23
13 wasiat Rasulullah kepada Ali RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib. Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan. Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman. Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas: Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

13 wasiat rasulullah kepada ali

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 13 wasiat rasulullah kepada ali

13 wasiat Rasulullah kepada Ali

                RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak,   kaum kerabat dan                umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang  menarik dan boleh  dijadikan  bahan  renungan                 bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.

                Sungguhpun  wasiat  itu  khusus  kepada  Ali,  namun  kita  sebagai  Muslim  dan   muslimah, perlu                 menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.

                Larangan  dan  suruhan  Rasulullah  saw  melalui  wasiat  itu,  adalah  juga  untuk  kaum  Muslimin                dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama  orang                beriman.

                Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

                Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata:  "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,                Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1. Wahai Ali, takutilah  engkau   daripada   memasuki   tempat  mandi  (hammam)  tanpa  memakai kain  separas  pinggang.    Bahawasanya   barang   siapa   memasuki   tempat   mandi  tanpa  kain separas  pinggang,  maka dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari  telunjuk  dan  di jari tengah'.  Sesungguhnya                itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

Page 2: 13 wasiat rasulullah kepada ali

3. Wahai Ali, sesungguhnya  Allah mengagumi  hamba-Nya  yang  melafazkan istighfar:   "Rabighfirli fainnahu  la  yaghfirul-zunuba  illa  Anta"   ( Tuhanku,  ampunilah  aku.    Sesungguhnya tiada   yang    mengampunkan   dosa  melainkan  Engkau).   Allah lalu berfirman:  "Hai malaikat-Ku,sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada  yang mengampunkan  dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya  berdusta  itu  menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai  kazzab (pendusta).  Dan,  bahawasanya  benar  itu  memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq.   Ketahuilah engkau,  bahawasanya  sidq (benar)  itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur  dan  menjadi  penghalang  kepadanya dipintu syurga.6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar,  kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allahtidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai  Ali,  janganlah  engkau   mencita-citakan  rezeki  untuk  hari  esok.  Bahawasanya   Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan  berkelahi  dengan  maki-hamun  dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi.   Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau

Page 3: 13 wasiat rasulullah kepada ali

mulut kerana sisa-sisa  makanan di celah  gigi  tidak dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul  rasa marah,  duduklah  engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan  kesabaran  Allah Taala ke atas hamba-Nya.   Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang  telah  engkau  nafkahkan  untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau  benci pada  diri  engkau,  maka  engkau  bencikan  juga  pada  diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka  engkau  kasihkan juga  pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman.   Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah  perhubungan  di antara  penduduk (jiran) sekampung  dan  antara  ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka  sekaliannya  dengan rasa  persahabatan dan kekeluargaan,nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.InsyaAllah

Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

Page 4: 13 wasiat rasulullah kepada ali

 

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W   

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikanlima wasiat, antaranya :

Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya  Aku tidak  menjadikan dunia ini untuk engkau.

Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak  ada  kuasa di tanganmereka.

Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya  tahu  mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat  saya takut  kepada Allah S.W.T.   Lalu  mereka  berkata,  "Kami  wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

·Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

Page 5: 13 wasiat rasulullah kepada ali

·Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim  janganlah  kamu  harapkan  sangat kelurusanagamanya.

·Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

My Qalam: Tazkeerah ::

Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains

Seorang professor fizik di  Amerika Syarikat telah  membuat  satu  kajian tentang  kelebihan  solat  berjemaah  yang disyariatkan dalam Islam.  Katanya tubuh badan  kita mengandungi dua cas elektrik  iatu  cas positif  dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses  pembakaran  tenaga,  banyak berlaku  pertukaran  cas  positif  dan  cas  negatif,  yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan  cas dalam  badan  menyebabkan kita rasa letih  dan lesu  setelah  menjalankan  aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah,   timbul persoalan   di minda professor ini  

