Upload
rashidah-abd-wahab
View
308
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
dfghj dfghj dfghjkl dfghjk
Citation preview
BAHAGIAN B : TEMUBUAL
Temubual mengenai ciri-ciri perbezaan kepimpinan seorang guru permulaan dan seorang
Guru Cemerlang (GC) / GuruPakar.
BIODATA GURU PERMULAAN
Nama : Wan Neni Herwazi binti Abdul Razak
Umur : 29 tahun
Tarikh lahir : 7 hb. Januari 1986
Asal : Dungun Terengganu
Nama suami : Nik Mohd Faizal bin Nik Mohd Fikri
Pekerjaan suami : Tentera
Tempat kerja suami : C.SKN Rejimen Kedua Kor Armor Diraja Kem Sunggala
: Port Dickson
Bilangan anak : seorang, lelaki (Nik Muhammad Faris )
Latar belakang Pendidikan : 1) Sk. Kuala Jengal, Dungun Terengganu
2) SMK(A) Kuala Abang Dungun Terengganu (ting.1-5)
3) SMK(A) Sheikh Abdul Malik Kuala Terengganu
4) Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu
5) Institiut Perguruan Sultan Mizan Besut Terengganu
Perkhidmatan : 1) SK. Pengkalan Ranggon, 24300 Kerteh Kemaman
Terengganu.
Pengalaman manis : Setelah berjaya menamatkan latihan mengajar serta
memperolehi cemerlang.
Pengalaman pahit : Tiada pengalaman pahit kerana terlalu baru di dalam
bidang perguruan
Alamat sekarang : 985-A Rumah Guru SMK. Kerteh Kemaman Terengganu.
Temubual bersama guru permulaan j-QAF
DIALOG TEMUBUAL
Pelatih Guru : Assalamualaikum, Kami guru pelatih dari Kampus Datuk Razali Ismail
Bolehkah saya menemubual ustazah
Guru Permulaan: Walaikumusalam, boleh.
Guru pelatih : Puan merupakan guru permulaan, sudah berapa lama puan memasuki
bidang perguruan ini?
Guru permulaan : Masih terlalu baru, saya mula ditempatkan di sekolah ini pada tahun 2012,
jadi masuk tahun ini baru tahun ke tiga saya berada di dalam bidang
perguruan ini.
Guru pelatih : Kenapa puan memilih profesion perguruan sebagai kerjaya?
Guru permulaan : Saya memilih profesion perguruan sebagai kerjaya kerana ia merupakan
cita-cita sayasemenjak daripada kecil lagi, tambahan pula profesion
inilah yang paling sesuai bagi saya, lagi pun saya amat suka kepada
kanak-kanak, walaupun mereka mempunyai berbagai ragam dan
kerenah.
Guru pelatih : Siapakah pendorong utama yang membuatkan puan memilih untuk menjadi
seorang guru?
Guru permulaan : Bagi saya tiada siapa pun yang mendorong saya untuk menjadi guru,
lahir dari kehendak dan keinginan saya sendiri kerana ingin mendidik
anak bangsa supaya menjadi warga yang berguna kepada bangsa,
agama dan negara. Saya mahu melihat mereka hidup mereka maju dan
mampu mengubah kehidupan daripada kesusahan kepada kejayaan dan
kesenangan.
Guru Pelatih : Kita sering mendengar bahawa orang menganggap guru permulaan ini pasif,
tidak kreatif dan membosankan, apakah pandangan puan terhadap
tanggapan ini.
Guru permulaan : Bagi pandangan saya, mungkin ada betulnya, ini disebabkan kami masih
terlalu baru dalam dunia perguruan yang penuh dengan cabaran dan
memerlukan banyak pengorbanan dari segi masa dan juga tenaga. Terlalu
banyak perkara yang perlu kami pelajari dan terokai, justeru itulah kami
memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan daripada rakan-rakan guru senior
dan berpengalaman. Saya juga mengharapkan agar mereka tidak segan
silu untuk menegur saya sekiranya melakukan kesilapan.
