Upload
tayep1234
View
29
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
123
Citation preview
Mengajar Sebagai Satu Profesion
1. Pengenalan
Guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh (Kamus Dewan, 1970). Sesungguhnya para
pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara
dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa
mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan
kesejahteraan negara.
Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan
keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran
peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau
ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah
juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan
Allah.Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti
saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.
Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan
pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah
bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk
dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara
terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih
mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu
dihadapi secara professional dan kreatif.
Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut
juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai
profesion perguruan dari masa ke semasa. Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan
mengenai perkara ini iaitu sebelum Universiti Malaya hendak ditubuhkan di Singapura
(1949) terdapat satu symposium mengenai ‘Pendidikan Universiti dan Laporan Carr-
Saunders’. Di dalam symposium tersebut perbincangan mengenai peranan universiti dan
kedudukan profesion perguruan turut diadakan ( Lim Tay Boh 1948). Di antara perkara
pokok yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah menengah untuk mendapat
pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakal dididik nanti akan mempunyai mutu
pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang tinggi dan usaha melahirkan generasi muda
yang baik merupakan cabaran yang kuat di dalam profesion perguruan bukan pada zaman
dahulu sahaja tetapi juga masa kini.
Konsep Profesion dan nilaitaranya
Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti
kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui
masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan,
mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri
untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman 1956).
Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan
pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.( contohnya :
perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.)
Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep
profesionalisme sebagai :
Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan
latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral
tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh
organisasinya.
Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada profesion
( Awang Had Salleh 1980 ).
Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi
supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara
perkhidmatan tersebut .Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan
tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya.
3. Aspek Keguruan Dianggap Sebagai Satu Profesion
3.1 Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan
latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang.
Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk
menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpananya, seorang guru mesti mempunyai Sijil
Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh
mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima
latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang
mata pelajaran yang hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara
penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang
disampaikan olehnya.
Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta
dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar,
bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah
guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan
pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat
kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.
Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang
diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi
penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor
kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan
seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.
3.2 Mempertingkatkan Profesionalisme
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa
tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai
negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan
harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan
daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha
melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.
Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan
yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan
Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam
Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus
pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan
dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini.
Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka
profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang
berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998)
3.3 Berupaya Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah Serta Berfikiran
Kritis dan Kreatif
Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau
mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion
keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana,
penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru
harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan
menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam
kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan
kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan
sesuatu program.
3.4 Mahir Menggunakan IT
Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan
zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet
serta globalisasi dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat
menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul
pembelajaran melalui ‘online’. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan
responsive terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar
anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam
teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemankin kearah
menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.Sebagai pemangkin, guru
menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia
semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti
hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut.
Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan
pembangunan negara bergerak dengan rancak. Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan
untuk membangunkan teknologi maklumat seperti koridor raya multimedia [ multimedia
super corridor (MSC)] yang menjadi pusat telekomunikasi dan penyiaran serantau dan
antarabangsa. Hal yang sama juga berlaku dalam kurikulum pendidikan di negara ini,
komputer telah dijadikan sebagai satu kurikulum di sekolah. Penubuhan sekolah bestari
yang berteraskan penggunaan komputer merupakan salah satu bentuk kurikulum yang
memerlukan profesion keguruan tahu dan menguasai teknologi maklumat. Penggunaan
komputer dalam pendidikan membawa satu reformasi serta perkembangan baru dalam
pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-
teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta
kemahiran dan latihan guru ( Mok Soon Sang, 1996).
Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, kita berhadapan dengan pelbagai
peralatan elektronik dalam kehidupan harian, malah kemudahan teknologi telah menjadi
satu cara hidup seperti penggunaan pengangkutan berasaskan teknologi (LRT),
perkhidmatan bank ( kad ATM), telekomunikasi (telefon bimbit), hiburan ( Video, VCD) dan
lain-lain. Jadi rakyat negara ini harus dapat menangani kehidupan di era teknologi
maklumat sehingga teknologi itu menjadi sebahagian daripada amalan biasa tanpa disedari.
