27
PENGENALAN Kursus Anatomi dan Fisiologi merupakan salah satu kursus major ataupun kursus elektif yang diambil oleh guru-guru pelatih yang menuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Kursus ini meliputi konsep asas pengenalan kepada anatomi dan fisiologi. Penekanan diberikan kepada perbincangan tentang peringkat kimia, selular dan tisu organism, sistem integumentari, sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, darah, jantung, saluran dan peredaran darah, sistem limfatik dan imuniti, sistem respirasi, sistem pengahadam, pemakanan dan metabolisme serta sistem urinari. Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Jasmani telah memberikan tugasan projek kepada guru pelatih berdasarkan kursus ini. Tugasan projek ini hendaklah dilaksanakan secara individu. Menurut kepada tajuk tugasan pertama sekali kami dikehendaki membuat lukisan atau gambahrajah serta melabel dengan lengkap bahagian sendi, otot dan tulang yang terlibat dalam kemahiran permainan yang dipilih. Pada masa yang sama, kami juga dikehendaki menerangkan mekanisme pergerakan yang terlibat dalam kemahiran tersebut. Di samping itu, dalam tugasan amali pula kami dikehendaki memilih lima sistem manusia yang terdapat dalam sukatan serta menyediakan laporan amali berdasarkan soalan yang dikemukakan dalam tugasan. Hal ini demikian, saya telah memilih salah satu kemahiran daripada permainan bola tampar untuk melaksanakan 1

TUGASAN PROJEK- ANATOMI

Embed Size (px)

DESCRIPTION

anatomi

Citation preview

PENGENALANKursus Anatomi dan Fisiologi merupakan salah satu kursus major ataupun kursus elektif yang diambil oleh guru-guru pelatih yang menuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Kursus ini meliputi konsep asas pengenalan kepada anatomi dan fisiologi. Penekanan diberikan kepada perbincangan tentang peringkat kimia, selular dan tisu organism, sistem integumentari, sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, darah, jantung, saluran dan peredaran darah, sistem limfatik dan imuniti, sistem respirasi, sistem pengahadam, pemakanan dan metabolisme serta sistem urinari.Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Jasmani telah memberikan tugasan projek kepada guru pelatih berdasarkan kursus ini. Tugasan projek ini hendaklah dilaksanakan secara individu. Menurut kepada tajuk tugasan pertama sekali kami dikehendaki membuat lukisan atau gambahrajah serta melabel dengan lengkap bahagian sendi, otot dan tulang yang terlibat dalam kemahiran permainan yang dipilih. Pada masa yang sama, kami juga dikehendaki menerangkan mekanisme pergerakan yang terlibat dalam kemahiran tersebut. Di samping itu, dalam tugasan amali pula kami dikehendaki memilih lima sistem manusia yang terdapat dalam sukatan serta menyediakan laporan amali berdasarkan soalan yang dikemukakan dalam tugasan. Hal ini demikian, saya telah memilih salah satu kemahiran daripada permainan bola tampar untuk melaksanakan tugasan projek saya. Menurut kepada kemahiran yang dipilih saya ingin menerangkan secara mendalam tentang tulang-tulang, otot serta sendi-sendi yang terlibat dalam kemahiran tersebut. Sehubungan itu, saya juga turut memilih lima sistem manusia serta melaksanakan tugasan amali saya berdasarkan perkara-perkara yang diajukan dalam tugasan tersebut. Walhal demikian, marilah kita bersama-sama melihat apakah kriteria anatomi dan fisiologi yang terkandung dalam sesebuah kemahiran yang terdapat dalam permainan bola tampar.

SOALAN 1Membuat lukisan atau gambarajah serta melabel dengan lengkap behagian sendi, otot dan tulang yang terlibat. Membuat penulisan dari segi fungsi-fungsi otot utama, bahagian sendi dan tulang utama anggota. Mekanisme pergerakan yang terlibat.

