Upload
suhaliza-mohamed-hassan
View
69
Download
9
Embed Size (px)
DESCRIPTION
nm
1.0 PENGENALAN
Sains dan teknologi merupakan satu elemen penting sebagai asas
pembangunan dalam sesebuah negara di dunia. Tanpa asas ini, sesebuah negara itu
tidak dapat mencapai banyak kemajuan. Penyelidikan dan Pembangunan ( R & D )
sesuatu produk itu bermula dari sebuah makmal sains.
Di Malaysia, kewujudan makmal-makmal sains bukan saja terfokus kepada
institusi pendidikan milik kerajaan semata-mata bahkan dimajoriti institusi pendidikan
swasta juga ada disediakan kemudahan ini. Semua kemudahan ini disediakan adalah
khusus bagi membolehkan murid-murid menjalankan kaji selidik dalam pelbagai bidang
akademik.
Dengan segala kemudahan dan kelengkapan makmal yang tersedia, proses
pengajaran dan pembelajaran sains amat mudah difahami dan memberikan lebih impak
langsung kepada pelajar dan kemahiran saintifik yang lebih optimum diperoleh. Aktiviti
amali dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan wadah utama bagi
membolehkan murid menguasai kemahiran.
Bagi memastikan penggunaan makmal sains yang berkesan, sistem pengurusan
dan pentadbiran makmal sains yang lebih cekap diwujudkan. Jawatan-jawatan
pentadbiran dan pengurusan seperti Ketua Bidang Sains, Ketua Panitia Mata Pelajaran
serta kakitangan sokongan seperti Pembantu Makmal dan Pembantu Am Pejabat telah
diwujudkan.
Dengan adanya organisasi ini, sistem pengurusan makmal sains akan lebih
cekap dan penggunaan yang optimum serta berkesan dapat direalisasikan.
Menurut Poh Swee Hiang ( 2001 ), makmal sains biasanya merujuk kepada bilik
yang dibina khas untuk pengajaran dan pembelajaran sains pada peringkat sekolah
menengah, Institusi Pendidikan Guru dan Universiti. Makmal Sains biasanya
mempunyai beberapa meja luas sama ada berbentuk bulat atau segi empat tepat yang
disediakan di bahagian tengah untuk kegunaan pelajar. Meja-meja ini dipasang dengan
punca elektrik, air dan gas. Makmal sains ini juga biasanya disambungkan dengan bilik
stor atau bilik persediaan untuk menyediakan dan menyimpan alat-alat dan bahan-
bahan sains.
Walau bagaimanapun, bukan semua sekolah terutamanya sekolah rendah
mempunyai makmal sains. Jika tidak ada makmal sains, di manakah aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dijalankan di sekolah tersebut ? Di sekolah rendah, terdapat bilik khas
untuk pengajaran dan pembelajaran sains yang dipanggil bilik sains untuk menggantikan
makmal sains.
Bilik sains ini mempunyai, meja guru yang sesuai digunakan untuk demonstrasi
manakala meja murid pula sesuai untuk melakukan eksperimen. Meja dan kerusi mudah
alih agar ruang bilik sains dapat disesuaikan untuk pengajaran dan pembelajaran sains.
Bahagian belakang bilik sains terdapat kabinet untuk menyimpan alatan dan bahan
sains yang tidak berisiko tinggi. Persekitaran bilik sains mempunyai poster, carta, model
dan hasil kerja murid dipamerkan. Terdapat juga sudut sains, sudut pameran dan sudut
bacaan untuk kemudahan murid-murid menggunakannya.
Biasanya, terdapat hanya satu sahaja bilik sains yang disediakan di sekolah
rendah. Jika bilik sains ini digunakan, di manakah kelas lain menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran sains ? Masalah ini boleh diselesaikan dengan
menggunakan troli, dulang atau kotak yang bersesuaian untuk membawa alat dan
bahan sumber sains dari bilik sains ke bilik darjah lain supaya sesi pengajaran dan
pembelajaran masih dapat dijalankan.
Rajah 1 : Makmal Sains Sekolah Menengah
Rajah 2 : Bilik Sains Sekolah Rendah
2.0 Pengurusan Bilik Sains Sekolah Kebangsaan Temiang
Sekolah Kebangsaan Temiang merupakan sekolah di daerah Seremban, Negeri
Sembilan. Sekolah ini merupakan sekolah Gred A yang mempunyai murid seramai 361 orang
murid. Sekolah Kebangsaan Temiang mempunyai 3 blok bangunan .Sekolah ini dilengkapi
dengan pelbagai kemudahan termasuk bilik-bilik khas bagi menampung keperluan pengajaran
dan pembelajaran. Bilik-bilik khas ini termasuklah sebuah bilik sains bagi menjalankan
pengajaran dan pembelajaran subjek sains. Setiap murid dan kelas mempunyai peluang
menggunakan bilik sains bagi tujuan menjalankan kajian atau kerja amali.