Oleh itu, profesion keguruan harus memperlengkapkan diri secara global dalam
perkembangan penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum di sekolah.
3.5 Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak
Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapakan dapat
mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-
sama pelajar di dalam kelas. Contohnya, di Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah
tinggi, pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang dipandang serius oleh
kerajaan pada masa ini. Keselamatn di jalan raya dan cara-cara memandu yang selamat
dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk menyedarkan pelajar tentang
keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang, dengan harapan mereka tidak akan
berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi pemandu kelak.
Melaluai pembacaan guru dapat menambah ilmu pengatahuan mengenai isu-isu semasa,
sama ada yang berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, janayah : seperti peras ugut,
pecah rumah, penculikan dan seumpamanya ; ekonomi : urusan perniagaan, jual-beli
saham, hartanah dan sebagainya ; politik : hubungan negara di peringkat antarabangsa dan
juga pergolakan politik sesebuah negara. Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat
menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk
dikaji dan dibincangkan dengan pelajar.
Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion
keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji.
Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-nilai
murni perlu diterapkan dalam pengajaran. Pelaksanaan penerapan nilai penting untuk
menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa
hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati oleh guru. Enam belas nilai murni yang
disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu.
4. Penutup
Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-
perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak
negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-
perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran
dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung
dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari
semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan
kurikulum itu dapat ditangani.
Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai satu
profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi yang
menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua.Adakah peranan guru semakin
hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf
sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek?
Dalam konteks ini pihak kerajaan perlu bersungguh-sungguh dalam menjadikan profesion
perguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai. Menurut Dr. Muhamad Hasan
Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian
Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) beliau menegaskan dalam usaha untuk
memartabatkan profesion perguruan selain daripada peranan pihak Kementerian
Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru sebenarnya mempunyai
tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan
melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi.
Laporan Amalan Etika Keguruan Di Kalangan Guru SK Chenderah, Jasin, Melaka.
Abstrak
Kajian berbentuk tinjauan ini dilakukan untuk melihat amalan etika profesion perguruan di
kalangan 10 orang responden guru-guru di Sekolah Kebangsaan Chenderah, Jasin, Melaka.
Aspek etika profesion perguruan yang dilihat dalam kajian ini adalah perkara yang berkaitan
dengan tanggungjawab guru kepada murid, tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat,
tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan Negara serta tanggungjawab guru terhadap
ibu bapa. Maklumat kajian melalui soal selidik yang diedarkan kepada responden dan
dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil kajian mendapati guru-guru sekolah
ini keseluruhannya telah memahami dan mengamalkan etka profesion perguruan dalam
aspek yang dikaji. Berdasakan dapatan kajian ini beberapa cadangan dikemukakan untuk
meningkatkan tahap profesion perguruan di kalanngan guru-guru secara amnya.
1.0 PENGENALAN
Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan kerja dan
mencapai perpaduan Negara melalui perkembanangan individu yang bersepadu dan
menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Dengan penghayatan FPK guru sewajarnya sedar bahawa mereka sebenarnya memikul
tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu mencurahkan ilmu kepada pelajarnya sama
ada mereka mahu menerima atau tidak. Seorang guru bukan sahaja berkemahiran
mengajar, mendidik dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri
juga harus dibentuk ke arah profesional. Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak dari
dahulu lagi untuk menjadikan bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya yang profesional.
Namun begitu sehingga ke hari ini kita masih lagi mendengar berita-berita yang tidak
menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman terhadap pelajar yang melampau
disampingsalah laku guru sendiri yang mencalar kewibawaan profesion perguruan ini.
Menurut (Najib,1977) Dalam usaha untuk memastikan martabat pendidikan terus terpelihara
dan tidak terpinggir dalam perubahan arus zaman, Etika Profesion Perguruan (EPP) harus
dikaji semula.
1.1 Latar belakang kajian
Kajian berbentuk tinjauan ini dilakukan untuk melihat amalan etika profesion perguruan di
kalangan 10 orang responden guru-guru Sekolah Kebangsaan Chenderah, Jasin, Melaka.
