GARIS PANDUAN PROJEK PELAJAR - · PDF fileKementerian Pengajian Tinggi Malaysia . ... Projek merupakan satu tugasan yang ditetapkan sebagai latihan ... •Tajuk projek adalah berdasarkan

  • Upload
    vunhi

  • View
    242

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

GARIS PANDUAN PROJEK PELAJAR

2012

Jabatan Pengajian Politeknik

Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia

GARIS PANDUAN PROJEK PELAJAR

Bahagian Pembangunan Akademik, Jabatan Pengajian Politeknik

ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga atas

sokongan dan kerjasama semua pihak bagi menjayakan

pelaksanaan Garis Panduan Projek Pelajar ini.

Sumbangan yang tidak terhingga daripada semua pihak

membolehkan politeknik mencapai matlamat dalam melahirkan

graduan yang berkualiti serta menjana modal insan inovatif

melalui pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi

keperluan negara.

Sebarang komen atau cadangan amat dialu-alukan daripada

semua pihak agar Garis Panduan Projek Pelajar ini ditambah baik

dari semasa ke semasa.

Bahagian Pembangunan Akademik

Jabatan Pengajian Politeknik

Kementerian Pengajian Tinggi

Galeria PJH

Aras 4, Jalan P4W

Persiaran Perdana Presint 4

62570 WP Putrajaya

03 8891 9000

Fax 03 8891 9316

www.politeknik.gov.my

[email protected]

Terlebih dahulu marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t serta selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w di atas kesempatan untuk menerbitkan Garis Panduan Projek Pelajar ini bagi membantu membangunkan modal insan negara yang mampu bersaing dengan negara maju di dunia, serta berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran

kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit, tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap pelajar mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Kaedah pelaksanaan projek berfungsi sebagai titik tumpuan yang memuncak di mana ia menggalakkan pelajar mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan mereka sepanjang berada di politeknik seperti yang digariskan di dalam Kerangka Kelayakan Malaysia di mana pelajar perlu menguasai lapan domain hasil pembelajaran sebelum mereka bergraduat. Sehubungan itu Bahagian Pembangunan Akademik telah mengambil langkah proaktif dengan membangunkan Garis Panduan Projek Pelajar bagi kegunaan pelajar dengan mengambil kira pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran berdasarkan Outcome Based Education (OBE) Justeru itu diharap garis panduan ini dapat membantu pelajar dan warga politeknik ke arah menghasilkan projek yang lebih berkualiti serta mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dengan gigih untuk menghasilkan garis panduan ini. Saya berharap Garis Panduan Projek Pelajar ini dapat melancarkan peranan dan tanggungjawab semua pihak tanpa mengekang kreativiti mereka.

DATUK HJ. MOHLIS B. JAAFAR Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Apa itu projek? Kursus projek merupakan satu kursus wajib bagi program pengajian tertentu yang perlu dilaksanakan sebagai memenuhi syarat bergraduasi. Projek memberi ruang kepada pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran terdahulu serta mempamerkan keupayaan mereka dalam merealisasikan idea, kreativiti dan inovasi disamping menyelesaikan masalah. Sepanjang pelaksanaan projek, pelajar

dibimbing oleh penyelia untuk meneroka pengetahuan dan kemahiran baharu. Satu laporan projek mengikut format perlu dihantar kepada jabatan dan pencapaian pelajar akan dinilai mengikut kaedah dan format penilaian yang ditetapkan.

Apakah matlamat dalam pelaksanaan projek? Matlamat kursus projek adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar menyelesaikan masalah kajian akademik secara saintifik dan sistematik dalam melahirkan graduan yang kompeten. Ini adalah selari dengan huraian tahap kelayakan yang digariskan di dalam Kerangka Kelayakan Malaysia bagi tahap diploma dimana diakhir pengajian pelajar berupaya:

Kursus projek merangkumi kursus-

kursus lain yang pelaksanaannya

sama seperti kursus projek.

Kerangka Kelayakan Malaysia

muka surat 8-9

Menggunakan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran

praktikal dalam kerja.

Membuat penilaian dan keputusan dengan

mengambil kira isu sosial, saintifik dan etika dengan

autonomi sederhana.

Berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat, idea, masalah dan penyelesaian secara jelas dan

meyakinkan kepada pakar dan bukan pakar

Apakah hasil pembelajaran (CLO) kursus projek? Hasil pembelajaran menerangkan apa yang perlu pelajar tahu, faham dan boleh lakukan selepas menamatkan sesuatu kursus.

Secara umumnya,hasil pembelajaran yang disasarkan melalui pelaksanaan kursus projek adalah pelajar berupaya untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dari pembelajaran terdahulu.

Apakah yang didefinisikan

sebagai projek?

