadang-kadang perintah Allah hanya terbatas pada tegahan dan berwaspada daripada syirik. Contohnya; ketika mana Allah menyeru agar diperjelaskan kepada sekelian manusia apa yang diharamkan dan dimulai dengan tegahan syirik:

Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

شيئا به تشركوا أال عليكم ربكم حرم ما أتل تعالوا قلMaksudnya: Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang

telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu

sekutukan dengan Allah sesuatu pun. (Al-An`am: 151) (At-Tafsir Al-Wasit: jil 3; ms 1354)

Syirik kepada Allah ‘Azza Wa Jalla –wal `iyazubillah merupakan dosa paling keji dan kemusnahan yang boleh membinasakan diri individu dan ummah seluruhnya.

Pendedahan Al-Quran tentang ahli syirik

Al-Quran telah mengingatkan kita agar berwaspada pada ayat-ayat yang tidak terhitung banyaknya dengan pelbagai uslub. Antaranya adalah seperti berikut:

47

Page 49: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Allah menjelaskan di dalam firman-Nya tentang kewu-judan sifat syirik ahli Mekah, walaupun mereka mendakwa bahawa syirik dan kesesatan mereka itu adalah kehendak Allah ‘Azza Wa Jalla.

(At-Tafsir Al-Wasit: jil 5; ms 614).

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

شيء من دونه من عبدنا ما الله شاء لو أشركوا الذين وقالشيء من دونه من والحرمنا ءاباؤنا ال و نحن

Maksudnya: Dan berkatalah orang-orang kafir musyrik: Kalaulah Allah menghendaki, tentulah kami tidak menyembah selain daripadanya sesuatupun, tidak kami dan tidak juga datuk nenek kami; dan tentulah kami

tidak mengharamkan sesuatu pun dengan ketiadaan perintah-Nya. (An-Nahl: 35)

Golongan musyrikin saling berbalah dengan tuhan-tuhan mereka di akhirat kelak. Mereka ingin membuat dakwaan terhadap berhala-berhala yang pernah menjadi tuhan mereka di hadapan Allah, lantas berhala tersebut menafikan tuduhan itu dengan mengatakan mereka telah melakukan pendustaan. Mereka ghairah ingin membebaskan diri masing-masing. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

شركآؤنا هؤالء ربنا قالوا شركاءهم أشركوا الذين رءا وإذالكاذبون إنكم القول إليهم فألقوا دونك من ندعوا كنا الذين

Maksudnya: Dan apabila orang-orang musyrik melihat makhluk-makhluk dan benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu Allah, mereka berkata: “Wahai tuhan kami, inilah dia yang kami jadikan sekutu-sekutu (bagimu), yang kami sembah mereka dengan meninggalkanmu,” Maka dengan serta-merta makhluk-makhluk yang mereka puja itu menolak

dakwaan mereka dengan berkata: Sesungguhnya kamu adalah berdusta. (An-Nahl: 86)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla lagi:

إلي له يستجيب ال من الله دون من يدعوا ممن أضل ومن كانوا الناس حشر وإذا غافلون دعائهم عن وهم القيامة يومكافرين بعبادتهم وكانوا أعداء لهم

Maksudnya: Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak dapat menyahut atau memberikan sebarang pertolongan kepadanya (dari dunia) hinggalah ke hari kiamat, sedang makhluk-makhluk yang mereka sembah itu tidak dapat menyedari atau memberi layanan baik kepada permohonan mereka. Dan apabila manusia dihimpunkan (untuk dihitung amalnya pada hari akhirat), menjadilah segala yang disembah itu musuh kepada orang-orang yang

48

Page 50: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

menyembahnya, dan segala yang disembah itu juga tidak mengakui serta mendustakan penyembahan mereka kepadanya.

(Al-Ahqaf: 5,6)

Tuhan golongan musyrikin tidak mampu menunaikan permintaan mereka Di hari akhirat kelak golongan musyrikin baru menyedari bahawa selama ini mereka telah tertipu dan ternyata tuhan yang mereka sembah tidak mampu memberi apa-apa kebaikan. Kemuliaan di dunia dan akhirat tidak dapat dikecapi melainkan dari Allah ‘Azza Wa Jalla. Apa sahaja yang selain dari Allah tidak berupaya untuk mendatang sebarang manfaat atau menolak kemudhoratan. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman di dalam Al-Quran:

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla lagi:

وال يخلقون وهم شيئا يخلقون ال ءالهة دونه من واتخذوا وال حياة وال موتا يملكون وال نفعا وال ضرا ألنفسهم يملكوننشورا

Maksudnya: Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak dapat menyahut atau memberikan sebarang pertolongan kepadanya (dari dunia) hinggalah ke hari kiamat, sedang makhluk makhluk yang mereka sembah itu tidak dapat

menyedari atau memberi layanan baik kepada permohonan mereka. (Al-Furqon: 3)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla lagi:

ينفعهم وال يضرهم ال ما الله دون من ويعبدونMaksudnya: Dan mereka menyembah yang lain dari Allah, sesuatu

yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfa'at kepada mereka.

(Yunus: 18)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla lagi:

سيكفرن كال عزا لهم ليكون ءالهة الله دون من واتخذواضدا عليهم ويكونون بعبادتهم

Maksudnya: Dan mereka yang kafir menyembah benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, supaya benda-benda yang mereka sembah itu menjadi penolong-penolong yang memberi kemuliaan dan pengaruh kepada mereka. Tidak sekali-kali, bahkan benda-benda yang mereka pertuhankan itu mengingkari perbuatan mereka menyembahnya, dan akan menjadi musuh yang membawa kehinaan kepada mereka.

(Maryam: 81 & 82)

Allah tidak mengampunkan dosa syirik. Dosa perbuatan syirik terlalu keji dan hina di sisi Allah sehingga Allah tidak mengampunkan dosa orang yang terjebak di dalam kancah ini. Firaun musuh Allah ingin membuat

49

Page 51: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

pengakuan bahawa ia beriman di saat-saat ia ditenggelamkan. Sedangkan waktu itu Allah tidak lagi menerima taubat lagi. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

يشآء لمن ذلك دون ما ويغفر به يشرك أن يغفر ال الله إنMaksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa

syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya).

(An Nisa`: 48)

Orang musyrikin dan tuhan-tuhan mereka menjadi bahan bakaran neraka. Abdullah Ibn Az-Zaba`riy telah cuba menimbulkan persoalan: “Adakah setiap apa yang disembah (tuhan) selain daripada Allah bersama penyembahnya di dalam neraka, sedangkan kami menyembah malaikat, kaum Yahudi menyembah U`zair, kaum Nasrani menyembah al-Masih Isa Ibn Maryam.”

Setelah diberitahu kepada Rasulullah SAW berkaitan persoalan ini; Baginda bersabda:

إنما فإنهم عبده مع فهو الله دون من يعبد أن أحب من كل بعبادته أمرهم ومن الشيطان يعبدون

Maksudnya: Setiap siapa yang suka (rela) untuk disembah (menjadi tuhan) selain daripada Allah, maka ia bersama mereka yang menyembahnya, sesungguhnya mereka itu menyembah syaitan, siapakah yang telah memerintahkan mereka untuk menyembahnya!

(Ibn Kathir)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

واردون، لها أنتم جهنم حصب الله دون من تعبدون وما إنكم فيها لهم خالدون، فيها وكل وردوها ما ءالهة هؤالء كان لو

يسمعون ال وفيها وهم زفيرMaksudnya: Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah,

yang lain dari Allah, menjadi bahan-bahan bakaran yang dilimpahkan ke dalam neraka Jahanam; kamu (sudah tetap) akan memasukinya. Kalaulah mereka (yang kamu sembah) itu tuhan-tuhan, tentulah mereka tidak masuk ke dalam neraka; dan (ketahuilah), semuanya (yang menyembah dan yang disembah) akan kekal dalam neraka selama-lamanya. Mereka mendayu-dayu (kesa-kitan) di dalam neraka, dan mereka pula di situ tidak dapat mendengar sesuatu apa pun.

(Al-Anbiya`: 98-100)

Tiada siapa yang dapat menyelamatkan mereka di dalam neraka dan tiada sebarang syafaat untuk mereka

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

50

Page 52: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

النار ومأواهم الجنة عليه الله حرم فقد بالله يشرك من إنهأنصار من للظالمين وما

Maksudnya: Bahawasanya sesiapa yang memperse kutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang zalim.

(Al-Maidah: 72)

Syirik ahli kitab. Hakikat agama di sisi Allah adalah seperti firman-Nya:

ابن والمسيح الله دون من أربابا ورهبانهم أحبارهم اتخذوا إلها ليعبدوا إال أمروا ومآ مريم

يشركون عما سبحانه هو إال إله آل واحداMaksudnya: Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli

mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) al-Masih Ibn Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.

(At-Taubah: 31)

Terdapat riwayat yang menjelaskan tentang ayat ini:

صلى النبي أتيت وسلم عليه الله صلى قال حاتم بن عدي عن الله صلى فقال ذهب من صليب عنقي وفي وسلم عليه الله

وسمعته ، الوثن هذا عنك اطرح عدي يا هذا ما وسلم عليه اتخذوا وسلم عليه الله صلى براءة سورة فى يقرأ

عما.... الله رسول يا عبدواهم ما فقلت يشركون، أحبارهمأما: لهم أحلوا إذا كانوا ولكنهم يعبدونهم يكونوا لم إنهم فقال

حرموه. شيئا حرموا وإذا استحلوه شيئاDaripada ‘Adiy Ibn Hatim beliau berkata: Aku datang kepada

Rasulullah SAW dan dileherku salib dari emas. Rasulullah SAW bersabda: “Buanglah daripada engkau ‘al-wathan ini’ (tuhan selain dari Allah).” Kemudian aku mendengar Rasulullah membaca ayat: - sepertimana ayat di atas -. Aku berkata: Mereka tidak menyembah mereka itu, wahai Rasulullah! Maka Rasulullah SAW bersabda: Memanglah mereka tidak menyembahnya tetapi apabila mereka itu menghalalkan sesuatu, mereka turut menghalalkannya, apabila mereka itu mengharamkan sesuatu mereka turut mengharamkannya.

(Riwayat At-Tirmiziy)

51

Page 53: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Wajib membebaskan diri dari syirik dan juga ahli syirik secara total, untuk merealisasikan ubudiyah yang hakiki. Tauhid dan syirik merupakan dua konsep yang berbeza dan tidak mungkin akan bersatu. Adakalanya konsep jahiliyyah bercampur dan dikaburi dengan konsep iman. Ia berlaku khususnya, pada kelompok yang telah mengenali aqidah kemudian terpesong. Kelompok ini lebih derhaka dan durjana berbanding golongan yang langsung tidak mengenali aqidah selama hayatnya Aqidah mereka telah tercemar dan aktiviti mereka mengelirukan serta bercampur-baur antara yang baik dan yang rosak. Seorang daei` mungkin terpedaya dengan cita-cita dan gagasannya sendiri apabila ia terdorong untuk mengiktiraf aspek yang baik dan terpuji di samping membuat sedikit ubahsuai pada aspek fasid (tidak elok) dan keji. Dorongan sebegini adalah suatu yang amat merbahaya. jahiliyyah tetap jahiliyyah dan Islam tetap Islam dan jurang antara keduanya amat jauh.

Langkah pertama dalam merempuh ranjau ini ialah pembersihan diri seseorang da’ei dari sebarang unsur jahiliyyah yang mencakupi: konsep, prinsip dan aktiviti; secara habis-habisan.

Sekadar program tempelan tidak memadai, perlu dilakukan penyelesaian yang menyeluruh, tidak hanya pada bahagian-bahagian yang tertentu dan mengabaikan langsung bahagian-bahagian yang lain. Tiada titik pertemuan di pertengahan jalan (antara jahiliyyah dan Islam), sekalipun jahiliyyah disarungkan dengan pakaian Islam.

Islam hanya terbangun atas prinsip ketegasan, berterus-terang, keberanian dan kepastian....

(Fi Zilal Al Quran: jil 6; ms 3992)

Nas yang menjelaskan tentang perkara ini ialah:-

تشركون مما بريء وإننى واحد إله هو إنما قلMaksudnya: Katakanlah lagi: Hanyasanya Dialah sahaja Tuhan

Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan (dengan Allah 'Azza wa Jalla.

(Al-An`am: 19)

أعبد ما عبدون أنتم وآل تعبدون ما أعبد ال الكافرون يأيها قل ولي دينكم لكم أعبد مآ عابدون أنتم وآل عبدتم ما عابد أنا وآل

دينMaksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang

kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugama-ku.”

(Al-Kafirun: 1- 6)

52

Page 54: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Syirik adalah punca bagi kesengsaraan dan kerosakan serta sumber bagi segala kesesatan dan kejahatan. Syirik adalah kezaliman yang tiada tolok bandingnya dan orang kafir semuanya adalah zalim. Dosa yang paling besar tidak diampunkan Tuhan ialah orang yang mati dalam keadaan syirik. Lembah kesyirikan adalah jurang kesesatan yang dalam dan syirik merupakan dosa yang nyata. Allah telah menggambarkan, amalan orang musyrikin umpama debu-debu yang bertebaran, menyesatkan dan segala amalannya dihapuskan oleh Allah. Kelak kemurkaan, padah kerugian dan laknat Allah pasti akan menimpa mereka. Amalan mereka juga umpama fatamorgana di padang pasir. Neraka jahanam telah tersedia untuk mereka ini dan kesudahan hidup mereka ini amat menyayat hati sanubari kita. Syirik merupakan dosa besar yang utama dan memberi kesan yang paling dahsyat untuk membinasakan ahlinya. Allah ‘Azza Wa Jalla mencampakkan kerisauan gundah-gulana ke dalam hati orang–orang musyrikin lantaran mensyirikkan Tuhan dengan sesuatu yang tiada sebarang kekuasaan. Cita-cita mereka ingin mendapat syafaat pertolongan daripada berhala dan sekutu mereka menjadi hampa sama sekali. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman di dalam Al-Quran:

من تعبدون كنتم ما أين لهم وقيل للغاوين الجحيم وبرزت هم فيها فكبكبوا ينتصرون أو ينصرونكم هل الله دون

يختصمون فيها وهم قالوا أجمعون إبليس وجنود والغاوون ومآ العالمين برب نسويكم إذ مبين ضالل لفي كنا إن تالله فلو حميم صديق وال شافعين من لنا فما المجرمون إال أضلنآ

المؤمنين من فنكون كرة لنا أنMaksudnya: Dan diperlihatkan neraka jelas kepada orang-orang

yang sesat; Serta dikatakan kepada mereka: Dimanakah benda-benda yang kamu sembah dahulu selain dari Allah ? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri? Lalu mereka dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, - mereka dan orang-orang yang sesat bersama, termasuk juga bala-tentera iblis semuanya. Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam neraka: Demi Allah, sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam; dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa. Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan, dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa. Maka alangkah baiknya kalau kami dapat kembali ke dunia sekali lagi, supaya

kami menjadi dari orang-orang yang beriman. (As-Syuara`: 91-102)

Ibn Qoiyim telah menjelaskan: Syirik menjerumuskan manusia ke lembah kemaksiatan yang mendatangkan natijah yang buruk di dunia dan akhirat, antaranya sepertimana berikut:-

53

Page 55: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

- kurang mendapat taufiq – rosak pemikiran - menyembunyikan kebenaran – hati menjadi rosak binasa - bersifat pasif - suka membuang masa dengan kerja yang tidak berfaedah - disisihkan oleh orang - syirik juga merupakan suatu penghinaan antara hamba dan Tuhannya - menghalang doanya daripada dikabulkan - syirik mengakibatkan keras hati - menghalang keberkatan rezeki dan umur - menghalang diri dari memperolehi ilmu - diselubungi kehinaan - dicela oleh musuh - sempit dada - diuji dengan mendapat rakan tidak baik - kebimbangan, kedukacitaan yang berpanjangan - kesempitan hidup - kekusutan jiwa. Akhirnya ia dihumbankan ke dalam api neraka yang menyemarak membaham mangsanya dan merasai azab yang tidak terperi dan tiada berkesudahan.

(Al Fawaid-Ibn Qoiyim: 47)

Bentuk-bentuk syirik:

Ulama’ telah menggariskan pelbagai jenis syirik antaranya seperti berikut:

Syirik Rububiyyah seperti ahli ta`thil asma was sifat iaitu mereka menafikan nama-nama dan sifat-sifat Allah ‘Azza Wa Jalla.

Syirik kaum Yahudi dengan dakwaan mereka bahawa Uzair adalah anak Allah.

Syirik kaum Nasrani dengan dakwaan bahawa Isa anak tuhan dan Tuhan adalah tiga.

Golongan Athies yang tidak percaya wujudnya tuhan, menyamakan tuhan dengan makhluk.

Golongan ahli falsafah yang mendakwa dunia adalah qodim dan wujud semenjak azali.

Menyembah bintang, bulan dan matahari semata-mata kerana ia memberi kesan tertentu kepada alam.

Menyembah unsur-unsur seperti api, air kegelapan dan cahaya kerana takut kepada kesan bahaya yang tertentu.

Mengaku diri menjadi tuhan, atau mendakwa diri berkuasa mengadakan sesuatu sedangkan Allah sahaja yang berkuasa menjadikannya.

Menggubal sistem hidup yang bercanggah dengan sistem Allah sedangkan ia ditegah oleh Allah. Sesiapa yang meredhai perbuatan dan perkataan mereka adalah tergolong di dalam syirik.

Adanya aliran pemikiran yang mendakwa “Wihdatul Wujud” yakni alam dan tuhan adalah hakikat yang satu.

Syirik dari segi kecintaan (mahabbah). Meletakkan kecintaan terhadap sesuatu menyamai atau menandingi kecintaan terhadap Allah ‘Azza Wa Jalla.

54

Page 56: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Syirik dengan meletakkan pergantungan diri kepada yang lain selain daripada Allah.

Syirik ahli sihir, tukang tilik dan ahli nujum dan sesiapa yang mempercayai mereka.

Penggunaan tangkal dan jampi serapah yang tidak mengandungi nama Allah, ayat Al-Quran dan doa yang ma`thur.

Mempercayai benda tertentu boleh membawa sial dan kepercayaan karut.

Melakukan penyembelihan untuk selain Allah

Bernazar untuk selain daripada Allah.

Bersumpah dengan nama selain daripada Allah.

Menggunakan lafaz-lafaz yang menyamakan antara Allah dan makhluknya.

Memuja dan mendewa-dewakan para solihin secara berlebihan dan meminta hajat daripada mereka.

Syirik kecil seperti riya’. Hadis qudsi di dalam sahih muslim:-

Àا Àن Àي أ ÀغÁن Àء أ Àا ك Àر Âالش ÁنÀع Ãك Áر Ãالش ÁنÀم ÀلÃمÀال عÀمÀع Àك Àر ÁشÀ ÁهÃ أ فÃيÁرÃي مÀعÃي ÂهÂ غÀي Áت ك ÀرÀ ÀهÂ ت ك Áر ÃشÀو

Maksudnya: Aku adalah bebas dari kalangan semua sekutu, siapa yang mengerjakan suatu amalan dan ia mengadakan sekutu pada amalan tersebut yang selain daripada Aku, nescaya Aku tinggalkan ia bersama sekutunya.

(Mawa`iz Luqman Fi Al-Quran, Nazarot Haula Wasaya Luqman, Haqiqotul Iman)

Martabat Syirik

Kebanyakkan manusia melakukan syirik dalam keadaan mereka sendiri tidak sedar. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

مشركون وهم إال بالله أكثرهم يؤمن وماMaksudnya: Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah),

kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka

mempersekutukannya juga dengan yang lain. (Yusof: 106)

Al-Imam al-Alusiy menafsirkan ayat di atas dengan menyebut: “Sesungguhnya mereka ini adalah tergolong di kalangan orang yang mengakui keesaan Allah dan sifat-Nya yang Maha Pencipta dan di waktu yang sama mereka juga melakukan pelbagai perkara-perkara yang terlibat dalam penyekutuan terhadap Allah dalam bentuk apa jua sekalipun”.

(Ruh Al Ma`niy: jil 3; ms 67)

55

Page 57: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Al-Imam al-Qurtubiy menjelaskan bahawa ayat di atas turun kepada golongan yang mengakui Allah sebagai pencipta mereka dan mencipta segala-galanya, tetapi pada masa yang sama mereka menyembah tuhan yang selain daripada Allah dan berhala. Mereka ini juga tergolong daripada golongan sepertimama yang di sebut oleh Allah di dalam Al-Quran:-

الله ليقولن خلقهم من سألتهم ولئنMaksudnya: Dan demi sesungguhnya jika engkau bertanya

kepada mereka: “Siapakah yang mencipta mereka?” Sudah tentu mereka

menjawab: “Allah”. (Az-Zukhruf: 87)

Kemudian mereka ini meletakkan sifat pada Allah dengan sifat yang tidak selayaknya dan mengadakan sekutu bagi Allah. Mereka ini adalah ahli kitab yang melakukan syirik di samping beriman kepada Allah. Mereka beriman dengan Allah tetapi mengkufuri Nabi Muhammad SAW. Justeru itu, iman mereka tidak diterima oleh Allah. Mereka ini beriman secara rambang tetapi melakukan syirik kepada Allah satu persatu secara terperinci. Antara lain, ayat ini juga membawa pengertian bahawa mereka berdoa kepada Allah agar menyelamatkan mereka dari kebinasaan, setelah Allah menyelamatkannya, mereka membuat alasan: “Jika tidak kerana orang itu kita tidak akan selamat, jika tidak kerana anjing nescaya pencuri itu menceroboh” Mereka menyandarkan nikmat Allah kepada individu tertentu dan juga menyandarkan pemeliharaan kepada anjing anjing, bukan kepada Allah.

(Tafsir Al-Qurtubiy: jil 9; ms 278)

Disebut dalam tafsir al-Qurtubiy: Para ulama telah menjelaskan terdapat tiga martabat syirik, semuanya adalah haram iaitu:-

1. I`tiqod yang menyekutukan Allah pada tauhid ‘uluhiyyah’ (tidak mengakui bahawa Allah ‘Azza Wa Jalla sahaja yang berhak untuk disembah tanpa sekutu). Inilah syirik besar yang dilakukan oleh orang jahiliyyah. Inilah yang dimaksudkan daripada firman Allah:

يشاء لمن ذلك دون ما ويغفر به يشرك أن يغفر ال الله إنMaksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syari'at-Nya).

(An- Nisa`: 48)

2. Kemudian diikuti pula dengan kepercayaan bahawa terdapat sekutu pada perbuatan Allah ‘Azza Wa Jalla. Iaitulah, mereka yang mengatakan bahawa: “Sesuatu yang wujud ini selain daripada Allah tiada kaitan dengan Allah (bersendirian) dalam merubah atau mengadakan sesuatu perbuatan.”

3. Syirik pada ibadat iaitulah riya`, melakukan ibadat bukan kerana Allah tetapi kerana selain-Nya.

56

Page 58: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

(Tafsir Al-Qurtubiy: jil 5; hal 187)

Fudhail ibn ‘Iyad menjelaskan: Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya` dan beramal kerana manusia adalah syirik. Hakikat ikhlas ialah apabila Allah melenyapkan syirik dan riya’ daripada manusia.

Menurut al-Junaid: Ikhlas adalah rahsia antara Allah dan hamba, hinggakan para malaikat sendiri tidak mengetahui tentang ikhlas untuk dicatat; syaitan juga tidak mengetahui tentang ikhlas sehingga ia boleh merosakkannya; dan demikian juga hawa nafsu, tidak mengetahui perihal ikhlas sehingga ia boleh menggodanya.

Asy-Syahid Syed Qutb menerangkan ayat di atas dengan

menjelaskan bahawa syirik khofiy - (tersembunyi) خفى meliputi perkara

yang berikut:

Pada konsep penilaian iaitu mengukur dan merumuskan apa sahaja yang ada di muka bumi sama ada terhadap sesuatu peristiwa, benda atau individu menurut pegangan mereka sendiri.

Bergantung pada sebab-musabab, sedangkan qudrat Allah adalah sama dalam mendatangkan kemanfaatan dan mencegah kemudhorotan.

Menaruh kepercayaan kepada yang lain selain daripada kekuatan Allah.

Meletakkan pergantungan pada hamba-hamba Allah; selain daripada Allah.

Melakukan pengorbanan yang dicemari dengan keinginan untuk mendapat penghargaan manusia.

Berjihad untuk mendapat suatu manfaat atau menolak suatu kemudhorotan kerana selain Allah.

Syirik dalam peribadatan dengan mengharapkan sesuatu yang lain di samping melakukannya kerana Allah.

(Fi Zilal Al Quran: jil 4; ms 2033)

Kerana itulah, Rasulullah SAW bersabda:

النمل دبيب من أخفي فيكم الشركMaksudnya: Syirik pada kamu lebih halus daripada semut yang

merangkak. (Rawahu al-Hafiz Abu Ya`li )

Untuk mengelakkan daripada syirik maka kita disarankan supaya membaca doa:

ÄمÂا اللهÀ ÀعÂوÁذÂ إن ÃكÀ ن ÀنÁ مÃنÁ ب رÃكÀ أ ÁشÂ ÃكÀ ن Åا ب Áئ ي Àش ÂهÂمÀ ÀعÁل كÀ ن ÂرÃفÁغÀ ت ÁسÀ وÀنÃمÀا ÀمÂه ال ل ÀعÁل ن

Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan dengan-Mu daripada mensyirikkan-Mu dengan sesuatu apa pun yang kami

57

Page 59: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

ketahui sendiri dan kami memohon ampun dari-Mu apa yang tidak kami ketahui.

(Riwayat at-Tabraniy)

Sewajarnya kita sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam setiap aktiviti dan gerakkerja kerana kemungkinan amalan yang disangkakan telah diqasodkan kepada Allah tetapi pada hakikatnya ialah adalah untuk sekutu yang lain.

Sabda Rasulullah SAW:

سمعت: فضالة أبي ابن سعيد أبي عن صلى الله رسول قال ال ليوم واآلخرين األولين الله جمع إذا يقول: وسلم عليه اللهمن: ينادي فيه ريب لله عمله عمل في أشرك كان مناد

عن الشركاء أغني الله فإن الله غير عند من ثوابه فليطلبالشرك

Maksudnya: Daripada Abi Said Ibn Abi Fudholah, berkata ia: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apabila Allah menghimpunkan seklian makhluk yang terdahulu dan terkemudian di hari yang tiada tiada keraguan padanya, akan diseru: Barang siapa yang telah menyekutukan amalan yang dilakukannya kerana Allah, maka mintalah ganjarannya daripada selain Allah, sesungguhnya Allah sekutu yang terkaya daripada sekutu yang lain.

(Riwayat Al-Imam Ahmad)

Asy-Syahid meneruskan penjelasannya dengan menerangkan berkenaan dengan syirik jaliy (zahir) iaitu:-

Berhukum dengan yang lain selain daripada Allah dalam mana-mana urusan kehidupan seperti berhukum berdasarkan perundangan yang direka sedangkan ia melibatkan perkara nas yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Membuat ketetapan berdasarkan taqlid (tradisi) seperti mengadakan perayaan yang tidak disyariatkan.

Membuat ketetapan dalam soal pemakaian yang menyalahi perintah Allah, menentukan bahagian mana yang perlu ditutup dan bahagian mana yang perlu dibuka, sedangkan syariat telah menentukan batasan aurat.

Perkara-perkara yang sebegini telah menjangkau dari batasan dosa kepada syirik apabila mereka akur dan membuat ketetapan berdasarkan kepada `uruf (adat kebiasaan) yang telah mendominasi sesebuah masyarakat, sedangkan itu semua adalah hasil perbuatan manusia sendiri. Dan juga meninggalkan segala arahan yang sudah jelas daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Perkara sebegini membawa kepada syirik kerana ia mengheret kita mengambil hukum dengan yang lain selain daripada Allah. Ini merupakan suatu aspek yang sangat merbahaya. Kita sedia maklum bahawa kerosakan aqidah yang sebegini tersebar di kalangan masyarakat

58

Page 60: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

dan tidak hairanlah sekiranya ini menjadi wasiat yang utama Luqman kepada anaknya.

(Fi Zilal Al Quran: jil 4; ms 2033)

Di dalam sebuah hadis menyatakan:-

الجنة دخل شيئا بالله اليشرك مات منMaksudnya: Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak mensyirikkan

Allah berhak untuk ke syurga.

Wasiat ini mengandungi garis panduan dan maksud yang mendalam. Semoga kita menerimanya sebagai amaran daripada Al-Quran dan hadis nabi yang perlu diambil perhatian. Para ulama telah memberi ingatan bahawa orang muslimin mesti mengambil pengajaran dan iktibar daripadanya, berkaitan setiap perkara yang ditujukan kepada orang kafir di dalam Al-Quran.

Kalimah Tauhid

Ketika Luqman menasihati anaknya agar menjauhi syirik, pada hakikatnya Luqman menghendaki agar anaknya hidup dalam keadaan mentauhidkan Allah, dan membesarkan-Nya dalam rangka membentuk

ummah rabaniah dengan menghayati kalimah tauhid " الله إال إله ال "

Hanya Allah sahaja yang selayaknya untuk dimuliakan dan disembah. Inilah yang menjadi tanggungjawab para Nabi dan Rasul. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran:

الطاغوت واجتنبوا الله عبد أن رسوال أمة كل في بعثنا ولقدMaksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam

kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannnya

menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. (An-Nahl: 36)

Seterusnya Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

أنا إال إله آل أنه إليه نوحي إال رسول من قبلك من أرسلنا ومآفاعبدون

Maksudnya: Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan

Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepada-Ku. (Al-Anbiya`: 25)

Setiap Rasul menyeru kaum mereka dengan kalimah:

غيره إله من لكم ما الله اعبدوا

59

Page 61: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Maksudnya: Wahai kaumku, Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya.