Aspek etika profesion perguruan yang dilihat dalam kajian ini adalah perkara yang berkaitan
dengan tanggungjawab guru terhadap pelajar, tanggungjawab guru terhadap masyarakat
dan negara, tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion dan tanggungjawab
guru terhadap ibu bapa. Maklumat kajian diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan
kepada responden dan dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil kajian
mendapati guru-guru sekolah ini keseluruhannya telah memahani dan mengamalkan etika
profesion perguruan dalam aspek yang dikaji. Berdasarkan dapatan kajian ini beberapa
cadangan dikemukakan untuk meningkatkan lagi tahap amalan etika profesion perguruan di
kalangan guru-guru secara amnya.
1.2 Penyataan Masalah
Pertama sekali adalah keguruan. Maksudnya pekerjaan sebagai guru. Jadi ia adalah salah
satu kerjaya (profesion) sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam
masyarakat seperti guaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan, perniagaan
dan lain-lain sebagainya. Sebagai sebuah kerjaya keguruan, ia tertakluk kepada pelbagai
syarat yang dikenakan kepada kerjaya-kerjaya yang lain seperti kod etika dan
sebagainya.profesion keguruan telah mengorak langkah bagi menyaingi kehendak semasa
khususnya dalam bidang pendidikan ke arah negara maju pada tahun 2020.
Bagi merealisasikan wawasan tersebut, beberapa langkah telah di ambil bagi mengatasi
masalah yang timbul seperti memupuk semangat guru dalam memartabatkan profesion
keguruan, memupuk dan menyemai minat dan keyakinan guru terhadap etika dalam
komunikasi terhadap murid khususnya di sekolah . Guru-guru yang telah mendapat latihan
ikhtisas diminta mengadaptasikan dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran
mereka dan di jadikan sebagai fasilitator kepada murid - murid . Oleh yang demikian etika
profesion keguruan dapat memberikan impak yang maksimum kepada pelajar-
pelajar. Walau bagaimanapun terdapat juga masalah-masalah yang akan timbul dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di mana guru berhadapan dengan masalh
disiplin murid , tetapi biasanya lebih banyak diperolehi kebaikan dari kelemahan dalam
penyampaian ilmu khususnya di peringkat sekolah. Ianya timbul di setiap peringkat daripada
pelajar, guru .
1.3 Tujuan Kajian
Secara keseluruhannya kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh manakah guru-guru
Sekolah Kebangsaan Chenderah, Jasin, Melaka bertanggungjawab melaksanakan amalan
EPP yang telah disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.4 Objektif Kajian
Secara khusus objektif kajian ini adalah untuk meninjau; AMALAN ETIKA
PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU
1.4.1 Mengenalpasti sejauhmanakah guru-guru Sekolah Kebangsaan Chenderah, Jasin
Melaka bertanggungjawab terhadap pelajarnya.
1.4.2 Mengenalpasti sejauhmanakah guru-guru Sekolah Kebangsaan Chenderah
bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesionnya.
1.4.3 Mengenalpasti sejauhmanakah guru-guru Sekolah Kebangsaan
Chenderah bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negaranya.
1.4..4 Mengenalpasti sejauhmanakah guru-guru Sekolah Kebangsaan Chenderah
bertanggungjawab terhadap ibu bapa.
1.5 Soalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian diharapkan dapat memberikan jawapan kepada persoalan
kajian yang di kaji berikut:-
1.5.3 Apakah tanggungjawab guru terhadap pelajarnya?
1.5.4 Apakah tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesionnya?
1.5.5 Apakah tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negaranya?
1.5.6 Apakah tanggungjawab guru terhadap ibubapa?
1.6 Rasional kajian
Sepanjang pengetahuan pengkaji-pengkaji sepanjang perkhidmatan sebagai
guru, kajian mengenai pengalaman EPP di kalangan guru-guru di negara ini adalah amat
kurang. Pengkaji-pengkaji merasakan bertanggungjawab meneruskan usaha bagi
menambahkan hasil dapatan kajian. Melalui hasil kajian ini kelak diharapkan dapat memberi
gambaran terhadap amalan EPP di sekolah dan juga dapat mengenal pasti pelbagai usaha
yang dapat membantu para guru memahami dan mengamalkan EPP secara berterusan.