2.1 Carta Organisasi Bilik Sains
Semua anggota di bawah organisasi Bidang Sains adalah terlibat secara
langsung dalam pengurusan dan pentadbiran bilik sains. Guru Besar sekolah
bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan bilik sains dalam pengendalian
program kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan,
pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Guru besar merupakan
pemimpin kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan bilik sains dalam
aspek profesional dan pengurusan.
Penolong Kanan Akademik, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan
Kokurikulum, Penolong Kanan Petang dan Ketua Panitia Sains bertanggungjawab
membantu Guru Besar dalam keseluruhan pengurusan bilik sains berkaitan
pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi
perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Setiap anggota
mestilah mempunyai komitmen dan berkemahiran untuk memastikan Bidang Sains
berjalan dengan lancar.
Berikut ialah Carta Organisasi Panitia Sains SK Temiang.
GURU BESAR
PUAN HAJAH ALINA BT OTHMAN
PENOLONG KANAN 1
ENCIK SHAH RIZAN B ABD RAUB
KETUA PANATIA SAINS
PN AZIEDAWATY BT ZAINAL ABIDIN
SETIAUSAHA
PUAN MASBIHA BT MOHAMAD
SETIAUSAHA PEKA
PN ASNIZA BT AHMAD
GURU TAHAP 1
1. PUAN AZIEDAWATY
( AJK KECERIAAN )
2. ENCIK RUMAIZI B ISMAIL
( AJK BBM )
GURU TAHAP 2
1. ENCIK MOKHTAR B NORDIN
( AJK KEBERSIHAN )
2. PUAN RAUZITA BT A MANAN
( AJK INFO SAINS )
2.2 Peranan dan Tanggungjawab
Panitia bertanggungjawab membantu Guru Besar dalam perancangan,
pelaksanaan, penyelarasan dan penilaian daripada aspek pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan bilik sains sekolah. Panitia Sains yang diketuai
oleh Ketua Panitia Sains terdiri daripada guru-guru yang bertanggungjawab
mengajar mata pelajaran sains.
Panitia Sains diketuai oleh Ketua Panitia Sains yang dilantik oleh Guru
Besar secara rasmi untuk memimpin guru-guru mata pelajaran sains di bawah
tanggungjawabnya. Ketua Panitia sains secara automatik menjadi Ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Bagi memastikan semua tugas dapat
dilaksanakan oleh panitia, Ketua Panitia bertanggungjawab untuk memastikan
tugas panitia dilaksanakan dengan berkesan.
2.2.1 Ketua Panitia Sains
Tugas Ketua Panitia Sains dalam pengurusan bilik sains adalah seperti berikut :
a. Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi peralatan dan bahan
sains.
b. Menyemak dan mengemas kini stok bilik sains dari segi keperluan peralatan
dan bahan sains sepanjang tahun.
c. Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan
hapus kira dan pelupusan.
d. Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan manual
operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.
e. Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan bilik sains.
f. Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna.
g. Memastikan fizikal bilik sains, sistem bekalan elektrik, air, gas, perabot dan
kemudahan lain berfungsi.
h. Memastikan peraturan keselamatan bilik sains dipatuhi dan diamalkan oleh
semua pihak yang mengguna bilik sains.
i. Memastikan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
j. Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam panitia.
k. Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitia.
l. Membantu merancang dan melaksanakan arahan dan peraturan dengan bilik
sains.
m. Membantu merancang dan melaksanakan penyemakan stok tahunan.
n. Merancang dan mengendalikan PEKA Sains.
2.2.2 Guru Sains
Guru sains secara automatik menjadi anggota Panitia sains. Tugas guru sains
dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti berikut :
a. Mematuhi jadual penggunaan bilik sains.
b. Melaksanakan PEKA Sains.
c. Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan bilik
sains.
d. Memastikan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
e. Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan
dalam kerja amali.
f. Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan
dengan betul, cermat, jimat dan mematuhi langkah keselamatan.
g. Membantu Ketua Panitia merekod, menyemak dan mengemas kini stok.
h. Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains.
3.0 Kelengkapan Infra Struktur
Bilik sains merupakan tempat yang penting dan kondusif bagi guru dan murid
meneroka tentang sesuatu konsep dengan menjalankan amali sesuai dengan
pendekatan inkuiri penemuan yang sangat ditekankan dalam pengajaran dan
pembelajaran sains.
Kurikulum Sains memerlukan murid menjalani aktiviti ‘hands-on’ menggunakan
pendekatan inkuiri semasa proses pembelajaran. Pembelajaran melalui penerokaan dan
menjalankan sendiri eksperimen dapat mencetuskan perasaan ingin tahu seterusnya
memberi kefahaman mendalam yang menjadi asas kepada prinsip Sains.