Page 6: 13 wasiat rasulullah kepada ali

mengapa   Islam  mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu  yang  didirikan  orang  Islam  mempunyai  bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak  menyeimbangkan cas-cas dalam badan  kita.   Semasa  kita solat  berjemaah,  kita  disuruh  meluruskan  saf, bahu  bertemu   bahu  dan  bersentuhan tapak  kaki.   Tindakan-tindakan  yang  dianjurkan  semasa  solat  berjemaah   itu   mempunyai  berbagai  kelebihan.  Kajian  sains  mendapati   sentuhan  yang  berlaku  antara  tubuh kita  dengan   tubuh  ahli  jemaah  lain yang  berada di kiri dan  kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.  Ia berlaku  apabila cas  yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan  ditarik  ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam.  Ketika ini  tubuh  kita mengandungi  cas-cas  positif  dan negatif  yang  hampir  seimbang.   Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit  lagi proses  pertukaran  cas agar  keseimbangan penuh  dapat dicapai.   Sebab itu,  solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali  tidak stabil  akibat kehilangan cas lebih  banyak  daripada  tubuh.  Oleh itu,  kita  memerlukan  lebih  banyak  pertukaran cas.  Solat  jemaah yang disyariatkan  Islam  berperanan  untuk  memulihkan   keseimbangan  cas-cas  berkenaan.   Sebab itu,solat  Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.  Banyak tenaga  dikeluarkan  ketika  menyambung  kembali tugas.  Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.  Seperti mana  solat Zohor,  4 rakaat  solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya,  selepas  waktu  Asar  dan  pulang  dari   kerja   kita  tidak  lagi  melakukan  aktiviti-aktiviti yang  banyak menggunakan  tenaga.  Masa  yang  diperuntukkan pula tidak begitu lama.  Maka,  solat  Maghrib hanya dikerjakan  sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul  persoalan  di fikiran  professor  itu tentang  solat  Isyak  yang mengandungi  4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam  kita  tidak   banyak  

Page 7: 13 wasiat rasulullah kepada ali

melakukan  aktiviti dan  sudah   tentu  tidak  memerlukan  proses  pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut,  didapati  terdapat  keistimewaan  mengapa Allah mensyariatkan  4  rakat  dalam  solat Isyak.  Kita  sedia  maklum,  umat  Islam  amat  digalakkan untuk  tidur  awal agar  mampu  bangun  menunaikan  tahajjuddi sepertiga malam.  Ringkasnya,  solat   Isyak  sebanyak  4 rakaat itu  akan  menstabilkan  cas  dalam  badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu a gama  yang l engkap  dan istimewa.Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai  hikmah ynag tersirat untuk  kebaikan umat Islam itu sendiri.  Belaiu merasakan  betapa  kerdilnya  diri dan betapa  hebatnya  Pencipta alam ini.  Akhirnya, dengan hidayah Allah .beliau memeluk agama Islam.

Sekian untuk renungan kita bersama

Hal-hal Yang Dimakruhkan Dalam Shalat

                    1. Menengadahkan pandangan ke atas. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

                        "Apa yang  membuat  orang-orang itu  mengangkat  penglihatan  mereka  ke langit  dalam shalat mereka? Hendaklah                        mereka berhenti  dari  hal   itu  atau   (kalau tidak),   niscaya akan  tersambar  penglihatan  mereka."                          ( HR.  Al-Bukhari  dan  Muslim meriwayatkannya dengan makna yang sama).

                    2. Meletakkan tangan di pinggang. Hal ini berdasarkan

Page 8: 13 wasiat rasulullah kepada ali

larangan Rasulullah  SAW  meletakkan tangan  di pinggang ketika                         shalat. (Muttafaq alaih).

                    3. Menoleh atau melirik, terkecuali  apabila  diperlukan.   Hal ini berdasarkan perkataan Aisyah ra.   Aku bertanya kepada                         Rasulullah SAW tentang seseorang yang menoleh dalam keadaan shalat, beliau menjawab:

                        "Itu adalah pencurian yang dilakukan syaitan dari shalat seorang hamba."                         (HR. Al-Bukhari dan Abu Daud, lafazh ini dari riwayatnya).

                    4. Melakukan pekerjaan yang sia-sia,  serta  segala  yang  membuat  orang  lalai  dalam  shalatnya  atau  menghilangkan                         kekhusyu'an shalatnya. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW.