Guru pelatih : Adakah puan merasakan segala ilmu yang dipelajari di institut
sudah mencukupi untuk diaplikasikan di dalam kelas?
Guru permulaan:Bagi saya belum mencukupi, malahan saya memerlukan kepada lebih
banyak kursus yang dianjurkan oleh pihak jabatan pelajaran negeri atau
pejabat pendidikan daerah dari semasa ke semasa bagi memantapkan lagi
profesion perguruan saya ini. Semasa di institut perguruan kami hanya
lebih kepada pembelajaran secara teori, sedangkan bila berada di sekolah
perlu berhadapan dengan murid-murid sebenar yang berbeza aras
pencapaiannya dan juga mempunyai tingkah laku yang berbeza. Jadi
suasana ini cukup berbeza dan mencabar bagi kami sebagai guru
permulaan.
Guru pelatih : Bagi setengah orang menganggap tugas guru untuk mengajar itu mudah,
bagaimanakah penilaian puan dalam hal ini?
Guru permulaan : Mungkin sebelum ini pun saya merasakan begitu, tetapi rupanya tidak
semudah yang disangka, perlu mengikut sukatan pelajaran, merancang
pengajaran dan pembelajaran terlebih dahulu, memilih bahan bantu
mengajar yang sesuai dengan murid, guru perlu sentiasa kreatif dan
inovatif agar penyampaiannya tidak membosankan murid.
Guru pelatih : Bagaimana pula dengan personaliti guru, adakah perlu garang supaya
mudah-mudah untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
Guru permulaan :Seseorang guru itu tidak semestinya garang dan tidak boleh terlalu lembut,
kerana menyebabkan murid hilang hormat kepadanya. Sifat yang paling baik
ialah lemah lembut tetapi tegas, memarahi murid yang membuat kesilapan
dan perlu diberi penjelasan tentang kesalahan mereka. Murid-murid suka
kepada guru yang mempunyai unsur kecindan dalam penyampaiannya.
Guru pelatih : Adakah puan mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri
dengan sekolah, dan setakat hari ini bagaimanakah hubungan puan
dengan guru-guru disekolah.
Guru permulaan: Pada peringkat awalnya agak sukar sedikit untuk menyesuaikan diri, tetapi
setelah beberapa tahun berada di sekolah ini tiada masalah lagi, hubungan
saya dengan guru-guru di sini rapat, mereka semua baik dan mudah mesra,
malahan sentiasa memberi nasihat dan tunjukajar kepada saya.
Guru pelatih : Baiklah, soalan yang terakhir untuk sesi temu bual kita hari ini, apakah
harapan puan dengan profesion perguruan ini?
Guru permulaan: Harapan saya ingin menjadi seorang guru yang kreatif dan inovatif,
berusaha untuk membentuk sikap positif, sentiasa meningkatkan ilmu den
dengan menghadirikursus-kursus yang disediakan serta bertindak secara
proaktif berlandaskan peraturan yang sedia ada.
Guru pelatih :Terimakasih puan kerana sudi meluangkan masa bersama kami. Diharap
apa yang kita bincangkan tadi dapat menjadi panduan dan sempadan
dalam menempuh bidang perguruan
Guru permulaan: Sama-sam
BIODATA GURU CEMERLANG
SESI TEMUBUAL BERSAMA GURU CEMERLANG.
1. Temubual bersama Guru Cemerlang Bahasa Arab dan Pendidikan Islam
Nama diri : Mohd Kamsani bin Abd. Kadir
Umur : 39 tahun
Tarikh lahir : 23 Ogos 1976
Asal : Besut, Terengganu
Nama isteri : Asma’ binti Ramli
Anak : 4 orang ( 2 perempuan 2 lelaki)
Latar Belakang Pendidikan:
1. S.K. Jabi, Besut Terengganu
2. S.M.A. Ittifakiah
3. Universiti Islam Madinah, Arab Saudi
4. Maktab Perguruan
Perkhidmatan : SK Kuala Dungun Terengganu
Pengalaman manis : Mendapat anugerah Guru Pendidikan Islam Berwibawa tahun 2014
peringkat PPD Daerah Dungun.