(Al-A’rof: 59,65,73,5 / Hud: 5,61,84 / Al Mukminun: 23,32)

Mentauhidkan Allah bermula dengan mengucap dua kalimah syahadah. Hadis suci yang menyebut tentang topik ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah bin Somit:-

عبده محمدا وأن له شريك ال وحده الله إال إله ال أن شهد من إلى ألقاها وكلمته ورسوله الله عبد عيسى وأن ورسوله

علي الجنة الله أدخله حق والنار حق والجنة منه وروح مريمالعمل من كان ما

Maksudnya: Sesiapa yang bersaksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya, dan sesungguhnya Nabi Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, dan sesungguhnya Isa AS adalah hamba Allah dan Rasul-Nya, dan kalimah Allah yang diutuskan kepada Maryam melalui Jibril, dan roh yang dicampakkan dari-Nya, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar; nescaya Allah memasukkan ia ke dalam syurga walau apa pun amalannya.

Pengarang kitab Al-Aqidah Al-Tahawiyah menyebut: Mentauhidkan Allah merupakan ucapan pertama yang membawa seorang masuk ke dalam agama Islam dan ungkapan terakhir yang diucapkan oleh manusia di saat hendak berpisah dari dunia ini. Demikianlah Al-Quran menyeru manusia agar menjelmakan tauhid kepada Allah melalui tingkah-laku serta tidak mensyirikkan-Nya

(Syarh Al-Aqidah Al-Tahawiyah: 15)

Tingkah laku manusia akan sentiasa berada pada garis yang sebenar sekiranya mereka berikrar menyatakan tauhid semata-mata kepada Allah tuhan sekelian alam, atau dalam ertikata lain ketikamana ikrar benar-benar bertapak di hati. Dan sememangnya tauhid menjadi hak Allah. Dengan tauhid yang sebenar barulah seorang hamba akan mendapat keredhaan dan taufik daripada Allah untuk melakukan amalan soleh yang berkekalan.

Pengarang kitab Al-Aqidah Al-Tahawiyah menjelaskan lagi “Sesiapa yang menyifatkan Allah dengan sifat kemanusiaan adalah kafir. Keimanan hanyalah satu dan orang-orang yang beriman itu pada asalnya adalah sama, mereka lebih mulia antara satu dengan yang lain melalui amalan kebaikan, ketaqwaan, menyanggahi hawa nafsu dan melazimi amalan yang mulia”.

(Syarh Al-Aqidah Al-Tahawiyah: 16)

Tauhid adalah agama fitrah dan manusia itu sendiri pernah membuat pengakuan dengan mengatakan:

بلى: بركم ألست قالوا

60

Page 62: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Maksudnya: Tuhan bertanya: “Bukankah Aku tuhan kamu.”

Mereka menjawab: “Bahkan.” Kalimah “La ilaha illallah” membawa pengertian kita

mengosongkan diri dari tuhan batil yang diada-adakan dan keimanan yang padu terhadap Tuhan pemilik sekalian alam serta tidak menyekutukan-Nya. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

وأن الباطل دونه من يدعون ما وأن الحق هو الله بأن ذلكالكبير هوالعلي الله

Maksudnya: Dialah sahaja Tuhan Yang sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah adalah palsu belaka. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Tinggi keadaa-Nya,

lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya). (Luqman: 30)

Pegangan tauhid hendaklah diperteguhkan. Setiap individu mestilah menilik imannya, memperbaharui sumpah-setia kepada Allah dengan mengosong dan menghias hati serta menyucikannya dari segala kotoran. Menyingkirkan duri-duri dan kepincangan di sekitarnya. Sama ada yang bersangkut-paut dengan keadaan persekitaran, rakan-rakan, media massa, pembacaan serta bisikan dan cumbu rayu syaitan. Sentiasa memperbaharui iman dengan mem perbanyakkan membaca Al-Quran, bertahlil, bertasbih, berzikir sehinggalah menjadikan mereka ini berhak untuk mendapat do’a daripada Allah dan para malaikatnya.

Proses penjanaan iman adalah bertapak pada kalimah tauhid iaitu Lailahaillallah. Bersabda Rasullulah SAW:

وسلم عليه الله صلى الله رسول قال قال هريرة أبي عن قال إيماننا نجدد وكيف الله رسول يا قيل إيمانكم جددواالله إال إله ال قول من أكثروا

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah berkata ia: Bersabda Rasulullah SAW: Perbaharuilah iman kamu. Dikatakan kepada Baginda: Bagaimanakah caranya untuk kami memperbaharui iman kami? Baginda

bersabda: Banyakkanlah menyebut الله إال إله ال . (Riwayat Ahmad dan at-Tabraniy)

Kalimah ini begitu bermakna dan ia boleh mendorong seseorang untuk membetulkan kefahamannya sehingga menjadikan keimanan mereka benar-benar tulus dan beramal dengan segala yang telah disyariatkan, sama ada dengan kata-kata atau perbuatan. Sekiranya seorang mukmin itu benar-benar beriman kepada Allah dan tidak mensyirikkan-Nya maka dia akan menikmati kelazatan iman yang sebenar, tergolong di kalangan orang mukmin yang mengesakan Allah dan mendapat ganjaran baik berlipat-ganda daripada-Nya. Kita hidup dalam keadaan dagang dan tiada siapa di samping

61

Page 63: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

kita yang boleh memberi sokongan dan kekuatan serta nasihat untuk mentaati Allah kecuali segelintir sahaja. Mentauhidkan Allah boleh mendatangkan kesejahteraan pada diri iaitu menikmati taufik daripada Allah, hidayah dan Nur Ilahi. Inilah perkara yang paling utama dan sebagai tunggak bagi segala perkara. Apabila iman telah sempurna dan jelas maka ia akan menjadi pendorong kepada seseorang untuk melakukan kebaikan dan berlumba-lumba untuk mentaati Allah dan Rasul-Nya. Menghindari dirinya daripada perbuatan syirik, syubhah, perkara yang membinasakan dan segala dosa. Ini semua boleh membebaskan hamba daripada menyembah selain daripada Allah dan inilah dia kebebasan yang paling sempurna pada neraca Islam. Bebasnya akal fikiran daripada segala khurafat dan thaghut yang menjadi tuhan bagi segelintir manusia. Ini semua akan membentuk peribadi muslim yang tenang dan tenteram dalam mencintai Allah, Rasul dan orang beriman. Menikmati kehidupan di bawah peliharaan Allah dan rahmat-Nya di dunia dan akhirat.

Tuntutan Kalimah Tauhid (Lailahaillallah)

Pengertian kalimah Lailahaillallah yang luas ini mencakupi segala tuntutan kehidupan dan ia juga merangkumi segenap aspek. Berikut digariskan rumusan ringkas pelbagai tuntutan dalam hidup seorang muslim yang berhubung rapat dengan kalimah ini, sepertimana yang dinyatakan oleh Muhammad Qutb:

Tuntutan Keimanan.

Ia menyentuh perkara yang telah diterangkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis:

أن قال ؟ اإليمان وما دينكم،قال يعلمك أتاكم جبريل هذا ومالئكته بالله تؤمنوشره.. خيره والقدر اآلخر واليوم ورسله وكتبه

أحمد( أخرجه)Maksudnya: Inilah Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar

kepada kamu agama kamu. Berkata Jibril: Apakah iman? Rasulullah bersabda: Bahawa kamu beriman dengan Allah, malaikatnya, kitab-kitabnya, Rasul-Rasulnya, hari akhirat dan takdir yang baik dan buruk.

(Akhrajahu Ahmad)

Keimanan terhadap setiap elemen yang terkandung di dalam hadis ini mempunyai peranan dalam memenuhi tuntutan Lailahaillallah.

Tuntutan Ubudiyah

62

Page 64: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Setelah terbukti tiada Tuhan layak yang disembah melainkan Allah, maka memang wajarlah segala bentuk pengabdian hanya ditujukan kepada Allah ‘Azza Wa Jalla dan ia merupakan perkara yang tabie dan boleh diterima akal.

Aqidah yang terpesong akan turut melibatkan ibadat juga turut terpesong Apabila aqidah terpasak kukuh maka sudah semestinya bentuk ibadat yang dilakukan menjadi sejajar dan seirama dengan tuntutan syara’.

Di dalam minhaj Rabbani setiap ibadat adalah untuk memenuhi tuntutan dunia dan akhirat, sama ada dengan syiar ibadat yang khusus ataupun aktiviti hidup yang rutin. Di dalam Islam tiada ibadat semata-mata untuk memenuhi tuntutan akhirat, sepertimana yang disangkakan oleh sebahagian manusia. Agama ini diturunkan untuk mengislah kehidupan manusia dan segenap bidang lain yang amat luas.

Tuntutan Perundangan

“La ilaha illah” bukan semata-mata aqidah bahkan ia bersangkut-paut dengan semua risalah samawi yang lain dalam mengatur dan menjamin kesempurnaan hidup.

Permasalahan tashyrie’ (perundangan) adalah masalah yang berhubung secara langsung dengan soal Uluhiyyah. Perkara ini berlandaskan kepada dua sebab:

Soal perundangan adalah hak Allah semata-mata kerana Dia-lah yang Maha Pencipta.

Sifat Allah yang Maha Pencipta (Al-Khaliq) , Maha Halus (Al-Latif), Maha Mengenal (Al-Khabir), Maha Bijaksana (Al-Hakim) dan Maha Mengetahui (Al-A`lim).

Tuntutan Akhlak

Akhlak mempunyai kaitan dengan aqidah kerana Rasulullah SAW bersabda:

خصلة فيه كانت ومن خالصا منافقا كان فيه كن من أربع خصلة فيه كانت منهن

إذا: حتى النفاق من أخلف وعد غدر وعاهد كذب حدث يدعهافجر خاصم وإذا

Maksudnya: Empat perkara jika ada pada seseorang, ia adalah munafiq. Sesiapa yang ada satu perkara darinya, maka bererti terdapat padanya satu unsur nifaq sehinggalah ia meninggalkannya: Apabila ia bercakap ia berdusta, apabila diamanahkan ia mengkhianati, apabila berjanji ia menyalahi, apabila bertelingkah ia berbecah-belah.

63

Page 65: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

(Dikeluarkan Oleh Muslim)

Nifaq juga adalah suatu masalah yang bersangkutan dengan aqidah. Penipuan, pengkhianatan, mungkir janji, berpecah-belah setelah berlaku pertelingkahan adalah permasalahan akhlak...(Rasulullah SAW menjelaskan bahawa berlakunya kepincangan pada masalah akhlak. membabitkan soal nifaq. Berlakunya nifaq bererti mencabul perjanjian dengan Allah di bawah kalimah La ilaha illallah).

Apabila kita merenung wasiat Luqman tentang, bagaimanakah seorang itu boleh berbakti (mensyukuri) kepada ibu dan bapanya, tidak dapat tidak ia perlu kembali kepada kepada perjanjian yang pernah termeterai dengan Allah ‘Azza Wa Jalla iaitu untuk “dengar” dan “taat” kepada-Nya, selepas itu barulah terbentuknya setiap hubungan yang ditautkan dengan akhlak....

Tuntutan Pemikiran

Individu muslim mempunyai keunikan gagasan minda yang tersendiri dalam membuat penilaian dan ukuran yang terpancar dari Al-Quran dan As-Sunnah. Seorang itu telah mempertuhankan akalnya apabila ia lebih mengutamakannya dalam membuat pertimbangan tersebut. Sedangkan penggantungan pada akal secara mutlak bercanggah dengan tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah.

Cakupan minda muslim tidak terbatas pada perkara maddiy (zahir) sahaja, bahkan menjangkau jauh pada perkara ma’nawi. Ia menggarap segala yang dapat dilihat dan yang tidak dapat dilihat. Perkara ini memberi kesan dalam hubungan antara individu. Hubungannya tidak terjalin di atas landasan kebendaan semata-mata tetapi lebih meluas mencakupi perkara “maknawi”.

Sikap terbuka dan rasional adalah suatu tuntutan, tetapi hendaklah dalam ruang lingkup izzah (kemuliaan) yang didasarkan atas prinsip keimanan dan keistimewaan yang dibina oleh prinsip Islam pada pemikiran mukmin.

Perkara yang diperlukan oleh manusia ialah ilmu yang mencerminkan keimanan dan dunia yang berasaskan iman. Inilah prinsip Islam yang terkandung di sini dan sebagai tuntutan Pemikiran bagi kalimah Lailahaillallah.

Tuntutan Membina Tamaddun Dan Peradaban

Banyak ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang perkara ini, antaranya ialah:

من وكلوا مناكبها في فامشوا ذلوال األرض لكم جعل الذي هوالنشور وإليه رزقه

64

Page 66: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Maksudnya: Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya).

(Al-Mulk: 15)

Disebut dalam ayat di atas “dibangkitkan hidup semula” iaitu perkara yang berhubung dengan hisab dan pembalasan di hari akhirat, manakala ayat: “maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah rezeki yang dikurniakan Allah” adalah suatu peringatan bahawa perlunya iltizam dengan minhaj Rabbani; iaitu akur dengan garis sempadan halal dan haram, harus dan tidak harus, yang membawa erti iltizam dengan segala apa jua yang datang dari Allah. Inilah dia tuntutan Lailahaillallah.

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

الدنيا من نصيبك تنس وال اآلخرة الدار الله آتاك فيمآ وابتغ إن األرض في الفساد تبغ وال إليك الله أحسن كمآ وأحسن

المفسدين يحب ال اللهMaksudnya: “Dan tuntutlah dengan harga kekayaan yang telah

dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan”.

(Al-Qasas: 77)

Sentiasa mengingati akhirat dalam operasi mengeksploitasi segala khazanah alam, merekacipta, memper indahkan alam buana disamping iltizam dengan segala prinsip agama yang menjamin keselamatan insan di akhirat kelak. Sesungguhnya Allah sahaja yang dapat merealisasikan matlamat hidup manusia dan membentuk tamaddun yang sebenar. Pem bangunan adalah suatu perkara yang dituntut dan suatu kemestian, tetapi ia hendaklah dibina di atas minhaj Rabbani.

Tuntutan ‘Seniman’ (Penyair, Penyajak Dan Lain-lain).

معك القدس وروح قلMaksudnya: Ungkapkanlah! (Wahai Hassan ibn Thabit) Ruhul Quds

(Jibril) ada bersama kamu (membantumu).

Demikianlah arahan Rasulullah SAW kepada Hassan ibn Thabit RA ketikamana beliau mengungkap syairnya. Jelas di sini bahawa Rasulullah

65

Page 67: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

telah menggalakkan bahkan mendesak Hassan ibn Thabit meneruskan bacaan syairnya. Ini menunjukkan kepada kita bahawa ia merupakan suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Adalah menjadi suatu kewajipan kepada siapa yang berbakat dalam bidang seni penyampaian agar menggunakan kesempatan ini untuk berdakwah melalui keseniannya yang unik tersebut. Namun ia hanya fardhu kifayah. Apabila ia telah dilaksanakan oleh sebahagian manusia maka gugurlah kefardhuannya ke atas sebahagian yang lain. Justeru itu kepada mereka yang lain, yang memiliki bakat tersendiri, perlulah menumpukan perhatiannya kepada matlamat dan objektif seninya sendiri.

Adalah menjadi fardhu ain kepada mereka yang memiliki bakat yang tersendiri dalam bidang penyampaian dan pengungkapan, supaya iltizam dalam aktivitinya mengikut landasan tatasusila Islam. Inilah tuntutan seniman bagi kalimah La ilaha illallah.

Seniman di zaman jahiliyyah melaungkan slogan “Seni untuk seni”. Seniman muslim mengangkat kemuliaan manusia kepada kemuliaan yang selayaknya dengan martabat insan itu sendiri. Pada hari ini para seniman tidak lagi menerima slogan tersebut, tetapi mereka cuba melaungkan slogan “Seni untuk kehidupan”. Tetapi kehidupan bagaimanakah yang dimaksudkan oleh mereka. Siapakah yang meletakkan ukuran dan menentukan prinsip pada kehidupan?

Matlamat hakiki bagi ‘Seniman Islam’ ialah ubudiyyah kepada Allah dengan ertikata yang luas, mencakupi peranan menta`mir muka bumi dengan minhaj rabbaniy.

Secara umum media merupakan salah satu medan meluahkan bakat kesenian yang mempunyai matlamat yang pelbagai, manakala media Islam mempunyai misi yang tersendiri. Media Islam bukan keseluruhannya semata-mata nasihat dan pengajian agama, tetapi ia adalah salah satu juzuk yang tidak terpisah dari berperanan untuk mengingatkan kita kepada Allah dan hari akhirat.

Tujuan utama media Islam secara ringkas ialah:

Memperkenalkan hakikat agama. Mendedahkan perancangan musuh Islam. Mengemukakan pandangan Islam terhadap isu-isu semasa. Mengingatkan manusia tentang misi kehidupan mereka yang

sebenar.

Tiga tuntutan pertama iaitulah tuntutan iman, tuntutan ibadat dan tuntutan tasyrie’; jika ia tidak wujud dalam diri seseorang maka ternafilah imannya. Tidak melaksanakan tuntutan-tuntutan tersebut atau salah satu darinya, boleh membawa kepada syirik, sama ada: Syirik i’tiqad, syirik ibadat dan syirik tasyrie’. Ketiga-tiganya adalah syirik besar yang tidak diampunkan Tuhan, melainkan dengan kembali kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya.

66

Page 68: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Adapun tuntutan-tuntutan yang lain, kecuaian dalam melaksanakan tuntutan tersebut atau langsung tidak melaksanakannya tidak membatalkan iman, tetapi menjadikan iman seseorang itu tidak sempurna dan ia adalah berdosa.

(Ringkasan dari La ilaha illallah Aqidah Syariah Wa Minhaj Hayah: Muhammad Qutb: ms 43-119)

PENGERTIAN DAN CARA – CARA BERSYUKUR

Definisi Syukur

Sahl Ibn Abdullah mendefinisikan syukur: Bermujahadah dalam melakukan ketaatan dan meninggalkan kemaksiatan, sama ada ketika bersendirian atau dalam keadaan terang-terangan.

Menurut al-Junaid: Syukur ialah perasaan hati bahawa tidak berlakunya syirik pada nikmat Allah ‘Azza Wa Jalla.

Menurut al-Imam an-Nasafi: Syukur ialah pengiktirafan diri bahawa ia lemah untuk melaksanakan hakikat syukur. Syukur hati ialah makrifat, syukur lisan ialah memuji Allah, syukur anggota ialah melakukan ketaatan. Pengiktirafan diri lemah dalam melakukan semua ini adalah dalil yang menunjukkan penerimaan Allah terhadap amalan kita.

(Tafsir Al-Nasafiy: jil 2; ms 1332)

Cara–cara bersyukur kepada Allah

Antara nikmat Allah ‘Azza Wa Jalla kepada hambanya ialah memberi taufik kepada kita untuk mempersembahkan kesyukuran kepada Allah di atas segala nikmat-Nya. Seterusnya barulah mereka berhak mendapat keredhaan Allah. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

67

Page 69: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

إن الكفر لبعاده يرضى وال عنكم غني الله فإن تكفروا إنلكم يرضه تشكروا

Maksudnya: Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmat-Nya itu, maka ketahuilah bahawa Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaan-Nya); dan Ia tidak redhakan hamba-hamba-Nya berkenaan kufur; dan jika kamu bersyukur, Ia

meredhainya menjadi sifat dan amalan kamu. (Az-Zumar: 7)

Syukur adalah ibadat hati, jasmani dan harta yang dipersembahkan semata-mata untuk Allah ‘Azza Wa Jalla. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

ترجعون إليه له واشكروا واعبدوه الرزق الله عند فابتغواMaksudnya: Oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah

akan Dia serta bersyukurlah kepada-Nya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan di-kembalikan.

(Al-Ankabut: 17)

Allah ‘Azza Wa Jalla telah memerintahkan para Rasul dan Nabi-Nabi agar bersyukur, firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

الشكور عبادي من وقليل شكرا داود ءال اعملواMaksudnya: (Setelah itu Kami perintahkan): “Beramallah kamu

wahai keluarga Daud untuk bersyukur, dan sememangnya sedikit sekali di

antara hamba-hamba-Ku yang bersyukur. (Saba`: 13)

Allah ‘Azza Wa Jalla juga telah memerintahkan seluruh hamba-Nya supaya bersyukur. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

له واشكروا ربكم رزق من كلواMaksudnya: (Lalu dikatakan kepada mereka), “Makanlah dari

rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya." (Saba`: 15)

Syukur merupakan ibadat yang dilakukan hanya kerana Allah Tuhan sekelian alam dan tidak menyekutukan-Nya. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

لي اشكر أنMaksudnya: Bersyukurlah kepada-Ku

(Saba`: 14)

Syukur hanya dipanjatkan kepada pemilik segala nikmat dan yang berkuasa ke atasnya iaitulah Allah ‘Azza Wa Jalla satu-satunya Tuhan. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

68

Page 70: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

الله فمن نعمة من بكم وماMaksudnya: Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka

adalah ia dari Allah. (An-Nahl: 53)

Dengan bersyukur boleh melipat-gandakan lagi nikmat. Sebahagian salafussaleh mengatakan: Sesiapa yang diberikan empat perkara tidak akan terhijab dari empat perkara lain:-

1. Siapa yang mendapat sesuatu lalu bersyukur tidak akan terhijab dari bertambahnya rezeki. Perkara ini bertepatan dengan firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

لشديد عذابي إن كفرتم ولئن ألزيدنكم شكرتم إلنMaksudnya: Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.

(Ibrahim: 7)

2. Siapa yang diberikan hidayat untuk bertaubat maka ia tidak akan terhijab dari dikabulkan permintaannya (penerimaan Tuhan). Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

عباده عن التوبة يقبل الذي وهوMaksudnya: Dialah (Allah) yang menerima taubat dari hambanya.

(Syura: 25)

3. Siapa yang beristikharah tidak terhijab dari memperolehi pilihan yang terbaik.

4. Siapa yang berbincang dan bermusyawarah tidak akan terhijab dari kebenaran.

Dua hal di atas adalah didasarkan kepada sabda Baginda Rasulullah SAW:

استشار من ندم وال استخار من خاب الMaksudnya: Tiada rugi siapa yang beristikharah (memohon

daripada Allah petunjuk agar diberi pilih perkara terbaik di antara dua perkara yang baik) dan tidak menyesal siapa yang bermusyawarah.

(Nazorot Hawla Wasoya Luqman Al-Hakim)

Allah ‘Azza Wa Jalla memerintahkan supaya mengabdikan diri dan bersyukur kepada-Nya sepertimana yang tersebut di dalam firman-Nya yang

bermaksud: Sembahlah Allah sahaja dan bersyukurlah kepada-Nya. (Al-Ankabut 17)

Al-Imam al-Alusi telah menyebut: Bersyukurlah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla di atas segala nikmat-Nya dengan melakukan ibadah, untuk dijadikan wasilah bagi mencapai segala permintaan, mereka berpaut dengan

69

Page 71: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

kesyukurannya melalui segala apa yang ada (nikmat–nikmat yang telah dapat dikecapi) bagi mengundang nikmat Allah yang berlipat-ganda. Kita dapati di sini Allah ‘Azza Wa Jalla memerintahkan manusia supaya beribadat serta mensyukuri segala nikmatnya yang luas dan melimpah-ruah. Itu semua tidak akan terlaksana melainkan dengan keimanan yang benar-benar mantap, ibadat yang ikhlas, redha dengan segala ketentuan Allah, penyerahan diri kepada-Nya secara total.

(Tafsir Ruh Al Maa`niy: jil 20; hal 145)

Al-Imam ar-Rozi menyebut: لى واشكروا “wash kuruliy”

maknanya gunakanlah bantuan nikmat-Ku untuk mentaati-Ku. (Al-Anmuzaj Al-Jalil: jil 1; ms 20)

Kaifiyat bersyukur seorang muslim ialah menzahirkan pengiktirafan dengan keyakinan yang mendalam bahawa segala nikmat tersebut adalah semata-mata daripada Allah, bukan selain daripada-Nya. Dari sini, tergambar suatu kewajipan dan kemestian bahawa kesyukuran manusia kepada Allah ialah dengan:

I`tiqod yang murni. Puji-pujian yang diletakkan hanya kepada Allah ‘Azza Wa Jalla yang

sememangnya berhak untuk mendapat pujian. Iltizam dengan syariat yang mulia secara menyeluruh.

Setiap amalan baik adalah tetap dihargai. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:-

مشكورا سعيكم وكان جزاء لكم كان هذا إنMaksudnya: (Serta dikatakan kepada mereka): “Sesungguhnya

(segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah

usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah).” (Al-Insan: 22)

Dalam ayat ini Ibn Qoiyim telah menjelaskan: “Allah ‘Azza Wa Jalla telah menghimpunkan dua perkara bagi orang mukmin iaitu:

Penghargaan (syukur) di atas usaha orang mukminin. Penganugerahan ganjaran ke atas mereka.

Allah ‘Azza Wa Jalla berterima kasih kepada hamba-Nya sekiranya ia memperelokkan amal ketaatannya. Mengampuninya bilamana ia kembali kepada Allah. Maka Allah menghimpunkan pada diri mukmin yang soleh antara penghargaan dari Allah di atas ihsan hamba-Nya dan keampunan-Nya lantaran kejelekan amalannya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Menghargai (mensyukuri).

(‘Uddatu Al-Sabirin Wa Zakhiratu Al- Shakirin: 199).

Antara lain, tuntutan kesyukuran ialah menzahirkan, menghebah dan memperkatakan tentang segala bentuk nikmat Allah ‘Azza Wa Jalla yang

70

Page 72: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

kita dapat tanpa bermegah-megah dan takabbur serta riya`. Sabda Rasulullah SAW:

وسلم عليه الله صلى النبي قال قال الله عبد بن جابر عن فمن به فليثن يجد لم ومن فليجزبه فوجد عطاء أعطى من

كفره فقد كتمه ومن شكر فقد به أثنىMaksudnya: Daripada Jabir ibn Abdillah RA daripada Nabi SAW

bahawa Baginda bersabda: Sesiapa yang mendapat suatu pemberian hendaklah ia membalasinya. Siapa yang tiada padanya sesuatu untuk dibalasi hendaklah ia mengucapkan penghargaan. Sesungguhnya sesiapa yang menzahirkan penghargaannya ia telah mensyukuri dan sesiapa yang menyembunyikannya ia telah mengkufurinya (tidak menghargai).

(Sunan Abi Daud) (At-Tafsir Al-Wasit: jil 10; ms 1950)

Rasulullah SAW telah menunjukkan salah satu contoh teladan bagaimana untuk bersyukur. Rasulullah SAW sanggup meninggalkan Aishah sementara waktu untuk qiamullail walaupun Baginda telah bersama dengan A`ishah berada di dalam satu selimut dan telah bersentuhan kulit. Sebelum Rasulullah SAW bangun, Baginda meminta izin daripada A`ishah terlebih dahulu. Lalu, Ai`shah mengizinkan Baginda, walaupun ia gemar untuk berdamping dengan Rasulullah SAW yang dicintainya. Setelah itu, Baginda bangun untuk berwudhuk sambil memperbanyakkan siraman air wudhuk. Kemudian Baginda bersembahyang sambil menangis sehingga air mata Baginda mengalir ke dada. Rasulullah dalam keadaan demikian sehinggalah Bilal datang memberitahu kepada Baginda bahawa waktu Subuh telah tiba. Kemudian Saidatina `Aishah bertanya kepada Rasulullah SAW:-

ذنبك من تقدم ما لك الله غفر وقد يبكيك ما الله رسول ياتأخر؟ وما

Maksudnya: Wahai Rasulullah! Apakah yang menyebabkan engkau menangis, sedangkan Allah telah mengampunkan dosa engkau yang

dahulu dan akan datang. Lantas Baginda Rasulullah SAW menjawab:

على:- أنزل وقد أفعل ال ولم ، شكورا عبدا أكون أفالApakah tidak boleh aku menjadi seorang hamba yang bersyukur.

Mengapa tidak aku melakukannya, sedangkan telah diturunkan kepadaku ayat:

والفلك والنهار الليل واختالف واألرض السماوات خلق في إن الناس ينفع بما البحر في تجري التي موتها بعد األرض به فأحيا مآء من السمآء من الله أنزل ومآ

المسخر والسحاب الرياح وتصريف دآبة كل من فيها وبث يعقلون لقوم آليات واألرض السمآء بين

71

Page 73: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfa'at kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang, demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya, dan

keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran”. (Al Baqarah: 64) (Riwayat Ibn Hibban) (Risalah Al-Qusyairiyyah: 173)

Bentuk kesyukuran kepada Allah dapat dibuktikan dengan melakukan amal ibadat khusus seperti bersembahyang dan berdoa, dan juga segala tindakan lain yang sejajar dengan tuntutan syariat yang menyentuh seluruh aspek kehidupan di dunia.

Kesyukuran kita diletakkan atas dasar kebenaran Allah itu sendiri. Ini kerana Allah ‘Azza Wa Jalla memiliki sifat yang maha sempurna, tiada sebarang kekurangan. Dari itu, Allah ‘Azza Wa Jalla berhak mendapat pujian tahmid daripada hamba-hambanya. Bertahmid kepada Allah merupakan salah satu bentuk kesyukuran yang tinggi nilainya.

Sabda Rasulullah SAW:

يحمده لم عبد تعالى الله يشكر لم الشكر رأس الحمدMaksudnya: Puji-pujian adalah pokok segala kesyukuran (bentuk

kesyukuran yang tertinggi). Tidak mensyukuri Allah sesiapa yang tidak memuji-Nya.

(Ruhul Ma`aniy: jil 7; ms 126)

Sabda Rasulullah SAW:

عليه الله صلى الله رسول قال عنه الله رضي هريرة أبي عنكل: أقطع. لله بالحمد فيه يبدأ ال بال ذي أمر وسلم

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA bersabda Rasulullah SAW: Setiap perkara penting yang tidak dimulai dengan tahmid kepada Allah, maka ia adalah terputus (kurang keberkatan).

(Hadis Sahih diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Baihaqiy).