Disamping itu kajian ini dapat membantu dan memberi kesedaran tentang amalan EPP
dikalangan guru-guru Sekolah Kebangsaan Ujong Pasir, Melaka.
1.7 Skop Kajian
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti AMALAN ETIKA PROFESION
PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU. Kajian meliputi tanggungjawab guru terhadap
pelajar, masyarakat dan negara, rakan sejawatan dan profesion, dan ibubapa. Kajian ini
dijalankan di Sekolah Kebangsaan Chenderah yang merupakan sebuah sekolah Gred B
(tafsiran Jabatan Pelajaran Melaka). Guru yang terlibat adalah seramai 10 orang.
1.8 Batasan Kajian
Kajian ini hanya dilakukan di Sekolah Kebangsaan Chenderah sahaja. Kajian ini melibatkan
seramai 10 orang guru. Mereka terlibat secara langsung dalam kajian ini. Guru yang dipilih
dalam kajian ini ialah guru yang mengajar dari darjah satu hingga darjah enam dalam aliran
perdana.
1.9 Rumusan
Secara keseluruhannya, kajian berbentuk tinjau ini memberikan gambaran tentang
pengenalan tentang kajian yang telah dilakukan, latar belakang masalah, persoalan dan
rasional kajian di Sekolah Kebangsaan Chenderah, Jasin, Melaka dengan menggunakan
guru sebagai subjek primer kajian bagi mendapatkan hasil dapatan kajian.
SOROTAN KAJIAN
2.0 Pendahuluan
Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan
manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan
tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta
terhadap keesaan yang Maha Pencipta. Menurut perspektif agama, kedudukan seorang
guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli
masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. Dari segi konsep profesionalisme adalah
satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud dalam diri
seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan
dan tanggungjawab.
Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika individu mengamalkan
tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau suka memilih
pekerjaaan. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di
beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan
mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang
digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan
kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan
keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut
mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran.
Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim
pembelajaran pelajar.
Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru
yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan
masyarakat. Antara tumpuan keberkesanan dalam profesion ini ialah sejauh mana
berkesannya penggunaan sumber dan teknologi pengajaran, penggunaan kaedah
pengajaran, mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan berkesan dalam bilik
darjah, pengawalan bilik darjah serta keberkesanan menanamkan sikap serta nilai-nilai
murni pembelajaran di kalangan pelajar.
2.1 Tanggungjawab Terhadap Pelajar
Seorang guru mestilah mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal
yang lain. Guru juga mestilah bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira
faktor-faktor ekonomi, jasmani, mental, emosi, politik, sosial, keturunan dan agama. Guru
juga mestilah mempunyai perawakan yang baik dari segi pakaian, pertuturan serta memberi
contoh yang baik kepada pelajar.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam
Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia
meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi
contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal
dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka.
(Hadis Riwayat Muslim)
Guru tidak harus mengajar semata-mata untuk mendapatkan ganjaran. Guru membimbing
atau mengajar pelajar tanpa mengharapkan ganjaran. Guru perlulah memelihara dan
memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus
ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang
setinggi-tingginya.
2.2 Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawatan dan Profesion Perguruan
Sebagai seorang yang diberi amanah menjadi pendidik dan pembimbing guru tidak lari dari
memiliki rakan sejawatan (semestinya seorang guru juga). Mana mungkin pekerjaan ini di
pikul oleh orang sahaja. Maka banyaklah perkara yang berkaitan dengan rakan yang lain.
Diantaranya ialah:-
Seorang guru mestilah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau
ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu
bapa, atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. beliau juga
tidak patut melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai
seorang guru serta sentiasa berusaha dengan sepenuh-penuhnya untuk menunaikan
tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Beliau juga perlu sentiasa bersedia untuk
membantu rakan sejawatan terutamanya mereka yang baru menyertai profesion. Guru juga
patut mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion serta menjadi ahli
sesebuah pertubuhan guru.
2.3 Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara
Seorang guru harus mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh
merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara, atau pun yang bertentangan dengan
Rukun Negara. Disamping itu memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh
membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan
dan agama.
Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek penting dalam masyarakat di
negara ini. ( Datin Seri Rosmah Mansor,2010)
Menghormati masyarakat tempat seorang guru itu berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian
dalam sebarang kegiatan masyarakat. Dengan cara itu dapat menggalakkan kerjasama dan
persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakatdan
memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendekiawanan masyarakat.. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima
oleh masyarakat dan menjalani kehidupan seharian seorang guru dengan baik.
2.4 Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa
Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Guru mestilah
berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dan dengan rumahtangga. Guru juga mestilah merahsiakan segala maklumat
sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya. Guru patut memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-
anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti
dan bijaksana.
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada ahlinya (yang berhak
menerimanya), dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya
kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-
baiknya kepadamu, sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Qs.
an-Nisaa’ [4]: 58).
Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata dan
melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar dan ibu bapa terhadap
guru.
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pendahuluan
Di dalam bab ini menghuraikan tentang responden kajian, instrumen yang digunakan,
prosedur atau kaedah dan analisis data dapatan.
3.1 Responden kajian
Populasi dalam kajian ini adalah guru-guru Sekolah Kebangsaan Chenderah, Melaka. Guru
yang terpilih seramai 10 orang. Mereka merupakan 5 guru lelaki dan 5 guru perempuan.
Mengajar dalam darjah 1 hingga 6 bagi pelbagai subjek dalam aliran perdana. Sebahagian
responden telah berkahwin, sebahagian lagi belum berkahwin. Mereka terdiri dari guru yang
mengajar lebih daripada 5 tahun pengalaman mengajar. Sebahagian besar mendapat
Diploma perguruan dan ijazah perguruan.
3.2 Instrumen Kajian
Formula yang diguna pakai adalah berdasarkan formula oleh Krejcie dan Morgan (1970).
Seramai 10 orang guru terpilih untuk dijadikan sampel dalam kajian ini telah memberi
maklum balas kepada soal selidik yang diedarkan.
3.3 Prosedur atau Kaedah penyelidikan
Soal selidik terdapat satu bahagian iaitu bahagian B. Bahagian B pula mengandungi 25 item
yang dipecahkan kepada empat aspek berdasarkan kepada empat objektif kajian yang ingin
dikaji. Semua amalan etika dan tanggungjawab guru-guru ini diukur menggunakan skala
Tidak Setuju, Kurang Setuju dan Setuju.
3.4 Analisis data
Semua Kerja-kerja pengumpulan data dan pemprosesan data dijalankan sendiri oleh semua
penyelidik. Data-data yang diperolehi diproses menggunakan Microsoft Window Excel dan
dianalisis dalam bentuk keperatusan.
KEPUTUSAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Berikut adalah keputusan kajian
4.1 Maklumat Responden
Seramai 10 (100%) responden adalah terdiri daripada 5 guru perempuan(50%) dan 5 orang
(50%) adalah guru lelaki. Dari jumlah tersebut didapati seramai 3 orang (30%) adalah terdiri
daripada mereka yang mempunyai 5 – 10 tahun pengalaman mengajar dan 5 orang (50%)
mempunyai lebih 11 tahun mengajar serta (20%) iaitu 2 orang yang telah mengajar lebih
dari 21 tahun. Keseluruhan responden juga menyatakan mereka telah didedahkan secara
langsung terhadap Etika Profesion Perguruan (EPP)
4.2 Objektif Kajian 1 : Tanggungjawab Guru Terhadap Murid.
Jadual 1 : Tanggungjawab Guru Terhadap Murid.
Bil. Item soalan Tidak
Setuju
Kurang
Setuju
Setuju
4 Saya harus bersedia mengadakan kelas tambahan untuk kepentingan muridnya.
0% 0% 100%
8 Saya sentiasa membimbing pelajar mengembangkan potensi rohani mereka 0% 0% 100%
9 Kepentingan pelajar lebih penting daripada kepentingan diri sendiri. 0% 50% 50%
17 Saya membimbing pelajar mengembangkan potensi intelek mereka. 0% 0% 100%
20 Maklumat Pelajar adalah sulit dan tak perlu diheboh-hebohkan. 0% 10% 90%
PURATA 0% 12% 88%
Berdasarkan Jadual 1, kajian ini mendapati bahawa purata keseluruhan dalam aspek
tanggungjawab guru terhadap murid menunjukkan bahawa keseluruhan responden
mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap pelajarnya iaitu dengan mendapat
peratusan persetujuan yang tinggi iaitu sebanyak 88%.
