25
1 ELM 3102 – Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral Tarikh : 03 Oktober 2011 (Isnin) Masa : 60 minit ( 9.50 pagi – 10.50 pagi ) Tajuk : “Cintailah Negara Kita” Kelas : Tahun 6 Anggerik Jumlah Pelajar: 20 Orang Bidang : Nilai berkaitan diri dan negara Nilai : 5.3 Cinta akan negara Nilai Sampingan : Tolong menolong, bertanggungjawab, amanah Pengetahuan Sedia Ada : Murid tahu tanggungjawab mereka terhadap negara. Hasil Pembelajaran : Kognitif : i. Murid dapat menyatakan dengan jelas tanggungjawab mereka terhadap negara ii. murid dapat menceritakan dengan jelas bagaimana Malaysia memperolehi kemerdekaan Afektif : i. Murid dapat menyatakan pentingnya semangat ELM 3102 – Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral 1 Rancangan Pengajara n Harian (RPH)

tugasan sebenar

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: tugasan sebenar

1 ELM 3102 – Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Tarikh : 03 Oktober 2011 (Isnin)

Masa : 60 minit ( 9.50 pagi – 10.50 pagi )

Tajuk : “Cintailah Negara Kita”

Kelas : Tahun 6 Anggerik

Jumlah Pelajar: 20 Orang

Bidang : Nilai berkaitan diri dan negara

Nilai : 5.3 Cinta akan negara

Nilai Sampingan : Tolong menolong, bertanggungjawab, amanah

Pengetahuan

Sedia Ada : Murid tahu tanggungjawab mereka terhadap negara.

Hasil Pembelajaran :

Kognitif : i. Murid dapat menyatakan dengan jelas tanggungjawab

mereka terhadap negara

ii. murid dapat menceritakan dengan jelas bagaimana

Malaysia memperolehi kemerdekaan

Afektif : i. Murid dapat menyatakan pentingnya semangat

cintakan negara

Aktif/Tingkah laku : Sentiasa menyemaikan sikap patriotik dalam diri sendiri.

Teknik : Sumbangsaran dan Perbincangan

Penggabungjalinan : Muzik dan Kajian Tempatan

Bahan Bantu Mengajar : Video, gambar, petikan teks, dan lembaran Kerja.

ELM 3102 – Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral 1

Rancangan Pengajaran

Harian (RPH)

Page 2: tugasan sebenar

2 ELM 3102 – Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah Isi pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Set induksi

(5 minit)

Murid bersama-sama

dengan guru

menyanyikan lagu “31

Ogos”

1. Guru meminta pelajar

mencantumkan untuk

berdiri dan

mengibarkan bendera

yang telah diagihkan

oleh guru.

2. Guru memainkan lagu

“31 Ogos”.

3. Setelah selesai

nyanyian, guru akan

menerangkan kepada

murid objektif

pembelajaran pada

hari tersebut.

BSPP:

Rakaman

muzik lagu “31

Ogos”

ELM 3102 – Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral 2

Page 3: tugasan sebenar

3 ELM 3102 – Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Langkah 1

(15 minit)

Murid dapat

memahami proses

kemerdekaan negara

dengan lebih

mendalam

1. Guru membahagikan

murid kepada 4

kumpulan.

2. Guru meminta setiap

kumpulan untuk

melantik seorang wakil

bagi bercerita

mengenai artikel yang

telah diedarkan

3. Setiap kumpulan diberi

masa selama 5 minit

untuk membaca artikel

tersebut

4. Wakil kumpulan yang

telah dipilih tampil ke

hadapan untuk

menceritakan dengan

ringkas sejarah

kemerdekaan Malaysia

5. Selepas itu, murid

harus menjawab soalan

lembaran kerja yang

akan diedarkan oleh

guru.

BSPP:

Bahan bacaan

mengenai

sejarah

kemerdekaan

Malaysia

Lembaran kerja

Nilai:

Bekerjasama

Hormat-

menghormati

kepimpinan

ELM 3102 – Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral 3

Page 4: tugasan sebenar

4 ELM 3102 – Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Langkah 2

(15 minit)

Murid-murid dapat

menerapkan

semangat cintakan

negara dalam diri

mereka.

1. Guru mengedarkan

teks kepada setiap

murid.

2. murid diberi masa 5

minit untuk membaca

petikan tersebut.

3. selepas itu, guru akan

mengedarkan

lembaran kerja yang

mengandungi 5

soalan.