Contoh daripada kesungguhan Rasulullah SAW untuk bertahmid ialah:

سÂولÂ كان قالت عنها الله رضي عائشة عن Àر Ãالله صلى الله ÀذÃي للهÃ الحمدÂ قال يحبه األمر رأى إذا وسلم عليه ÃهÃ ال ÃعÁمÃت Ãن بÈمÃ Àت ÃحÀات ت ÂلÃ علÀى للهÃ الحمدÂ قال يكرهه األمر رأى وإذا الصÀال ك

Éال Àح

72

Page 74: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Maksudnya: `Aishah RA berkata Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila melihat perkara yang disukainya Baginda berkata: “Segala puji-pujian kepada Allah yang dengan nikmatnya sempurnalah segala perkara yang soleh(baik).” Apabila Baginda melihat perkara yang tidak disukai Baginda berkata: “Segala puji-pujian bagi Allah di atas setiap hal keadaan.”

(Hadis Hasan menurut As-Syeikh Al-Albaniy-Sunan Ibn Majah)

Cara bersyukur Kepada Manusia:

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah bersabda:-

الناس يشكر ال من الله يشكر الMaksudnya: Tidak mensyukuri Allah bagi sesiapa yang tidak

bersyukur kepada manusia. (Abu Daud / Kitab Adab Bab Syukurul Ma’ruf: jil 4; ms 255)

Al-Imam al-Qurtubiy menjelaskan hadis di atas dengan berpandukan kata-kata al-Khattobiy, iaitu:-

Siapa yang tabi’atnya sering mengkufuri (tidak menghargai) jasa manusia dan tidak berterima kasih di atas budi-baik mereka, pada kebiasaannya mereka mengkufuri nikmat Allah dan tidak bersyukur kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.

Allah ‘Azza Wa Jalla tidak menerima ‘syukur’ seseorang hamba berkaitan ihsannya terhadap Allah selagi mana hamba itu tidak berterima kasih (bersyukur) di atas ihsan manusia terhadapnya dan tidak menghargai jasa baik mereka.

Zun Nun al-Masriy Abul Faidhi berkata: Bersyukur kepada mereka yang lebih tinggi daripadamu adalah dengan melakukan ketaatan, bersyukur kepada mereka yang sebaya denganmu dengan melakukan perkara yang setimpal, bersyukur kepada mereka yang lebih rendah martabatnya ialah dengan melakukan ihsan dan memuliakannya.

(Tafsir Al-Qurtubiy: jil 1; ms 404)

Ada disebut dalam athar bahawa syukur mata ialah kita menutup mata dari melihat keaiban yang ada pada sahabat, syukur telinga ialah menutup keaiban yang kita dengar mengenai sahabat.

(Al-Risalah Al-Qusyairiyah: 176)

Setelah dikemukakan penjelasan yang panjang lebar, dapatlah kita mengetahui bagaimanakah kesyukuran dapat dipanjatkan Allah dan penghargaan dikalungkan untuk manusia.

73

Page 75: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

KESEMPURNAAN AQIDAH DI DALAM WASIAT LUQMAN AL HAKIM

1) Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

الحكمة لقمان ءاتيناMaksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan.

(Luqman: 12)Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman lagi:

اإلنسان ووصيناMaksudnya: Kami telah wasiatkan kepada manusia.

(Luqman: 14)

Demikianlah Allah menggunakan kalimah “kami” yang menunjukkan kebesaran dan kemuliaan-Nya. Allah tidak menyebut: “ Telah ‘Aku’ berikan kepada Luqman hikmah” dan “Telah ‘Aku’ wasiatkan kepada manusia”. Kita sudah sedia maklum bahawa kebesaran dan kemuliaan

74

Page 76: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

hanya milik Allah Tuhan sekelian alam, Pemberi segala nikmat yang tidak terbilang dan tidak terhad.

2) Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

حميد غني الله فإن كفر ومن لنفسه يشكر فإنما يشكر ومنMaksudnya: Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

(Luqman: 12)

Disebut di sini kalimah Al-Kufr (kufur) dan kalimah As-Syukr (syukur) yang berlawanan.

Menurut al-Imam an-Nasafi: Allah ‘Azza Wa Jalla mengingatkan kita bahawa hikmah yang hakiki dan ilmu yang sebenar ialah apabila kita:-

Beramal dengan kedua-duanya Menyembah dan bersyukur kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.

(Tafsir an-Nasafi: jil 2; ms 1332)Menurut al-Imam az-Zamakhsyariy: hikmah tercetus dengan

melaksanakan kesyukuran. Sesungguhnya Allah itu bersifat Al-Ghoniy (Maha Kaya) iaitu tidak berhajat kepada kesyukuran daripada hamba-Nya, dan juga bersifat Al-Hamid (Maha Terpuji) iaitu yang selayaknya untuk dipuji walaupun tiada seorang pun yang memujinya.

(Al-Kasyaf: jil 3; ms 493)

Abu Haiyan juga menyebut di dalam tafsirnya: Ganjaran syukur tidak dapat dikecapi melainkan oleh orang yang bersyukur. Pada hakikatnya Allah langsung tidak berhajat kepada sebarang kesyukuran, kesyukuran hamba langsung tidak memberi manfaat kepada-Nya, kekufuran hamba juga langsung tidak mendatangkan kemudhorotan kepada-Nya. Allah Yang Maha Terpuji, segala puji-pujian menjadi hak Allah sama ada pada zat atau sifat-Nya.

(Al-Bahru Al Muhith: jil 7; ms 186)

Adapun mereka yang mengkufuri nikmat Allah yang melimpah-ruah ke atasnya dalam keadaan diri mereka sendiri juga termasuk di dalam gugusan nikmat tersebut, namun mereka jugalah orang yang telah menderhaka dan membantah tuhannya serta menukar nikmat Allah dengan kekufuran. Sesiapa yang berbuat demikian bermakna ia telah menempatkan dirinya pada seburuk-buruk tempat tinggal dan sehina-hina perkampungan di hari akhirat kelak

3) Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

المصير إليMaksudnya: Hanya kepada-Kulah (tempat) kembalimu.

(Luqman: 14)

75

Page 77: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Ayat ini menjelaskan tentang beriman dengan hari akhirat yang terkandung di dalamnya kekuasaan Allah ‘Azza Wa Jalla untuk menghidupkan makhluk, dan mematikannya serta membangkitkan manusia. sebagai tanda luasnya ilmu Allah ‘Azza Wa Jalla, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui. Sebagai tanda benarnya segala apa yang ada pada hari qiamat iaitu hari kebangkitan semula, perhimpunan mahsyar, seru-seruan (yaumud tanad), pertemuan (yaumud talaq), hisab, pembalasan, titian siroth, syurga dan neraka.

4) Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

خبير لطيف الله إنMaksudnya: Sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuan-Nya;

lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi(Luqman: 16)

Ini adalah di antara perkara yang wajib diyakini pengertiannya dengan sebenar-benarnya. Allah ‘Azza Wa Jalla mengetahui segala rahsia dan yang jelas tertera, segala bisikan hati, serta segala yang tersembunyi di dalam dada, batu serta di langit dan bumi. Cuba kita renungkan firman Allah ‘Azza Wa Jalla berikut:-

وإن شيئا نفس تظلم فال القيامة ليوم القسط الموازين ونضعحاسبين بنا وكفى بها أتينا خردل من حبة مثقال كان

Maksudnya: Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil, untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.

(Al-Anbiya`: 47)

Ini semua menjadikan manusia:-

1. Sentiasa takut (khauf) kepada Allah

2. Sentiasa bermuraqabah (memelihara segala gerak-gerinya) disamping perasaan sentiasa membesarkan (menta`zimkan) Allah

3. Ketaatan yang teguh dan padu.

4. Bersegera untuk mendapatkan keampunan Allah yang sentiasa diimpikan.

Ini semua akan diperolehi oleh mereka yang bertaubat dan beramal soleh dengan benar-benar ikhlas kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.

5) Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

76

Page 78: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

فخورا مختاال كان من يحب ال الله إنMaksudnya: sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang

yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman: 18)

Orang yang sombong, takabbur, bongkak dan berbangga diri, terdedah kepada kemurkaan Allah ‘Azza Wa Jalla. Kisah dahulu-kala dan zaman silam telah memperlihatkan kepada kita bagaimana mereka ini dibenamkan ke dalam bumi hingga hari qiamat angkara sifat melampau, takabbur dan bongkak.

Seorang muslim itu memiliki sifat tawadhu` dan tenang serta memiliki pendirian yang tetap. Ia adalah antara sifat yang dicintai Allah.

Bentuk-Bentuk Kecintaan Kepada Allah

Tanpa disedari adakalanya kita menyintai sesuatu yang lain melampui batas-batas yang sepatutnya. Ini boleh menghumbankan kita ke kancah kesesatan. Hal ini dinyatakan oleh Ibn Qoiyim. Menurutnya: cinta terbahagi kepada empat dan kita perlu tahu perbezaan antara cinta tersebut. Mereka yang menjadi sesat adalah ekoran tidak dapat membezakan antara cinta-cinta tersebut:

Cinta pada Allah. Ia tidak memadai untuk melepaskan diri dari azab Allah dan untuk mendapatkan ganjaran-Nya. Orang Musyrikin, kristian, Yahudi dan selain dari mereka juga turut mencintai Allah.

Menyintai apa yang dicintai oleh Allah. Perkara ini membawa seseorang kepada Islam dan mengeluarkannya daripada kekufuran. Orang yang paling dikasihi Allah ialah mereka yang paling kuat mencintai apa yang dicintai oleh Allah.

Cinta yang diasaskan kerana Allah dan pada jalan-Nya. Ini adalah antara kemestian dalam mahabbah. Kecintaan tidak akan selari dengan kehendak agama melainkan jika dijalinkan kerana-Nya dan pada jalan-Nya.

Kecintaan pada yang lain di samping mencintai Allah. Inilah yang dinamakan syirik dalam kecintaan mahabbah. Sesiapa yang menyintai sesuatu menandingi cinta kepada Allah, maka cinta itu bukanlah diasaskan kerana Allah dan tidak dijalinkan mengikut jalan-Nya. Ketika ini, mereka telah mengambil sekutu yang selain daripada Allah. Inilah dia cinta orang musyrikin.

Bahagian kelima ini tidak terlibat dengan pengertian syirik iaitu naluri semula jadi. Kecenderongan manusia kepada tabiat yang bersesuian dengannya. Contohnya: Keinginan seorang yang dahaga kepada air, seorang yang lapar kepada berhajat makanan, keinginan untuk tidur, dan kecintaan kepada isteri dan anak. Semua ini tidak tercela melainkan jika melalaikan

77

Page 79: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

dari mengingati Allah dan menghalang dari merealisasikan cinta terhadap Allah. Sepertimana firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

الله ذكر عن أوالدكم وال أموالكم تلهكم ال آمنوا الذين يأيهاMaksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, Janganlah kamu

dilalaikan oleh (urusan) hartabenda kamu dan anak-pinak kamu daripada

mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). (Al-Munafiqun: 9)

الله ذكر عن بيع وال تجارة تلهيهم ال رجال Maksudnya: (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat

imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau jualbeli daripada

menyebut serta mengingati Allah. (An-Nur: 37) (Ad-Da` Waddawa`: 243)

Sifat-Sifat Yang Dicintai Allah

Sifat-sifat yang menyebabkan seseorang hamba dikasihi Allah dan diberikan ganjaran kepadanya sehingga mendapat keredhaan daripada Allah ‘Azza Wa Jalla:-

Bertaubah iaitu kembali daripada apa yang di cela oleh syara` kepada apa dipuji oleh syara`. (Ar-Risalah Al-Qusyairiah: 91) Menyesal di atas dosa-dosa sekalipun telah dilakukan berulang-kali.

Menurut Ibn Qoiyim al-Jauziyyah terdapat tiga hakikat taubat:

1. Merasa besar pada kesalahan kecil

2. Merasa taubatnya masih belum di terima

3. Menzahirkan sensitiviti dan kemarahan kerana Allah apabila suruhan Allah dicanggah serta tidak menerima sebarang alasan daripada orang yang menyanggahi perintah Allah; seperti dakwaan yang mengatakan kononnya ia adalah suratan taqdir.

(Tahzib Madarij as-Salikin: 124)

Menurut Zun Nun al-Masriy terdapat tiga tanda seseorang itu melakukan taubat nasuha: Kurang berkata-kata, kurang makan dan kurang tidur.

Menurut Abu Bakar al-Wasity: Dorongan melakukan taubat nasuha bukan disebabkan lantaran kehilangan sesuatu. Orang yang membuat dosa di dunia untuk mencari kesenangan diri, kemudian ia bertaubat untuk mendapatkan kesenangan diri di akhirat, maka taubatnya adalah untuk dirinya semata-mata bukan kerana Allah.

Firman Allah‘Azza Wa Jalla:

التوابين يحب الله إنMaksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang

banyak bertaubat.

78

Page 80: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

(Al-Baqarah: 222)

Suci dan bersih dengan membuang segala kekotoran dan apa sahaja yang tercela. Sabda Rasulullah SAW:

وسلم عليه الله صلى الله رسول قال قال سعيد أبـي وعـن على نعمه اثر يرى ان ويحب الجمال يحب جميل الله ان

يعلى أبو رواه عبدهMaksudnya: Daripada Abi Said bersabda Rasulullah SAW:

Sesungguhnya Allah itu adalah cantik, Allah menyukai yang cantik , dan Allah suka melihat kesan nikmatnya pada hambanya.

(Riwayat Abu Ya`li)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

المتطهرين ويحبMaksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang

sentiasa mensucikan diri. (Al-Baqarah: 222)

Ihsan. Al-Imam al-Qurtubiy menjelaskan bahawa orang yang memiliki sifat ihsan ialah mereka yang beri`tiqod menurut prinsip tauhid yang sahih, mengelokkan urusan penjagaan diri, menunaikan kefardhuan dan tidak mengenakan kejahatan dirinya kepada orang lain.

(Tafsir Al-Qurtubiy: jil 1; ms 420)

Terdapat dua maqam ihsan iaitu maqam muraqobah: merasai bahawa Allah melihat kita. Dan maqam mushahadah: menghambakan diri seolah-olah kita melihat Allah.

(Al-Mustakhlis Fi Tazkiyah an-Nafs 325)

Ibn Qoiyim menjelaskan: Ihsan pada qasad (maksud, niat dan tujuan) terhasil dengan:-

1. Membentuk ‘qasad’ di atas asas ilmu dan membersihkannya dari kepincangan. Tidak ber‘qasad’ melainkan dengan apa yang diharuskan oleh ilmu (mengikut arahan Allah dan syara`).

2. Memeterai keazaman. Ia dimeterai dengan penuh ketelitian dan disertai dengan kekuatan bagi tujuan perlaksanaan. Ia tidak bertangguh-tangguh, tidak menghiraukan sekatan yang melemahkan nya dan tidak luntur semangat.

(Tahzib Madarij as-Salikin: 481)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

المحسنين يحب الله إنMaksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang

berusaha memperbaiki amalannya. (Al-Baqarah: 195)

79

Page 81: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Bertaqwa. Ibn Atho` mengatakan: Taqwa adalah pada zahir dan batin. Taqwa pada zahir dengan memelihara batasan agama. manakala taqwa pada batin ialah niat dan ikhlas.

(Al-Risalah Al-Qusyairiyah: 106).

Sabda Rasulullah SAW:

عليه الله صلى الله رسول قال قال السعدي عطية عن بأس ال ما يدع حتى المتقين من يكون أن العبد يبلغ ال وسلم

البأس به لما حذرا بهMaksudnya: Rasulullah SAW menjelaskan bahawa, hakikat taqwa

tidak dapat diperolehi oleh seorang hamba sehinggalah ia meninggalkan suatu yang tidak merbahaya lantaran takut terjebak kepada bahaya yang lain.

(Sunan Al-Baihaqiy Al-Kubra)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

المتقين يحب الله فإنMaksudnya: Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang

bertaqwa. (Ali Imran: 72)

Sabar. Ibn Atho` berkata: ‘Sabar’ ialah menanggung ujian dengan adab yang murni.

(Ar-Risalah al-Qusyairiah: 184)

Diriwayatkan bahawa: Bersabarlah untuk mentaati Allah, sanggupkanlah hati kamu untuk menanggung ujian di jalan Allah, ikatkanlah jiwamu dengan kerinduan kepada Allah.

(Tahzib Madarij Al-Salikin: 354)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

الصابرين يحب واللهMaksudnya: Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang

yang sabar. (Ali Imran: 146)

Tawakkal. Abu Nasr as-Siraj at-Tusiy berkata syarat untuk bertawakkal ialah menurut apa yang dijelaskan oleh Abu Turab an-Nakhsyabiy: Menggerakkan badan berdasarkan konsep ‘ubudiyyah’, pergantungan hati berdasarkan konsep ‘rububiyyah’ dan mententeramkan jiwa kepada Yang Maha Mencukupkan segalanya iaitu Allah. Sekiranya ia diberi ia bersyukur, jika tidak mendapat maka ia bersabar.

(Ar-Risalah al-Qusyairiah: 164)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

80

Page 82: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

المتوكلين يحب الله إنMaksudnya: Sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang

bertawakkal kepada-Nya. (Ali Imran: 156)

Saksama dan adil. Berlaku adil pada setiap masa dan ketika walaupun pihak yang lain tidak berlaku adil, mengkhianati dan terpesong dari jalan kebenaran. Ini kerana sifat adil yang dilakukan bukanlah untuk mereka tetapi adalah untuk Allah ‘Azza Wa Jalla. Sabda Rasulullah SAW:

الله صلى الله رسول قال قال حذيفة عن الطفيل أبي عن أحسنا الناس أحسن إن تقولون إمعة تكونوا ال وسلم عليه أن الناس أحسن إن أنفسكم وطنوا ولكن ظلمنا ظلموا وإن

تظلموا فال أساءوا وإن تحسنواMaksudnya: Daripada Abit Thufail daripada Huzaifah bahawa

Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu menjadi “imma`ah”, iaitu dengan mengatakan sekiranya manusia lain baik maka baiklah kami, sekiranya manusia lain zalim maka zalimlah kami; akan tetapi tetapkanlah dirimu bahawa sekiranya manusia lain baik maka kamu juga baik, sekiranya mereka jahat maka janganlah kamu turut menjadi jahat.

(Sunan At-Tirmiziy)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

المقسطين يحب الله إنMaksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang

berlaku adil. (Al-Maidah: 142)

Berjuang menegakkan agama Allah dalam soff (barisan) / jamaah dan membina kesatuan dengan bekerjasama. Berjuang fi sabillah iaitu di jalan Allah di atas landasan syariat, tidak bermatlamatkan dunia, bukan untuk kepentingan diri atau kepentingan mana-mana pihak, bukan di atas dasar ‘asobiyyah’ (perkauman). Sentiasa berada dalam kesatuan. Kekuatan dibina dengan kesatuan bagi menegakkan agama Allah. Sepertimana seorang yang memiliki suatu binaan tidak suka binaan tersebut pincang begitulah juga Allah tidak menyukai ummat ini berbalah dan berpecah. Kekukuhan kesatuan yang dibina seumpama binaan yang tersusun rapi lagi indah dan sempurna tiada sebarang kecacatan.

Seumpama tertegaknya sebuah bangunan dari pelbagai juzuknya, bermula dari tapak, dinding, tiang dan sebagainya. Setiap satu juzuk bangunan itu mempunyai peranannya sendiri. Bangunan tidak akan terbina semata-mata dengan satu juzuk sahaja. Jika salah satu dari juzuknya dipisahkan maka ia terdedah kepada pelbagai bahaya lama-kelamaan ia akan terus roboh. Mereka yang ingin menegakkan agama secara

81

Page 83: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

bersendirian tidak akan berjaya kerana ia tidak menunaikan tuntuntan Islam dalam perjuangannya.

(Sedutan Fi Zilal Al Quran: jil 6; ms 3555)

Sewajarnya saling tolong-menolong dan lengkap-melengkapi antara individu, kelompok masyarakat dan jamaah, walaupun saling berbeza fikrah dan pendapat dalam usaha mengislah masyarakat, politik dan ekonomi. Lainlah halnya sekiranya terdapat percanggahan dalam prinsip dan wasilah yang digunakan oleh mereka, berkaitan nas yang menjelaskan soal halal atau haram.

(Sedutan dari Al-Syariah Al-Muftara Alaiha: 126)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

بيان كأنهم صفا سبيله في يقاتلون الذين يحب الله إنمرصوص

Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi,

seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (As- Soff: 4)

Tawadhuk dan berkasih-mesra (azillah) sesama orang mukmin. Selagi mana seseorang itu beriman maka ia berhak untuk mendapat layanan yang baik dan hendaklah saling berbelas-kasihan, berlemah–lembut, bertoleransi dan tidak banyak membantah.

Pendirian sebegini bukanlah suatu yang hina bahkan ia adalah jalinan ukhuwwah yang melenyapkan segala batas perbezaan, tidak menyusah dan membebankan orang lain; serta menghilangkan kecelaruan dan kekeliruan antara dua jiwa.

Seorang yang jiwanya tidak bersama jamaah dan merasakan dirinya mempunyai suatu kelebihan sentiasa ingin menonjolkan sifat lobanya terhadap orang lain. Adapun mereka yang jiwanya bersama jamaah, sikapnya sentiasa melambangkan kesatuan jiwa. Tidak wujud di dalam jiwanya sebarang prasangka buruk ingin menghina, memperlekeh dan memperkecilkan orang lain. Demikianlah pertemuan yang diasaskan kerana Allah, kasih-sayang mereka sentiasa digandakan.

(Sedutan dari Fi Zilal Al Quran: jil 2; ms 919)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

المؤمنين علي أذلة ويحبونه يحبهمMaksudnya: Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia;

mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang beriman. (Al-Maidah: 54)

Tegas (izzah) ke atas orang kafir. Orang kafir yang memusuhi umat Islam sepatutnya dikerasi dan ditentang. Ini bukan kerana ‘izzah (memuliakan) dengan zat diri sendiri tetapi izzah dengan aqidah. Ketuanan

82

Page 84: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Islam mesti ditegakkan dan dalam masa yang sama hak orang bukan Islam tetap terjaga dan terpelihara. Peranan orang Islam ialah memberi kefahaman kepada orang bukan Islam berkaitan perkara yang hak.

(Sedutan dari Fi Zilal Al Quran: jil 2; ms 919)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

الكافرين على أعزةMaksudnya: Berlaku tegas (gagah) terhadap orang-orang kafir.

(Al-Maidah: 54)

Berjihad di jalan Allah tanpa menghiraukan segala celaan. Berjihad untuk melaksanakan syariat Tuhan yang menjamin kestabilan hidup. Tidak berganjak dihadapan mereka yang cuba menghalang dan mengganggu. Tidak goyah menghadapi sebarang ugutan dan hasutan. Rasulullah SAW bersabda:

وسلم عليه الله صلى الله رسول ان الخدري سعيد أبي عن إذا نفسه أحدكم يحقرن ال قال أضاع وقد الله فيلقى به يقول فال مقاال فيه عليه الله أمر رأى كنت انا فيقول الناس خشيت فيقول منعك ما فيقول ذلكتخشى ان أحق

Maksudnya: Daripada Abi Saeid al-Khudriy: Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang dari kamu menghina dirinya; apabila ia melihat suatu perkara yang sepatutnya ia menyatakan sesuatu (teguran) kerana menurut perintah Allah ‘Azza Wa Jalla, tetapi ia tidak menyatakan (teguran) tersebut, sehinggalah ia bertemu dengan Allah ‘Azza Wa Jalla, sedangkan kesempatan itu sudah berlalu, maka ditanya kepadanya: Mengapakah kamu tidak melakukannya (teguran tersebut)? Dia menjawab: Aku takut pada manusia. Lalu dikatakan kepadanya: Sesungguhnya Akulah (Allah) yang lebih berhak untuk ditakuti.

(Tafsir Ibn Kathir)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

الئم لومة يخافون وال الله سبيل في يجاهدونMaksudnya: Mereka berjuang dengan bersungguh sungguh pada

jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. (Al-Maidah: 54)

Sifat-Sifat Yang Dibenci Oleh Allah

1. Kufur.

83

Page 85: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Kufur adalah adalah perkara yang berlawanan dengan iman. Kekufuran merangkumi perbuatan menyembunyikan kebenaran dan tidak mempedulikan nikmat Allah yang melimpah-ruah.

(Tafsir al-Qurtubiy: jil 1; ms 200)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

الكافرين يحب ال الله فإنMaksudnya: Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang kafir.

(Ali Imran: 32)

2. Melampau.

Melanggar batas-batasan yang telah ditetapkan.

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

المعتدين يحب ال الله إنMaksudnya: Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang

menceroboh. (Al-Baqarah: 190)

3. Melakukan kerosakan .

Memesongkan diri daripada jalan yang lurus. Melakukan kerosakan di muka bumi ialah dengan:-

Melakukan kekufuran Menyatakan wala` (taat setia) kepada golongan kafir. Memecah-belahkan manusia dengan ajakan agar tidak

beriman dengan Nabi Muhammad SAW dan Al-Quran.(Tafsir al-Qurtubiy: jil 1; ms 220)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

الفساد يحب ال واللهMaksudnya: Sesungguhnya Allah tidak suka kepada bencana

kerosakan. (Al-Baqarah: 205)

4. Engkar dan dosa .

Engkar dengan hati dan melakukan dosa dengan perbuatan.

(Tafsir Ibn Kathir)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

أثيم كفار كل يحب ال واللهMaksudnya: Allah tidak suka kepada tiap tiap orang yang terus

kekal dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa. (Al-Baqarah: 276)

84

Page 86: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

5. Zalim

Iaitu penginayaan pada diri, harta dan kemuliaan.

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

الظالمين يحب ال واللهMaksudnya: Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang orang

yang zalim. (Ali Imran: 57)

6. Berbangga diri dan bongkak.

Merasakan diri sentiasa lebih daripada orang lain dan meninggikan diri di hadapan orang.

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

فخور مخنال كل يحب ال الله إنMaksudnya: Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang

yang sombong takabbur, lagi membanggakan diri. (Luqman: 18)

7. Khianat.

Melakukan pengkhianatan terhadap harta benda manusia dan melakukan perkara-perkara yang melibatkan dosa ke atas mereka.

(Ruh Al Ma`aniy)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

أثيما خوانا كان من يحب ال الله إنMaksudnya: Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang

yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa. (An-Nisa`: 107)

Menurut al-Kalbiy: Mengkhianati Allah dan Rasulullah ialah dengan melakukan maksiat. Manakala mengkhianati amanah: Ia adalah berkaitan dengan apa yang diamanahkan dan difardhukan oleh Allah kepada seseorang, sekiranya dia mahu dia akan menunaikannya dan sekiranya dia enggan dia mengkhianati amanah tersebut, hanya Allah sahaja yang mengetahui tentang dirinya.

(Al-Kabair: 117)

8. Bangga, tidak tahu menggunakan nikmat dan sombong .

Enggan mengiktiraf nikmat Allah, merasakan apa yang diperolehinya adalah hasil usaha dirinya sendiri semata-mata. Menggunakan nikmat Allah pada jalan yang tidak benar. Berbangga dan bermegah dengan harta kekayaan, kekuasaan dan kebolehan diri hingga menyebabkan ia

85

Page 87: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

tenggelam dalam kenikmatan. Sepatutnya ia memanjatkan puji-pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah yang mengurniakan segalanya.

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

الفرحين يحب ال الله إنMaksudnya: Sesungguhnya sesungguhnya Allah tidak suka kepada

orang-orang yang bermegah-megah. (Al-Qasas: 76)

Allah ‘Azza Wa Jalla menafikan mahabbah (cinta dan kasih) menjurus kepada:-

Kemurkaan Allah. Allah tidak meredhai. Tidak mendapat balasan ganjaran pahala.

Kesimpulan daripada keterangan di atas menunjukkan bahawa orang mukmin:-

Amat cenderung untuk melakukan ketaatan kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.

Berakhlak menurut kesukaan dan keredhaan Allah. Menggesa diri agar menjauhi perkara yang tidak disukai Allah.

B) IBADAT

FALSAFAH SOLAT DAN KEPENTINGANNYA

86

Page 88: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Kepentingan Menunaikan Solat

Luqman berpesan kepada anaknya agar menunaikan sembahyang sepertimana firman Allah:

الصالة أقم بني ياMaksudnya: Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang.

(Luqman: 17)

Para anbiya’ dan solihin sentiasa mengambil berat dengan solat. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

بيتك عند زرع ذي غير بواد ذريتي من أسكنت إني ربنآ تهوي الناس من أفئدة فاجعل الصالة ليقيموا ربنا المحرم

يشكرون لعلهم الثمرات من وارزقهم إليهمMaksudnya: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku telah

menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ada tanaman padanya, di sisi rumah-Mu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadi-kanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dari hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.

(Ibrahim: 37)

Sembahyang dianggap medan yang paling wajar untuk orang mukmin mengingati Allah. Dengan menunaikan sembahyang seorang mukmin itu dapat mengingati Allah dari permulaan sehinggalah selesai mengerjakannya. Rasulullah bersabda yang mafhumnya, “Sesungguhnya para sahabat nabi tidak melihat sesuatu yang lain jika ditinggalkan menjadi kufur melainkan sembahyang.”

(Dikeluarkan oleh At-Tirmiziy dan Al-Hakim)

Di dalam ayat–ayat yang lain Allah ‘Azza Wa Jalla telah memerintahkan sembahyang dan menjelaskan kepentingan-nya, antaranya seperti berikut:-

1) Allah memerintahkan hambanya agar menunaikan sembahyang di kala menghadapi kesukaran dan kepayahan.

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

87

Page 89: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

مع الله إن والصالة بالصبر استعينوا آمنوا الذين يآأيهاالصابرين

Maksudnya: Wahai sekalian orang-orang yang beriman, Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

(Al-Baqarah: 153)

2) Sembahyang menjadikan seorang hamba mampu untuk mencegah kemungkaran dan segala perbuatan yang keji.

