Click here to load reader

Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

  • View
    567

  • Download
    32

Embed Size (px)

DESCRIPTION

titas

Text of Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Tokoh- tokoh Tamadun Jepun

INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWARPERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU 3102TAMADUN JEPUNDISEDIAKAN OLEH : ONG ZHI TING WONG LEH YING TEOH MEE YING

UNIT : PJK SJKC AMBILAN JAN 2013

NAMA PENSYARAH : EN. MOHD ARMY

Peta Jepun

Negara Jepun terletak di Asia Timur dan terdiri daripada 4 buah pulau utama iaitu, Honshu, Shikoku, Kyushu dan Hokkaido.

Ibu negara Jepun ialah Tokyo.Jepun atau Nihon/Nippon () dalam bahasa jepun juga dikenali sebagai Tanah Matahari Terbit.

Latar Belakang Tamadun JepunPenyelidik Arkeologi menunjukkan bahawa manusia telah hidup di pulau-pulau Jepun seawal Zaman Paleolitik Awal lagi.Pada zaman ais, Jepun tercantum dalam benua Asia dariSakhalindi utara danKyushudi selatan; memudahkan penghijrahan manusia, haiwan dan tumbuhan ke kepulauan Jepun dari kawasan yang kini adalah negara China dan Korea. Menyusul zaman ais terakhir pada sekitar 12,000SM, ekosistem Kepulauan Jepun yang kaya menggalakkan pembangunan manusia yang mengeluarkan tembikar terawal yang diketahui semasa zaman Jomon(, Jmon-jidai).

Zaman Pra SejarahBudaya Jomon timbul sekitar 11,000SM dengan berakhirnya zaman ais. Gaya hidup mereka berputik dari cara mesolitik ke neolitik.Jomon membawa maksud corak tali. Masyarakat tersebut mencipta barangan daripada tanah liat dan membuat corak seperti tali pada permukaan-permukaan barang-barang tersebut.Permulaan eraYayoi (, yayoi jidai)di sekitar 300 SM ditandakan dengan kedatangan teknologi baru seperti penanaman padi dan sistem pengairan yang dibawa oleh pendatang dari Korea, China dan tempat-tempat lain di Asia.

Barangan Tembikar pada Zaman Jomon.

Era KlasikMenurut mitos Jepun, negara tersebut diasaskan pada kurun ke 7 SM olehMaharaja Jimmu(, Jinmu-tenn). Pada kurun ke-5 dan 6, tulisan Cina dan agama Buddha diperkenalkan ke Jepun dari Korea dan China.Maharaja-maharaja Jepun merupakan ketua pada nama sahaja. Kuasa sebenar terletak pada para bangsawan, pemangku raja danshogun(gabenor tentera). Permulaan zaman Nara(, Nara jidai) pada kurun ke 8 ditandakan dengan penubuhan sebuah pemerintah yang kuat yang berpusat di bandar Heijokyo (kini Nara). Pusat tersebut kemudiannya berpindah ke Heiankyo (kini Kyoto), dan di sini lahir sebuah budaya klasik Jepun yang dikenali sebagaiHeian (, Heian jidai).

Kanji (tulisan Cina)

Era zaman pertengahanZaman pertengahan era Jepun telah digubal oleh pejuang yang dikenali sebagai 'samurai'. Pada 1185, general Minamoto no Yoritomo( ) adalah orang pertama untuk memecahkan tradisi memerintah sehaluan dengan Maharaja di Kyoto, memegang kuasa di Kamakura(di selatan Yokohama masa kini).Meskipunera shogun Kamakurakelihatan stabil, Jepun kemudiannya berpecah menjadi negeri-negeri yang saling berperang lalu menderita dalamZaman Sengoku (, sengoku jidai).

Pada abad ke-16, pedagang dan mubaligh Eropah tiba di Jepun buat julung kalinya, lalu memulakan zaman Nanban(orang gasar selatan) yang melihatkan pertukaran perdagangan dan budaya yang aktif antara Jepun dan rantau Barat.Pada masa yang sama,Oda Nobunaga ( ),Toyotomi Hideyoshi( ), danTokugawa Ieyasu ( ), mengenakan kawalan yang makin kuat terhadap neger-negeri berperang di Jepun. Akhirnya, Tokugawa menyatukan semula Jepun dengan menewaskan musuhnya di Pertempuran Sekigaharapada tahun1600, memindahkan ibu negara keEdo ()(sekarangTokyo) lalu menubuhkanera shogun Tokugawa.