Pengalaman pahit : Tiada kerana semuanya indah belaka.
Antara anugerah sepenjang perkhidmatan :
1. Anugerah Perkhidmatan cemerlang ( APC )
2. Anugerah Guru Pendidikan Islam berwibawa.
( Lampiran sijil-sijil berkenaan)
2. DIALOG
Guru pelatih : Assalamualaikum cikgu. Kami dari Institut Pendidikan Guru Kampus
Dato’ Razali Ismail. Bolehkah kami menemubual ustaz?
Guru Tokoh : Waalaikumsalam. Boleh.
Guru pelatih : Bolehkah ustaz berkongsi bagaimanakah ciri-ciri untuk menjadi guru
cemerlang?
Guru Tokoh : Bukan senang untuk mendapat pangkat ini. Kita haruslah menunjukkan
prestasi yang baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku
contoh sentiasa membuat pembaharuan dalam kaedah dan teknik yang
berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut situasi dan
kesesuaian masa. Saya mengajar dan mendidik pelajar saya macam
mendidik anak sendiri. Setiap apa yang saya lakukan semuanya saya
lakukan dengan ikhlas kerana segalanya merupakan tanggungjawab yang
mesti saya galaskan dengan sebaik mungkin. Selain itu, kita juga harus
menjaga hubungan dengan guru-guru, Guru Besar dan semua pihak.
Tambahan lagi, guru haruslah membina kecemerlangan diri termasuk semua
aspek dan boleh membantu kawan- kawan yang lain. Dari segi perkhidmatan
pula, para guru hendaklah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya
tujuh tahun mengajar. Bukan itu sahaja, komunikasi dengan orang luar juga
sangat penting untuk menambahkan keyakinan diri dalam pergaulan dan
mengambil pengalaman daripada orang lain untuk dijadikan panduan dalam
hidup. Kesan daripada itu, saya telah mendapat Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang pada tahun 2010. Selain dari tugas harian saya mengajar dalam
bidang pengajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Agama Islam saya mengajar
dan membimbing pelajar saya supaya semua pelajar saya terutamanya murid
tahun enam tahu sembahyang dan berakhlak mulia . Disamping mengajar,
saya juga banyak menghadiri kursus dan bengkel bagi memantapkan lagi
profesionalisme seorang guru. Tambahan pula, saya sering dijemput untuk
menjadi jurulatih utama bagi DSKP dan KSSR tahun 2,4 dan 5 dan pernah
dilantik sebagai ketua hakim bagi Program Pengukuhan Bahasa Arab Piala
Yayasan Diraja Sultan Mizan. Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang,
segala aktiviti yang dianjurkan serta yang diberi tugasan hendaklah dipatuhi.
Dan pada tahun 2014 saya telah dianegerahkan sebagai guru Pendidikan
Islam Berwibawa Sekolah Rendah .
Guru pelatih : wah, agak susah juga ya untuk menjadi seperti ustaz. Tahniah sekali
lagi. Sebagai seorang guru yang berpengalaman, bolehkan cikgu
kongsikan kepada kami bagaimanakah caranya untuk mengawal kelas?
Guru Tokoh : Pada kali pertama kita masuk ke kelas, kita hendaklah tahu tahap
kemampuan murid . Apabila kelas yang kita masuk itu muridnya terdiri dari
ramai murid yang nakal dan malas kita hendaklah menunjukkan ketegasan
supaya murid- murid takut untuk bermain dan akan memberi tumpuan apabila
proses pengajaran dan (PdP) pembelajaran dijalankan dalam kelas . Kita
juga haruslah bijak dalam mengawal kelas dan perlakuan anak murid
terhadap kita sejak mula lagi. Selain dari itu teknik dan kaedah PdP
hendaklah menarik dan berkesan.