                        "Hendklah kamu tenang dalam melaksanakan shalat." (HR. Muslim).

                    5. Menaikkan rambut yang terurai atau melipatkan lengan baju yang terulur.  Hal ini berdasarkan  sabda  Rasulullah SAW:

                        "Aku  diperintahkan  untuk  sujud  di atas tujuh anggota badan dan  tidak  boleh  melipat baju atau menaikkan rambut                         (yang terulur)." (Muttafaq alaih).

                    6. Menyapu kerikil yang ada di tempat sujud (dengan tangan) dan meratakan tanah lebih dari  sekali.   Hal ini berdasarkan                         hadits Rasulullah SAW:

                        "Dari Mu'aiqib, ia berkata, ' Rasulullah SAW  menyebutkan  tentang  menyapu  di masjid  (ketika shalat),  maksudnya                         menyapu kerikil (dengan telapak tangan). Beliau bersabda, 'Apabila  memang  harus berbuat begitu, maka hendaklah                        sekali saja." (HR. Muslim).

                        "Dari Mu'aiqib pula, bahwa Rasulullah SAW bersabda tentang seseorang yang meratakan tanah pada tempat sujudnya                         (dengan telapak tangan), beliau bersabda, 'Kalau kamu

Page 9: 13 wasiat rasulullah kepada ali

melakukannya, maka hendaklah sekali saja." (Muttafaq alaih).

                    7. Mengulurkan pakaian sampai mengenai lantai dan menutup mulut (tanpa alasan).

                        "Dari Abu Hurairah ra, ia berkata, 'Rasulullah SAW melarang mengulurkan  pakaian  sampai  mengenai  lantai  dalam                         shalat dan menutup mulut." (HR. Abu Daud, At-Tirmidzi dan lainnya, hadits hasan).

                        Adapun  jika  menutup  mulut  karena  hal  seperti  menguap  ataupun  yang   lainnya  maka  hal  tersebut  dibolehkan                         sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits.

                    8. Shalat di hadapan makanan. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

                        "Tidak sempurna shalat (yang dikerjakan setelah) makanan dihidangkan." (HR. Muslim).

                    9. Shalat sambil  menahan  buang  air  kecil  atau  besar, dan  sebagainya yang  mengganggu  ketenangan  hati.  Hal ini                         berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

                        "Tidak sempurna shalat (yang dikerjakan setelah) makanan dihidangkan dan shalat seseorang yang Bmenahan buang                         air kecil dan besar." (HR. Muslim).

                    10. Shalat ketika sudah terlalu mengantuk. Rasulullah SAW bersabda:

                        "Apabila salah seorang di antara kamu ada yang mengantuk dalam keadaan shalat, maka hendaklah ia tidur sampai                         hilang rasa kantuknya. Maka sesungguhnya apabila salah seorang di antara kamu  ada yang  shalat  dalam keadaan                         mengantuk, dia tidak akan tahu apa yang ia lakukan, barangkali ia bermaksud  minta ampun kepada Allah  ternyata                         dia malah mencerca dirinya sendiri." (Muttafaq alaih).

Page 10: 13 wasiat rasulullah kepada ali

Hal-hal Yang Membatalkan Shalat

                    Shalat seseorang akan batal apabila ia melakukan salah satu di antara hal-hal berikut ini:

                    1. Makan dan minum dengan sengaja. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW.

                        "Sesungguhnya di dalam shalat itu ada kesibukan tertentu." (Muttafaq alaih). Maksudnya orang yang shalat                         seharusnya hanya berkonsentrasi pada shalatnya saja dan mengesampingkan perbuatan yang lain. (pen.)

                    2. Berbicara dengan sengaja, bukan untuk kepentingan pelaksanaan shalat

                        "Dari Zaid bin Arqam, ia berkata, 'Dahulu kami berbicara di waktu shalat, salah seorang dari kami berbicara                         kepada temannya yang berada di sampingnya sampai turun ayat: 'Dan hendaklah kamu berdiri karena  Allah                         (dalam shalatmu) dengan khusyu' (Al-Baqarah : 238), maka kami pun diperintahkan untuk diam dan dilarang                         berbicara." (Muttafaq alaih).