Pembelajaran sains perlu dijalankan di Bilik Sains untuk memastikan pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran sains lebih efektif kerana sesuatu konsep itu akan
lebih mudah difahami dengan ‘membuat’ bukan setakat mendengar. Penggunaan Bilik
Sains dalam proses pembelajaran dapat mengembangkan kemahiran saintifik yang
meliputi kemahiran proses sains dan kemahiran manipulative sains. Selain itu,
penggunaannya juga membolehkan eksperimen dijalankan dengan selamat dan
berkesan, dengan menyediakan tempat yang sesuai. Bilik sains juga dapat
menyediakan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran
Sains pada setiap peringkat sekolah persekolahan.
3.1 Pelan Lantai Bilik Sains SK Taman Rakan
MEJA GURU
PAPAN PUTIH
Bilik Sains SK TEMIANG terletak di tingkat bawah yang berdekatan dengan bilik
guru. Bilik Sains ini yang mempunyai kapasiti untuk menampung sejumlah 30 orang
murid pada satu masa. Ruang pengajaran dan pembelajaran yang luas bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Bilik ini
dilengkapi dengan skrin bagi membolehkan guru menggunakan teknologi maklumat
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
LETAK GAMBAR BILIK SAINS
Selain itu, di bahagian belakang Bilik Sains ada disediakan Bilik Persediaan bagi
guru menyediakan alatan atau radas sains yang diperlukan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Bilik persediaan ini juga merupakan tempat menyimpan pelbagai alat
dan radas sains serta carta-carta sains bagi setiap tahap. Carta-carta disimpan di dalam
bilik persediaan bagi memudahkan guru menggunakan carta tersebut sebagai bahan
bantu mengajar. Tetapi disebabkan sekolah kekurangan bilik BBM bagi menyimpan alat
atau carta mata pelajaran lain, maka bilik ini menyimpan beberapa carta dan alat untuk
BBM mata pelajaran matematik.
LETAK GAMBAR BILIK BBM DAN PERSEDIAAN
Bilik sains ini juga mempunyai sebuah bilik stor yang menyimpan pelbagai
alatan, radas dan BBM sains. Alatan, radas dan BBM sains disusun dengan rapi di atas
rak yang disediakan. Di dalam bilik stor juga disediakan sebuah almari bagi menyimpan
alatan dan radas sains.
BILIK STOR BILIK PERSEDIAAN DAN ABM
RAK BERKACA
LETAK GAMBAR BILIK STOR
Selain itu bilik sains ini mempunyai sebuah rak berkaca bagi menyimpan
spesimen yang diawet. Rak ini juga disediakan bagi menyimpan pelbagai buku rujukan
serta buku latihan yang boleh digunakan oleh guru dan murid sebagai rujukan tambahan
mereka.
LETAK GAMBAR KABINET BERKACA
Kabinet kekal juga disediakan di bilik sains ini. Kabinet berlaci ini digunakan
untuk menyimpan alatan dan radas sains. Ruang pameran juga disediakan di atas
kabinet tersebut. Kabinet ini mempunyai 2 buah singki dengan dua kepala paip.
Bahagian bawah kabinet merupakan ruang kosong bagi menyimpan alatan dan radas
sains seperti besen, kaki retort dan tungku kaki tiga.
LETAK GAMBAR KABINET TEPI
3.2 Perabot dan Peralatan Asas Bilik Sains
Berikut adalah senarai dan bilangan perabot dan peralatan asas dalam Bilik
Sains SK Temiang.
Bil. Perabot/Peralatan Bilangan
( untuk 40 orang )
1. Meja makmal 8
2. Bangku makmal 40
3. Meja guru 1
4. Skrin 1
5. Papan tulis 1
6. Bakul sampah 3
7. Langsir 1 set untuk bilik
8. Kabinet 1
9. Almari cermin 1
10. Rak buku 1
11. Penggantung carta 1
12. Rak peralatan sains 1
13. Kit pertolongan cemas 1
14. Pemadam api 1
15. Almari berpintu 2
LETAK GAMBAR PEMADAM API
3.3 Peralatan Asas Dalam Bilik Persediaan dan Bilik Stor
Peralatan asas yang ada dalam Bilik Persediaan dan Bilik
Stor adalah seperti berikut :
Bil. Perabot/Peralatan
1. Meja persediaan
2. Kerusi
3. Peti sejuk
4. Papan notis
5. Kabinet
6. Almari
3.4 Spesifikasi Ruang Pengajaran dan Pembelajaran Bilik Sains
Ruang pengajaran dan pembelajaran Bilik Sains perlulah selamat, selesa dan
mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang baik bagi membolehkan proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan sempurna. Spesifikasi ruang bagi
bilik sains SK Temiang adalah seperti berikut :
3.3.1 Kemasan Lantai
Bilik sains hanya menggunakan kemasan lantai simen. Sebaiknya bilik sains
dibina daripada jubin seramik yang berwarna cerah dan tidak digilap.