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

والمنكر الفحشآء عن تنهى الصالة إن الصالة وأقمMaksudnya: Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun);

sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

(Al-Ankabut: 45)

3) Allah menjelaskan bahawa mengingat-Nya dengan menunaikan sembahyang adalah cara paling afdhal:

Fiman Allah ‘Azza Wa Jalla:

لذكري الصالة وأقمMaksudnya: Dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

(Toha: 41)

4) Allah mendedahkan di dalam Al-Quran bahawa sifat semula jadi manusia ini ialah sentiasa resah gelisah dan bersifat bakhil di samping sifat sifat keji yang lain lagi. Kecuali orang orang yang mendirikan sembahyang. Firman Allah:

الخير مسه وإذا جزوعا الشر مسه إذا هلوعا خلق اإلنسان إن في والذين دآئمون صالتهم على هم الذين المصلين إال منوعا

بيوم يصدقون والذين والمحروم للسآئل معلوم حق أموالهم ربهم عذاب إن مشفقون ربهم عذاب من هم والذين الدين

أزواجهم على إال حافظون للفروجهم هم والذين مأمون غير ذلك ورآء بتغى فمن ملومين غير فأنهم أيمانهم ملكت ما أو

راعون وعهدهم ألماناتهم هم والذين العادون هم فأولـئك

88

Page 90: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

صالتهم على هم والذين قائمون بشهاداتهم هم والذينمكرمون. جنات في أولـئك يحافظون

Maksudnya: Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah; dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang; iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyang dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum; bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta); dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal amal yang salih sebagai buktinya); dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya; kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seorangpun) merasa aman terhadapnya; dan mereka yang menjaga kehormatannya; kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela; Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi); dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam syurga dengan diberikan penghormatan.

(Al-Ma`arij: 19 – 35)

Saidina Umar RA telah mengatakan bahawa:

ومن دينه حفظ عليها وحافظ حفظها من :عنه الله رضي عمرأضيع سواها لما فهو ضيعها

Maksudnya: Sesiapa yang menjaga dan memelihara solat secara bersungguh-sungguh, ia telah menjaga agamanya; dan barang siapa yang mengabaikannya maka ia lebih mengabaikan perkara-perkara lain.

Seorang hamba apabila ia berdiri untuk sembahyang ia memulakan dengan takbir, ini melambangkan keimanannya terhadap kebesaran Allah ‘Azza Wa Jalla.

Puji-pujian terhadap Allah ‘Azza Wa Jalla melambangkan makrifatnya (kenal) terhadap yang Maha mencipta dan berkuasa mengadakan dan meniadakan serta yang Maha Bijaksana dalam menentukan rezeki. Justeru, wajarlah kesyukuran dipanjatkan hadrat Ilahi

Bertasbih melambangkan ia mengiktiraf bahawa tiada siapa yang dapat menandingi kekuasaan Allah, dan mengagungkan rububiyyah Allah ‘Azza Wa Jalla.

Tasyahhud pula merupakan ‘akad setia’ (bai’ah) yang sentiasa diperbaharui dengan Allah untuk melaksanakan tuntutan syahadah iaitu iltizam dengan tuntutan syari’at dan menjauhi tegahan syari’at.

89

Page 91: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Jelaslah, solat merupakan perlambangan yang praktis bagi keimanan terhadap perkara ghaib keseluruhannya.

Mukmin yang menunaikan solat, menyerahkan dirinya seratus peratus kepada Allah, memisahkan dirinya dari dunia sepenuhnya, membuang segala fikiran dan lintasan hati yang berkaitan dengan dunia, menghadap diri kepada Allah dengan hati, fikiran, dan rohnya sekaligus, semata-mata untuk mecari keredhaan Allah. Tidak menyibukkan dirinya dengan urusan keduniaan. Sesungguhnya dunia ini adalah satu cebisan yang akan binasa, akhiratlah yang kekal abadi dan lebih baik. Sepatutnya seseorang yang mendirikan solat mengosongkan hati dari segala perkara keduniaan dengan menghadapkannya kepada Allah secara mutlak; sepertimana seseorang yang berdiri menghadap kepada qiblat semata-mata; tidak menghala ke arah lain lagi.

Pada suatu hari Hatim al-Asom ditanya tentang sembahyangnya; dia berkata: “Apabila tiba waktu sembahyang aku mengambil wudhuk dengan sempurna, kemudian aku pergi ke tempat sembahyang dan aku duduk seketika sehingga seluruh anggotaku menjadi tenang, kemudian aku bangun dengan menggambarkan bahawa ka’bah di hadapan dua keningku, dan aku menganggap bahawa titian sirot di bawah kakiku, syurga di kananku, neraka di kiriku, malaikat maut di belakangku, aku menyangka itulah solat terakhirku, kemudian aku meletakkan diriku antara roja` (harapan) dan khauf (takut) kepada Allah, kemudian aku bertakbir dengan penghayatan sebenar, aku membaca bacaan sembahyang dengan tartil, aku ruku` dengan tawadhu`, aku sujud dengan khusyu`, aku duduk atas kaki kiri dan aku tegakkan kaki kanan (duduk tasyahud) lalu aku ikutinya dengan ikhlas, setelah itu aku tidak tahu sama ada ia diterima atau tidak...?

(Nazorot Hawla Wasoya Luqman: jil 2, ms 584)

Sesungguhnya manusia dijadikan dalam keadaan lemah dan banyak melakukan kecuaian, maka amat perlu sekali hubungan diri yang kukuh dengan Allah ‘Azza Wa Jalla melalui kelazatan munajat.

Sabda Rasulullah SAW:

وسلم عليه الله صلى الله رسول قال قال أنس عن ثابت عن في عيني قرة وجعلت والطيب الدنياالنساء من الي حبب

الصالة.Daripada Thabit daripada Anas RA bersabda Rasulullah SAW:

Dianugerahkan rasa suka kepada dunia, perempuan dan suatu yang baik, dan dijadikan ‘penyejuk mata’ bagiku ketika berada di dalam sembahyang.

(Musnad Imam Ahmad)

Imam Ibn Qoiyim mengatakan: ‘Penyejuk mata’ (Quratul ‘Ain) adalah lebih tinggi daripada kecintaan. Ini kerana, bukanlah setiap yang dicintai itu menyejukkan mata. ‘Penyejuk mata’ hanyalah sesuatu yang

90

Page 92: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

dicintai kerana zatnya iaitulah Allah ‘Azza Wa Jalla. Setiap yang selain dari Allah ‘Azza Wa Jalla dicintai selepas mencintai Allah, maka ia adalah dicintai kerana Allah.

(Al-Toriq Ila Hidayah: ms 48, 49)

Solat adalah kerehatan bagi orang mukmin. Manakala orang yang lalai dan cintakan dunia, merasakan solat merupakan suatu bebanan ke atas dirinya. Jika mendirikan solat seolah-seolah dia berdiri di atas bara api, lalu ia solat dalam keadaan tergopoh-gapah. Dengan itu solat bukan lagi menjadi kerehatan bagi hatinya

Sabda Rasulullah SAW:

بالصالة فأرحنا بالل يا قمMaksudnya: Ayuh wahai Bilal! Kita berehat dengan solat.

(Sunan Abi Daud)

Solat yang sempurna dapat membersihkan diri, sabda Rasulullah SAW:

وسلم عليه الله صلى الله رسول سمع أنه هريرة أبي عن أحدكم بباب نهرا أن لو أرأيتم يقول

شيء درنه من يبقي هل مرات خمس يوم كل منه يغتسل الخمس الصلوات مثل فذلك قال شيئ درنه من يبقي ال قالواعليه( متفق)الخطايا.. بها الله يمحو

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidakkah kamu lihat jika di hadapan rumah seorang kamu terdapat sungai lalu ia mandi di sungai itu setiap hari lima kali, adakah masih lagi terlekat padanya kotoran? Sahabat menjawab; Tidak lagi terlekat padanya sebarang kekotoran. Rasulullah bersabda; Demikianlah solat lima waktu dapat Allah hapuskan kesalahan-kesalahan.

Solat perlu disempurnakan; ditambahi dengan amalan sunat, agar segala kekurangan dalam menunaikan kewajipan dapat ditampung dengan amalan sunat. Sabda Rasulullah SAW:

الله صلى الله رسول قال قال عنه الله رضي هريرة أبي عن عمله من القيامة يوم العبد به يحاسب ما أول أن وسلم عليه

خاب فقد فسدت وإن وأنجح أفلح فقد صلحت فإن صالته وجل عز الرب قال شيء فريضته من انتقص فإن وخسر

91

Page 93: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

من انتقص ما بها فيكمل تطوع من لعبدي هل انظرواذلك على عمله سائر يكون ثم الفريضة

Maksudnya: Daripada Abi Hurairah Rasulullah SAW bersabda: Perkara pertama yang dihisab di hari akhirat ialah solat, sekiranya solat itu sempurna ia telah beruntung dan berjaya. Sekiranya solatnya rosak ia telah rugi dan gagal. Jika solat fardhunya kurang Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman: Lihat kepada hamba-Ku ini, adakah padanya amalan sunat untuk disempurnakan pada kekurangan solat fardhu, demikianlah pada sekelian amalan.

(Riwayat at-Tirmiziy)

Solat mengandungi fungsi yang tersendiri dalam masyarakat jika ditunaikan secara berjamaah, mereka yang iltizam dengan jamaah adalah terhindar dari godaan dan tipu daya syaitan yang halus dan licik.

Sabda Rasulullah SAW:

عليه الله صلى الله رسول سمعت قال الدرداء أبي عن ال بدو وال قرية في ثالثة من ما يقول وسلم فعليك الشيطان عليهم استحوذ قد إال الصالة فيهم تقام

القاصية الذئب يأكل فإنما بالجماعةDaripada Abu ad-Darda`: Beliau berkata: Aku mendengar

Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah daripada tiga orang di satu perkampungan atau di penghujung kampung tidak mendirikan solat melainkan diperdayai oleh syaitan maka hendaklah kamu bersama jamaah, sesungguhnya serigala memakan kambing yang terlepas.

(Riwayat Abu Daud)

Kesungguhan untuk menunaikan solat dibuktikan dengan cara bersegera untuk menunaikannya dan mendapatkan soff hadapan. Sabda Rasulullah SAW:

رأى وسلم عليه الله صلى الله رسول أن الخدري سعيد أبي بكم وليأتم بي فائتموا تقدموا لهم فقال تأخرا أصحابه فيالله يؤخرهم حتى يتأخرون قوم يزال ال بعدكم من

Maksudnya: Daripada Abu Said al-Khudriy: Sesungguhnya Rasulullah SAW melihat sebahagian sahabat melewat-lewatkan mendirikan soff, lantas Baginda bersabda: Maralah kamu, ikutilah aku, dan orang yang selepas kamu akan mengikut kamu pula. Sentiasalah kaum yang melewat-lewatkan sehinggalah Allah membelakangi mereka.

(Riwayat Muslim)

92

Page 94: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Orang yang melengah-lengahkan solat adalah jauh dari mendapat `inayah dan rahmat Allah ‘Azza Wa Jalla, maka dari manakah lagi ia boleh mendapat jalan petunjuk yang terbaik selain daripada Allah ‘Azza Wa Jalla???

Rasulullah telah menjelaskan tentang kepentingan solat di awal waktu:

وسلم عليه الله صلى الله رسول قال عمر بن عن نافع عنالله عفو اآلخر والوقت الله رضوان الصالة من األول الوقت

Maksudnya: Daripada Nafi` daripada Ibn Umar; bersabda Rasulullah SAW, Solat pada awal waktu adalah keredhaan Allah, manakala solat pada akhir waktu adalah keampunan Allah.

(Sunan at-Tirmiziy)

Jelaslah daripada hadis ini bahawa mereka yang solat di awal waktu mendapat keredhaan Allah kerana amalannya sempurna, manakala mereka yang solat di akhir waktu mendapat keampunan dari Allah disebabkan oleh kecuaian. Telah kita maklumi, bahawa keampunan dan kemaafan hanyalah untuk mereka yang cuai atau melakukan kesilapan.

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda:

أي سئل وسلم عليه الله صلى النبي أن مسعود ابن عنوقتها ألول الصالة قال أفضل األعمال

Maksudnya: Daripada Ibn Mas`ud Nabi SAW ditanya apakah amalan yang paling afdhal. Rasulullah menjawab: Solat pada awal waktu.

(Sunan At-Timiziy)

Rasulullah SAW bersabda lagi:

قال وسلم عليه الله صلى النبي أن طالب أبي بن علي عن حضرت إذا والجنازة آنت إذا الصالة تؤخرها ال ثالث علي يا له

كفؤا لها وجدت إذا واأليمDaripada Ali ibn Abi Talib bahawa Nabi SAW bersabda kepada

beliau: Wahai Ali! Tiga perkara jangan engkau lewatkannya: Sembahyang apabila tiba waktunya, apabila tiba jenazah (jangan dilewatkan penyelenggaraanya), wanita yang tiada suami apabila ada orang yang sesuai dengannya (kahwinkanlah ia).

(Sunan At-Tirmiziy)

Faedah-Faedah Menunaikan Solat

93

Page 95: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah solat yang ditunaikan dengan sempurna dan penuh khusyu` mendatangkan faedah yang banyak, antaranya:-

Memelihara kesihatan manusia dengan pergerakan badan.

Mencergaskan tubuh badan dan menguatkan anggota.

Menghindarkan manusia daripada penyakit jiwa yang merbahaya seperti takut dan pasif.

Sembahyang mencegah manusia daripada kejahatan dan kemungkaran.

Insan yang bersembahyang berada dalam naungan Allah. Pada waktu sembahyang ia merasai bahawa ia bersedia untuk menemui Allah, pertemuan yang amat berharga dan paling mulia.

Sembahyang mendatangkan ketenangan di hati dan keda-maian jiwa.

Sembahyang membantu manusia memikul bebanan dan menolong menyelesaikan masalah.

(Wasoya Wa Al Mawaiz Luqman Al-Hakim: 32)

94

Page 96: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

C) KEMURNIAN AKHLAK BERBAKTI KEPADA IBUBAPA DAN PERSOALAN YANG BERKAITAN DENGANNYA

Pengertian Akhlak

Dapat digambarkan pengertian berakhlak mulia dan berbudi pekerti menerusi sabda Rasulullah SAW bersabda:

يوم المؤمن ميزان في أثقل شىء من ما الدرداء أبي عنالبذيء الفاحش يبغض الله وإن الخلق حسن من القيامة

Maksudnya: Daripada Abi ad-Darda’ Tiada sesuatu yang lebih memberatkan mizan mukmin pada hari qiamat daripada akhlak yang mulia, sesungguhnya Allah memurkai seorang yang bersikap tercela dan bercakap kotor.

(Dikeluarkan oleh Tirmiziy)

Di dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menjelaskan:

وسلم عليه الله صلى الله رسول قال قال هريرة أبي عن الجفاء من والبذاء الجنة في واإليمان اإليمان من الحياء

النار في والجفاءDaripada Abi Hurairah RA: Malu itu sebahagian daripada iman.

Dan balasan iman ialah ditempatkan di syurga, bercakap kotor adalah daripada tabiat yang kasar, sikap kasar tempatnya ialah di neraka.

(Sunan At-Tirmiziy)

Rasulullah SAW telah menjelaskan bagaimanakah akhlak yang baik dalam sabda baginda:-

أحاسنكم القيامة يوم مجلسا مني وأقربكم إلي أحبكم إن أبغضكم وإن ويؤلفون يألفون الذين أكنافا الموطئون أخالقا

95

Page 97: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

المتشدقون الثرثارون القيامة يوم مني وأبعدكم إليالمتفيقهون

Maksudnya: Sesungguhnya di kalangan kamu yang paling aku kasihi dan paling dekat denganku di hari kiamat ialah mereka yang paling berakhlak mulia, merendahkan diri yang bermesra dan dimesrai. Orang yang paling aku benci dan paling jauh dengan aku ialah mereka banyak bercakap sehingga berlebih-lebihan (menyebut perkara yang memudharatkan dan tidak mendatangkan manfaat), banyak berbicara tanpa meneliti apa yang diperkatakan dan berpura-pura mengetahui.

(Riwayat Ahmad dan At-Tirmiziy)

Golongan yang disukai oleh Rasulullah ialah mereka yang banyak memberi kemudahan kepada orang lain. Menjalinkan ukhuwwah dengan baik dan penuh persefahaman serta keharmonian. Manakala golongan yang dibenci oleh Rasulullah SAW ialah golongan yang hanya mementingkan percakapan yang banyak. Suka membuat pembohongan dan menyebut perkara yang melalaikan. Jelas dari pertuturan yang didengar, mereka kurang menilai apakah hakikat yang diperkatakan dan tanggapan yang dibuat oleh mereka tidak tepat. Berpura-pura memiliki kelebihan tertentu semata-mata ingin menaikkan taraf diri pada pandangan orang lain, dalam masa yang sama tiada usaha yang dilakukan untuk mencapai ketinggian. Ini menunjukan jiwa mereka mengidapi penyakit, dihantui perasaan riya` dan takabbur. Mereka lemah untuk beramal dan bermujahadah bahkan sering menangguh-nanguhkan suatu perkara tanpa sebab-sebab yang munasabah.

(Al-Ikhlas: 59-60)

Kita juga perlu menjaga dan mengiktiraf hak seorang sahabat, Rasulullah SAW bersabda:-

قال: الله رضى هريرة أبى عن الله صلى الله رسول قالمن: عليه شيء أو عرضه من ألخيه مظلمة له كانت وسلم

له كان إن درهم، وال دينار يكون أن قبل اليوم منه فليتحلله حسنات له تكن لم وإن مظلمته، بقدر منه أخذ صالح عملعليه فحمل صاحبه سيآت من أخذ

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang terdapat padanya sebarang kezaliman (penganiayaan) terhadap sahabatnya, yang melibatkan kehormatan dan kemuliaannya atau harta-bendanya, maka hendaklah ia meleraikannya pada hari itu juga; sebelum tibanya hari yang tiada padanya dinar dan dirham (hari qiamat); jika padanya terdapat amal soleh maka akan diambil amalan itu pada kadar kezalimannya, jika tidak terdapat padanya kebaikan maka akan diambil kejahatan sahabatnya dan dibebankan ke atasnya.

(Sahih Al Bukhariy)

96

Page 98: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Dalam hadis ini Rasulullah SAW menggesa kaum muslimin agar saling menunaikan hak-hak saudaranya antara satu sama lain. Ditegah sama sekali mencetuskan sebarang kezaliman atau penganiayaan ke atas saudaranya. Demikian juga berkaitan dengan hak-hak saudaranya yang lain, dilarang keras melakukan sebarang pencabulan dan penindasan yang jelas dikutuk oleh Allah ‘Azza Wa Jalla. Perlulah diberi peluang kepada sahabat untuk menunaikan hak dan juga mendapatkan haknya.

Pelbagai ragam manusia dalam menjalinkan ukhuwwah sesama mereka, ada sebahagian daripada mereka yang benar-benar menghayati ruh ukhuwwah dan golongan inilah yang mendapat keberkatan daripada Allah dan ada juga segolongan yang lain sekadar mementingkan diri sendiri dan tidak tulus menjalinkan hubungan dan biasanya jalinan yang sebegini tidak kekal. Berkaitan jalinan interaksi ukhuwwah sesama manusia ini Syeikh Aiyub menjelaskan beberapa kategori manusia sepertimana berikut :-

Mereka yang menghubungi orang yang telah memutuskan hubungan dengannya dan menghulur sesuatu kepada mereka yang tidak pernah menghulurkan apa-apa kepadanya.

Mereka yang menghulurlan sesuatu kepada orang yang pernah menghulurkan bakti kepadanya dan menjalin hubungan dengan mereka yang menghubunginya.

Orang yang tidak menjalinkan hubungan, tidak pula dihubungi oleh orang lain dan tidak pernah menghulurkan apa-apa, dia juga tidak akan memperolehi apa-apa daripada orang lain. Lebih teruk lagi ialah mereka yang memutuskan hubungan yang telah terjalin dan tidak menghulurkan apa-apa apabila orang menghulurkan sesuatu kepadanya.

(Suluk Ijtami’ie Fi Al Islam: 242)

Sepertimana hubungan terjalin melalui peranan dua belah pihak begitu juga terputusnya hubungan berlaku dengan tindakan kedua-dua belah pihak. Siapa yang mula meretakkan dan memutuskan hubungan maka dialah yang bertanggungjawab dengan segala yang berlaku dan sebagai pemutus hubungan.

Kepentingan Berbakti Kepada Ibubapa

Wasiat Luqman menerusi firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

بوالديه اإلنسان ووصيناMaksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada

kedua ibubapanya. (Luqman: 14)

Allah ‘Azza Wa Jalla telah meletakkan kesyukuran kepada ibubapa selepas kesyukuran kepada-Nya:

المصير إلي ولوالديك لى اشكر أن

97

Page 99: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Maksudnya: Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

(Luqman: 14)

Terdapat banyak nas Al-Quran yang menggesa agar ber-buat baik kepada ibubapa selepas perintah menyembah Allah secara berturutan. Antara lain adalah seperti berikut:-

1) وبالوالدين إياه إال تعبدوا أال ربك وقضى إحسانا

Maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa.

(Al-Isra`: 23)

وبالوالدين شيئا به تشركوا وال الله واعبدوا (2 إحسانا

Maksudnya: Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa juga; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.

(An Nisa`: 36)

Menurut al-Imam al-Qurtubiy: Orang yang paling berhak untuk disyukuri, diihsani, dilakukan kebaikan, ditaati dan dipatuhi ialah orang yang disebut oleh Allah di dalam firman-Nya selepas perintah agar berbuat ihsan dengan beribadat dan mentaati-Nya serta memanjatkan kesyukuran kepada-Nya iaitu ibubapa.

Antara ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan bagimana cara berbuat baik kepada ibubapa:

1) الرحمة من الذل جناح لهما واخفض Maksudnya: Dan hendaklah engkau merendah diri kepada

keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu. (Al-Isra`: 34)

هما تنهر وال أف لهما تقل فال (2 Maksudnya: Janganlah engkau katakan “cis” kepada mereka dan

jangan pula engkau herdik keduanya. (Al-Isra`: 23)

3) كريما قوال لهما وقل Maksudnya: Katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia

(yang bersopan-santun). (Al-Isra`: 23)

4) معروفا الدنيا في هما وصاحب

98

Page 100: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Maksudnya: Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.

(Luqman: 15)

5) إحسانا بوالديه اإلنسان ووصيناMaksudnya: Dan Kami berwasiat kepada manusia supaya berbuat

baik kepada kedua ibubapanya. (Al-Ahqaf: 15)

Kebahagiaan sesebuah keluarga dan wujudnya kemesraan apabila setiap individu keluarga tersebut saling hormat menghormati dan tahu tanggungjawab dan peranan masing-masing. Berbuat baik kepada ibubapa adalah sebahagian daripada ibadat dan akhlak yang mulia serta menjadi kefardhuan bagi agama. Ia juga adalah antara anak kunci pertama yang membolehkan seseorang masuk ke dalam syurga. Demikian juga pada syariat agama yang terdahulu iaitu pada Bani Israel.

Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

وبالوالدين الله إال تعبدون ال إسرائيل بني ميثاق أخذنا وإذحسنا للناس وقولوا واليتمىوالمساكين القربى وذى إحساناوأنتم منكم قليال إال توليتم ثم الزكاة وءاتوا الصالة وأقيموا

معرضونMaksudnya: Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami

mengikat perjanjian setia dengan Bani Israel (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjan jian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

(Al-Baqarah: 83)

Peranan seorang anak untuk berbakti kepada ibubapa adalah amat tinggi seperti yang digambarkan dalam hadis di bawah:

1) الله رسول قال عنه الله رضى هريرة أبي عن عليه الله صلى

فيعتقه فيشتريه مملوكا يجد أن إال ولدوالده يجزي ال :وسلمMaksudnya: Tidak membalas jasa baik bagi seorang anak akan

bapanya melainkan, sekiranya ia membeli seorang hamba kemudian ia membebaskannya.

(Riwayat Muslim)

99

Page 101: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

2) الطواف في كان رجال أن أبيه عن بريدة عن بها يطوف أمه حامال

وال ال قال حقها أديت هل وسلم عليه الله صلى النبي فسألواحدة بزفرة

Maksudnya: Daripada Buraidah, bapanya berkata: Terdapat seorang lelaki yang mengusung ibunya ketika tawaf, lelaki itu bertanya kepada Nabi SAW, “Adakah aku telah melaksanakan hak ibuku (dengan apa yang aku lakukan ini)?" Rasulullah SAW menjawab, "Sama sekali tidak, tidak walaupun dengan kadar satu hembusan nafas.” (Ibn Kathir)

Pelbagai Cara Berbakti Kepada Ibubapa

Berdasarkan hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW dan pandangan-padangan ulama muktabar berkaitan berbuat kepada ibubapa, dapat diringkaskan seperti berikut:-

Mentaati suruhan mereka selagi mana mereka tidak menyuruh dengan perkara yang ditegah oleh syara`.

Mengorbankan jiwa untuk mempertahankan mereka. Mendahulukan arahan mereka mengatasi perbuatan sunat. Menjauhi perkara yang dilarang oleh mereka. Menghulurkan khidmat kebendaan. Menuruti kehendak dan kemahuan mereka. Memperbanyakkan khidmat dan bantuan. Memuliakan, menghormati, dan beradab terhadap mereka. Melakukan sesuatu yang menggembirakan mereka. Menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang menyedih mereka. Mencium tangan dan berdiri menghormati mereka. Seorang suami perlu mengutamakan redha ibu dan ayah daripada

isterinya. Berjalan di belakang mereka. Bersabar di atas perkara yang kita tidak sukai tetapi dilakukan oleh

mereka. Berbuat baik kepada sahabat dan kaum kerabat mereka. Tidak meninggikan suara di hadapan mereka. Tidak melakukan perkara yang menyedihkan mereka. Tidak memanggil mereka dengan menyebut namanya. Tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat, mengherdik dan mencela

di hadapan mereka.

100

Page 102: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Tidak merendahkan atau memperlecehkan martabat mereka. Tidak menajamkan pandangan ke arah mereka. Tidak bermusafir melainkan dengan izin mereka. Tidak duduk di tempat yang lebih tinggi dari tempat mereka.

* Berbakti kepada ibubapa selepas mereka meninggal dunia ialah dengan cara

- berdoa, istighfar, menunaikan sembahyang, berpuasa bersedekah dan menunaikan haji untuk mereka serta menziarahi kubur mereka.

(Al-Bir Wa Silah: 53 / Nozorot Hawla Wasoya Luqman: jil 2; ms146 & 183)

Beberapa Persoalan Berkaitan Berjasa Kepada Ibubapa

* Nafkah

Berbuat baik kepada kedua ibubapa adalah amalan terpuji dan merupakan keutamaan. Melakukan ihsan dan dan mengeluarkan nafkah (mengeluarkan belanja) terhadap mereka perlu diutamakan, sepertimana yang difirmankan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla:

فللوالدين خير من أنفقتم مآ قل ينفقون ماذا يسألونك من تفعلوا وما السبيل وابن والمساكين واليتامى واألقربين

عليم به الله فإن خيرMaksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad)

apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakan: "Apa jua hartabenda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada; kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan.” Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

(Al-Baqarah: 215)

Kewajipan mengeluarkan nafkah kepada mereka adalah setelah selesainya semua keperluan asasi dan terdapat lebihan dari keperluan diri dan keluarga.

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

العفو قل ينفقون ماذا ويسئلونكMaksudnya: Mereka itu bertanya kepada engkau apakah yang

mereka nafkahkan. Katakalah sekadar berlebih hajat darimu. (Al-Baqarah: 219)

Rasulullah SAW pula bersabda:

101

Page 103: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

احتجتم إذا لكم وأموالهم الله من هبة أوالدكم إنMaksudnya: Sesungguhnya anak-anak kamu adalah pemberian

dari Allah, harta mereka adalah untuk kamu apabila kamu berhajat. (Dikeluarkan oleh Ahmad, Ashabus Sunan, Ibn Hibban dan al-Hakim)

Kewajipan mengeluarkan nafkah (mengeluarkan belanja) tehadap sesuatu adalah dengan sebab tiga perkara; tali kekeluargaan, hak milik dan hubungan perkahwinan. Ibubapa merupakan penghubung tali kekeluargaan yang pertama sepertimana yang telah sedia dimaklumi.

Kewajipan anak-anak berbuat ihsan dan memberi nafkah kepada ibubapa adalah dengan memberi makan, memberi pakaian, mengubati sakit dan mempertahankan diri mereka dari sebarang kemudharatan

Antara syarat wajib memberi nafkah yang utama ialah kemampuan dan kesanggupan anak itu sendiri. Dan nafkahnya itu adalah lebihan dari tanggungan perbelanjaan asasi diri mereka dan sesiapa yang berada di bawah tanggungannya, untuk kadar sehari semalam. Jika ia tidak mempunyai kemampuan tetapi memiliki harta hendaklah menjual harta tersebut demi untuk memberi nafkah kepada ibubapa. Jika ia tidak memiliki harta tetapi berupaya untuk bekerja maka hendaklah ia bekerja sehinggalah dapat memberi nafkah kepada ibubapa.

Rasulullah SAW telah menjelaskan mengenai turutan siapakah yang perlu didahulukan untuk diberi nafkah:

صلى الله رسول فإذا المدينة قدمنا قال المحاربي طارق عن يد يقول وهو الناس يخطب المنبر على قائم وسلم عليه الله

ثم وأخاك وأختك وأباك أمك تعول بمن وابدأ العليا المعطيأدناك أدناك

Maksudnya: Daripada Toriq al-Muharibiy: Kami datang ke Madinah, pada ketika itu Rasulullah SAW sedang berkhutbah dan bersabda: Tangan yang memberi itu adalah lebih utama dan mulia. Dan mulakanlah dengan siapa yang kamu tanggung (memberi makan, minum dan pakian dan selainnya), kemudian emak kamu, kemudian ayah kamu, kemudian saudara perempuan engkau, kemudian saudara lelaki engkau, kemudian saudara yang terlebih rendah dari engkau.

(Sunan an-Nasaiy)

Dinyatakan di dalam kitab “Feqh Manhaji” Salah satu daripada syarat wajib kepada anak untuk memberi nafkah kepada bapa ialah ketikamana ibunya tidak berupaya untuk memberi nafkah yang secukupnya kepada suaminya (bapa kepada anak). Ini bermakna nafkah kepada ibu adalah diwajibkan ke atas anaknya ketika mana :1. Bapa tidak berupaya untuk memberi nafkah kepada isterinya. (ibu

kepada anak)

102

Page 104: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

2. Bapa telah meninggal.

Ini bererti gugurlah kewajipan ke atas anak untuk memberi nafkah kepada ibunya ketikamana;1. Si bapa berupaya memberi nafqah kepada isterinya (ibu kepada

anak). 2. Isteri kepada bapa (ibu kepada anak ) bersuami lain.