4.3 Objektif Kajian 2: Tanggungjawab Guru Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion
Jadual 2: Tanggungjawab Guru Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion.
Bil. Item soalan Tidak
Setuju
Kurang
Setuju
Setuju
1 Saya berpakaian kemas dan rapi mengikut landasan agama. 0% 0% 100%
2 Saya berbangga diberi kenaikan pangkat berdasarkan kecekapan saya. 0% 30% 70%
3 Saya sering memohon untuk mengikuti kursus dalam perkhidmatan. 10% 70% 20%
12 Saya selalu berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. 0% 0% 100%
13 Adalah tidak wajar untuk menegur rakan sejawat secara tidak sopan. 0% 0% 100%
14 Saya sentiasa mengamalkan tingkahlaku bermoral dalam profesion perguruan.
0% 0% 100%
16 Sikap amanah sangat penting untuk menguruskan kewajipan sekolah. 0% 10% 90%
18 Hubungan Interpersonal yang baik di kalangan guru-guru menjamin keberkesanan P&P.
0% 10% 90%
PURATA 1..25% 15% 83.75
%
Berdasarkan Jadual 2, purata peratusan bagi aspek tanggungjawab terhadap rakan sejawat
dan profesion menunjukkan lebih kurang 83.75% responden memberi persetujuan bahawa
mereka mempunyai tanggugjawab yang tinggi terhadap rakan sejawat dan profesion.
Perkara ini disokong dengan dapatan item 1, 12, 14, 16 dan 18 yang masing-masing
mendapat peratusan yang tinggi. Walaupun begitu terdapat peratusan yang agak rendah
bagi item 3 dengan peratusan sebanyak 10% tidak setuju dan 70% kurang setuju.
4.4 Objektif Kajian 3 : Tanggungjawab Guru Terhadap Masyarakat dan Negara.
Jadual 3 : Tanggungjawab Guru terhadap Masyarakat dan Negara.
Bil. Item soalan Tidak
Setuju
Kurang
Setuju
Setuju
5 Saya menghadiri mesyuarat Badan Kebajikan walau sebagai ahli biasa. 0% 30% 70%
7 Saya bersikap adil tanpa mengira agama bangsa dan keturunan. 0% 0% 100%
10 Saya bersikap adil tanpa mengira latar belakang dan kedudukan keluarga. 0% 0% 100%
11 Saya memberikan sepenuh perhatian dalam pengajaran tanpa mengira kaum.
0% 0% 100%
15 Saya sering menasihati pelajar saya agar menghargai harta awam. 0% 0% 100%
23 Saya menjadi pengganti ibu bapa di sekolah. 0% 0% 100%
24 Dalam proses P&P saya mementingkan nilai-nilai moral. 0% 0% 100%
PURATA 0% 4.3% 95.7%
Berdasarkan dapatan kajian yang ditunjukkan dalam Jadual 3, responden memberikan
komitmen yang tinggi berhubung dengan tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara.
Ini dibuktikan dengan kesemua item soalan mendapat peratusan melebihi 95.7%
persetujuan responden.
4.5 Objektif Kajian 4 : Tanggungjawab Guru Terhadap Ibu bapa
Jadual 4 : Tanggungjawab Guru terhadap Ibu bapa.
Bil. Item soalan Tidak
Setuju
Kurang
Setuju
Setuju
6 Saya akan memaklumkan kepada ibu bapa pelajar sekiranya anak mereka tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut.