3.3.1 Dinding
Berwarna cerah dan ada papan pameran serta digantung dengan pelbagai carta.
3.3.2 Tingkap
Jenis tingkap gantung sisi bagi memudah pengudaraan dan pencahayaan.
3.3.3 Pintu
Bilik sains mempunyai satu pintu dan tidak berjeriji.
4.0 Perabot dan Peralatan Asas
Perabot seperti meja guru, meja kerja murid, bangku, meja sisi dan almari pameran
perlu ada di dalam sebuah bilik sains untuk memudahkan murid melakukan aktiviti
semasa pengajaran dan pembelajaran sains. Susunan perabot yang rapi dan kemas
pada setiap masa merupakan disiplin yang amat wajar diterapkan kepada murid dalam
pemupukan dan pembentukan sikap keperibadian seseorang saintis.
4.1 Meja guru
Meja guru diletakkan atas platform di ruang hadapan bilik sains.
LETAK GAMBAR MEJA GURU
4.2 Meja kerja murid
Meja kerja murid disusun dalam bilik sains supaya murid dapat duduk di dalam
kumpulan kecil. Meja kerja murid sesuai untuk murid menjalankan eksperimen
atau amali.
LETAK GAMBAR MEJA MURID
4.3 Bangku murid
Bangku murid diperbuat daripada kayu sepenuhnya serta ketinggian yang sesuai
dengan murid sekolah rendah. Bangku yang ringan supaya murid mudah
mengalihkan kerusi jika perlu.
LETAK GAMBAR BANGKU
4.4 Almari Pameran
Almari pameran ialah almari yang mempunyai pintu kaca yang telus cahaya,
sesuai digunakan untuk mempamerkan model-model pengajaran dan
pembelajaran serta buku-buku rujukan. Almari ini diletakkan di bahagian
belakang bilik sains.
LETAK GAMBAR ALMARI KACA
4.5 Peti Sejuk
Peti sejuk digunakan untuk menyimpan bahan yang mudah rosak atau bahan
yang ingin dibekukan atau disejukkan.
LETAK GAMBAR PETI SEJUK
5.0 Notis Amaran dan Peraturan
Murid-murid memang seronok menjalankan aktiviti makmal, terutamanya
eksperimen. Namun demikian mereka mestilah menyedari tentang kemungkinan
berlakunya kemalangan jika langkah-langkah keselamatan tidak dipatuhi. Oleh yang
demikian, guru bertanggungjawab menerangkan kepada murid-murid tentang aspek
keselamatan dan langkah-langkah keselamatan serta memastikan setiap pengguna
bilik sains mematuhi peraturan dan langkah-langkah keselamatan.
Keselamatan bilik sains merupakan tanggungjawab semua pihak di sekolah.
Sekolah perlu menyediakan kemudahan peralatan dan penyelenggaraan supaya wujud
suasana kerja yang selamat. Guru bertanggungjawab merancang aktiviti bilik sains
dengan baik. Memberi arahan yang jelas termasuk langkah keselamatan dan
memastikan murid-murid sentiasa mematuhi arahan dan peraturan. Murid pula
bertanggungjawab mempelajari bahaya terhadap kesihatan dan keselamatan yang
berpunca dari bahan kimia, peralatan, dan teknik yang digunakan supaya bahaya
adalah minimum. Murid juga perlu sedar bahawa mereka bertanggungjawab dalam
menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan semasa di bilik sains.
Notis amaran dan Peraturan makmal sains diletakkan di luar bilik sains. Notis
dan peraturan tersebut diletakkan di luar bilik sains supaya murid dapat membaca dan
mematuhi segala peraturan tersebut. Peraturan perlu dipatuhi oleh murid-murid bagi
mengelakkan kemalangan yang tidak diingini.
LETAK GAMBAR PERATURAN BILIK SAINS
5.1 Langkah-langkah Keselamatan Dalam Bilik Sains
Peraturan Bilik Sains
Satu senarai tentang apa yang murid patut patuhi semasa berada di dalam bilik
sains. Pastikan setiap murid memahami peraturan berkenaan. Penerangan
tentang peraturan diberi semasa murid pertama kali menggunakan bilik sains.
Tampal peraturan bilik sains di tempat yang mudah dilihat oleh murid.
Kemahiran Manipulatif
Pastikan murid tahu menggunakan teknik yang betul semasa mengendalikan alat
radas dan bahan kimia serta sentiasa mematuhi arahan guru tentang prosedur
amali.
Kotak Pertolongan Cemas
Kotak pertolongan cemas diletakkan di dalam kabinet yang tidak berkunci dan
mengandungi peralatan untuk rawatan kecemasan.
LETAK GAMBAR KOTAK PERTOLONGAN CEMAS
Peralatan Keselamatan
Semua peralatan keselamatan, misalnya alat pemadam kebakaran api berada
dalam keadaan baik dan berfungsi dan diletakkan di luar bilik sains kerana
mudah dilihat.