1.0 PENGENALANAnatomi dan fisiologi dikenali sebagai dua bidang utama yang berkait rapat antara satu sama lain dalam meningkatkan kualiti kehidupan. Pada dasarnya, sebagai seseornag manusia kita haruslah mengenali struktur tubuh dan sistem fisiologi agar dapat memahami fungsi dan kegunaannya dalam penjagaan kesihatan diri serta aplikasi dalam kegiatan sukan. Pengetahuan dalam bidang anatomi dan fisiologi juga dapat dijadikan asas bagi memerikan teknik-teknik lakuan sukan serta pengaplikasian sains dalam meningkatkan prestasi sukan.Pergerakan tubuh badan berlaku sebagai hasil gabungan sistem rangka dan otot. Sehubungan itu, dalam tubuh badan seseorang manusia tulang berperanan sebagai sokongan, perlindungan, pergerakan, penghasilan sel darah merah dan penstoran mineral. Sendi merupakan tempat pertemuan dua atau lebih tulang. Otot pula berfungsi menghasilkan pergerakan, mengekalkan postur, menstabilkan sendi dan menghasilkan haba untuk mengekalkan suhu badan yang normal. Oleh itu, untuk menerangkan kesemua gabungan ini dalam sesuatu kemahiran permainan saya telah memilih permainan bola tampar. Terdapat beberapa kemahiran dalam permainan bola tampar. Sehubungan itu, saya telah memilih kemahiran servis untuk menerangkan gabungan fungsi tulang, otot dan sendi. Sejurusnya, marilah kita melihat apakah itu permainan bola tampar serta perkaitan kemahiran dengan anatomi dan fisiologi.

2.0 OBJEKTIFDalam tugasan projek ini mengutamakan beberapa aspek fisiologi sebagai objektifnya. Asperk fisiologinya dapat dijelaskan melalui fungsi tulang, otot dan sendi melalui kemahiran asas yang digunakan dalam sesuatu permaianan yang dipilih. Antara objektif yang terdapat dalam tugasan ini adalah seperti:i) Mengenalpasti otot-otot yang terlibat.ii) Mengenalpasti tulang-tulang yang terlibat.iii) Mengenalpasti sendi-sendi yang terlibat.iv) Dapat melabel dan melukis otot, sendi dan tulang yang terlibat.v) Mengenalpasti mekanisme pergerakan dalam kemahiran servis bawah tangan dalam permainan bola tampar.vi) Menerangkan dan mengaikan bahagian-bahagian tubuh badan yang bersesuaian dengan kemahiran permainan tersebut.vii) Menguasai dan memperbaiki kemahiran atau teknik untuk bermain sesuatu permainan dengan berkesan Di samping itu, tugasan projek ini juga turut memberi pengetahuan yang mendalam tentang kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam permainan bola tampar kepada guru-guru pelatih. Pada masa yang sama, ia juga akan mendorong guru pelatih untuk mengajar kemahiran-kemahiran tersebut dengan cara yang betul. Walhal demikian, mereka juga akan dapat membentuk sesebuah pasukan yang mantap dari segi taktik permainannya.

3.0 PERMAINAN BOLA TAMPAR3.1 SEJARAH BOLA TAMPARPermainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium YMCA di Holyoke,Massachhusetts,Amerika Syarikat oleh Prof. William J.Morgan (1870-1942) merupakan seorang Pengarah.Pada asalnya ia adalah permainan rekreasi. Bola tampar mempunyai sejarah perkembangan yang agak perlahan.Melalui pergerakan YMCA,Kanada merupakan Negara luar yang pertama menerima permainan ini sekitar tahun 1900.Selepas itu,diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Cuba(1905),Puerto Rico(1909),Uruguay (1912),China (1913) dan Jepun (1917) Ketika berlakunya peperangan pertama dan kedua,anggota-anggota angkatan tentera Amerika Syarikat telah memperkenalkan permainan ini ke Asia dan Eropah.Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada permainan rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan.

3.2 KONSEP PERMAINAN BOLA TAMPARPermainan bola tampar ialah sejenis permainan yang dimainkan oleh dua pasukan yang dianggotai oleh dua hingga enam orang pemain di gelanggang 9meter segiempat (30 kaki segiempat) yang diasingkan oleh sehelai jaring.Objektif utama ialah untuk setiap pasukan mencuba memukul bola ke dalam gelanggang lawan dan cuba mengadang pihak lawan daripada mengembalikan bola ke gelanggang sendiri.