(Feqh Al Minhajiy: jil 2, ms 166)

* Berbakti Terhadap Mereka Selepas Mereka Meninggal Dunia

Sesungguhnya si mayat merasa gembira dengan amalan baik yang dilakukan oleh orang yang hidup. Mereka merasa sedih dan pedih dengan amalan jahat yang dilakukan oleh orang yang hidup. Mereka mendapat manfaat dari amal kebaikan yang dilakukan oleh orang yang hidup seperti sedekah, ibadat dan doa.

(Yasalunaka Fiddin Wal Hayah: jil 2; ms 310)

Firman Allah SWT:

ذريتهم بهم ألحقنا بإيمان ذريتهم واتبعتهم آمنوا والذينMaksudnya: Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh

zuriat keturunannya dengan keadaan yang beriman, Kami (hubungkan) himpunkan zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga).

(At-Thur: 21)

Dalam satu riwayat daripada Ibn Abbas: Sekiranya darjat bapa lebih tinggi maka Allah akan mengangkat darjat anak kepada darjat bapa. Sekiranya darjat anak lebih tinggi, maka Allah akan mengangkat darjat bapa kepada darjat anak.

(Tafsir Al-Qurtubiy: jil 17; ms 28)

Berdasarkan keadilan Allah ‘Azza Wa Jalla, setiap ganjaran amalan manusia tidak dikurangkan dan setiap orang adalah bertanggungjawab di atas amalannya sendiri, tetapi kelebihan dan rahmat Allah ‘Azza Wa Jalla mengharuskan ganjaran amalan seseorang itu ditambah.

(Tafsir Al-Qurtubiy: jil 17; ms 29)

Ulama’ bersepakat mengatakan bahawa pahala sedekah dan do’a sampai kepada si mati. Tetapi ulama’ berselisihan pendapat pada soal ibadat badaniah (amali) seperti sembahyang, puasa dan bacaan Al-Quran. Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad dan jumhur salaf (sepakat ulama salaf) mengatakan bahawa pahala ibadat badaniah boleh disampaikan kepada si mati. Manakala pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafie dan Imam Malik mengatakan bahawa ia tidak sampai.

(Tuhfat Al Ahwaziy: Bab Ma Jaa Fis Sodaqoh ‘Anil Maiyiti)

Al-Imam Ibn Qoiyim berkata: Perkara yang paling afdhal untuk dihadiahkan untuk si mati ialah sedekah, istighfar, doa dan haji untuk

103

Page 105: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

mereka. Adapun bacaan Al-Quran yang dihadiah untuk mereka dengan tiada upah adalah sampai kepada mereka seperti sampainya pahala puasa dan haji yang kita tunaikan dan dihadiahkan untuk mereka.

(Yasalunaka Fi Addin Wa Al Hayah: jil 3; ms 385)

Menurut al-Imam Ibn Taimiyyah: Sesungguhnya mayat mendapat manfaat dari setiap bentuk ibadat amali (badan) seperti sembahyang, puasa dan bacaan Al-Quran sepertimana mereka mendapat manfaat dari ibadat harta seperti sedekah, demikian juga halnya dengan doa dan istighfar.

(Yasalunaka Fi Addin Wa Al Hayah: jil 4; ms 92)

* Jihad

Rasulullah SAW lebih mengutamakan berkhidmat dan berjasa kepada ibubapa berbanding jihad dan hijrah.

Di dalam hadis nabawi diriwayatkan bahawa: Sahabat bertanya: “Apakah amalan yang paling disukai oleh Allah Ta`la?" Baginda menjawab: “Sembahyang pada waktunya.” Sahabat bertanya: “Selepas daripada itu?” Baginda menjawab: “Berbuat kepada kedua ibubapa.” Sahabat bertanya pula: "Selepas daripada itu?” Baginda menjawab: “Berjihad fi sabilillah.” (Daripada Ibn Mas`ud)

Al-Imam al-Bukhariy telah menyebut bahawa Abdullah ibn Amru telah berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW untuk berbai`ah dan berhijrah, sedangkan ia telah meninggalkan ibubapanya menangisi pemergiannya. Maka Rasulullah SAW bersabda:

أبكيتهما كما فأضحكهما إليهما ارجعMaksudnya: Pulanglah kamu, dan gembirakanlah mereka berdua

sepertimana engkau telah membuatkan mereka menangis.

Ibnul Munzir berkata: Hadis ini menunjukkan tegahan daripada keluar berjihad tanpa keizinan dan restu ibubapa selagimana hukum jihad itu tidak menjadi fardhu ain, namun sekiranya kewajipan jihad ketika itu fardhu ain maka wajiblah kesemuanya keluar berjihad.

(Nazorot Hawla Wasoya: jil 1; ms 147)

* Ibubapa Yang Tidak Beragama Islam (Kafir)

Kita juga wajib berbuat baik kepada ibubapa sekalipun mereka tidak memeluk agama Islam. Ada hadis yang menyebut tentang kisah Asma`, ketikamana ibunya datang menemuinya untuk mengemukakan suatu hajat yang selama ini terpendam di hati. Justeru itu Rasulullah SAW pun bersabda dengan maksudnya: “Ya, sahutilah dan hubungilah ibumu itu.”

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

يخرجوكم ولم الدين في يقاتلوكم لم الذين عن الله ينهاكم ال أن دياركم من

104

Page 106: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

المقسطين يحب الله إن إليهم وتقسطوا تبروهمMaksdunya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan

berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

(Mumtahanah : 8)

Sesungguhnya Allah tidak menegah kita memuliakan, menghulurkan bantuan dan menjalinkan hubungan yang baik bersama orang kafir; sekiranya mereka tidak memerangi umat Islam. Tegahan daripada berbuat sedemikian hanyalah ketika-mana orang kafir bertindak keras dan memerangi umat Islam dan agama Islam.

(Al-Muntakhab: 821)

Ganjaran Berbuat Baik Kepada Ibubapa

Diantara ganjaran dan kelebihan jika seseorang berbuat berbakti dengan ayah dan ibunya ialah:-

أمسى من :وسلم عليه الله صلى النبي قال عباس ابن قال1) لوالديه مرضيا

واحدا وإن الجنة من مفتوحان بابان وله أمسىو وأصبح وأصبح أمسى لوالديه مسخطا وأصبح أمسى ومن فواحدا

يا: فقال فواحدا واحدا وإن النار إلى مفتوحان بابان وله رجلوإن: ظلماه وإن الله رسول وإن ظلماه وإن ظلماه قالظلماه

Maksudnya: Berkata Ibn Abbas: Rasulullah SAW telah bersabda, Sesiapa yang berpagi-pagi dan berpetang-petang dalam keadaan ia diredhai oleh kedua ibu-bapanya, maka ia berpagi-pagi dan berpetang-petang dalam keadaan dua pintu syurga terbuka untuknya, sekiranya hanya seorang (ibu atau ayah) maka satulah (pintu syurga yang dibuka). Dan sesiapa yang berpagi-pagi dan berpetang-petang dalam keadaan ia dimurkai oleh kedua ibubapanya, maka ia berpagi-pagi dan berpetang-petang dalam keadaan dua pintu neraka terbuka untuknya, sekiranya hanya seorang (ibu atau ayah) maka satulah (pintu neraka yang dibuka). Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulallah! Sekalipun ibu-bapanya menzaliminya. Rasulullah SAW menjawab: Sekalipun ibubapanya menzaliminya (Baginda mengulangi jawapan sebanyak tiga kali).

(Rawahu Al-Qurtubiy dalam Tafsir Surah al-Isra`)

105

Page 107: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

الله صلى الله رسول قال قال هريرة أبي عن (2 ثالث وسلم عليه

ودعوة المظلوم دعوة فيهن شك ال مستجابات دعوات ولده على الوالد ودعوة المسافر

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah: Rasulullah SAW bersabda: Tiga doa yang pasti mustajab: Doa orang yang dizalimi, doa orang musafir dan doa seorang ayah ke atas anaknya.

(Sunan Tirmiziy)

3) عليه الله صلى النبي أتى رجال أن عمر ابن عنفقال وسلم

قال توبة من لي فهل عظيما ذنبا أصبت إني الله رسول يا فبرها قال نعم قال خالة من لك هل قال ال قال أم من لك هل

Maksudnya: Daripada Ibn Umar RA: Seorang lelaki datang menemui Nabi SAW. Beliau berkata: Wahai Rasulallah! Sesungguhnya aku telah melakukan dosa yang besar, adakah masih ada peluang untukku bertaubat? Maka Rasulullah SAW bersabda: Adakah engkau mempunyai ibu? Lelaki tersebut berkata: Tidak. Bersabda Rasulullah SAW: Adakah engkau mempunyai saudara perempuan bagi ibu. Beliau berkata: Ya. Nabi Bersabda: Maka berbaktilah kepadanya.

(Sunan At-Tirmiziy)

4) Daripada Wahb ibn Munabbih: Sesungguhnya Allah mewahyukan kepada Nabi Musa AS: “Wahai Musa! Muliakanlah ibubapamu. Sesungguhnya siapa yang memuliakan ibubapanya, Aku panjangkan umurnya, akan dikurniakan kepadanya anak yang kelak akan memuliakannya. Sesiapa yang menderhakai ibubapanya maka Aku pendekkan umurnya dan kelak Aku kurniakan anak yang menderhakainya.

(Nazorot Hawla Wasoya: jil 2; ms 179)

Tegahan Menderhaka Kepada Kedua Ibubapa

Kita ditegah menderhaka dan melakukan sebarang kejahatan dengan apa jua bentuk yang boleh menyakitkan hati mereka. Ini semua termasuk di dalam dosa besar yang boleh membawa kepada kebinasaan.

Rasulullah SAW bersabda:

1) الرحم قاطع الجنة يدخل ال Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang me-mutuskan

hubungan silaturrahim.” (Sepakat Riwayat)

106

Page 108: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

2) " ثالثا" الكبائر بأكبر أنبئكم أال قلنا ، ؟ :

: " رسول يا بلى" اإلشراك" قال ،" وعقوق بالله الله الوالدينأال: " فجلس متكئا وكان فمازال" وشهادة فقال يكررها الزورليته: " حتى سكت قلنا

Maksudnya: “Perlukah aku memberi tahu kamu perkara yang berkaitan dosa yang paling besar ?” Para sahabat menjawab: “Bahkan, wahai Rasulallah!” Rasulullah SAW bersabda: “Mensyirikkan Allah dan derhaka kepada kedua ibubapa.” Rasulullah ketika itu bersandar, lantas Baginda duduk seraya berkata: “Bahkan juga penyaksian bohong.” Baginda mengulang ungkapan ini sehingga sahabat merasakan seolah-olah Baginda tidak akan menghentikan kata-katanya itu.

3) عليه الله صلى النبي عن المغيرة عن وسلم

ووأد وهات ومنعا األمهات عقوق عليكم حرم الله إن قال …المال وإضاعة السؤال وكثرة وقال قيل لكم وكره البنات

عليه( متفق)Maksudnya: Daripada Al-Mughirah, sesungguhnya Nabi SAW

bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan kamu menderhaka kepada para ibu, menghalang apa yang diperintahkan oleh Allah, menuntut sesuatu yang tidak sepatutnya dan membunuh anak hidup-hidup. Dan Allah membenci manusia yang banyak bercakap dan melanjutkan perbicaraan yang tidak berfaedah dan tidak pasti; banyak meminta-minta dan bertanya perkara yang tidak perlu; dan membazirkan harta.

(Ibanah Al Ahkam Syarh Bulugh Al Maram: jil 4; ms 347)

Ketulusan Pengorbanan Ibubapa

Kehidupan menjadi aman, bahagia dan sentosa ketika mana kecintaan dan kemesraan dipupuk dengan penuh keharmonian, kesetiaan dan hubungan yang baik. Allah ‘Azza Wa Jalla telah memerintahkan agar kita berdoa dengan ungkapan doa yang penuh syahdu:

صغيرا ربياني كما ارحمهما رب وقلMaksudnya: Ya Allah! Kasihanilah keduanya sebagaimana

keduanya telah mengasuh aku ketika aku masih kecil. (Al-Isra`: 24)

Mengimbas kembali zaman kanak-kanak, ketika itu kita terlalu lemah, namun merekalah yang membela dan mendidik kita. Maka, kepada

107

Page 109: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Allah kita hadapkan agar limpahan rahmat dicucuri ke atas mereka. Sesungguhnya rahmat Allah itu Maha Luas.

Sayid Qutb menegaskan tentang perkara ini dengan gaya bahasanya yang begitu menarik: Ibubapa terdorong secara semulajadi untuk menjaga anaknya dengan melakukan pengorbanan dengan apa cara sekali pun, sehingga sanggup mengorbankan diri sendiri, sepertimana tumbuhan hijau mengambil makanan daripada biji benih ketika mana ia masih kecil, sepertimana seekor anak ayam mengambil zat makanan di dalam telur; selepas daripada itu, biji benih dan telur akan hancur begitu sahaja kerana ia sekadar sebagai kulit. Demikian juga ibubapa yang menjaga anaknya dengan kasih sayang dan kesejahteraan, mengorbankan segala upaya dan tenaga serta penuh perhatian namun setelah mereka mencecah usia tua – sekiranya mereka lewat dijemput ajal - mereka tetap berbahagia walau berada di dalam keadaan sedemikian rupa.

(Fi Zilal Al Quran: jil 4; ms 221)

D) DAKWAH

CABARAN DAKWAH DAN CIRI–CIRI PENDAKWAH.

Wasiat Luqman yang mulia ini telah memaparkan tiga antara ciri-ciri utama pendakwah, dalam usaha mendukung wawasan Rabbani, sebagai persediaan yang perlu dalam menjalani tugas yang berat ini, iaitu:

a) Sabarb) Amar Makruf Nahi Munkar

108

Page 110: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

c) Tawadhu’ Dan Merendah Diri

Sabar Menghadapi Dugaan

Allah menggesa para hambanya agar teguh dan menguatkan kesabaran dalam menempuh badai hidup.

Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:-

1) أصابك ما علي واصبرMaksudnya: Dan bersabarlah atas segala bala bencana yang

menimpamu. (Luqman: 18)

Allah ‘Azza Wa Jalla menggesa hambanya bersabar di dalam melakukan amal kebajikan dan juga ketika berada di medan tempur. Allah ‘Azza Wa Jalla juga menginginkan para hambanya meningkatkan kesabaran mengatasi kesabaran musuh. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

لعلكم الله واتقوا ورابطوا وصابروا اصبروا آمنوا الذين أيها ياتفلحون

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

(Ali Imran: 20)

Allah ‘Azza Wa Jalla mengingatkan para hambanya bahawa bukan mudah untuk menghuni syurga Allah ‘Azza Wa Jalla yang maha agung selagi mana kita belum diuji dengan kepayahan dan kesukaran dalam perjuangan hidup. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

منكم جاهدوا الذين الله يعلم ولما الجنة تدخلوا أن حسبتم أمالصابرين ويعلم

Maksudnya: Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?

(Ali Imran: 142)

Allah ‘Azza Wa Jalla menjanjikan kepada orang yang bersabar dalam menghadapi segala dugaan hidup bahawa mereka akan mendapat balasan yang terlalu banyak tidak terkira. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

109

Page 111: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

حساب بغير أجرهم الصابرون يوفى إنماMaksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang ber-sabarlah sahaja

yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. (Az-Zumar: 10)

Antara hadis-hadis yang menghuraikan pengertian sabar ialah:-1) Sabar merupakan suatu ibadat.

وسلم: عليه الله صلى النبي عن عنه الله رضى عمر ابن عنعبادة بالصبر الفرج انتظار

Maksudnya: Daripada Ibn Umar RA daripada Nabi SAW: Menanti saat kesenangan dengan sabar adalah ibadat.

2) Sabar adalah satu perkara yang terbaik.

عجبا :قال أنه وسلم عليه الله صلى النبي عن مسلم روى للمؤمن إال ألحد ذلك وليس خير كله أمره إن المؤمن ألمر

صبر ضراء أصابته وإن له خيرا فكان شكر سراء أصابته إنله خيرا فكان

Maksudnya: Muslim meriwayatkan daripada Rasulullah SAW: Amat menakjubkan tentang urusan orang mukmin, setiap perkara baginya adalah baik, tidak berlaku sedemikian melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia memperolehi kesenangan ia bersyukur, ini merupakan kebaikan baginya. Sekiranya ditimpa kepa-yahan ia bersabar, ini merupakan kebaikan baginya.

3) Perlu tabah berhadapan dengan musuh untuk menegakkan kalimah Allah:

يا: عليه الله صلى النبي عن الشيخان روى الناس أيها وسلم لقيتموهم فإذا العافية الله واسألوا العدو لقاء تتمنوا ال

السيوف ظالل تحت الجنة أن واعلموا فاصبروا Maksudnya: Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada

Rasulullah SAW: Wahai manusia, janganlah kamu mencari musuh, pohonlah daripada Allah kesejahteraan. Akan tetapi, apabila kamu bertemu dengan musuh hendaklah kamu bersabar, ketahuilah bahawa syurga adalah di bawah bayangan mata pedang.

4) Bersabar menanggung keperitan, menahan diri dari terjebak atau terpengaruh dengan unsur negatif dalam persekitaran.

110

Page 112: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

عليه الله صلى النبي عن صحيح بسند والترمزي أحمد روى خير أذاهم على ويصبر الناس مخالطا كان إذا المسلم :وسلم

أذاهم على يصبر وال الناس يخالط ال الذي المسلم منMaksudnya: Imam Ahmad dan Tirmiziy meriwayatkan daripada

Rasulullah SAW dengan sanad yang sahih: Seorang muslim yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan keburukan mereka lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar dengan keburukan mereka.

Jelas kepada kita daripada nas–nas di atas bahawa syakhsiah seseorang tidak sempurna melainkan dengan memiliki sifat sabar dan musabarah

Menurut Ustaz Abdullah Naseh `Ulwan, “As-Sabr”: kekuatan jiwa dan rohani yang menjadi benteng kepada individu dan membolehkannya menangkis, sebab-musabab yang membawa kepada lemah dan lumpuhnya keazaman, kelemahan diri, berwewenang menyerah kalah. Justeru itu, ia terus tabah, kukuh dan utuh serta meneguhkan pendirian dalam berhadapan dengan fitnah, godaan, mehnah dan tribulasi. Manakala “Al-Musobarah”: kemenangan diri dengan bersabar mengalahkan tarikan syahwat, kemenangan diri mengatasi cabaran dengan bersabar menanggung ujian, bersabar mengalahkan musuh dengan bermujahadah dan memasakkan thabat (teguh dan tetap pendirian).

Insan yang tidak berdaya untuk mengalahkan fitnah seks dan syahwat, bererti ia telah hilang keperibadian.

Insan yang tidak berdaya untuk mengalahkan fitnah harta dan kebesaran, bererti ia telah hilang keperibadian.

Insan yang tidak berdaya untuk bersabar di atas musibah dan ujian, bererti ia telah hilang keperibadian.

Insan yang tidak berdaya untuk bersabar bagi mengalahkan musuh di medan peperangan dan jihad, bererti ia telah hilang keperibadian.

]

Insan yang tidak berdaya untuk menyatakan kebenaran dan menolak dakwaan batil, bererti ia telah hilang keperibadian.

Sifat seorang da`ei yang benar-benar faham dengan kerja dakwahnya, mengenali duri-duri jalanan dan bersabar dengan keliaran nafsu, pertembungan keinginan dan tarikan syahwat yang berpunca daripada pengaruh semasa, adat yang diwarisi dan arus jahiliyah.

(Muhadhorah Takwin asy-Syahksiah: 46-49)

Ibn Abbas menjelaskan: Sebahagian daripada hakikat iman adalah sabar. Sabar adalah suatu kemestian dan ia merupakan sebahagian daripada iman, manakala sebahagian yang lain adalah syukur. Sesiapa yang terdedah kepada tribulasi atau mendapat kesenangan, berada dalam kemiskinan atau kekayaan, maka perkara utama yang perlu mereka lakukan ialah bersabar

111

Page 113: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

dan redha, seterusnya ia hendaklah bersyukur. Hanya orang mukmin yang sebenar sahaja yang memiliki sifat-sifat ini. Segala urusan mereka adalah baik. Orang–orang yang sabar mendapat ganjaran yang tidak terhitung banyaknya dari Allah ‘Azza Wa Jalla manakala orang yang bersyukur mendapat penambahan dari-Nya.

Sabar terbahagi kepada beberapa bahagian, antaranya:-

# Sabar dalam melakukan ketaatan dan ibadat. # Sabar dalam menghindarkan diri daripada maksiat dan syahwat. # Sabar ketika berdakwah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla

Sabar menghadapi ujian, kesakitan serta keperitan.

Allah ‘Azza Wa Jalla telah memuji golongan ini dan menjanjikan untuk mereka balasan yang baik dan mulia.

(‘Uddatu Al Sabirin Wa Zakhiratu Al Syakirin: Ibn Qoiyim)

Kita tidak sepatutnya berasa lemah atau putus semangat dengan apa jua halangan, rintangan dan cabaran yang ditempuhi dalam menjalankan setiap agenda kehidupan. Jangan cepat menyerah kalah apabila berhadapan dengan cabaran dan ujian hidup. Yakinlah, setiap ketentuan dan takdir Allah ‘Azza Wa Jalla mengandungi hikmah yang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

استكانوا وما ضعفوا وما الله سبيل في أصابهم لما وهنوا فماMaksudnya: Maka mereka tidak merasa lemah semangat akan

apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah, dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh).

(Ali Imran: 146)

Amar Ma’ruf Dan Nahi Mungkar

Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

المنكر عن وانه بالمعروف وأمرMaksudnya: Dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah

daripada melakukan perbuatan yang mungkar. (Luqman: 17)

‘Amar ma`ruf' dan ‘nahi mungkar’ merupakan tugas mulia yang dipikul bersama oleh orang mukmin dan Rasulullah SAW. Ia merupakan sebab-sebab yang membawa kepada kesejahteraan dan mengekalkan keutuhan serta kredibiliti umat akhir zaman. Berkaitan dengan tugas Rasulullah SAW, Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

المنكر عن وينههم بالمعروف يأمرهمMaksudnya: Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang

baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji.

112

Page 114: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

(Al-A`raf: 157)

Berkaitan dengan tugas orang mukmin, Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

بالمعروف يأمرون بعض أولياء بعضهم والمؤمنات والمؤمنونالمنكر عن وينهون

Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan.

(At-Taubah: 71)

Berkaitan ayat yang menjelaskan tentang kesejahteraan dan ketinggian umat ini Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

عن وتنهون بالمعروف تأمرون للناس أخرجت أمة خير كنتمبالله وتؤمنون المنكر

Maksudnya: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).

(Ali Imran: 110)

Berkaitan arahan suci daripada Allah ‘Azza Wa Jalla kepada orang mukmin agar melaksanakan tugas yang mulia ini dan sebagai kewajiban beragama adalah berdasarkan firman-Nya:-

بالمعروف ويأمرون الخير إلي يدعون أمة منكم ولتكن وأولئك المنكر عن وينهون

المفلحون همMaksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang

menyeru (berda'wah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang berjaya.

(Ali Imran: 104)

Rasulullah SAW telah memberi peringatan bahawa amar ma`ruf dan nahi mungkar adalah antara sebab membebaskan diri dari azab Allah ‘Azza Wa Jalla:

أنه وسلم عليه الله صلى الله رسول قال قالت سلمة أم عن كره ومن برئ فقد أنكر فمن وتنكرون تعرفون أمراء سيكون

113

Page 115: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

نقاتلهم أال الله رسول يا قالوا وتابع رضي من ولكن سلم فقدالخمس صلوا ما ال قال

Maksudnya: Ummu Salamah isteri Rasulullah SAW berkata: Rasulullah SAW bersabda: Akan terdapat pemimpin-pemimpin yang melakukan kebaikan dan juga kejahatan, sesiapa yang menegah kejahatan yang dilakukan oleh mereka maka ia telah terlepas (dosa bersekutu dengan kejahatan dan dari azab Allah), sesiapa yang membenci di hati (terhadap perbuatan mungkar tersebut) maka sesungguhnya ia telah terselamat, tetapi mereka yang redha dan mengikut kejahatan para pemimpin itu (tidak selamat). Para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: Adakah perlu kami memerangi mereka? Rasulullah menjawab: Tidak, selagimana mereka menunaikan solat lima waktu.

(At-Tamhid)Rasulullah SAW mengatakan bahawa antara punca berlakunya

perpecahan ialah tidak melaksanakan kewajipan amar ma`ruf dan nahi mungkar:

يد على ولتأخذن المنكر عن ولتنهون بالمعروف لتأمرن والله قصرا الحق على ولتقصرنه أطرا الحق على ولتأطرنه الظالم

كما ليلعنكم ثم بعض على بعضكم بقلوب الله ليضربن أولعنهم

Maksudnya: Demi Allah hendaklah kamu melaksanakan amar ma`ruf dan nahi mungkar, hendaklah kamu menegah orang yang melakukan kezaliman, berilah dorongan kepada mereka agar menerima kebenaran, dan desaklah ia kepada kebenaran, ataupun Allah akan menyelisihkan hati-hati kamu antara satu sama lain, kemudian kamu akan dilaknati oleh Allah sepertimana Allah telah melaknati mereka itu.

(Riwayat Abu Daud dan At-Tirmiziy)

Rasulullah SAW telah bersabda berkaitan dengan meninggalkan peranan amar ma`ruf dan nahi mungkar yang akhirnya membawa kepada tercetusnya fitnah:

األمر يترك متى الله رسول يا للنبي قلت قال حذيفة عن قال البر أهل أعمال سيدا وهما المنكر عن والنهي بالمعروف

وما الله رسول يا قلت إسرائيل بني أصاب ما أصابكم إذا وصار فجاركم خياركم داهن إذا قال إسرائيل بني أصاب ذلك فعند صغاركم في الملك وصار شراركم في الفقه

الطبرانى( رواه) …عليكم ويكر تكرون فتنة تلبسكم

114

Page 116: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Maksudnya: Daripada Huzaifah beliau berkata: Aku bertanya kepada Nabi SAW ketikamanakah amar ma`ruf dan nahi mungkar ditinggalkan sedangkan ia adalah penghulu segala amalan ahli kebaikan?. Rasulullah SAW bersabda: Apabila menimpa kamu apa yang menimpa Bani Israel. Aku bertanya: Wahai Rasulallah! Apakah yang telah menimpa Bani Israeil? Rasulullah menjawab: Apabila orang yang baik di kalangan kamu berpura-pura (mengampu) di hadapan orang yang jahat, orang yang tidak pandai agama bercakap tentang agama dan orang yang tidak layak memerintah memegang kuasa pemerintahan. Pada ketika itu, akan berlaku fitnah, kamu memerangi fitnah tersebut dan fitnah itu menyerang kamu.

(Mu`jam Al-Awsot) (Nazorot Hawla Wasoya Luqman: jil 2; 711)

Dakwah Yang Berhikmah

Menyeru kepada amalan ma`ruf perlu berpandukan keterangan, ilmu dan kefahaman yang jelas. Demikian juga dengan mengubah kemungkaran, ia perlu mengikut kadar kemampuan, sama ada mengubah dengan kekuasaan sekiranya berkemampuan atau dengan lidah iaitu menasihatinya dan yang terakhir membenci kemungkaran tersebut dengan hati, di waktu yang sama kita juga tidak melakukan kemungkaran tersebut Tiada lagi keimanan selepas itu, meskipun sebesar biji sawi. Di manakah nilai seorang mukmin jika imannya hanya sebesar biji sawi…???

Menyeru kepada kebaikan hanyalah pada perkara yang jelas terdapat gesaan dari syara` untuk melakukannya. Manakala tegahan pula hanyalah dibuat pada perkara kemungkaran yang telah disepakati (ijma`) oleh para ulama’ yang mu’tabar bahawa ia mesti ditegah. Adapun perkara yang masih terdapat perselisihan di kalangan ulama tidak perlu ditegah, memandangkan adanya mazhab tertentu yang tidak menyanggah perbuatan seumpama itu, dan setiap mujtahid adalah boleh diikuti. (Qowai’d Al-Feqh A’mid Al-Ihsan Al-Mujadidiy: 496 / Haula Al-Amru Bi Al Ma’ruf Wa Al-Nahyi A’n Al Mungkar: 6)

Hikmah sentiasa menjadi hiasan bagi mereka yang menjalankan kerja-kerja dakwah. Syed Qutb menjelaskan berkaitan dengan perkara ini:

Sesungguhnya kerja kerja dakwah dijalankan semata-mata untuk menuju kepangkuan Ilahi, bukan untuk kepentingan diri dan puak. Jadi, seorang dae`i tidak lain tidak bukan, hanyalah menunaikan kewajipan yang diamanahkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla. Bukanlah semata-mata untuk mencari populariti diri, bukan sekadar ingin memburu kemenangan melalui dakwah yang disampaikan; dan bukan semata-mata untuk kepentingan tertentu dari orang yang menjadi sasaran dakwahnya. Kita hanya dituntut supaya melaksanakan tugas dakwah dan menyerahkan balasan dan ganjaran amal kepada Allah sahaja.

Menjalankan dakwah secara berhikmah ialah dengan melihat keadaan dan situasi yang sedang dihadapi. Perlu dinilai kemampuan dan

115

Page 117: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

keupayaan diri mereka agar dakwah yang diutarakan tidak menjadi suatu bebanan ke atas mereka. Perlu juga dipelbagaikan teknik dan uslub dakwah iaitu bukannya sentiasa berkobar-kobar dan bersemangat, terlalu mengikut perasaan dan menzahirkan kemarahan.

(Fi Zilal Al Quran: jil 4; ms 2022)

Tahap-Tahap Dalam Mencegah Kemungkaran

Para ulama telah menerangkan tentang bagaimanakah cara dan tahap-tahap untuk menegah kemungkaran, antaranya ialah al-Imam Ibn Qudamah. Menurut beliau tahap-tahap tersebut adalah seperti berikut:

Langkah Pertama : Pengenalan

Seorang jahil yang tidak mengenali kemungkaran dan apabila diberi penjelasan, ia akan meninggalkan kemungkaran tersebut, maka hendaklah diberi penerangan dengan cara yang lemah-lembut dan berhikmah.