LETAK GAMBAR PEMADAM API
Petunjuk
Petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA di letakkan di tempat yang mudah
dilihat dalam bilik sains.
LETAK GAMBAR JAGA KESELAMATAN
Kebersihan
Kebersihan makmal hendaklah sentiasa bersih dan tidak licin. Bekas sampah
disediakan. Selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru dan murid-murid
akan berkerjasama membersihkan bilik sains yang digunakan. Pekerja am juga
membantu dalam membersihkan bilik sains 3 kali seminggu.
Rancangan untuk Keadaan Kecemasan
Pelan laluan jika kebakaran berlaku diletakkan di tempat yang mudah dilihat.
Sekolah akan mengadakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun latihan
kebakaran.
LETAK GAMBAR PELAN KEBAKARAN
Pengcahayaan dan Pengudaraan
Bilik sains mempunyai tingkap yang mudah dibuka bagi memastikan cukup
pencahayaan dan pengudaraan di dalam bilik sains.
LETAK GAMBAR TINGKAP
Panduan Keselamatan
Panduan keselamatan disediakan dan guru memahami isi kandungannya serta
dapat mengambil langkah-langkah keselamatan jika perlu.
Peralatan
Semua peralatan di selenggara dan diperiksa oleh guru supaya dalam keadaan
baik sebelum digunakan.
6.0 Kekerapan Penggunaan Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran
Sains adalah satu bidang ilmu yang memerlukan pemerhatian, penelitian dan uji
kaji yang teliti dan sistematik. Beberapa kajian yang telah dilakukan untuk mengenal
pasti kaedah pembelajaran sains dalam kalangan kanak-kanak mendapati ianya sering
kali dikaitkan dengan ‘ constructivist vie ‘ ( Wellington, 1989 ). Melalui kaedah
konstruktivisme, murid memberi makna kepada maklumat dan peristiwa baru sebagai
hasil dari interaksi antara pengetahuan dan pengalaman lalu individu tersebut dengan
pemerhatiannya pada masa kini. Justeru kerana itu, Bilik Sains dijadikan sebagai tempat
khusus untuk melaksanakan aktiviti saintifik secara berterusan.
Kemahiran proses Sains lebih menjurus kepada laporan amali yang ditulis oleh
murid manakala kemahiran manipulative menjurus kepada penilaian terhadap aktiviti
atau pengendalian alat atau bahan semasa menjalani amali. Kedua-dua kemahiran ini
saling berkaitan dan merupakan aspek terpenting dalam pengajaran dan pembelajaran
Sains di semua peringkat persekolahan di Malaysia terutamanya semasa menjalani
amali sains. Dalam usaha untuk memantapkan kemahiran Saintifik sebagai satu objektif
kurikulum Sains, latihan praktis dalam kemahiran ini amatlah diperlukan.
Dalam sistem persekolahan di Malaysia, bilik Sains di sekolah-sekolah rendah
telah sekian lama memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sains. Walau bagaimanapun penilaian ke atas keberkesanan, kekerapan
penggunaan serta faktor-faktor yang dikaitkan dengan corak penggunaannya kurang
dijalankan secara komprehensif. Keberkesanan penggunaan bilik Sains bukan hanya
terletak kepada guru-guru Sains semata-mata bahkan juga melibatkan peranan yang
dimainkan oleh Guru Besar, Penolong Kanan dan Kakitangan.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang boleh menimbulkan minat
dalam kalangan murid tidak dapat dipisahkan daripada uji kaji-uji kaji serta pemerhatian
sistematik. Penyediaan bilik-bilik sains ini adalah untuk memberi peluang kepada murid
menjalankan aktiviti amali mengikut apa yang terkandung dalam kurikulum.
Keadaan Bilik Sains yang lengkap serta kondusif belum dapat menjamin
pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan. Oleh itu, guru-guru adalah
digalakkan untuk menggunakan bilik sains secara efektif dan optimum. Kejayaan
pengajaran dan pembelajaran Sains bergantung pada kejayaan aktiviti amali yang
dijalankan. Kanak-kanak sangat teruja untuk menyentuh dan menggunakan peralatan-
peralatan bilik sains serta menjalankan amali yang menakjubkan. Kejayaan aktiviti amali
dalam bilik sains pula bergantung pada kecekapan guru merancang serta menguruskan
kerja amali, penguasaan teori serta kemudahan bilik sains yang mencukupi. Ini
bermaksud guru-guru perlu selalu menggunakan bilik sains bagi menjamin pengajaran
dan pembelajaran Sains yang berkesan.