4. dalam masa yang

diberikan, murid harus

menjawab soalan-

soalan tersebut

berdasarkan petikan

teks yang telah

diberikan.

BSPP:

petikan teks

lembaran kerja

Nilai:

Kerjasama

Tolong

menolong.

Langkah 3

(20 minit)

Murid dapat

menghargai nikmat

kemerdekaan

1. Guru akan

mengedarkan sekeping

kertas yang

mengandungi gambar.

2. Murid haruslah

memahami gambar

tersebut.

3. Selepas itu, guru akan

mengedarkan lembaran

kerja, dan lembaran

kerja itu harus dijawab

berdasarkan

pemahaman murid

BSPP:

Gambar

Lembaran kerja

Nilai:

Bantu-

membantu

ELM 3102 – Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral 4

Page 5: tugasan sebenar

5 ELM 3102 – Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

terhadap gambar

sebentar tadi.

4. Latihan haruslah

dihantar dalam masa

yang telah ditetapkan

Penutup

( 5 minit ) 1. Guru meminta murid

menceritakan semula

isi pelajaran yang telah

dipelajari.

2. Guru merumuskan

pelajaran hari ini.

3. Guru dan murid

bersama-sama

menyanyikan lagu ”

Warisan”.

BSPP :

-Video klip lagu

“Warisan”

ELM 3102 – Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral 5

Page 6: tugasan sebenar

6 ELM 3102 – Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Penyusunan Semula Selepas Peperangan

Pada 1946, seluruh Malaya ( kecuali Singapura yang menjadi jajahan British

yang berasingan ) digabungkan menjadi jajahan British yang digelar Malayan Union.

Oleh sebab tentangan hebat daripada orang Melayu, Malayan Union menjadi

kegagalan politik, dan selepas dua tahun diganti dengan Persekutuan Malaya yang

longgar perikatannya pada tahun 1948.

Pada tahun 1948, komunis tempatan daripada Parti Komunis Malaya, hampir

kesemuanya orang Cina, melancarkan pemberontakan, ini menyebabkan

pengenaan darurat di Malaya ( darurat ini dimansuhkan pada tahun 1960 ).

Kumpulan pejuang gerila tinggal di pangkalan sepanjang sempadan berceranggah

selatan Negara Thai, kadang kala memasuki utara Malaysia. Pejuang-pejuang gerila

ini akhirnya menandatangani satu perjanjian pendamaian dengan kerajaan Malaysia

pada Disember, 1989.

Sentimen popular kemerdekaan menjadi berkobar-kobar semasa dan selepas

peperangan dan Persekutuan Malaya merundingkan kemerdekaan daripada United

Kingdom di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, yang menjadi Perdana Menteri

pertama. Oleh sebab ini merupakan sebahagian daripada strategi anti-komunis

dengan "mengambil hati", maka pihak British bersetuju memberikan kemerdekaan

kepada Malaya pada 31 Ogos, 1957. Malaysia tetap sebagai ahli Negara-negara

Komanwel dan menjadi tuan rumah kepada sebilangan besar tentara British dan

Komanwel sehingga perunduran kuasa British dari timur Suez pada lewat 1960-an.

ELM 3102 – Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral 6

Page 7: tugasan sebenar

7 ELM 3102 – Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Baca teks yang berikut dengan teliti .

Yang Berusaha Tuan Haji Ramdan Sakaron, Guru Besar Sekolah

Kebangsaan Gemilang, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk pidato saya pada

hari ini ialah “Tanggungjawab Menjaga Maruah Negara”.

Para hadirin yang dihormati,

Kita menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun. Sebagai

rakyat Malaysia, kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga dan

mempertahankannya demi maruah negara.

Para hadirin,

Bagi mempertahankan kemerdekaan negara, kita hendaklah mempunyai

perasaan cinta dan bangga akan negara. Kita juga hendaklah hidup bersatu-padu

dan bekerjasama. Ini akan membantu membina sebuah negara yang maju, stabil

dan makmur. Kita juga perlu menguasai dan meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran kita dalam pelbagai bidang. Dengan ini, kita mampu membuat pelbagai

kajian dalam bidang sains dan teknologi. Negara kita juga akan dipandang tinggi dan

dihormati.