                        Dan juga sabda Rasulullah SAW                        "Sesungguhnya shalat ini tidak pantas ada di dalamnya percakapan manusia sedikit pun." (HR. Muslim).

                        Adapun pembicaraan yang maksudnya untuk membetulkan pelaksanaan shalat,  maka  hal  itu  diperbolehkan  seperti                         membetulkan bacaan (Al-Qur'an) imam,  atau imam  setelah  memberi  salam  kemudian  bertanya  apakah  shalatnya                         sudah sempurna, apabila ada  yang  menjawab  belum,  maka dia harus menyempurnakannya.   Hal ini  pernah  terjadi                         terhadap  Rasulullah  SAW,  kemudian Dzul Yadain  bertanya  kepada  beliau,   'Apakah  Anda  lupa  ataukah sengaja                         meng-qashar shalat, wahai Rasulullah?' Rasulullah SAW menjawab,   'Aku  tidak  lupa  dan  aku  pun tidak bermaksud                         meng-qashar shalat.' Dzul Yadain berkata,   'Kalau begitu Anda telah lupa wahai Rasulullah. 'Beliau bersabda, 'Apakah 

Page 11: 13 wasiat rasulullah kepada ali

                        yang dikatakan Dzul Yadain itu betul? Para sahabat menjawab,  'Benar.  ' Maka beliau  pun  menambah shalatnya dua                         rakaat lagi, kemudian melakukan sujud sahwi dua kali. (Muttafaq alaih).

                    3. Meninggalkan salah satu rukun shalat atau syarat shalat yang telah disebutkan di muka,  apabila hal itu tidak ia ganti/                        sempurnakan di tengah pelaksanaan shalat atau sesudah selesai shalat  beberapa  saat.  Hal  ini  berdasarkan  hadits                         Rasulullah SAW terhadap orang yang shalatnya tidak tepat.

                        "Kembalilah kamu melaksanakan shalat, sesungguhnya kamu belum melaksanakan shalat." (Muttafaq alaih).

                        Lantaran orang itu telah meninggalkan tuma'ninah dan i'tidal. Padahal kedua hal itu termasuk rukun.

                    4. Banyak melakukan gerakan, karena hal itu bertentangan dengan pelaksanaan ibadah dan membuat hati  dan anggota                         tubuh sibuk dengan urusan selain ibadah.  Adapun gerakan  yang  sekadarnya  saja,  seperti memberi  isyarat  untuk                         menjawab salam, membetulkan pakaian,  menggaruk  badan dengan tangan,  dan  yang  semisalnya,   maka  hal  itu                         tidaklah membatalkan shalat.

                    5. Tertawa sampai terbahak-bahak. Para ulama sepakat mengenai batalnya shalat yang  disebabkan  tertawa seperti itu.                         Adapun tersenyum, maka kebanyakan ulama menganggap bahwa hal itu tidaklah merusak shalat seseorang.

                    6. Tidak berurutan dalam pelaksanaan shalat,  seperti mengerjakan  shalat Isya  sebelum  mengerjakan  shalat Maghrib,                         maka shalat Isay itu batal sehingga dia shalat Maghrib dulu,  karena  berurutan dalam melaksanakan shalat-shalat itu                         adalah wajib, dan begitulah perintah pelaksanaan shalat itu.

                    7. Kelupaan yang fatal, seperti menambah shalat menjadi dua kali lipat, umpamanya shalat Isya' delapan rakaat,  karena                        perbuatan tersebut merupakan indikasi yang jelas, bahwa ia

Page 12: 13 wasiat rasulullah kepada ali

tidak khusyu' yang mana hal ini merupakan ruhnya shalat.

MENGHORMATI AZAN

Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma.  Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.  Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir  ajal tidak dapat  berkata apa-apa, lidahnya  kelu,  keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang.  Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.   Jika  lagu kebangsaan  kita  diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan  kelunya  lidah  kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana  sesiapa  yg  dapat  mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan  dan  mohon  kepada  Allah supaya  lidah  ini  tidak kelu  walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian  yang baik  lagi mulia,  lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."