3.3 GELANGGANG BOLA TAMPAR Rajah 3.1 : Gelanggang Bola TamparGelanggang bola tampar mempunyai dua zon utama iaitu zon depan dan zon belakang. Ukuran bagi sesuatu zon adalah 8 meter. Sehubungan itu, ukuran bagi zon depan adalah 2.70m dan ukuran belakang adalah 5.3m. Dalam gelanggang bola tampar servis dilakukan di bahagian belakang garisan 8m. Tempat ini dikenali sebagai zon servis. Pada masa yang sama, gelanggang bola tampar juga turut mempunyai zon pengganti di sebelah kanan dan zon bebas di sebelah kiri.

3.4 KEMAHIRAN BOLA TAMPAR3.4.1 Hantaran Hantaran boleh dilakukan sama ada melalui atas kepala (overhead) atau bawah tangan (under arm). Posisi pemain, posisi bola dan kelajuannya akan menentukan jenis hantaran yang akan dibuat. i) Hantaran atas kepala (overhead)Kemahiran ini digunakan untuk menghantar bola (in passing), mengumpan (insetting) dan menghantar bola yang tinggi dan jauh (plying long high balls) ke belakang gelaggang lawan. Kadangkala ia juga digunakan untuk menjatuhkan bola secara ringan melintasi jaring. Hantaran atas kepala menggunakan dua belah tangan untuk memastikan bola dalam posisinya supaya dapat mengumpan untuk serangan, atau menghantar bola melintasi jaring.ii) Hantaran bawah tangan (dig atau menyangga)Hantaran ini adalah hantaran bawah tangan yang menggunakan kedua belah tangan (a two handed underhand pass). Ia digunakan terutamanya untuk menerima servis dan serangan-serangan daripada pihak lawan. Kemahiran ini juga digunakan apabila bola terlalu dekat lantai dan permain tidak sempat mengambil posisi yang baik. Kemhiran ini juga digunakan sebagai teknik menahan bagi menyelamatkan hantaran dan juga mengawal bola.

3.4.2 Servisi) Servis bawah tangan (underhand)Servis yang senang dilakukan dan adalah tepat, konsisten dan memerlukan hanya sedikit keupayaan fizikal.ii) Servis atas kepala (overhead)Servis ini adalah senang untuk dikuasai dan ia lebih kuat (harder) serta berat(heavier) berbanding dengan servis bawah tangan.iii) Servis gelombang (floata)Servis ini dilakukan selepas memukul bola di tengahnya dengan tapak tangan yang terbuka, tangan berhenti dengan serta-merta tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola terapung atau meluncur tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola terapung atau meluncur tanpa putaran langsung. Gelombang ini bergerak dengan laju melintasi jaring dan tiba-tiba pecah atau mati (breaks or dies) jadi penerima mungkin terganggu sementara imbangannya.3.4.3 Merejam (Smesy)Kemahiran ini digunakan untuk mendapat skor. Merejam adalah bola yang dihantar dengan menbuat smesy ke bawah dalam gelanggang lawan. Perejam berdiri dekat dengan jaring, menghadap arah daripada mana bola akan datang. Semasa bola mula menurun, perejam melompat tinggi ke udara dan menghayunkan tangan kanan atau kiri ke atas untuk memukul bola ke bawah ke dalam gelanggang pihak lawan.

3.4.4 MenghadangKemahiran mengadang diamalkan untuk menentang smesy oleh pihak lawan. Hadangan (blocking) yang berkesan akan menyebabkan bola mati dalam gelanggang pihak yang smesy. Menyentuh jaring semasa hadangan akan dikira sebagai satu kesalahan.