Hadirin yang dikasihi,

Kita perlu bersatu untuk menentang penjajah yang boleh menjejaskan

maruah negara. Kita tidak boleh membiarkan minda dan budaya kita dipengaruhi

dengan unsur-unsur negative yang boleh melemahkan kita. Kita juga tidak boleh

membiarkan ekonomi negara dikuasai oleh orang luar. Sekiranya perkara ini

berlaku, maruah negara akan terjejas. Oleh itu, marilah kita meletakkan kepentingan

negara melebihi kepentingan diri dengan menunjukkan rasa cinta dan bangga

terhadap negara. Cintailah negara kita!!

Sekian, terima kasih.

ELM 3102 – Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral 7

Page 8: tugasan sebenar

8 ELM 3102 – Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Gambar di bawah menunjukkan pendidikan rakyat sebelum dan selepas merdeka.

ELM 3102 – Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral 8

Page 9: tugasan sebenar

9 ELM 3102 – Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Sebelum Merdeka

ELM 3102 – Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral 9

Page 10: tugasan sebenar

10 ELM 3102 – Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Selepas Merdeka

Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,

sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, saya telah melakukan beberapa

persediaan. Sebagai contoh, perkara yang harus dilakukan dan dibuat oleh

seseorang insan yang bergelar guru ialah, sebelaum memulakan proses

pembelajaran, guru haruslah terlebih dahulu menyediakan Rancangan Pengajaran

Harian (RPH). RPH ini penting kerana ini akan membantu guru semasa proses

pembelajaran berlaku.

Dengan adanya RPH ini, maka guru dapat menentukan apa yang ingin

dicapai pada sesuatu tempoh proses pembelajaran itu. Selain itu, RPH juga

mengandungi butiran-butiran masa yang harus digunakan oleh seseorang guru

untuk mengajar sesuatu langkah pembelajaran. Dengan adanya butiran-butiran

masa ini di dalam RPH, maka guru dapat merancang masa pengajaran beliau.

Dengan ini, masalah seperti tidak cukup masa untuk menyampaikan sesi pengajaran

dapat dielakkan.

ELM 3102 – Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral 10

Refleksi Sebelum Memulakan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Page 11: tugasan sebenar

11 ELM 3102 – Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Selain itu, RPh juga mengandungi objektif pebelajaran yang ingin diacapai.

Dengan adanya objektif pembelajaran ini, maka guru dapat menyediakan aktiviti-

aktiviti pengajaran yang mendorong kepada tercapainya objektif pembelajaran

seperti yang telah ditulis di dalam RPH. Secara langsung, guru dapat

menyampaikan proses pengajarannya dengan berkesan.

Di samping itu, sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran,

guru terlebih dahulu haruslah mencipta beberapa Bahan Bantu Mengajar (BBM).

Bahan bantu mengajar ini penting kerana ini akan membantu murid untuk

menambahkan pemahaman mereka terhadap apa yang disampaikan oleh guru.

Selain itu, dengan adanya BBM, ini dapat menarik minat murid untuk belajar. BBM

yang menarik sudah pasti dapat menarik minat murid, dan secara langsung

merangsang murid untuk melibatkan diri di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas.

Di samping itu, sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran,

seseorang guru haruslah mengambil kira tahap persediaan pelajarnya untuk

menerima proses pembelajaran. Murid yang kurang bersedia untuk belajar akan

menimbulkan masalah di dalam kelas. Maka, guru harus bijak untuk mengatasi hal

ini. Misalnya, sebelum memulakan pengajaran, guru boleh mengajak murid untuk

bernyanyi. Ini dapat membuka mata murid untuk mengetahui apakah yang bakal

diajar oleh guru pada hari tersebut.

Selain perkara-perkara di atas, satu perkara yang paling penting sebelum

memulakan proses pengajaran dan pembelajaran ialah persediaan dari aspek fizikal

dan mental guru itu sendiri. Sebelum masuk mengajar, seseorang guru haruslah

terlegih dahulu telah bersedia dari aspek mental dan fizikal. Misalnya, guru yang

cergas dapat menyampaikan proses pengajarannya dengan baik, dan tidak mudah

untuk bertindak mengikut emosi apabila berdepan dengan masalah yang ditimbulkan

oleh pelajar. Akan tetapi, guru yang lemah mudah terikut-ikut emosi mereka yang

tidak stabil. Maka, hal ini menyebabkan proses pengajaran mereka menjadi tidak

ELM 3102 – Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral 11

Page 12: tugasan sebenar

12 ELM 3102 – Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

menarik, dan murid juga tidak menyukai mereka. Lantas, minat murid untuk belajar

juga hilang. Justeru, sudah pasti objektif pembelajaran yang ingin dicapai tidak

tercapaii.