Guru pelatih : Oh begitu rupanya. Cikgu, bolehkah cikgu berkongsi serba sedikit
bagaimanakah untuk mengekalkan perhatian murid di dalam kelas?
Guru Tokoh : Pedagogi merupakan perkara yang penting untuk menarik minat dan
perhatian murid di dalam kelas. Contohnya, kitamembuat ABM
menggunakanradio,slaid,laptopdansebagainya.Ini bagi menghilangkan rasa
bosan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kita
juga boleh mengadakan amali di luar kelas. Misalnya, Mengajar cara- cara
pengurusan jenazah, solat hari Raya dan lain-lain lagi.
Guru pelatih : Saya harap apa yang dikatakan oleh cikgu dapat saya gunakan ketika
saya masih berkhidmat sebagai seorang guru serta menambah
kebaikan dalam perkhidmatan saya. Bagaimana pula caranya untuk
memberikan arahan yang jelas kepada murid.
Guru Tokoh : Arahan yang diberikan haruslah mudah dan tidak panjang. Ia juga
mengandungi isi yang padat.
Guru pelatih : Saya amat bersetuju dengan kenyataan cikgu. Baiklah, bagaimana pula
cara kita untuk menangani gangguan luar jangkaan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran?
Guru Tokoh : Kita haruslah mengetahui perbezaan individu pelajar kita. Setiap murid-murid
mempunyai ragam masing-masing. Bagi murid yang kurang cerdik, mereka
selalunya akan mengganggu murid-murid yang cerdik kerana mereka tidak
dapat menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru. Justeru, kita haruslah
membina kumpulan cerdas dan kumpulan yang kurang cerdas. Hal ini adalah
kerana, kumpulan yang cerdas cepat menangkap apa yang diperkatakan oleh
guru jadi guru haruslah menyediakan bahan yang banyak kepada murid yang
cerdas. Manakala murid yang kurang cerdas sukar untuk menangkap apa
yang diajarkan dengan hanya sekali pengajaran dengan itu bimbingan rakan
sebaya juga perlu untuk meningkatkan lagi kemahiran bagi murid yang
lemah. Guru juga haruslah mengajar murid tersebut secara berulang-ulang .
Tambahan lagi, kita bolehlah menyediakan satu sudut bacaan di mana
pelajar boleh menghilangkan rasa bosan mereka.
Guru pelatih : Sungguh panjang lebar penerangan ustaz. Baiklah, soalan yang
terakhir untuk sesi temuramah kita pada hari ini, bagaimanakah proses
untuk kita menamatkan proses pengajaran dan pembelajaran?
Guru tokoh : Kita bolehlah mengulang kembali secara umum apa yang dipelajari pada
hari tersebut. Caranya adalah dengan mengaitkan dengan situasi luar. Selain
itu, kita juga bolehlah bertanya kembali kepada murid-murid tentang apa yang
mereka peroleh daripada proses pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.
Kita juga boleh meningkatkan kembali semangat mereka dengan menyanyi
beramai-ramai.
Guru pelatih : Terima kasih ustaz kerana sudi meluangkan masa bersama kami.
Diharap apa yang kita bincangkan sebentar tadi dapat memberi
panduan untuk kami menjadi seorang guru yang berjaya. Sekian, terima
kasih.