Langkah Kedua : Memberi nasihat

Memberi peringatan dan menceritakan sejarah per-juangan para salafusoleh dan umat terdahulu dengan cara yang baik tanpa menggunakan kekasaran.

Dr Ramadhon Abdul Muttolib Khumais telah menyebut: Allah telah memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun agar berjumpa dengan Firaun yang telah melampau dan menyerunya agar kembali kepangkaun Ilahi (jalan yang benar) dengan berlemah-lembut dan berhikmah.

Nabi Musa AS telah memulakan dakwahnya dengan katanya seperti dalam firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

تزكى أن إلى لك هلMaksudnya: Adakah engkau suka hendak menyucikan dirimu.

(An-Nazia’at: 18)

Nabi Musa telah mengunakan uslub yang panjang untuk menjinakkan hati Firaun. Sebenarnya Nabi Musa boleh menggunakan uslub yang lebih ringkas iaitu تتزكى هل (Adakah kamu menyucikan dirikamu?). Namun uslub yang sebegini terlalu kasar dan tidak berhikmah; boleh menimbulkan kemarahan serta menjauhkan hati Firaun.

(Al-Dakwah Al-Islamiah Arkanuha Wa Minhajuha: 250-251)

Langkah Ketiga: Berkeras Dan Menggunakan Ketegasan

Apabila orang yang diseru berdegil dan mempermain-mainkan nasihat yang disampaikan, maka ketika ini perlu digunakan uslub

116

Page 118: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

penyampaian yang lebih tegas dan keras, tetapi bukan menggunakan celaan, perkataan yang kotor dan pembohongan. Contohnya uslub yang telah digunakan oleh Nabi Ibrahim AS, firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

تعقلون أفال الله دون من تعبدون ولما لكم أفMaksudnya: Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu

sembah selain Allah. Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?

(Al-Anbiya’: 67)

Langkah Keempat: Menggunakan Tangan (kuasa)

Setelah langkah-langkah di atas ternyata gagal maka tangan boleh digunakan untuk mencegah kemungkaran tersebut daripada terus berleluasa, seperti membuang arak, mengoyak gambar-gambar lucah dan mengkhayalkan.

Ibn Qudamah berkata: Sesiapa yang merasakan bahawa ia akan ditimpa kemudharatan sekiranya ia bertindak, maka tidak wajib baginya mencegah kemungkaran tersebut, namun sekiranya ia merasakan, ia tidak akan dihukum dengan suatu yang memudharatkan maka adalah menjadi kewajiban ke atasnya untuk bertindak. Ukuran kemudharatan tersebut bukan tertakluk kepada sejauhmana pengecut atau beraninya seseorang, sebaliknya diukur dengan neraca kesederhanaan di dalam tindakan dan kesempurnaan tabi’at seseorang. Apa yang dimaksudkan dengan mudhorat adalah seperti tercetusnya pembunuhan, pukulan, rampasan harta dan provokasi dalam negara. Namun jika sekadar celaan dan makian, bukanlah suatu yang boleh dianggap sebagai keuzuran untuk mengundur dari menjalankan tanggungjawab ini.

(Mukhtasor Minhaj Al-Qosidin: 132)

Jika tidak wujud kemudharatan sepertimana di atas, maka kita perlu perhatikan pula, adakah kemungkinan berlakunya fitnah dan prasangka buruk dari kalangan orang ramai terhadap tindakannya tersebut.

Mencegah dengan tangan adalah menjadi tanggungjawab dan hak ke atas penguasa atau penjaga, ke atas orang yang melakukan kemungkaran contohnya pemerintah berkuasa ke atas rakyatnya. Seorang ayah adalah berkuasa ke atas anak-anak dan isterinya. Jiran, saudara-mara, sahabat handai dan orang ramai bukan di bawah kekuasaan kita. Justeru itu, kita hanya boleh menegah kemungkaran dengan kata-kata dan hati sahaja.

Langkah Kelima: Ancaman

Membuat ancaman dan menakut-nakutkan seperti mengatakan: “Tinggalkanlah perkara ini jika tidak aku akan melakukan sesuatu ke atas engkau”

Langkah Keenam: Bertindak Keras

117

Page 119: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Memukul dengan tangan dan kaki serta anggota lain tanpa menggunakan senjata, dengan syarat jika di dalam keadaan terdesak dan ia dilakukan sekadar keperluan sahaja. Sekiranya orang tersebut telah meninggalkan kemungkaran yang dilakukannya maka pukulan tersebut hendaklah dihentikan serta merta.

(Mukhtasor Minhaj Al-Qosidin: 136, Feqh Al-Dakwah Fi Ikar Al Munkar: 56)

Hukum-Hakam Berkaitan Mencegah Kemungkaran

Al-Imam Ibn Qudamah telah menyatakan empat keadaan berkaitan hukum mencegah kemungkaran:

Ketikamana seseorang itu mengetahui bahawa ke-mungkaran boleh dicegah dengan perkataan atau perbuatannya tanpa berlaku kemudharatan ke atasnya. Ketika ini hukumnya adalah wajib.

Ia mengetahui bahawa percakapannya itu tidak men-datangkan faedah, sekiranya ia bersuara nescaya ia akan dipukul. Maka pada ketika ini tidak wajib ke atasnya mencegah kemungkaran tersebut.

Ia mengetahui bahawa tegahannya itu tidak men-datangkan kesan dan di waktu yang sama ia tidak gentar dengan sebarang bahaya. Maka pada ketika ini, hukumnya tidak wajib tetapi sekadar mustahab (sunat) untuk tujuan menzahirkan syiar agama dan melaksanakan tugas penyampaian.

Ia mengetahui bahawa ia akan ditimpa kemudharatan sekiranya ia menegah kemungkaran tersebut, namun kemungkaran itu boleh dihapuskan sekiranya ia bertindak seperti membuang arak dan ia juga mengetahui bahawa ia akan dipukul dengan tindakan tersebut. Maka ketika ini hukumnya tidak wajib tetapi hanya sekadar mustahab (sunat).

Sabda Rasulullah SAW:

الجائر سلطان عند الحق كلمة الجهاد أفضلMaksudnya: Jihad yang paling afdhal ialah menyatakan kalimah

yang benar di hadapan pemerintah yang zalim. (Mukhtasor Minhaj Al-Qosidin: 132)

Namun demikian, jika semua pihak berdiam diri, tidak mahu mencegah kemungkaran maka ini akan mengundang laknat Allah. Justeru itu, mestilah ada sebahagian ulama' yang bangun menegah kemungkaran walaupun menanggung risiko kemudharat an. Tidak sepatutnya seluruh umat berpegang dengan kaedah rukhsah (kelonggaran hukum) sebaliknya perlu ada juga di kalangan mereka yang berpegang dengan azimah (hukum asal).

118

Page 120: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Doktor Yang Sakit Mengubati Pesakit ??!!!

Tajuk ini adalah berkaitan dengan orang yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kejahatan sedangkan ia sendiri tidak beramal dengan apa yang disuarakannya, dengan itu Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:-

الكتاب تتلون وأنتم أنفسكم وتنسون بالبر الناس أتأمرونتعقلون أفال

Maksudnya: Patutkah kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal.

(Al-Baqarah: 44)

Al-Imam al-Baidhowiy menegaskan; ayat ini menggesa kepada para da’ei supaya membersihkan jiwa dan me-nyempurnakan diri sendiri agar ia mampu untuk memperbaiki orang lain pula. Ayat ini tidak menegah orang fasiq daripada memberi nasihat kepada orang lain, kerana jika seseorang gagal menyempurnakan salah satu daripada dua kewajipan tersebut, tidak semestinya dia perlu melepaskan atau mengabaikan kedua-dua tanggungjawab dan kewajipan tersebut.

Al-Imam al-Qurtubiy menjelaskan ayat ini dengan hadis:-

بطنه أقتاب فتندلق النار في فيلقي القيامة يوم بالرجل يوتي يدور كما بها فيدور

يا: النار أهل إليه فيجتمع بالرحى الحمار لك ما فالن فيقولونبلى: المنكر عن وتنهى بالمعروف تأمر تكن ألم قد فيقول

وآتيه المنكر عن وأنهى آتيه وال بالمعروف آمر كنتMaksudnya: Seorang didatangkan pada hari qiamat lalu dihumban

ke dalam neraka maka terburailah segala isi perutnya, kemudian diputarkan sepertimana keldai mengelilingi pengisar air. Melihat keadaan ini ahli neraka berhimpun padanya dan mereka berkata: Wahai fulan! Tidakkah engkau mengerjakan amar ma`ruf dan nahi mungkar. Orang itu menjawab: Ya, sememangnya dahulu aku menyuruh perkara ma`ruf tetapi aku tidak melakukannya dan aku menegah kemungkaran tetapi aku melakukannya.

(Riwayat Bukhoriy)

Hadis ini memaparkan balasan yang lebih dahsyat bagi mereka yang mengetahui perkara yang ma`ruf dan kemungkaran, dan ia juga mengetahui tentang wajibnya melaksanakan tugasan ini (tugas amar ma`ruf dan nahi mungkar) berbanding orang yang tidak mengetahui. Ini kerana mereka seolah-olah memperkecil-kecilkan hal-hal yang diharamkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla, dan memperlekehkan hukum-hakam. Mereka adalah orang yang tidak mengambil manfaat daripada ilmunya.

119

Page 121: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Bersabda Rasulullah SAW:

بعلمه ينتفع لم عالم القيامة يوم عذابا الناس أشدMaksudnya: Manusia yang menanggung azab yang paling pedih

pada hari qiamat ialah orang yang mengetahui tetapi tidak mengambil manfa`at dengan ilmunya.

(Diriwayatkan daripada Abu Hurairah)

Berkaitan dengan perkara di atas, al-Imam al-Qurtubiy mengemukakan pandangannya: Ketahuilah - semoga Allah ‘Azza Wa Jalla memberi taufik kepada kamu - bahawasanya celaan di dalam ayat di atas adalah berpunca daripada meninggalkan perbuatan baik bukan kerana menjalankan tugas menyeru melakukan kebaikan. Kerana itulah, Allah ‘Azza Wa Jalla mencela mereka sepanjang zaman hingga hari qiamat.

Kedudukan Mereka Yang Bersikap Berkecuali

Kita perlu merenung sejarah silam, bagaimana peranan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang menjadi tugas seluruh umat berdasarkan tahap kemampuan mereka. Bagaimana umat sebelum kita diperintahkan untuk melaksanakan tugas ini yang merupakan pendorong kesejahteraan dan menjadi sebab bagi kejayaan mereka. Bagaimana pula golongan kafir di kalangan Bani Israel dilaknat oleh Allah ‘Azza Wa Jalla melalui lidah nabi Daud dan Isa bin Maryam angkara penderhakaan dan permusuhan mereka. Bahana sikap tidak mencegah kemungkaran yang mereka lakukan. Islam memberi amaran keras agar kita tidak menuruti jejak langkah mereka ini. Jika tidak maka kita juga turut akan menerima kecelakaan seperti yang telah mereka alami. Manusia akan mudah melaksanakan tugas ini jika mereka tahu bahawa sesiapa yang menunjukkan jalan kebaikan, mereka akan memperolehi ganjaran sepertimana orang yang melakukan kebaikan itu sendiri. Orang yang menyeru kepada hidayat juga mendapat ganjaran sepertimana orang yang mendapat hidayat. Dan demikian jugalah sebaliknya bagi orang yang menyeru kepada kejahatan. Mereka yang melakukan dosa juga mendapat padah seperti orang yang menyeru mereka.

Orang yang mengabaikan tugas amar ma`ruf dan nahi mungkar telah menggolongkan diri mereka ke dalam kelompok manusia yang tidak mendapat perhatian dan pertolongan daripada Allah. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

معذبهم أو مهلكهم الله قوما تعظون لم منهم أمة قالت وإذا نسوا فلما يتقون ولعلهم ربكم إلى معذرة قالوا شديدا عذابا

الذين وأخذنا السوء عن ينهون الذين أنجينا به ذكروا مايفسقون كانوا بما بئيس بعذاب ظلموا

120

Page 122: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat? Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: (Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan, dan supaya mereka bertaqwa. Maka tatkala mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakah orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).

(Al-A’raf: 165)Ayat ini mengisahkan tentang penduduk kota Eilah yang terletak

di pantai Laut Merah, iaitu antara kota Madyan dan bukit Thur. Apabila berlaku maksiat di kalangan mereka, penduduk kota tersebut terbahagi kepada tiga golongan:-

Golongan pertama: Mereka menyokong perlakuan maksiat tersebut.

Golongan kedua: Mereka berusaha mencegah kemungkaran dan sentiasa memberi nasihat.

Golongan ketiga: Tidak menyebelahi mana-mana pihak, tidak menyokong kebenaran dan tidak menghalang kemungkaran.

Golongan ketiga telah berkata kepada golongan kedua: “Mengapakah kamu memberi nasihat kepada kaum yang telah Allah menentukan kebinasaan ke atas mereka dan kamu juga telah mengetahui bahawa Allah akan mengazab mereka di dunia dan akhirat.”

Golongan kedua menjawab: “Kami memberi nasihat untuk melepaskan diri kami daripada dosa tidak mencegah kemungkaran. Semoga kami mendapat pengampunan daripada Allah kerana kami telah menunaikan kewajipan. Mudah-mudahan dengan peringatan kami, mereka kembali kepada kebenaran dan melakukan kebaikan serta tidak lagi melakukan kemungkaran.

Akhirnya Allah ‘Azza Wa Jalla telah menyelamatkan golongan kedua, manakala golongan pertama diazab oleh Allah ‘Azza Wa Jalla dengan disumpah menjadi kera.

(Tafsir Al-Munir: jil 9; ms 143 & 144)

Tidak disebut di dalam ayat berkenaan balasan bagi golongan ketiga. Mereka telah mengabaikan tugas yang diamanahkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla dengan tidak menyeru kepada kebaikan dan tidak menegah kemungkaran. Justeru itu, Allah ‘Azza Wa Jalla mengabaikan mereka. Maka mereka tidak berhak untuk mendapat pujian Mereka juga tidak sepatutnya dicela sebab mereka tidak melakukan maksiat. Dalam erti kata yang lain,

121

Page 123: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Allah ‘Azza Wa Jalla telah mengazab mereka dengan mengabaikan hal ehwal mereka.

Tawadhu' Dan Merendahkan Diri

Rasulullah telah menafsirkan tawadhu` dengan pe-ngertian yang sebaliknya iaitu takabbur. Sabda Rasulullah SAW:

الناس وغمط الحق بطر الكبرMaksudnya: Takabbur ialah menzahirkan kebencian terhadap

kebenaran dan memperlekehkan manusia lain. (Riwayat Muslim)

Dapat difahami dari hadis Rasulullah SAW di atas bahawa terdapat dua kategori takabbur:

Kategori Pertama : Takabbur Pada Kebenaran

Sabda Rasulullah SAW:

ذليل والمنافق الذلول كالجمل المؤمنMaksudnya: Orang mukmin adalah seperti unta sentiasa patuh

dan mudah mengikut, manakala orang munafiq adalah hina.

Untuk membolehkan kita beramal dengan hadis di atas, kita juga perlu memahami kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Fudhail ibn `Iyad, ketikamana beliau ditanya tentang sifat tawadhu` lalu beliau menjawab: “Tunduk dan patuh kepada kebenaran serta menerima sesiapa sahaja yang menyuarakan tentang kebenaran.”

(Tahzib Madarij Al-Salikin: 429)

Saidina `Ali Karramallahu Wajhah telah menggesa supaya kita berusaha untuk mengenali kebenaran itu sendiri, bukan hanya berdasarkan kepada manusia yang berpegang dengan kebenaran tersebut:

أهله تعرف الحق اعرف بالرجال يعرف ال الحق إنMaksudnya: Sesungguhnya kebenaran tidak dikenali dengan

manusia, tetapi kenalilah kebenaran, nescaya engkau akan mengenali ahlinya.

(Tafsir Al-Qurtubiy: jil 1; ms 319)

Orang yang cuba menjadikan manusia sebagai ukuran kepada kebenaran, tidak akan dapat membezakan mana yang hak dan yang batil. Malahan ia akan tertipu dengan pandangannya sendiri, lantaran tersilap dalam membuat penilaian dalam keadaan ia tidak sedar.

Justeru itu, kita perlu menghiasi diri dengan sifat tawadhu` dalam hal-hal berkaitan dengan agama. Tidak wajar seseorang itu cuba mengada-adakan dalil yang tidak munasabah dengan membuat penyelewengan dalam

122

Page 124: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

soal keagamaan. Tidak sepatutnya kita mencari-cari ruang untuk mewujudkan perselisihan. Perkara yang telah jelas dan melibatkan nas daripada Al-Quran dan As-Sunnah tidak boleh disanggah dengan pendapat akal.

Kategori Kedua : Takabbur Terhadap Sesama Manusia

Untuk membolehkan kita menghindarkan diri dan menjauhi sifat memperlekehkan manusia lain, cuba kita renungi sejenak sabda Rasulullah SAW:

وال أحد على أحد يفخر ال حتى تواضعوا أن إلى حى أو الله إنيبغى

أحد على أحد Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah mengwahyukan kepadaku

bahawa hendaklah kamu bertawadhu` sehingga kamu tidak berbangga-bangga ke atas orang lain dan tidak menginayai orang.

(Sahih Muslim)

Takabbur dan bermegah diri tidak dapat dihilangkan melainkan dengan tawadhu`.

Al-Imam Ibn Qoiyim telah menerangkan bahawa: Keindahan tawadhu` akan dirasai apabila seseorang itu meredhai muslim yang lain sebagai saudaranya dan di waktu yang sama Allah juga meredhainya sebagai hamba. Menunaikan hak walaupun kepada musuh, bersedia memaafkan kesilapan orang lain. Sedangkan Allah ‘Azza Wa Jalla meredhai seseorang itu sebagai hamba-Nya, kenapa pula kita tidak dapat meredhai seseorang itu sebagai sahabat. Tidak meredhai seseorang itu sebagai sahabat tergolong di dalam ertikata takabbur. Alangkah buruknya apabila seorang hamba bersikap takabbur terhadap manusia lain yang sepertinya juga. Dimanakah kewajaran ia tidak meredhai sahabatnya sebagai saudara, sedangkan Allah telah meredhainya sebagai hamba.

(Tahzib Madarij Al-Salikin: 433)

Seterusnya al-Imam Ibn Qoiyim menjelaskan: Sesiapa yang membuat kesilapan kepadamu kemudian ia datang untuk meminta maaf, maka konsep “tawadhu`” menuntut agar kamu memberi kemaafan kepadanya, sama ada permintaannya itu benar mahupun sebaliknya. Kamu tidak berhak menaruh sebarang prasangka terhadapnya, berserahlah kepada Allah berkaitan apa yang tersembunyi di dalam hatinya. Rasulullah pernah memaafkan tiga orang munafiq yang lari dari peperangan dan menyerahkan kepada Allah menentukan apa sebenarnya yang tersembunyi di hati mereka.

(Tahzib Madarij Al-Salikin: 433)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

واصفحوا فاعفوا

123

Page 125: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Maksudnya: Maafkanlah mereka dan bebaskanlah mereka. (Al-Baqarah: 109)

“Maafkanlah” iaitu jangan mengenakan hukuman di atas kesilapannya.”Bebaskanlah” iaitu jangan mencela dan menyimpan perasaan dendam di hati.

(Tafsir Al-Baidhowiy: jil 2; ms 361)

Setiap sifat tidak berdendam itu, ada terkandung ke-maafan, tetapi bukan bermakna setiap kemaafan itu tidak terkandung rasa dendam. Seorang mukmin hendaklah bersepakat dalam perkara yang telah dipersetujui bersama dan memberi kelonggaran kepada sahabatnya dalam perkara yang terdapatnya perselisihan.

Bolehkah Kita Mengesan Virus Takabbur?????

Dr Said Muhammad Nuh menyatakan di dalam kitabnya, “Afat ‘Ala Thoriq” di antara cara untuk mengenali sifat takabbur antaranya ialah:

1. Berjalan dengan gaya yang berlagak sombong, tidak mempedulikan orang lain, bahkan sentiasa ingin melarikan diri dari manusia.

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

سبيله عن ليضل عطفه ثانيMaksudnya: Sedang ia memalingkan leher kepalanya kerana

sombong, supaya ia menyesatkan (orang) dari jalan Allah. (Al-Hajj: 9)

2. Mencari peluang untuk melakukan kerosakan di muka bumi, tidak menghiraukan nasihat orang dan tidak mengambil berat tentangnya, malah bersikap angkuh terhadap perkara yang benar:

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

الله ويشهد الدنيا الحياة في قوله يعجبك من الناس ومن األرض في سعى تولى وإذا الخصام ألد وهو قلبه في ما على

وإذا الفساد يحب ال والله والنسل الحرث ويهلك فيها ليفسد له قيلالمهاد ولبئس جهنم فحسبه بإلثم العزة أخذته الله اتق

Maksudnya: Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang sangat-sangat keras per-musuhannya (kepadamu).

124

Page 126: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanam-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.

Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah engkau kepada Allah", timbullah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahanam; dan demi sesungguhnya, (neraka jahanam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.

(Al-Baqarah: 204-206)

3. Percakapan yang melulu dan tajam.

Sabda Rasulullah SAW:

يتخلل الذي الرجال من البليغ يبغض وجل عز – الله إنبلسانه الباقرة تخلل كما بلسانه

Maksudnya: Sesungguhnya Allah membenci orang yang berlebih-lebihan ingin menunjukkan kefasihan percakapannya, sambil menjulur-julurkan lidahnya seperti lembu menjulur-julurkan lidahnya ketika makan.

(Dikeluarkan oleh Abu Daud)

4. Memakai pakaian tertentu dengan niat ingin bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk di hadapan orang.

Sabda Rasulullah SAW:

بكر: أبو قال القيامة يوم إليه الله ينظر لم خيالء ثوبه جر من قال: منه ذلك ألتعاهد وإني يسترخى، إزاري جانبي أحد إن

ذلك يفعل ممن لستMaksudnya: Sesiapa yang melabuhkan bajunya kerana ingin

bermegah nescaya Allah tidak melihat kepadanya pada hari qiamat. Abu Bakar berkata: Kainku labuh sebelah tetapi aku sentiasa memeliharanya. Rasulullah bersabda: Kamu tidak tergolong dikalangan mereka itu.

(Dikeluarkan oleh Abu Daud)

5. Gemar untuk mendapatkan penghargaan manusia. Merasa kecewa dan susah hati jika orang tidak menghormatinya atau tidak mengangkat martabat dirinya. Amat suka apabila ia terpilih untuk menjalan sesuatu urusan, sedangkan ia sendiri enggan memilih orang lain.

6. Merasa bangga apabila ia mendahului orang lain ketika berjalan, berada dalam majlis, dalam perbualan atau seumpamanya.

Rasulullah SAW telah berpesan agar kita berwaspada terhadap perkara-perkara seperti di atas melalui sabda Baginda:

125

Page 127: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

النار من مقعده فليتبوأ قياما الرجال له يمثل أن أحب منMaksudnya: Sesiapa yang menyukai orang bangun

menghormatinya, maka ia telah menempah tempatnya di dalam api neraka. (Dikeluarkan oleh Abu Daud) (Afat ‘Ala Toriq: jil 1; ms173-175)

Demikianlah pelbagai gambaran dan penjelasan ringkas berkaitan norma-norma kehidupan dan ketinggian moral yang didasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah ke arah melahirkan generasi rabbaniy. Pada hakikatnya masih banyak lagi perkara yang perlu diperjelaskan berkaitan perkara ini dan tidak mungkin dapat dibicarakan di dalam ruangan yang terhad ini

BAHAGIAN ENAM

PENGAJARAN DARIPADAWASIAT LUQMAN

PENGAJARAN UMUM DARI WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Antara syarat-syarat untuk memberi pengajaran dan bimbingan kepada orang lain ialah memulakan dengan yang terpenting. Wasiat Luqman

126

Page 128: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

dimulakan dengan tegahan mensyirikkan Allah ‘Azza Wa Jalla yang merangkumi suruhan agar mentauhidkan-Nya, serta meyakini bahawa kita akan bertemu dengan Allah. Contoh yang lain pula ialah firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

وبذى إحسانا بالوالدين و شيئا به تشركوا وال الله واعبدوا الجنب والجار القربى ذي والجار والمساكين واليتامى القربى

أيمانكم ملكت وما السبيل وابن بالجنب والصاحبMaksudnya: Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan

janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa juga; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tertangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki.

(An-Nisa`: 36)

Allah ‘Azza Wa Jalla telah memulakan firman-Nya dengan perintah menghambakan diri pada-Nya yang satu tanpa menyekutukan-Nya, kemudian dituruti pula dengan ihsan kepada dua ibubapa, kaum kerabat, orang yatim dan miskin, jiran dengan mengikut tertib aulawiyyat (priority); seterusnya ibnu sabil, khadam dan hamba.

Mempersiapkan diri untuk menggunakan pelbagai uslub yang berbeza. Ini bertujuan untuk merangsang jiwa pendengar agar sentiasa ingin mengetahui (tasywik) dan menimbulkan keghairahan (targhib) sehingga menjadikan wasiat tersebut benar-benar memberi kesan yang mendalam dan berkekalan. Contohnya:

يبني / يعظه وهو/ البنهMaksudnya: kepada anaknya / sedang dia memberi pengajaran

kepadanya / wahai anak kesayanganku.

Lafaz sebegini digunakan bertujuan menambahkan rasa kasih dan keprihatinan.

Menggunakan lafaz yang memberi makna yang men-dalam seperti:

فخور / خبير / لطيف / حميدMaksudnya: Maha Terpuji / Maha Halus / Maha Mengetahui /

sangat membanggakan diri.

Memulakan nasihat dengan perkara yang lebih umum dan disusuli dengan yang lebih khusus. Al-Quran mendahulukan wasiatnya dengan menyebut tentang perlunya berbuat baik kepada ibubapa di dalam bentuk umum kemudian disusuli pula tentang keutamaan pada pihak ibu secara lebih terperinci memandangkan kesengsaraan dan penderitaan yang

127

Page 129: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

ditanggung olehnya ketika mengandung dan ini melayakkannya untuk mendapat ihsan yang lebih.

Menggunakan misalan dan bidalan. Gaya bahasa yang unik ini telah dipraktikkan oleh Al-Quran berulang-ulang kali. Contohnya firman Allah ‘Azza Wa Jalla: -

في أو صخرة في فتكن خردل من حبة مثقال تك إن إنهاخبير لطيف الله إن الله بها يأت األرض في أو السموات

Maksudnya: Sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan di bawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalas-Nya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuan-Nya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

(Luqman: 12)

Perumpamaan ini dipaparkan untuk menerangkan kesem-purnaan ilmu Allah yang halus lagi mendalam, ilmu yang meliputi segala-galanya.

Mendatangkan dua pengertian yang berlawanan. Dimu-lakan dengan perintah melakukan kebaikan dan disusuli dengan tegahan melakukan kemungkaran Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman.

المنكر عن وانه بالمعروف وأمرMaksudnya: Dan suruhlah berbuat kebaikan, serta la-ranglah

daripada melakukan perbuatan yang mungkar. (Luqman: 17)

Al-Quran menjelaskan manfaat bagi amalan tertentu secara berturutan

ولوالديك لى اشكر أنMaksudnya: (Dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan

kepada kedua ibu-bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

(Luqman: 14)

Bersyukur kepada Allah ‘Azza Wa Jalla merupakan perkara usul dan amalan yang berterusan. Ini akan membuahkan kesyukuran kepada kedua ibubapa dan mendorong kita melakukan ihsan kepada keduanya. Perkara yang kemudian merupakan cabang daripada yang usul. Oleh itu, kita diharamkan mentaati kedua ibubapa jika bertentangan dengan ketaatan kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.

Mendahulukan apa yang sepatutnya di kemudiankan, bagi tujuan membataskan skop maksud dan menjelaskan tujuan sebenar seperti: “Ilayya al-Masiir” (( المصير إلي dan “Ilaiyya Marji`ukum” ( مرجعكم إلي ) . Sepatutnya

dikemudiankan perkataan “Ilaiyya” (إلي ) dalam kedua-dua ayat tersebut,

128

Page 130: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

tetapi di sini didahulukan bertujuan untuk menjelaskan bahawa hanya kepada Allah ‘Azza Wa Jalla sahaja tempat kembali.

Menjelaskan beberapa hukum-hakam dengan mene-rangkan tentang perlunya melakukan ihsan kepada ibu-bapa di samping memberi amaran tentang bahaya syirik kepada Allah ‘Azza Wa Jalla sama sekali. Sekalipun syirik itu, diperintah oleh kedua ibubapanya. Ustaz Sai'ed Hawwa menjelaskan kesempurnaan hikmah terhasil dengan melakukan kebajikan kepada kedua ibubapa selepas mentauhidkan Allah dan tegahan daripada mensyirikkannya. Inilah antara pemahaman yang dapat diambil daripada ayat-ayat Al-Quran yang menghubungkan antara suruhan mentauhidkan Allah dan taat kepada dua ibubapa. Seperti ayat surah Al-Baqarah: 83, al-An`am: 151, an-Nisa`: 36, al-Isra`: 23.

Sebab turunnya ayat (Asbabun Nuzul) iaitu ketikamana gesaan daripada Allah kepada Sa’ad ibn Abi Waqas agar mentaati Allah ‘Azza Wa Jalla dan Rasul-Nya serta teguh dengan keimanan yang sebenar bersama Allah ‘Azza Wa Jalla dan Rasulnya, sekalipun terpaksa mengingkari ibu yang memaksanya agar kembali me-nyembah berhala. Ia tetap teguh dengan keimanan meskipun ibunya akan mati akibat berlapar dan orang ramai akan mencaci Sa’ad bin Abi Waqas dengan mengatakan bahawa beliau telah membunuh ibunya. Di dalam wasiat Luqman juga terdapat ayat-ayat yang hampir serupa dengan pendirian Sa’ad b Abi Waqas.