ELM 3102 – Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral 12

Page 13: tugasan sebenar

13 ELM 3102 – Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Refleksi :

Pada 08 Ogos 2012 yang lalu, saya telah mendapat tugasan KKBI

Pendidikan Moral daripada pensyarah Pendidikan Moral kami, iaitu Ustaz Syahir

Ismail. Untuk semester ini, tugasan Pendidikan Moral kami memerlukan kami untuk

mereka satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) tahun 6. Selain itu, kami juga

dikehendaki untuk membina empat Bahan Bantu Mengajar, dan satu lembaran kerja

yang mengandungi sekurang-kurangnya 10 soalan untuk dijawab oleh murid. Tajuk

RPH kami haruslah mengenai nilai yang berkaitan dengan Diri dan Negara.

Dalam usaha saya untuk menyiapkan tugasan ini, saya turut berjumpa

dengan senior untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut mengenai cara

untuk membuat KKBI ini. Semasa proses membuat tugasan ini, banyak halangan

dan dugaan yang saya terpaksa hadapi dan tempuhi. Antara halangan utama yang

saya hadapi ialah kekurangan sumber rujukan. Sumber rujukan yang saya perolehi

di perpustakaan IPG Kampus Gaya amatlah terhad. Masalah inilah yang

menyukarkan saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tambahan pula maklumat yang

saya perolehi dari internet juga terhad. Masalah tidak dapat melayari internet juga

merupakan masalah yang saya sering hadapi dalam usaha saya untuk mencari

seberapa banyak maklumat yang mungkin.

Namun, masalah utama yang menyukarkan saya untuk menyiapkan tugasan

ini adalah kerana kesuntukan masa. Hal ini adalah kerana pada masa yang sama

saya kena menghantar tiga tugasan KKBI untuk subjek yang lain. Jelas di sini,

pembahagian masa secara bijak memainkan peranan yang penting untuk

menyiapkan segala tugasan yang telah pensyarah berikan kepada kami.

Walaubagaimanapun, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya kerana

berkat dan bimbingan yang diberikan oleh beliau, saya telah berjaya untuk

menyiapkan KKBI ini.

ELM 3102 – Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral 13

Page 14: tugasan sebenar

14 ELM 3102 – Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Selain itu, saya juga berharap agar selepas tamat pengajian di IPG Kampus

Gaya ini, saya dapat menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan dapat

mendidik anak-anak murid saya agar mahir dalam segala bidang. Apa yang paling

penting bagi saya suatu hari nanti ialah, saya ingin masyarakat membuka mata

terhadap profesion keguruan. Saya hendak masyarakat sedar bahawa tugas guru

bukanlah semudah seperti yang disangka. Boleh dikatakan bahawa masa depan

Negara adalah bergantung kepada hasil didikan guru kepada murid-murid pada

masa sekarang. Guru yang cemerlang melahirkan murid yang berkualiti dan

berdedikasi.

ELM 3102 – Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral 14

Page 15: tugasan sebenar

15 ELM 3102 – Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Bibliografi :

Sumber dari buku :

Nur Munirah Teoh binti Abdullah, Vishalache a/p Balakrishnan, Asmah binti Ahmad,

(2007), Pendidikan Moral Tahun 6 Sekolah Kebangsaan, Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Sumber dari internet :

http://www.bahasa-malaysia-simple-fun.com/sejarah_kemerdekaan_malaysia.html

ELM 3102 – Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral 15

Page 16: tugasan sebenar

16 ELM 3102 – Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

SOALAN 1

Bercerita merupakan satu aktiviti yang menarik perhatian kanak-kanak kerana

melalui bercerita mereka dapat memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam

secara tidak langsung mengaktifkan daya imaginasi kanak-kanak untuk berfikir

dengan lebih kreatif. Melalui teknik penceritaan kanak-kanak dapat belajar dalam

suasana yang gembira dan ceria. Kanak-kanak akan lebih mudah faham apabila

mereka belajar dalam keadaan mereka bersedia dan ceria kerana mereka akan

lebih mudah faham dan ingat apa yang telah mereka pelajari. Hal ini kerana secaa

lumrahnya manusia sentiasa mengingati perkara yang menyeronokkan berbanding

perkara yang tidak memberi kesan apa-apa dalam diri mereka. Nilai-nilai murni juga

dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak kerana mereka akan mengingatinya.