Guru tokoh :Sama-sama
Ciri-ciri perbezaan kepimpinan seorang Guru Permulaan dan seorang Guru
Cemerlang (GC) / Guru Pakar
Guru permualaan atau guru novis merujuk kepada guru sandaran dan terlatihyang
baru memulakan perkhidmatan di sekolah. Menurut Khalid (2009) mendefinisikan guru
novis merupakan yang telah menamatkan program pendidikan guru dan baru memulakan
perkhidmatannya di sekolah. Manakala Abu Bakar (1995) dalam Khalid (2009),
mentakrifkan guru novis sebagai guru sandaran terlatih yang ditempatkan di sekolah-
sekolah selepas menjalani latihan perguruan dalam satu jangka yang ditetapkan oleh
maktab-maktab perguruan atau universiti-universiti. Selain itu, Mohammed Sani, Zamri dan
Norasmah (2006) dalam Khalid (2009), memberi definisi guru novis sebagai guru baru yang
terlatih dan mula berkhidmat di antara satu hingga tiga tahun, dalam tempoh percubaan dan
belum disahkan lagi dalam jawatan.
Ramai orang memperkatakan bahawa kualiti guru yang dihasilkan oleh institut
perguruan tidak mencapai tahap yang diharapkan walaupun mereka menghabiskan masa
selama 5 tahun di sana. Banyak timbul rasa tidak puas hati yang disuarakan melalui media
massa. Majoriti guru yang baru mengajar sekitar 1-3 tahun kebiasaanya mengalami masalah
dalam pengurusan bilik darjah. Ini dibuktikan oleh para penyelidik pendidikan (veenman,
1984; Knowles & cole 1984, Calderhead & Shorrock 1997) ada menyatakan bahawa majoriti
guru yang mengajar pada beberapa tahun permulaan mengalami pelbagai masalah dalam
pengajaran mereka seperti mengurus murid, menjalin hubungan yang baik di dalam bilik
darjah, menguasai isi kandungan pelajaran, merancang aktiviti dan lain-lain lagi.
Hasil temubual yang dibuat dengan guru permulaan bolehlah disimpulkan bahawa
ciri-ciri kepimpinan mereka kurang memberangsangkan, mereka dikatakan pasif, tidak
kreatif, membosankan, tidak inovatif dan tidak dapat merangsang pembelajaran murid.
Mereka tidak dapat mengaplikasikan ilmu dan idea yang dipelajari di institut perguruan di
dalam situasi sebenar bilik darjah. Mereka juga tidak boleh menyesuaikan ilmu dan
kemahiran yang didapati serta menggunakannya di dalam pengurusan bilik darjah dengan
secara berkesan. Mereka tidak berkeyakinan dan gelabah terutamanya di tahun pertama
pengajarannya. Kualiti mereka tidak mencapai tahap sebagaimana yang dikehendaki oleh
pihak sekolah. Walaupun berbagai ilmu yang didedahkah semasa mereka belajar seperti
pelajaran teras, elektif, kokurikulum dan penyuburan diri, tetapi mereka tidak mampu
menggunakan kemahiran dan pengalaman yang diperolehi dengan berkesan di sekolah.
Perubahan peranan daripada guru pelatih kepada guru permulaan merupakan satu
kejutan bagi mereka, sebagai satu pengalaman yang sangat mencabar kerana mereka
menghadapi suasana yang berbeza daripada suasana semasa latihan. Mereka
menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan masalah dengan
proses pengajaran dan pembelajaran. Di sini guru permulaan harus pandai memainkan
peranan dalam usaha membentuk sikap dan amalan ke arah perkembangan positif demi
program latihan dalam perkhidmatan. Pihak sekolah pula perlu membantu guru permulaan
melengkapkan diri dengan kemahiran profesional yang telah diberikan oleh institut
perguruan.