4.0 KEMAHIRAN SERVIS BAWAH TANGAN (BOLA TAMPAR)Servis merupakan salah satu kemahiran utama dalam permainan bola tampar. Sehubungan itu, servis permainan bola tampar dapat dibahagikan kepada 3 jenis iaitu servis bawah tangan, servis atas kepala dan servis gelombang. Oleh itu, saya telah memilih servis bawah tangan untuk menerangkan fungsi tulang-tulang, otot-otot serta sendi-sendi yang terdapat dalam kemahiran tersebut. Kemahiran servis merupakan permulaan untuk permainan bola tampar. Oleh itu sebab itu, kemahiran ini diberikan keutamaan. Jika sesebuah pasukan gagal melakukan servis yang sempurna ia akan menyebabkan pasukan hilang servis dan pihak lawan memperoleh mata. Kini, marilah kita melihat fasa-fasa yangterlibat dalam kemahiran servis ini.i) Fasa Persediaana. Berdiri menghadap jaring, kaki berjarak seluas bahu.b. Kaki kiri di hadapan untuk peservis yang menggunakan tangan kanan.c. Kaki depan harus menuju dengan tepat ke tempat di mana bola yang diarahkan.d. Lutut dibengkokkan sedikit.e. Berdiri di antara 2 hingga 10 kaki jauh daripada garisan belakang.

ii) Fasa Perlaksanaan a. Menghayun lengan memukul dengan mengunakan aksi membaling seperti dalam permainan besbol.b. Memulakan hayunan lengan ke hadapan apabila berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan.c. Memukul bola dengan bahagian bawah tapak tangan (heel of the hand).d. Memastikan pergelangan tangan adalah tegar.e. Kontak bola dengan meletakkan tangan di tengah atau sedikit di bawah bahagian tengah bola dengan lengan yang cukup lurus.f. Mata memandang bola semasa servis dilakukan.

Rajah 4.1: Kemahiran Servis bawah tanganRajah 4.2 : Kedudukan Tangan dan Titik Sentuhan

5.0 GAMBARAJAH DAN FUNGSI SENDI, OTOT DAN TULANG YANG TERLIBAT DALAM SERVIS BAWAH TANGAN5.1 GAMBARAJAH SENDI

Rajah 5.1 : Sendi-sendi yang terlibat dalam servis bawah tangan5.2 FUNGSI SENDI YANG TERLIBAT DALAM SERVIS BAWAH TANGAN

NAMA SENDILOKASI SENDIFUNGSI SENDI

Sendi gelungsurSendi antara karpal dan tarsal.Sendi ini membolehkan sedikit pergerakan luncuran di tulang karpal pada pergelangan tangan. Ia digunakan semasa kedudukan tangan dibentuk untuk melakukan servis.

Sendi kondilSendi di pergelangan tangan.Sendi ini membolehkan pergerakan dari kiri ke kanan dan dari hadapan ke belakang. Ia digunakan semasa memukul bola ke gelanggang pihak lawan.

Sendi lesungSendi bahuSendi ini membolehkan pergerakan yang terhad di dalam semua arah. Ia digunakan apabila ayunan lengan kanan dari belakang ke hadapan dalam servis bawah tangan.

Sendi engselSendi sikuSendi ini membolehkan pergerakan ke satu arah sahaja. Ia digunakan apabila pemain membetulkan arah yang betul terhadap bola sebelum memukul bola ke gelanggang pihak lawan.

Jadual 5.1 : Fungsi sendi yang terlibat dalam servis bawah tangan.5.3 GAMBARAJAH OTOT

Rajah 5.2 : Bahagian otot yang terlibat dalam servis bawah tangan

Rajah 5.3 : Bahagian tangan Rajah 5.4 : Otot-otot Skeletal Pandangan dari Depan5.4 FUNGSI OTOT YANG TERLIBAT DALAM SERVIS BAWAH TANGAN NAMA OTOTLOKASI OTOTFUNGSI

DeltoidBahuMengangkat lengan keluar untuk membolehkan tangan melakukan pergerakan tersebut.

Biseps brakiAnterior lenganSebagai penggerak utama atau sebagai agonis dalam servis bawah tangan.

Triseps brakiPosterior lenganOtot yang menghasilkan pergerakan yang berlawan dengan otot penggerak utama yang dikenali sebagai antagonis.

Brakialis Anterior lengan Memainkan peranan sebagai otot penggerak utama untuk menghasilkan pergerakan dalam servis bawah tangan.