Teknik ialah cara yang lebih khusus yang dicipta untuk mencapai sesuatu objektif

pengajaran. Teknik boleh dilihat sebagai satu cara khusus untuk membantu dan

menjayakan sesuatu kaedah pengajaran. Pelbagai jenis teknik telah dicipta untuk

tujuan pengajaran bahasa seperti teknik bercerita.

Teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran bukanlah satu perkara baru,

malahan cara ini pernah dilakukan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikan

sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. Teknik ini mudah menarik minat

anak-anak itu. Keadaan yang sama juga boleh dilakukan semasa guru-guru

menyampaikan pelajaran kepada anak-anak murid mereka. Biasanya murid-murid

akan lebih cepat menumpukan perhatian di samping menjadikan pembelajran itu

berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan.

Murid-murid, khususnya di sekolah-sekolah rendah, amat gemar mendengar cerita.

Walaupun mereka masih kecil, tetapi apa yang diceritakan kepada mereka itu dapat

segera difahami dan kadangkala dapat pula sekaligus memahami maksud cerita itu.

Oleh yang demikian, jika murid-murid tadi diberi peluang belajar dalam suasana

yang menyeronokkan, pasti proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih

berkesan.

Walau bagaimanapun, guru-guru mestilah sedar bahawa teknik bercerita dan

pengajaran cerita adalah dua perkara yang berlainan. Janganlah oleh kerana terlalu

ELM 3102 – Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral 16

Page 17: tugasan sebenar

17 ELM 3102 – Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

seronok bercerita, objektif pengajaran yang sebenar yang hendak disampaikan

ketika itu menjadi kabur. Guru perlu ingat, bercerita itu hanyalah sebagai alat untuk

menyalurkan isi-isi pelajaran, sedangkan aspek-aspek yang hendak disampaikan itu

adalah lebih penting dan seharusnya menjadi tumpuan utama.

Cara melaksanakan teknik bercerita itu samalah seperti guru menjalankan pelajaran

cerita, tetapi apa yang penting ialah aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan itu

seharusnya ada dan terkandung di dalam cerita itu. Penekanan harus dilakukan

kepada aspek-aspek tersebut semasa guru bercerita. Sebelum menggunakan

Kaedah Bercerita, seorang guru sepatutnya:

1. memilih cerita yang sesuai di samping mengingati isi/ jalan cerita,

2. mewujudkan suasana yang selaras dengan isi cerita,

3. memastikan tempat duduk sesuai,

4. Menyediakan bahan bantu (BBM) yang berkaitan,

5. Menyediakan set soalan yang berkaitan.

Guru merupakan pengganti ibu bapa disekolah. Guru haruslah memahami

kehendak dan perilaku kanak-kanak supaya guru dapat mengajar dengan lebih

efektif. Mereka mendidik dan mengajar kanak-kanak untuk membantu

meningkatkan intelek,emosi,rohani dan jasmani mereka.Guru memainkan peranan

yang penting dalam mendidik ke arah perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak

berkembang melalui persekitaran mereka. Sepertimana Model Pengajaran Sim

persekitaran dan tempat belajar haruslah selesa dan sesuai agar kanak-kanak

dapat belajar dalam keadaan yang kondusif tanpa gangguan dan ini dapat

membantu kanak-kanak tersebut berkembang dalam persekitaran yang sihat.

Guru haruslah mampu menarik tumpuan kanak-kanak untuk belajar dengan

kaedah pengajaran yang boleh menarik minat mereka. Salah satu kaedah yang

boleh menarik minat kanak-kanak untuk merek menumpukan perhatian merka ialah

melalui bercerita. Kanak mempunyai tahap ingin tahu yang tinggi dan mereka suka

bertanya mengenai perkara-perkara yang baru sehingga mereka mendapatkan

ELM 3102 – Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral 17

Page 18: tugasan sebenar

18 ELM 3102 – Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

jawapan yang tepat mengenai satu-satu persoalan. Keberkesanan kaedah

bercerita ialah melalui nada suara yang bersesuaian dengan watak yang

diceritakan. Intonasi suara yang sesuai menjadikan kanak-kanak akn lebih terarik

dan faham tentang suara yang diguanakan mengajar mereka tentang erti

kebenaran yakni mereka akan dapat mengetahui suara ibu adalah begini dan suara

ayah adalah garau. Nada suara hendaklah jelas dan lantang agar mereka dapat

memahami dengan lebih jelas tentang apa yang hendak disampaikan. Nada suara

juga haruslah disertakan dengan emosi yang sesuia agar apa yang disampaikan

adalah betul dan difahami oleh mereka.