Dua lafaz yang mengandungi pengertian yang sama (Al-Musyakalah) antara uslub Al-Quran yang tinggi. Dimulai surah Luqman dengan penjelasan bahawa Al-Quran seluruhnya adalah hikmah:

الحكيم الكتاب ءايات تلكMaksudnya: Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang

mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh. (Luqman: 1)

Selepas beberapa ayat daripada ayat ini didatangkan ayat-ayat wasiat. Ayat ini memaparkan kepada kita contoh hikmah yang dianugerahkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla kepada para awliya`-Nya (penolong agama) yang mukmin. Kemudian, disusuli pada ayat berikutnya ‘Azza Wa Jalla bahawa hikmah terhasil dengan mensyukuri segala nikmat Allah ‘Azza Wa Jalla. Justeru itu, segenap sudut kalam Allah yang terkandung di dalam Al-Quran me-ngandungi hikmah.

Gesaan agar mengasuh anak dan mengingatkan mereka supaya menjaga dan memelihara keimanan yang merupakan salah satu daripada nikmat nikmat Allah. Umpama kisah Nabi Ibrahim AS yang mendoakan kebaikan kepada zuriatnya seperti yang tersebut di dalam surah Al-Baqarah.

Terdapat di dalam wasiat Luqman seruan ke arah kebaikan yang merupakan tugas umat ini.

129

Page 131: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Islam adalah agama yang menyeluruh meliputi aqidah, ibadat, mu`amalat, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, dan menjadikan Islam sebagai landasan hidup yang syumul.

Kesyumulan ini terdapat di dalam wasiat Luqman. De-mikian juga terdapat di dalam surah Al-Baqarah pada ayat yang ke 177 yang dianggap sebagai ayat himpunan kebaikan. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman di dalam Al-Quran:

ولكن والمغرب المشرق قبل وجوهكم تولوا أن البر ليس والنبيين والكتاب والمالئكة اآلخر واليوم بالله آمن من البر

وابن والمساكين واليتمي القربى ذوي حبه علي المال وءاتي الزكاة وآتى الصالة وأقام الرقاب وفي والسائلين السبيل

والضراء البأساء في والصابرين عاهدوا إذا بعهدهم والموفونالمتقون هم وأولئك صدقوا الذين أولئك البأس وحين

Maknanya: Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekelian nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya - sedang ia menyayanginya - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya), maka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.

Erti kesyumulan Islam juga dapat difahami daripada hadis yang menjelaskan bahawa orang yang ‘muflis’ ialah orang yang datang pada hari qiamat dengan sembahyang, puasa dan pelbagai amalan soleh sedangkan dia juga menzalimi manusia. Mereka juga memukul, menuduh dan menghina orang lain, maka amalan kebaikan mereka akan dipindahkan kepada orang yang mereka zalimi. Jika sekiranya amalan baiknya telah habis sedangkan dosanya itu belum terhapus maka amalan kejahatan orang yang mereka zalimi akan dicampakkan kepada mereka.

Al-Quran turut mengabadikan bahawa individu muslim bertanggung jawab terhadap mereka yang lebih hampir terlebih dahulu. Kemudian barulah Allah ‘Azza Wa Jalla mengingatkan kita tentang tanggungjawab kemasyarakatan. Orang mukmin umpama satu jasad yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

130

Page 132: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Gesaan agar bersifat optimis dan bersungguh-sungguh dalam menasihati orang lain ke arah kebaikan. Menyeru mereka agar menjauhi sifat-sifat negatif, bertawakal tanpa usaha dan memencilkan diri daripada masyarakat.

Wasiat Luqman membuktikan bahawa Islam adalah agama yang praktikal yang meliputi kata-kata (menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran) dan juga amalan (mentauhidkan Allah ‘Azza Wa Jalla, bersembahyang dan bersifat tawadhu’) yang boleh bertambah dan berkurang, ia tertakluk kepada ketaatan dan kemaksiatan yang dilakukan.

Menjelaskan kemuliaan bahasa Arab sepertimana yang telah dirakamkan oleh Al-Quran di saat menceritakan kisah-kisah umat umat terdahulu. Difardhukan kepada umat Islam yang bukan berbangsa Arab agar mempelajari Al-Quran. Ini semua dipermudahkan dengan uslub Al-Quran yang mengandungi mukjizat. Manakala mereka yang berbangsa Arab digesa agar mendalami dan mengetahui rahsia-rahsia yang terkandung di dalam Al-Quran di samping memeliharanya daripada musuh-musuh Islam yang ingin memusnahkan bahasa Arab. Ini menunjukkan bahawa memelihara Bahasa Arab bermakna memelihara agama dan memerangi Bahasa Arab bermakna memerangi agama.

Kelebihan umat ini mengatasi umat yang lain. yang merupakan penyempurna bagi 70 umat yang terdahulu dan semulia-mulia umat di sisi Allah. Maka bangsa Arab merupakan ummat Dakwah, manakala bangsa yang lain merupakan penyambut kepada dakwah. Ternyata Allah ‘Azza Wa Jalla telah memberi kelebihan yang banyak terhadap bangsa ini. (Mawai`z Luqman Fi Al Quran).

PENGAJARAN KHUSUS DARIPADA WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Abu Bakr al-Jaza’iriy telah menghimpunkan pengajaran yang berguna berkaitan dengan wasiat Luqman seperti berikut:

1. Menetapkan bahawa tauhid semata-mata kepada Allah ‘Azza Wa Jalla dan mengisytiharkan bahawa syirik adalah suatu kezaliman yang besar.

2. Menjelaskan bahawa hikmah itu ialah bersyukur kepada Allah ‘Azza Wa Jalla dengan ketaatan dan zikir (mengingati Allah). Hanya orang alim yang memahami agamanya sahaja yang bersyukur kepada Allah ‘Azza Wa Jalla

3. Disyariatkan bahawa pengajaran dan bimbingan meliputi kanak kanak dan orang dewasa.

4. Menjelaskan bahawa tempoh penyusuan ialah dua tahun bagi bayi dan tidak lebih daripada itu.

131

Page 133: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

5. Wajib membuat kebajikan kepada kedua ibubapa dan menjalin ikatan dengan baik meskipun mereka tidak menganut agama Islam. .

6 Menetapkan kaedah, “Tiada ketaatan kepada makhluk dalam hal yang melibatkan penderhakaan kepada khaliq.”

7 Mentaati kedua ibu bapa adalah wajib selagi mana tidak menyuruh melakukan perkara yang syirik dan penderhakaan kepada Allah.

8 Wajib mengikut jejak-langkah orang mukminin di kalangan ahli sunnah wal jamaah. Dan haram mengikuti jejak langkah ahli bid’ah dan khurafat.

9. Wajib takutkan Allah ‘Azza Wa Jalla sama ada ketika sembunyi mahupun terang-terangan. Tidak memperkecil-kecilkan kebaikan ataupun kejahatan sekalipun kecil pada pandangan manusia. Setiap orang akan dihitung segala kejahatan dan kebaikannya sekali pun sebesar zarah.

10. Wajib mendirikan sembahyang, menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Bersabar dengan segala kesakitan dan keperitan yang menimpa orang yang menyeru kepada kebaikan, mudah mudahan segala usaha dan penat lelahnya akan diganjari oleh Allah.

BAHAGIAN TUJUH

HIMPUNAN WASIAT LUQMAN

Mutiara hikmah Luqman yang agung ini boleh diba-hagikan kepada dua bahagian, iaitu wasiat yang terdapat nas yang jelas daripada Al-

132

Page 134: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Quran dan wasiat yang tidak terdapat nas yang jelas Al-Quran, sebaliknya ia tertulis kitab kitab sastera Arab dan kitab-kitab tafsir:-

Wasiat yang terdapat nas yang jelas daripada Al-Quran:

1) عظيم لظلم الشرك إن بالله تشرك ال يبنيMaksudnya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau

mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya mempersekutukan Allah itu adalah aniaya yang amat besar.

(Luqman: 13)

خبير لطيف الله إن (2Maksudnya: Sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuan-Nya; lagi

Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. (Luqman: 16)

الصالة أقم يبني (3Maksudnya: Wahai anakku, dirikanlah sembahyang.

(Luqman: 17)

4) بالمعروف وأمرMaksudnya: Serulah melakukan kebaikan.

(Luqman: 17)

5) المنكر عن وانهMaksudnya: Dan cegahlah kemungkaran.

(Luqman: 17)

6) أصابك ما علي واصبرMaksudnya: Dan bersabarlah atas segala bala bencana yang

menimpamu. (Luqman: 17)

7) للناس خدك تصعر والMaksudnya: Dan janganlah engkau memalingkan mu-kamu

(kerana memandang rendah) kepada manusia. (Luqman: 18)

8) مرحا األرض في تمش والMaksudnya: Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan

berlagak sombong. (Luqman: 18)

133

Page 135: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

9) فخور مختال كل يحب ال الله إنMaksudnya: Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap

orang yang takkabbur. (Luqman: 18)

10) مشيك في واقصد Maksudnya: Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan.

(Luqman: 19)

11) صوتك من واغضض Maksudnya: Rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata).

(Luqman: 19)

12) الحمير لصوت األصوات أنكر إن Maksudnya: Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara

keldai. (Luqman: 19)

Wasiat Luqman yang termaktub di dalam kitab-kitab tafsir:-

Wahai anakku! Sesungguhnya dunia ini ibarat lautan yang dalam, ramai manusia yang tenggelam di dalamnya. Jadikanlah taqwa sebagai kapalmu, iman sebagai penumpang, dan tawakkal sebagai layarnya. Semoga akan memperolehi kejayaan.

Tidaklah aku perlu mencukupkan kamu, sedangkan kamu telah pun dicukupkan. (Kata kata ini diucapkan oleh Luqman ketika diutuskan nabi Daud dan ketika ditanya kenapa beliau tidak berfatwa lagi).

Siapa yang menjadi penasihat bagi dirinya sendiri, maka Allah menjadi penjaga baginya.

Sesiapa yang boleh berlaku adil terhadap dirinya sendiri, maka Allah menambahkan kemuliaannya.

Kepayahan dan kesusahan di dalam ketaatan adalah lebih dekat (kepada keredhaan Allah) daripada kesenangan dan kemewahan di dalam kemaksiatan.

Pukulan bapa kepada anaknya ibarat air untuk tanaman. (Maksudnya ia adalah sebahagian daripada penjagaan dan pendidikan selagimana tidak berlebih-lebihan).

Wahai anakku, berwaspadalah dengan hutang kerana ia merupakan kehinaan di siang hari dan kedukaan pada malamnya.

134

Page 136: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Wahai anakku, berharaplah kepada Allah dengan peng-harapan yang tidak menghumbankanmu ke lembah penderhakaan terhadap-Nya, dan takutlah kepada Allah dengan ketakutan yang tidak mengecewakanmu daripada rahmat-Nya.

Sesiapa yang berdusta, maka hilanglah air mukanya

Sesiapa yang berdusta, banyak kesengsaraannya.

Wahai anakku! Aku pernah memikul batu dan besi serta segala yang berat tetapi aku tidak pernah memikul suatu yang lebih berat daripada jiran yang jahat.

Aku pernah merasai kepahitan tetapi aku tidak pernah merasai suatu yang lebih pahit daripada kefakiran.

Wahai anakku! Janganlah engkau mengutuskan seorang utusan yang jahil, jika engkau tidak menemui orang yang bijaksana maka jadikan dirimu sebagai utusan.

Wahai anakku! Berwaspadalah terhadap pembohongan. Sesungguhnya ia memang lazat seperti daging burung yang kecil lagi enak, mudah dan segera dimasak.

Wahai anakku! Iringilah jenazah dan janganlah meng-hadiri majlis perkahwinan. Sesungguhnya, dengan melihat jenazah boleh mengingatkanmu kepada akhirat, menghadiri majlis perkahwinan menjadikanmu gemar kepada dunia. (Ini sekiranya kedua dua majlis tersebut berjalan serentak, jika tidak maka menjadi kewajiban muslim untuk menghadiri majlis tersebut).

Wahai anakku! janganlah makan ketika kamu keke-nyangan. Sesungguhnya makanan tersebut jika dilemparkan kepada anjing lebih baik daripada engkau memakannya. (Anak Adam tidak mengisi perutnya dengan sesuatu yang buruk).

Wahai anakku! Janganlah kamu menjadi terlalu manis sehingga kamu ditelan dan jangan pula kamu menjadi terlalu pahit sehingga kamu diluahkan.

Hindarilah makananmu dari dimakan melainkan orang yang bertaqwa. (Orang bertaqwa memakan makanan untuk mendapatkan kekuatan bagi mentaati perintah Allah. . Walaupun demikian, memberi makan merupakan suatu perkara yang mulia walaupun kepada haiwan).

Bermesyuaratlah dengan ulama’ dalam urusanmu. (Tidak menyesal orang yang bermesyuarat kerana ia merupakan asas Islam).

Tiada manfaat pempelajaranmu sehingga kamu beramal dengan apa yang kamu pelajari. Apabila kamu tidak beramal dengan apa yang telah ketahui, umpama seorang yang pergi mencari kayu api lalu membawa pulang seberkas kayu. Ia akan terus memikulnya sehinggalah ia tidak

135

Page 137: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

berupaya. Ia terus menambah seberkas kayu yang lain lagi untuk dipikul meskipun ia tidak mampu. (Ini menunjukkan ilmu sepatutnya membuahkan amalan, jika tidak ilmu tersebut kelak akan mendakwa tuannya)

Wahai anakku! Sekiranya kamu ingin bersahabat dengan seseorang maka cetuskan kemarahannya terlebih dahulu, sekiranya ia berlaku adil terhadapmu ketika kemarahannya, maka bolehlah kamu bersahabat dengannya, kalau sebaliknya maka berwaspadalah dengannya. (Tersebut di dalam hadis, “Hendaklah salah seorang daripada kamu melihat dengan siapa dia bersahabat”)

Ungkapkanlah kata-kata yang baik dan ceriakanlah wajahmu, ini lebih disukai oleh manusia berbanding kamu menghulurkan suatu pemberian kepada mereka. (Ini bertepatan dengan hadis yang menyebut bahawa kata-kata yang baik itu adalah sedekah, sehinggakan senyumanmu pada saudaramu juga adalah sedekah).

Wahai anakku! Rendahkanlah martabatmu dari saha-batmu yang tidak berhajat kepadamu sedangkan kamu, memang memerlukannya.

Wahai anakku! Jadilah manusia tidak mengharapkan pujian orang lain dan tidak mencari kecelaan mereka. Dengan itu jiwanya mengalami kesukaran bersama mereka, sedangkan orang lain memperolehi keselesaan dengannya.

Wahai anakku! Awasilah apa yang terungkap dari bibirmu, sesungguhnya diammu lebih selamat. Perkara yang wajar engkau ungkapkan ialah kata-kata yang bermanfaat (Bertepatan dengan hadis, “Daripada kesempurnaan Islam seseorang itu ialah dengan meninggalkan apa yang tidak bermanfaat kepada dirinya).

(Ruh Al Ma’aniy: jil 21; ms 82, 83 & 84)

Tiada suatu pun yang lebih baik daripadanya sekiranya ia betul-betul baik dan tiada yang lebih jelek sekiranya ia betul-betul kotor, itulah dia hati dan lidah (Bertepatan dengan hadis yang menyebut; “Tidakkah pada jasad itu ada segumpal darah, sekiranya ianya baik maka baiklah seluruh jasad , tak lain tak bukan dia adalah hati).

Sekiranya Allah meninggalkan sesuatu, nescaya Dia akan memeliharanya.

(Ibn Kathir: jil 6; ms 343)

Wahai anakku, waspadalah kamu dari “taqonnu’” ( ( التقنع

kerana ia membuatkan kamu ketakutan di malam hari dan rasa tercela pada

siangnya. (Taqonnu`[ التقنع ]: merendah dan menghina diri dengan

berminta-minta. ) (Ibn Kathir: jil 6; ms 343)

Wahai anakku! Sesungguhnya hikmah itu ialah kamu menempatkan orang faqir di majlis bangsawan.

136

Page 138: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Wahai anakku sekiranya kamu mendatangi satu kumpulan kaum, maka lontarkan kepada mereka anak panah Islam (iaitu ucapkanlah salam). Duduklah di sisi mereka dan jangan bercakap sehingga kamu melihat mereka bercakap terlebih dahulu. Sekiranya mereka asyik dalam menyebut nama Allah, maka libatkan diri dengan cergas bersama mereka, sekiranya mereka membicarakan yang selain daripada itu, maka beralihlah kepada yang majlis yang lain selain daripada mereka.

Luqman meletakkan sekantung biji sawi disisinya lantas dia memberi nasihat kepada anaknya sambil mengeluarkan biji sawi tersebut sehinggalah habis kesemuanya, Maka Luqman pun berkata: “Wahai anakku aku telah mengajarmu satu pengajaran, sekiranya diajarkan pada bukit nescaya bukit itu akan terbelah, nasihat tersebut meninggalkan kesan yang mendalam di dalam jiwa anaknya.

(Ibn Kathir: jil 6- ms 343)

Dikatakan kepada Luqman: “Siapakah seburuk-buruk manusia?” Luqman menjawab: “Mereka yang tidak menghiraukan orang melihatnya ketika ia melakukan kejahatan."

(Tafsir Al-Khazin: jil 5; ms 180)

Ditanya kepada Luqman: “Bagaimanakah engkau boleh sampai ke tahap yang sebegini.”Lantas beliau menjawab: “Percakapan yang benar, menunaikan amanah dan meninggalkan apa yang tidak memberi manfaat kepadaku."

(Al-Muwatta’: 612)

Wahai anakku dampingilah ulama’, sibukkan dirimu bersama mereka dengan menemukan lututmu dengan mereka. Sesungguhnya Allah menghidupkan hati dengan ‘nur’ hikmah sepertimana menghidupkan bumi dengan titisan air hujan dari langit.

(Al-Muwatta’: 612)

Wahai anakku! Jadikan mentaati Allah sebagai perniagaan, nescaya kamu akan memperolehi keuntungan tanpa barang perniagaan. (Ini bertepatan dengan surah as-Soff ayat 10-12 yang menyebut tentang beriman dengan Allah dan Rasul, berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwa boleh membawa kepada diampunkan dosa oleh Allah, kemenangan di atas pihak musuh di dunia, terlepas daripada api neraka dan seterusnya menuju ke syurga Allah).

Wahai anakku! Takutilah Allah, manusia tidak akan menilaimu bahawa engkau takutkan Allah lalu mereka menghormatimu kerana kamu takutkan Allah, sedangkan hatimu melakukan kejahatan.

Wahai anakku! Kau tidakkan menyesal dengan berdiam sama sekali sesungguhnya berkata-kata itu ibarat perak dan diam itu adalah emas. (Bertepatan dengan hadis: “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah berkata-kata dengan perkara yang baik ataupun diam.”)

137

Page 139: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Sesungguhnya kejahatan itu mencipta kejahatan yang lain (Ini menunjukkan bahawa kejahatan mengheret kepada kejahatan yang lain).

Berlemah-lembut adalah pokok bagi segala hikmah. (Bertepatan dengan hadis: Tidak berlemah lembut pada suatu perkara melainkan ia memperelokkan lagi perkara itu).

Sebagaimana kamu mengasihani demikianlah juga kamu dikasihani, sebagaimana kamu bercucuk tanam demikian jugalah kamu menuai hasilnya. (Tersebut di dalam hadis: “Sesiapa yang tidak mengasihani maka dia tidak dikasihani.”)

Kasihilah temanmu dan teman bapamu. (Menurut hadis: "Sebaik-baik kebajikan ialah seseorang itu menjalin hubungan dengan orang yang dikasihi oleh bapanya.”)

Janganlah kamu ghairah untuk mengasihi orang jahil kerana dia akan menganggap kamu redha dengan amalannya. Janganlah memandang remeh kemarahan orang yang bijaksana, kerana kemarahan itu menyebabkan ia berberat hati terhadapmu.

(Az-Zuhd: Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Tidakkah “tangan” Allah itu pada mulut-mulut para hukamak, janganlah sesiapa pun di kalangan kamu bercakap melainkan apa yang telah direncanakan oleh Allah untuknya.

Sesungguhnya Luqman itu tiada baginya sebarang hutang.

Wahai anakku! Jauhilah dari melakukan kejahatan, nescaya engkau akan terhindar dari kejahatan, sesungguhnya suatu kejahatan boleh membawa kepada kejahatan lain.

Wahai anakku! Awasilah sifat tamak haloba, seburuk-buruk tamak ialah apa yang merenggangkan antara sahabat dengan sahabatnya yang lain dan menghilang hikmah sepertimana juga ia menghilangkan ketenteraman jiwa.

Wahai anakku! Awasilah sifat marah yang keterlaluan kerana ianya menghapuskan hati berhikmah.

Wahai anakku! Pilihlah majlis-majlis di hadapan mata-mu, sekiranya majlis itu merupakan majlis yang mengingati Allah maka duduklah bersama mereka. Sekiranya kamu seorang alim nescaya orang lain akan memanfaatkan ilmumu, sekiranya kamu bodoh nescaya mereka akan mengajarmu. Sekiranya Allah melihat dengan pandangan rahmat-Nya pada majlis tersebut maka kamu akan turut sama menikmatinya. (Ini adalah bertepatan dengan hadis yang bermaksud: “Merekalah kaum yang tidak dicela perhimpunan mereka (halaqah para ulama)."

Wahai anakku! Janganlah kamu duduk pada majlis yang tidak mengingati Allah, sekiranya kamu seorang yang alim, nescaya mereka tidak akan memanfaatkan ilmumu, sekiranya kamu bodoh nescaya mereka akan

138

Page 140: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

menambah kebodohanmu. Sekiranya Allah melihat mereka dengan kemurkaan, kamu akan turut menerima bahananya. (Perlu difahami, sewajarnya seseorang itu cuba memberi nasihat dan bersabar jika ia mampu, jika tidak jauhilah kelompok yang sedemikian).

“Wahai anakku! Janganlah kamu bercita-cita untuk menjadi sepertimana seorang yang merelakan kedua-dua tangannya menumpahkan darah orang mukmin, sesungguhnya dia di sisi Allah adalah pembunuh yang tidak mati buat selama-lamanya.”

Ditanya kepada Luqman: “Siapakah manusia yang paling

sabar?” Luqman menjawab: “Kesabaran yang tidak disusuli dengan apa yang menyakitkan.”

Ditanya kepada Luqman: “Siapakah manusia yang paling tahu.” Beliau menjawab: “Sesiapa yang menambah ilmunya dari ilmu orang lain.”

Ditanya kepada Luqman: “Siapakah manusia yang paling baik.” Luqman menjawab: “Orang kaya.” Ditanya lagi: “Kaya pada hartakah?” Jawab Luqman: “Tidak, tetapi orang kaya ialah: jika diminta kebaikan daripadanya ia akan memberi; jika tidak, dia telah menjadikan dirinya tidak memerlukan orang lain.

Ditanya kepada Luqman: “Bagaimana kamu telah memilih hikmah dan tidak memilih kenabian (nubuwwah), sedangkan Tuhan sudah memberikan pilihan”, Luqman menjawab: “Jika diutuskan kepadaku dengan kenabian sebagai satu kemestian, nescaya aku mengharapkan pertolongan daripada Allah dan aku juga mengharapkan agar aku dapat melaksanakan tugas kenabian. Tetapi Tuhan telah menetapkan untukku, maka aku takut tidak berupaya dengan tugas kenabian, oleh itu aku lebih menyukai hikmah.”

Daripada Ibn Wahab: Berdiri seorang lelaki di sisi Luqman seraya bertanya: “Awak Luqman hamba Bani Nuhaskah?” Luqman menjawab: “Ya!” Lelaki ini bertanya lagi: “Anda penjaga kambing hitamkah?” Beliau menjawab: “Kehitamanku jelas, apa yang kau hairankan dengan keadaan aku?” Dia berkata lagi: “Manusia menjejaki hamparanmu, mereka mendatangi pintumu, dan mereka redha dengan kata katamu.” Luqman berkata lagi: “Wahai anak kepada saudaraku. Sekiranya kau melaksanakan apa yang ku katakan kau pun akan menjadi demikian juga?” Dia bertanya: “Apakah dia itu?” Luqman menjelaskan: “Aku menundukkan pandangan mataku, aku memelihara lidahku, kebersihan dan kesucian makananku, aku menjaga kemaluanku, aku menunaikan segala kewajipanku, aku menunaikan janjiku, aku memuliakan tetamuku, aku menjaga jiranku dan aku meninggalkan perkara yang tiada erti padaku. Inilah dia perkara yang menjadikan aku sepertimana yang kau lihat.”

Berkata Ibnu Katsir daripada Abu Darda’, sesungguhnya dia berkata tentang Luqman pada suatu hari: Tiada baginya keluarga, harta, keturunan dan kelebihan tetapi dia seorang yang teguh dengan kebenaran,

139

Page 141: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

seorang yang pendiam, banyak bertafakkur, jauh pandangan, tidak pernah tidur di siang hari, tiada sesiapapun yang pernah melihatnya meludah, berdehem-dehem, membuang air kecil, membuang air besar, mandi, bermasam muka dan tertawa. Dia tidak akan mengulangi kata-katanya melainkan orang lain yang mengulangi kata-kata hikmatnya, pernah berkahwin dan mendapat cahaya mata, kesemuanya meninggal dunia namun dia tidak menangisinya. Dia mendatangi sultan dan pemerintah untuk mengambil iktibar dan berfikir, dengan itu dia diberikan hikmahnya.

(Al-Bidayah Al-Nihayah: jil 2; ms 124)

Adapun berkaitan dengan Luqman tidak tidur siang dan tidak menangis di atas kematian anaknya, walaupun riwayat ini adalah sahih; Rasulullah SAW tidur siang sebagai ‘qoilulah’ untuk menghimpun kekuatan agar berupaya untuk berqiamullail dan Baginda pernah menangisi kematian anaknya Ibrahim. Matanya menitiskan air dan hatinya sedih dan Baginda tidak mengatakan sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Ini lebih sempurna dalam ubudiyyah.

(Zadul Ma`ad; Ibn Qoiyim)

Luqman berkata kepada seorang lelaki yang melihatnya: Sekiranya kamu melihat dua bibirku yang tebal dan kasar, sesungguhnya keluar antara dua bibirku ini kata-kata yang lembut, sekiranya kamu melihatku hitam sesungguhnya hatiku putih.

(Tafsir Al-Qurtubiy: jil7; ms 5143)

Luqman mendatangi Nabi Daud yang sedang membuat baju besi. Adalah menjadi mukjizat Nabi Daud melembutkan besi sepertimana tanah. Luqman ingin menanyakan sesuatu, tetapi terlintas pada dirinya hikmah agar berdiam dahulu. Bila Nabi Daud telah menyiapkan baju itu Baginda memakainya seraya berkata: “Sebaik-baik pemakai baju perang adalah dirimu.” Maka Luqman pun berkata: “Diam adalah hikmah dan tak ramai yang melakukannya.” Maka Nabi Daud pun berkata kepadanya: “Dengan hak apa yang dinamakanmu Hakim.”

(Tafsir Abi Sau’d)

Al-Qurtubiy meriwayatkan daripada Ibn Umar: Tuhanku, sekiranya Engkau memberiku pilihan, aku akan pilih kesejahteraan dan meninggalkan ujian. Namun sekiranya Kau telah menetapkan ke atasku sesuatu maka aku tetap dengar dan taat, sesungguhnya Engkaulah yang akan memeliharaku.

Al-Tha’labi menambah pada kenyatan di atas, para malaikat yang tidak boleh dilihat telah berkata kepada Luqman: Mengapa? Wahai Luqman! Luqman menjawab: Seorang pemerintah berada pada tempat yang berisiko, berkerumun kepadanya orang yang dizalimi daripada segenap tempat, sekiranya dia dibantu oleh Allah maka berhak untuk selamat dan sekiranya tersilap langkah maka silaplah jalan menuju ke syurga.

(At-Tafsir Al-Qurtubiy: jil7; ms 5143)

Siapa yang memilih dunia mengatasi akhirat, dunia akan lenyap dan akhirat juga turut terlepas.

(Tafsir Al-Qurtubiy: jil 7; ms 5143)

140

Page 142: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Nabi Daud bertanya kepada Luqman: Bagaimanakah engkau berpagi-pagi? Maka Luqman berkata: Berpagi-pagi aku pada tangan selain aku (di tangan Allah). Maka Nabi Daud mendalami dan menghayati kata-kata ini lalu pengsan.

(Tafsir Abi-Sa’ud )

Hendaklah kamu berhati-hati pada wanita pilihan.

Wahai anakku! Janganlah kamu menjadi lebih lemah daripada ayam jantan yang berkokok pada waktu pagi sedangkanmu masih lagi terbaring tidur di atas katil.

Wahai anakku! Janganlah engkau menangguhkan taubat sesungguhnya mati datang dengan tiba-tiba.

Berwaspadalah daripada berdusta dan berakhlak buruk, sesungguhnya orang berbohong akan hilang air mukanya, dan siapa yang buruk amalannya maka banyak berdukacita.

Memindahkan batu besar dari tempat asalnya adalah lebih mudah daripada memberi kefahaman kepada orang yang tidak mengerti. (Beliau menasihati agar bersabar di dalam memberi pengajaran).

Wahai anakku! Janganlah engkau berkahwin umat selain daripadamu, itu semua akan menyebabkan kamu mewariskan kepada anak-anakmu kesedihan yang berpanjangan (Wasiat agar berkahwin dengan dara, disebut dalam hadis: “Tidakkah bersama dengan dara yang dapat engkau bergurau-senda dengannya dan ia bergurau-senda denganmu.”

Wahai anakku! Akan datang kepada manusia, suatu zaman yang tidak tenang mata orang alim (kemungkinan dimaksudkan banyaknya fitnah di akhir zaman).

Wahai anakku! Semenjak engkau lahir ke dunia, engkau telah berundur daripadanya dan menuju ke akhirat. Perkampungan akhirat yang ditujui itu adalah lebih hampir daripada perkampungan yang telah kau tinggalkan (dunia).

