Tugasan Projek EDU3083 2015

Embed Size (px)

Citation preview

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOHTUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM:

PPG (AMBILAN FEB 2012)NAMA GURU PELATIH:

TAJUK KURSUS:

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)SEMESTER: 1/2015

TARIKH MULA: 14 / 2 / 2015TARIKH HANTAR:13 / 3 / 2015

Hasil Pembelajaran Kursus :1. Menjelaskan konsep profesion,etika, akauntabiliti dan profesionalisme keguruan.2. Membincangkan ciri-ciri guru sebagai seorang profesional3. Menganalisis peringkat perkembangan kerjaya dari guru permulaan ke peringkat

yang lebih tinggi.4. Merancang pelan pembangunan diri untuk menjadi seorang yang profesional.5. Melaksanakan peranan sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran pendidikan.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, dan 5.

Objektif Projek:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Mengaplikasikan teori kepimpinan dalam situasi yang diberi.

2. Mengemukakan peranan yang perlu dimainkan oleh kepemimpinan

sekolah kearah melahirkan warga sekolah yang cemerlang dan berprestasi tinggi

.3. Menghuraikan isu-isu yang berkaitan dengan etika, akauntabiliti dan

profesionalisme keguruan

4. Mengemukakan idea dan pandangan berkaitan dengan kepimpinan dan

profesionalisme guru secara atas talian.

5. Mengaplikasikan semua topik untuk penilaian ujian bertulis.Tugasan Projek (100% )Projek ini terdiri daripada empat bahagian iaitu Bahagian A, B, C dan D

A. Perbincangan Kes ( 40 % ) Individu

Cikgu Norman merupakan seorang guru besar yang baru dilantik menerajui sebuah sekolah berprestasi rendah di sebuah bandar..Beliau mendapati kebanyakan guru dan kakitangan sekolah tidak mempunyai semangat dan motivasi yang tinggi untuk meningkatkan prestasi sekolah.Cikgu Norman yakin bahawa beliau mampu mengubah keadaan menjadi lebih baik. Berdasarkan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 iaitu memastikan setiap sekolah dapat meningkatkan keberhasilan murid dari segi akademik dan hukan akedemik , huraikan bagaimana anda boleh membantu Cikgu Norman meningkatkan prestasi sekolahnya.Huraian anda mestilah berdasarkan perkara-perkara di bawah :

1. Cadangkan cara kepimpinan instruksional yang boleh diamalkan oleh Cikgu Norman dalam usaha meningkatkan lagi prestasi sekolahnya.2. Cadangkan dua teori kepimpinan yang dirasakan paling sesuai diaplikasikan oleh Cikgu Norman dalam kepimpinannya dan kemukakan hujah serta contoh yang sesuai tentang keberkesanan kepimpinan tersebut.3. Sebagai seorang guru di sekolah Cikgu Norman bagaimana anda boleh membantu beliau meningkatkan kualiti keberhasilan murid seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. B Pembelajaran atas talian ( 10 % ) - Individu Mengambil bahagian yang aktif di dalam portal pembelajaran atas talian (OLL)

dengan mengemukakan pandangan serta perbincangan ilmiah dalam forum yang

disediakan.

C. Ujian Kertas dan Pensil (20 % ) - Individu

Menduduki Ujian Bertulis (kuiz) yang akan diadakan pada interaksi yang ke empat. D. Pembentangan Kumpulan (20%) dan Penglibatan aktif semasa tutorial 10%)

. Pembentangan soalan tutorial dinilai berdasarkan tiga aspek, iaitu (i) kandungan dan penyusunan fakta, (ii) kreativiti penyampaian dari segi penggunaan ICT, dan (iii) kelancaran penyampaian.

Penglibatan aktif semasa sesi tutorial diperhatikan. Penilaian aktif adalah berdasarkan aspek (i) memberi hujah tambahan yang bernas (ii) membincangkan isu-isu yang timbul dari topik tutorial (iii) memberi justifikasi terhadap hujah yang dikemukakan.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus:

1. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan (soalan D ) dan secara

Individu. (soalan A, B dan C) 2. Anda perlu bergerak secara kolaboratif untuk merancang dan melaksanakan tugasan tersebut.3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

3.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini.

3.2 Fon Arial

3.3 Saiz huruf: 11

3.4 Langkau 1.5 baris

3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association) 3.6 Jadual dan gambar dilabelkan

3.6 Lampiran adalah wajib

3.7 Jawab dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris4. Panjang tugasan soalan A (i,ii dan iii ) adalah 12 15 muka surat. ( Tidak termasuk persembahan visual dan lampiran )

5. Amalan plagiat tidak dibenarkan

6. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh empat minggu.7. Tugasan bertulis yang dihantar perlu sertakan Borang Maklumbalas, Soalan

Tugasan dan Rubrik Pemarkahan di mukasurat hadapan.

8. Lampiran / gambar perlu di namakan. 9. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50 %.Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

(mengikut kehendak soalan tugasan)

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut,

a. Pemahaman yang mendalam berkaitan dengan aspek yang dibincangkan.

b. Bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah anda hendaklah dikemukakan.

i. Keseluruhan persembahan dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dan sokongan ilmiah.

ii. Format dan organisasi perlu jelas dan koheran.

iii. Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal.

3. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak

tugasan (buku, internet, jurnal dan bahan bercetak yang lain)

Kriteria Pemarkahan

Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan.

Disahkan Oleh,.............................................................

Disediakan oleh:

...........................................................

(ZAINI BIN. ABDUL GHANI)

Penyelaras Subjek Pengajian Profesional, PPG

Jabatan Ilmu Pendidikan

IPG Kampus IPOH

........................................................

( SARIPAH RABEAAH SYED ALI)

Disemak oleh:

...........................................................

( )

Pakar Bidang (SME)

........................................................

( SARIPAH RABEAAH SYED ALI)