Toyotomi Hideyoshi dan istana yang beliau pegang pada Zaman Sengoku Jidai

Oda Nobunaga

Tokugawa Ieyasu

Pemerintah-pemerintah Tokugawa yang sangsi dengan pengaruh mubalighKatolik mengharamkan segala perhubungan dengan orang Eropah kecuali bagi perhubungan yang amat terbatas dengan saudagar Belanda di PulauDejima. Zaman pengasingan ini bertahan selama dua setengah abad, ketika mengalami perpaduan politik yang halus dikenali sebagaizaman Edo (, Edo-jidai), dianggap sebagai kemuncak budaya zaman pertengahan Jepun.

Zaman moden.Pada1854, Komodor tentera laut Amerika SyarikatMatthew Perrymemaksa pembukaan Jepun ke kuasa Barat denganKonvensyen Kanagawa. Ramai wira samurai memberontak, melihat apa yang dianggap oleh mereka kelemahan Shogun, dan pemberontakan ini meluas menjadiPerang Boshin1867-68. Shogun terpaksa meletak jawatan, danRestorasi Meijimemulangkan kuasa ketua negara ke maharaja.

Berbagai-bagai idea institusi Barat mula digunakan semasaera Meiji, termasuk kerajaan moden, sistem perundangan dan tentera. Reformasi-reformasi ini mengubahkanEmpayar Jepun menjadi kuasa besar yang mengalahkan negaraChinadi dalamPerang China-Jepundan Rusiadi dalam Perang Rusia-Jepun. Dari 1910, Jepun mengawalTaiwan, setengah pulau Sakhalin, dan Korea.Awal abad ke-2o, melihat tempoh singkat demokrasi Taisho ditenggelami oleh kebangkitan peluasan Jepun, mendorong kepada penjajahan Manchuria dan Perang Sino-Jepun(1937)

Pada tahun 1941, Jepun menyerang pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pearl Harbor, mendorong kedua-dua negara ke kancah Perang Dunia II. Setelah kempen yang panjang di Lautan Pacifik, Jepun kehilangan jajahan yang diperolehi awalnya, danAmerika Syarikathampir ke jarak untuk memulakan pengeboman strategik ke atasTokyo,Osaka, dan bandar-bandar lain. Jepun menyerah selepas pengeboman bom atam bandarHiroshimadanNagasakipada1945, kehilangan keseluruhan koloninya di Asia dan Pasifik.

pengeboman bom atam bandarHiroshimadanNagasaki

Dalam tamadun Jepun terdapat lapan zaman seperti di bawah.

Nilai Etika dan MasyarakatJepun merupakan sebuah negara yang homogeneous iaitu satu bangsa yang tidak mempunyai perbezaan ras, agama, bahasa dan bangsa.Masyarakatnya mempunyai sikap menjunjung tinggi kepada budaya ilmu serta mempunyai sikap ingin tahu yang kuat terhadap maklumat.Masyarakatnya mempunyai sikap positif pada budaya bekerja.Masyarakatnya mempunyai sifat ingin bersaing yang kuat dalam diri mereka.Masyarakat Jepun sering membuat keputusan secara bersama dan bekerjasama serta tidak mengutamakan kepentingan individu.Masyarakatnya terkenal dengan sifat kesenian yang tinggi di dalam menjalani urusan kehidupan seharian.

Sistem Pendidikan Jepun Sebelum Perang Dunia KeduaPemimpin Meiji sedar bahawa pelajaran penting untuk menjadi kuasa ekonomi dan militari termoden. Hal ini dilakukan dengan penyerapan teknologi pengetahuan dari negara-negara tersebut.Maharaja Meiji menyedari bahawa pentingnya mencari ilmu, terutamanya untuk menjadikan kuasa ekonomi dan militari termoden. Menjelang bulan Jun 1968, Meiji memberikan kebebasan kepentingan mencari ilmu pengetahuan khususnya dari barat.