 

Page 13: 13 wasiat rasulullah kepada ali

Dosa Berkuku Panjang

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,  dosanya  sama seperti memelihara  sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku  yang  panjag....   bayangkanlah  dosa  yang  telah  kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun  kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh  atau  pun  degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor  yang berada  di  kuku  jari  emaknya  semasa  menyediakan  makanan  seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,  dll.   Apa  ilmu  pun  yang  di ajar pun tak akan boleh  diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai  dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek.

Page 14: 13 wasiat rasulullah kepada ali

Insya-Allah.

And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis  kuman  seperti  yang  terdapat  dalam  najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun  kita mencuci  tangan  dengan  sabun.   Oleh itu,  sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

siapakah kita?? siapa... yaa..??

               Siapakah orang yang sombong?

               Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan               kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa  yang ada di                bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

               Siapakah orang yang telah mati hatinya?

               Orang yang telah mati hatinya  adalah  orang  yang diberi  petunjuk  melalui  ayat-ayat Qur'an,  Hadith dan                cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

               Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

              Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa              Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

               Siapakah orang yang kuat?

               Orang  yang  kuat  adalah  orang  yang  dapat  menahan  kemarahannya  ketika  ia  di  dalam  kemarahan.                Siapakah orang yang lemah? Orang yang  lemah adalah   orang  yang  melihat akan kemaksiatan di depan                matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

                Siapakah orang yang bakhil?

                Orang  yang  bakhil  lagi  kedekut  adalah  orang  yang  berat  lidahnya  untuk  membaca selawat  keatas                  junjungan Rasulullah s. a. w.

Page 15: 13 wasiat rasulullah kepada ali

                Siapakah orang yang buta?

                Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca  dan  meneliti  akan  kebesaran  Al Qur'an dan                  tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

                Siapakah orang yang tuli?

                 Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

                Siapakah orang yang sibuk?

                Orang  yang  sibuk  adalah  orang  yang  tidak  mengambil  berat  akan  waktu  solatnya  seolah-olah  ia                 mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.

                Siapakah orang yang manis senyumanya?

               Orang  yang  mempunyai  senyuman  yang manis  adalah   orang  yang  di timpa  musibah  lalu  dia  kata                "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi  Aku  redha  dengan  ketentuanMu ini",                sambil mengukir senyuman.

                Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

                Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang  bersendiri lalu  mengingat  akan                 kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

                Siapakah orang yang kaya?

                Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak  loba  akan  kenikmatan                 dunia yang sementara ini.

                Siapakah orang yang miskin?

                Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat  yang  ada  sentiasa  menumpuk-numpukkan                 harta.

                Siapakah orang yang pandai?

                Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap  untuk  hari  kematiannya  kerana  dunia  ini  berusia                  pendek sedang akhirat kekal abadi

                Siapakah orang yang bodoh?

                Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha  sekuat  tenaga  untuk  dunianya  sedangkan                akhiratnya diabaikan.

Page 16: 13 wasiat rasulullah kepada ali

                Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

                Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang  senantiasa mempertingkat  ilmu  agamanya.

                Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

                Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang  tidak memperdulikan akan halal dan haramnya                 akan sesuatu perkara itu.

                Siapakah orang yang gila itu?

                Orang  yang  gila  itu  adalah  orang   yang  tidak   sembahyang  kerana  hanya  dua  syarat   saja  yang                 memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama  sekiranya  ia  haid  dan  kedua                 ketika ia tidak siuman akalnya.

                Siapakah orang yang rugi?

                Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan                ibadat dan amal-amal kebaikkan.

                Siapakah orang yang selalu ditipu?

                Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada                orang tua.

                Siapakah orang yang paling cantik?

                Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

                Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

                Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa  amal amal  kebaikan                di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

                Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

                Orang  yang  mempunyai  rumah  yang  sempit   adalah  orang  yang  mati  tidak  membawa  amal-amal                kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

                Siapakah orang yang mempunyai akal?

                Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan                akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

 

Page 17: 13 wasiat rasulullah kepada ali