0% 20% 80%
19 Saya sedia berbincang dengan ibu bapa bagi membantu menangani masalah anak yang sering melanggar disiplin sekolah.
0% 20% 80%
21 Saya ada meluangkan sedikit masa untuk berkunjung ke rumah keluarga pelajar bagi merapatkan hubungan persahabatan.
0% 40% 60%
22 Saya sedia melaporkan masalah salah laku pelajar kepada ibu bapa mereka untuk diambil tindakan segera.
0% 10% 90%
23 Saya menjadi pengganti ibu bapa di sekolah. 0% 0% 100%
PURATA 0% 18% 82%
Jadual 4 meleporkan amalan tanggungjawab responden terhadap ibu bapa. Daripada
analisis kajian yang dijalankan, responden mempunyai tanggungjawab yang baik terhadap
ibu bapa dengan peratus persetujuan keseluruhan sebanyak 82% . Bagi item-item
tertentu seperti item 6 mendapat persetujuan 100% daripada responden.
Kesimpulannya, secara keseluruhan 78% responden bersetuju dengan empat objektif kajian
ini iaitu amalan etika profesion perguruan dalam kalangan guru-guru SK Ujong Pasir.
Responden lebih cenderung bersetuju dengan tanggungjawab terhadap murid, rakan
sejawat dan profesion, tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara serta terhadap ibu
bapa.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.0 Pendahuluan
Bab ini menerangakan kesimpulan dapatan dan cadangan yang dapat dinyatakan
berdasarkan kajian tinjauan ini.
5.1 Kesimpulan
Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi dalam kajian ini dapatlah disimpulkan bahawa
guru-guru di Sekolah Agama Kota Masai, Pasir Gudang, Johor ini telah mengamalkan etika
profesion perguruan dalam kadar sederhana yang merangkumi aspek tanggungjawab guru
terhadap pelajar, tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, tanggungjawab
guru terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan serta tanggungjawab guru terhadap
ibu bapa.
Dapatan kajian ini menunjukkan seramai 52.6 % guru bertanggungjawab terhadap pelajar,
60.2% guru bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara, 67.5% guru
bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan dan 64.9% guru
bertanggungjawab terhadap ibu bapa. Hasil kajian ini menggambarkan bahawa guru-guru
masih kurang mengambil berat terhadap pelajar-pelajarnya kemungkinan mereka
sekadar percaya tugas mendidik para pelajar adalah amat berat dan tidak boleh diambil
sambil lewa sahaja.
Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dua golongan daripada
umatku, apabila mereka baik maka baiklah manusia, dan apabila mereka rosak maka
rosaklah manusia, iaitu umarak dun ularna." (Riwayat Ibnu Abdul Barri dan Abu Nuaim)
Walaupun dapatan kajian ini secara keseluruhan menunjukkan guru-guru telah
mengamalkan etika profesion perguruan seperti yang diharapkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan, tetapi masih ada juga segelintir golongan guru bertindak dan berpelakuan tidak
wajar terhadap para pelajarnya yang sedikit sebanyak telah mencemarkan nama baik
profesion perguruan.
Persoalan sering ditimbulkan , Mengapa perkara sebegini masih berlaku? Siapakah perlu
dipersalahkan? Dan apakah tindakan sewajarnya perlu dilakukan?
5.2 Cadangan
Cadangan yang wajar diterapkan sebagai penyelesaian
5.2.1 Pihak pentadbir sekolah dan pentadbir masyarakat setempat meneruskan usaha
menyemai nilai-nilai murni seperti sikap kasih sayang kepada seluruh warga sekolah
merangkumi guru-guru,kakitangan sekolah dan para pelajar serta masyarakat setempat.
5.2.2 Mengadakan kursus kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab guru dalam
proses pengajaran, pembelajaran dan rakan sejawat serta masyarakat setempat.
5.2.3 Guru perlu prihatin terhadap pelajar dan juga bersikap adil kepada semua pelajar serta
mewujudkan suasana muhibah tanpa melihat kepada perbezaan kaum, agama dan status
ekonomi di kalangan pelajarnya.
5.2.4 Guru perlu sentiasa menunjukkan sahsiah yang baik dan boleh menjadi model kepada
pelajar kerana setiap tingkah laku seseorang guru itu mudah menjadi ikutan pada
pelajarnya. Selain ibu bapa di rumah, gurulah orang yang paling dekat dengan para
pelajar.Seperti pepatah “Bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.”.