Bagi tujuan itu, guru-guru Sains SK Temiang menggunakan bilik Sains bagi
tujuan menjalankan amali atau eksperimen. Jadual penggunaan bilik Sains disediakan
bagi memberi peluang kepada setiap kelas tahap 1 dan tahap 2 menggunakan bilik
sains sekurang-kurangnya sekali seminggu selama 2 masa atau 1 jam. Jika guru-guru
Sains ingin menggunakan bilik sains untuk menjalankan aktiviti amali tanpa mengikut
jadual yang disediakan, mereka boleh membuat tempahan penggunaan lebih awal
dengan menulis nota pada papan info. Guru-guru amat digalakkan menggunakan bilik
Sains dengan kerap supaya murid dapat mengenal dan mengetahui kaedah
menjalankan amali Sains. Selain itu, penggunaan bilik sains juga boleh membantu
murid-murid mengenali radas dan alatan sains. Tahun 3, 4, ,5 dan 6 terlibat dengan
Penilaian Kerja Amali ( PEKA ) jadi guru-guru tahun tersebut diberi keutamaan untuk
menggunakan bilik Sains. Setiap kali bilik sains digunakan, guru perlu merekodkan
penggunaannya. Buku rekod penggunaan disediakan bagi memantau penggunaan bilik
Sains sepanjang tahun. Buku rekod penggunaan ini juga boleh menjadi panduan
kepada Panitia Sains tentang kekerapan penggunaan bilik Sains oleh guru-guru. Buku
ini juga menjadi bahan bukti tentang penggunaan bilik Sains oleh guru-guru.
LETAK GAMBAR BUKU REKOD PENGGUNAAN
Berikut adalah Jadual Penggunaan Bilik Sains mengikut kelas :
MASA 7.40 8.10 8.40 9.10 9.40 10.00 10.30 11.00 11.30 12.00 12.30 1.00
ISNIN 6K 6K R 2M 4K 4K
SELASA 5K 5K E
RABU 6M 6M H 2K 5M 5MKHAMI
S 3K A 3M
JUMAAT 4M 4M T
Rajah : Jadual Penggunaan Bilik Sains
7.0 Pengurusan Aset
Pengurusan stor dan stok amat penting dalam sesebuah organisasi termasuklah
di sekolah, walaupun peralatan atau barangan yang dikenali sebagai aset, harta modal
dan barang luak yang dibeli dan digunakan di sekolah tidaklah seperti mana yang ada di
Kementerian, Jabatan atau Pejabat Pelajaran. Penyelenggaraan stor dan stok yang baik
dan berkesan akan menjimatkan kewangan. Peruntukan kewangan yang banyak
digunakan untuk membeli aset, inventori dan barang luak, oleh itu ia harus diuruskan
dengan baik. Pengurusan stor dan stok yang baik juga mencerminkan kecekapan
pentadbir dan kakitangannya.
Suatu sistem pengurusan stor dan stok yang cekap dan berkesan adalah perlu
bagi menjamin penyelenggaraan, penjagaan dan pengawalan barang-barang kerajaan
agar berkeadaan baik dan sempurna.
Dalam pengurusan stor dan stok terdapat pekeliling perbendaharaan yang
menerangkan kepentingan dan tatacara pengurusannya dan menjadi tanggungjawab
pegawai pengamal atau dalam hal sekolah guru besar bertanggungjawab untuk
memastikan ianya diuruskan dengan cekap dan berkesan. Bila sahaja sisebut stor dan
stok ia melibatkan kewangan, oleh itu jelas sekali pengurusan stor dan stok adalah di
bawah kawalan Kementerian Kewangan. Setiap kementerian, jabatan, sekolah harus
akur akan arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan melalui
Pekeliling Perbendaharaan.
Penyelenggaraan ditafsirkan sebagai satu kombinasi atau langkah-langkah yang
diambil untuk mengekal atau membaik pulih sesuatu sumber fizikal dalam keadaan
berfungsi dan selamat. Stor pula ialah tempat melaksanakan penerimaan, perekodan,
penyimpanan, penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok.
Di Bilik Sains stor yang digunakan ada boleh dikategorikan sebagai stor unit
yang mana barang-barang yang digunakan dalam jangka masa pendek atau barang
luak, selain daripada barang-barang atau peralatan yang digunakan terus contohnya
seperti alat-alat bantuan mengajar.
Stok bermaksud barang-barang belum guna dan perlu disimpan untuk tujuan
operasi atau penyelenggaraan termasuk bekalan pejabat, ubat-ubatan, alat ganti,
keselamatan makmal, bengkel, dapur, sukan, pertanian, latihan, penyiaran, dosmetik,
dokumen atau buku yang dikawal dan sebagainya.
Pengurusan stor hendaklah dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan
bagi memastikan stok barang-barang sentiasa kedapatan seperti dan apabila
dikehendaki oleh pelanggan. Stok sentiasa ada apabila dikehendaki dan menepati
kehendak pelanggan. Pengurusan stor juga menyimpan barang cara terbaik dengan
memberi perlindungan, penjagaan dan penyelenggaraan sewajarnya semasa dalam
simpanan,. Kualiti stok sentiasa terjamin dengan cara memberi perlindungan, penjagaan
dan penyelenggaraan yang sewajarnya semasa dalam simpanan.