Selain itu, melalui teknik penceritaan kemahiran bahasa dapat ditingkatkan dalam

diri kanak-kanak. Guru haruslah menggunakan bahasa yakni struktur ayat dan

kosa kata yang betul serta bersesuaian agar kanak-kanak dapat meningkatkan

kemahiran bahasa mereka. Bahasa yang digunakan mestilah bersesuian dengan

aras kanak-kanak kerana mengikut prinsip-prinsip pembelajaran guru hendaklah

mengajar murid dari senang ke susah dan dari konkrit ke abstrak. Kepentingan

bercerita ialah ianya harus memberi kesan kepada kanak-kanak dan kanak-kanak

tersebut memahami dengan jelas objektif utama yang hendak disampaikan melalui

penceritaan tersebut. 

Memek muka memainkan peranan yang penting kerna memek muka membantu

kanak-kanak untuk memahami dengan lebih jelas mengenai emosi yang hendak

disampaikan oleh guru. Dengan itu murid akan lebih peka dengan apa yang

hendak diampaikan oleh guru dan secara tidak langsung kanak-kanak dapat

dikawal tingkahlaku mereka kerana mereka akan lebih menumpukan perhatian

kepada mereka. 

Guru juga boleh menggunakan teknik ini agar dapat menarik minat kanak-kank

untuk berkomunikasi dan menumpukan perhatian yang lebih kepada apa yang

hendak disampaikan. Sekaliguskan ia dapat meningkatkan kosa kata murid-

murid.Guru juga boleh mengplikasikan kemudahan IT yang ada dengan

menggunakan Power Point. Visual dan audio yang dimasukkan dapat menarik

minat murid-murid untuk melihat pada yang akan keluar pada muka surat yang

ELM 3102 – Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral 18

Page 19: tugasan sebenar

19 ELM 3102 – Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

selanjutnya.Pita rakaman juga masih juga dapat digunakan kerana kemahiran

mendengar dapat ditingkatkan.Persembahan teater akan lebih berkesan kepada

kanak-kanak kerana mereka dapat melihat sendiri tanpa perlu berimaginasi. Ianya

dapat membantu kanak-kanak menghayati dan merasakan sendiri cerita tersebut.

Syair, pantun dan gurindam juga dapat meningkatkan kemahiran mereka untuk

menghayati dan meletakkan diri mereka dalam cerita tersebut. 

Intihanya, guru memainkan peranan yang penting dalam teknik pengajaran

bercerita agar murid dapat memahami maksud yang hendak disampaikan dengan

jelas dan terkesan dalam diri mereka. Sebagai contoh nilai-nialai murni dalam

cerita itu dapat memberikan pengajaran kepada pembentukkan peribadi diri

mereka. Guru merupakan model kepada mereka dalam membentuk perwatakan

mereka dimasa hadapan. Melalui penekanakan kepada aspek intonasi suara,

memek muka dan gaya penceritaan serta alatan dan gaya penyampaian teknik ini

dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh guru.

Kaedah pameran merupakan suatu kegiatan yang dilakukan oleh guru atau pihak

sekolah untuk menyampaikan maklumat dengan memaparkan pelbagai jenis bahan

untuk dipamerkan kepada murid-murid sama ada berbentuk gambar, sampel bahan

atau tayangan video.Kaedah pameran menggunakan proses mendengar dan

melihat untukmemberi penjelasan tentang bahan yang dipamerkan. Antara peranan

guru semasa kaedah pameran adalah :

a.Guru menerangkan objektif pameran kepada murid.

b.Perbincangan berkaitan dengan pameran akan diketuai oleh guru danbertindak

sebagai pemantau.

c.Guru menetapkan masa dan tempat pameran.d.Pemilihan bahan pameran

hendaklah menarik minat murid.Fungsi pameran adalah sebagai pendidikan kerana

murid mendapat maklumat luar dari bilik darjah dan melalui kaedah yang lain selain

pengajaran sesorang guru di dalam kelas. Selain itu juga sebagai fungsi hiburan

kerana menyeronokkan bagi diri murid-murid dan murid-murid dapat

menghilangkan rasa jenuh belajar didalam kelas.

ELM 3102 – Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral 19