Projek merupakan satu tugasan yang ditetapkan sebagai latihan pembelajaran yang memerlukan pelajar melaksanakan penyelidikan dan pembelajaran kendiri. Projek mengaplikasi pengetahuan, konsep dan kemahiran yang diperolehi sepanjang program. Pelajar perlu menggabungkan beberapa aspek pengalaman mereka sepanjang program berkenaan. Projek berasaskan kepada kajian literatur, penyelidikan, penyelesaian masalah, rekabentuk, penghasilan prototaip atau penyediaan perancangan perniagaan

Garis Panduan Pelaksanaan Penilaian Kerja Kursus Politeknik.

(Harolld Kerzner, 2009)

Berikut adalah CLO kursus projek program saya.

CLO 1:

CLO 2:

CLO 3:

Apakah jenis projek yang boleh saya jalankan?

Apakah asas pemilihan projek?

Pemilihan projek yang berkualiti adalah berdasarkan kepada keaslian, penghasilan idea baharu yang kreatif dan inovatif bagi menyelesaikan masalah, menambahbaik produk atau perkhidmatan sedia ada. Pemilihan projek juga boleh berdasarkan kepada kemampuan dalam memberikan impak dan mempunyai nilai komersial yang tinggi. Projek yang boleh diaplikasi mengikut keperluan industri dan komuniti amat digalakkan. Projek yang dijalankan perlu mengambil kira kos keseluruhan serta boleh dilaksanakan di dalam tempoh masa yang diperuntukkan. Perkara-perkara berikut boleh dijadikan panduan untuk membantu pelajar membuat pemilihan projek:

Contoh projek: Kajian Masalah

Lemah Pencapaian Akademik Di

Kalangan Pelajar Politeknik

Contoh projek: Bangunan Melayu lama Contoh projek: Mesin pencucuk sate

Contoh projek: Membangunkan

permainan komputer

Contoh tema seperti Teknologi Hijau

Contoh kategori seperti

penggunaan teknologi hijau di

pejabat

www.mte.org.my (award-

categories)

Projek Kajian Penyelidikan Tertumpu kepada sesuatu kelakuan, fenomena atau ciri yang hendak dikaji. Hasilnya ialah data, maklumat, analisis dan tafsiran yang akan meningkatkan pengetahuan berkenaan kajian atau penyelidikan.

Projek Reka bentuk Tertumpu kepada menghasilkan sesuatu reka bentuk untuk memenuhi keperluan dan spesifikasi yang telah ditetapkan.

Projek Pembangunan Produk Tertumpu kepada pembangunan produk (fizikal atau perkhidmatan) bagi memenuhi keperluan dan spesifikasi yang telah ditetapkan.

Projek Pembangunan Perisian Tertumpu kepada pembangunan perisian komputer mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Tema/Kategori

Pihak jabatan digalakkan menetapkan tema/kategori projek bagi membantu pelajar menentukan projek yang bakal dilaksanakan.

Tajuk

Tajuk projek adalah berdasarkan cetusan idea sama ada daripada pelajar, pensyarah atau industri.

http://www.mte.org.my/

Apa yang dikatakan dengan

keaslian projek?

Siapakah yang akan membiayai

projek saya?

TAKLIMAT!!!!

Plagiat bermaksud amalan membuat

sesuatu petikan bahan daripada

sumber tertentu tanpa memberikan

penghargaan (acknowledgement)

kepada penulis asalnya. Bahan

tersebut mungkin merupakan satu

ayat/perenggan/bahagian ataupun

beberapa bahagian ayat yang

dicantum.

www.mosti.gov.my

www.cradle.com.my

Keaslian projek merujuk kepada ketulenan karya

atau idea yang dibangunkan oleh pelajar secara

individu atau kumpulan. Projek yang dihasilkan

dianggap tidak asli sekiranya wujud unsur plagiat

atau cetak rompak. Sekiranya khidmat luar

diperlukan, ianya boleh diperolehi dengan

kebenaran jabatan. Bagi memastikan keaslian

projek, pelajar perlu membuat akujanji bahawa

projek yang dilaksanakan adalah hasil daripada

idea sendiri.

Semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek perlu diberi

taklimat berkaitan pelaksanaan Garis Panduan Projek Pelajar pada

setiap awal semester oleh Penyelaras Projek Jabatan. Penerangan

ini bagi memastikan semua pihak yang terlibat mendapat maklumat

yang selaras dan jelas dengan tugas serta tanggungjawab masing-

masing ke arah penghasilan projek pelajar yang berkualiti.

http://www.mosti.gov.my/http://www.cradle.com.my/

Apakah peranan saya

sebagai pelajar?

Peranan pelajar

Berusaha mencapai kualiti dan hasil pembelajaran mengikut

standard (kriteria penilaian) yang ditetapkan.

Membuat kajian awal keperluan industri/komuniti dalam menentukan