Pengurusan Aset biasanya akan dijalankan oleh ketua panitia dan pembantu
tadbir. Kekangan kerja khasnya guru yang mana tugas hakiki mereka adalah mengajar
menjadi masalah bagi mereka menguruskannya dengan baik dan berkesan.
Ketua Panitia bertanggungjawab untuk menerima aset yang dipesan, menyemak
nota atau bil serahan, nota bungkusan dan invois. Kuantiti barangan yang diterima
disemak dan dihitung. Selepas itu, memberi akuan terima setelah dipastikan semua
barang yang diterima adalah mengikut spesifikasi, dalam keadaan baik dan cukup
kuantitinya. Barang-barang yang dikembalikan kepada pembekal, urusan penggantian
hendaklah dicatatkan dalam baucar penerimaan barang-barang. Semua penerimaan
dicatatkan dalam baucar penerimaan barang-barang.
LETAK GAMBAR STOK INVENTORI BILIK SAINS
Semua jenis barang direkodkan dengan menggunakan kad yang telah ditetapkan
bagi tujuan mengetahui kedudukan stok simpanan, memastikan bilangan dan fizikal stok
sentiasa tepat dan mengawal paras stok. Semua barang yang diterima direkodkan oleh
Ketua Panitia dengan mematuhi penggunaan rekod.
Penyimpanan dalam stor mengamalkan konsep 5s iaitu sisih, susun, sapu,
seragam dan sentiasa amal. Amalan ini dipraktiskan supaya stok tidak mudah rosak,
senang dikeluarkan dan penggunaan ruang yang optimum.
Buku kerosakan atau kehilangan disediakan di bilik sains. Buku ini bertujuan
untuk memastikan kuantiti stok dapat disemak oleh guru-guru sains yang
bertanggungjawab. Jika terdapat kekurangan dari segi keperluan, Ketua Panitia
bertanggungjawab untuk memesan alatan atau radas tersebut.
Daftar rekod pergerakan dan pinjaman bahan, radas, alat bantu mengajar
( ABM ) untuk pengajaran dan pembelajaran disediakan. Antara senarai bahan, radas
atau ABM yang boleh dibawa keluar daripada bilik sains adalah seperti model, carta,
bahan dan radas untuk keperluan eksperimen dan CD Teaching Courseware. Peminjam
perlu mengisi buku pergerakan atau pinjaman bahan sebelum meminjam alatan
tersebut. Peminjam perlu bertanggungjawab memastikan bilangan bahan, radas atau
ABM yang dipinjam sama bilangan dalam buku pergerakan atau pinjaman bahan.
Peminjam mesti memulangkan radas, bahan atau ABM sebaik sahaja tamat proses
pengajaran dan pembelajaran. Sebarang kerosakan perlu dicatatkan dalam buku
kerosakan dan dilaporkan kepada Ketua Panitia.
LETAK GAMBAR BUKU KEROSAKAN KEHILANGAN DAN BUKU
PINJAMAN ALATAN.
8.0 Cadangan Penambahan baik Pengurusan Dan Penggunaan Makmal Sains.
Persekitaran fizikal bilik darjah yang baik dapat meningkatkan kuasa pengajaran
guru. Begitu juga dengan bilik sains sekolah. Iklim bilik sains yang baik ini dapat
menyumbang kepada pembelajaran yang berkesan, kawalan kelas yang terjamin,
perhubungan guru-murid yang aktif, dan menjamin keseronokan belajar. Aspek
pengurusan bilik sains yang kondusif melibatkan tugas seorang guru untuk menyusun
organisasi kelas, menyusun tempat duduk murid-murid dan menyusun alat bantu
mengajar. Oleh itu aspek-aspek yang terlibat dalam penyediaan fizikal sebuah bilik
darjah harus ditekankan. Antaranya adalah seperti wujudnya guru, sekumpulan murid,
dan kemudahan-kemudahan seperti meja, kerusi, papan tulis, alat bantu mengajar,
papan kenyataan, dan sudut pembelajaran murid perlu ditekankan.
Kedudukan tingkap juga di halang oleh rak buku dan carta menjadi satu masalah
bagi bilik sains ini. Seorang guru perlulah mengambil kira faktor iklim bilik sains untuk
mewujudkan suasana bilik sains yang berkesan. Aspek pencahayaan mestilah diambil
kira dalam menentukan kedudukan fizikal bilik sains. Keadaan makmal sains perlulah
berada dalam keadaan stabil iaitu tidak terlalu terang ataupun tidak terlalu gelap.
Langsir juga perlu dipasangkan di tingkap bagi memastikan faktor pencahayaan ini
seimbang. Murid juga berkemungkinan tidur dalam bilik sains yang gelap, sementara
bilik sains yang terang pula akan menyilaukan penglihatan murid.