Pelajaran juga dianggap sebagai kunci kunci untuk membina sebuah negara yang kukuh. Beratus-ratus penuntut dihantar ke luar negeri untuk mempelajari sains, pentadbiran dan teknik perindustrian Barat. Pakar-pakar teknologi Barat telah digaji untuk mengajar pelbagai kemahiran kepada rakyat Jepun.Setiap daerah mempunyai sebuah universiti, 32 buah sekolah menengah dan 210 buah sekolah rendah. Kanak-kanak yang berusia enam tahun ke atas wajib menerima pelajaran sehingga 16 bulan.

Maharaja Temmu juga telah mengarahkan penulisan dua buah buku iaitu Kojiki dan Nihonshoki. Zaman Nara juga dikatakan mempunyai kesusasteraan yang hebat dengan penulisan sebuah buku bertajuk Genji Manogatari yang telah ditulis oleh seorang wanita bernama Murasaki Shikibu.Pada zaman Heian, keluarga Fujiwara terkenal dengan peranannya yang memperkenalkan adat memuliakan pelajaran dan ilmu serta cintakan kesenian dalam masyarakat Jepun. Antara subjek-subjek yang diajar di terrakoya ialah ajaran confucius, buku-buku klasik Cina, seni lukis, ukiyo-e, puisi, sastera, kabuki, No, Kyogen dan sebagainya.

Pendidikan Tamadun Jepun Relevan kepada Malaysia

a) Dasar PandangKe TimurMasyarakat Malaysia perlu mengubah sikap dan melakukan anjakan paradigma agar transformasi merealisasikan Wawasan 2020 dengan berkiblatkan Jepun akan berjaya.b) Sains dan TeknologiMenguasai sains dan teknologi sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat Jepun - penyelidikan dan pembangunan (R&D) merupakan tunjang kekuatan.c) Sikap Cintakan IlmuMasyarakat tamadunJepun - membawa kepada semangat ingin tahu, pendidikan sepanjang hayat dan kecemerlangan berterusan.

Masyarakat Malaysia perlu berazam untuksetanding dengan kuasa-kuasa besar lain sepertikuasa Barat seperti yang dilakukan oleh tamadun Jepun.Di Malaysia, pada dahulunya hanya golongan yang berkemampuan sahaja dapat menimba ilmu pengetahuan dan mereka yang tidak berkemampuan akan tercicir begitu sahaja Sistem pembelajaran yang menumpukan murid penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supayamurid-murid tidak keciciran dalam pengajian yangberlangsung

RumusanKejayaan sistem pendidikan Jepun dibuktikan melalui hasil kajian yang telah dijalankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menunjukkan kadar celik huruf di Jepun ialah 99%! Diharapkan dengan asimilasi budaya Jepun ini, cita-cita Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan demi melakukan tranformasi ke arah sebuah negara Islam yang maju dan sebuah peradaban ketamadunan Malaysia yang maju dan disanjung oleh masyarakat sekeliling.

Tokoh- tokoh Tamadun Jepun

Tokugawa Ieyasu

Lahir di Okazaki (31 Januari 1543) Meninggal di Shizuoka (1 Jun 1616)Nama asal Matsudaira Takechiyo Dibesarkan dalam keluarga peperanganMerupakan daimyo dan shogun (Jeneral) di JepunMemerintah dari tahun 1600(resminya 1603) hingga turun takhta pada tahun 1605

Pada tahun 24 Mac 1603, ieyasu digelar sebagai Shogun dan mentadbir dengan menggunakan sistem Tokugawa Shogunate. Dikuatkankuasa di Jepun selama 200 tahun sebelum kebangkitan Meiji. Telah menyatukan semua negeri-negeri kecil. Pemerintahan masih bercorak feudal namun terdapat 3 tahap pentadbiran: Tairo ( majlis penasihat agung), Roju ( majlis Tertua)dan Hyojosho ( majlis kehakiman)Pemerintahanya dijalankan dengan car

Search related