Sebahagian guru permulaan turut mengalami masalah dalam unit pengurusan
kokurikulum. Ini mungkin disebabkan oleh kurang pengalaman dan sikap tidak mahu ambil
tahu. Sikap ini dikukuhkan lagi oleh Abu Bakar (1994) dalam kajiannya, menyatakan guru
permulaan tidak mahir dalam ehwal pengurusan kokurikulum dan sukan. Tambah
Glickman (1990) dalam Chee Kim Mang (2008) lagi, guru permulaan didapati rendah dari
segi penskilan. Ini dapat dijelaskan apabila guru permulaan didapati kurang signifikan
dalam membuat keputusan ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Kekurangan pengalaman juga membuatkan mereka tidak tahu apa yang harus
dilakukan apabila timbul perkara yang tidak diingini dalam bilik darjah. Oleh yang demikian
mereka lebih gemar diberitahu apa tindakan dan keputusan yang perlu. Selain itu mereka
harus lebih aktif memikirkan bagamana mahu mewujudkan pengajaran dan pembelajaran
yang efisyen dan menyeronokkan. Implikasinya dapat difikirkan, guru permulaan masih
memerlukan bimbingan dariapada guru yang berpengalaman.
Seharusnya guru-guru perlu dibimbing oleh seorang berpengalaman sehingga satu tempoh
yang tertentu. Guru permulaan diberikan bimbingan dan diselia oleh pihak pentadbir, itu
langkah yang drastiknya namun sebagai langkah awal di institut pendidikan guru sendiri
harus mempunyai silibus yang lebih mampan dalam membina keyakinan dan kebolehan
guru mengurus pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik . Di phak sekolah juga ada
baiknya sekiranya guru-guru permulaan dilatih oleh guru mentor dan dihantar kursus bersifat
kokurikulum agar dapat menyediakan guru untuk menghadapi cabaran dalam kokurikulum
dan sukan. Mungkin lebih signifikan sekiranya ditubuhkan ”mentor mentee” bagi guru
permulaan dan guru pengalaman. Ini diteguhkan oleh ( Achinstein & Athanases, 2006) untuk
memberi bimbingan serta membantu guru permulaan dalam proses transisi daripada guru
permulaan kepada guru pengalaman. Proses sosialisasi tentang norma-norma profesion
guru di sekolah yang formal dan tidak formal dimana mereka ditempatkan.jg
gggggGuuuuu
Guru permulaan juga dikatakan kurang yakin dari segi pengawalan kelas. Suasana
kelas menjadi bising semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, mungkin
keadaan ini disebabkan oleh teknik serta kaedah peyampaian guru yang membosankan.
Jadi guru permulaan seharusnya bijak memainkan perananya dalam pelbagai keadaan
untuk membolehkan murid menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Perlu berdaya
kreatif supaya dapat mengintegrasikan dan menggabungjlainkan pelbagai bahan, kaedah
dan teknik penyampaian. Penciptaan, pengubahsuaian dan penghasilan bahan serta corak
pembelajaran menjadi ia lebih inovatif serta mampu melibatkan murid dalam setiap aktiviti
yang diadakan. Teori yang dipelajari di Institut Perguruan perlulah disesuaikan dengan
kesediaan murid untuk menerima kehadiran mereka.
Sebagai guru permulaan perlu menyedari bahawa kerjaya keguruan satu bidang
profesion yang istimewa dan unik kerana proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya
berlaku di bilik darjah malah ia menjangkau masa, tempat dan bidang tugas. Pengurusan
jadual waktu, pengurusan bilik darjah, pengurusan pendaftaran , pengurusan peperiksaan ,
pengurusan kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan dengan bilik darjah, murid dan
sekolah merupakan ruang lingkup tugas guru. Oleh itu sebagai guru permulaan haruslah
sedar akan tanggungjawab tanpa banyak persoalan dan bertindak secara bijaksana.
Mereka juga menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan sekolah dan
hubungan dengan guru-guru agak longgar. Seharusnya mereka belajar menyesuaikan diri
dengan budaya sekolah. Budaya tempat mereka belajar tidak sama dengan budaya di
sekolah. Mereka mesti menyesuaikan diri dengan budaya sekolah termasuk keadaan,
tempat, cara berinteraksi dengan guru-guru lama serta keseluruhan warga guru di sekolah
tempat mereka bertugas. Wujudkan budaya mesra supaya kehadiran mereka disenangi
oleh semua pihak, khususnya pihak pengurusan sekolah. Elakkan daripada suasana
tegang akibat daripada sikap tidak profesional kerana ini menunjukkan kelemahan guru
permulaan.