Selain itu, tidak terdapat sebuah komputer di dalam bilik sains. Guru terpaksa
menggunakan makmal komputer atau membawa komputer riba jika mahu menggunakan
teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Perlu diwujudkan stesen
komputer seperti komputer, pengunjur overhead ( OHP ), dan LCD projektor yang
diletakkan di bilik sains. Stesen ini boleh digunakan sepenuhnya oleh guru bagi
menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Stesen komputer ini wajar
diletakkan di hadapan kanan kelas. Selain itu, kekurangan bahan perisian juga
membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran guru. Penggunaan perisian dalam
proses pengajaran dan pembelajaran boleh membantu meningkat pemahaman murid
serta menarik minat murid dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh
itu, pembelian lebih banyak perisian yang sesuai dan penyediaan tempat
menyimpankan perisian yang selamat perlu dilaksanakan.
Dalam kecanggihan saman teknologi siber, alat bantu mengajar ( ABM )
tradisional masih lagi digunakan sebagai asas pengajaran dan pembelajaran kerana
bahan tersebut lebih murah. Mengikut Noraziah Abdul Hamis dalam bukunya yang
bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran bahasa, ABM merupakan satu medium
bagi menyampaikan wadah kepada murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lancar. Bahan ini dapat menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih
kondusif dan menarik minat murid untuk terus belajar. Guru juga dapat menerangkan
lebih mendalam di samping membuat demonstrasi secara amali. Oleh itu, ABM perlu
disusun dengan baik oleh guru dalam perabot dan rak buku supaya ia mudah digunakan
apabila diperlukan.
Sesebuah kelas atau bilik sains perlu mengadakan ruangan yang lapang di
dalam supaya pengajaran yang bercorak amali dan aktiviti dapat dijalankan. Hal ini
dapat menjadikan murid cergas dan aktif berbanding dengan hanya duduk di tempat
masing-masing. Ruangan bilik sains yang agak terhad dengan pelbagai perabot perlu
disusun dengan kemas dan teliti.
Bilik persediaan yang dijadikan tempat menyimpan ABM mata pelajaran
Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menyebabkan bilik berkenaan menjadi
sempit. Guru terpaksa menggunakan meja di luar bilik persediaan bagi menyediakan
alatan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Sepatutnya, ABM bagi mata
pelajaran lain perlu disimpan di stor mata pelajaran masing-masing. Sekolah perlu
menyediakan bilik stor berkenaan bagi mengelakkan lambakan pelbagai ABM di dalam
bilik persediaan.
Selain itu, lantai simen di dalam bilik sains adalah tidak sesuai digunakan. Lantai
bilik sains memerlukan tile atau mozek bagi mengelakkan kemalangan kerana lantai
simen agak licin terutamanya apabila basah. Lantai simen juga cepat retak dan
berlubang yang boleh membahayakan murid-murid.
Bilik sains memerlukan ruang untuk menyimpan evidence PEKA seperti buku
buku PEKA. Buku PEKA perlu disimpan selama 5 tahun sebelum dilupuskan. Hal ini
menyebabkan ruangan untuk menyimpan evidence PEKA agak terhad kerana terlalu
banyak. Penggunaan ruang yang untuk menyimpan evidence tersebut di bilik sains
menjadikan ruang bilik sains agak terhad. Jadi, sekolah perlu menyediakan satu bilik
khas untuk menyimpan evidence tersebut.
Pengurusan bilik sains memerlukan satu sistem berkomputer yang canggih bagi
menggantikan sistem tradisional yang sedia ada. Sistem tradisional pengurusan bilik
sains merupakan satu sistem lama yang diguna pakai di sekolah di mana ia banyak
menggunakan buku log untuk merekodkan penggunaan bilik dan juga item-item di
dalam bilik sains. Sistem pengurusan bilik sains bersepadu berasaskan web adalah
khusus bagi memudahkan pengurusan sesebuah bilik sains dalam usaha untuk
meningkatkan kecekapan pengurusan bilik sains. Kewujudan sistem yang baik dan
sistematik di dalam pengurusan bilik sains adalah perlu untuk menjadikan ia lebih efektif
dan efisien. Ia akan lebih sistematik jika pengurusan data secara berpusat digunakan
untuk memudahkan pengurusan bilik sains berikutan kesemua maklumat akan
digabungkan pada satu pangkalan data. Contohnya, dengan penggunaan sistem
berkomputer untuk inventori bilik sains. Hal ini bertujuan untuk memudahkan lagi
pengurusan bilik sains.
Pengurusan makmal pada masa kini menjadi lebih kompleks yang memerlukan
satu sistem pengurusan yang lebih sistematik. Sistem pengurusan makmal ini adalah
untuk menggantikan sistem manual pengurusan makmal kepada sistem pengurusan
baru yang lebih teratur dan sistematik terutama proses tempahan dan inventori.
Rujukan