Wahai anakku! Biasakan lidahmu menyebut: Ya Allah! Ampunkanlah aku. Sesungguhnya bagi Allah terdapat waktu-waktu yang tidak ditolak permintaan (iaitu dikabulkan doa).

(Wasiat 65-73: Al-Huquq Al-Islamiyyah: Taha Afifi ms 481-482)

Wahai anakku! Setiap amalan tidak dapat dilakukan melainkan dengan keyakinan; sesiapa yang lemah keyakinannya maka lemahlah amalannya. Wahai anakku! Apabila syaitan cuba datangkan keraguan kepadamu maka kalahkanlah ia dengan keyakinan dan nasihat. Apabila syaitan cuba datangkan rasa jemu dan kemalasan kepadamu maka kalahkanlah ia dengan mengingati kubur dan hari akhirat. Apabila syaitan cuba datangkan sifat tamak dan gementar kepadamu maka beritahu kepadanya bahawa dunia akan dipisahkan dan ditinggalkan.

(Tafsir Al-Hassan al-Basriy: 200)

141

Page 143: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Daripada Abi Umamah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Luqman berkata kepada anaknya: Wahai anakku! Hendaklah kamu berdamping dengan ulama, dengarlah percakapan ahli bijaksana, sesungguhnya Allah menghidupkan hati yang mati dengan nur hikmah sepertimana Allah menyuburkan tanah yang kering-kontang dengan limpahan air hujan.

Wahai anakku! Tiga perkara jika diperbanyakkan pada seseorang, ia akan menyempurnakan iman:-

1. Apabila redha ia tidak redha dengan kebatilan

2. Apabila marah ia tidak mencabuli kebenaran

3. Apabila ia menentukan sesuatu ia tidak mengambil sesuatu yang bukan haknya.

Wahai anakku! Di kala manusia berbangga dengan pertuturan mereka yang indah, maka bersenang-hatilah engkau dengan keindahan diammu.

Wahai anakku! Janganlah engkau membaling batu ke dalam telaga yang diminum air darinya.

Wahai anakkku! Janganlah engkau membuang hartamu dan engkau menjaga harta orang lain. Sesungguhnya hartamu adalah apa yang digunakan untuk diri sendiri, manakala harta orang lain adalah apa yang engkau tinggalkan.

Wahai anakku! Sekiranya engkau ragu-ragu pada kematian, maka janganlah engkau tidur; sesungguhnya sepertimana engkau tidur begitulah kematian. Sekiranya engkau ragu-ragu pada hari kebangkitan, maka janganlah bangun dari tidur; sesungguhnya demikianlah kamu akan dibangkitkan.

Wahai anaku! Tiga perkara tidak diketahui melainkan pada tiga keadaan:-

1. Seorang yang penyayang tidak dapat diketahui melainkan diwaktu kemarahan.

2. Seorang yang berani tidak dapat diketahui melainkan diwaktu peperangan (perjuangan).

3. Seorang sahabat tidak dapat dikenali melainkan di waktu sangat memerlukan hajat.

Orang alim yang bijaksana menyeru manusia berdasarkan ilmunya dengan percakapan yang sederhana dan bersopan, manakala seorang alim yang bodoh menjauhkan manusia dari ilmunya dengan percakapan yang mengarut dan pertuturan yang berlebihan.

Wahai anakku! Beringat-ingatlah dengan kejahatanmu sehingga kamu mati. Dan janganlah menghitung-hitung kebaikan yang telah kamu

142

Page 144: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

lakukan, sesungguhnya ia telah dihitung oleh Allah ‘Azza Wa Jalla yang sekali-kali tidak melupakannya.

Wahai anakku! Janganlah engkau menjawab soalan yang diajukan kepada orang lain seolah-olah engkau mendapat keuntungan atau engkau telah diberi hadiah. Jika engkau melakukan sedemikian bermakna engkau telah menghina orang yang ditanya, berkasar dengan orang menanya dan engkau telah menunjukkan kepada orang yang bodoh ketidakbijaksanaanmu dan adabmu yang buruk.

Ingatilah dua perkara dan lupakanlah dua perkara: Ingatlah Allah dan mati. Lupakanlah kebaikan kamu kepada manusia dan kejahatan manusia kepada kamu.

(Wasiat 74-84: Rowaiu’l Hikam)

Sesiapa yang bersahabat dengan rakan yang jahat tidak selamat.

Sesiapa yang tidak dapat mengawal lidahnya ia akan menyesal. Wahai anakku, jadilah kamu sebagai hamba kepada orang pilihan. Wahai anakku jadilah seorang yang amanah nescaya engkau menjadi seorang yang kaya. Temukanlah lututmu dengan lutut para ulama`. Dan jangalah berbalah dengan mereka. Ambillah daripada mereka apa yang mereka beri kepada kamu. Ketika kamu mengajukan soalan kepada mereka hendaklah kamu berlembut.

Setujuilah sahabatmu dalam perkara yang bukan maksiat. Sekiranya kamu mahukan kekayaan dunia maka janganlah tamak dengan apa yang ada pada manusia.

(Wasiat 85-87: Yasalunaka Fi Addin Wa Al Hayah: jil 6; ms 759)

Penutup: Ulama` telah menyebut bahawa terdapat banyak kata-kata hikmah Luqman al-Hakim. Imam Bughawiy mengatakan bahawa Luqman telah mengungkapkan 12 ribu daripada bab-bab hikmah, manusia menggunakannya pada percakapan seharian dan pada setiap lapangan kehidupan mereka. Demikian juga al-Imam al-Alusiy berkata bahawa kata-kata hikmah Luqman tak terhingga banyaknya.

143

Page 145: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

BAHAGIAN LAPAN

PENUTUP

RUMUSAN PENTING BERKAITAN ASPEK ASPEK UTAMA HIKMAH

Setelah kita meneliti dan mendalami segenap perincian dan perbahasan yang berlingkar sekitar hikmah ini, secara keseluruhannya wasiat Luqman difokuskan pada tiga aspek utama iaitu hati, perbuatan dan kata-kata:-

1. Memperelokkan hati dan membersihkan jiwa. Firman Allah SWT:

صخر في فتكنMaksudnya: ia tersembunyi di dalam batu besar

(Luqman: 16)

3. Memperelokkan amal perbuatan dan aksi hidup. Firman Allah SWT:

مشيك في واقصدMaksudnya: Dan sederhanakanlah langkah-langkahmu.

(Luqman: 19)

4. Memperelokkan kata-kata dan tutur bicara. Firman Allah SWT:

144

Page 146: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

صوتك من واغضضMaksudnya: Dan rendahkanlah suaramu

(Luqman: 19) (Adaptasi At-Tafsir Al-Kabir: jil 25; ms 150)Untuk membolehkan kita semua beramal dengan apa yang

pernah di wasiatkan oleh Luqman kepada anaknya sepertimana yang tertera di atas, kita perlulah benar-benar faham dan mengerti apakah peranan sebenar setiap anggota tubuh badan kita dalam rangka mencapai matlamat tersebut. Al-Haris Al-Muhasibiy telah menggariskan peranan anggota tubuh badan kita secara terperinci sepertimana berikut:-

Kewajipan hati selepas beriman dan bertaubat kepada Allah ialah:-

Ikhlas beramal kepada Allah. Beritiqad dengan berbaik sangka (husnus dzan) kepada Allah di waktu

adanya kesamaran (syubhah), Membulatkan kepercayaan kepada Allah. Takutkan azab Allah. Mengharapkan limpahan rahmat Allah.

Kewajipan lidah ialah:-

Berkata benar sama ada di waktu kit aredha ataupun dalam keadaan marah.

Tidak membicarakan perkara yang tercela di kala bersendirian atau di waktu keramaian.

Tidak bercakap berlebih-lebihan pada perkara yang baik ataupun yang keji

Kewajipan mata:-

Menundukkan pandangan daripada melihat benda yang haram, Tidak mengintip atau mengintai perkara yang dirahsiakan.

Kewajipan telinga:-

Setiap perkara yang tidak harus diperkatakan dan dilihat maka ia juga tidak diharuskan untuk didengari dan berseronok dengannya.

Tidak mencari-cari perkara yang telah dirahsiakan daripada seseorang. Tidak mendengar apa jua yang boleh melalaikan dan lagu yang

mengandungi unsur yang haram serta perkara yang berkaitan dengan keaiban orang lain.

Kewajipan hidung:-

Setiap perkara yang halalkan untuk didengar dan dilihat maka ia juga harus untuk dihidu. (Contoh – kerana sifat wara’yang dimiliki oleh Saidina Umar Ibn al-Aziz RA, baginda menutup hidungnya kerana enggan menghidu kasturi yang dibawa kepadanya kerana ia daripada harta milik ‘baitul mal’).

145

Page 147: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Kewajipan tangan dan kaki:-

Tidak digunakan pada perkara yang haram. Hanya digunakan pada perkara yang benar.

(Risalah al-Mustarsyidin: 113)

Setelah kita meneliti dan memerhatikan segenap aspek dan sudut wasiat Luqman, maka dapat dirumuskan bahawa setiap agenda dan program hidup orang mukmin itu perlu berlandaskan neraca Rabbani, agar setiap gerak-langkah dan tingkahlaku kita sentiasa bertepatan dan sejajar dengan syariat murni yang dicipta oleh Allah. Asy-Syeikh Ahmad Ibn Ruslan asy-Syafie berkata di dalam Matan az-Zubad:

يكن فان * خاطر كل الشرع بوزن وزنفبادر مأمــــوره

من فهو * عـــنه نهـــيـت ممــا يكـــن وإننه فاحذر الشيــطان

Maksudnya: Ukurlah setiap lintasan hati dengan neraca syara`, sekiranya ia merupakan perkara yang diperintahkan maka bersegeralah melakukannya; jika ia merupakan perkara yang ditegah ketahuilah bahawa ia daripada syaitan, maka awasilah ia.

HUBUNGKAIT ANTARA KEMURNIAN AKHLAK DAN KEMURAHAN REZEKI

Syariat Islam yang mulia ini merupakan risalah Allah dan ini menjadi faktor utama abadinya agama ini, meskipun zaman dan masa silih berganti, semenjak dibangkitkan nabi Muhammad SAW sehinggalah ke hari kiamat. Islam memberi penekanan yang lebih pada sudut akhlak. Kepentingan ini telah difirmankan oleh Allah berulang-ulang kali. Antaranya sepertimana berikut:-

Firman Allah SWT:

عظيم خلق لعلى وإنكMaksudnya: Dan engkau Muhammad mempunyai akhlak yang

sangat mulia. (Al-Qalam: 4)

Ayat ini ringkas tetapi mengandungi maksud yang men-dalam Nabi Muhammad mengungguli budi pekerti yang mulia dengan mendapat pengiktirafan daripada Allah. Ayat Al-Quran membuktikan ketinggian dan keteguhan budi pekerti nabi Muhammad dengan menggunakan perkataan:

- In – ن إ (sesungguhnya) bagi menunjukkan kepastian.

146

Page 148: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

- Huruf lam pada perkataan لعلى bertujuan bagi menguatkan makna. - ‘Ala على (di atas) yang menunjukkan ketinggian ,juga

disifatkan akhlak Nabi dengan kalimah “عظيم” (sangat – sangat agung / mulia)

Lantaran itu nabi Muhammad SAW menjadi teladan bagi orang mukmin dan ikutan yang baik bagi manusia di segenap penjuru alam maya ini. Mengikuti baginda bermakna mendapat keimanan dan petunjuk. manakala menyanggahi hidayahnya bermakna mendapat fitnah dan azab daripada Allah. Baginda adalah orang muslim yang pertama dan penutup bagi semua Nabi. Banyak kitab-kitab yang menulis tentang kemurnian akhlak dan keindahan budi pekerti nabi serta segala sunnahnya.

Di dalam hadis riwayat Muslim terdapat topik khas yang menceritakan tentang muflis. Bagaimana seorang yang bersembahyang, berpuasa dan mengeluarkan zakat tetapi menjadi muflis lantaran mengabaikan budi pekerti yang mulia. Bekalan ibadahnya yang sedemikian rupa tidak memadai untuk memberi syafa’at dan pertolongan kerana ia pernah memukul, mencaci, membunuh, mencederakan dan memakan harta orang lain. Keadilan perkiraan hisab menjadikan kebaikannya berpindah kepada orang yang dizalimi dan kesilapan mereka berpindah kepadanya. Akhirnya dia dihumban ke dalam api neraka.

Islam meletakkan aspek moral sebagai perkara asas di dalam iman. Contohnya: Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah memuliakan tetamu, berbaik-baik dengan jiran, berkata dengan perkara yang baik atau diam sahaja jika tidak dapat menyebut perkara yang baik.

Hubungan antara akhlak dan rezeki memberi kesan yang begitu mendalam. Al-Quran telah menyebut berulang-kali bahawa beriman kepada Allah dan Rasul serta meyakini bahawa bertaqwa kepada Allah merupakan sebab yang membawa kepada kesenangan hidup yang berpanjangan, kemenangan ke atas pihak musuh, serta mendatangkan izzah dan karamah kepada orang mukmin.

Ini semua mendorong manusia agar memperbetulkan konsep, iltizam dengan Islam yang sebenar sebagai prinsip hidup, sebagai suatu manhaj yang berupaya menyusun kehidupan pada aspek luaran, dalaman dan segenap segi.

Terdapat sebahagian daripada ayat-ayat yang mengaitkan antara iman dan rezeki, memperuntukkan kepada ahli iman dan taqwa kemurahan rezeki dan kesenangan hidup.

Allah SWT menceritakan bagaimana kisah ahli kitab, jika mereka beriman kepada Allah, maka Allah akan hapuskan dosa mereka dan

147

Page 149: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

menjanjikan dengan nikmat yang paling agung iaitu syurga. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

سياتهم عنهم لكفرنا واتقوا ءامنوا الكتاب أهل أن ولو ومآ واإلنجيل التوراة أقاموا أنهم ولو النعيم جنات وألدخلنهم

أرجله تحت ومن فوقهم من ألكلوا ربهم من إليهم أنزلMaksudnya: Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertaqwa

tentulah Kami hapuskan dari mereka kejahatan-kejahatan mereka, dan tentulah kami akan masukkan mereka kedalam syurga-syurga yang penuh nikmat. Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah dalam) Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al-Quran), nescaya mereka akan makan rezeki (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi).

(Al-Maidah: 65, 66)

Allah SWT berfirman lagi tentang penduduk kota Mekah, sekiranya mereka beriman kepada Allah, maka Allah akan melimpahkan rezeki yang tidak terhingga, sekiranya mereka berpegang kepada syriat yang dibawa oleh Rasul. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

ولكن واألرض السماء من بركات عليهم لفتحنا واتقوا ءامنوا القرى أهل أن ولويكسبون كانوا بما فأخذناهم كذبوا

Maksudnya: Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab yang mereka telah usahakan.

(Al-A`raf: 96)

Seterusnya Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman lagi berkaitan perkara ini:

ويمددكم مدرارا عليكم السماء يرسل غفارا كان إنه ربكم استغفروا فقلتأنهارا لكم ويجعل جنات لكم ويجعل وبنين بأموال

Maksudnya: Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

(Nuh: 10 –12)

Allah ‘Azza Wa Jalla mengisahkan tentang penduduk kota Mekah yang ingkar dengan perintah Allah, lalu Allah turunkan bala kelaparan dan ketakutan kepada penduduk kota itu. Allah berfirman:

148

Page 150: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

مكان كل من رغدا رزقها يأتيها مطمئنة ءامنة كانت قرية مثال الله وضربيصنعون كانوا بما والخوف لباسالجوع الله فأذاقها الله بأنعم فكفرت

Maksudnya: Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu misalan: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.

(An-Nahl: 112)

Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman tentang rezeki dan rahmat hanya milik-Nya, sesiapa yang memohon selain daripada-Nya, nescaya sia-sialah permintaan mereka:

عند فاابتغوا رزقا يملكون ال الله دون من تعبدون الذين إنترجعون إليه له واشكروا واعبدوه الرزق الله

Maksudnya: Kamu hanyalah menyembah berhala-berhala yang diperbuat oleh orang, tidak menyembah Allah yang mencipta segala-segalanya, dan kamu hanya mengadakan penyembahan yang dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu; oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan Dia serta bersyukurlah kepadaNya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan.

(Al-Ankabut: 17)

Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

من وءامنهم جوع من أطعمهم الذي البيت هذا رب فليعبدواخوف

Maksudnya: Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Ka'bah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.

(Quraisy: 3, 4)

Setelah kita memerhatikan firman Allah yang panjang lebar di atas, jelaslah kepada kita bagaimana Allah menjamin rezeki orang yang beriman dan iltizam dengan agamanya dan menjauhi segala larangan larangan dan tegahan agama.

Kisah saba’ yang dirakamkan di dalam Al Quran masih lagi segar di dalam ingatan. Kita lihat bagaimana orang yang berpaling daripada syariat Allah, ditimpa bencana banjir besar dan kesempitan hidup. Pada kisah penduduk negeri Saba' ini, ada satu tanda yang membuktikan kemurahan Allah. Terdapat di tempat tinggal mereka dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan disebelah kiri perkampungan mereka. Malangnya mereka ingkar dengan perintah Allah,

149

Page 151: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

lalu Allah hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan digantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara.

Di antara tempat tinggal mereka (di negeri Yaman) dengan bandar-bandar (di daerah negeri Syam) Allah limpahkan berkat kemakmuran dan Allah adakan beberapa buah bandar yang jelas kelihatan kepada orang-orang yang melalui jalan itu. Kemakmuran dan kemudahan itu menjadikan mereka sombong dan kufur. Lalu Allah pecah belahkan mereka berkecai-kecai.

Kisah-kisah yang dipaparkan di dalam firman Allah di atas sejajar dengan apa yang pernah disabdakan oleh Baginda junjungan di dalam hadis:-

فليصل أثره في وينساء رزقه في له يبسط أن سره منعليه( متفق). . رحمه

Maksudnya: Barangsiapa yang merasa gembira untuk diluaskan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka jalinkanlah hubungan silturrahim (dengan ihsan).

(Daripada Anas)

Ibn Qoiyim Al-Jauziyyah menjelaskan berkaitan hadis ini iaitu yang dimaksudkan dengan panjang usia ialah mendapat keberkatan, menggunakan umur atas landasan taufiq dan tidak membiarkannya berlalu sia-sia. Karat karat dosa yang menyelaputi kehidupan manusia menambahkan lagi kesempitan hidup dan jauh dari rahmat Allah. Perkara ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW di dalam sabda Baginda:

إن وسلم عليه الله صلى الله رسول قال قال ثوبان عن بالدعاء إال القدر يرد وال يصيبه بالذنب الرزق ليحرم الرجل

البر إال العمر في يزيد والMaksudnya: Sesungguhnya disempitkan rezeki seseorang dengan

dosa yang menimpanya. Taqdir tidak akan berubah melainkan dengan doa. Tidak dipanjangkan umur melainkan dengan melakukan kebajikan.

(Sahih Ibn Hibban)

Demikian tadi telah hamparkan wasiat Luqman yang murni dengan panjang lebar lagi terperinci, di dalam perbahasan yang mencakupi skop yang begitu luas. Benarlah apa yang difirmankan oleh Tuhan kita yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi di dalam Al-Quran:-

أقـوم هي للـتى يهـدي القـران هـذا إنMaksudnya: Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke

jalan yang amat betul. (Al-Isra`: 9)

150

Page 152: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

BIBLIOGRAFI1. Terjemahan Al-Quran Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran.

Terbitan Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri. Cetakan kelima 1992.

2. Tafsir Al-Quran Al-Azim - Al-Imam Ibn Kathir Al-Quraisyi Al-Dimashqiy, Darul Khair, Beirut, Lubnan 1991.

3. Al-Jamie’ Li Ahkam Al-Quran - Abdillah Muhammad Ibn Ahmad Al-Ansoriy Al-Qurthubiy. Darul Hadith Qaherah, Mesir, 1994.

4. Jami’e Al-Bayan ‘An Ayil Quran - Muhammad ibn Jarir ibn Yazid ibn Khalid At-Tabariy. Darul Fikr, Beirut Lubnan, 1995.

5. Tafsir Al-Nasafiy Al-Musamma Bi Madariki Al-Tanzil Wa Haqaiq Al-Takwil - Al-Imam Abdullah ibn Ahmad ibn Mahmud An-Nasafiy. Darul Qolam, Beirut, Lubnan, 1989.

6. Ruh Al-Ma’aniy Fi Tafsir Al-Quran Al-A’zim Wa Al-Sab’il Mathniy - Al-‘Allamah Abil Fadl Syihabuddin as-Saiyid Mahmud Al-Alusiy Al-Baghdadiy. Darul Fiqh, Beirut, Lubnan, 1994.

7. Al-Tafsir Al-Kabir - Al-Imam Fakhruddin Ar-Razi. Darul Kutub al-Ilmiyyah, Beirut Lubnan, 1995.

8. Tafsir Al-Hasan Al-Basriy - Dr Muhammad Abdur Rahim. Darul Hadith, Qaherah, Mesir. 1992.

9. Fi Zilal Al-Quran - Asy-Syahid Saiyid Qutb. Darul Syuruq. Cetakan ke 16, 1990.

10. Sofwat Al-Tafasir - Asy-Syeikh Muhammad Aliy As-Sobuniy. Darul Qalam, Beirut, Lubnan. TT.

11. Al-Asas Fi Al-Tafsir - Al-Ustaz Sa’ied Hawa. Darus-Salam, Qaherah, Mesir. 1995.

12. Al-Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah wa Al-Syari’ah wa Al-Minhaj - Dr. Wahbah az-Zuhailiy. Darul Fikr Mu’asir, Lubnan. 1991.

13. Al-Tafsir Al-Wasit Li Al-Quran Al-Karim - Majma’ al-Buhuth Al-Islamiyyah. Al-Hai’ah Al-Ammah Li Syu’unil Matabi’ Al-Amiriyyah, 1991.

151

Page 153: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

14. Al-Muntakhab Fi Tafsir Al-Quran. - Wizaratul Awqof. Majlis Al-A’la Li Syu’un al-Islamiyyah, Qaherah, Mesir. 1990.

15. Wadh Al-Burhan Fi Musykilat Al-Quran - Al-‘Allamah Mahmud ibn Mahmud Abil Hassan ibnul Husain an-Naisaburiy. Darul Qalam, Damsyik. 1990.

16. Asbab Al-Nuzul - Al-Imam Abil Hassan Ali ibn Ahmad Al-Wahidiy An-Naisaburiy. Darul Kutub Al-Ilmiyyah, Beirut, Lubnan. 1991.

17. Fath Al-Bariy Syarhu Sohih Al-Bukhariy - Ahmad ibn Ali ibn Hajar Abul Fadhl al-A’sqolaniy. Darul Fikr, Beirut, Lubnan. 1995. Syarh Sahih Muslim - Al-Imam Mahyuddin Abi Zakariyya Yahya ibn Syaraf An-Nawawiy. Darul Khair, Beirut, Lubnan. 1994.

18. Tuhfat Al-Ahwaziy Bi Syarhi Jamie’ Al-Tirmiziy - Al-Imam al-Hafiz Abil U’la Muhammad Abdur Rahman ibn Abdur Rahim al-Mubakafuriy. Darul Fikr, Beirut. 1995.

19. Aun Al-Ma’bud Syarhu Sunan Abi Daud -Muhammad Syamsul Haq al-Azim Abadiy. Darul Fikr, Beirut. 1990.

20. Al-Muatta’ - Imam Malik ibn Anas. Darul Hadith, Qaherah, Mesir. 1993.

21. Ibanah Al-Ahkam Syarh Bulugh Al-Maram - Ibn Hajar Al-‘Asqolaniy Asy-Syeikh Abi Abdillah Abdus Salam Darul Fikr Beirut, Lubnan. 1997.

22. Al-Bidayah Wa Al-Nihayah - Al-Imam ibn Kathir al-Quraisyi ad-Dimashqiy. Darul Fikr, Li-Tiba’ati Wan Nasyri Wat Tauzi’, Beirut. 1996.

23. Ihya’ Ulum Al-Din - Al-Imam Abi Hamid Muhammad ibn Muhammad Al-Ghazali. Darul Hadith, Qaherah, Mesir. TT.

24. Miftah Dar Al-Saadah Wa Mansyur Wilayah Al-Ilmi Wa Al-Iradah. - Ibnu Qoiyim al-Jauziahs. Dar al-Hadith, Qaherah, Mesir. 1994.

25. Lisanul Arab al-Imam - al-‘Allamah Abil Fadhl Jamaluddin Muhammad ibn al-Mukarram ibn Manzur af-Afriqi al-Misriy. Dar Sodir Beirut, Lubnan. TT.

26. Syarh al-Aqidah at-Tahawiyyah - Al-Imam al-Qodhiy Aliy ibn Muhammad ibn Izz ad-Dimashqiy. Maktabah Darul Lubnan, Damsyik, Beirut. 1992.

27. Tahzib Madarij Al-Salikin (Al-Imam Ibn Qoiyim Al-Jaiziyyah) - Abul Muna’im Soleh Al-Aliy Al-Izziy Maktabah Al-Qoiyimah. Nasr City, Qaherah. TT.

28. Al-Kabair - Al-Imam Al-‘Allamah Al-Hafiz Ibn Qoiyim Al-Jauziyyah. Maktabah Al-Ilm Wal Iman, Qaherah, Mesir. TT.

29. Ar-Risalah Al-Qusyairiyyah - Al-‘Allamah Al-‘Arif Billah Abil Qosim Abdul Karim Hawazan al-Qusyairiy. Darul Khair, Beirut. 1995.

30. Kitab Al-Birr Wa Al-Silah - Al-Imam Adi Farj Abdur Rahman ibn Ali al-Baghdadiy. Maktabah As-Sunnah, Qaherah, Mesir. 1993.

152

Page 154: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

31. Mukhtasar Minhaj Al-Qosidin - Al-Imam Asy-Syeikh Ahmad Abdur Rahman ibn Qudamah al-Maqdisiy. Darul Aqidah Lit-Turath, Iskandariyyah, Mesir. 1991.

32. Risalah Al-Mustarsyidin - Abi Abdillah Al-Haris ibn Asad al-Muhasibiy. Darus Salam, Qaherah, Mesir 1988.

33. Al-Da’ Wa Al-Dawa’ - Al-Imam Syamsuddin Muham-mad ibn Abi Bakr ibn Qoiyim al-Jauziyyah, Maktabah al-Iman, Mesir. TT.

34. Qosas Al-Quran - Dr Muhammad Bakar Ismail. Darul Manar, Qaherah, Mesir. 1997.

35. Usul Al-Dakwah - Dr. Abdul Karim Zaidan. Muassah ar-Risalah, Qaherah, Mesir. 1998.

36. Al-Mustakhlis Fi Tazakiat Al-Nafs - Sai'ed Hawa, Darus Salam, Qaherah, Mesir. 1988.

37. Al-Ikhlas Mafhumuhu Majalatuhu Tathbiqatuhu. - Jum’ah Amin Abdul Aziz. Darul Dakwah. Li-Tab’ Wan-Nasyr Wat-Tauzi’, Qaherah, Mesir. 1994.

38. Al-‘Aql Wa Al-‘Ilm Fi Al-Quran - Dr Yusuf al-Qardhawi, Maktabah Wahbah ‘Abidin, Qaherah, Mesir. 1996.

39. Haqiqat Al-Iman - Abu Hafs Umar ibn Abdul Aziz Quraisyi. Darul Huda, al-Ahram, Mesir, TT

40. Birr Al-Walidain - Hasan Zakaria. Darul Iman Iskandariyyah, 1990.

41. Al-Suluk Al-Ijtama’i Fi Al-Islam - Sheikh Ayyub. Darut Tauzi’ Wan Nasyr Al-Islamiyyah, Qaherah, Mesir. 1996.

42. Al-Dakwah Al-Islamiyyah Arkanuha Wa Manahijuha - Ramadhan Abdul Muttolib Khumais, Darut Tiba’ah al-Muhammadiah. Qaherah, Mesir. 1997.

43. Min Wasaya Al-Quran Al-Karim: Nazorat Hawla Wasa-ya Luqman al-Hakim - Asy-Syeikh al-Anwar Ahmad al-Baltajiy, Darul Manar, Mesir. 1997.

44. Wasoya Wa Mawa’iz Li Luqman Al-Hakim Fi Al-Quran - Dr Musa al-Khatib. Darul Raudhah Lin Nasyr Wat Tauzi’, Qaherah, Mesir. TT.

45. Mawa’iz Luqman Fi Al-Quran - Muhammad Abdul Latif. Darus Sahabah, Tanta. Mesir, 1992.

46. Afatun ‘Ala Al-Tariq - Dr as-Saiyid Muhammad Nuh. Darul Wafa’ Lit Tiba’ah Wan Nasyr Wat Tauzi’, Mansourah. 1997.

47. Lailahaillallah ‘Aqidah Syariah Wa Minhaj Hayah -Muhammad Qutb. Darul Syuruq, Qaherah, Mesir. 1993.

48. Feqh Da’wah Fi Inkar Al-Munkar - Abdul Majid al-Bilaliy. Darul Karimah, Lin Nasyr Wat Tauzi’, Mansoura, Mesir 1997.

153

Page 155: Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

49. Al-Ibadah Dirosah Minhajiyyah Syamilah Fi Dhouil Kitabi Was Sunnah Dr. Muhammad Abul Fath al-Bayanuniy. Darus Salam, Qaherah, Mesir. 1984.

50. Rowai’ Al-Hikam - Abul Fida Muhammad ‘Izzat Muhammad ‘Arif. Muassah Badran. 1997.

51. Yasalunaka Fi Al-Din Wa Al-Hayah - Dr. Ahmad Asy-Syarbiniy. Darul Jail, Beirut. 1995.

52. Al-Syariah Al-Muftara 'Alaiha - Al-Mustasyar Salim al-Banhawiy. Darul Wafa Lit Tiba’ah Wan Nariy Wat Tauzi’, al-Mansurah, Mesir. 1995.

53. Al-Fiqh Al-Manhaji ‘Ala Mazhab Al-Syafi’e - Dr Mustafa al-Bugha, Dr. Mustafa al-Khin. Darul Qolam. 1996.

154