Sebagai guru permulaan harus peka dan sentiasa mendapat maklumat tentang
pelbagai aspek seperti maklumat murid, berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
seperti kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pusat sumber hinggalah
maklumat berkaitan pengurusan pentadbiran seperti takwim sekolaha dan sebagainya.
Maklumat ini dapat membantu mereka dalam proses perancangan pengajaran serta
peningkatan profesionalisme. Mereka juga mesti menunjukkan prestasi yang baik, sentiasa
bersikap positif tanpa banyak merungut serta membuat transformasi diri ke arah
mewujudkan sistem pendidikan yang mantap, berkualiti serta bertaraf dunia.
Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang
berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah
menyenaraikan, antara ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang guru yang cemerlang itu
ialah
ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:
a. Bersikapprofesional.
b. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
c. Kaya ilmu.
d. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
e. Bermoralteguh.
f. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
g. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
h. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
i. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
j. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai
pendidik unggul pada setiap masa
k. Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
l. Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan
ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh
m. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
n. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai
diri(bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan
situasi tertentu)
o. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya
p. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
q. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
2.0. CIRI-CIRI GURU YANG CEMERLANG
2.1. Dalam aspek perancangan guru yang cemerlang didapati boleh mengesan masalah
pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar
serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar
pelbagai kebolehan
2.2. Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang cemerlang berjaya mengurus laporan
prestasi pelajar dengan kemaskini dan segala strategi pengajaran didokumentasikan .
2.3. Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan
kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara
aktif dalam P&P.
2.4. Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan
kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara
aktif dalam P&P.
2.5. Mereka merupakan guru yang reflectif dan sentiasa meneroka secara mendalam
dan berulang kali terhadap amalan dan tindakan meningkatkan keberkesanan hasil
pengajaran di dalam bilik darjah
2.6. Guru yang cemerlang juga kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang
yang adakalanya dilekatkan di dinding kelas
3.0. CIRI-CIRI HARUS DIKEKALKAN OLEH GURU YANG CEMERLANG
3.1. Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang
pengkhususannya. serta komitmen yang menyeluruh. Dengan penambahbaikan ilmu serta
kemahiran secara berterusan. Guru tersebut sebagai satu role model atau idola kepada
pelajar, mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah , memberi perangsang
serta pandangan yang bernas.
3.2. Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi sumber
inspirasi kepada pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-harapkan oleh semua
golongan masyarakat untuk memenuhi aspirasi Negara
4.0. KECEMERLANGAN PERIBADI
a. Mempunyaikeyakinandiri
b. Berakhlakdanbermoral
c. Bersikapadildanbertimbang rasa
d. Beramanahdanbertanggungjawab
e. Kreatifdaninovatif
f. Sentiasamengurusdiridengankemas
g. Sediaberkongsidanberkerjasama
h. Bersikapterbuka
i. Bersikappositif
5.0. KECEMERLANGAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN
Seseorang guru
cemerlangmengamalkanbudayailmudanmempunyaikebolehanuntukmenyelesaikanmasalahd
anmembuatkeputusanyang rasionaldanobjektif. Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam
perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti kerja. Beliau juga berkebolehan dalam
menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid, minit mesyuarat, dokumentasi dll.
Seorang guru cemerlang juga merupakan pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran,
berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum, mengenalpasti keperluan dan masalah
individu murid/pelajar serta menyediakan program tindakan susulan. Bijak mengurusan
masa, bahan, sumber, alatan pengajaran dan pembelajaran (pdp), peka dan prihatin
terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar.