BrakioradialsAnterior lengan bawahBertindak sebagai sinergis yang membantu otot penggerak utama (biseps braki dan brakialis). Ia menambahkan daya untuk melakukan servis bawah tangan yang dilakukan oleh biseps braki dan brakialis.

Jadual 5.2 : Fungsi otot yang terlibat dalam servis bawah tangan.

5.5 GAMBARAJAH TULANG

Rajah 5.5 : Tulang-tulang tapak tangan

Rajah 5.6 : Tulang-tulang di bahagian tangan yang terlibat dalam servis bawah tangan.

Rajah 5.7 : Rangka Manusia Pandangan dari Depan

5.6 FUNGSI TULANG YANG TERLIBAT DALAM SERVIS BAWAH TANGANNAMA TULANGJENIS TULANGFUNGSI

Falanges Tulang panjangMembentuk kedudukan tangan semasa memukul bola.

Metakarpal Tulang panjangMembolehkan ibu jari menyentuh hujung jari yang lain.

Karpal Tulang pendekTitik sentuhan bola dalam servis bawah tangan.

Radius Tulang panjangBersama dengan ulna membentuk lengan bawah. Ia membolehkan tangan dan pergelangan berputar dalam servis bawah tangan.

Ulna Tulang panjangBersama dengan radius membentuk lengan bawah. Ia membolehkan tangan dan pergelangan berputar dalam servis bawah tangan.

Humerus Tulang panjangDisesuaikan dengan scapula (tulang kipas) untuk membentuk sendi bahu. Ia membolehkan pergerakan lengan semasa memukul bola ke gelanggang pihak lawan.

Jadual 5.3 : Fungsi tulang yang terlibat dalam servis bawah tangan.

6.0 MEKANISME PERGERAKAN Dalam Anatomi dan Fisiologi terdapat tiga jenis satah iaitu sagital, frontal dan horizontal. Jenis satah yang terlibat dalam kemahiran servis bawah tangan ialah sagital. Dalam servis bawah tangan, otot-otot yang terlibat dalam pergerakan ini berperanan sebagai agonis, antagonis dan sinergis. Antara otot-otot yang terlibat ialah biseps braki, trisep braki, brakialis dan brakiaradialis. Otot-otot yang terlibat dalam kemahiran servis bawah tangan ini berfungsi sebagai penggerak utama yang menghasilkan pergerakan atau dikenali sebagai agonis ialah biseps brakii dan brakialis. Kedua-dua otot ini memainkan peranan yang utama dalam melakukan servis bawah tangan. Untuk melakukan servis bawah tangan, kita memerlukan sokongan daripada triseps brakii sebagai antagonis yang bertujuan untuk mengawal aksi yang dilakukan oleh biseps brakii dan brakialis supaya kelajuan pergerakan dapat dikawal dan melicinkan pergerakan servis tersebut. Di samping itu, sinergis juga turut memainkan peranan dalam membantu otot penggerak utama. Sehubungan itu, dalam servis bawah tangan ia memerlukan daya yang lebih daripada servis yang lain. Oleh itu, brakioradialis memainkan peranan untuk menambahkan daya supaya servis bawah tangan dapat dilakukan dengan berkesan. Selain itu, otot-otot ini dapat mengurangkan pergerakan lain yang tidak dikehendaki apabila biseps braki menguncup.Sejurus itu, penguncupan otot yang terlibat ialah penguncupan isotonik. Penguncupan isotonik boleh dibahagikan kepada dua iaitu penguncupan isosentrik dan penguncupan esentrik. Penguncupan isotonik akan menyebabkan perubahan panjang otot dan berlakunya pergerakan. Dalam servis bawah tangan, terdapat perubahan pada panjang otot semasa ayunan lengan kanan untuk melakukan pukulan bola ke gelanggang pihak lawan. Penguncupan kosentrik (pemendekkan otot) berlaku apabila ayunkan tangan ke hadapan dengan tumpuan berat badan bertukar ke kaki kiri semasa sentuhan dilakukan. Manakala, penguncupan esentrik (pemanjangan otot) berlaku apabila tangan kanan ditarik ke belakang dan diuruskan serta menempatkan berat badan lebih pada kaki kanan.7.0 APLIKASI PRINSIP SAINS DALAM SERVIS BAWAH TANGAN (BOLA TAMPAR)

Sistem tuas merupakan satu mesin ringkas yang bertujuan untuk membantu manusia melakukan sesuatu kerja dengan mudah dan selesa serta dapat mengatasi beban. Sistem tuas juga dapat membantu dalam keberkesanan sesuatu pergerakan. Sistem tuas ialah satu struktur yang teguh yang diengselkan (fulkrum) di satu titik dan daya dikenakan kepada kedua-dua hujung struktur tersebut (daya motif dan daya rintangan).Sehubungan dengan itu, badan manusia mempunyai bentuk tersendiri yang berasaskan kepada struktur tulang. Tulang-tulang ini bersambung antara atu sama lain melaui sistem persendian dan bertindak sebagai tuas yang memindahkan tenaga otot terhadap objek yang menghasilkan sesuatu pergerakan. Sejurus itu, sistem tuas ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis. Antaranya ialah, tuas kelas pertama, tuas kelas kedua dan tuas kelas ketiga.

Di samping itu, komponen utama dalam sistem tuas dikenali sebagai aksis ataupun fulkrum, daya motif dan daya beban ataupun rintangan. Sehubungan dengan itu, sistem tuas kelas ketiga bolehlah diaplikasikan dalam servis bawah tangan dalam permainan bola tampar. Menurut kepada sistem tuas kelas ketiga daya motif terletak di antara fulkrum dan daya beban. Dalam servis bawah tangan fulkrum terletak di bahagian bahu di mana daya motif pula terletak di bahagian lengan. Pada masa yang sama, kita juga dapat melihat bahawa daya beban terletak di bahagian pergelangan tangan hal ini kerana bahagian pergelangan tangan yang membantu seseorang pemain bala tampar untuk memukul bola semasa fasa servis.

PENUTUPAnatomi merupakan salah satu bidang yang berkaitan dengan struktur tubuh badan manusia. Ia juga turut dikatakan sebagai morfologi atau sains bentuk. Manakala fisiologi pula merupakan kajian yang berkaitan dengan cara struktur tubuh badan berfungsi dan menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mengekalkan keseimbangan badan. Pengenalan kepada anatomi dan fisiologi merangkumi sistem integumentari, sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrin, sistem darah dan jantung dan sebagainya.

Sepertimana kita tahu terlebih dahulu, tubuh badan manusia ini direkacipta daripada pelbagai sistem yang penting supaya mereka dapat meneruskan kehidupan secara berterusan dengan licin. Hal ini demikian, hasil gabungan daripada sistem rangka dan otot manusia menyebabkan seseorang individu bergerak. Pada masa yang sama, sistem-sistem yang lain juga turut memainkan peranan masing-masing dalam melakukan setiap aktiviti dengan baik dalam kehidupan seharian bagi manusia dan juga haiwan.

Sehubungan dengan itu, kami telah ditugaskan untuk membuat sebuah tugasan projek berdasarkan kursus ini. Dalam konteks ini, kami dikehendaki membuat lukisan atau gambahrajah serta melabel dengan lengkap bahagian sendi, otot dan tulang yang terlibat dalam sesuatu kemahiran dalam acara permaianan atau fasa olahraga . Pada masa yang sama, kami juga dikehendaki menerangkan mekanisme pergerakan yang terlibat dalam kemahiran tersebut.

Di samping itu, dalam tugasan amali pula kami dikehendaki memilih lima sistem manusia yang terdapat dalam sukatan serta menyediakan laporan amali berdasarkan soalan yang dikemukakan dalam tugasan. Walhal demikan, dengan melaksanakan tugasan projek ini pelbagai pengetahuan baru tentang anatomi dan fisiologi dapat dipelajari secara mendalam. Secara kesuluruhanya saya berharap saya telah dapat melaksanakan kerja kursus ini dengan baik mengikuti kepada kriteria-kriteria yang dinyatakan dalam tugasan ini. Pada masa yang sama,saya juga bersyukur kepada tuhan dengan kurnianya saya dapat melaksanakan tugasan ini dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan. Sekian, terima kasih.

22