6.0. KECEMERLANGAN KERJA
Sebagai seorang guru cemerlang merupakan seorang bijak dalam menghasilkan bilik
darjah yang ceria dan menarik , susun atur meja kerusi yang kemas dan bersih. Berjaya
membimbing murid mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran. Menguasai dan
menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Melaksanakan
rutin dengan berkesan bagi memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru
cemerlang juga sentiasa menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi
komen yang positif untuk menggalakkan pembelajaran yang seterusnya .Contohnya
memberi kerja bertulis dan latihan mengikut kekerapan yang sesuai .Memberi bimbingan
pelajaran kepada murid di luar waktu pengajaran. Menggunakan hasil pengujian dan
penilaian untuk membaiki pengajaran. Sentiasa merangsang murid berfikir.
Dengan merancang pelajaran yang baik dapat membuahkan hasil dalam
peningkatan minat murid untuk belajar malah meningkatkan prestasi kecemerlangan dalam
mata pelajaran yang diajar. Malahan aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata
pelajaran dirancang dan dilaksanakan dengan penuh komitmen.
Berupayameningkatkanpenglibatan, minatdanprestasimurid .
PENUTUP
Guru permulaan seharusnya melengkapkan diri dengan pengetahuan yang
secukupnya. Selain itu guru juga perlu mengikuti perkembangan terkini dan sentiasa
menambahkan ilmu pengetahuan dari masa ke semasa. Hal ini kerana pelajar pada masa
kini tidak sama dengan pelajar masa dahulu. Keadaan ini disebabkan oleh kecanggihan
teknologi yang tinggi membolehkan pelajar memperolehi maklumat dan pengetahuan yang
luas. Akibatnya pelajar lebih berpengetahuan daripada guru. Oleh itu guru permulaan harus
melengkapkan diri dengan pengetahuan yang secukupnya dan sentiasa meningkatkan ilmu
pengetahuan mengikut arus kemodenan.
Selain itu guru permulaan juga mesti mempunyai semangat dan motivasi yang tinggi
dalam usaha untuk mendidik anak bangsa, jangan mudah berputus asa dengan cabaran
dan dugaan kerana semua itu merupakan satu pengalaman yang sangat berharga.
Sentiasalah berdamping dengan guru-guru lama di sekolah, minta nasihat dan tunjukajar
daripada mereka. Sentiasalah berusaha untuk meningkatkan profesion perguruan dengan
mengikuti kursus-kursus dan latihan-latihan yang dianjurkan oleh pihak kementerian dan
lain-lain. Dan jaga hubungan baik dengan pihak pentadbir dan guru-guru dan kaki tangan di
sekolah. Tanamkan azam untuk menjadi guru seorang guru cemerlang suatu hari nanti.
Menjadi guru cemerlang, sekolah cemerlang dan pencapaian pendidikan yang
gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang
utamadanpertamaialahkesediaandankeanggupan guru-guru sendirimengubahparadigma,
mengubahstailberfikirdanbertindaksecara orang-orang profesionaldan yang paling
pentingmenjadiseorang guru yang tidakmudahpatahsemangat.Guru yang
profesionalsentiasamempamerkanciri-cirikekuatanilmudanbertingkah-
lakudengankeluhuranetikakerjasertamenuntutkefahaman yang jelasdanmendalam,
kesungguhandankomitmen yang tinggikepadapenyempurnaantugasnnya di
sekolahsetiapmasadanwaktu.Guru yang
berjiwawajatidakmudahmengakukalahdalamkehidupankerjayanya di sekolah,
danmempunyaisikapoptimistikdalamsemuatindakan,
sertasediabelajardarikesilapandankelemahan.
Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut
dan menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik melihat
semuanya dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama ada
dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi. Seperti kata Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor Abdullah di dalam perutusan Hari Guru 1999,
beliau menyebut; " Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara
berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan diri masing-masing dapat
dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah
menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik
yang unggul."